Ulasan jurnal (kpt 6044)

4
1 ULASAN JURNAL : Jurnal Pendidikan 34(1)(2009):155-172. Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik (Rubiah Omar & Jamilah Hj.Ahmad). PENGENALAN Umumnya e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan system data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). PENYATAAN MASALAH a. Kaedah e-pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini. b. Namun impak dan penerimaan e-pembelajaran oleh masyarakat di Malaysia masih lagi diragui. c. Tahap pelaksanaan E-Pembelajaran pada masa kini belum lagi mencapai matlamat seperti yang diharapkan. d. Pelaksanaan E-pembelajaran memerlukan tenaga akademik yang cemerlang, berkelayakan disamping memiliki prasarana yang terbaik.

description

Tugasan: Pembelajaran Berasaskan Elektronik & Web (KPT 6044) (UPSI)

Transcript of Ulasan jurnal (kpt 6044)

Page 1: Ulasan jurnal (kpt 6044)

1

ULASAN JURNAL : Jurnal Pendidikan 34(1)(2009):155-172. Kesedaran, Penilaian dan

Penerimaan e-Pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik (Rubiah Omar & Jamilah

Hj.Ahmad).

PENGENALAN

Umumnya e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu

kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan

oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact

Disc Read Only Memory (CD ROM). Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu

(2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan

membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping

membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran

ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah,

Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan system

data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan

teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan

menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya

mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan

kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran

secara dalam talian. E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran

di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan

oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan

mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin

Mohaiadin, 2000).

PENYATAAN MASALAH

a. Kaedah e-pembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan,

menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini.

b. Namun impak dan penerimaan e-pembelajaran oleh masyarakat di Malaysia masih

lagi diragui.

c. Tahap pelaksanaan E-Pembelajaran pada masa kini belum lagi mencapai matlamat

seperti yang diharapkan.

d. Pelaksanaan E-pembelajaran memerlukan tenaga akademik yang cemerlang,

berkelayakan disamping memiliki prasarana yang terbaik.

Page 2: Ulasan jurnal (kpt 6044)

2

e. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan oleh pengkaji untuk melihat sejauh manakah

kesediaan ahli akademik khususnya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang

menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian secara spesifik adalah untuk memantau e-pembelajaran daripada aspek

berikut:

i. Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran.

ii. Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-

pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli

akademik.

iii. Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan

pembelajaran.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah berbentuk tinjauan dan kaedah

non-probability. Kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan

gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli

akademik. Responden kajian yang dipilih terdiri daripada ahli akademik di semua pusat

pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli

akademik di 15 pusat pengajian dan sebanyak 119 borang soal selidik telah berjaya

dikumpulkan. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package for social

sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh ditukar

kepada kod-kod tertentu yang akan mewakili pembolehubah sepertimana terdapat dalam

soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti

frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan

Anova.

Page 3: Ulasan jurnal (kpt 6044)

3

DAPATAN KAJIAN

a. Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu kesedaran terhadap lima konsep e-

pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di USM, secara

keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman responden berada

pada tahap yang tinggi yang ditunjukkan oleh nilai-nilai min bermula dari 3.99 hingga

min paling tinggi iaitu 4.52 (rujuk Jadual 2).

b. Keadaan ini berbeza dengan dapatan kajian bagi objektif yang kedua iaitu kesediaan

pembelajaran arahan kendiri responden di mana pengkaji mendapati bahawa ia

hanya berada di tahap sederhana sahaja pada nilai min antara 3.13 hingga 3.26

(rujuk Jadual 1).

c. Dapatan kajian bagi objektif yang ketiga pula iaitu penerimaan penggunaan e-

pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang

menyenaraikan empat tanggungjawab, menunjukkan bahawa dua tanggungjawab

berada pada tahap min tinggi iaitu 3.75 dan 3.99 sementara dua tanggungjawab lagi

pada tahap min sederhana iaitu 3.51 dan 3.55 (rujuk Jadual 3).

d. Pengkaji juga mendapati bahawa 12 faktor yang mempengaruhi ahli akademik di

USM untuk melaksanakan e-pembelajaran dipersetujui oleh responden di mana nilai

min berada di tahap 3.05 hingga 4.59 (rujuk Jadual 4).

IMPLIKASI KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa ketiga-tiga objektif yang ditetapkan pada awal

kajian telah dicapai. Kajian ini dapat melihat tahap penerimaan ahli akademik USM terhadap

e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran arahan kendiri ahli akademik,

sekaligus mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Terdapat

lima konsep e-pembelajaran di USM yang telah diketengahkan. Daripada kelima-lima

konsep ini, konsep kedua iaitu salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT

menunjukkan nilai min paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang

kepentingan ICT bagi memastikan mereka dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam

persekitaran pendidikan era baru. Dapatan ini selari dengan hasil kajian oleh Ambigapathy

(2004) yang menyatakan bahawa majoriti daripada ahli akademik menerima program ICT

dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan positif. Tahap min paling rendah pula

ditunjukkan pada konsep ketiga iaitu memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran

dan pembelajaran. Majoriti ahli akademik tidak bersetuju bahawa konsep e-pembelajaran

memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Penemuan ini tidak

sejajar dengan hasil kajian oleh Norwati dan Zaini (2007) yang membuktikan bahawa faktor

komitmen pelajar dan ahli akademik adalah salah satu faktor dalam memastikan e-

Page 4: Ulasan jurnal (kpt 6044)

4

pembelajaran dapat dicapai. Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan majoriti

ahli akademik USM bersetuju dan sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa

tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan

yang signifikan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri adalah pada tahap

sederhana. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada perlaksanaan e-

pembelajaran terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer (Mohamed Noor, 2001)

dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik

sahaja. Terdapat ahli akademik yang kurang mahir menggunakan komputer dan ICT. Ini

akan mengakibatkan mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Hal

ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkemungkinan menggagalkan matlamat

universiti untuk mencapai visi dan misinya. Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran

dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan.

RUMUSAN

Daripada dapatan keseluruhan kajian ini, pengkaji mendapati ahli akademik di USM

mempunyai kesedaran positif terhadap e-pembelajaran walaupun masih ada yang tidak

menyokongnya. Dari segi penilaian ahli akademik terhadap hubungan yang signifikan di

antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri

pula, didapati berada pada tahap sederhana. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor

lain yang turut menyumbang kepada tahap kefahaman seperti faktor memiliki kemudahan

komputer peribadi. Sementara dari segi penerimaan penggunaan e-pembelajaran pula,

didapati ianya diterima secara positif oleh ahli-ahli akademik. Penggunaan teknologi baru

sebagai alat dalam perlaksanaan e-pembelajaran membolehkan ahli akademik menjadi

fasilitator pembelajaran yang efektif dan mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar

lebih inovatif dan kreatif. Selain daripada penyediaan bahan-bahan kuliah dan tutorial serta

perlaksanaan pelbagai aplikasi pembelajaran yang berasaskan laman web, ahli akademik

juga dapat menggalakkan pelajar mencari ilmu, melibatkan diri dalam perbincangan

akademik serta menyumbang ilmu di dunia siber. Kaedah ini diharapkan akan menghasilkan

bukan hanya graduan yang menjadi pekerja berilmu dan cerdik IT, tetapi juga berdikari dan

berani menghadapi sebarang cabaran dalam dunia era informasi dan globalisasi.

DISEDIAKAN OLEH:

JEYA KUMAR A/L PARAMSIVAM

(NO.MATRIK: M2000111206)