Ulasan Kritikal Artikel
-
Upload
mohd-razif -
Category
Documents
-
view
260 -
download
1
description
Transcript of Ulasan Kritikal Artikel
Ulasan Kritikal Artikel
1.0 PENGENALAN
Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,saya
memilih enam jurnal dan artikel yang berkaitan dengan isu-isu cabaran guru disekolah.
Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.
1.1 ARTIKEL YANG DIPILIH
(a) Tajuk Artikel : Guru Disiplin Bebas Dakwaan Cabul 11 Pelajar Perempuan.
Penulis : Nor Azura Abdul Jalil.
Bilangan Muka Surat : 2
Sumber : Metro Archive Bank News.
Artikel yang ditulis oleh Nor Azura Abdul Jalil ini menerangkan tentang satu kes
dimana seorang guru disiplin telah di bebaskan oleh mahkamah atas tuduhan
mencabul 11 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Pandan Indah,
Selangor, dua tahun lalu. Guru tersebut telah di dakwa mengikut Seksyen 354
Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10
tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu jika sabit
kesalahan. Setelah dibicarakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal
untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Sebelum saya mengulas lanjut mengenai artikel ini, eloklah kita fahami dahulu
apakah maksud terma Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574). Ia membawa
maksud “Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang
dengan niat hendak mencabul kehormatan”.
Pada pendapat saya, guru tersebut telah menjalankan tugasnya dengan betul.
Ini berdasarkan beberapa fakta dalam artikel tersebut. Fakta pertama, guru
tersebut telah memenuhi “Duty Of Care”, iaitu dengan memeriksa denyutan nadi
sebelum merotan pelajar-pelajar terbabit. Atas sebab apa pelajar itu dirotan tidak
diketahui, tetapi guru tersebut telah membuat “Forecast” atau ramalan yang
betul, iaitu pada pendapatnya, jika ada dikalangan pelajar terbabit mempunyai
denyutan nadi yang agak tinggi atau rendah, pelajar terbabit mungkin tidak akan
dirotan atas alasan tidak sihat.
Fakta kedua, guru tersebut telah meminta izin dari pelajar-pelajar terbabit
sebelum memeriksa denyutan nadi mereka. Disini, guru tersebut telah memenuhi
kewajipan kewajipan berjaga-jaga dan guru sebagai In Loco Parentis. Dalam
artikel juga telah menyatakan tidak ada pelajar terbabit yang menjerit, meraung,
meronta dan menangis yang menunjukkan persetujuan pelajar-pelajar terbabit
untuk diambil denyutan nadi oleh guru mereka.
Fakta ketiga, tidak ada dinyatakan bahawa pihak plaintif mengalami kerugian
dalam apa jua bentuk samada berbentuk fizikal ataupun emosi. Maka perkaitan
tlangsung di antara sebab dan akibat (remoteness) amat sukar dibuktikan.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa guru tersebut tidak
memenuhi elemen-elemen cuai yang boleh dikenakan Tort. Malahan, guru itu
boleh membuat tuntutan kepada plaintif atas kerugian yang terpaksa
ditanggungnya dalam bentuk emosi sepanjang perbicaraan itu berlangsung. Ini
dinyatakan jelas dalam artikel tersebut bahawa pihak defenden mengalami
trauma yang amat dasyat. Saranan saya, guru tersebut boleh menggunakan
kaedah lain untuk mengukur denyutan nadi pelajar seperti di pergelangan tangan
ataupun meminta pertolongan guru perempuan untuk melakukannya kerana ia
melibatkan pelajar perempuan.
(b) Tajuk Artikel : Pelajar Trauma Ditumbuk Guru Disiplin.
Penulis :
Bilangan Muka Surat : 1
Sumber : Berita Harian
Artikel ini menceritakan tentang seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah
Teknik Sejingkat yang telah di tumbuk dan ditampar seorang guru disiplin kerana
dituduh mencuri pemacu pen (pen drive) dan wang sebanyak RM 40 milik rakan
lain. Ditambah dengan keenggganan pelajar itu untuk mengaku bersalah di atas
tuduhan tersebut, dia telah diperlakukan sebanyak dua kali dengan tindakan
yang sama oleh guru disiplin sekolah tersebut. Akhirnya, pelajar tersebut telah
membuat laporan polis berhubung tindakan guru disiplin itu.
Pada pendapat saya, tindakan guru disiplin sekolah tersebut adalah tidak wajar.
Dalam memenuhi kewajipan In Loco Parentis, guru tersebut boleh mengambil
pendekatan lain dalam soal siasat pelajar tersebut berbanding dengan tindakan
kekerasan. Terdapat 4 elemen cuai/Tort iaitu :
1) Kewajipan Berjaga-jaga.
2) Pelanggaran Kewajipan Berjaga-jaga.
3) Kerugian/Kecederaan.
4) Perkaitan langsung/rapat antara sebab dan akibat.
Jika kita lihat, guru tersebut telah melanggar kewajipan berjaga-jaga, dimana
sepatutnya guru tersebut memelihara kepentingan terbaik pelajar. Pelajar
tersebut juga telah mengalami kecederaan (battery) akibat dari tindakan guru
disiplin tersebut menampar dan menumbuknya. Akhirnya, klausa keempat
dipenuhi iaitu terdapat perkaitan langsung di anatara sebab dan akibat. Ini
bermakna guru tersebut boleh dikenakan tindakan Tort atas kesalahannya. Bagi
saya klausa pertama, iaitu Kewajipan Berjaga-jaga (Duty Of Care) semestinya
sudah diambil memandangkan aspek kecurian memang selalu diingatkan di
sekolah-sekolah. Tetapi guru disiplin tersebut sepatutnya sudah dapat meramal
(forecast) akan kesan dari tindakannya. Kalau pun hendak mendenda pelajar
tersebut tetapi hukumannya haruslah setimpal dengan kesalahan dan tujuan
utamanya adalah untuk mendidik bukan untuk menghukum. Disini saya tidak
lihat tindakan guru disiplin tersebut untuk mendidik malahan pelajar tersebut turut
mengalami trauma akibat tindakan guru disiplin sekolahnya. Guru disiplin
tersebut juga harus sedar akan faham terdapatnya fiduciary relationship di
antaranya dengan pelajar tersebut. Malahan guru disiplin sekolah tersebut boleh
dikenakan tindakan jenayah mengikut Kanun Keseksaan, Seksyen 310, 319-320
dan 340 yang menyatakan tindakan defenden menyebabkan kecederaan parah
kepada plaintif.
Justeru, guru disiplin sekolah itu harus mengambil langkah yang lebih proaktif
dalam menanggani masalah disiplin seperti itu selain daripada melakukan
kekerasan yang akhinya dapat mendatangkan kerugian kepada guru terbabit
juga.