Ulasan Jurnal

8
Kajian berkenaan dijalankan untuk mengkaji pendapat ibu bapa dan guru prasekolah tentang kepentingan pelaksanaan aktiviti seni kreatif dalam membantu kearah penyuburan budaya seni kreatif di Malaysia. Kajian tersebut di lakukan keatas ibu bapa dan guru pelajar prasekolah yang berumur 6 tahun dari dua jenis prasekolah iaitu yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak swasta. Kajian juga memfokus kearah mencari perbezaan pendapat diantara guru-guru dan ibubapa dari demografi yang berbeza iaitu luar bandar dan bandar. Hasil dapatan kajian juga bertujuan membantu KPM dalam mengesan kumpulan yang memerlukan bimbingan dari segi latihan dan kesedaran daripada kalangan pendidik dan ibu bapa. Seramai 53 orang guru dan 253 orang ibubapa dari 40 buah prasekolah di daerah Sibu telah dipilih secara rawak sebagai responden kepada kajian ini. Kajian dilakukan melalui cara borang kaji selidik dan soalan tersebut telah diuji mengikut pekali Cronbach Alfa bagi menentukan kadar kebolehpercayaanya. Instrumen kajian telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang mengandungi 20 soalan untuk guru dan B yang mengandungi 20 soalan untuk ibubapa. Soalan-soalan yang 1

description

huhuh

Transcript of Ulasan Jurnal

Page 1: Ulasan Jurnal

Kajian berkenaan dijalankan untuk mengkaji pendapat ibu bapa dan guru

prasekolah tentang kepentingan pelaksanaan aktiviti seni kreatif dalam membantu kearah

penyuburan budaya seni kreatif di Malaysia. Kajian tersebut di lakukan keatas ibu bapa dan

guru pelajar prasekolah yang berumur 6 tahun dari dua jenis prasekolah iaitu yang

dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak swasta. Kajian juga

memfokus kearah mencari perbezaan pendapat diantara guru-guru dan ibubapa dari

demografi yang berbeza iaitu luar bandar dan bandar. Hasil dapatan kajian juga bertujuan

membantu KPM dalam mengesan kumpulan yang memerlukan bimbingan dari segi latihan

dan kesedaran daripada kalangan pendidik dan ibu bapa. Seramai 53 orang guru dan 253

orang ibubapa dari 40 buah prasekolah di daerah Sibu telah dipilih secara rawak sebagai

responden kepada kajian ini. Kajian dilakukan melalui cara borang kaji selidik dan soalan

tersebut telah diuji mengikut pekali Cronbach Alfa bagi menentukan kadar

kebolehpercayaanya. Instrumen kajian telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian

A yang mengandungi 20 soalan untuk guru dan B yang mengandungi 20 soalan untuk

ibubapa. Soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan latar belakang responden dan

tahap kefahaman individu mengenai nilai kreativiti dalam pendidikan.

Aspek kreativiti dalam pendidikan prasekolah adalah penting untuk membantu

mempertingkatkan keupayaan guru-guru dan murid-murid di sekolah. Selaras dengan

tuntutan Falsafah Pendidikan Negara iaitu “Memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu”. Sikap kreativiti yang lahir daripada pendidik akan memberi

inspirasi dalam mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan anak didik mereka. Terdapat

pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai telah di tetapkan sebagai objektif pembelajaran bagi

murid prasekolah dan ini akan dapat dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang sistematik dan berinovasi daripada guru-guru. Selari dengan perkembangan bidang

pendidikan, Kementerian Pendidikan telah mengenalpasti empat pendekatan pengajaran dan

1

Page 2: Ulasan Jurnal

pembelajaran iaitu pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan

bersepadu dan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Semua ini akan dapat direalisasikan

dengan mengadaptasi kreativiti dan inovasi tersendiri semasa pengajaran dan pembelajaran (P

dan P) dijalankan. Fokus kajian juga adalah bertujuan untuk menentukan tahap kesedaran ibu

bapa tentang nilai kreativiti dalam aspek pembelajaran anak-anak dimana ibu bapa juga

memainkan peranan dalam memilih teknik penyampaian pembelajaran yang lebih berkesan

kepada anak-anak. Ibu bapa yang peka akan kesan positif seni kreatif pembelajaran akan

berusaha meningkatkan mutu pembelajaran anak mereka di rumah mahupun di sekolah

melalui pelbagai alternatif.

Sesetengah ibu bapa tidak peka terhadap signifikan nilai kreativiti dalam teknik

pengajaran dan mereka hanya memandang pendidikan sebagai satu pencapaian akademik

semata-mata. Kekurangan ini akan memberi impak kepada pemilihan institusi pendidikan

anak-anak dan penilaian ibu bapa terhadap tahap pencapaian anak-anak juga tidak akan

menyeluruh. Begitu juga dengan tahap kesedaran guru yang berbeza tentang nilai kreativiti

dalam pendidikan. Kebanyakan guru hanya memberi fokus kepada hasil pendidikan semata-

mata tanpa mempedulikan tentang penerapan kreativiti kedalam pengajaran dan personality

murid-murid. Warga pendidik perlu sedar akan kepentingan mengintegrasikan kreativiti dan

pemupukan budaya ini dikalangan pelajar bagi menongkah arus pemodenan bidang

pendidikan dan seterusnya melahirkan generasi modal insan yang berdaya saing di peringkat

global.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa pihak guru dan kebanyakan ibu bapa

melihat nilai kreativiti sebagai satu elemen yang penting dalam suatu sistem pendidikan.

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah ibubapa yang tinggal di kawasan luar bandar

masih gagal menilai akan kepentingan nilai kreativiti ini terhadap anak-anak mereka. Mereka

cuma mahu melihat kepada hasil pembelajaran yang diolah di atas kertas peperiksaan

2

Page 3: Ulasan Jurnal

daripada pembangunan nilai estetik ini. Faktor latar belakang ibu bapa di luar bandar yang

tidak mempunyai pendidikan tinggi dan kurangnya sensitif terhadap perubahan pendidikan

semasa menjadi punca kepada kuranganya kesedaran ini.

Jurang perbezaan terhadap tahap kehafahaman nilai kreativiti yang ketara juga

wujud diantara guru yang mengajar di sekolah kebangsaan dan sekolah swasta. Guru-guru

dari sekolah kebangsaan sangat terlatih dan mereka dilengkapi dengan teknik pengajaran

baharu yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ini adalah berbeza dengan kemahiran

yang dimiliki oleh kebanyakan guru-guru prasekolah swasta yang tidak memiliki latar

belakang pendidikan yang tinggi dan kurang mahir dalam teknik penyampaian pembelajaran

kreatif. Mereka kurang pendedahan kepada cara-cara pengajaran yang terkini dan

kebanyakan mereka hanya mempraktikkan teknik latihtubi dan menghafal yang tidak selaras

dengan perkembangan pendidikan semasa. Kelebihan dapat dilihat dikalangan guru-guru dari

sekolah kebangsaan yang sentiasa mendapat khidmat latihan dan dihantar berkursus untuk

mempelbagaikan teknik pengajaran masing-masing.

Begitupun, terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyulitkan usaha

pembudayaan nilai kreativiti dikalangan guru iaitu faktor kawalan kelas dan pengolahan idea

kreatif kedalam pembelajaran. Kedua-dua masalah ini akan dapat diatasi dengan latihan dan

penerapan nilai motivasi yang tinggi di kalangan pendidik. Kemahiran pengajaran perlu

sentiasa diperkemaskan dan ditambahbaikan dalam menyiapsiagakan warga pendidik searus

dengan perubahan sistem pendidikan dunia. Kehadiran motivasi dan semangat yang disuntik

melalui kursus dan latihan daripada KPM akan dapat membantu guru-guru menangani

kerenah murid disekolah dengan profesional dan berhemah. Kurangnya peluang untuk guru-

guru sekolah swasta menyertai majlis ilmiah yang akan memperbaiki mutu pengajaran

mereka menyumbangkan kepada kemerosotan penggunaan kreativiti dikalangan guru

prasekolah swasta. Pihak pengurusan prasekolah swasta tidak sensitif kepada permintaan

3

Page 4: Ulasan Jurnal

sistem pendidikan semasa yang menginginkan perubahan dan penggunaan aspek seni

pengajaran.

Justeru, perbezaan pendapat ibu bapa dan guru prasekolah berdasarkan lokasi

sekolah dan jenis sekolah memberi halatuju dan fokus yang jelas kepada pihak berkuasa

supaya bertindak lebih proaktif dan serius. Pendedahan kepada konsep dan fungsi aktiviti

seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat diperlukan oleh kumpulan

yang terlibat dalam membantu mereka memahami kepentingan nilai tersebut dan mengorak

langkah perubahan kearah merialisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Kerajaan perlu

berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan tahap pendidikan di kalangan guru

prasekolah untuk memperluaskan perlaksanaan aktiviti seni kreatif yang menjadi pencetus

pembangunan holistik pelajar di peringkat awal pendidikan ini. Pemantauan dan penyelarasan

kurikulum serta pengenalan kepada teknik seni kreatif kepada guru-guru di prasekolah swasta

harus dipertimbangkan dalam membantu memartabatkan sistem pendidikan kebangsaan

sehingga ke peringkat akar umbi. Kesedaran warga pendidik terhadap kepentingan

mengaplikasian metodologi ini harus dipertingkatkan dalam mewujudkan budaya seni kreatif

ini dalam teknik pengajaran harian. Kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam

menjalankan peranan masing-masing kearah satu matlamat sama akan dapat memastikan

budaya seni kreatif subur di dalam sistem pendidikan negara.

4

Page 5: Ulasan Jurnal

Rujukan

1. http://wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/2011/12/kod-kod-estetika-dalam-kelas-kanak.html diakses pada 31st Februari 2014

2. Model Perkembangan Metode Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan Apresiasi Dan Kresi UNtuk Pelajar Prasekolah Oleh: Malarsih, Siluh Made Astini, dan Usrek Tani Utina. UNNES.

3. Perkembangan seni Kanak-kanak oleh Suriati Raji

4.  Kreativiti Seni dalam Pendidikan Oleh Nor Anuwar Bin Hamat

5. Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia oleh Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

5