Ulik Mayang Nyanyian Asli

3
Ulik Mayang nyanyian asli Dilagu Si gadis merdu sekali; Terima Kasih sekalung budi, Sudi datang ke majlis ini. Yg dihormati temenggong__________________________________________,YDP______________________ _____________, NYDP_____________________________________________ Yg Berusaha En Narawi Ank Aba,Guru Besar Sk Melaban, Yang Dihormati En Keegen Ank Emba Penolong Kanan Akademik, En Siun Ank Adam, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En.Sawing Ak Rejap, Penolong Kanan Ko-Kurikulum..Rakan-Rakan Guru ,Kakitangan Sk Melaban Dan Para Murid Yg Dikasihi Sekalian… Hati-hati membuka peti, Peti pusaka zaman berzaman; 55 tahun janji ditepati, Malaysia merdeka penuh keamanan. Alhamdulillah. Bersyukur Kita Ke Hadrat Ilahi,Kerana Di Pagi Yg Berbahagia Dan Ceria Ini Kita Dapat Bersama-Sama Kita Berkumpul Bagi Memeriahkan Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Begitu Pantas Detik Masa Berlalu, Kini Kita Telah Menyambut Kemerdekaan Malaysia. Dengan Penuh Kedamaian. Ini Jelas Membuktikan Betapa Beruntungnya Kita Sebagai Rakyat Malaysia,Hidup Di Bumi Bertuah Ini. . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik . Seterusnya,Majlis Menjemput Para Guru Dan Murid Berdiri Dan Bersama-Sama Menyanyikan Lagu Kebangsaan, -Lagu Negaraku -Lagu Sarawak -Lagu Sekolah Pahlawan Melayu Gagah Perkasa, Musuh datang habis dibasmi;

description

lembaran kerja

Transcript of Ulik Mayang Nyanyian Asli

Page 1: Ulik Mayang Nyanyian Asli

Ulik Mayang nyanyian asli

Dilagu Si gadis merdu sekali;

Terima Kasih sekalung budi,

Sudi datang ke majlis ini.

Yg dihormati temenggong__________________________________________,YDP___________________________________, NYDP_____________________________________________

Yg Berusaha En Narawi Ank Aba,Guru Besar Sk Melaban, Yang Dihormati En Keegen Ank Emba  Penolong Kanan Akademik, En Siun Ank Adam, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En.Sawing Ak Rejap, Penolong Kanan Ko-Kurikulum..Rakan-Rakan Guru ,Kakitangan Sk Melaban Dan Para Murid Yg Dikasihi Sekalian…

Hati-hati membuka peti,

Peti pusaka zaman berzaman;

55 tahun janji ditepati,

Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah. Bersyukur Kita Ke Hadrat Ilahi,Kerana Di Pagi Yg Berbahagia Dan Ceria Ini Kita Dapat Bersama-Sama Kita Berkumpul Bagi Memeriahkan Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

Begitu Pantas Detik Masa Berlalu, Kini Kita Telah Menyambut Kemerdekaan Malaysia. Dengan Penuh Kedamaian. Ini Jelas Membuktikan Betapa Beruntungnya Kita Sebagai Rakyat Malaysia,Hidup Di Bumi Bertuah Ini. . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Seterusnya,Majlis Menjemput Para Guru Dan Murid  Berdiri Dan Bersama-Sama Menyanyikan Lagu Kebangsaan,-Lagu Negaraku-Lagu Sarawak-Lagu Sekolah

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa, 

Musuh datang habis dibasmi;

Tuan sudah diberi kuasa,

Sudilah kira, pohon merasmi.

Seterusnya, Majlis Menjemput Guru Besar Sk Melaban En Narawi Bagi Menyampaikan Sepatah Dua Kata. Majlis Dengan Ini Mempersilakan..

Page 2: Ulik Mayang Nyanyian Asli

Para Hadirin Sekalian,Majlis Diteruskan Lagi Dengan Gimik Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Yang Dikepalai Oleh___________________________________________..Seterusnya Majlis Menjemput Gb Untuk Melaungkan Perkataan Keramat Rakyat Malaysia. Dispersilakan.

Majlis Diteruskan Lagi Dengan Nyanyian 2 Buah Lagu Patriotik .Justeru Itu,Bagi Menzahirkan Rasa Bangga Menjadi Warganegara Malaysia,Marilah Sama-Sama Dengan Penuh Semangat Menyanyikan Lagu : -1 Malaysia -Jalur Gemilang

Majlis dengan segala hormatnya menjemput temenggong,__________________________________ untuk menyampaikan ceramah kemerdekaan.. Majlis dengan ini mempersilakan.

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,

Di halaman rumah pasang pelita;

Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,

Tarikh kemerdekaan negara kita.

-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan nyanyian murid tahun 1,2,3 dan

persembahan pentomin daripada murid tahun 4,5 dan 6..

Terbang tinggi si burung helang,

Berkicau kenari sambil berterbangan;

Insan cemerlang negara terbilang,

Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Hadirin sekalian,

-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

bagi Tahap 1 dan 2. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah. Oleh itu majlis

mempersilakan En Narawi selaku guru besar dan ____________________ untuk menyampaikan

hadiah kepada para pemenang.- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian ___  penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Penutup acara:

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil

kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan

Kemerdekaan peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga

diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis

ini.

Page 3: Ulik Mayang Nyanyian Asli

Tenang-tenang air di kali,

Tempat mandian putra puteri;

Sempurna sudah majlis dirai,

Salah dan silap harap dimaafi.