Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

download Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

of 16

Transcript of Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    1/16

    P a g e | 1

    BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN

    1.1. Nama penulis: Ahmad Jelani Hashim

    1.2. Nama jurnal: Warisan Johor: Memelihara Warisan Budaya

    1.3. Tajuk artikel: Lanun, Pedagang atau Penguatkuasa: Kes Perlanunan di Wilayah Johor

    Sebelum Abad ke-19M

    1.4. Penerbit: Yayasan Warisan Johor

    1.5. Tahun: 2000

    1.6. ISSN: 1511-1377

    BAHAGIAN 2: ULASAN JURNAL

    2.1. Abstrak

    Dalam artikel yang ditulis oleh Ahmad Jelani Hashim ini yang bertajuk Lanun, Pedagang atauPenguatkuasa: Kes Perlanunan di Wilayah Johor Riau Sebelum Abadke-19M, beliau telahmenerangkan dan membincangkan mengenai kegiatan perlanunan terutamanya di wilayah Johor-Riausebelum abad ke-19. Oleh itu, dalam ulasan yang dibuat akan lebih memberi penekanan terhadap (i)istilah lanun; (ii) sejarah latarbelakang kegiatan perlanunan di Kepulauan Melayu; (iii) sebab-sebabperompakan di laut sekitar wilayah Johor-Riau; dan (iv) kegiatan perlanunan dan perdagangan diwilayah Johor-Riau pada abad ke-18M.

    2.2. Ulasan artikel

    (i) Istilah Lanun

    Dari segi istilah, lanun dimaksudkan sebagai perompak laut atau bajak laut manakala melanun pulabermaksud melakukan rompakan di laut. Dalam bahasa Inggeris pula, perkataan lanun ini disamaertikan dengan perkataan pirates (lanun) dan piracy (melanun). Walau bagaimanapun, dalam istilahMelayu lama sebenarnya tidak wujud perkataan lanun dan melanun ini. Ianya hanya wujud selepasabad ke-19 kerana sebelum ini, semua kegiatan mengambil harta orang secara kekerasan sama ada dilaut atau darat hanya dipanggil sebagai merompakdan dilakukan oleh perompak. Namun, menurutCarolin Liss dalam artikelnya yang bertajuk Maritime Piracy in Southeast Asia (2003), istilah lanundahulu dan sekarang adalah berbeza.

    Melihat dari istilah dalam perundangan British, wujud perbezaan dari sudut definisi bagiperkataan perompak (robber) dan lanun (pirates). Menurut mereka, perompak (robber) merupakanorang yang merampas atau mengambil harta orang lain secara paksa untuk kepentingan diri tanpamempunyai maksud lain manakala lanun (pirates) yang juga merompak tetapi perbuatan ini dilakukandi laut. Justeru, dilihat daripada definisi yang diberikan oleh Inggeris ini, piracy (melanun) mestilahberlaku di laut lepas dan di luar juridiksi wilayah mana-mana negara. Oleh itu, golongan pemberontak

    juga kadangkala dianggap sebagai lanun. Hal ini disokong oleh Rubin, A.P dalam bukunya yang bertajukPiracy, Paramaountcy and Protectorates (1974). Beliau berpendapat, pandangan British tentang

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    2/16

    P a g e | 2

    perlanunan (piracy)pada tahun 1963, adalah termasuk tindakan yang dilakukan oleh para pemberontakmenentang raja-raja atau pemerintah mereka tetapi bukan menentang rakyat atau harta benda British.

    Menurut definisi tradisional pula, perkataan piracy bermaksud perompakan di laut yangdilakukan oleh sebuah perahu terhadap perahu lain tanpa kuasa negeri dan juga untuk kepentinganperibadi. Walau bagaimanapun, di Nusantara semasa abad ke 16 sehingga 19, perkataan lanun ini tidak

    dapat di sama ertikan sepenuhnya dengan perkataan pirateskerana banyak perbezaan iaitu sebab danmotif perlanunan di kawasan Nusantara dengan sebab dan motif pirates orang Barat adalah berbeza.

    Selain itu, istilah lanun sebagai perompak laut adalah berasal daripada perkataan Iranun atauIllanunyang merupakan penduduk asal Pulau Mindanao. Kawasan utama bagi mereka adalah di sekitarTasik Lanao dan Teluk Illana (Teluk Illanun). Mereka ini terkenal sebagai puak pengembara laut dimana mereka banyak menjalankan kegiatan merompak di laut dan turut menyerang perkampunganuntuk mendapatkan harta dan juga hamba abdi. Disebabkan mereka sangat terkenal di seluruhNusantara sebagai perompak di laut, maka secara tidak langsung masyarakat Melayu telahmensinonimkan nama suku kaum Iranun atau Illanundengan kegiatan perompakan di laut. Justeru,istilah lanun telah diguna pakai oleh orang Melayu selepas abad ke-19 sebagai ganti kepada istilah

    perompak laut. Menurut J.P Warren (1981) dalam bukunya yang bertajuk The Sulu Zone: 1768-1898 ,

    beliau mengatakan bahawa British dengan sesuka hati telah menggunakan perkataan Illanunini untukmerujuk kepada perompak laut manakala orang Belanda menganggap puak Illanun ini sebagai satu

    ras yang berperangai keji. Namun, dalam Tuhfat al-Nafisyang dikarang sekitar 1872 masih belum lagimenggunakan istilah lanun ini tetapi menggunakan perkataan lanun untuk merujuk kepada suku kaumyang datang dari Tempusuk, Kalimantan bagi membantu Sultan Mahmud menghalau Belanda keluardari Riau sekitar tahun 1781.

    Justeru, maksud asal perkataan Iranun atau Illanun itu tidaklah sebegitu buruk sepertimanamaksud yang digambarkan oleh perkataan lanun itu sendiri. Hal ini demikian kerana, menurut DatuBandira Datu Alang, Iranun atau Illanun bermaksud berkasih-kasihan dan ianya amat berlawanandengan maksud lanun-perompak laut.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    3/16

    P a g e | 3

    (ii) Latarbelakang Kegiatan Perlanunan di Kepulauan Melayu

    Kerajaan Funan sekitar abad pertama Masehi

    Kegiatan melanun atau merompak di laut untuk mendapatkan barangan bukanlah satu kegiatanbaru dalam masyarakat di Kepulauan Melayu. Kegiatan ini dapat dikesan sejak kemunculan kerajaan

    Funan sekitar abad pertama Masehi lagi. Hal ini demikian kerana, orang-orang Funan dikatakanakan keluar menyerang kapal-kapal yang merentasi kawasan perairan mereka.

    Kerajaan Melayu Melaka

    Semasa zaman kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, sering kali kedengaran tentangperompak di laut. Namun, sekiranya diikuti dari catatan China pada abad ke 14 dan 15, kawasansekitar pantai Semenanjung dan Selat Melaka merupakan sarang perompak di mana kapal-kapaldagang yang belayar berhampiran akan menjadi mangsa. Buktinya, dalam catatan yang dibuat olehWang-Ra-Yuan, terdapat penduduk yang ketagihan merompak. Perompak-perompak ini akan mula

    menyerang kapal-kapal dagang dengan 200 sehingga 300 buah perahu apabila pedagang belayarberhampiran Pulau Karimon (Chi-li-men). Kapal-kapal yang berjaya ditawan, anak-anak kapal akandibunuh dan barang dagangan mereka akan dirampas.

    Selain itu, menurut catatan yang dibuat oleh Tom Pires, Parameswara ketika mula membukaMuar dan Melaka seringkali melakukan rompakan ke atas kapal-kapal yang lalu lalang berhampirankawasan mereka. Setelah Parameswara melarikan diri ke Singapura, baginda masih lagi meneruskanbudaya merompak di laut itu. Hal ini selaras dengan catatan yang dibuat oleh Tom Pires, iaitu;

    dan beliau tidak langsung mempunyai perdagangan kecuali orang-orangnya menanam padidan menangkap ikan dan merompak musuh-musuh mereka, dan hidup begini di kawasan SelatSingapura yang dikatakan itu.

    Keagungan Kerajaan Sriwijaya

    Kegiatan merompak di sekitar perairan utama Kepulauan Melayu mula berkurangan kesan daripadamunculnya kerajaan yang kuat di kawasan tersebut. Buktinya, setelah muncul kerajaan Sriwijayapada abad ke-5, Selat Melaka telah mula digunakan dengan pesat oleh pelaut-pelaut dan pedagang-pedagang. Justeru, bagi melakukan gangguan dalam perdagangan di pelabuhan kerajaan Sriwijaya,kerajaan ini telah berusaha untuk membanteras kegiatan perompak di Selat Melaka selainmenggunakan perompak-perompak itu sendiri yang terdiri daripada Orang Laut sebagai tenteralautnya. Maka, dengan ini ia akan dapat memastikan keselamatan pelayaran yang dilakukan di SelatMelaka.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    4/16

    P a g e | 4

    Kejatuhan Kerajaan Melayu-Jambi

    Disebabkan tidak wujud kerajaan yang kuat dalam sesuatu kawasan seperti selepas jatuhnyaKerajaan Melayu-Jambi dan sebelum munculnya Kerajaan Melayu Melaka, Selat Melaka kembalimenjadi sarang perompak. Namun demikian, jika dilihat melalui laporan Alfonso de Alburqueque,

    pada zaman Kerajaan Melayu Melaka juga telah terdapat kegiatan perlanunan dan merekamengganggu kegiatan perdagangan di Pelabuhan Melaka. Kejatuhan sesebuah kerajaan itu bukansahaja dijadikan sebagai kawasan kegiatan rompakan laut dalam kalangan perompak laut tempatan,tetapi juga perompak-perompak laut China yang mana sarang mereka adalah seperti di Palembang.Walau bagaimanapun, ini dilihat turut menjejaskan perdagangan pedagang tempatan dan jugapedagang-pedagang negara China. Hal ini telah menyebabkan kerajaan Ming terpaksa mengirimangkatan tentera laut China di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho unutk menghapuskankegiatan tersebut. Akhirnya, Laksamana Cheng Ho berjaya menumpaskan kegiatan lanun itu danmenahan ketua perompak yang bernama Chen Tsu-I pada tahun 1470-an.

    Penjajahan Kuasa Barat

    Kegiatan merompak di laut semakin meningkat setelah kedatangan kuasa Barat. Keruntuhankerajaan Melayu Melaka telah menyebabkan berlakunya serangan bertali arus terhadap pendudukanPortugis di Melaka di samping serangan-serangan ke atas kapal-kapal dagang yang berdagangdengan pihak Portugis. Serangan sebegini disifatkan oleh pihak Portugis dan Belanda kemudiannya,sebagai kegiatan melanun (piracy). Mereka turut menamakan pejuang-pejuang Melayu sebagailanun (pirates). Walau bagaimanapun, kegiatan merampas dan mengambil harta secara kekerasanadalah ditujukan khas kepada kapal-kapal dagang yang berdagang dengan pihak musuh dan adalahsukar sebenarnya untuk menamakan perompakan jenis ini dengan gelaran piracy.

    Namun, persoalan adakah mereka mahu merampas semata-mata ingin merompak harta benda

    atau untuk menentang kekuasaan Portugis di Melaka timbul disebabkan di Eropah pada ketika itu,perbuatan merompak hanya akan menjadi perbuatan jenayah melanun sekiranya dilakukan diluarwilayah kuasa sesebuah negara dan kerakyatan orang yang dituduh sebagai lanun tidak diambilkira. Tetapi jika dilihat terhadap pelaut-pelaut Melayu pada ketika itu yang telah menyerang danmerampas kapal-kapal dagang barat, ia tidak boleh dianggap sebagai lanun. Hal ini demikiankerana, mereka tidak bertindak untuk kepentingan peribadi tetapi hanya untuk meneruskan kegiatanpeperangan yang tidak salah mengikut peraturan antara bangsa ketika itu. Seperti mana yang telahdilakukan oleh Sultan Muhammad Abdul Jalil Jalaludin Syah iaitu menurut Muhamad Yussuf Hasyim(1992) dalam bukunya yang bertajuk Hikayat Siak, baginda telah memimpin tentera lautnya untukmenyerang pangkalan dan kapal-kapal pihak Barat.

    Walau bagaimanapun, orang Portugis, Belanda dan British melihat bahawa tujuan mereka

    hanyalah unutk merompak dan menyamun demi kepentingan diri sendiri. Namun, hal ini masih lagitidak tepat kerana pelaut Melayu tidak melakukan rompakan di laut lepas iaitu di luar kuasasesebuah negara. Justeru, tuduhan yang paling berat boleh dilemparkan kepada pelaut Melayu inihanyalah sebagai perompak, bukannyya sebagai lanun.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    5/16

    P a g e | 5

    Selain itu, serangan mereka ini juga mungkin merupakan usaha kerajaan Melayu Melaka ketikaitu untuk melumpuhkan kuasa Portugis. Namun, dari segi undang-undang antarabangsa, tindakanyang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Melayu itu adalah sah kerana mengikut tradisi hukumantarabangsa yang telah diamalkan oleh orang Barat sebelum dan semasa itu hanya mendefinisikanpiracysebagai sesuatu tindakan merompak di laut tanpa lesen politik. Justeru, tindakan KerajaanMelayu Melaka melakukan perkara sedemikian adalah sebagai mempertahankan kawasan mereka

    dan mereka berhak merampas apa sahaja hak musuh atau sekutu musuh mereka kerana menuruthukum syariah, tindakan merampas hak musuh adalah sah kerana musuh terlebih dahulu telahmerampas hak kerajaan Melayu.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    6/16

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    7/16

    P a g e | 7

    Manakala dalam Tuhfat al-Nafispula ada menceritakan akibat perjanjian yang berat sebelah diantara Belanda dengan Riau, Sultan Mahmud telah bangun memberontak menentang orang-orangBelanda dan akhirnya baginda meninggalkan Riau. Oleh sebab ketiadaan sumber pencarian,pengikut-pengikut baginda telah menjadi perompak di laut.

    Tekanan yang berterusan dikenakan oleh Belanda.

    Tekanan yang berterusan dikenakan oleh Belanda ke atas pemerintah-pemerintah tempatan telahmenyebabkan mereka terpaksa mencari satu kuasa Barat lain yang lebih ikhlas dalam membantumereka iaitu Inggeris. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa pedagang Inggerisyang berdagang dengan mereka itu adalah pedagang persendirian yang kadang-kalanya merupakanlanun (pirates) dalam erti kata sebenar. Pedagang-pedagang seperti Francis Light, Thomas Forrestdan sebagainya mempunyai niat yang tidak baik iaitu mengambil kesempatan untuk meningkatkanperdagangan mereka sendiri di negeri-negeri Melayu yang dianggap tidak sah oleh Belanda. Hal inidemikian menyebabkan Belanda berterusan untuk menyekat dan menghalang Inggeris tetapikegiatan penyeludupan dan perdagangan secara gelap tetap berterusan.

    Justeru, Belanda telah membina sebuah kubu di Pulau Gantung yang bertujuan untuk menyekatpedagang Siak berdagang dengan pedagang-pedagang dari India, Arab dan Kedah serta untukmenguasai perdagangan kain serta emas di kawasan Minangkabau. Maka, dalam masa-masatertentu berlakulah rompakan oleh orang Siak ke atas V.O.C dan kapal-kapal yang mahu berdagangke Betawi.

    Para penjajah menghalang penduduk tempatan berniaga dengan pedagang asing.

    Perbuatan Belanda yang suka mengungkit-ungkit jasa mereka kepada raja-raja Melayu dan ugutan

    yang dibuat menimbulkan rasa kurang senang terhadap golongan raja-raja. Selain itu, Belanda jugamenghalang penduduk tempatan berniaga dengan pedagang asing dan ini menyebabkan berlakunyapenyeludupan dan rompakan kerana harga yang ditawarkan oleh pedagang-pedagang bukanBelanda biasanya lebih tinggi. Tambahan pula, tindakan Portugis dan Belanda yang mewajibkankapal-kapal dagang yang melintasi Selat Melaka untuk singgah dahulu di pelabuhan dan mengambilpas pelayaran dilihat sebagai satu usaha untuk menyekat kebebasan pedagang dan pelayaranpenduduk tempatan. Hal ini dapat dilihat melalui Fasal 12 perjanjian Johor/Riau-Belanda pada 2November 1784 iaitu;

    Sebarang perahu yang datang dari timur dan barat yang hendak ke barat melalui Melaka hendaklahsinggah mengambil pas dahulu jika tidak barang siapa meninggalkan fasal perjanjian ini hukumnyaitu perahunya dan muatannya dirampas oleh kampeni kepadanya jadi pendapatan.

    Maka, peraturan yang dikenakan oleh penjajah ini telah meyusahkan pengusaha perahu danpedagang tempatan di mana ianya adalah bertentangan dengan undang-undang tradisi serta iamenyakitkan hati mereka. Selain itu, kapal-kapal dagang tempatan yang membawa senjata turutdianggap sebagai lanun oleh pihak penjajah walaupun tidak ada bukti bahawa kapal-kapal tesebutpernah melakukan rompakan.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    8/16

    P a g e | 8

    Peningkatan perdagangan di sekitar Selat Melaka dan restu daripada pemerintahtempatan.

    Peningkatan perdagangan ini turut menyebabkan kegiatan merompak di laut turut meningkat. Halini demikian kerana, keinginan mencari keuntungan dan kemewahan dengan cara merompak telahmneybabkan orang-orang Melayu menjadi perompak laut. Contohnya pada awal abad ke-18,

    perdagangan dan kekayaan yang mencurah menyebabkan lanun-lanun ini mudah untukmendapatkan mangsa.

    Selain itu, kegiatan perompakan di laut mendapat restu daripada pemerintah tempatan dan adajuga yang berpendapat bahawa setiap raja kerajaan-kerajaan kecil di kepulauan tersebut merupakanpemerintah tertinggi angkatan lanun. Namun, Menurut Matlob dan Zam Ismail (2002) dalam bukumereka yang bertajuk Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor, usaha yang dilakukan oleh TemenggungIbrahim iaitu membanteras kegiatan perlanunan di perairan Selatan Semenanjung terutamanya disekitar kawasan Singapura telah mendapat pujian daripada pegawai atasan Inggeris sehinggakepada pemerintah Inggeris di London. Justeru, usaha beliau ini telah dapat menyangkal segaladakwaan terhadap beliau sebagai seorang ketua lanun.

    Hal ini turut dikuatkan lagi apabila dalam undang-undang Melayu lama tidak mengandungi fasalyang membincangkan tentang perompakan di laut sama ada dalam Hukum Kanun Melaka ataupundalam Undang-Undang Laut Melaka. Walau bagaimanapun, terdapat peruntukan yang seolah-olahmembenarkan salah satu kegiatan merompak (melanun) iaitu tawan karang yang bermaksud segalayang terdampar di pantai menjadi milik sah bagi orang yang menemuinya. Selain itu, orang yangterdampar disebabkan perahunya karam juga dianggap sebagai harta orang yang menemuinya.

    Di samping itu, pada pandangan orang Melayu ketika itu, merompak di laut bukanlah salah satupekerjaan yang dianggap sebagai satu pekerjaan yang hina malah, ia merupakan satu aktiviti yangmenjadi kebiasaan kepada golongan anak-anak raja yang tidak berjabatan.

    Keperluan kepada tenaga kerja dari pihak Belanda dan pemerintah tempatan.

    Keperluan ini telah menyebabkan para perompak mudah untuk menjual hamba tawanan merekadan ini secara langsung menggalakkan lagi mereka untuk menyerang kapal-kapal danperkampungan bagi memperolehi tawanan yang boleh dijual sebagai hamba abdi. Hal ini disokongoleh B.W Andaya (1979);

    A primary reason Orang Laut involvement in the ever-expanding search for slaves, itself largelyattributable to the varcacious demand for human labor from the VOC, its official, and private Dutchcitizen.

    Oleh sebab itulah permintaan terhadap hamba abdi tidak putus-putus dan lebih banyakpedagang sanggup belayar terus ke pangkalan-pangkalan perompak Orang Laut untukmendapatkan hamba abdi yang lebih murah daripada harga ynag ditawarkan di pasar hamba diPalembang. Selain itu, hamba abdi yang ditawan oleh pihak Iranun atan Illanun dari selatan Filipinatelah dibawa kembali ke kepulauan mereka untuk dijadikan pendayung perahu-perahu perang ataubekerja sebagai mengutip sarang burung, mutiara dan trepang yang biasanya dijual kepada countrytradersInggeris yang singgah di Pelabuhan Kepualaun Sulu. Manakala pihak Inggeris akan mebayarharga barangan mereka dengan senjata api, peluru, bahan letupan dan candu. Semua alatan-alatanini akan mengukuhkan lagi kedudukan para perompak laut dan permintaan yang semakin banyak

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    9/16

    P a g e | 9

    terhadap barang-barang tersebur telah menambahkan lagi kegiatan merompak untuk mendapatkantenaga kerja.

    Tradisi masyarakat tempatan.

    Terdapat satu adat di Lampung yang mengkehendaki seseorang lelaki untuk membayar jujur iaitumahar atau mas kahwin yang tinggi kepada gadis yang dipinang. Biasanya jujur ini dibayar dalambentuk hamba abdi atau barangan. Menurut W. Anderson (1986) dalam bukunya yang bertajuk TheHistory of Sumatra,jujur untuk seorang anak gadis (dara) adalah 120 ringgit dan bayaran-bayaranlain mengikut adat adalah wang tulis tanggil $15/=, wang upah daun kodo $6/= dan wang talikulo $5/=. Justeru, seorang lelaki terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya $146/= untukbelanja kahwinnya. Manakala jujur seorang janda adalah $80/=. Hal ini telah menyebabkan ramailelaki terus berhutang lebih kurang 80 dollar Sepanyol sepanjang hayatnnya. Maka, jalan untukmengatasi masalah hutang ini ialah dengan keluar merompak bagi mendapatkan seorang hambaabdi. Hal ini demikian kerana, seorang hamba abdi lelaki boleh dijual dengan harga 30 dollarSepanyol manakala 40 dollar Sepanyol untuk hamba abdi perempuan.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    10/16

    P a g e | 10

    (iv) Kegiatan Perlanunan dan Perdagangan di Wilayah Johor-Riau pada Abad ke-18.

    Pada abad ke-18, perompakan di Selat Melaka dan sekitarnya bukan hanya dilakukan oleh Orang Lauttetapi juga suku-suku kaum Melayu yang lain seperti Minangkabau, Bugis dan Lampung. Sekitar sukuabad ke-18 juga, muncul satu puak baru yang telah datang untuk menjalankan kegiatan merompak dikawasan tersebut iaitu kaum Iranun atau Illanun yang berasal dari selatan Filipina. Menurut J. F Warren

    (1981) dalam bukunya yang bertajuk The Sulu Zone: 1768-1898,orang-orang Illanun ini telah keluardari tempat asal mereka disebabkan letusan gunung berapi yang telah merosakkan perkampungan dankawasan pertanian mereka di sekitar Tasik Lanoo. Kesan daripada kemusnahan itu menyebabkanpenduduk tersebut berpindah secara beramai-ramai ke selatan dan barat Mindanao.

    Walau bagaimanapun, kegiatan mereka di kawasan Selat Melaka dan wilayah-wilayah Johor-Riausemakin lebih mudah apabila mereka sendiri dijemput oleh Sultan Mahmud Riau-Lingga bagi membantubaginda menghalau orang-orang Belanda dari Riau. Menurut B. W Andaya (1979), ada laporan yangmengatakan bahawa orang-orang Illanun telahpun menjalankan kegiatan perlanunan mereka sikawasan Selat Melaka seawal tahun 1787 lagi kerana telah kelihatan satu kumpulan kecil perahu Illanunberlegar di perairan Palembang untuk menyerang perkampungan-perkampungan sekitar Bangka untukmendapatkan hamba abdi.

    Selain itu, setelah berjaya mengalahkan orang Belanda di Riau, Sultan Mahmud terpaksameninggalkan pulau tersebut dan berpindah ke Lingga untuk mengelakkan serangan Belandaseterusnya. Namun, orang-orang Illanun Tempasuk tidak pula kembali ke tempat asal mereka danmereka telah tinggal dalam beberapa buah komuniti yang berasingan di sekitar pantai timur Sumatera.Mereka kemudiannya telah mengambil alih kegiatan orang Bugis dan mendirikan kubu-kubu sertabeberapa buah perkampungan kecil di sekitarnya.

    Menurut J.F Warren, matlamat utama mereka mendirikan penempatan-penempatan tersebut adalahuntuk mengeksploitasi aktiviti perdagangan yang ketika itu sedang pesat di Laut China Selatan. Hal inidemikian kerana kegiatan perniagaan dan perdagangan di China yang mula berkembangan telahmembuka peluang perdagangan di antara pulau-pulau Semenanjung Tanah Melayu dengan Laut ChinaSelatan yang telah berperanan sebagai laluan utama. Kawasan ini merupakan kawasan yang ideal untukdijadikan sebagai pangkalan bagi melancarkan serangan ke atas perahu yang berulang alik di antaraPulau Pinang dengan Melaka dan juga serangan ke atas Pulau Bangka dan Biliton yang kaya denganbijih timah.

    Pada masa itu juga, kegiatan merompak di kawasan tersebut semakin meningkat terutamanyadengan kedatangan lebih banyak kuasa Barat yang pada masa itu dikatakan tidak membawa persaingankepada pedagang-pedagang tempatan kerana pedagang tempatan merupakan pedagang pembekalkepada pedagang-pedagang antarabangsa dengan membekalkan hasil tempatan kepada mereka.Sepatutnya, dengan lebih banyak kedatangan pedagang asing maka akan membawa lebih banyakkeuntungan kepada pedagang tempatan tetapi keinginan kuasa-kuasa kolonial khususnya Belanda

    untuk memonopoli perdagangan dan menutup pintu perdagangan secara tidak langsung telahmeningkatkan lagi kegiatan merompak.

    Selain itu, pada abad ke-18 juga, terdapat ramai putera-putera raja yang tidak mempunyai kawasanpemerintahan sendiri. Anak-anak raja terutamanya yang bukan dari keturunan gehara sering kali tidakmempunyai peluang untuk menduduki tahkta dan berkuasa. Justeru, mereka mencari keuntungandaripada kegiatan merompak. Namun ada juga anak-anak raja yang kehilangan tahkta akibat perebutankuasa lalu keluar merantau untuk mencari kekayaan dan pengaruh sebelum kembali untuk merampastakhta. Maka, perdagangan yang berkembang pesat di Selat Melaka telah memudahkan lagi pekerjaanmereka untuk mencari kekakayaan iaitu dengan cara merompak di laut.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    11/16

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    12/16

    P a g e | 12

    BAHAGIAN 3: KRITIKAN SUMBER

    3.1. Kekuatan Sumber

    Dalam artikel ini, idea penulisan yang digunakan oleh penulis adalah dengan cara memberikan

    gambaran dan penjelasan yang jelas dalam topik yang dibincangkan. Selain itu, gaya penulisan yang

    ringkas dan mudah difahami oleh semua lapisan pembaca telah menjadi kekuatan kepada bab ini. Halini demikian kerana, audien atau fokus pembaca penulis ini adalah seperti pelajar peringkat menengah

    atas, maktab perguruan, univeristi dan juga pembaca umum. Justeru, bab ini sesuai digunakan dan

    dijadikan sebagai rujukan oleh semua lapisan masyarakat. Di samping itu, penulis masih lagi

    mengekalkan keaslian penulisannya iaitu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan tiada

    fakta yang bertentangan dengan buku-buku yang ditulis oleh penulis lain dalam membincangkan tajuk

    yang sama. Penulis ini juga dilihat mementingkan aspek-aspek teknikal seperti ketiadaan kesalahan

    ejaan serta pemerengganan yang koheren telah berjaya diperlihatkan. Pembahagian tajuk mengikut

    tema dapat memperlihatkan kita secara mudah dan jelas tentang apek perlanunan di sekitar wilayah

    Johor-Riau sebelum abad ke -19. Tambahan pula, nota kaki yang turut disediakan turut memudahkan

    pembaca membuat input tambahan mengenai tajuk yang berkaitan.

    3.2. Kelemahan Sumber

    Di samping mempunyai kekuatan, sumber ini turut mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Penulis

    dilihat lebih banyak menyorot berbanding memberikan fakta-fakta baru. Selain itu, penulis turut

    menggunakan istilah bahasa Inggeris tetapi dieja dalam bahasa Melayu seperti konfiden danenterprise

    sedangkan perkataan-perkataan tersebut ada istilah tersendiri dalam bahasa Melayu. Di samping itu,

    penggunaan istilah dan ejaan Melayu lama turut dipraktikkan oleh penulis walaupun ia tidak salah tetapi

    ia akan menyukarkan pemahaman pembaca kerana jurnal yang ditulis adalah pada tahun 2000. Dalam

    jurnal ini juga, penulis sentiasa memberikan input yang berulang di bawah tema yang berlainan dan

    pengulangan ayat turut dapat dikesan. Sepatutnya, penulis boleh menggunakan fakta yang sama tetapi

    ayat tersebut boleh diolah agar ianya nampak lebih menarik.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    13/16

    P a g e | 13

    BAHAGIAN 4: SOROTAN LITERATUR

    Menurut Matlob dan Zam Ismail (2002) dalam buku mereka yang bertajuk Imbasan Peristiwa BersejarahJohor , usaha yang dilakukan oleh Temenggung Ibrahim iaitu membanteras kegiatan perlanunan diperairan Selatan Semenanjung terutamanya di sekitar kawasan Singapura telah mendapat pujiandaripada pegawai atasan Inggeris sehingga kepada pemerintah Inggeris di London. Usaha beliau ini

    telah dapat menyangkal segala dakwaan terhadap beliau sebagai seorang ketua lanun. Maka, hal initelah menyebabkan British berniat untuk menjadikan Singapura sebagai pusat perdagangan yangselamat dan aman.

    Untuk mengenang jasa beliau ini, Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William John Butterworthtelah membuat laporan kepada pihak kerajaan Inggeris. Hal ini telah menyebabkan TemenggungIbrahim dianugerahkan sebilah pedang emas. Justeru, dengan berlakunya penganugerahan tersebut,hubungan di antara Temenggung dengan pegawai-pegawai Inggeris menjadi lebih erat.

    Selain itu, dalam masa yang sama, Temenggung juga berusaha untuk membuat perjanjiandengan Raja Bendahara Seri Maharaja Pahang bagi mengukuhkan kedaulatan kerajaan beliau di Johor.Perjanjian yang dibuat adalah mengenai hal persahabatan dan kerjasama pertahanan terutamanya di

    kawasan laut.

    Menurut Djoko Pramono (2005) pula dalam buku beliau yang bertajuk Budaya Bahari, ancamanserius oleh perompak bajak laut yang sering kali mengganggu kapal-kapal dagang Belanda telahmenjadi faktor penghalang berlakunya perdagangan di kawasan Nusantara. Perompak bajak laut atau

    juga dikenali sebagi lanun ini sering melakukan serangan semasa kapal-kapal tersebut mahu kembali kenegara asal mereka setelah selesai melakukan perdagangan. Lanun-lanun ini merompak muatan kapaldan yang lebih serius lagi mereka sanggup membunuh nyawa anak-anak kapal serta membakar kapal-kapal dagang tersebut. Buktinya, terdapat banyak fenomena perlanunan berlaku terutamanya dikawasan Laut Jawa, Sumatera, Kepulauan Riau serta laluan pintu masuk ke Selat Melaka juga seringkalimenerima serangan daripada lanun ini.

    Fenomena perlanunan ini masih lagi dapat dilihat sehingga ke hari ini terutamanya di SelatMelaka. Menurut laporan yang dibuat oleh Biro Maritim Antarabangsa pada tahun 2000, kawasan SelatMelaka berisiko tinggi dalam menerima serangan oleh lanun ini. Mereka yang rata-ratanya berasal dantinggal di pulau-pulau berhampiran melakukan perlanunan menggunakan pistol dan juga parang.Mereka juga sering merompak kapal-kapal dagang Singapura atau kapal-kapal lain yang sedangberlabuh di luar perairan Singapura.

    Menurut Burger dalam bukunya bertajuk Sejarah Ekonomi Sosilogis Indonesia di mana beliautelah mengemukakan pendapat mengenai hubungan di antara perompak dan perdagangan di laut.Beliau juga telah mengemukakan teori bahawa perdagangan maritim adalah satu tingkat organisasihubungan antarabangsa yang tertinggi. Kejatuhan perdagangan maritim adalah akibat daripada tahaporganisasi yang rendah dan lemah yang mana ia diumpamakan seperti oragnisasi perlanunan atau

    perompak laut.

    Apa yang lebih menyedihkan ialah, pusat-pusat ekonomi dan perdagangan Nusantara yang telahmengalami kejatuhan telah dijadikan sebagai sarang bagi lanun-lanun ini seperti mana yang telahberlaku kepada kerajaan Sriwijaya. Umum mengetahui kerajaan Sriwijaya pernah menjadi salah sebuahperlabuhan yang maju suatu ketika dahulu. Namun, sekitar abad ke 14 dan 15, ianya telah perlahan-lahan mulai menurun dan telah beralih peranan menjadi sarang perompak China.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    14/16

    P a g e | 14

    Selain itu, menurut Carolin Liss (2003) dalam artikelnya yang bertajuk Maritime Piracy inSoutheast Asia, kegiatan perlanunan bukanlah satu fenomena baru yang berlaku di sekitar AsiaTenggara. Banyak pemerhati menganggap ianya adalah sebagai salah satu budaya maritim. Walaubagaimanapun, istilah lanun dahulu adalah berbeza dengan sekarang. Banyak yang telah melabelkanlanun dahulu sebagai hamba yang terlibat dalam pelayaran dan pejuang tempatan yang menentangkuasa penjajah. Hakikatnya, perlanunan dalam zaman moden ini dilihat sebagai kesan daripada

    kekurangan penguasaan kerajaan, kelemahan kawalan kerajaan serta kejatuhan kedaulatan sesebuahkerajaan.

    Di samping itu, lanun-lanun ini memerlukan jaringan hubungan di antara laut dan juga daratbagi menjual barangan yang telah dirompak. Di dalam serangan yang telah dilakukan oleh lanun-lanunini, biasanya barangan-barangan yang akan dirompak telah diketahui dan telah dikehendaki sendiri olehmereka. Hal ini demikian kerana, mereka terlebih dahulu telah mengetahui barangan apa yang akandibawa oleh kapal dagang tersebut. Biasanya pelanun atau yang membiayai rompakan ini akan memilihbarang dagangan yang boleh dijual dengan mudah di pasaran gelap yang sedia ada di kawasan mereka.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    15/16

    P a g e | 15

    BAHAGIAN 5: PENUTUP

    Secara kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa perompakan dan keganasan malah pembunuhansememangnya wujud di sekitar wilayah Johor-Riau tetapi untuk mengatakannya sebagai kegiatanperlanunan dengan diperbesarkan motif kecil mereka iaitu untuk mendapatkan harta rampasan adalahtidak tepat. Oleh yang demikian, sejarah tanah air yang ditulis oleh orientalis yang bersifat Eurocentric

    malah penulis tempatan sendiri yang sering menggunakan istilah lanun dan perlanunan ini untukmenggambarkan kegiatan mereka adalah suatu yang tidak adil kerana motif dan sebab perompak lautNusantara dengan motif dan sebab pirates Barat adalah berbeza.

    Malah dalam buku-buku teks sekolah turut melabelkan dan memaparkan pelaut-pelaut Melayusebagai lanun tanpa diberikan penjelasan yang sebenar akan motif dan kedudukan mereka. Di sampingitu, tuduhan jenayah sebagai lanun dilihat amat berat dan tidak bertimbang rasa kerana motif merekahanyalah untuk mendapatkan hak yang telah dirampas oleh kuasa kolonial. Hal ini bermakna, tindakanyang dilakukan hanyalah sebagai kesan kekejaman yang dilakukan oleh kuasa kolonial itu sendiri.

    Jika ditinjau kembali sejarah tempatan, tidak ada kerajaan Melayu yang menyerah kalah kepadapihak penjajah walaupun sememangnya diakui kerajaan Melayu itu kalah tetapi mereka tidak pernah

    menyerah kalah serta walaupun negeri atau ibu kota mereka ditakluki, tetapi tidak pada kerajaannya.Hal ini demikian kerana, konsep berkerajaan dalam masyarakat Melayu dilihat bukanlah memandangkepada sesuatu tempat itu tetapi ia mementingkan raja-raja. Bagi masyarakat Melayu tradisional, dimana ada raja di situlah ada kerajaan. Justeru, segala kegiatan mereka termasuk kegiatan menyerangbalas pihak musuh dianggap tidak salah sama sekali mengikut peraturan antara bangsa ketika itu.

    Dasar-dasar penjajah Barat itu sendiri dilihat telah menyumbang kepada hancurnya empayarperdagangan Melayu. Maka, kesan daripada kehilangan perdagangan ini, menyebabkan mereka beralihkepada kegiatan merompak yang dilihat menjadi lebih giat dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai satucara golongan pembesar Melayu yang terhalang dalam mendapatkan sumber pendapatan untukmeneruskan kehidupan mereka.

    Selain itu, pihak penjajah yang melabelkan pejuang-pejuang Melayu sebagai lanun semata-matauntuk mempermudahkan usaha mereka menghapuskan kegiatan persaing tempatan dalam kegiatanperdagangan. Maka, tindakan boleh diambil untuk memusnahkan mereka tanpa banyak persoalan. Halini demikian kerana, mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa pada masa itu, lanun(pirates) yang ditemui di mana-mana sahaja boleh diserang atau dimusnahkan. Namun demikian,tidaklah mudah untuk menuduh seseorang perompak sebagai lanun (pirates) kerana perbuatanmerompak hanya akan menjadi perbuatan jenayah melanun mengikut syarat-syarat tertentu.

    Oleh yang demikian, tuduhan yang dilemparkan kepada mereka sebagai lanun adalah tidak tepatkerana terdapat sebahgaian besar yang belayar adalah dengan tauliah raja-raja mereka. Justeru,mereka tidak boleh dikatakam sebagai lanun kerana mereka tidak bertindak untuk kepentingan sendiri

    tetapi hanyalah untuk memanjangkan the act of wardan membentuk serta menubuhkan sebuah kuasapolitik dengan cara yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi orang-orang Portugis, Belanda danInggeris, mereka telah membelakangkan motif para lanun dan menganggap objektif mereka hanyalahuntuk merompak dan menyamun demi kepentingan sendiri. Namun sebenarnya, serangan-seranganmereka itu hanyalah merupakan usaha-usaha orang-orang Melayu ketika itu untuk melumpuhkankekuatan kuasa penjajah Barat.

  • 8/10/2019 Ulasan Jurnal Peradaban Maritim 2

    16/16

    P a g e | 16

    RUJUKAN

    Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. 1928. Kesah Pelayaran Abdullah.Singapore: Malaya Pub House.

    .Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka. Kuala Lumpur:Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    B. W. Andaya. 1976. The Role of Anak Raja in Malay History.

    B. W. Andaya. 1979. Perak the Adobe of Grace.Kuala Lumpur: Oxford University Press.

    Djoko Pramono. 2005. Budaya Bahari. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

    D. Lewis. 1995. Jan Compagnie in the Straits of Malacca: 1641-1795.Athens: Ohio University.

    L. Carolin. 2003. Maritime Piracy in Souteast Asia.Australia: Murdoch University.

    J.F. Warren. 1981. The Sulu Zone: 1768-1898.Singapore: University Press.

    Matlob & Zam Ismail. 2002. Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor. Johor Baru: Yayasan Warisan Johor

    Muhammad Yussof Hashim. 1992. Hikayat Siak.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    W. Mardsen. 1986. The History of Sumatra.Singapore: Oxford University Press.