Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

18
ULASAN DAN RINGKASAN FIQH AL-JIHAD (AL- QARADHAWI) Oleh: Dr. Rajab Abu Maleeh Muhammad Terjemahan: Imran al-Malizi 1

description

imran al malizi

Transcript of Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Page 1: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

ULASAN DAN RINGKASAN

FIQH AL-JIHAD (AL-QARADHAWI)

Oleh: Dr. Rajab Abu Maleeh Muhammad

Terjemahan: Imran al-Malizi

1

Page 2: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Kata Pengantar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam diucapkan kepada Rasulullah s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabatnya dengan sebanyak-banyaknya dan penuh keberkatan padanya.

Tulisan ini merupakan satu risalah yang amat berguna dan menarik isi kandungannya – insya Allah. Ianya telah disiapkan oleh Dr.Rajab Abu Maleeh Muhammad, Prof. Madya di Fakulti Syariah, Kolej Universiti Insaniah dan anggota Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Buku ini merupakan ulasan dan ringkasan kepada kitab Fiqh al-Jihad sebagai kajian perbandingan hukum-hakam dan falsafahnya menurut perspektif al-Quran dan as-Sunnah karangan seorang ulama yang menjadi ikutan, Prof. Dr.Yusuf al-Qaradhawi – semoga Allah memanjangkan umurnya dan mengurniakan kesihatan yang sempurna untuknya.

Penyusun buku ini (Dr.Rajab) telah meneliti topik-topik penting yang terdapat dalam kitab tersebut dan meringkaskannya bagi pembaca untuk mendapatkan manfaat daripadanya. Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan huraian yang lebih luas dan maklumat tambahan, maka hendaklah merujuk kepada kitab yang asal.

Tatkala kami menerbitkan buku ini sebagai menambah khazanah ilmu-ilmu Islam, kami merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penyusun dan mendoakan beliau mendapat taufiq serta hidayah bagi meneruskan tulisan-tulisan yang berguna pada masa akan datang – insya Allah Ta'ala.

Ustaz Hj. Abdul Ghani bin Samsudin

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA),

Pensyarah Fakulti Syariah, Kolej Universiti Insaniah,

Anggota Kesatuan Ulama Islam Sedunia

2

Page 3: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Mukadimah

Ketika diterbitkan Kitab al-Jihad (Fiqh al-Jihad) karangan seorang tokoh mujahid, Al-Syeikh Prof. Dr.Yusuf al-Qaradhawi (semoga Allah memanjangkan umurnya dan memperelokkan amalannya), laman web Islam Online yang mana saya pernah menjadi penasihat syariahnya dalam lapangan yang berkaitan dengan fatwa dan isu-isu syariah telah meminta agar saya memberi komentar tentang kitab ini kepada seluruh para pembaca di internet. Mereka yang melayari laman web itu adalah golongan yang tidak berkemampuan untuk membaca bahan bacaan yang panjang dan luas perbahasannya, apatah lagi mentelaah kitab yang tebalnya berjilid-jilid. Pada asalnya hasrat kami adalah untuk menyiarkannya dalam satu atau dua buah artikel sahaja.

Namun, setelah membaca kitab tersebut dan meluangkan masa duduk bersama al-Syeikh al-Qaradhawi dalam satu sesi, saya telah menghimpunkan beberapa orang pengendali laman web Islam Online untuk mengenal pasti isu-isu yang paling penting dalam kitab tersebut. Sesungguhnya semua perkara yang terkandung di dalam kitab tersebut adalah penting dan menarik.

Kami tidak mahu menghalang khalayak pembaca daripada meneliti kebanyakan isu-isu yang dilontarkan oleh tuan pengarang dalam kitab tersebut. Maka usaha ini diperluaskan kepada sebelas makalah (artikel) yang panjang lalu disiarkan melalui laman web Islam Online dan juga laman web rasmi al-Syeikh al-Qaradhawi. Kemudian artikel-artikel ini diterjemahkan pula ke bahasa Inggeris dan disiarkan di laman web Islam Online edisi bahasa Inggeris. Ketika itu juga usaha menterjemahkannya ke bahasa Melayu turut dilakukan.

Selepas beberapa tahun, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) – Ustaz Hj. Abdul Ghani bin Samsudin telah meminta kepada saya untuk menerbitkan artikel-artikel tersebut dalam bentuk buku bagi menyempurnakan lagi manfaatnya dengan kerjasama dan penglibatan Kolej Universiti Insaniah, Kedah, Malaysia.

Saya bersedia membuat penilaian semula bagi menyesuaikannya dengan kehendak kitab yang asal. Usaha gigih ini tidak akan berhasil tanpa merujuk kembali kepada kitab asal itu sendiri. Namun, kali ini analisa lebih tertumpu kepada topik-topik yang paling penting menurut penilaian kami.

Inilah sunnah para ulama yang terdahulu, apabila mereka mengarang kitab yang tebal dan panjang tulisannya, kemudian mereka atau anak-anak murid mereka akan berusaha meringkaskannya agar faedahnya lebih meluas. Saya telah membahagikan kajian ini kepada pendahuluan dan sepuluh fasal. Setiap fasal mengandungi ulasan bagi satu daripada sepuluh buah bab dalam kitab tersebut.

3

Page 4: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Pada bahagian pendahuluan, saya berbicara tentang kepentingan kitab tersebut, bagaimana ia mampu memenuhi ruang kosong dalam khazanah ilmu Islam. Kemudian saya memperkatakan tentang pengarang kitab, manhajnya dalam kajian ilmiah, saya membuat perbandingan antara karya beliau Fiqh al-Zakat dan Fiqh al-Jihad. Saya juga menukilkan patah-patah kata beliau sebagaimana yang ditulis sendiri oleh pengarang kitab di bahagian mukadimah kitabnya mengenai individu-individu dan perkumpulan yang mana beliau tujukan kitab tersebut kepada mereka.

Kemudian saya menyebutkan sepuluh buah fasal dengan tajuk-tajuk bab yang diperkatakan oleh pengarang iaitu:

Fasal Pertama: Hakikat jihad; definisi dan hukumnya

Fasal Kedua : Jihad menentang kezaliman dan kefasadan di dalam negeri didahulukan mengatasi jihad menentang kekufuran di luar negeri

Fasal Ketiga : Jihad; Antara mempertahankan negara dan menyerang negara musuh

Fasal Keempat : Matlamat jihad peperangan dalam Islam

Fasal Kelima : Kedudukan jihad, bahaya sikap berpeluk tubuh dan persediaan umat bagi melaksanakannya

Fasal Keenam : Tentera jihad Islami; kewajipannya, adab-adabnya dan peraturannya

Fasal Ketujuh : Bagaimanakah berakhirnya peperangan?

Fasal Kelapan : Apakah berlaku selepas peperangan?

Fasal Kesembilan : Peperangan di dalam daerah Islam

Fasal Kesepuluh : Jihad dan isu-isu umat

Saya memohon semoga Allah memberi manfaat dengan usaha ini kepada tuan pengarang, beliaulah yang telah mencurahkan usaha yang paling besar, semoga kami mendapat faedah bersamanya dan sesiapa sahaja yang menyumbangkan saham sama ada besar atau kecil bagi menjayakan usaha ini. Sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Melindungi atas demikian itu dan Maha Berkuasa ke atasnya.

4

Page 5: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

�ا �َن َّب � َر� �ا َال �َؤ�اِخ�ْذَن �ن ُت �ا�َن ِإ يَن ْو ِس�� �ا َأ َن �ِخَط�ْأ �ا َأ �َن َّب � َر� �ْحِم�ْل ْو�َال �ا ُت َن �ي ا َع�َل �ْصًر� �ِم�ا ِإ َك

�ُه� َت �ْذ�يَن� َع�َل�ى َح�ِم�َل �ا ِم�َن اَّل �َن َل �ا َق�ْب �َن َّب � َر� �ا ْو�َال َن �ْح�ِم-َل � ِم�ا ُت �ا َط�اَق�َة� َال �َن �ُه� َّل َّب�ا ْو�اَعُف� �ا ْو�اْغِف�ًر َع�َن �َن �ا َّل َح�ِمَن َت� ْو�اَر �َن �ا َأ �َن �ا ِم�ْوَال َن � َع�َل�ى َف�اَنُص�ًر َق�ْوِم اَّل

�اَف�ًر�يَن� َك اَّل

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau telah bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka bantulah kami terhadap orang-orang yang kafir." (Al-Baqarah : 286)

5

Page 6: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Pendahuluan

Kitab Fiqh al-Jihad karangan ilmuwan besar dan seorang tokoh mujahid, Al-Syeikh Prof. Dr.Yusuf al-Qaradhawi telah diterbitkan oleh Maktabah Wahbah di Kaherah, sebuah kitab yang tebalnya melebihi 1,400 muka. Sebuah kitab yang selama ini ditunggu-tunggu kemunculannya oleh kita semua dan kebanyakan orang. Pengarang kitab ini telah menulisnya dengan tidak tergesa-gesa dan menangguhkan penerbitannya sehingga kitab tersebut sempurna matang dalam keadaan beliau sendiri berpuas hati dengan isi kandungannya. Beliau mempersembahkan kitab ini laksana sinaran mentari yang terang menghapuskan kegelapan umat yang sebelum ini berada dalam kebingungan.

Mengapa Al-Qaradhawi? Mengapa topik jihad?

Suatu ketika dahulu, ramai para ulama menyeru agar ruang ijtihad dalam isu-isu berkaitan dengan jihad perlu diperhebatkan. Ini melihat kepada usaha ijtihad dalam perkara ibadat dan muamalat khususnya dalam bidang urus niaga kewangan telah dilaksanakan oleh ilmuwan agama secara perkumpulan atau individu. Namun begitu, tiada kesungguhan yang sedemikian berhubung isu jihad dalam keadaan kepentingan dan keperluan manusia untuk mengetahuinya pada setiap zaman, terutamanya pada zaman kini di mana umat Islam sedang menghadapi ancaman musuh seumpama 'makanan' yang dihidangkan kepada orang-orang yang rakus.

Segolongan yang lain pula takut dengan bayang-bayang sendiri untuk membuka ruang pengkajian atau penulisan berkaitan topik jihad pada zaman ini kerana bimbang terhasilnya ijtihad yang lemah seperti hal keadaan umat kita ketika ini yang menuju kehinaan dan menurut arus realiti yang berlalu.

Mereka menyeru agar kaum Muslimin menjadi seumpama burung merpati yang jinak (melakukan rundingan damai dengan pihak musuh) dalam suasana zaman yang tidak mengenal suatu apa pun melainkan bahasa kekejaman, bak burung helang yang siap sedia menyambar mangsa! Turut menjadi kebimbangan, keluarnya ijtihad yang keras seumpama tindakan membalas pertumpahan darah yang dilakukan oleh musuh-musuh kita, kehormatan yang dicemari, tempat-tempat suci yang dirampas, maka terhasillah ijtihad akibat dendam kesumat yang tiada mengenal erti kewarasan, tiada memelihara perjanjian atau kehormatan. Slogan yang mereka laungkan ialah "Sesiapa yang tidak melakukan kezaliman bererti dia akan dizalimi".

Namun demikian, Allah SWT telah membuka hati pengarang kitab ini (al-Syeikh al-Qaradhawi), menjadikan sebab musabab agar beliau memikul tanggungjawab berat ini

6

Page 7: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

dan bangkit melaksanakan amanah agar tiada lagi ijtihad yang mengalah secara keterlaluan atau ijtihad yang berbaur dendam kesumat. Maka terhasillah kitab tersebut (Fiqh al-Jihad) setelah umur pengarangnya melebihi lapan puluh tahun (beliau dilahirkan pada tahun 1926M).

Tokoh ini tidak gentar dengan ancaman pedang atau tergoda oleh kekayaan pemerintah, walaupun pada hakikatnya keselesaan hidup boleh berada dalam genggamannya. Dunia ini baginya hanyalah satu kesempatan untuk berbuat kebaikan dan beliau perlu menyiapkan bekalan agar dapat mencapai kejayaan akhirat yang diimpikannya dan kerana itulah beliau melakukan tugas ini.

Dengan semua sebab tersebut, beliau tidak mempedulikan celaan manusia terhadapnya selepas melalui liku-liku kehidupan yang panjang dengan penuh kesabaran dan jihad. Walaupun beliau mengalami banyak gangguan dan ancaman di dalam dan di luar negara, beliau terus bersabar dan tabah, mendambakan ganjaran Allah SWT sehingga beliau mendapat kurniaan di sisi Allah di mana hati-hati manusia cenderung menerima pandangannya.

Selain itu, tiada siapa yang boleh menafikan usaha dan jihad yang dilakukan oleh beliau demi menegakkan agama ini, kesungguhannya dalam mematuhi ajaran agama, mempertahankan batas-batasnya sepanjang hayat kehidupannya yang panjang. Beliau tidak pernah berubah sikap kerana faktor duniawi, tidak pernah berbangga dengan amalan usahanya menuju akhirat, tidak pernah mempedulikan celaan dan kejian manusia terhadap dirinya dalam menegakkan agama Allah.

Juga tiada siapa yang boleh menuduhnya sebagai fanatik atau ekstremis kerana beliau adalah pelopor kepada aliran Islam yang moderat (wasathiyyah) di zaman moden ini serta menyeru dan mempertahankan aliran kesederhanaan ini dalam pemikiran dan fiqh beliau.

Di samping kesemuanya itu, dengan keilmuan yang dimilikinya, pengetahuannya tentang realiti semasa (fiqh al-waqi'), ilmu pengetahuannya mencakupi tradisi fiqh yang silam (turath) dan kemampuannya untuk menanggapi nas-nas (teks) al-Quran dan as-Sunnah dengan konteks yang betul, kita berharap khalayak pembaca akan menerima ijtihad dan pemikiran beliau ini.

Perbandingan antara Fiqh az-Zakat dan Fiqh al-Jihad

Syeikh al-Qaradhawi pernah mengarang sebuah kitab Fiqh az-Zakat yang mana beliau memperolehi ijazah Ph.D pada tahun 1973 dengan kajian disertasi (1) tersebut. Tiga puluh

1 Kitab tersebut pada asalnya adalah kajian tesis (disertation) Ph.D beliau – tambahan penterjemah

7

Page 8: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

enam tahun kemudian, beliau menerbitkan bukunya Fiqh al-Jihad dan dalam mukadimah kitab ini beliau menyatakan:

"Saya merasakan satu kewajipan ke atas diri saya untuk menulis mengenai topik (jihad) ini setelah Allah melapangkan dada saya. Entah berapa kali sejak saya menyelesaikan kitab saya Fiqh az-Zakat, terlintas di fikiran saya untuk menulis sebuah buku yang seumpamanya pada topik Fiqh Jihad. Entah berapa kali pula sahabat-sahabat yang dihormati meminta saya untuk menulis mengenai isu ini yang ramai orang berselisihan pendapat mengenainya. Namun, saya harus memohon maaf kepada mereka dengan alasan bahawa saya belum mempunyai keazaman untuk melakukannya.

Walau bagaimanapun, saya telah menulis beberapa petikan mengenainya pada masa dahulu, menunggu masa yang sesuai untuk menulis mengenainya dengan cara tersusun dan berturutan. Ini adalah kerana ianya adalah salah satu daripada topik-topik penting yang perlu ditangani melalui penulisan yang sistematik demi memenuhi keperluan umat Islam khususnya dan dunia secara amnya, agar mendapat pengetahuan yang tepat mengenainya, jauh dari sikap melampau atau terlalu cuai."(2)

Walaupun kitab Fiqh az-Zakat pada dasarnya menangani persoalan zakat sebagai salah satu kefarduan yang difardukan kepada umat Islam dan merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam yang penting, ia juga dianggap sebagai salah satu bentuk jihad; iaitu jihad dengan harta. Ianya adalah satu bahagian jihad tidak boleh dipandang ringan dan amat diperlukan pada zaman ini dan pada bila-bila masa pun.

Sebagaimana Allah telah mentakdirkan kitab Fiqh az-Zakat diterima ramai dan menjadi satu-satunya rujukan penting pada zaman ini, tidak mungkin ada pengarang lain yang mampu menandinginya atau tidak pernah mengetahui mengenainya. Malah kitab tersebut sentiasa dijadikan pegangan (dalam lapangan zakat) selama lebih satu pertiga kurun.

Maka itu, saya berharap agar Allah menjadikan kitab (Fiqh al-Jihad) ini juga diterima ramai dan dapat memberi manfaat kepada kaum Muslimin sama ada kepada para penuntut ilmu, pengkaji akademik, pemikir yang menjadi pemerhati atau penggerak masyarakat sehingga tersebarnya pemikiran moderat ini lalu memancarkan hakikat ajaran Islam yang wasathiyyah (sederhana).

Kepentingan Jihad menurut Fiqh al-Qaradhawi

Dari awal perenggan di muqadimah, Syeikh al-Qaradhawi telah menjelaskan betapa pentingnya kewajipan jihad yang dilupakan ini dan ancamannya pada masa kini dan masa depan umat. Menurut beliau:

2 Fiqh al-Jihad, Jil. 1 hal.17.

8

Page 9: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

"Tanpa jihad, perbatasan negara umat ini akan dicerobohi, darah penghuninya akan menjadi murah seperti debu-debu di tanah, tempat-tempat sucinya akan dinodai, umat ini akan dipandang rendah pada mata musuh. Akibatnya, musuh yang selama ini pengecut akan bertukar menjadi berani, musuh yang hina akan menjadi angkuh, umat ini akan diserang oleh musuh di dalam sempadan tanah airnya sendiri dan musuh akan berkuasa dengan sewenang-wenangnya. Ini adalah kerana Allah SWT telah mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh terhadap umat ini. Pada masa silam, umat ini telah diberikan kemenangan mengatasi musuh dengan rasa gerun yang diterapkan oleh Allah SWT ke dalam hati-hati mereka.

Lebih serius lagi, salah satu daripada punca dan sebab di sebalik itu - adalah umat Islam telah mengabaikan jihad, berkemungkinan jihad telah terpinggir daripada perkiraan dan agenda umat. Jihad telah luput dalam segala aspek: fizikal, rohani, intelektual dan budaya."(3)

Kesederhanaan Syeikh Al-Qaradawi dan Fiqh Jihad

Apabila Syeikh al-Qaradhawi berbicara mengenai pendirian manusia tentang jihad, beliau telah membahagikan mereka kepada tiga golongan.

Mengenai golongan pertama, menurut beliau, "Golongan ini bertujuan untuk memberi imej buruk terhadap jihad dan menjauhkannya dari kehidupan umat. Sebaliknya, mereka memberikan perhatian sepenuhnya dan menghabiskan segenap upaya untuk mendidik umat ini hanya semata-mata menjaga nilai-nilai kerohanian dan kebaikan tingkah laku. Mereka(4) ini hanya menganggap jihad yang paling utama ialah jihad yang berterusan menentang hawa nafsu dan hasutan syaitan."(5)

Mengenai golongan kedua, menurut beliau, "Berbeza dengan golongan yang pertama, terdapat satu lagi golongan yang menganggap jihad sebagai kewajipan 'memerangi dunia seluruhnya'. Mereka tidak membezakan antara orang-orang yang memerangi umat Islam, menghalang seruan dakwah atau membuat fitnah pada agama mereka dengan orang-orang yang hidup aman bersama umat Islam dan menawarkan perdamaian dan persefahaman dengan mereka, tidak mengangkat senjata dan tidak menzahirkan permusuhan dengan mereka. Menurut golongan ini, semua orang-orang kafir adalah sama dari segi kewajipan memerangi mereka itu; sekiranya kaum Muslimin mempunyai kemampuan. Menurut mereka, hanya dengan kekufuran orang-orang kafir itu sudah menjadi alasan yang mencukupi untuk memerangi golongan bukan Islam." (6)

3 Fiqh al-Jihad, jil. 1, hal.11.

4 Mereka yang mendakwa diri sebagai golongan sufi (tasawwuf) - tambahan penterjemah.

5 Fiqh al-Jihad, jil.1, hal.12.

6 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.14.

9

Page 10: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Kemudian Syeikh al-Qaradhawi memilih pendekatan wasathiyyah (sederhana) yang diwakili oleh golongan ketiga, menurut beliau, "Golongan ketiga ialah 'umat moderat' yang mana Allah SWT telah membimbing mereka kepada pendekatan kesederhanaan, mereka diberikan ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, dan pemahaman yang mendalam tentang syariat(7) dan realiti(8).

Oleh itu, golongan ini tidak terjatuh ke dalam kesilapan golongan pertama yang bertujuan membiarkan umat Islam mempertahankan haknya tanpa mempunyai kekuatan senjata, (seakan-akan) kitab Al-Quran tidak berbicara tentang pedang (peperangan), negara umat dibiarkan tanpa pengawal yang menjaganya dan kehormatan tanah air tanpa pembela yang mempertahankannya.

Begitu juga, golongan (wasathiyyah) ini tidak terjebak ke kancah ekstremisme golongan kedua yang bertujuan untuk memerangi orang-orang yang berdamai dengan umat Islam, memarakkan api permusuhan dengan manusia keseluruhannya dan mengisytiharkan perang terhadap semua orang tanpa diskriminasi di timur atau di barat. Mereka mendakwa dengan berbuat demikian, itulah cara untuk memandu umat manusia kepada agama Allah SWT, memimpin mereka untuk menuju ke syurga dan memegang tangan-tangan mereka untuk ditarik ke arah jalan yang lurus.

Matlamat mereka adalah untuk menghapuskan halangan material yang diletakkan di hadapan mereka oleh pemerintah yang zalim yang tidak memberi ruang untuk mereka menyampaikan kalimah Allah dan seruan RasulNya supaya rakyat boleh mendengar laungan kebenaran yang jelas dan bebas dari segala kenistaan." (9)

Kepada siapakah Syeikh al-Qaradhawi menujukan kitab ini?

Syeikh al-Qaradhawi menyenaraikan kategori manusia yang memerlukan buku ini untuk mendapatkan pemahaman yang terperinci tentang isu jihad dengan tanpa sikap melampau dan ekstrem. Apa yang digambarkan oleh pengarang seolah-olah merangkumi seluruh kategori masyarakat dari kalangan kaum Muslimin, golongan bukan Islam, pemerintah, rakyat, anggota pertahanan (tentera), masyarakat awam (sivil), golongan pemikir dan intelektual. Beliau menyebut sepuluh kategori manusia yang saya anggap meliputi seluruh kategori masyarakat; seperti berikut:

7 Fiqh al-syari'e.

8 Fiqh al-waqi'.

9 Fiqh al-Jihad, jil.1, hal.15-16

10

Page 11: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

1. Ahli syariat:

Kategori pertama yang memerlukan kajian sedemikian adalah para ulama syariat dan tokoh-tokoh ilmuwan fiqh, kerana kebanyakan mereka memiliki kecerdikan akal dan kefahaman ilmu; kebanyakan mereka berpegang dengan pandangan bahawa jihad merupakan tugas fardu kifayah ke atas umat Islam dan tugas kefarduan ini memerlukan kita menyerang negara-negara kafir sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, walaupun negara kafir itu tidak menunjukkan apa-apa tindakan permusuhan terhadap kita. Bahkan sebaliknya, mereka menghulurkan tangan untuk menjalinkan perdamaian dan keamanan. Walaupun pendapat ini bercanggah dengan ayat-ayat al-Quran yang banyak dan jelas. Namun begitu, seperti yang kita telah dinyatakan bahawa ayat-ayat itu menafikan pandangan mereka kerana hukumnya telah dimansukhkan! (10)

2. Pengamal undang-undang:

Begitu juga, kajian ini diperlukan oleh penggubal dan pakar dalam undang-undang antarabangsa. Kebanyakan mereka telah membentuk pandangan mereka sendiri tentang agama Islam dan syariatnya terutamanya berkenaan dengan jihad, peperangan dan perdamaian. Mereka mendapatkan pandangan mereka dengan memetik dari buku-buku yang terkemuka serta daripada maklumat yang beredar dalam tulisan-tulisan dan disampaikan dari mulut ke mulut. Golongan seperti ini tidak boleh dipersalahkan, kerana para ulama syariat sendiri terkeliru dalam hal ini; maka apakah halnya pula dengan orang kebanyakan?(11)

3. Golongan Islamis (aktivis pejuang Islam):

Kajian ini diperlukan oleh golongan Islamis lebih daripada mana-mana golongan yang lain. Golongan "Islamis" yang saya maksudkan ialah jamaah-jamaah Islam yang pelbagai. Iaitu golongan yang bekerja untuk mendokong isu-isu Islam dan golongan inilah yang digelar oleh sesetengah pihak sebagai "Kumpulan Politik Islam". Jamaah-jamaah ini biasanya menaungi golongan pemuda dalam arus kebangkitan Islam di bawah panji-panji mereka di pelbagai negara; di dalam dan di luar dunia Islam. Oleh itu, jamaah-jamaah itu dengan perselisihan dan haluan mereka yang berbeza, sama ada sederhana atau ekstremis adalah sangat memerlukan kajian yang seperti ini; terutamanya mereka yang digelar sebagai "kumpulan pengganas".(12)

10 Fiqh al-Jihad, Jil.1. hal.31.

11 Fiqh al-Jihad, Jil.1. hal.31.

12 Fiqh al-Jihad, Jil.1. hal.32.

11

Page 12: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

4. Golongan sejarawan:

Para ahli sejarah juga memerlukan kajian ini, terutamanya mereka yang berminat dalam biografi kajian Sirah Nabawiyyah dan sejarah Islam. Begitu juga dengan golongan yang mengkaji sejarah pertempuran Nabi s.a.w dengan pemahaman yang salah dan tidak adil, mereka menganggap Rasul s.a.w yang memulakan serangan dan peperangan dengan orang-orang musyrikin. Mereka memberikan contoh Peperangan Badar, Penaklukan Kota Makkah dan Peperangan Hunain. Mereka juga menyebut bahawa Rasulullah s.a.w memulakan serangan terhadap orang-orang Yahudi di penempatan dan tembok-tembok perlindungan mereka sebagaimana mereka juga memetik peristiwa pertempuran Bani Qaynuqa' dan Bani Nadhir, serta Peperangan Tabuk di mana Baginda s.a.w memulakan serangan menentang orang-orang Rom.(13)

5. Golongan pemikir intelektual:

Kajian ini juga diperlukan bagi golongan pemikir, ahli penyelidik dan penganalis, terutamanya orang-orang yang berminat dalam pemikiran Islam dan gerakan Islam, di kalangan mereka terdapat golongan yang jujur dan prejudis. Semua ini timbul akibat tindakan yang dikatakan sebagai keterlaluan atau keganasan yang dilakukan oleh sesetengah kumpulan. Ini mendorong sesetengah golongan pemikir yang melontarkan tuduhan ekstrem dan keganasan kepada Islam, seolah-olah semua tindakan keganasan adalah berkaitan dengan ajaran Islam. Sudah tentu kesemua ini adalah tidak betul dan tidak benar.(14)

6. Golongan Orientalis (Intelektual Non-Muslim):

Kajian ini juga perlu diteliti oleh golongan Orientalis dan golongan bukan Islam yang berminat dalam pengkajian agama Islam. Sama ada mereka itu bertujuan untuk kepentingan ilmiah atau mencari kebenaran, begitu juga mereka yang mempunyai motif politik dan berkhidmat untuk kepentingan negara tertentu, atau bagi kepentingan Barat secara umum. Kemungkinan juga mereka mempunyai motif keagamaan untuk kepentingan institusi gereja dan gerakan Kristianisasi.(15)

7. Mereka yang terlibat dalam dialog antara agama :

13 Fiqh al-Jihad, Jil.1. hal.33-34.

14 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.34.

15 Fiqh al-Jihad, Jil.1. hal.35.

12

Page 13: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Kajian ini juga adalah penting bagi mereka yang berminat dalam dialog antara agama atau dialog antara budaya dan peradaban. Dari sudut pandangan saya, kajian ini adalah batu asas yang penting untuk membuka ruang dialog antara agama, yang mana dialog seumpama itu bersifat tenggelam timbul; kadang kala berjalan dan terhenti dari masa ke semasa. Ini melihat kepada sikap sebahagian pihak yang berfikiran sempit terhadap pihak yang lain, ketaksuban yang menguasai minda dan cara berfikir yang diwarisi turun temurun mengatasi pemikiran yang bebas. Tidak mungkin suatu dialog dapat dilakukan oleh manusia jika sebahagian mereka jahil antara satu sama lain.(16)

8. Ahli-ahli politik:

Selain itu, ahli-ahli politik dan pembuat dasar serta polisi di seluruh dunia juga memerlukan kajian ini. Mereka sering memutuskan suatu ketetapan yang mendukacitakan dan mempunyai kesan yang besar terhadap nasib bangsa mereka, jiwa manusia, keupayaan bangsa dan kesucian agama. Ini berdasarkan konsep pemikiran mereka terhadap agama yang tidak mereka fahami. Mereka tidak merujuk kepada kitab suci (al-Quran) mereka sendiri, tidak memahami perjalanan hidup Nabi s.a.w, mereka tidak mengkaji sejarah agama ini atau mereka sememangnya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang agama ini dari segi akidah dan syariatnya.(17)

9. Tentera:

Sekiranya ahli politik memerlukan kajian ini untuk membentuk pandangan yang tepat berkenaan dengan jihad, begitulah juga golongan tentera, sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Mereka yang salah faham tentang hakikat jihad di kalangan pemimpin tentera di negara-negara Barat, seperti pemimpin-pemimpin pertahanan di Pentagon (Amerika Syarikat), kebanyakan jeneral tentera di negara-negara Eropah, malah di seluruh pelusuk dunia; adalah dukacita dimaklumkan bahawa mereka perlu membaca buku ini.

Menjadi tanggung jawab kita untuk menterjemahkannya dan menjelaskan isi kandungannya sehingga mereka boleh membacanya dan memahaminya dalam bahasa mereka sendiri. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan mereka itu apabila dibentangkan hujah yang logik dengan jelas kepada mereka, tentu mereka akan akur dengan kebenaran. Malah, jika mereka tetap bersikap keras kepala di khalayak ramai, mereka akan kalah dengan sikap mereka sendiri dan inilah natijah yang besar.(18)

10. Seluruh golongan yang berpendidikan :

16 Fiqh al-Jihad, Jil.1. hal.35.

17 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.35-36.

18 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.36.

13

Page 14: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Akhir sekali, kajian ini juga diperlukan oleh sekalian orang ramai, para pembaca yang berpendidikan, walaupun bukan termasuk golongan penulis dan pengkaji, sama ada beragama Islam dan bukan Islam. Mereka ini mewakili rakyat jelata dan orang kebanyakan di mana-mana negara. Mereka juga perlu mengetahui tentang hakikat pendirian Islam terhadap pandangan dunia pada hari ini dan realiti sebenar jihad di jalan Allah.(19)

Pendekatan Syeikh al-Qaradhawi dalam Memperkenalkan Fiqh Jihad

Syeikh al-Qaradhawi berbicara tentang pendekatan (manhaj) beliau di dalam bukunya mudah-mudahan dengan izin Allah ianya dapat menarik minat dan memberi manfaat.

Pengarang mengatakan bahawa beliau memfokuskan kepada enam sumber rujukan untuk menyiapkan kajian ini iaitu:

1. Al-Quran al-Karim

2. As-Sunnah

3. Khazanah kitab-kitab fiqh Islam

4. Kajian perbandingan antara syariat samawi (hukum Allah)

5. dan undang-undang ciptaan manusia

6. Manhaj wasathiyyah yang sentiasa dipegang oleh beliau dalam penulisan buku-buku, penyelidikan dan fatwanya.

Dalam hal ini, menurut Syeikh al-Qaradhawi, pendekatan yang beliau gunakan dalam penulisan buku ini adalah bergantung kepada beberapa ciri-ciri:

Pertama: Bergantung terutamanya kepada nas-nas al-Quran al-Karim, kerana ia adalah sumber primer dan utama dalam Islam yang tiada keraguan dan tiada perselisihan padanya. Sumber al-Quran ini telah sabit secara qathi'e yang diyakini dan diriwayatkan secara mutawatir, terpelihara dalam hafalan hati-hati para huffaz, dibacakan melalui lisan dan tertulis dalam mushaf al-Quran. Perkara ini tiada perselisihan di kalangan para ulama.

Kita menggunakan dalil daripada al-Quran untuk menerima penghujahan kesemua sumber-sumber yang lain termasuk as-Sunnah an-Nabawiyyah (Hadith) itu sendiri. Oleh itu, penerimaan untuk berhujah dengan as-Sunnah adalah berdasarkan ayat-ayat al-Quran.

Kita memahami Al-Quran dengan kaedah-kaedah bahasa Arab, melalui maksudnya yang jelas dan metaforanya (majazi), meraikan bentuk ayat dan konteks ayat, mengelakkan

19 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.37-38.

14

Page 15: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

pendekatan sambil lewa atau terlalu memberatkan, menghimpunkan keseluruhan tekstual antara ayat-ayat al-Quran dengan keyakinan yang pasti bahawa ayat-ayat al-Quran yang mulia ini pasti membuktikan kebenaran antara satu sama lain dan saling mentafsirkan antara satu ayat dengan ayat yang lain.(20)

Kedua: Bergantung pada riwayat as-Sunnah (hadith) yang sahih dan sabit daripada Nabi s.a.w termasuk ucapan baginda, perbuatan dan pengakuannya yang telah diriwayatkan dengan bersambung sanadnya, tiada terputus rantaian perawinya, tiada cacat cela pada maksudnya atau yang mengurangkan kekuatannya riwayatnya.

Selain itu, hadith itu tidak seharusnya bercanggah dengan sesuatu yang lebih kuat dan lebih sahih daripada ayat-ayat dari Al-Quran dan hadith-hadith yang lain atau riwayat tersebut tidak boleh bercanggah dengan ilmu pengetahuan dan logik akal yang sihat. Oleh itu, riwayat-riwayat hadith tersebut harus menjelaskan maksud al-Quran dan tidak bertentangan dengan apa yang telah diturunkan di dalam al-Quran dan perlu selaras dengan al-Kitab dan neraca (keadilan) yang diturunkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.(21)

Ketiga: Mengambil manfaat dari khazanah kitab-kitab fiqh Islam, mengaut perbendaharaan dari lautan ilmunya yang banyak, dengan tidak bersikap memihak kepada fiqh mazhab tertentu mengatasi mazhab yang lain atau semata-mata berpegang kepada pandangan seorang imam manakala mengabaikan pandangan imam yang lain.

Sebaliknya, kita harus mempertimbangkan keilmuan mereka ini sebagai satu warisan pusaka ilmu yang hebat yang perlu dimiliki oleh setiap penyelidik, supaya mereka boleh menyelam ke dasarnya, menyelidiki rahsia yang tersirat d sebaliknya dan membuat perbandingan antara satu pandangan dengan pandangan yang lain, membandingkan dalil-dalil yang digunakan tanpa sikap fanatik kepada suatu pendapat atau taklid secara tegas pada suatu aliran mazhab.

Namun, kita boleh menerima pakai pendapat Imam Abu Hanifah dalam suatu perkara, serta pendapat Imam Malik dalam masa yang lain, juga seterusnya menggunapakai pendapat Imam As-Syafi'e, Imam Ahmad bin Hanbal dan Daud az-Zahiri dalam hal-hal yang lain.

Malah mungkin juga dalam sesetengah perkara-perkara juzuk, kita boleh keluar daripada mazhab Sunni dan merujuk kepada mazhab-mazhab seperti az-Zaidiyyah, al-Ja'fariyyah atau al-Ibadhiyyah, jika kita boleh mendapati penyelesaian yang diperlukan. Selain itu, kita juga boleh menerima pakai pendekatan daripada beberapa mazhab yang silam, seperti yang al-Auza'i, at-Tsauri atau at-Tabari.(22)

20 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.20.

21 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.21.

15

Page 16: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

Keempat: Tidak mencukupi untuk kita semata-mata untuk membandingkan mazhab-mazhab dan pendapat dalam fiqh Islam dan aliran-alirannya. Sebaliknya, kita juga boleh membandingkan fiqh syariat Islam keseluruhannya dengan undang-undang ciptaan Barat. Tujuan perbandingan itu adalah untuk menggambarkan keaslian syariat Islam, ketegasan prinsip-prinsipnya, kebebasannya dari undang-undang lain, menghimpunkan antara idealisme dan realisme serta di antara ketuhanan dan kemanusiaan.(23)

Kelima: Menghubungkan ilmu fiqh dengan realiti semasa yang sedang dilalui oleh umat dalam dunia kontemporari. Ini adalah kerana ilmu fiqh dicetuskan untuk menyelesaikan masalah individu Muslim, keluarga Islam, jamaah (masyarakat) Islam, negara umat Islam dan umat Islam melalui toleransi hukum-hakam syariat. Oleh itu, ilmu fiqh berperanan mencari penawar atau kaedah untuk merawat penyakit-penyakit umat Islam melalui penyelesaian dalam syariat yang agung ini dan bukan penyelesaian dari luar. Ia juga menjawab apa-apa persoalan yang dibangkitkan oleh individu atau masyarakat dalam urusan yang berhubung dengan agama dan kehidupan. Ilmu fiqh juga berperanan untuk menggerakkan tamadun umat di bawah sinaran hukum-hakam syariat yang mulia ini.(24)

Keenam: Sebagaimana dalam semua tulisan buku dan kajian penyelidikan yang kami lakukan, termasuklah dalam buku ini, kami telah mengguna pakai suatu pendekatan yang mana Allah SWT telah membimbing kami untuk menerapkannya dalam kerja-kerja dakwah, pendidikan, fatwa, penyelidikan, usaha pemulihan dan pembaharuan; iaitu pendekatan kesederhanaan (wasathiyyah) dan pertengahan.

Antara aspek-aspek pendekatan ini untuk ilmu fiqh, pemahaman dan ijtihad; bahawa kita perlu memperbaharui (tajdid) agama ini dari dalam dan melaksanakan ijtihad yang serasi dengan kehidupan dan tuntutan zaman kita, sebagaimana para imam sebelum ini mereka berijtihad sesuai dengan keperluan kehidupan dan zaman mereka.

Kita mesti menggunakan sumber asal sebagaimana yang telah mereka lakukan, kita juga mesti memahami nas-nas syarak yang terperinci (juz'iyyat) dalam kerangka objektif (maqasid) secara keseluruhan, agar kita menolak ayat-ayat mutasyabihat (kesamaran) menjadi muhkamat (jelas pasti), dalil-dalil zhanni (tidak jelas) agar tidak dianggap sebagai qath'ie (muktamad), dan dalil-dalil juz'iyyat (khusus) kepada kuliyyat (umum). Selain itu, kita harus bersikap tegas pada perkara-perkara prinsip (usul) dan mempermudahkan perkara-perkara cabang dan ranting (furu').

Kita juga mesti mengimbangkan antara perkara-perkara yang tetap (tsawabit) dengan perkara-perkara yang boleh berubah (mutaghayyirat) dalam aspek pendekatan sesuai

22 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.23.

23 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.25.

24 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.26-27.

16

Page 17: Ulasan Ringkasan Fiqh Al-jihad

dengan konteks zaman. Kita menemukan antara nukilan yang benar dengan akal yang waras.

Kita juga sepatutnya mengelakkan sikap fanatik dengan pendapat lama dan tidak juga mengagungkan pandangan pemikiran baru. Kita berpegang kepada prinsip bahawa matlamat objektif tidak akan berubah, namun kaedah pendekatan boleh menjadi fleksibel. Kita mengambil manfaat daripada pandangan lama yang berguna dan kita mengalu-alukan mana-mana pemikiran baru yang baik.

Di samping itu, kita perlu mendapatkan inspirasi dari masa silam dan kita hidup berdasarkan realiti semasa. Kita melihat ke hadapan, mengambil kebijaksanaan dari mana pun ia datang. Kita mengukur pencapaian pihak lain terhadap nilai-nilai yang ada pada diri kita, dengan itu kita menerima apa yang sesuai dengan kita dan menolak apa yang tidak memberi manfaat kepada kita, begitulah seterusnya.(25)

Syeikh al-Qaradhawi telah membahagikan kitab Fiqh al-Jihad ini kepada bahagian mukadimah, sepuluh bab dan penutup. Maka dengan izin Allah, kita akan mengulas isu-isu jihad yang dibangkitkan oleh pengarang dalam setiap bab daripada kajian beliau.

Kami memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan mengharapkan bimbingan daripadaNya. Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa dalam segala urusan.

25 Fiqh al-Jihad, Jil.1, hal.29-30.

17