Ulasan Kartun Kumpulan

2
SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY MATEMATIK 2 REFLEKSI Kartun merupakan kegemaran setiap lapisan masyarakat, walaubagaimana pun kegemaran terhadap kartun adalah lebih menonjol dalam kalangan anak – anak kecil dan pelajar sekolah. Hal ini jelas disokong oleh kajian yang menunjukkan anak – anak kecil dan anak – anak muda menghabiskan masa dengan media massa, khasnya rancangan kartun di kaca televisyen (Whittle, 1997). Oleh itu, dalam kerja kursus mte 3093 kami telah ditugaskan untuk membina kartun bersiri bagi pengajaran dan pembelajaran matematik. Saya dan ahli kumpulan saya telah bercadang untuk memilih tajuk penambahan wang (tahun 3) yang melibatkan ringgit dan sen yang tidak melebihi RM 1000. Sebaik sahaja memilih tajuk kami terus memilih cerita ‘Snow white dan kawan-kawannya’ bagi pembinaan kartun bersiri kami. Pembinaan kartun bersiri ini boleh digunakan dalam mana – mana langkah pengajaran dan pembelajaran. Permulaan pembinaan kartun bersiri ini telah dimulai dengan 7 orang kerdil mendapat gaji bagi membolehkan murid–murid mengenali topik pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya, tujuh orang kerdil telah bercadang untuk membeli kasut (RM 200.00), beg tangan (RM 500.00) dan buku matematik ( RM 35.40) pada hari jadi ke-20 Snow white. Bagi membeli setiap barang, tujuh orang kerdil berusaha mengira jumlah wang (penambahan wang) yang diperlukan untuk membeli barang – barang tersebut. kami telah pun memberi soalan KBAT kepada murid–murid bagi membolehkan murid – murid berfikir untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan penambahan wang. Kelebihan yang saya perolehi hasil daripada pembinaan kartun bersiri ini ialah, saya telah mempelajari cara – cara membina kartun bersiri bagi pengajaran dan pembelajaran matematik. Malah, semasa membentangkan hasil pembinaan kartun bersiri ini, saya berasa yakin dan berkebolehan untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cepat dan

description

kartun

Transcript of Ulasan Kartun Kumpulan

Page 1: Ulasan Kartun Kumpulan

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY MATEMATIK 2

REFLEKSI

Kartun merupakan kegemaran setiap lapisan masyarakat, walaubagaimana pun

kegemaran terhadap kartun adalah lebih menonjol dalam kalangan anak – anak kecil dan

pelajar sekolah. Hal ini jelas disokong oleh kajian yang menunjukkan anak – anak kecil dan

anak – anak muda menghabiskan masa dengan media massa, khasnya rancangan kartun di

kaca televisyen (Whittle, 1997). Oleh itu, dalam kerja kursus mte 3093 kami telah ditugaskan

untuk membina kartun bersiri bagi pengajaran dan pembelajaran matematik.

Saya dan ahli kumpulan saya telah bercadang untuk memilih tajuk penambahan

wang (tahun 3) yang melibatkan ringgit dan sen yang tidak melebihi RM 1000. Sebaik

sahaja memilih tajuk kami terus memilih cerita ‘Snow white dan kawan-kawannya’ bagi

pembinaan kartun bersiri kami. Pembinaan kartun bersiri ini boleh digunakan dalam mana –

mana langkah pengajaran dan pembelajaran.

Permulaan pembinaan kartun bersiri ini telah dimulai dengan 7 orang kerdil

mendapat gaji bagi membolehkan murid–murid mengenali topik pengajaran dan

pembelajaran pada hari tersebut. Seterusnya, tujuh orang kerdil telah bercadang untuk

membeli kasut (RM 200.00), beg tangan (RM 500.00) dan buku matematik ( RM 35.40) pada

hari jadi ke-20 Snow white. Bagi membeli setiap barang, tujuh orang kerdil berusaha

mengira jumlah wang (penambahan wang) yang diperlukan untuk membeli barang – barang

tersebut. kami telah pun memberi soalan KBAT kepada murid–murid bagi membolehkan

murid – murid berfikir untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan penambahan wang.

Kelebihan yang saya perolehi hasil daripada pembinaan kartun bersiri ini ialah, saya

telah mempelajari cara – cara membina kartun bersiri bagi pengajaran dan pembelajaran

matematik. Malah, semasa membentangkan hasil pembinaan kartun bersiri ini, saya berasa

yakin dan berkebolehan untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cepat dan tepat.

Penyampaikan isi pengajaran saya juga senang difahami oleh setiap pelajar guru

matematik. Oleh itu, penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

matematik mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi

murid untuk belajar dengan tekun.

Secara keseluruhannya, pembinaan kartun bersiri dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik dapat memberi suasana pembelajaran yang selesa dan selamat

kepada murid-murid. Biasanya murid–murid akan berasa takut terhadap mata pelajaran

matematik, bagi mengatasi masalah ini guru –guru haruslah membina kartun bersiri supaya

dapat membantu murid –murid malah menarik perhatian murid dan dapat mengurangkan

rasa ketakutan mereka.