UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan”...

60
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 438 AKTA ZON BEBAS 1990 Sebagaimana pada 1 Mei 2013

Transcript of UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan”...

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN

SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 438

AKTA ZON BEBAS 1990

Sebagaimana pada 1 Mei 2013

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

2

AKTA ZON BEBAS 1990

Tarikh Persetujuan Diraja … … … … 23 April 1990

Tarikh diterbitkan dalam

Warta … … … … … … 10 Mei 1990

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 468

AKTA ZON BEBAS 1990

SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

3. Perisytiharan zon bebas dan pelantikan Pihak Berkuasa

BAHAGIAN II

AKTIVITI YANG DIBENARKAN DALAM ZON BEBAS

4. Barang dan perkhidmatan dalam zon bebas

5. Urusan mengenai atau pelupusan barang dalam zon bebas

6. Pengecualian barang dan perkhidmatan daripada taraf bebas

6A. Perniagaan runcit di dalam zon bebas

7. Barang disifatkan dieksport dari atau diimport ke dalam Malaysia

8. Barang yang dikilang dalam zon perindustrian bebas

9. Penalti

10. Aktiviti

11. Barang yang dibenarkan ke dalam zon perindustrian bebas

12. Barang yang dibenarkan ke dalam zon perdagangan bebas

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

BAHAGIAN III

FUNGSI TERTENTU PIHAK BERKUASA

Seksyen

13. Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kemudahan

14. Pihak Berkuasa boleh membenarkan pembinaan bangunan

persendirian, dsb.

15. Kemasukan dan pemastautinan dalam suatu zon perindustrian bebas

16. Penyingkiran barang tertentu, dsb.

17. Laporan tahunan dan akaun

BAHAGIAN IV

KESALAHAN, PENALTI,

PENGGELEDAHAN, PENYITAAN, TANGKAPAN DAN

PERUNTUKAN MENGENAI PERBICARAAN

DAN PROSIDING

18. Orang yang terikat untuk memberi maklumat

19. Penalti bagi kesalahan yang selainnya tidak diperuntukkan dengan

nyata

20. Percubaan dan persubahatan

21. Mengeluarkan waran geledah

22. Bila penggeledahan boleh dibuat tanpa waran

23. Pegawai kastam boleh menahan dan menggeledah kenderaan

23A. Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer

24. Kuasa untuk membuka bungkusan dan memeriksa barang

25. Pemeriksaan orang yang memasuki dan keluar dari zon bebas

26. Penyitaan barang yang menjadi subjek sesuatu kesalahan

27. Pemulangan atau pelupusan harta alih

28. Kuasa tangkapan

29. Peruntukan berkaitan dengan penangkapan tanpa waran

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 5

Seksyen

30. (Dipotong)

30A. Kewajipan kerahsiaan

31. Perlindungan bagi pemberi maklumat daripada diketahui

32. Kesalahan oleh kumpulan orang, dan oleh pekhidmat dan ejen

33. Mengkompaun kesalahan

34. Perlindungan bagi Kerajaan daripada liabiliti

35. Perlindungan bagi pegawai kastam daripada liabiliti

36. Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati melainkan penyitaan dibuat

tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang mungkin

37. Sabitan di bawah undang-undang bertulis yang lain

38. Barang yang boleh dilucut hak

39. Mahkamah hendaklah memerintah perlucuthakan dan pelupusan barang

yang disita

40. Barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada apa-apa

pendakwaan

41. Barang yang disita boleh diserahkan kepada pemunya atau orang lain

BAHAGIAN V

PERUNTUKAN PELBAGAI

42. Vesel berkaitan dengan zon bebas

42A. Permindahan barang ke dalam dan dari zon bebas melalui laut

42B. Pemindahan barang ke dalam dan dari zon bebas melalui udara

42C. Pemindahan barang ke dalam dan dari zon bebas melalui jalan atau

keretapi

43. Pegawai kastam yang hak boleh mengambil sampel

44. Pekhidmat awam

45. Upah

46. Rayuan atas keputusan Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

Seksyen

47. Kuasa membuat peraturan-peraturan

48. Kuasa untuk mewakil

BAHAGIAN VI

PINDAAN DAN PEMANSUHAN

49. Pindaan dan pemansuhan

50. Zon perdagangan bebas disifatkan sebagai zon perindustrian bebas

51. Menteri boleh membatalkan mana-mana pengisytiharan atau perintah

JADUAL PERTAMA

JADUAL KEDUA

JADUAL KETIGA

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

7

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 438

AKTA ZON BEBAS 1990

Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai penubuhan zon

bebas dalam Malaysia untuk menggalakkan kehidupan ekonomi Negara dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

[5 September 1991, P.U. (B) 455/1991]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat

yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya,

seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Zon Bebas 1990.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada suatu tarikh yang

akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta

dan Menteri bolehlah menetapkan tarikh mula berkuat kuasa yang

berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna

yang lain—

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

“aktiviti” termasuklah aktiviti perdagangan dan aktiviti

pengilangan dan pengendalian yang berkaitan;

“aktiviti perdagangan” termasuklah berniaga tidak termasuk

perniagaan runcit), memecah pukal, menggred, pembungkusan

semula, melabel semula dan transit;

“barang” termasuklah binatang, burung, ikan, tumbuhan dan semua

jenis harta alih;

“cukai jualan” ertinya apa-apa cukai yang dikenakan oleh atau di

bawah Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];

“cukai perkhidmatan” ertinya apa-apa cukai yang dikenakan oleh

atau di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];

“duti eksais” ertinya apa-apa duti yang dikenakan oleh atau di

bawah Akta Eksais 1976 [Akta 176];

“duti kastam” ertinya apa-apa duti yang dikenakan oleh atau di

bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“kawasan utama kastam” ertinya mana-mana bahagian Malaysia

tetapi tidak termasuk zon bebas, Labuan, Langkawi dan Tioman;

“Labuan” hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti

yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 154 Akta Kastam 1967;

“Langkawi” hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti

yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 163A Akta Kastam

1967;

“lapangan terbang kastam” hendaklah mempunyai erti yang sama

yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kastam 1967;

“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan

tanggungjawab bagi kewangan;

“nilai” berkaitan dengan barang yang diimport mempunyai erti

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 9

yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967;

“pegawai Pihak Berkuasa yang hak” ertinya mana-mana pegawai

Pihak Berkuasa yang bertindak bagi menunaikan tugasnya di bawah

Akta sama ada tugas itu ditugaskan kepadanya secara khas atau am,

atau secara nyata atau tersirat;

“pengendalian” ertinya pengendalian yang dinyatakan di bawah

aktiviti yang diluluskan oleh Menteri di bawah peruntukan seksyen

10;

“pengilangan” ertinya penukaran dengan cara tangan atau jentera

bahan organik atau tidak organik kepada suatu keluaran baru dengan

menukar saiz, bentuk, komposisi, jenis atau kualiti bahan itu dan

termasuklah memasang bahagian menjadi suatu jentera atau keluaran

lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi

maksud pembinaan; dan istilah “aktiviti mengilang” dengan variasi

gramatisnya dan dengan ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan

dengan sewajarnya dan, berkaitan dengan istilah itu, ia hendaklah

termasuk apa-apa aktiviti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah

sebagai aktiviti mengilang:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh mengikut budi bicara

mutlaknya menentukan bahawa hasil bagi apa-apa pengilangan atau

aktiviti itu bukanlah suatu keluaran barang yang baru;

“perkhidmatan” mempunyai pengertian yang sama seperti yang

diberikan kepada istilah “perkhidmatan ditetapkan” di bawah

Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 [P.U. (A) 52/1975];

“Pihak Berkuasa” ertinya mana-mana badan berkanun atau syarikat

atau jabatan bagi Kerajaan Malaysia atau bagi mana-mana Negeri

dalam Malaysia yang dilantik di bawah peruntukan subseksyen 3(2)

untuk mentadbir, menyenggara dan mengendali mana-mana zon

bebas;

“tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa

tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967

sebagai suatu tempat bagi import dan eskport barang melalui jalan

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

dan keretapi;

“tempat pendaratan yang sah di sisi undang-undang” hendaklah

mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta

Kastam 1967;

“Tioman” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan

kepadanya di bawah seksyen 163J Akta Kastam 1967;

“zon bebas” ertinya mana-mana bahagian Malaysia yang

diisytiharkan di bawah peruntukan subseksyen 3(1) menjadi suatu

zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas.

(2) Bagi maksud tafsiran perkataan “nilai”, import ertinya import

dari suatu zon bebas ke dalam suatu kawasan utama kastam.

(3) Ungkapan “Ketua Pengarah”, “pegawai kastam”, “pegawai

kanan kastam”, “pegawai kastam yang hak” dan “barang berduti”

masing-masing hendaklah mempunyai pengertian yang diberikan

kepadanya dalam Akta Kastam 1967.

Perisytiharan zon bebas dan pelantikan Pihak Berkuasa

3. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,

mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Malaysia sebagai suatu

zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas dan setiap

pemberitahuan itu hendaklah mentakrifkan had zon itu.

(2) Menteri boleh melantik mana-mana badan berkanun yang

ditubuhkan atau diwujudkan oleh atau di bawah suatu undang-undang

Persekutuan atau mana-mana jabatan bagi Kerajaan Malaysia atau

dengan persetujuan Negeri yang berkenaan, mana-mana badan

berkanun yang ditubuhkan atau dibentuk oleh atau di bawah suatu

undang-undang Negeri atau mana-mana jabatan Kerajaan bagi suatu

Negeri atau mana-mana syarikat sebagai Pihak Berkuasa untuk

mentadbir, menyenggara dan mengendali mana-mana zon bebas yang

telah diisytiharkan sedemikian di bawah subseksyen (1).

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 11

BAHAGIAN II

AKTIVITI YANG DIBENARKAN DALAM ZON BEBAS

Barang dan perkhidmatan dalam zon bebas

4. Tertakluk kepada Akta ini apa-apa jenis barang dan perkhidmatan

kecuali bagi yang dilarang dengan tertentu dan mutlak oleh

undang-undang, boleh dibawa masuk, dikeluarkan, dihasilkan atau

dibekalkan dalam suatu zon bebas tanpa bayaran apa-apa duti kastam,

duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan.

Urusan mengenai atau pelupusan barang dalam zon bebas

5. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini

atau mana-mana peraturan di bawahnya tiada seorang pun boleh

berurusan dengan atau selainnya melupuskan apa-apa barang dalam

zon bebas.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, barang dalam suatu zon

bebas bolehlah─

(a) dipindahkan dari zon bebas itu untuk eksport atau dihantar ke

dalam suatu zon bebas yang lain sama ada dalam bungkusan

asal atau selainnya;

(b) melainkan jika diarahkan selainnya oleh Pihak Berkuasa─

(i) disimpan, dijual, dipamer, dipecah-pecahkan, dibungkus

semula, dipasang, diedarkan, disisihkan, digredkan,

dibersihkan, dicampur, atau selainnya dikendelat atau

dikilang mengikut peruntukan Akta ini, atau

(ii) dimansuhkan;

(c) dengan kelulusan Pihak Berkuasa, dan tertakluk kepada

syarat-syarat yang boleh dikenakan olehnya dihantar ke dalam

mana-mana bahagian kawasan utama kastam dalam

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

bungkusan asal atau selainnya dengan syarat bahawa Pihak

Berkuasa hendaklah berunding dengan Ketua Pengarah

sebelum pemindahan barang itu dibenarkan.

(3) Peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai kepada barang yang

dikecualikan oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1).

Pengecualian barang dan perkhidmatan daripada taraf bebas

6. (1) Menteri bolehlah, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, mengecualikan apa-apa barang atau perkhidmatan daripada

peruntukan seksyen 4.

(2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dengan

mana-mana undang-undang bertulis, peruntukan Akta Kastam

1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai

Perkhidmatan 1975 hendaklah terpakai kepada barang dan

perkhidmatan yang dikecualikan sedemikian seolah-olah zon

bebas itu adalah suatu tempat dalam kawasan utama kastam.

Perniagaan runcit di dalam zon bebas

6A. Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membenarkan

mana-mana perniagaan runcit dijalankan di dalam zon bebas dan

Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat seperti yang difikirkannya

patut.

Barang disifatkan dieksport dari atau diimport ke dalam

Malaysia

7. Melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini atau

mana-mana peraturan di bawahnya atau di bawah mana-mana

undang-undang bertulis yang lain─

(a) barang yang dibawa keluar dari mana-mana bahagian kawasan

utama kastam dan dibawa ke dalam suatu zon bebas

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 13

hendaklah disifatkan sebagai dieksport dari Malaysia; dan

(b) barang yang dibawa keluar dari suatu zon bebas dan dibawa

ke dalam mana-mana bahagian kawasan utama kastam

hendaklah disifatkan sebagai diimport ke dalam Malaysia.

Barang yang dikilang dalam zon perindustrian bebas

8. (1) Barang yang dikilang dalam suatu zon perindustrian bebas

tidak boleh dibawa keluar dari zon itu kecuali─

(a) untuk eksport; atau

(b) dengan kelulusan Pihak Berkuasa dan selepas berunding

dengan Ketua Pengarah dan, tertakluk kepada syarat-syarat

yang boleh dikenakan, bagi pemindahan barang-barang itu ke

suatu zon perdagangan bebas.

(2) (Dipotong oleh Akta 557).

(3) (Dipotong oleh Akta 557).

(4) Barang yang dikilang dalam suatu zon perindustrian bebas

tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis seorang pegawai kastam yang

hak yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pengarah

Kastam dan Eksais, dipakai atau digunakan dalam zon tersebut.

Penalti

9. Mana-mana orang yang melanggar peruntukan seksyen 5, 6A atau

8 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh, bagi

kesalahan kali pertama, dikenakan denda tidak kurang daripada

sepuluh kali ganda amaun duti atau cukai kastam atau eksais atau

lima ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih kecil, dan

tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun duti atau cukai

kastam atau eksais atau lima ribu ringgit mengikut mana-mana amaun

yang lebih besar, dan bagi kesalahan kali kedua atau kesalahan

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

berikutnya denda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda duti

atau cukai kastam atau eksais atau sepuluh ribu ringgit mengikut

mana-mana amaun yang lebih kecil, dan tidak lebih daripada empat

puluh kali ganda duti atau cukai kastam dan eksais atau sepuluh ribu

ringgit mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau penjara

bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua denda

dan penjara:

Dengan syarat bahawa jika nilai barang itu tidak dapat ditentukan

penaltinya bolehlah bersamaan dengan suatu jumlah denda tidak

melebihi lima ribu ringgit.

Aktiviti

10. (1) Dengan kelulusan Menteri─

(a) aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama boleh

dijalankan dalam suatu zon perdagangan bebas;

(b) aktiviti mengilang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua boleh

dijalankan dalam suatu zon perindustrian bebas.

(2) Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui

pemberitahuan dalam Warta menambah kepada, mengubah atau

meminda Jadual Pertama dan Kedua.

(3) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana

undang-undang bertulis, Menteri boleh membenarkan mana-mana

aktiviti dijalankan di dalam zon bebas tertakluk kepada apa-apa

syarat yang difikirkannya patut dikenakan.

Barang yang dibenarkan ke dalam zon perindustrian bebas

11. (1) Tertakluk kepada Akta ini, barang daripada apa-apa

jenis yang akan digunakan secara langsung untuk pengilangan

barang lain atau barang yang dikilangkan di mana-mana bahagian

kawasan utama kastam yang adalah untuk eksport bolehlah

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 15

dibawa ke dalam suatu zon perindustrian bebas.

(2) Menteri boleh, dalam mana-mana hal tertentu, membenarkan

barang, selain barang yang disebut dalam subseksyen (1), dibawa ke

dalam zon perindustrian bebas bagi mana-mana aktiviti yang

dibenarkan olehnya dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang

difikirkannya patut dikenakan.

Barang yang dibenarkan ke dalam zon perdagangan bebas

12. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) apa-apa jenis barang boleh

dibawa ke dalam suatu zon perdagangan bebas.

(2) Menteri boleh, melalui perintah, melarang apa-apa barang atau

kelas barang daripada dibawa ke dalam suatu zon perdagangan bebas.

BAHAGIAN III

FUNGSI TERTENTU PIHAK BERKUASA

Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kemudahan

13. (1) Menteri boleh menghendaki Pihak Berkuasa mengadakan

dan menyenggarakan atau membenarkan dalam suatu zon bebas

kemudahan yang difikirkannya perlu untuk membolehkan zon itu

berfungsi dengan sepatutnya dan dengan cekap.

(2) Menteri boleh memberi kepada Pihak Berkuasa arahan yang

difikirkannya perlu untuk membolehkan suatu zon bebas berfungsi

dengan sepatutnya atau bagi maksud melindungi hasil; dan Pihak

Berkuasa hendaklah mematuhi mana-mana arahan itu.

(3) Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kemudahan yang

mencukupi bagi pegawai kastam yang mengikut tugas mereka

dikehendaki hadir dalam atau di perimeter suatu zon bebas; dan Pihak

Berkuasa hendaklah membenarkan pejabat kastam ditubuhkan dalam

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

suatu zon bebas─

(a) untuk membolehkan Ketua Pengarah membuat apa-apa

persediaan sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk

menjamin pengawasan yang sepatutnya, mengenai barang

yang dibawa keluar dari zon bebas itu; dan

(b) bagi maksud yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi

pentadbiran peruntukan Akta ini dengan cara yang lebih baik.

(4) Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kepungan yang

mencukupi untuk mengasingkan suatu zon bebas dari kawasan utama

kastam bagi perlindungan hasil dan juga peruntukan yang sesuai bagi

pergerakan orang, kenderaan, vesel dan barang yang masuk atau

keluar dari suatu zon bebas.

Pihak Berkuasa boleh membenarkan pembinaan bangunan

persendirian, dsb.

14. (1) Pihak Berkuasa boleh membenarkan mana-mana orang

mendirikan apa-apa bangunan dan binaan lain dalam suatu zon

perindustrian bebas mengikut sebagaimana yang dikehendaki.

(2) Pihak Berkuasa boleh, selepas berunding dengan Ketua

Pengarah, memajakkan kepada atau membenarkan mana-mana orang

mengambil, memegang atau menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan

harta tak alih dalam suatu zon perindustrian bebas atas apa-apa terma

dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Pihak

Berkuasa.

Kemasukan dan pemastautinan dalam suatu zon perindustrian

bebas

15. (1) Tertakluk kepada Akta ini tiada seorang pun boleh

memasuki atau bermastautin dalam suatu zon perindustrian bebas

tanpa kebenaran Pihak Berkuasa.

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 17

(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1)

seksyen ini melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penyingkiran barang tertentu, dsb.

16. (1) Pihak Berkuasa boleh mengikut budi bicaranya

memerintahkan penyingkiran atau pemindahan dari suatu zon

perindustrian bebas apa-apa barang, atau pemberhentian apa-apa

aktiviti atau pengendalian, yang pada pendapatnya adalah merbahaya

atau mudarat kepada kepentingan, kesihatan atau keselamatan awam.

(2) Suatu perintah oleh Pihak Berkuasa mengenai pemindahan

atau penyingkiran apa-apa barang, yang pada pendapat Pihak

Berkuasa adalah merbahaya atau mudarat kepada keselamatan awam

hendaklah, walaupun suatu rayuan dibuat kepada Menteri, dipatuhi

dengan serta-merta tetapi suatu perintah mengenai pemberhentian

aktiviti atau pengendalian tidak boleh berkuat kuasa jika suatu rayuan

telah dibuat kepada Menteri sehingga keputusan rayuan itu memihak

kepada Pihak Berkuasa.

(3) Keputusan Menteri hendaklah muktamad dan tidak boleh

tertakluk kepada kajian semula oleh mana-mana mahkamah.

Laporan tahunan dan akaun

17. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menetapkan bentuk dan cara

menyimpan akaun suatu zon bebas itu.

(2) Pihak Berkuasa jika diarahkan sedemikian oleh Menteri

hendaklah mengemuka kepadanya tiap-tiap tahun dan pada bila-bila

masa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, laporan

mengandungi pernyataan penuh mengenai semua aktiviti,

pengendalian, penerimaan dan perbelanjaan dan apa-apa maklumat

lain berkenaan dengan zon itu sebagaimana yang dikehendaki oleh

Menteri.

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

BAHAGIAN IV

KESALAHAN, PENALTI, PENGGELEDAHAN,

PENYITAAN, TANGKAPAN DAN PERUNTUKAN

MENGENAI PERBICARAAN DAN PROSIDING

Orang yang terikat untuk memberi maklumat

18. Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai kastam untuk

memberi maklumat atau mengemukakan dokumen mengenai apa-apa

perkara yang menjadi kewajipan pegawai itu untuk menyiasat dan

adalah dalam kuasa orang itu untuk memberi atau mengemukakannya

adalah terikat untuk memberi maklumat itu atau mengemukakan

dokumen itu.

Penalti bagi kesalahan yang selainnya tidak diperuntukkan

dengan nyata

19. Tiap-tiap peninggalan atau pengabaian untuk mematuhi, dan

tiap-tiap perbuatan yang dilakukan atau cuba hendak dilakukan

bertentangan dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan

yang dibuat di bawahnya adalah menjadi suatu kesalahan dan

mengenai apa-apa kesalahan itu yang penalti baginya tidak ada

diperuntukkan dengan nyata, pesalah itu apabila disabitkan, boleh

dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Percubaan dan persubahatan

20. Mana-mana orang yang cuba melakukan apa-apa kesalahan

yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana

peraturan yang dibuat di bawahnya atau bersubahat melakukan

kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan

bagi kesalahan itu.

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 19

Mengeluarkan waran geledah

21. Apabila didapati oleh mana-mana Majistret atas maklumat dan

selepas apa-apa siasatan yang difikirkan perlu, bahawa ada sebab

yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana kedai,

gudang atau bangunan atau tempat lain dalam suatu zon bebas, ada

tersembunyi atau didepositkan apa-apa barang yang mengenainya

suatu kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta

Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 atau Akta ini atau

mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan,

Majistret tersebut boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa

kepada mana-mana pegawai kastam, yang dinamakan dalamnya, di

waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan─

(a) untuk memasuki kedai, gudang atau bangunan atau tempat

lain itu dan menggeledah dan menyita apa-apa barang yang

mengenainya ada sebab bagi mempercayai bahawa kesalahan

yang tersebut di atas itu telah dilakukan, dan apa-apa buku

atau dokumen yang dengan munasabahnya dipercayai ada

kena mengena dengan kes itu;

(b) untuk menangkap mana-mana orang atau orang yang berada

dalam kedai, gudang, bangunan atau tempat lain, yang dalam

milikannya barang seperti yang disebut terdahulu itu

dijumpai; atau yang disyaki dengan munasabahnya oleh

pegawai itu sebagai telah menyembunyi atau mendepositkan

barang itu;

(c) memecah buka, jika perlu, mana-mana pintu kedai, gudang,

bangunan atau tempat itu dan masuk ke dalamnya;

(d) memasuki dengan kekerasan, jika perlu, tempat itu dan

tiap-tiap bahagiannya;

(e) membuang dengan kekerasan apa-apa galangan terhadap

kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan yang

dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan

(f) menahan mana-mana orang yang dijumpai berada dalam

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.

Bila penggeledahan boleh dibuat tanpa waran

22. Apabila didapati oleh mana-mana pegawai kanan kastam

bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam

mana-mana kedai, gudang atau bangunan atau tempat lain dalam

suatu zon bebas, ada tersembunyi atau didepositkan apa-apa barang

yang mengenainya suatu kesalahan di bawah Akta Kastam 1967,

Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai

Perkhidmatan 1975 atau Akta ini atau mana-mana peraturan yang

dibuat di bawahnya telah dilakukan, dan jika dia mempunyai sebab

yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan

dalam mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen 21,

barang itu atau apa-apa buku atau dokumen, yang dengan

munasabahnya dipercayai ada kena mengena dengan kes itu mungkin

akan dipindahkan, pegawai itu boleh menggunakan dalam, atas dan

berkenaan dengan kedai, gudang atau bangunan atau tempat lain itu

kuasa yang disebut dalam seksyen 21 itu dengan suatu cara yang

sepenuh dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk

berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Pegawai kastam boleh menahan dan menggeledah kenderaan

23. (1) Mana-mana pegawai kastam boleh menahan dan

memeriksa mana-mana kenderaan dalam suatu zon bebas bagi

maksud menentukan sama ada apa-apa barang yang mungkin menjadi

subjek sesuatu kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais

1976, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 atau

Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di

bawahnya ada terkandung di dalamnya, dan orang yang mengawal

atau menjaga kenderaan itu hendaklah jika dikehendaki berbuat

demikian oleh pegawai itu menghentikan kenderaan itu dan

membenarkan pegawai itu memeriksanya atau memindah kenderaan

itu ke suatu tempat lain untuk pemeriksaan, dan tidak boleh

meneruskan perjalanan sehingga kebenaran bagi berbuat demikian itu

telah diberi oleh pegawai itu.

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 21

(2) Orang yang mengawal atau menjaga mana-mana kenderaan

yang diberhentikan untuk pemeriksaan di bawah subseksyen (1)

hendaklah jika dikehendaki oleh pegawai kastam itu membuka semua

bahagian kenderaan itu untuk pemeriksaan oleh pegawai itu dan

hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan

pemeriksaan itu dibuat sebagaimana dianggap perlu oleh pegawai itu.

Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer

23A. (1) Mana-mana pegawai kastam yang menjalankan kuasanya

di bawah seksyen 21, 22 dan 23 hendaklah diberi akses kepada

apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer, sama ada

disimpan dalam komputer atau selainnya.

(2) Sebagai tambahan, seseorang pegawai kastam yang

menjalankan kuasanya di bawah seksyen 21, 22 dan 23—

(a) boleh memeriksa dan meneliti pengendalian mana-mana

komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan

yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk

mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan

dengan maklumat atau data itu; dan

(b) boleh menghendaki—

(i) orang yang pegawai kastam itu mempunyai sebab

yang munasabah untuk mengesyaki menggunakan

atau telah menggunakan komputer itu atau yang

bagi pihaknya komputer itu digunakan atau telah

digunakan sedemikian; atau

(ii) orang yang menjaga, atau selainnya terlibat

dalam, pengendalian komputer, perkakas atau

bahan itu,

supaya memberinya bantuan yang munasabah sebagaimana

yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

(3) Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata

laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan

yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk

membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami.

Kuasa untuk membuka bungkusan dan memeriksa barang

24. Mana-mana pegawai kastam yang hak boleh dalam suatu zon

bebas memeriksa apa-apa barang yang dibawa ke dalam atau yang

dipindah keluar dari suatu zon bebas atau yang dicadangkan untuk

dibawa ke dalam atau keluar dari suatu zon bebas dan bagi maksud

pemeriksaan itu mengarahkan barang itu dibawa ke pejabat kastam

atau balai kastam dan dia boleh membuka apa-apa bungkusan atau

bekas.

Pemeriksaan orang yang memasuki atau keluar dari zon bebas

25. Mana-mana orang yang mendarat, atau hampir akan mendarat

atau setelah baru sahaja mendarat di suatu zon bebas, dari mana-mana

vesel atau pesawat udara, sama ada bagi maksud mendarat atau

selainnya, atau memasuki atau setelah baru sahaja memasuki suatu

zon bebas melalui jalan atau keretapi atau keluar atau hampir hendak

keluar dari suatu zon bebas dari mana-mana vesel atau pesawat udara,

melalui jalan atau keretapi hendaklah, jika dikehendaki sedemikian

oleh mana-mana pegawai kastam yang hak, membenarkan sama ada

dirinya, barang dan bagasinya diperiksa oleh pegawai itu atau

bersama-sama dengan barang dan begasi itu pergi bersama-sama

pegawai itu ke pejabat kastam atau balai kastam atau balai polis dan

di sana membenarkan dirinya, barang dan bagasinya diperiksa oleh

seorang pegawai kastam:

Dengan syarat bahawa─

(a) mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa di

hadapan seorang pegawai kanan kastam tidak boleh diperiksa

kecuali di hadapan dan di bawah penyeliaan pegawai itu, dan

orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai itu atau

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 23

dibawa masuk ke mana-mana pejabat kastam atau balai

kastam atau balai polis di mana pegawai itu berada;

(b) barang dan bagasi mana-mana orang yang meminta untuk

hadir apabila barang dan bagasinya digeledah dan jika

menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak

boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan

(c) tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa kecuali oleh

seorang perempuan lain dengan betul-betul mengambil kira

kehendak kesopanan.

Penyitaan barang yang menjadi subjek sesuatu kesalahan

26. (1) Semua barang yang berkenaan dengannya apa-apa

kesalahan telah, atau ada sebab yang munasabah bagi mempercayai

bahawa apa-apa kesalahan telah, dilakukan terhadap atau apa-apa

perlanggaran terhadap, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta

Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 atau Akta ini atau

mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa

perlanggaran terhadap apa-apa sekatan atau syarat yang tertakluk

kepadanya apa-apa lesen, permit atau kebenaran yang telah diberi di

bawah mana-mana undang-undang itu, bersama-sama dengan apa-apa

bekas, bagasi, bungkusan, kenderaan, vesel (tidak melebihi daripada

satu ratus lapan puluh dua tan bersih berdaftar), atau pesawat udara

selain daripada pesawat udara yang digunakan bagi pengangkutan

antarabangsa, yang mana barang itu mungkin dijumpai atau

digunakan berhubungan dengan kesalahan atau perlanggaran itu, dan

apa-apa buku atau dokumen yang dengan munasabahnya dipercayai

sebagai mempunyai kaitan terhadap kes itu, boleh disita oleh

mana-mana pegawai kastam dalam suatu zon bebas.

(2) Semua barang dan bekas, bagasi, bungkusan, kenderaan, vesel

atau pesawat udara itu hendaklah, dengan seberapa segera yang

mungkin yang sesuai, diserahkan ke dalam jagaan seorang pegawai

kastam yang hak yang tugasnya adalah untuk menerimanya.

(3) Apabila apa-apa barang, bekas, bagasi, kenderaan, vesel atau

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

pesawat udara disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyitanya itu

hendaklah dengan serta-merta memberi kepada pemunyanya, jika

diketahui, notis bertulis tentang penyitaan itu serta alasan sama ada

dengan menyerahkan notis itu kepadanya sendiri atau melalui pos di

tempat kediamannya, jika diketahui:

Dengan syarat bahawa notis itu tidaklah dikehendaki diberi jika

penyitaan itu dibuat ke atas orang itu, atau di hadapan pesalah atau

pemunya atau ejennya dan, dalam hal sesebuah vesel atau pesawat

udara, di hadapan nakhoda atau juruterbangnya, mengikut

mana-mana yang berkenaan.

(4) Peruntukan seksyen ini berhubungan dengan penyitaan barang

hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bungkusan atau

bekas yang disita dan bagi apa-apa artikel yang digunakan untuk

menyembunyikan kandungan itu.

(5) Peruntukan seksyen ini berhubungan dengan penyitaan

mana-mana vesel atau pesawat udara hendaklah terpakai juga bagi

takal, kelengkapan dan perkakas vesel atau pesawat udara itu.

(6) Peruntukan seksyen ini berhubungan dengan penyitaan

kenderaan hendaklah terpakai bagi semua kelengkapannya.

Pemulangan atau pelupusan harta alih

27. (1) Jika mana-mana harta alih telah disita di bawah Akta ini,

seseorang pegawai kanan kastam boleh, mengikut budi bicaranya─

(a) memulangkan harta alih itu secara sementara kepada

pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan

atau kawalannya harta alih itu disita, atau kepada mana-mana

orang yang dianggap oleh pegawai kanan kastam itu sebagai

berhak terhadap harta alih itu tertakluk kepada apa-apa terma

dan syarat yang boleh dikenakan dan, dalam apa-apa hal,

tertakluk kepada pemberian cagaran yang mencukupi dengan

memuaskan hati pegawai kanan kastam itu bahawa harta alih

itu akan diserahkan kepada seseorang pegawai kanan kastam

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 25

apabila diminta dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika

ada, hendaklah dipatuhi;

(b) memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya atau kepada

orang yang daripada milikan, jagaan, atau kawalannya harta

alih itu disita, atau mana-mana orang yang dianggap oleh

pegawai kanan kastam itu sebagai berhak terhadap harta alih

itu, dengan kebebasan bagi orang yang kepadanya harta alih

itu dipulangkan untuk melupuskannya, pemulangan itu adalah

tertakluk kepada pemberian cagaran sehingga memuaskan

hati pegawai kanan kastam itu dalam amaun tidak kurang

daripada amaun yang pada pendapat pegawai kanan kastam

itu, menunjukkan—

(i) bagi harta selain barang berduti atau tidak

berkastam, nilai pasaran terbukanya, dan bagi

barang berduti atau tidak berkastam, nilainya,

pada tarikh harta atau barang itu dipulangkan;

(ii) duti kastam yang kena dibayar berkenaan

dengannya; dan

(iii) apa-apa cukai yang kena dibayar berkenaan

dengannya di bawah mana-mana undang-undang

bertulis,

bagi pembayaran amaun yang dicagarkan itu kepada Ketua

Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi

melucuthakkan amaun itu di bawah seksyen 39, atau

sekiranya amaun itu dilucuthakkan di bawah seksyen 33,

mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(c) menjual atau memusnahkan harta alih itu, mengikut

mana-mana yang sesuai dalam hal keadaan itu, jika ia suatu

benda hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan kastam

itu, ia dari jenis yang mudah musnah atau merbahaya atau

mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan

jika ia dijual sedemikian, dia hendaklah memegang hasil

jualan itu untuk mematuhi keputusan mana-mana pendakwaan

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

atau tuntutan, atau suatu pelucuthakan di bawah seksyen 33,

mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mana-mana orang yang—

(a) gagal untuk menyerahkan kepada pegawai kanan kastam

apabila diminta harta alih yang dipulangkan secara sementara

di bawah perenggan 1(a); atau

(b) gagal untuk mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau

syarat yang dikenakan di bawah perenggan 1(a),

melakukan suatu kesalahan dan bolehlah, apabila disabitkan,

dikenakan hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga

tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau

kedua-duanya.

(3) Liabiliti jenayah bagi mana-mana orang di bawah

subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain

yang orang tersebut atau mana-mana orang lain boleh menanggung di

bawah terma dan syarat yang berkaitan dengan pemulangan harta alih

itu di bawah perenggan 1(a).

(4) Peruntukan subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana

orang, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin kepada

orang yang kepadanya harta itu dipulangkan di bawah perenggan

1(a).

(5) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, sama ada secara am

atau dalam mana-mana hal atau kelas hal tertentu, memberi arahan

kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang disifatkannya perlu atau

suai manfaat berkenaan dengan penggunaan kuasa yang diberi

kepada seseorang pegawai kanan kastam di bawah subseksyen (1).

(6) Tiada seorang pun berhak mengambil apa-apa tindakan atas

sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh atau apa-apa keputusan

yang dibuat oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak

seseorang pegawai kanan kastam di bawah seksyen ini dan tiada

mahkamah boleh mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk mendengar

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 27

mana-mana tindakan sedemikian.

Kuasa tangkapan

28. (1) Mana-mana pegawai kastam boleh menangkap tanpa

waran dalam suatu zon bebas—

(a) mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba hendak

melakukan, atau mengambil kerja atau menolong mana-mana

orang untuk melakukan atau bersubahat melakukan, suatu

kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang

dibuat di bawahnya;

(b) mana-mana orang yang disyaki semunasabahnya sebagai

mempunyai dalam milikannya apa-apa barang yang boleh

disita di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta

Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta ini

atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; atau

(c) mana-mana orang yang terhadapnya wujud syak yang

munasabah bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan

terhadap Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai

Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta ini atau

mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya,

dan boleh memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang

yang ditangkap sedemikian:

Dengan syarat bahawa tiada seorang perempuan pun boleh

diperiksa kecuali oleh seorang perempuan lain dengan betul-betul

mengambil kira kehendak kesopanan.

(2) Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan

daripada jagaan—

(a) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang

munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang

pegawai kastam yang hak;

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

(b) apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan suatu

penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang

dikehendaki oleh seorang pegawai kastam yang hak; atau

(c) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang

munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang

pegawai kastam yang hak dan dia menyempurnakan suatu

bon, dengan suatu penjamin atau penjamin-penjamin,

sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai

kastam yang hak.

(3) Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di

bawah subseksyen (2) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana

pegawai kastam—

(a) jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah

untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang

berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang itu

telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah

atau mungkin dilanggar; atau

(b) apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu

bahawa orang itu mungkin melanggar mana-mana syarat

yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang

itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu hendak

dibebaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.

Peruntukan berkaitan dengan penangkapan tanpa waran

29. (1) Seseorang pegawai kastam yang membuat tangkapan

tanpa waran hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu dan

tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tentang jaminan atau pelepasan

yang terdahulu, membawa atau menghantar orang yang ditangkap itu

ke mahkamah Majistret.

(2) Tiada seorang pegawai kastam pun boleh menahan dalam

jagaan seseorang yang ditangkap tanpa waran bagi suatu tempoh

yang lebih lama daripada yang di bawah hal keadaan kes itu adalah

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 29

munasabah; dan tempoh itu tidak boleh melebihi dua puluh empat

jam tidak termasuk masa yang diperlukan untuk perjalanan dari

tempat tangkapan itu ke mahkamah Majistret itu.

(3) Tiada seorang pun yang telah ditangkap oleh seorang pegawai

kastam boleh dilepaskan kecuali atas bonnya sendiri atau jaminan

atau di bawah suatu perintah khas bertulis oleh seorang Majistret atau

seorang pegawai kanan kastam.

30. (Dipotong oleh Akta A1113).

Kewajipan kerahsiaan

30A. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

seksyen 31, nama dan alamat seseorang pemberi maklumat dan

substans maklumat yang diterima daripada seseorang pemberi

maklumat hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh

mana-mana pegawai kastam yang hak atau mana-mana orang yang

dalam perjalanan biasa tugasnya memperoleh atau mengawal atau

mendapat akses kepada maklumat itu kepada mana-mana orang

kecuali pegawai kastam ditetapkan yang diberi kuasa oleh Ketua

Pengarah.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah

melakukan suatu kesalahan dan bolehlah, apabila disabitkan,

dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau hukuman

penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau

kedua-duanya.

Perlindungan bagi pemberi maklumat daripada diketahui

31. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian

daripada ini, tiada seorang saksi pun dalam mana-mana prosiding

sivil atau jenayah menurut Akta ini adalah diwajibkan atau

dibenarkan untuk mendedahkan nama atau alamat pemberi maklumat

atau substans maklumat yang diterima daripadanya atau untuk

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

menyatakan apa-apa perkara yang boleh membawa kepada nama atau

alamat pemberi maklumat itu diketahui.

(2) Jika apa-apa buku atau dokumen yang menjadi keterangan

atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau

jenayah mengandungi apa-apa catatan atau petikan yang di dalamnya

mana-mana pemberi maklumat ada dinamakan atau diperihalkan atau

yang mungkin membawa kepada diketahui siapa pemberi maklumat

itu, maka mahkamah hendaklah menyebabkan segala catatan atau

petikan tersebut disembunyikan daripada pandangan atau

dipadamkan setakat yang perlu sahaja untuk melindungi pemberi

maklumat itu daripada diketahui.

(3) Jika dalam perbicaraan bagi mana-mana kesalahan terhadap

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya,

mahkamah, selepas siasatan penuh ke atas kes itu, mempercayai

bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam

pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau

dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai

benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah adalah

berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan dengan

sepenuhnya di antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa diketahui

pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah menghendaki

supaya ditunjukkan pengaduan asal, jika bertulis, dan membenarkan

siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya berkaitan dengan

pemberi maklumat itu.

Kesalahan oleh kumpulan orang, dan pekhidmat dan ejen

32. (1) Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana

peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh suatu

syarikat, suatu firma, suatu pertubuhan, suatu persatuan atau

kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa

berlakunya kesalahan itu menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau

pegawai lain yang serupa bagi syarikat, pertubuhan, persatuan atau

kumpulan orang yang lain itu, pekongsi atau pengurus firma itu atau,

mana-mana orang lain yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa

sifat yang sedemikian atau, mana-mana orang yang mempunyai

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 31

tanggungjawab atau kawalan ke atas syarikat, firma, pertubuhan,

persatuan atau kumpulan orang yang lain itu hendaklah disifatkan

sebagai bersalah kerana melakukan kesalahan itu, melainkan jika dia

membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa

persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan

segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu

sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandang kepada

jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

(2) Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini

apa-apa hukuman, penalti atau perlucuthakan kerana apa-apa

perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh

dikenakan hukuman, penalti atau perlucuthakan yang sama bagi

tiap-tiap perbuatan, peninggalan, atau keingkaran yang dilakukan

oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani

atau pekhidmat bagi ejen itu dengan syarat bahawa perbuatan,

peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh kerani

atau pekhidmat itu dalam penjalanan pekerjaannya atau oleh ejen itu

ketika bertindak bagi pihak orang itu atau oleh kerani atau pekhidmat

bagi ejen itu ketika bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dalam

hal keadaan di mana jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau

keingkaran itu dilakukan oleh ejen itu, prinsipalnya akan

bertanggungan di bawah seksyen ini.

Mengkompaun kesalahan

33. (1) Mana-mana pegawai kastam boleh mengkompaun apa-apa

kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan

yang boleh dikompaun dengan menghendaki orang yang

semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu membayar

sejumlah wang tidak lebih daripada lima ribu ringgit.

(2) Apabila jumlah wang yang sedemikian dibayar—

(a) orang yang dengan semunasabahnya disyaki telah

melakukan suatu kesalahan, jika dia berada dalam jagaan,

hendaklah dilepaskan dan tiada prosiding selanjutnya

boleh diambil terhadap orang itu; dan

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

(b) apa-apa harta yang telah disita hendaklah dilepaskan dan

tiada prosiding selanjutnya boleh diambil tehadap harta itu

kecuali jika harta yang disita itu terdiri daripada barang

yang pengimportannya ke dalam Malaysia dilarang secara

mutlak atau bersyarat di bawah mana-mana

undang-undang bertulis dan tiada lesen import

dikeluarkan, maka barang itu atau amaun yang dicagarkan

di bawah perenggan 27(1)(a) atau (b) atau amaun yang

dihasilkan daripada jualan itu di bawah perenggan

27(1)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan,

hendaklah dilucuthakkan.

Perlindungan bagi Kerajaan daripada liabiliti

34. Kerajaan atau Pihak Berkuasa, mengikut mana-mana yang

berkenaan, adalah tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa

kerugian yang dialami berkenaan dengan apa-apa barang kerana

kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab lain semasa barang itu

berada di dalam mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau

kawalan sah mana-mana pegawai kastam atau pekerja Pihak

Berkuasa melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh kecualian

bersengaja, atau keingkaran seseorang pegawai kastam atau

seseorang yang diambil kerja oleh Kerajaan atau Pihak Berkuasa.

Perlindungan bagi pegawai kastam daripada liabiliti

35. Tiada seorang pegawai kastam pun atau orang lain yang diambil

kerja oleh Kerajaan yang berkaitan dengan kastam boleh

bertanggungan untuk membayar apa-apa kerugian yang dialami

berkenaan dengan apa-apa barang kerana kebakaran, kecurian,

kerosakan atau sebab-sebab lain semasa barang itu berada di dalam

mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah

pegawai itu atau mana-mana pegawai kastam lain atau orang yang di

ambil kerja berhubungan dengan kastam melainkan jika kerugian itu

disebabkan oleh kecuaian bersengaja atau keingkarannya.

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 33

Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati melainkan penyitaan

dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang mungkin

36. Tiada seorang pun dalam mana-mana prosiding di mana-mana

mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang yang disita

pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa

yang diberi di bawah Akta ini berhak terhadap kos prosiding itu atau

apa-apa ganti rugi atau relief lain kecuali suatu perintah bagi

pemulangan barang itu atau pembayaran nilainya melainkan jika

penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau sebab yang

mungkin.

Sabitan di bawah undang-undang bertulis yang lain

37. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang

mana-mana orang daripada didakwa di bawah mana-mana

undang-undang bertulis bagi apa-apa perbuatan, peninggalan,

pengabaian, keingkaran yang menjadikan suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau

boleh dikenakan di bawah undang-undang bertulis lain apa-apa

hukuman atau penalti yang lebih berat atau selain yang diperuntukkan

oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Barang yang boleh dilucuthak

38. Semua barang yang disita di bawah Akta ini bolehlah

dilucuthakkan.

Mahkamah hendaklah memerintah perlucuthakan dan

pelupusan barang yang disita

39. (1) Suatu perintah bagi melucuthakkan atau bagi melepaskan

apa-apa benda yang boleh dilucuthak di bawah peruntukan Akta ini

hendaklah dibuat oleh Mahkamah yang dihadapannya pendakwaan

tentangnya telah diadakan, dan suatu perintah bagi melucuthak

barang itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati

Page 34: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

Mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau

mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan

bahawa barang itu adalah hal-perkara, atau digunakan dalam

melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin

disabitkan atas kesalahan itu.

(2) Mahkamah hendaklah memerintah perlucuthakan—

(a) dalam hal barang yang dipulangkan di bawah perenggan

27(1)(b) dan kemudiannya dilupuskan oleh pemunyanya atau

oleh orang yang kepadanya ia dipulangkan, amaun yang

dicagarkan di bawah perenggan itu;

(b) dalam hal barang yang dijual menurut perenggan 25(1)(c),

amaun yang dihasilkan dari jualan itu,

jika ia dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu

kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di

bawahnya telah dilakukan dan harta alih berkenaan dengan mana

amaun itu dicagarkan atau dihasilkan oleh jualan, mengikut

mana-mana yang berkenaan, adalah hal perkara atau digunakan

dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin

disabitkan atas kesalahan itu.

(3) Semua benda yang dilucuthak hendaklah diserahkan kepada

pegawai kastam yang hak dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan

Ketua Pengarah.

Barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada apa-apa

pendakwaan

40. (1) Jika tiada apa-apa pendakwaan dibuat berkenaan dengan

apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini, barang itu hendaklah

diambil dan disifatkan sebagai terlucuthak apabila tamatnya satu

bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan

terhadapnya dibuat sebelum tarikh tersebut mengikut cara yang

dinyatakan kemudian daripada ini.

Page 35: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 35

(2) Mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia adalah

pemunya barang itu dan bahawa barang itu tidak boleh dilucuthak

boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara

bertulis memberi notis bertulis kepada seorang pegawai kanan kastam

menyatakan bahawa dia menuntut barang itu.

(3) Atas penerimaan notis sedemikian pegawai kanan kastam itu

hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang

boleh mengarahkan supaya barang itu dilepaskan atau boleh

mengarahkan pegawai kanan kastam itu, melalui maklumat dalam

borang yang ditetapkan, merujuk perkara itu kepada seorang

Majistret Kelas Satu untuk keputusannya.

(4) Majistret Kelas Satu hendaklah mengeluarkan suatu saman

menghendaki orang yang menyatakan bahawa dia adalah pemunya

barang itu dan orang daripadanya barang itu telah disita supaya hadir

di hadapannya, dan atas kehadiran atau keingkaran mereka untuk

hadir, penyampaian sempurna saman itu telah dibuktikan, Majistret

itu hendaklah menjalankan pemeriksaan perkara itu dan, apabila

dibuktikan bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan

dan bahawa barang itu telah menjadi hal-perkara, atau digunakan

dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya

barang itu dilucuthak, atau boleh tanpa bukti sedemikian

memerintahkan barang itu dilepaskan.

Barang yang disita boleh diserahkan kepada pemunya atau

orang lain

41. Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya

melalui Ketua Pengarah memerintahkan apa-apa barang yang disita

di bawah Akta ini, sama ada dilucuthak, atau diambil dan disifatkan

sebagai terlucuthak, supaya diserahkan kepada pemunya atau orang

lain yang berhak terhadapnya, atas apa-apa terma dan syarat yang

disifatkan patut:

Dengan syarat bahawa apa-apa permohonan sedemikian hendaklah

dibuat sebelum tamatnya satu bulan kalendar dari tarikh

perlucuthakkan barang atau dari tarikh barang itu diambil dan

Page 36: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

disifatkan sebagai terlucuthak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

BAHAGIAN V

PERUNTUKAN PELBAGAI

Vesel berkaitan dengan zon bebas

42. (1) Mana-mana vesel yang ditambat di sepanjang tepi dermaga

sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai berada dalam zon

bebas itu.

(2) Apa-apa pemindahan dari kapal ke kapal dalam had

pelabuhan zon bebas hendaklah disifatkan telah dilakukan dalam zon

itu.

Pemindahan barang ke dalam dan dari zon bebas melalui laut

42A. (1) Tiada barang boleh dibawa masuk ke, atau dimuatkan atau

diangkut melalui air untuk dimuatkan bagi dibawa keluar dari mana-

mana zon bebas melalui laut—

(a) kecuali di suatu tempat pendaratan yang sah di sisi

undang-undang; dan

(b) sehingga kebenaran untuk berbuat sedemikian telah

diterima daripada pegawai Pihak Berkuasa yang hak.

(2) Kecuali dengan kebenaran pegawai Pihak Berkuasa yang hak,

tiada barang sedemikian, selepas didaratkan atau dipunggahkan,

boleh dipindahkapalkan.

Page 37: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 37

Pemindahan barang ke dalam dan dari zon bebas melalui udara

42B. Tiada barang yang boleh dibawa masuk ke, atau dibawa

keluar dari, mana-mana zon bebas melalui udara kecuali di suatu

lapangan terbang kastam.

Pemindahan barang ke dalam dan dari zon bebas melalui jalan

atau keretapi

42C. Tiada barang boleh dibawa masuk ke, atau dibawa keluar dari,

mana-mana zon bebas melalui jalan atau keretapi kecuali di tempat

import or eksport yang ditetapkan dan, jika suatu laluan telah

ditetapkan, melalui laluan itu.

Pegawai kastam yang hak boleh mengambil sampel

43. (1) Pegawai kastam yang hak boleh pada bila-bila masa

mengambil sampel mana-mana barang bagi menentukan sama ada

barang itu adalah jenis yang boleh dikenakan apa-apa duti kastam

atau bagi menentukan duti kastam atas barang itu apabila masuk ke

dalam kawasan utama kastam atau bagi apa-apa maksud lain yang

disifatkan perlu oleh pegawai kastam yang hak itu, dan sampel itu

boleh dilupuskan mengikut cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(2) Tiada apa-apa bayaran boleh dibuat bagi apa-apa sampel yang

diambil tetapi pegawai kastam yang hak itu hendaklah memberi suatu

resit bagi apa-apa sampel yang diambil.

Pekhidmat awam

44. Anggota Pihak Berkuasa dan pekerjanya dari apa-apa jawatan

ketika menjalankan fungsi mereka atau menjalankan tugas mereka di

bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi

maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].

Page 38: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

Upah

45. Ketua Pengarah boleh memerintahkan supaya apa-apa upah

sebagaimana yang disifatkannya patut dibayar kepada mana-mana

pegawai kastam atau orang lain bagi perkhidmatan yang diberi

berhubungan dengan pengesanan kes penyeludupan atau kesalahan di

bawah Akta ini, atau berhubungan dengan apa-apa penyitaan yang

dibuat di bawah Akta ini.

Rayuan atas keputusan Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah

46. Jika peruntukan dalam Akta ini atau mana-mana peraturan yang

dibuat di bawahnya bahawa keputusan mengenai apa-apa perkara

terserah kepada Pihak Berkuasa atau Ketua Pengarah, maka

melainkan jika ia diperuntukkan dengan khususnya bahawa

keputusan itu adalah menurut budi bicara mutlak Pihak Berkuasa atau

Ketua Pengarah itu, mana-mana orang yang terkilan dengan

keputusan itu bolehlah merayu kepada Menteri.

Kuasa membuat peraturan-peraturan

47. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang

perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan kepada peruntukan Akta

ini atau bagi melaksanakan maksud Akta ini.

Kuasa untuk mewakil

48. Menteri boleh berkenaan dengan sesuatu zon bebas,

mewakilkan kepada mana-mana orang semua atau mana-mana

kuasanya di bawah peruntukan Akta ini, kecuali kuasa di bawah

subseksyen 10(2) dan seksyen 47.

Page 39: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 39

BAHAGIAN VI

PINDAAN DAN PEMANSUHAN

Pindaan dan pemansuhan

49. (1) Akta yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Ketiga

adalah dimansuhkan atau dipinda sebagaimana yang berkenaan,

setakat yang ditunjukkan dalam ruang kedua Jadual yang sama.

Zon perdagangan bebas disifatkan zon perindustrian bebas

50. Mana-mana zon perdagangan bebas yang diisytiharkan di

bawah seksyen 3 Akta Zon Perdagangan Bebas 1971 [Akta 24], dan

yang masih berkuat kuasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya

Akta ini hendaklah disifatkan sebagai zon perindustrian bebas yang

diisytiharkan di bawah seksyen 3 Akta ini sehingga dibatalkan oleh

Menteri.

Menteri boleh membatalkan mana-mana pengisytiharan atau

perintah

51. Menteri boleh membatalkan mana-mana perisytiharan atau

perintah yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana

undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini berkenaan

dengan mana-mana zon bebas:

Dengan syarat bahawa mana-mana perintah pembatalan yang

dibuat di bawah seksyen ini, jika ia mempunyai lesen menghapuskan

mana-mana zon bebas yang diisytiharkan itu, hendaklah

membenarkan masa yang mencukupi bagi orang dalam zon bebas

yang terlibat secara langsung dengan perintah itu membuat persiapan

bagi pelupusan barang mereka.

Page 40: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 10(1) (a)]

(1) (2)

Nama bagi Zon Perdagangan Aktiviti-aktiviti

Bebas

1. Zon Bebas Pelabuhan Pasir Gudang,

Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru,

Johor:

Semua tanah yang terletak dalam Mukim Perdagangan

Plentong, dalam Daerah Johor Bahru, Johor,

yang dilingkungi dengan garisan kelabu yang

ditunjukkan dalam Pelan Warta 2233, 2234,

2283, 3065 dan 3066 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, tidak termasuk

kawasan-kawasan yang dinyatakan di bawah ini:

(i) Tanah yang diduduki oleh Felda Johore Bulkers

di Lot 66228 dan 66229 yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 2234;

(ii) Tanah yang diduduki oleh Petronas Dagang Berhad

di Lot 66226 dan 66227 yang ditunjukkan dalam

Pelan Warta 2233;

(iii) Tanah yang diduduki oleh BP Malaysia Sdn. Bhd.

di Lot 66221 dan 66222 yang ditunjukkan dalam

Pelan Warta 2233;

(iv) Kawasan Pemeriksaan Kastam seluas 0.459 hektar

di Terminal Kontena di Lot 66208 yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 2233;

(v) Tanah (Lot A) seluas 1.909 hektar di Lot 66233

dan tanah (Lot B) seluas 1.028 hektar di Lot

83274 yang ditunjukkan dalam Pelan Warta 2282;

(vi) Sebahagian tanah di pintu masuk utama yang

ditunjukkan dalam Pelan Warta 3067;

(vii) Lot tanah yang disewa oleh Sime Sembawang

Corp. Engineering Sdn. Bhd. di Lot 83288,

83289, 83290, 83291, 83292, 83293, 83287,

Page 41: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 41

83284, 83281, 83282 dan 83283 yang

ditunjukkan dalam Pelan Warta 3068; dan

(viii) Lot tanah yang disewa oleh Aramijaya Sdn. Bhd.

di Lot 83285 dan 83286 yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 3068.

2. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Perusahaan

Kubor:

Semua kawasan berpagar yang

mengandungi Lot. No. 752 hingga

759, 761 hingga 784, kawasan

kedai dan kawasan-kawasan yang

lain di dalamnya, Mukim Pengkalan

Kubor, dalam jajahan Tumpat,

Kelantan

3. Bukit Kayu Hitam: Perusahaan

Lot. No. (Pt. 1443) Pekan Bukit

Kayu Hitam, Mukim Sungai Laka,

Daerah Kubang Pasu, Kedah

4. Mukim Kapar, Daerah Klang, Perdagangan

Selangor

Semua tanah yang terletak dalam

Mukim Kapar, dalam Daerah Klang,

Selangor yang dilingkungi dengan

garisan kelabu yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 882 yang disimpan

di Pejabat Pengarah Ukur, Selangor

tidak termasuk kawasan-kawasan yang

dinyatakan di bawah ini:

(i) tanah yang diduduki oleh Kaedah

Cement, Gold Coin Feedmill, Petronas

Bukering Installation, BP Bulk

Installation, KFC Feedmill, PKE

Export Handling Terminal, Central

Sugar, Pengkalan Export Perkayuan-

Shapadu and Jetty Services;

(ii) tanah-tanah yang diduduki oleh

Tank No. 22 of Firma Unitank,

Page 42: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

Tank No. 1-20 and No. 22-47 of

Fimaly Bulking Installation dan

Tank No. 13-48 of Firma DEB;

(iii) tanah yang diduduki oleh Klang

Port Management Sdn. Bhd., terdiri

daripada Export Stacking Bay (6 blocks:

TA-TG, Refers Stack (2 blocks: RA-RB),

Customs Examination Bay (3 block: 1-3),

Godown Q (an area 220’ x 150’), Godown

P (an area 600’ x 150’), Open Yard P (an

area 660’ x 217’), Transit Shed No. 13

(an area 100’ x 101’) Transit Shed No. 16

(an area 177’ x 105’). Transit Shed No. 18

(an area 177’ x 105’) dan Dock Area

(an area 700’ x 105’)

(iv) tanah yang diduduki oleh Klang

Container Terminal yang terdiri

daripada Export Stack (Block

B1-Rows B11 to B30, Slots 01

to 14) (Block B2-Rows B11 to

B29, Slots 15 to 31) (Block

C1-Rows C01 to C34 and

C99 Slots 01 to 14) (Block

C2-Rows 01 to C35 Slot 15

to 31) (Block F-Rows F16

to F25 Slots 01 to 11 Rows

F01 to F15 Slots 01 to 03)

(Block G-Rows 01 to G16

Slots 01 to 14) Refer-Rows R01

to R52, Rows R59 to R87

Kawasan Pemeriksaan Kastam

yang dilingkungi dengan

garisan merah jambu yang

ditunjukkan dalam Pelan Warta

882 di atas) (Rows E01 to E42

Slots 01 to 06) FS Stacking Area

(Rows 01 to 06 Slots 16 to 62)

dan Container Freight Station

(area=2,973 sq. m); dan

(v) tanah yang diduduki oleh Port

Klang Distribution Park Sdn.

Bhd., terdiri daripada Customs

Holdings Area (area=20,000

sq. ft.)

Page 43: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 43

5. Pelabuhan Barat, Pulau Indah,

Mukim Klang, Daerah Klang:

Semua tanah yang terletak dalam Perdagangan

Mukim Klang, Daerah Klang,

Selangor yang dilingkungi dengan

garisan kelabu yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 1174 dan Lot

No. 55709 dan No. 55710 yang

ditunjukkan dalam Pelan Warta

1452 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur dan Pemetaan,

Selangor.

6. Dermaga Air Dalam, Seksyen 4, bandar

Butterworth, Daerah Utara, Seberang

Perai:

Semua tanah yang terletak di Seksyen 4, Perdagangan

bandar Butterworth, Daerah Utara,

Seberang Perai yang dilingkungi dengan

garisan kelabu yang ditunjukkan dalam

Pelan Warta 573 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur, Pulau Pinang, tidak termasuk

kawasan yang dinyatakan di bawah ini:

(i) Tanah yang diduduki oleh Penang Port

Sdn. Bhd. yang terdiri daripada:

(a) Gudang W2;

(b) Blok Eksport

(Blok A-D: Slot No. 1 – 45)

(Blok E-H: Slot No. 1 – 23); dan

(c) Bay Pemeriksaan Kastam untuk kontena

(di antara Blok D dan landasan keretapi);

(ii) Tanah yang diduduki oleh Malaysia

Agricultural Oil Sdn. Bhd bagi tangki

No. 1 – 6;

(iii) Tanah yang diduduki oleh Butterworth

Installation bagi Tangki No. 1 – 13;

(iv) Tanah yang diduduki oleh FIMA Palm

Bulk Services Sdn. Bhd. bagi Tangki

Page 44: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

No. 1 – 37;

(v) Tanah yang diduduki oleh Palm Co.

Holding Bhd. bagi Tangki No. 1 – 4

dan Tangki No. 6 - 9; dan

(vi) Tanah yang diduduki oleh Kedah Oil

Palm Bulking Installation bagi Tangki

No. 1 -16;

7. Mukim 12, Daerah Barat Daya , Perdagangan

Pulau Pinang—

Semua tanah yang terletak di dalam

Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau

Pinang yang dilingkungi dengan

garisan kelabu sebagaimana yang

ditunjukkan dalam Pelan Warta 495

yang disimpan di Pejabat Ukur dan

Pemetaan, Pulau Pinang.

8. Pekan Bukit Kayu Hitam dan Mukim Perdagangan

Sungai Laka, Daerah Kubang Pasu,

Kedah—

Semua tanah yang terletak di dalam

Pekan Bukit Kayu Hitam dan Mukim

Sungai Laka, Daerah Kubang Pasu

yang dilingkungi dengan garisan kelabu

sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan

Warta 1358 yang disimpan di Pejabat Ukur

Kedah.

9. Kawasan Bebas Cukai Stulang Perdagangan

Laut, Johor Bahru:

Semua tanah di dalam kawasan

berpagar yang mengandungi Lot

PTB 10707 dan PTB 20006 (kecuali

Pejabat Kastam dan Kawasan

Pemeriksaan Kastam), Mukim Bandar,

dalam Daerah Johor Bahru, Lot PTD

146378 dan PTD 148062, dan PTD

148062, Mukim Plentong, dalam

Daerah Johor Bahru, jeti di Lot PTB

20380 dan tanah di Lot PTB 20438

(termasuk restoran terapung),

Page 45: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 45

Mukim Bandar, dalam Daerah

Johor Bahru, Johor.

10. Lapangan Terbang Antarabangsa Perdagangan

Kuala Lumpur, Sepang—

Semua tanah yang terletak di dalam

Kawasan Bandar Lapangan Terbang

Antarabangsa Sepang, Daerah Sepang

yang dilingkungi dengan garisan kelabu

seperti yang ditunjukkan dalam Pelan

Warta 1207 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur, Negeri Selangor

.

11. Tanjung Pelepas, Mukim Tanjung Kupang, Perdagangan

Daerah Johor Bahru, Johor (Fasa I):

(Sebahagian Lot PTD 2423) Mukim Tanjung

Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor, sebagaimana

yang ditunjukkan dengan garisan kelabu

dalam Pelan Warta 2749 yang disimpan di

Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Johor.

12. Pulau Layang-Layang Perdagangan

Semua kawasan Pulau Layang-Layang

yang meliputi kawasan seluas 10.1 km2

yang terletak di Garisan Lintang U 07O

22.5’ Garisan Bujur T 113O 48.8’ di

Laut China Selatan di dalam Pelantar

Benua Malaysia.

13. Mukim Rantau Panjang, Jajahan Pasir Mas, Perdagangan

Kelantan:

Semua tanah yang terletak di dalam Mukim

Rantau Panjang, Jajahan Pasir Mas, Kelantan

yang dilingkungi oleh garisan kelabu

sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan

Warta 705 yang disimpan di Pejabat Pengarah

Ukur, Kelantan, tidak termasuk kawasan yang

dinyatakan di bawah:

(i) Pejabat Kastam dan Kawasan Pemeriksaan

Kastam; dan

(ii) tanah yang diduduki oleh Pos Malaysia

Page 46: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

Berhad, Rantau Panjang.

14. Lot 1993 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Perdagangan

Pulau Pinang:

Kompleks Gudang Agen Penghantaran Kargo

Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa yang

terletak di sebahagian daripada Lot 1993

Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang

yang dilingkungi oleh garisan kelabu

sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pelan

Warta 730 yang disimpan di Pejabat Pengarah

Ukur, Pulau Pinang.

15. South Point, Pelabuhan Klang, Perdagangan

Port Swettenham Daerah Klang, Selangor.

South Point, Pelabuhan Klang, Port Swettenham

Daerah Klang, Negeri Selangor sebagaimana

yang ditunjukkan dengan garisan tebal dalam

pelan Warta 1382 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur dan Pemetaan, Selangor.

16. Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang, Perdagangan

Selangor:

(Lot 67894) Pulau Indah, Mukim Klang,

Daerah Klang, Selangor, sebagaimana yang

ditunjukkan dengan garisan kelabu dalam

Pelan Warta 1388 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur dan Pemetaan, Selangor.

17. MILS Logistik Hub (MLH), Mukim Klang, Perdagangan

Daerah Klang, Selangor:

(Sebahagian lot 88077 seluas 13.359 hektar)

Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor,

sebagaimana yang ditunjukkan dengan garisan

kelabu dalam Pelan Warta 1451 yang disimpan

di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan,

Selangor.

Page 47: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 47

JADUAL KEDUA

[Seksyen 10(1) (b)]

(1) (2)

Nama bagi Zon Perindustrian Aktiviti-aktiviti

Bebas

1. Mukim Pelentong, Johor Bahru: Pengilangan

Semua tanah yang terletak dalam

Mukim Plentong dalam Daerah

Johor Bahru, yang dilingkungi

dengan garisan kelabu yang

ditunjukkan dalam Pelan Warta

2235 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur, Johor.

2. Mukim Pringgit, Daerah Tengah, Pengilangan

Melaka:

Semua tanah yang terletak dalam

Mukim Pringgit, Daerah Tengah

Melaka, yang dilingkungi dengan

garisan kelabu yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta PG 109 yang

disimpan di Pejabat Pengarah Ukur,

Melaka.

3. Tanjung Kling, Mukim Tanjung Pengilangan

Kling, Daerah Tengah Melaka:

Semua tanah yang terletak di Tanjung Kling,

dalam Mukim Tanjung Kling, Daerah

Tengah Melaka, yang dilingkungi

dengan garisan kelabu yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 295 yang disimpan

di Pejabat Pengarah Ukur, Melaka.

4. Mukim Pringgit dan Bukit Baru, Pengilangan

Daerah Tengah, Melaka:

Semua tanah yang terletak dalam

Mukim Pringgit dan Bukit Baru,

Daerah Tengah Melaka, yang

Page 48: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

dilingkungi dengan garisan kelabu

yang ditunjukkan dalam Pelan Warta

PG 108 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur, Melaka.

5. Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Pengilangan

Perak:

Semua tanah yang terletak dalam

Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta,

yang dilingkungi dengan garisan

kelabu yang ditunjukkan dalam

Pelan Warta 870 yang disimpan

di Pejabat Pengarah Ukur, Perak.

6. Telok Panglima Garang, Daerah Pengilangan

Kuala Langat, Selangor:

Semua tanah yang terletak dalam

Mukim Telok Panglima Garang,

Daerah Kuala Langat, Selangor,

yang dilingkungi dengan garisan

kelabu yang ditunjukkan dalam

Pelan Warta 460 dan Pelan Warta

1269 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur, Selangor.

7. Mukim Ulu Klang, Daerah Gombak, Pengilangan

Selangor:

Semua tanah yang terletak dalam

Mukim Ulu Klang, Daerah Gombak,

Selangor, yang dilingkungi dengan

garisan kelabu yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 439 yang disimpan

di Pejabat Pengarah Ukur, Selangor.

8. Mukim Damansara, Daerah Pengilangan

Klang, Selangor:

Semua tanah yang terletak dalam

Mukim Damansara, Daerah Klang,

Selangor yang dilingkungi dengan,

garisan kelabu yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 375 yang disimpan

di Pejabat Pengarah Ukur, Selangor.

Page 49: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 49

9. Prai, Daerah Tengah Seberang Pengilangan

Prai, Mukim 1, Pulau Pinang:

Semua tanah yang dilingkungi dengan

garisan kelabu yang ditunjukkan dalam

Pelan Warta 290 yang disimpan di

Pejabat Pengarah Ukur, Pulau Pinang.

10. Bayan Lepas, Daerah Barat Daya, Pengilangan

Mukim 12, Pulau Pinang :

(i) Semua tanah yang dilingkungi

dengan garisan kelabu yang di

tunjukkan dalam Pelan Warta

138 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur, Pulau Pinang.

(ii) Semua tanah yang dilingkungi

dengan garisan kelabu yang di

tunjukkan dalam Pelan Warta

281 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur, Pulau Pinang.

(iii) Semua tanah yang dilingkungi

dengan garisan kelabu yang di

tunjukkan dalam Pelan Warta

289 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur, Pulau Pinang.

11. Batu Berendam, Mukim Bachang, Pengilangan

Daerah Tengah Melaka:

Semua tanah yang terletak di Batu Berendam

dalam Mukim Bachang, Daerah Tengah

Melaka, yang dilingkungi dengan garisan

kelabu yang ditunjukkan dalam

Pelan Warta 294 yang disimpan di

Pejabat Pengarah Ukur, Melaka.

12. Kinta, Mukim Hulu Kinta, Daerah Pengilangan

Kinta, Perak:

Semua tanah yang terletak di Kinta,

dalam Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta,

Perak, yang dilingkungi dengan garisan

kelabu yang ditunjukkan dalam

Page 50: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

Pelan Warta 949 yang disimpan di

Pejabat Pengarah Ukur, Perak.

13. (Dipotong oleh P.U. (B) 55/2001)

14. Sama Jaya Kuching, Sarawak Pengilangan

Semua tanah yang dilingkungi

dengan garisan kelabu yang ditunjukkan

dalam Pelan No. MPI/30-51 dan

MP1/30-62(B) yang disimpan di

Pejabat Pengarah Ukur, Sarawak.

15. Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang, Pengilangan

Selangor:

(Lot 67894) Pulau Indah, Mukim Klang,

Daerah Klang, Selangor, sebagaimana yang

ditunjukkan dengan garisan kelabu dalam

Pelan Warta 1388 yang disimpan di Pejabat

Pengarah Ukur dan Pemetaan, Selangor.

16. Tanjung Pelepas, Mukim Tanjung Kupang, Pengilangan

Daerah Johor Bahru, Johor (Fasa I):

(Sebahagian Lot PTD 2423) Mukim Tanjung

Kupang, Daerah Johor Bahru, Johor, sebagaimana

yang ditunjukkan dengan garisan kelabu

dalam Pelan Warta 2751 yang disimpan di

Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan, Johor.

17. Tanjung Pelepas, Mukim Tanjung Kupang, Pengilangan

Daerah Johor Bahru, Johor (Fasa II):

(Lot PTD 2426) Mukim Tanjung Kupang,

Daerah Johor Bahru, Johor, sebagaimana

yang ditunjukkan dengan garisan kelabu

dalam Pelan Warta 2752 yang disimpan

di Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan,

Johor.

18. Tanjung Pelepas, Mukim Tanjung Kupang, Pengilangan

Daerah Johor Bahru, Johor (Fasa II):

(Lot PTD 1586 dan PTD 1731) Mukim

Serkat, Daerah Pontian, Johor, sebagaimana

yang ditunjukkan dengan garisan

kelabu dalam Pelan Warta 2750 yang

disimpan di Pejabat Pengarah Ukur dan

Page 51: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 51

Pemetaan, Johor.

19. Zon Perindustrian Bebas Lapangan Terbang Pengilangan

Antarabangsa Sultan Ismail, Mukim Senai,

Kulai, Daerah Johor Bahru, Johor:

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan

Ismail, Mukim Senai, Kulai, Daerah

Johor Bahru, Johor yang dilingkungi

dengan garisan kelabu yang ditunjukkan

dalam Pelan Warta 2296 disimpan di

Pejabat Pengarah Ukur dan Pemetaan,

Johor.

Page 52: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

JADUAL KETIGA

[Seksyen 49]

PINDAAN DAN PEMANSUHAN

(1) (2)

Akta Pindaan

Akta Kastam 1967 Seksyen 2 adalah dipinda dengan

menggantikan subseksyen (1A)

dengan subseksyen (1A) yang berikut:

“ (1A) For the purpose of this Act

(other than section 31), a free zone

shall be deemed to be a place outside

Malaysia.

In this subsection the expression

“free zone” has the meaning assigned

to it under section 2 of the Free Zones

Act 1990 [Act 438].”

Akta Eksais 1976 Subseksyen (1) seksyen 2 adalah

dipinda dengan menggantikan takrif

“zon perdagangan bebas” dengan

takrif baru yang berikut:

““zon bebas” mempunyai pengertian

yang diberikan kepadanya di bawah

seksyen 2 Akta Zon Bebas 1990, dan

bagi maksud Akta ini suatu zon bebas

hendaklah disifatkan sebagai suatu

tempat di luar Malaysia;”.

Akta Cukai Jualan Subseksyen 2A adalah dipinda dengan

1972 menggantikannya dengan seksyen 2A

baru yang berikut:

“2A. Bagi maksud-maksud Akta ini,

Sesuatu zon bebas hendaklah

disifatkan sebagai sesuatu tempat di

luar Malaysia.

Page 53: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 53

Dalam seksyen ini, ungkapan “zon

bebas” mempunyai pengertian yang

diberikan kepadanya di bawah

seksyen 2 Akta Zon Bebas 1990.”.

Akta Cukai Perkhidmatan Memasukkan selepas seksyen 2

1975 seksyen 2A baru yang berikut:

“2A. Bagi maksud-maksud Akta ini,

Sesuatu zon bebas hendaklah

disifatkan sebagai sesuatu tempat di

luar Malaysia.

Dalam seksyen ini, ungkapan “zon

bebas” mempunyai pengertian yang

diberikan kepadanya di bawah

seksyen 2 Akta Zon Bebas 1990.”.

Akta Penggalakkan Pelaburan (a) Subseksyen 36(5) dipinda

1986 dengan menggantikan perkataan

“Zon Perindustrian Bebas” bagi

perkataan “Zon Perdagangan

Bebas” yang terdapat di

dalamnya; dan

(b) Subseksyen 36A(3) dipinda

dengan menggantikan perkataan

“Zon Perindustrian Bebas” bagi

perkataan “Zon Perdagangan

Bebas” yang terdapat di

dalamnya.

Akta Zon Perdagangan Memansuhkan keseluruhannya.

1971

Page 54: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

54

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 438

AKTA ZON BEBAS 1990

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari

P.U. (B) 466/1992 Pemberitahuan Zon Bebas 24-09-1992

(Pindaan) 1992

P.U. (B) 465/1992 Pemberitahuan Zon Bebas 24-09-1992

(Kawasan Yang Diisytiharkan)

1992

P.U. (B) 467/1992 Pemberitahuan Zon Bebas 24-09-1992

(Pindaan) (No.2) 1992

P.U. (B) 468/1992 Pemberitahuan Zon Bebas 24-09-1992

(Pindaan) (No. 3) 1992

P.U. (B) 94/1993 Pemberitahuan Zon Bebas 18-03-1993

(Pindaan) 1993

P.U. (B) 96/1993 Pemberitahuan Zon Bebas 01-04-1993

(Pindaan) (No.2) 1993

Akta A924 Akta Zon Bebas 21-07-1995

(Pindaan) 1995

P.U. (B) 272/1996 Pemberitahuan Zon Bebas 20-06-1996

(Pindaan) 1996

P.U. (B) 420/1996 Pemberitahuan Zon Bebas 23-09-1996

(Pindaan) (No.2) 1996

Akta 557 Akta Kewangan 1997 Bab 2 (kecuali perenggan

4(a), 4(b), 19(a), 19(b), ss. 5,

7, 15-18, 20 dan 21), Bab

3 (kecuali ss. 26, 29, 30 dan

31) dan Bab 5 berkuat kuasa

pada tahun taksiran 1997 dan

Page 55: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 55

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa

meminda dari

tahun-tahun taksiran

berikutnya; Perenggan 4(a),

ss. 16-18, perenggan

19(b), Bab 4 (kecuali ss.

33-37) dan Bab 06- 09—25-

10-1996; Perenggan 4(b),

ss. 5, 7,15, perenggan

19(a), s. 21 dan Bab 10—01-

01-1997; ss. 20, 26, 29-

31, 33-37—02-08-1996.

P.U. (B) 199/1997 Pemberitahuan Zon Bebas 15-05-1997

(Kawasan Yang Diisytiharkan)

1997

P.U. (B) 200/1997 Pemberitahuan Zon Bebas 15-05-1997

(Pindaan) 1997

Akta 578 Akta Kewangan 1998 Bab II (kecuali ss. 7, 8,

10, 14, 15 dan 18 dan

perenggan 21(d) dan 21(g)

berkuat kuasa pada tahun

taksiran 1998 dan

tahun-tahun taksiran

berikutnya; ss. 7, 8, 14 dan

15 dan perenggan 21(g)—

01-01-1999; s. 10 —17-10-

1997; s . 18 — 20-3-1998;

perenggan 21(d) berkuat

kuasa pada tahun taksiran

1999 dan tahun-tahun

taksiran berikutnya; Bab III

(kecuali bagi ss. 24, 27 dan

28) berkuat kuasa pada

tahun 1998 dan tahun-

tahun taksiran berikutnya;

s. 24— 17-10-1997, ss. 27

dan 28—01-01-1999, s.

30—01-01- 1999, ss. 31

dan 32 —17- 10-1997;

Bab V—01- 01- 1998; Bab

VI—17- 10- 1997; Bab VII

(kecuali perenggan 38(d)

Page 56: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa

meminda dari

dan ss. 47, 48, 49, 51, 52

dan 53)—17-10-1997;

Perenggan 38(d) dan ss. 47,

48, 49, 51, 52 dan

53—01-01-1998; Bab

VIII—01-01-1998

P.U. (A) 144/1998 Pemberitahuan Zon Bebas 16-04-1998

(Pindaan) 1998

P.U. (A) 245/1998 Pemberitahuan Zon Bebas 30-06-1998

(Pindaan) (No.2) 1998

P.U. (A) 246/1998 Pemberitahuan Zon Bebas 30-06-1998

(Kawasan Yang Diisytiharkan)

1998

P.U. (A) 419/1999 Pemberitahuan Zon Bebas 01-10-1999

(Pindaan) 1999

P.U. (A) 420/1999 Pemberitahuan Zon Bebas 01-10-1999

(Kawasan Yang Diisytiharkan)

1999

P.U. (A) 319/2000 Pemberitahuan Zon Bebas 24-08-2000

(Pindaan) 2000

P.U. (A) 326/2000 Pemberitahuan Zon Bebas 14-09-2000

(Pindaan) (No. 2) 2000

P.U. (B) 18/2001 Pemberitahuan Zon Bebas 15-02-2001

(Pindaan) 2001

P.U. (B) 55/2001 Pemberitahuan Zon Bebas 01-03-2001

(Pindaan) (No. 2) 2001

P.U. (B) 79/2001 Pemberitahuan Zon Bebas 29-03-2001

(Pindaan) (No. 3) 2001

P.U. (B) 163/2001 Pemberitahuan Zon Bebas 07-06-2001

(Pindaan) (No. 4) 2001

Akta A1113 Akta Zon Bebas (Pindaan) 2001 06-07-2001

Page 57: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 57

P.U. (B) 575/2001 Pemberitahuan Zon Bebas 13-12-2001

(Kawasan Yang Diisytiharkan)

(No. 3) 2001

P.U. (B) 576/2001 Pemberitahuan Zon Bebas 13-12-2001

(Pindaan) (No. 5) 2001

Akta A1166 Akta Zon Bebas (Pindaan) 01-09-2002

2002

P.U. (B) 337/2002 Pemberitahuan Zon Bebas 01-11-2002

(Pindaan) 2002

P.U. (B) 192/2003 Pemberitahuan Zon Bebas 01-06-2003

(Pindaan) 2002

P.U. (B) 65/2004 Pemberitahuan Zon Bebas 19-02-2004

(Pindaan) 2004

P.U. (B) 193/2005 Pemberitahuan Zon Bebas 09-06-2005

(Pindaan) 2005

P.U. (B) 253/2006 Pemberitahuan Zon Bebas 06-10-2006

(Pindaan) 2006

P.U. (B) 96/2007 Pemberitahuan Zon Bebas 29-03-2007

(Pindaan) 2007

P.U. (B) 151/2009 Pemberitahuan Zon Bebas 01-06-2009

(Pindaan) 2009

P.U. (B) 216/2009 Pemberitahuan Zon Bebas 17-07-2009

(Pindaan) 2009

P.U. (B) 44/2010 Pemberitahuan Zon Bebas 04-02-2010

(Pindaan) 2010

Page 58: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

58

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 438

AKTA ZON BEBAS 1990

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa

dari

2 Akta A924 21-07-1995

Akta 557 25-10-1996

Akta A578 01-01-2000

Akta A1166 01-09-2002

5 Akta 557 25-10-1996

6A Akta 557 25-10-1996

8 Akta 557 25-10-1996

9 Akta 557 25-10-1996

10 Akta 557 25-10-1996

11 Akta 557 25-10-1996

12 Akta 557 25-10-1996

13 Akta 557 25-10-1996

17 Akta A924 21-07-1995

23A Akta A1113 06-07-2001

25 Akta A1113 06-07-2001

27 Akta A578 01-01-2000

Akta A1113 06-07-2001

28 Akta A1113 06-07-2001

Page 59: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

Zon Bebas 59

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa

dari

30 Akta 557 25-10-1996

Akta A1113 06-07-2001

30A Akta A1113 06-07-2001

32 Akta A1113 06-07-2001

33 Akta A1113 06-07-2001

42 Akta A924 21-07-1995

42A Akta A924 21-07-1995

42B Akta A924 21-07-1995

42C Akta A924 21-07-1995

Jadual Pertama P.U. (B) 94/1993 18-03-1993

P.U. (B) 96/1993 01-04-1993

P.U. (B) 272/1996 20-06-1996

P.U. (B) 420/1996 23-09-1996

P.U. (B) 200/1997 15-05-1997

P.U. (A) 144/1998 16-04-1998

P.U. (A) 245/1998 30-06-1998

P.U. (A) 419/1999 01-10-1999

P.U. (B) 326/2000 14-09-2000

P.U. (B) 79/2001 29-03-2001

P.U. (B) 576/2001 13-12-2001

P.U. (B) 337/2002 01-11-2002

P.U. (B) 192/2003 01-06-2003

P.U. (B) 65/2004 19-02-2004

P.U. (B) 193/2005 09-06-2005

P.U. (B) 253/2006 06-10-2006

P.U. (B) 96/2007 29-03-2007

P.U. (B) 216/2009 17-07-2010

P.U. (B) 44/2010 04-02-2010

Jadual Kedua P.U. (B) 466/1992 24-09-1992

P.U. (B) 467/1992 24-09-1992

P.U. (B) 468/1992 24-09-1992

P.U. (B) 94/1993 18-03-1993

P.U. (B) 272/1996 20-06-1996

P.U. (A) 319/2000 24-08-2000

P.U. (B) 326/2000 14-09-2000

Page 60: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 438... · “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa-apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 438

P.U. (B) 18/2001 15-02-2001

P.U. (B) 55/2001 01-03-2001

P.U. (B) 163/2001 07-06-2001

P.U. (B) 193/2005 09-06-2005

P.U. (B) 253/2006 06-10-2006

P.U. (B) 151/2009 01-06-2009