UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir...

161
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 441 AKTA SYARIKAT LUAR PESISIR 1990 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Transcript of UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir...

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 441

AKTA SYARIKAT LUAR PESISIR1990

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 4412

AKTA SYARIKAT LUAR PESISIR 1990

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 22 Ogos 1990

Tarikh penyiaran dalam Warta… … … … 30 Ogos 1990

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … … 2001

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 441

AKTA SYARIKAT LUAR PESISIR 1990

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas

2. Tafsiran

3. Takrif subsidiari dan syarikat pemegang

4. Syarikat berkaitan

5. Ketidakpakaian Akta Syarikat 1965

6. Pemastautin yang melakukan apa-apa perbuatan di bawah Akta inidianggap sebagai bukan pemastautin

7. Maksud yang dibenarkan bagi pemerbadanan

BAHAGIAN II

PENTADBIRAN AKTA

8. Pendaftar Syarikat

9. Penyerahan dokumen

9A. Penyerahan atau pemfailan dokumen secara elektronik

9B. Nilai keterangan dokumen yang diserahkan atau difailkan secara elektronik

9C. Salinan asal hendaklah disimpan di pejabat syarikat amanah

10. Juruaudit yang diluluskan

11. Juruaudit syarikat

12. Pelikuidasi yang diluluskan

13. Daftar

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 4414

BAHAGIAN III

PENUBUHAN SYARIKAT

PENGGAL 1

PEMERBADANAN

Seksyen

14. Pembentukan syarikat

15. Pendaftaran dan pemerbadanan

16. Permohonan bagi pendaftaran syarikat asing sebagai terus wujud diLabuan

17. Kelulusan terdahulu pada prinsipnya

18. Kehendak mengenai memorandum

PENGGAL 2

STATUS DAN NAMA

19. Kuasa syarikat

20. Transaksi ultra vires

21. Nama syarikat luar pesisir

22. Pertukaran nama

23. Perkara persatuan

24. Pengubahan memorandum atau perkara

25. Salinan memorandum dan perkara

26. Transaksi dan penubuhan cawangan

27. Larangan terhadap penjalanan perniagaan apabila syarikat luar pesisirtiada anggota

BAHAGIAN IV

SYER, DEBENTUR DAN GADAIAN

PENGGAL 1

PROSPEKTUS

28. Sekatan ke atas pelawaan pelaburan daripada awam

29. Pelawaan kepada awam

30. Kehendak mengeluarkan borang permohonan bagi syer atau debenturbersama-sama prospektus

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 5

31. Pelawaan kepada awam untuk memberi pinjaman wang kepada ataumendepositkan wang dengan suatu syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing

32. Kelulusan Pendaftar, atau pematuhan peraturan-peraturan, berkenaandengan pengeluaran prospektus

33. Iklan

34. Penyimpanan mohon beli berlebihan dalam terbitan debentur

35. Pendaftaran prospektus

36. Dokumen yang mengandungi tawaran syer disifatkan sebagai suatupropektus

37. Persetujuan pakar kepada pengeluaran prospektus yang mengandungipernyataan olehnya

38. Liabiliti sivil kerana pernyataan silap dalam prospektus

39. Liabiliti jenayah kerana pernyataan silap dalam prospektus

PENGGAL 2

SEKATAN KE ATAS PENGUMPUKAN

40. Syarikat amanah sebagai ejen dalam tawaran awam

41. Larangan pengumpukan melainkan jika bayaran minimum diterima

42. Wang permohonan hendaklah dipegang atas amanah sehinggapengumpukan dibuat

PENGGAL 3

SYER

43. Penyata mengenai pengumpukan

44. Panggilan

45. Liabiliti rizab

46. Akaun premium syer

47. Kuasa menerbitkan syer, dan hak pengundian

48. Syarikat luar pesisir mengurusniagakan syernya sendiri, dll.

49. Pengkenselan syer perolehan semula oleh syarikat luar pesisir

50. Menerbitkan syer dengan diskaun

51. Pengubahan modal syer

52. Pengesahan syer yang diterbitkan dengan tidak sepatutnya

Seksyen

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 4416

53. Ketetapan khas bagi pengurangan modal syer

54. Hak pemegang syer keutamaan hendaklah dinyatakan dalam perkara

55. Syer keutamaan boleh tebus

PENGGAL 4

DEBENTUR

56. Tafsiran

57. Kuasa menerbitkan debentur

58. Syarikat luar pesisir hendaklah menyenggara daftar pemegang debentur

59. Debentur berkekalan

60. Penerbitan semula debentur telah ditebus

61. Pemegang amanah bagi pemegang debentur

62. Kewajipan pemegang amanah

63. Obligasi pengarah syarikat peminjam

64. Obligasi syarikat penggerenti untuk memberi maklumat

65. Pinjaman dan deposit hendaklah dibayar balik dengan serta-merta ataskejadian tertentu

PENGGAL 5

KEPENTINGAN SELAIN SYER, DEBENTUR, DSB.

66. Tafsiran

67. Surat ikatan diluluskan

68. Kelulusan surat ikatan

69. Kepentingan hendaklah diterbitkan oleh syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing sahaja

70. Pernyataan hendaklah dikeluarkan

71. Tiada penerbitan tanpa surat ikatan diluluskan

72. Daftar pemegang kepentingan

73. Penalti kerana pelanggaran Penggal, dsb.

74. Penggulungan skim, dsb.

75. Liabiliti pemegang amanah

Seksyen

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 7

PENGGAL 6

HAK MILIK DAN PEMINDAHAN

Seksyen

76. Jenis syer

77. Menomborkan syer

78. Perakuan hendaklah menjadi keterangan mengenai hak milik

79. Syarikat luar pesisir boleh mempunyai meterai syer

80. Surat cara pemindahan, dan pemindahan oleh wakil diri

81. Kewajipan syarikat luar pesisir mengenai pengeluaran perakuan

PENGGAL 7

DAFTAR GADAIAN

82. Ketidakpakaian Penggal

83. Daftar gadaian

84. Notis mengenai pewujudan dan penyelesaian gadaian

BAHAGIAN V

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENGGAL 1

PEJABAT DAN NAMA

85. Pejabat berdaftar syarikat luar pesisir

86. Nama hendaklah dipamerkan di semua pejabat dan terdapat pada meterai,surat, dsb.

PENGGAL 2

PENGARAH DAN PEGAWAI

87. Pengarah

88. Persetujuan untuk bertindak sebagai pengarah

89. Keesahan tindakan pengarah

90. Kuasa Pendaftar untuk menghalang orang daripada menguruskan syarikatluar pesisir

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 4418

91. Penzahiran kepentingan dalam kontrak, harta, jawatan, dll.

92. Tugas dan liabiliti pegawai

93. Setiausaha

94. Daftar pengarah dan setiausaha

94A. Kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini yang dilakukanoleh pengarah dan setiausaha

PENGGAL 3

MESYUARAT DAN PROSIDING

95. Mesyuarat anggota

96. Notis mesyuarat anggota

97. Kuorum, pengerusi, pengundian dsb., di mesyuarat

98. Pengundian oleh anggota

99. Tindakan melalui persetujuan anggota

100. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan mesyuarat dipanggil

101. Ketetapan khas

102. Ketetapan yang menghendaki notis khas

103. Penyerahan salinan ketetapan dan perjanjian tertentu

104. Minit prosiding

PENGGAL 4

DAFTAR ANGGOTA

105. Daftar anggota

106. Di mana daftar hendak disimpan

107. Akibat keingkaran oleh ejen

108. Kuasa Mahkamah untuk membetulkan daftar

PENGGAL 5

PENYATA TAHUNAN

109. Penyata tahunan

Seksyen

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 9

BAHAGIAN VI

AKAUN DAN AUDIT

PENGGAL 1

AKAUN

Seksyen

110. Akaun hendaklah disimpan

111. Akaun yang diaudit hendaklah dibentangkan di mesyuarat

112. Akaun yang diaudit hendaklah dihantar kepada anggota

PENGGAL 2

AUDIT

113. Juruaudit hendaklah dilantik

113A. Juruaudit tidak dikehendaki dalam keadaan tertentu

114. Pemberhentian dan peletakan jawatan juruaudit

115. Saraan juruaudit

116. Juruaudit boleh menghadiri mesyuarat

117. Hak dan kewajipan juruaudit

BAHAGIAN VII

PERKIRAAN DAN PEMBENTUKAN SEMULA

118. Perkiraan

119. Peraturan-peraturan berkenaan dengan pengambilalihan dan penyatuan

BAHAGIAN VIII

SYARIKAT LUAR PESISIR ASING

120. Tafsiran

121. Pendaftaran syarikat luar pesisir asing

122. Larangan dan sekatan ke atas syarikat luar pesisir asing

123. Pejabat berdaftar syarikat luar pesisir asing

124. Penyata hendaklah diserahkan apabila dokumen, dsb., diubah

125. Penyampaian ke atas syarikat luar pesisir asing

126. Pemberhentian perniagaan di Labuan

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44110

127. Pelikuidasian atau pembubaran syarikat di tempat diperbadankan ataudi tempat asalnya

128. Nama syarikat luar pesisir asing

129. Penyata oleh syarikat luar pesisir asing

130. Pemakaian Bahagian ini kepada syarikat asing tertentu yang didaftarkandi bawah Akta Syarikat 1965

BAHAGIAN VIII A

SYARIKAT PENGURUSAN

130A. Tafsiran

130B. Daftar syarikat pengurusan

130C. Pelesenan

130D. Permohonan untuk mendapatkan lesen

130E. Pemberian lesen

130F. Kuasa untuk memberikan pengecualian

130G. Prosedur pelesenan

130H. Fi tahunan

130I. Pembatalan lesen

130J. Akses kepada maklumat dan rekod

130K. Kekebalan dan tindakan oleh Pendaftar

130L. Kesalahan dan penalti

130M. Peralihan

BAHAGIAN IX

PELBAGAI

131. Penerimaan dan penggulungan

132. Penyampaian dokumen ke atas syarikat

133. Pemindahan ke Labuan

134. Kos prosiding di hadapan Mahkamah

135. Jaminan untuk kos

136. Pelupusan syer pemegang syer yang tidak diketahui di mana berada

137. Kuasa untuk memberi relif

138. Luar aturan dalam prosiding

Seksyen

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 11

139. Terjemahan surat cara

140. Dividen hanya boleh dibayar daripada keuntungan

141. Penggunaan perkataan “corporation”, dsb.

142. Penalti am

143. Penalti ingkar

144. Mengkompaun kesalahan

145. Tatacara jika tiada diaturkan

146. Peraturan-peraturan

147. Pelaburan dalam syarikat domestik

148. Larangan oleh Menteri

149. Kerahsiaan

150. Kuasa mengecualikan

151. Fi, penalti dan pemotongan

151A. Syarikat yang dipotong namanya bertanggungan bagi fi, dsb.

151B. Fi kena dibayar kepada pendaftar

151C. Kesan pemotongan

152. Ketidakpakaian undang-undang bertulis yang tertentu

JADUAL

Seksyen

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44112

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 13

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 441

AKTA SYARIKAT LUAR PESISIR 1990

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pemerbadanan,pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luarpesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.

[1 Oktober 1990, P.U. (B) 591/1990]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuanDewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dandengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat Luar Pesisir 1990.

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“buku” termasuklah apa-apa daftar atau rekod maklumat lain danapa-apa akaun atau rekod perakaunan, tidak kira bagaimana sekalipunia disusun, direkodkan atau disimpan, dan juga termasuk apa-apadokumen;

“bulan” ertinya suatu tempoh selama tiga puluh hari;

“debentur” termasuklah saham debentur, bon, nota dan apa-apasekuriti lain sesuatu perbadanan sama ada menjadi gadaian bagi asetsyarikat itu ataupun tidak;

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44114

“debentur bercagar” ertinya—

(a) apa-apa debentur yang dinyatakan pada mukanya sebagaisuatu debentur bercagar; atau

(b) apa-apa debentur yang diterbitkan atas terma yang memberipemegang debentur itu hak dan kuasa untuk mengundi danmenuntut suatu pengundian berkenaan dengan perniagaandan pengusahaan syarikat (sama ada sebagai tambahan kepadahak anggota syarikat atau sebagai ganti hak itu);

“dicetak” termasuklah ditaip atau dilitu atau dikeluarkan semuladengan apa-apa cara yang berbentuk mekanik;

“diperakui” ertinya diperakui mengikut cara yang ditetapkan sebagaisuatu dokumen tertentu atau sebagai suatu salinan benarnya;

“diserahkan” ertinya diserahkan mengikut Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini;

“dokumen” termasuklah saman, perintah dan proses undang-undanglain, serta notis dan daftar;

“dolar” ertinya unit dolar mata wang Amerika Syarikat;

“gadaian” termasuklah suatu gadai-janji dan apa-apa perjanjian bagimemberi atau menyempurnakan suatu gadaian atau gadai-janji sama adaatas tuntutan atau selainnya;

“juruaudit yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan dibawah subseksyen 10(1);

“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimMahkamah Tinggi;

“memorandum”, berhubungan dengan sesuatu syarikat luar pesisir,ertinya memorandum persatuan syarikat itu yang sedang berkuat kuasa;dan, berhubungan dengan sesuatu syarikat luar pesisir asing, ertinyapiagam, statut, memorandum persatuan atau surat cara yang menjadiatau menentukan perlembagaan syarikat itu;

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 15

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkandengan tanggungjawab bagi kewangan;

“modal syer terbitan”, berhubungan dengan syer nilai tara, ertinya,pada bila-bila masa tertentu, jumlah nilai tara kesemua syer sesuatusyarikat luar pesisir yang telah diterbitkan;

“orang” termasuklah suatu perbadanan, perkongsian, suatukumpulan orang dan suatu perbadanan tunggal;

“pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan, juruaudit dan mana-mana orang lain yang profesion atau reputasinya memberi autoritikepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;

“pegawai”, berhubungan dengan sesuatu syarikat luar pesisir atausyarikat luar pesisir asing, termasuklah—

(a) mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja syarikat itu;

(b) mana-mana penerima dan pengurus mana-mana bahagianpengusahaan syarikat itu yang dilantik di bawah suatu kuasayang terkandung dalam mana-mana surat cara; dan

(c) mana-mana pelikuidasi syarikat itu yang dilantik dalam suatupenggulungan sukarela;

tetapi tidak termasuk—

(d) mana-mana penerima yang juga bukannya seorang pengurus;

(e) mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik olehMahkamah; atau

(f) mana-mana pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah atauoleh pemiutang;

“pelikuidasi yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan dibawah seksyen 12;

“pemastautin” ertinya—

(a) berhubungan dengan orang sebenar, seseorang warganegaraatau pemastautin tetap Malaysia; atau

(b) berhubungan dengan mana-mana orang lain, seseorang yangtelah menubuhkan suatu tempat perniagaan, dan beroperasi,di Malaysia,

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44116

dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai pemastautinmenurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953[Akta 17];

“penaja”, berhubungan dengan sesuatu prospektus yang dikeluarkanoleh atau berkaitan dengan sesuatu syarikat luar pesisir, ertinyaseorang penaja syarikat itu yang menjadi pihak dalam penyediaanprospektus atau mana-mana bahagiannya yang relevan, tetapi tidaklahtermasuk mana-mana orang yang semata-mata bertindak atas sifatprofesionalnya atau atas sifatnya sebagai penasihat;

“pencarum”, berhubungan dengan sesuatu syarikat luar pesisir,ertinya seseorang yang bertanggungan mencarum kepada aset syarikatsekiranya ia digulungkan, dan termasuklah pemegang syer berbayarpenuh dalam syarikat itu dan, sebelum penentuan muktamadorang yang menjadi pencarum, termasuklah mana-mana orangyang dikatakan sebagai seorang pencarum;

“Pendaftar” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar PesisirLabuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga PerkhidmatanKewangan Luar Pesisir Labuan 1996 [Akta 545];

“Pengarah” ertinya mana-mana orang, tidak kira dengan apa juanamanya disebut, yang memegang jawatan pengarah sesuatusyarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing, dan termasuklahseseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya pengarah syarikatitu lazimnya bertindak dan seorang pengarah gilir atau ganti;

“penyata tahunan” ertinya penyata yang dikehendaki supayadibuat oleh sesuatu syarikat luar pesisir di bawah seksyen 109 dantermasuklah apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyataitu;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan di bawah Aktaini;

“Perbadanan” ertinya sesuatu syarikat domestik, syarikat luarpesisir, syarikat asing atau syarikat luar pesisir asing;

“pos” termasuklah komunikasi melalui mel, kurier, tambang-muatan, teleks atau faksimile;

“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, pekeliling, iklanatau pelawaan yang mempelawa permohonan atau tawaran daripadaawam untuk memohon beli atau membeli, atau yang menawarkankepada awam untuk dipohon beli atau dibeli, mana-mana syer

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 17

dalam atau debentur bagi, atau apa-apa unit syer dalam atau unitdebentur bagi, sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisiryang dicadangkan;

“syarikat amanah” ertinya sesuatu syarikat domestik atau syarikatasing yang diperbadankan bagi maksud mengusahakan atau menawaruntuk mengusahakan, sebagai keseluruhan atau sebahagian daripadaperniagaannya, kesemua atau mana-mana kewajipan seseorangpemegang amanah, dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat AmanahLabuan 1990 [Akta 442];

“syarikat asing” ertinya—

(a) sesuatu syarikat, pertubuhan, persatuan atau badan lainyang diperbadankan di luar Malaysia; atau

(b) sesuatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidakdiperbadankan yang di bawah undang-undang tempatasalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman,atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawailain pertubuhan, persatuan atau badan itu yang dilantikdengan sempurnanya bagi maksud itu, dan yang tidakmempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaannyadi Malaysia;

“syarikat dometik” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“syarikat luar pesisir” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan,atau disifatkan diperbadankan, di bawah Akta ini;

“syarikat luar pesisir asing” ertinya suatu syarikat asing yangdidaftarkan di bawah Bahagian VIII;

“syer”, berhubungan dengan sesuatu syarikat luar pesisir, ertinyasuatu syer dalam modal syer syarikat itu, dan termasuklah saham;

“tarikh pembayaran fi tahunan” ertinya tarikh fi tahunan sesuatusyarikat luar pesisir kena dibayar menurut subseksyen 15(6);

“umpuk” termasuklah menjual, menerbit, menyerah hak danmemindah hak; dan “pengumpukan” mempunyai erti yang bersamaan.

(2) Bagi maksud Akta ini, seseorang hendaklah disifatkanmemegang suatu kepentingan benefisial dalam suatu syer—

(a) jika orang itu, sama ada berseorangan atau bersama-samadengan orang lain, berhak (selain daripada sebagai seorangpemegang amanah bagi, bagi pihak, atau untuk, seseorang

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44118

lain) menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa dividen berkenaan dengan syer itu atau menjalankan,atau mengawal penjalanan, apa-apa hak yang berkembardengan syer itu; atau

(b) jika orang itu, iaitu suatu perbadanan, memegang apa-apakepentingan benefisial dalam syer perbadanan yang lain yangmemegang, atau yang subsidiarinya memegang, apa-apakepentingan benefisial dalam syer yang mula-mula disebutitu.

(3) Bila masa dalam Akta ini sebutan atau rujukan dibuat kepadamana-mana orang yang memegang atau menduduki sesuatu jawatanatau kedudukan tertentu, sebutan atau rujukan itu hendaklah, melainkanjika didapati tujuan yang bertentangan, dikira termasuk kesemua orangyang pada bila-bila masa selepas itu sedang menduduki jawatan ataukedudukan tersebut.

(4) Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengatasi ataumentafsirkan perkara sesuatu perbadanan hendaklah, kecuali jikadiperuntukkan selainnya oleh Akta ini, terpakai berhubung denganperkara yang berkuat kuasa apabila Akta ini mula berkuat kuasa, danjuga berhubung dengan perkara yang mula berkuat kuasa selepas itu, danhendaklah juga terpakai berhubung dengan memorandum sesuatuperbadanan sebagaimana ia terpakai berhubung dengan perkaraperbadanan itu.

Takrif subsidiari dan syarikat pemegang

3. (1) Bagi maksud Akta ini, suatu perbadanan hendaklah, tertaklukkepada peruntukan subseksyen (3), disifatkan sebagai suatu subsidiariperbadanan yang lain jika—

(a) perbadanan yang satu lagi itu—

(i) mengawal keanggotaan lembaga pengarah perbadananyang mula-mula disebut itu;

(ii) mengawal lebih daripada setengah kuasa pengundianperbadanan yang mula-mula disebut itu;

(iii) memegang lebih daripada setengah modal syerterbitan perbadanan yang mula-mula disebut itu(tidak termasuk mana-mana bahagiannya yang tidak

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 19

mempunyai apa-apa hak untuk mendapat bahagianyang melebihi sesuatu amaun tertentu dalampembahagian sama ada keuntungan atau modal);atau

(b) perbadanan yang mula-mula disebut itu suatu subsidiarimana-mana perbadanan yang menjadi subsidiari perbadananyang satu lagi itu.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), keanggotaan lembaga pengarahsesuatu perbadanan hendaklah disifatkan dikawal oleh perbadananyang lain jika perbadanan yang satu lagi itu, melalui penjalanankuasa yang boleh dijalankannya tanpa keizinan atau persetujuanmana-mana orang lain, boleh melantik atau memberhentikan kesemuaatau majoriti pengarah itu, dan bagi maksud peruntukan iniperbadanan yang satu lagi itu hendaklah disifatkan mempunyaikuasa untuk membuat pelantikan sedemikian jika—

(a) seseorang tidak boleh dilantik sebagai seorang pengarahtanpa penjalanan kuasa sedemikian bagi faedahnya olehperbadanan yang satu lagi itu; atau

(b) pelantikan seseorang sebagai seorang pengarah semestinyaberikutan daripada kedudukannya sebagai pengarah ataupegawai perbadanan yang satu lagi itu.

(3) Pada menentukan sama ada sesuatu perbadanan adalah suatusubsidiari perbadanan yang lain—

(a) apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang bolehdijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu atas sifatpemegang amanah atau fidusiari hendaklah dikira sebagaitidak dipegang atau tidak boleh dijalankan olehnya;

(b) tertakluk kepada perenggan (c) dan (d), apa-apa syeryang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan—

(i) oleh mana-mana orang sebagai penama bagiperbadanan yang satu lagi itu (kecuali jika perbadananyang satu lagi itu hanya bersangkut-paut atas sifatpemegang amanah atau fidusiari); atau

(ii) oleh, atau oleh penama bagi, sesuatu subsidiariperbadanan yang satu lagi itu, yang bukannya suatusubsidiari yang hanya bersangkut-paut atas sifatpemegang amanah atau fidusiari,

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44120

hendaklah dikira sebagai dipegang atau boleh dijalankanoleh perbadanan yang satu lagi itu;

(c) apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang bolehdijalankan oleh mana-mana orang menurut kuasaperuntukan mana-mana debentur perbadanan yang mula-mula disebut itu atau menurut suatu surat ikatan amanahbagi mendapatkan apa-apa terbitan debentur itu tidaklahboleh diambil kira; dan

(d) apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang bolehdijalankan oleh, atau oleh penama bagi, perbadanan yangsatu lagi itu atau subsidiarinya (yang tidak dipegang atautidak boleh dijalankan sebagaimana yang disebut dalamperenggan (c)) hendaklah dikira sebagai tidak dipegangatau tidak boleh dijalankan oleh perbadanan yang satulagi itu jika perniagaan biasa perbadanan yang satu lagiitu atau subsidiarinya, mengikut mana-mana yang berkenaantermasuk pemberian pinjaman wang dan syer itu dipegangatau kuasa itu boleh dijalankan sebagaimana yang disebutterdahulu hanya sebagai cagaran bagi maksud sesuatutransaksi yang dibuat dalam penjalanan biasa perniagaanitu.

(4) Sesuatu sebutan dalam Akta ini mengenai syarikat pemegangsesuatu perbadanan hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenaisuatu perbadanan yang perbadanan yang terakhir disebut itu menjadisubsidiarinya.

Syarikat berkaitan

4. Jika sesuatu perbadanan—

(a) adalah syarikat pemegang suatu perbadanan yang lain;

(b) adalah subsidiari suatu perbadanan yang lain; atau

(c) adalah subsidiari bagi syarikat pemegang suatu perbadananyang lain.

perbadanan yang mula-mula disebut itu dan perbadanan yangsatu lagi itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan berkaitandi antara satu sama lain.

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 21

Ketidakpakaian Akta Syarikat 1965

5. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnyadalam Akta ini, peruntukan Akta Syarikat 1965 tidaklah terpakaibagi sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asingyang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta ini.

Pemastautin yang melakukan apa-apa perbuatan di bawahAkta ini dianggap sebagai bukan pemastautin

6. Seorang pemastautin Malaysia yang melakukan apa-apa perbuatanyang dibenarkan oleh Akta ini dilakukan oleh pemastautin ituhendaklah dianggap sebagai seorang bukan pemastautin untuk tujuanseksyen 8 Akta Syarikat Amanah Labuan 1990.

Maksud yang dibenarkan bagi pemerbadanan

7. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), sesuatu syarikat luarpesisir boleh diperbadankan bagi apa-apa maksud yang sah, danboleh menjalankan dalam, dari atau melalui Labuan apa-apaperniagaan yang boleh dijalankan dengan sahnya di Malaysia,tetapi ia tidak boleh menjalankan perniagaan bank atau insuransatau apa-apa perniagaan yang serupa melainkan jika ia dilesenkanuntuk berbuat demikian di bawah undang-undang yang sedangberkuat kuasa di Malaysia.

(2) Sesuatu syarikat luar pesisir hendaklah hanya menjalankanperniagaan dalam, dari atau melalui Labuan.

(3) Tiada syarikat luar pesisir boleh—

(a) menjalankan perniagaan dengan seseorang pemastautinMalaysia kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh AktaBank Luar Pesisir 1990 atau oleh Pendaftar;

(b) menjalankan perniagaan bank kecuali sebagaimana yangdibenarkan oleh Akta Bank Luar Pesisir 1990;

(c) menjalankan perniagaan dalam mata wang Malaysia kecualibagi menanggung perbelanjaan pentadbiran dan statutorinyadan jika seksyen 147 terpakai;

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44122

(d) menjalankan perniagaan sebagai syarikat insurans atausyarikat insurans semula kecuali sebagaimana yangdibenarkan oleh Akta Insurans Luar Pesisir 1990[Akta 444];

(e) menjalankan pengendalian perkapalan di Malaysia; atau

(f) menjalankan apa-apa perniagaan sesuatu syarikat amanah.

(4) Bagi maksud perenggan (3)(a), sesuatu syarikat luar pesisirtidaklah boleh dikira sebagai menjalankan perniagaan dengan orangyang bermastautin di Malaysia semata-mata oleh sebab—

(a) ia membuat atau menyenggarakan deposit dengan seseorangyang menjalankan perniagaan dalam Malaysia;

(b) ia membuat atau mengadakan perhubungan professionaldengan mana-mana peguam dan wakil, akauntan,penyimpan kira-kira, syarikat amanah, syarikat domestikyang dimiliki sepenuhnya oleh sesuatu syarikat amanahdan yang disediakan oleh syarikat amanah itu untukbertindak atau dilantik sebagai pengarah pemastautin atausetiausaha pemastautin sesuatu syarikat luar pesisir, syarikatpengurusan, penasihat pelaburan atau orang lain yangserupa yang menjalankan perniagaan dalam Malaysia;

(c) ia menyedia atau menyenggarakan buku dan rekod dalamMalaysia;

(d) ia mengadakan, dalam Malaysia, mesyuarat pengarah atauanggotanya;

(e) ia memperolehi atau memegang apa-apa pajakan apa-apaharta bagi maksud pengendaliannya atau sebagai tempattinggal bagi pegawai atau pekerjanya;

(f) ia memegang syer, obligasi hutang atau sekuriti lain dalamsesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta iniatau dalam sesuatu syarikat domestik menurut seksyen147, atau ia memegang syer, obligasi hutang atau sekuritilain bagi maksud sesuatu transaksi yang dibuat dalampenjalanan biasa perniagaan yang berkaitan denganpemberian pinjaman wang; atau

(g) seorang pemastautin Malaysia memegang syer dalamsyarikat luar pesisir itu.

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 23

BAHAGIAN II

PENTADBIRAN AKTA

Pendaftar Syarikat

8. (1) Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dankepada sekatan dan batasan yang ditetapkan, apa-apa jua yangditetapkan atau dibenarkan atau dikehendaki oleh Akta ini supayadilakukan atau ditandangani oleh Pendaftar bolehlah dilakukanatau ditandatangani oleh mana-mana Pendaftar Rantau, TimbalanPendaftar atau Penolong Pendaftar dan hendaklah sama sah danberkesannya seolah-olah dilakukan atau ditandatangani olehPendaftar.

(2) Tiada seorang pun yang berurusan dengan mana-manaPendaftar Rantau, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftarboleh bersangkut-paut untuk melihat atau bertanya sama ada apa-apa sekatan atau batasan telah ditetapkan, dan tiap-tiap perbuatanatau peninggalan seseorang Pendaftar Rantau, Timbalan Pendaftaratau Penolong Pendaftar, setakat yang perbuatan atau peninggalanitu menyentuh mana-mana orang itu, hendaklah sama sah danberkesannya seolah-olah dilakukan atau ditinggalkan oleh Pendaftar.

(3) Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak secarakehakiman hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman akan meteraidan tandatangan Pendaftar dan mana-mana Pendaftar Rantau,Timbalan Pendaftar atau Penolong Pandaftar.

(4) Bagi maksud menentukan sama ada sesuatu syarikat luarpesisir atau syarikat luar pesisir asing mematuhi peruntukan Aktaini, Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnyaboleh memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar atau rekod yangdikehendaki disimpan oleh syarikat itu oleh atau di bawah Aktaini.

(5) Sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asingatau mana-mana pegawainya hendaklah, apabila dikehendaki olehPendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya,mengemukakan mana-mana buku, daftar atau rekod tersebut.

(6) Sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asingatau mana-mana pegawainya tidak boleh menggalang ataumenghalang Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasaolehnya semasa menjalankan mana-mana kuasa yang tersebut dalamsubseksyen (4).

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44124

(7) Mana-mana orang yang, kecuali bagi maksud Akta ini ataudalam penjalanan apa-apa prosiding jenayah, membuat sesuaturekod mengenai, atau membuka atau menyampaikan kepada mana-manaorang lain, apa-apa maklumat yang diperolehinya oleh sebabpemeriksaan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahanterhadap Akta ini.

(8) Apa-apa fi yang ditetapkan hendaklah dibayar kepadaPendaftar.

Penyerahan dokumen

9. (1) Tiap-tiap dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untukdiserahkan kepada atau difailkan dengan Pendaftar di bawahperuntukan Akta ini hendaklah diserahkan atau difailkan melaluisuatu syarikat amanah.

(2) Tiap-tiap permohonan kepada Pendaftar bagi apa-apa perakuanyang akan dikeluarkan di bawah Akta ini atau bagi apa-apa cabutanatau salinan apa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta iniatau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada atau difailkan denganPendaftar hendaklah dibuat melalui suatu syarikat amanah:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai—

(a) jika suatu permohonan dibuat berkenaan dengan sesuatusyarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing olehseorang anggota syarikat itu dan dokumen, perakuan,cabutan atau salinan itu bagi kegunaannya sendiri;atau

(b) jika suatu permohonan dibuat oleh sesuatu syarikat luarpesisir atau syarikat luar pesisir asing untuk mendapatsuatu lesen bagi maksud menjalankan atau menawarkanuntuk menjalankan perniagaan suatu syarikat pengurusandi bawah Bahagian VIIIA.

Penyerahan atau pemfailan dokumen secara elektronik

9A. (1) Pendaftar boleh menyediakan suatu perkhidmatan bagipenyerahan atau pemfailan secara elektronik dokumen yangdikehendaki supaya diserahkan atau difailkan dengan Pendaftaroleh Akta ini.

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 25

(2) Sesuatu syarikat amanah hendaklah menjadi pelanggan bagiperkhidmatan yang disediakan di bawah subseksyen (1) dan hendaklahmembayar fi yang ditetapkan dan mematuhi apa-apa terma dansyarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(3) Sesuatu dokumen yang diserahkan atau difailkan di bawahseksyen ini hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendakpenyerahan atau pemfailan jika dokumen itu disampaikan ataudihantar kepada Pendaftar mengikut apa-apa cara yang ditentukanatau diluluskan oleh Pendaftar.

(4) Pendaftar boleh, melalui notis bertulis, menentukan dokumenyang boleh diserahkan atau difailkan secara elektronik.

(5) Sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya diperakui ataudisahkan hendaklah, jika dokumen itu dikehendaki supaya diserahkanatau difailkan secara elektronik, diperakui atau disahkan mengikutapa-apa cara sebagaimana yang ditentukan atau diluluskan olehPendaftar.

(6) Jika sesuatu dokumen diserahkan atau difailkan secaraelektronik dengan Pendaftar, Pendaftar atau ejennya yang diberikuasa tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakanyang ditanggung oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa juajenis kesilapan atau peninggalan atau yang bagaimana jua punberbangkit yang terdapat dalam apa-apa dokumen yang diperoleholeh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang disebut dalamsubseksyen (1) jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengansuci hati dan dalam perjalanan biasa penunaian tugas Pendaftaratau tugas ejennya yang diberi kuasa atau yang berlaku atau berbangkitakibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan perkhidmatanatau pada kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatanitu.

Nilai keterangan dokumen yang diserahkan atau difailkan secaraelektronik

9B. Suatu salinan atau cabutan dari apa-apa dokumen yangdiserahkan atau difailkan secara elektronik dengan Pendaftar dibawah seksyen 9A yang diperakui dengan sewajarnya oleh Pendaftarsebagai salinan yang benar atau cabutan yang benar dari dokumenitu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosidingsebagai mempunyai kesahan yang sama dengan dokumen yangasal.

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44126

Salinan asal hendaklah disimpan di pejabat syarikat amanah

9C. (1) Salinan asal dokumen yang ditentukan atau diluluskanoleh Pendaftar sebagai yang dikehendaki supaya diserahkan ataudifailkan secara elektronik dengan Pendaftar oleh syarikat amanahhendaklah, pada setiap masa, disimpan di pejabat syarikat amanahitu.

(2) Sesuatu syarikat amanah yang tidak mematuhi subseksyen(1) melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

Juruaudit yang diluluskan

10. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patutdikenakan, Pendaftar boleh meluluskan mana-mana orang menjadijuruaudit yang diluluskan bagi maksud Akta ini.

(2) Tiada seorang pun boleh melaksanakan tugas juruaudit sesuatusyarikat luar pesisir melainkan jika dia seorang juruaudit yangdiluluskan.

(3) Pendaftar boleh membatalkan mana-mana kelulusan yangdiberikan di bawah subseksyen (1).

(4) Pendaftar hendaklah menyimpan suatu daftar bagi juruaudityang diluluskan.

(5) Seseorang juruaudit yang diluluskan hendaklah membayarkepada Pendaftar apa-apa fi tahunan sebagaimana yang ditetapkan.

Juruaudit syarikat

11. (1) Seseorang tidak boleh dengan disedarinya bersetuju untukdilantik, dan tidak boleh dengan disedarinya bertindak, sebagaijuruaudit bagi mana-mana syarikat luar pesisir di bawah Akta inidan tidak boleh menyediakan untuk atau bagi pihak syarikat ituapa-apa laporan yang dikehendaki oleh Akta ini supaya disediakanoleh seseorang juruaudit yang diluluskan—

(a) jika dia bukannya seorang juruaudit yang diluluskan;

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 27

(b) jika dia terhutang dengan syarikat itu atau dengan sesuatusyarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat itumenurut seksyen 4 sebanyak amaun yang melebihi limaribu dolar atau suatu amaun yang setara dalam apa-apamata wang yang lain;

(c) jika dia adalah—

(i) seorang pegawai syarikat itu;

(ii) seorang pekongsi, majikan atau pekerja seseorangpegawai syarikat itu;

(iii) seorang pekongsi, atau pekerja bagi seorang pekerjaseseorang pegawai syarikat itu;

(iv) seorang suami atau isteri seseorang pegawai syarikatitu;

(v) seorang suami atau isteri kepada seorang pekerjaseseorang pegawai syarikat itu; atau

(vi) seorang pemegang syer, atau seorang suami atauisteri seseorang pemegang syer, sesuatu perbadananyang pekerjanya seorang pegawai syarikat itu;atau

(d) jika dia bertanggungjawab bagi, atau jika dia adalahpekongsi, majikan atau pekerja seseorang yangbertanggungjawab bagi, menyimpan daftar anggota ataudaftar pemegang debentur syarikat itu.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkansebagai seorang pegawai sesuatu syarikat luar pesisir jika dia adalahseorang pegawai sesuatu syarikat yang disifatkan berkaitan dengansyarikat luar pesisir itu menurut seksyen 4 atau dia telah, padabila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan yang terdahulu, menjadiseorang pegawai atau penaja syarikat luar pesisir itu atau syarikatyang satu lagi itu.

(3) Bagi maksud seksyen ini, seseorang tidaklah boleh disifatkanmenjadi seorang pegawai semata-mata oleh sebab dia dilantik sebagaijuruaudit sesuatu syarikat.

(4) Tiada seorang pun boleh melantik seseorang sebagai juruauditsuatu syarikat luar pesisir melainkan jika orang yang hendak dilantiksebagai juruaudit telah, sebelum pelantikan itu, bersetuju secarabertulis untuk bertindak sebagai juruaudit itu.

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44128

(5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan menghendakijuruaudit yang diluluskan mengambil insurans terhadap liabilitimereka sebagai juruaudit syarikat luar pesisir.

Pelikuidasi yang diluluskan

12. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patutdikenakan, Pendaftar boleh meluluskan mana-mana orang menjadipelikuidasi yang diluluskan.

(2) Pendaftar boleh membatalkan mana-mana kelulusan yangdiberikan di bawah subseksyen (1).

(3) Pendaftar hendaklah menyimpan suatu daftar bagi pelikuidasiyang diluluskan.

(4) Tiada seorang pun boleh dilantik atau bertindak sebagaipelikuidasi sesuatu syarikat luar pesisir—

(a) jika dia bukannya seorang pelikuidasi yang diluluskan;

(b) jika dia terhutang dengan syarikat yang dilikuidasikanitu atau dengan sesuatu syarikat yang disifatkan berkaitandengan syarikat yang dilikuidasikan itu menurutseksyen 4 sebanyak amaun yang melebihi lima ribu dolaratau suatu amaun yang setara dalam apa-apa mata wanglain; atau

(c) jika dia tidak memberi persetujuannya secara bertulisbagi pelantikan itu.

(5) Jika seorang pelikuidasi yang diluluskan dilantik sebagaipelikuidasi sesuatu syarikat luar pesisir, sama ada oleh Mahkamahatau dalam suatu penggulungan sukarela, dia hendaklah denganserta-merta memberitahu Pendaftar secara bertulis mengenai apa-apa kepentingan yang dipunyainya dalam syarikat luar pesisir itusebagai pegawai, majikan atau pekerja syarikat luar pesisir itu atausebagai pekongsi, majikan atau pekerja seseorang pegawai syarikatluar pesisir itu, dan apa-apa kepentingan yang dipunyai oleh syarikatyang berkaitan dengannya dalam syarikat luar pesisir itu.

Daftar

13. (1) Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, menyimpanapa-apa daftar yang difikirkannya perlu mengikut apa-apa bentukyang difikirkannya patut.

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 29

(2) Mana-mana pegawai, anggota, pemegang debentur, pengarahatau pelikuidasi sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luarpesisir asing atau mana-mana orang lain yang mempunyai kebenaranbertulis pegawai, anggota, pemegang debentur, pengarah ataupelikuidasi tersebut atau yang dapat menunjukkan kepada Pendaftarbahawa dia mempunyai sebab yang baik untuk berbuat demikian,boleh, tertakluk kepada Akta ini dan apabila dibayar fi yangditetapkan—

(a) memeriksa apa-apa dokumen yang difailkan dengan ataudiserahkan kepada Pendaftar berkenaan dengan syarikatitu; atau

(b) menghendaki apa-apa perakuan yang akan dikeluarkan dibawah Akta ini atau suatu salinan atau cabutan daripadaapa-apa dokumen berkenaan dengan syarikat itu supayadiberikan atau diberikan dan diperakui oleh Pendaftar.

(3) Suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yangdifailkan atau diserahkan di pejabat Pendaftar, yang diperakuisebagai suatu salinan atau cabutan benar di bawah tandatangan danmeterai Pendaftar, boleh, dalam mana-mana prosiding, diterimasebagai keterangan yang sama sahnya dengan dokumen asal itu.

(4) Dalam mana-mana prosiding undang-undang—

(a) suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftarbahawa, pada tarikh atau semasa tempoh yang dinyatakandalam perakuan itu, tiada syarikat didaftarkan di bawahAkta ini dengan suatu nama yang dinyatakan dalamperakuan itu boleh diterima sebagai keterangan primafacie bahawa pada tarikh atau semasa tempoh itu, mengikutmana-mana yang berkenaan, tiada syarikat telah didaftarkandengan nama itu di bawah Akta ini; dan

(b) suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftarbahawa kehendak Akta ini yang dinyatakan dalam perakuanitu—

(i) telah atau telah tidak dipatuhi pada tarikh atau dalamtempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu, atau

(ii) telah dipatuhi pada tarikh yang dinyatakan dalamperakuan itu tetapi tidak sebelum tarikh itu,

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44130

boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai perkarayang dinyatakan dalam perakuan itu.

(5) Jika Pendaftar berpendapat bahawa sesuatu dokumen yangdikemukakan untuk diserahkan kepada Pendaftar—

(a) mengandungi perkara yang bertentangan denganundang-undang;

(b) mengandungi perkara yang, dalam butir-butir material,adalah palsu atau mengelirukan mengikut bentuk ataukonteks yang ia dimasukkan;

(c) oleh sebab suatu peninggalan atau salah perihalan, telahtidak disempurnakan dengan sewajarnya;

(d) tidak mematuhi kehendak Akta ini; atau

(e) mengandungi suatu kesilapan, pengubahan ataupemadaman,

Pendaftar boleh enggan mendaftarkan atau menerima dokumen itudan boleh meminta—

(f) supaya dokumen itu dipinda atau disempurnakan dengansesuai dan dikemukakan semula;

(g) supaya suatu dokumen baru dikemukakan sebagai gantinya;atau

(h) jika dokumen itu telah tidak disempurnakan dengansewajarnya, supaya suatu dokumen tambahan mengikutbentuk yang ditetapkan diserahkan.

(6) Pendaftar boleh menghendaki seseorang yang mengemukakansesuatu dokumen untuk diserahkan kepada Pendaftar supayamengemukakan kepada Pendaftar apa-apa dokumen lain, ataumemberi kepada Pendaftar apa-apa maklumat, yang difikirkan perluoleh Pendaftar bagi membuat suatu pendapat sama ada dia bolehenggan menerima atau mendaftarkan dokumen itu.

(7) Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Pendaftaruntuk mendaftarkan mana-mana syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing atau untuk mendaftarkan atau menerima apa-apadokumen, atau dengan apa-apa tindakan atau keputusan Pendaftar,boleh merayu dalam masa tiga puluh hari dari keputusan Pendaftar

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 31

itu kepada Menteri, yang boleh mengesahkan keengganan, tindakanatau keputusan itu atau memberi apa-apa arahan mengenai perkaraitu sebagaimana yang difikirkannya sesuai atau selainnya memutuskanperkara itu tetapi subseksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apatindakan atau keputusan Pendaftar—

(a) yang berkenaan dengannya apa-apa peruntukan yang beruparayuan atau kajian semula diperuntukkan dengan nyatadalam Akta ini; atau

(b) yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai konklusif ataumuktamad atau yang termaktub dalam mana-mana dokumenyang ditetapkan oleh Akta ini sebagai keterangan konklusifbagi apa-apa tindakan, perkara atau benda.

(8) Jika sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing atau seseorang, setelah melakukan keingkaran pada mematuhi—

(a) mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan mana-manaundang-undang yang menghendaki supaya diserahkankepada atau difailkan dengan Pendaftar, mengikut apa-apacara, apa-apa penyata, akaun atau dokumen lain atausupaya diberikan kepadanya notis mengenai apa-apaperkara; atau

(b) apa-apa permintaan oleh Pendaftar supaya dipinda ataudisempurnakan dan dikemukakan semula apa-apa dokumenatau dikemukakan suatu dokumen baru,

tidak membaiki keingkaran itu dalam masa tiga puluh hari selepasdisampaikan kepada syarikat atau orang itu suatu notis yangmenghendakinya dilakukan, Pendaftar boleh memerintahkan syarikatitu dan mana-mana pegawainya atau orang itu supaya membaikikeingkaran itu dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(9) Pendaftar boleh, jika pada pendapatnya tidak lagi perluatau dikehendaki untuk menyimpannya, memusnahkan ataumemberikan kepada Arkib Negara—

(a) dalam hal sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luarpesisir asing—

(i) apa-apa penyata mengenai pengumpukan syer bagiwang tunai yang telah diserahkan atau difailkanselama tidak kurang daripada enam tahun;

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44132

(ii) apa-apa penyata atau kunci kira-kira tahunan yangtelah diserahkan atau difailkan selama tidak kurangdaripada tujuh tahun atau apa-apa dokumen yangmewujudkan atau membuktikan sesuatu gadaian ataupenyelesaian penuh atau sebahagian sesuatu gadaianjika memorandum penyelesaian gadaian itu telahdidaftarkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun;atau

(iii) apa-apa dokumen lain (selain daripada memorandumdan perkara atau apa-apa dokumen lain yangmenyentuhnya) yang telah diserahkan, difailkan ataudidaftarkan selama tidak kurang daripada lima belastahun;

(b) dalam hal sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luarpesisir asing yang telah dibubarkan atau tidak lagididaftarkan selama tidak kurang daripada lima belas tahun,apa-apa dokumen yang diserahkan, difailkan ataudidaftarkan; atau

(c) apa-apa dokumen yang trasparensinya telah dimasukkanke dalam daftar yang disimpan oleh Pendaftar.

BAHAGIAN III

PENUBUHAN SYARIKAT

PENGGAL 1

PEMERBADANAN

Pembentukan syarikat

14. (1) Tertakluk kepada Akta ini, sesuatu syarikat amanah ataumana-mana orang lain boleh, dengan menurunkan tandatangannyapada suatu memorandum dan mematuhi kehendak mengenaipendaftaran, membentuk suatu syarikat luar pesisir bagi apa-apamaksud yang sah.

(2) Jika penandatangan sesuatu memorandum adalah suatuperbadanan atau syarikat amanah, memorandum itu bolehditandatangani oleh perbadanan atau syarikat amanah itu, mengikutmana-mana yang berkenaan, di bawah meterainya atau oleh seseorangyang telah diberi kuasa dengan sempurnanya bagi pihaknya.

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 33

(3) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah suatu syarikat yangterhad mengikut syer.

Pendaftaran dan pemerbadanan

15. (1) Seseorang yang berhasrat hendak memperbadankan sesuatusyarikat luar pesisir hendaklah menyerahkan kepada Pendaftarmemorandum dan perkara syarikat yang dicadangkan itu dan dokumenlain yang dikehendaki supaya diserahkan oleh atau di bawah Aktaini, dan Pendaftar, apabila dibayar fi yang ditetapkan hendaklah,tertakluk kepada Akta ini, mendaftarkan syarikat itu denganmendaftarkan memorandum dan perkara.

(2) Pendaftar boleh menghendaki suatu akuan berkanun yangdibuat oleh seseorang pegawai supaya diserahkan dengan menyatakanbahawa kesemua atau mana-mana kehendak Akta ini telah dipatuhi,dan Pendaftar boleh menerima akuan sedemikian sebagai keteranganyang mencukupi bagi pematuhan.

(3) Apabila memorandum itu didaftarkan, Pendaftar hendaklahmemperakui di bawah tandatangan dan meterainya bahawa syarikatitu diperbadankan pada dan mulai dari tarikh yang dinyatakandalam perakuan itu, dan bahawa syarikat itu suatu syarikat yangterhad mengikut syer.

(4) Pada dan mulai dari tarikh pemerbadanan yang dinyatakandalam perakuan pemerbadanan itu, tetapi tertakluk kepada Aktaini, penandatangan memorandum bersama-sama dengan mana-manaorang lain yang akan, dari semasa ke semasa, menjadi anggotasyarikat itu hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengannama yang terkandung dalam memorandum itu, yang boleh denganserta-merta menjalankan segala fungsi sesuatu syarikat yangdiperbadankan, dan yang boleh membawa guaman dan dibawaguaman, dan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meteraibiasa, dengan kuasa untuk memegang milik tanah tetapi denganapa-apa liabiliti di pihak anggota itu untuk menyumbang kepadaaset syarikat sekiranya ia digulung sebagaimana yang diperuntukkanoleh Akta ini.

(5) Suatu perakuan pemerbadanan sesuatu syarikat yangdikeluarkan oleh Pendaftar hendaklah menjadi keterangan primafacie mengenai pematuhan kesemua kehendak Akta ini berkenaandengan pemerbadanan.

Page 34: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44134

(6) Sesuatu syarikat luar pesisir yang diperbadankan hendaklahmembayar apa-apa fi tahunan sebagaimana yang ditetapkan, tidaklewat daripada tiga puluh hari dari setiap ulang tahun tarikhpemerbadanannya.

(7) Tiap-tiap penandatangan memorandum hendaklah disifatkantelah bersetuju menjadi anggota sesuatu syarikat luar pesisir dan,apabila syarikat itu diperbadankan, hendaklah dicatatkan sebagaiseorang anggota di dalam daftar anggotanya berkenaan dengansyer yang dipohon beli untuk atau olehnya dalam memorandumitu, dan semua orang lain yang bersetuju menjadi anggota sesuatusyarikat dan yang namanya dicatatkan di dalam daftar anggotahendaklah menjadi anggota syarikat itu.

Permohonan bagi pendaftaran syarikat asing sebagai teruswujud di Labuan

16. (1) Tertakluk kepada seksyen 7, sesuatu syarikat asing yangdiperbadankan di bawah undang-undang mana-mana negara selaindaripada Malaysia, atau mana-mana bidang kuasa dalam negaratersebut, boleh, jika dibenarkan demikian oleh undang-undang negaraatau bidang kuasa itu, memohon kepada Pendaftar untuk didaftarkansebagai terus wujud di Labuan seolah-olah ia telah diperbadankandi bawah Akta ini.

(2) Apabila permohonan dibuat di bawah subseksyen (1),disokong oleh apa-apa material yang didapatinya cukup danmemuaskan, Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa persetujuanapa-apa bilangan atau perkadaran pemegang syer, pemegang debenturdan pemiutang syarikat asing itu sebagaimana yang dikehendakioleh undang-undang negara atau bidang kuasa itu, dan persetujuanpegawai yang hak bagi negara atau bidang kuasa itu, terhadappendaftaran demikian telah didapatkan oleh syarikat itu, mendaftarkansyarikat itu sebagai terus wujud sedemikian dan, jika didaftarkandemikian, syarikat itu hendaklah selepas itu disifatkan sebagaisuatu syarikat luar pesisir yang diperbadankan di bawah Akta inidan berdomisil di Labuan:

Dengan syarat bahawa tiada syarikat asing boleh didaftarkan dibawah seksyen ini jika—

(a) ia dalam proses penggulungan atau likuidasi;

(b) penerima bagi hartanya telah dilantik; atau

Page 35: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 35

(c) terdapat apa-apa skim atau perintah yang berkuat kuasaberhubungan dengan syarikat itu yang menurutnya hakpemiutang digantung atau dihadkan.

(3) Pendaftaran sesuatu syarikat asing di bawah seksyen initidaklah boleh berkuat kuasa—

(a) mewujudkan sesuatu entiti undang-undang yang baru;

(b) menjejaskan atau menyentuh keberterusan syarikat itu;

(c) menyentuh harta syarikat itu;

(d) mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang atau lain-lainprosiding yang dimulakan, atau akan dimulakan, olehatau terhadap syarikat itu atau mana-mana orang lain;atau

(e) menyentuh apa-apa hak, kuasa, autoriti, kewajipan, fungsi,liabiliti atau obligasi syarikat itu atau mana-mana oranglain.

(4) Apabila sesuatu syarikat asing didaftarkan di bawahseksyen ini—

(a) sekian banyak daripada perlembagaannya yang, jika iatelah diperbadankan di bawah Akta ini, dikehendaki olehAkta ini supaya dimasukkan ke dalam memorandumpersatuannya, hendaklah disifatkan sebagai memorandumpersatuan syarikat itu; dan

(b) sekian banyak daripada perlembagaannya yang tidak,mengikut perenggan (a), menjadi memorandumpersatuannya, hendaklah disifatkan sebagai perkarapersatuan syarikat itu,

dan memorandum dan perkara yang disifatkan itu hendaklah mengikatsyarikat itu dan anggotanya dengan sewajarnya.

Kelulusan terdahulu pada prinsipnya

17. (1) Sesuatu syarikat asing boleh, sebelum memohon untukdidaftarkan di bawah seksyen 16, meminta supaya pendaftaran itudiluluskan pada prinsipnya dan apabila permintaan itu dibuat dandibayar fi yang ditetapkan, Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati

Page 36: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44136

bahawa syarikat itu layak untuk didaftarkan di bawah seksyen 16,mengeluarkan suatu perakuan mengesahkan kelulusannya bagisyarikat itu didaftarkan demikian tertakluk kepada suatu permohonandi bawah seksyen 16 dibuat dalam tempoh dua belas bulan daritarikh perakuan itu.

(2) Perakuan kelulusan yang diberi oleh Pendaftar di bawahsubseksyen (1) tidaklah melepaskan syarikat asing yang dikeluarkanperakuan itu daripada mematuhi seksyen 16 dalam permohonanpendaftaran yang berikutnya.

Kehendak mengenai memorandum

18. (1) Memorandum tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklahbercetak dan dibahagikan menjadi perenggan bernombor dan bertarikhdan hendaklah menyatakan yang berikut:

(a) nama syarikat itu;

(b) tujuan syarikat itu;

(c) amaun modal syer yang dengannya syarikat itu dicadanghendak didaftarkan dan pembahagiannya kepada syer amauntetap;

(d) nama penuh dan alamat tiap-tiap penandatangannya; dan

(e) bahawa penandatangan atau penandatangan-penandatanganmemorandum itu berhasrat supaya dibentuk menjadi suatusyarikat luar pesisir menurut memorandum dan masing-masing bersetuju mengambil bilangan syer dalam modalsyarikat itu yang dinyatakan bersetentangan dengan namamereka masing-masing.

(2) Anggota syarikat luar pesisir hendaklah bertanggungan kepadasyarikat itu sebanyak amaun yang tidak berbayar bagi syer merekatetapi liabiliti mereka sebagai anggota adalah, tertakluk kepadaperuntukan Akta ini, terhad kepada amaun, jika ada, yang tidakberbayar bagi syer yang dipegang oleh mereka.

PENGGAL 2

STATUS DAN NAMA

Kuasa syarikat

19. Kuasa sesuatu syarikat luar pesisir hendaklah termasuk,melainkan jika dikecualikan atau diubahsuaikan dengan nyata olehperkaranya, kuasa yang dinyatakan dalam Jadual, yang boleh

Page 37: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 37

dijalankan di Labuan dan di tempat lain, dan apa-apa kuasa lainyang dinyatakan dalam perkaranya atau diberikan kepadanya secaraam atau khusus oleh peraturan-peraturan.

Transaksi ultra-vires

20. (1) Tiada perbuatan atau perbuatan yang dikatakan sesuatusyarikat luar pesisir (termasuk pembuatan suatu perjanjian olehsyarikat itu dan termasuk apa-apa perbuatan yang dilakukan bagipihak syarikat itu oleh seorang pegawai atau ejen syarikat itu dibawah mana-mana kuasa yang dikatakan, sama ada nyata atautersirat, bagi syarikat itu) dan tiada pemindahhakan ataupemindahmilikan harta, sama ada harta tanah atau harta alih, kepadaatau oleh suatu syarikat luar pesisir boleh menjadi tidak sah semata-mataoleh sebab fakta bahawa syarikat itu tidak berkeupayaan atau tidakberkuasa untuk melakukan perbuatan itu atau untuk menyempurnakanatau mengambil pemindahhakan atau pemindahmilikan itu.

(2) Apa-apa ketiadaan keupayaan atau kuasa boleh ditegaskanatau disandarkan hanya dalam—

(a) prosiding terhadap syarikat luar pesisir itu oleh mana-manaanggota syarikat itu atau, jika syarikat itu telah menerbitkandebentur bercagarkan gadaian terapung atas kesemua ataumana-mana harta syarikat itu, oleh pemegang mana-manadebentur itu, atau oleh suatu syarikat amanah yang bertindaksebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur itu,untuk menahan perlakuan apa-apa perbuatan ataupemindahhakan atau pemindahmilikan apa-apa harta kepadaatau oleh syarikat itu;

(b) apa-apa prosiding oleh syarikat itu atau oleh mana-manaanggota syarikat itu terhadap pegawai sekarang atau dahulusyarikat itu, atau

(c) apa-apa petisyen oleh Menteri untuk menggulung syarikatitu.

(3) Jika perbuatan, pemindahhakan atau pemindahmilikan tidakdibenarkan yang hendak ditahan dalam mana-mana prosiding dibawah perenggan (2)(a) sedang dilaksanakan atau dibuat atau hendakdilaksanakan atau dibuat menurut apa-apa kontrak yang syarikatluar pesisir itu menjadi pihak, Mahkamah boleh, jika kesemuapihak dalam kontrak itu adalah pihak dalam prosiding itu dan jika

Page 38: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44138

disifatkan adil dan saksama oleh Mahkamah, mengetepikan danmenahan pelaksanaan kontrak itu dan boleh memberikan kepadasyarikat itu atau kepada pihak lain dalam kontrak itu, mengikutkehendak keadaan, pampasan bagi kerugian atau kerosakan yangditanggung oleh mana-mana daripada mereka yang berbangkitdaripada pengetepian dan penahanan pelaksanaan kontrak itu, tetapikeuntungan dijangkakan yang akan terbit daripada pelaksanaankontrak itu tidak boleh diawardkan oleh Mahkamah sebagai suatukerugian atau kerosakan yang ditanggung.

Nama syarikat luar pesisir

21. (1) Kecuali dengan persetujuan Menteri, sesuatu syarikat luarpesisir tidak boleh didaftarkan dengan suatu nama yang, padapendapat Pendaftar, tidak diingini atau nama, atau termasuk nama,daripada jenis yang Pendaftar selainnya enggan menerima bagipendaftaran.

(2) Sesuatu syarikat luar pesisir hendaklah menggunakan—

(a) perkataan “Corporation” atau perkataan “Incorporated”atau singkatan “Corp.” atau “Inc.”;

(b) perkataan “Limited” atau singkatan “Ltd.”;

(c) perkataan “Public Limited Company” atau singkatan“P.L.C.”;

(d) perkataan “Societe Anonyme” atau “Sociedad Anonima”atau singkatan “S.A.”;

(e) perkataan “Aktiengesellschaft” atau singkatan “A.G.”;

(f) perkataan “Naamloze Vennootschap” atau singkatan “N.V.”;

(g) perkataan “Perseroan Terbatas” atau singkatan “P.T.”;atau

(h) dalam huruf rumi, apa-apa perkataan dalam bahasakebangsaan mana-mana negara yang bermaksud syarikatsaham bersama yang terhad mengikut syer, atau apa-apasingkatannya,

sebagai sebahagian daripada namanya.

(2A) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh menggunakan perkataan“(L)” sebagai sebahagian daripada namanya.

Page 39: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 39

(2B) Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu syarikat luar pesisirboleh menggunakan perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.”tetapi jika perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.” digunakansebagai sebahagian daripada nama syarikat luar pesisir itu, syarikatluar pesisir itu hendaklah sebagai tambahan menggunakan perkataan“(L)” sebagai sebahagian daripada namanya.

(3) Tiada perihalan mengenai sesuatu syarikat luar pesisir bolehdisifatkan tidak mencukupi atau tidak betul oleh sebab penggunaansuatu singkatan sebagai ganti apa-apa perkataan yang tersebutdalam subseksyen (2) dan sebaliknya.

(4) Seseorang boleh menyerahkan kepada Pendaftar suatupermohonan mengikut bentuk yang ditetapkan bagi perizaban suatunama yang dinyatakan dalam permohonan sebagai—

(a) nama suatu syarikat luar pesisir yang dicadangkan; atau

(b) nama yang kepadanya suatu syarikat luar pesisir bercadanghendak menukarkan namanya.

(5) Jika Pendaftar berpendapat bahawa permohonan itu dibuatsecara bona fide dan berpuas hati bahawa nama yang dicadangkanitu adalah suatu nama yang dengannya syarikat luar pesisir yangdicadangkan itu atau syarikat luar pesisir itu boleh didaftarkantanpa melanggar subseksyen (1), dia hendaklah merizabkan namayang dicadangkan itu selama tempoh tiga bulan mulai dari tarikhpermohonan itu diserahkan.

(6) Semasa tempoh yang suatu nama dirizabkan, tiada seorangpun (selain daripada syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisiryang dicadangkan yang berkenaan dengannya nama itu dirizabkan)boleh didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, sama ada pada asalnya atau atas pertukaran nama,dengan nama yang dirizabkan itu atau dengan apa-apa nama lainyang pada pendapat Pendaftar adalah begitu hampir menyerupainama yang dirizabkan itu hingga mungkin menimbulkan kekeliruandengan nama itu.

(7) Perizaban sesuatu nama di bawah seksyen ini berkenaandengan suatu syarikat luar pesisir yang dicadangkan atau syarikatluar pesisir tidaklah dengan sendirinya memberikan kepada syarikatyang dicadangkan atau syarikat itu hak untuk didaftarkan dengannama itu, sama ada pada asalnya atau atas pertukaran nama.

Page 40: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44140

Pertukaran nama

22. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh, melalui ketetapankhas, membuat ketetapan bahawa namanya patut ditukar kepadasuatu nama yang dengannya syarikat itu boleh didaftarkan tanpamelanggar subseksyen 21(1).

(2) Jika Pendaftar meluluskan nama yang syarikat itu telahmembuat ketetapan sebagai patut menjadi nama barunya, diahendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatuperakuan pemerbadanan syarikat itu di bawah nama barunya danapabila dikeluarkan perakuan pemerbadanan itu, pertukaran namaitu hendaklah berkuat kuasa.

(3) Jika nama sesuatu syarikat luar pesisir (sama ada dengantidak sengaja atau selainnya dan sama ada pada asalnya atau melaluipertukaran nama) suatu nama yang dengannya syarikat itu tidakboleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 21(1), syarikat ituboleh, melalui ketetapan khas, menukar namanya kepada suatunama yang dengannya syarikat itu boleh didaftarkan tanpa melanggarsubseksyen itu dan, jika diarahkan demikian oleh Pendaftar, hendaklahmenukarkannya dalam masa enam minggu selepas tarikh arahanitu atau dalam tempoh yang lebih lama yang dibenarkan olehPendaftar, melainkan jika Menteri, melalui notis bertulis,mengungkaikan arahan itu, dan jika syarikat itu tidak mematuhiarahan itu ia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Satu ribu ringgit.

(4) Suatu pertukaran nama menurut Akta ini tidaklah menyentuhidentiti syarikat luar pesisir itu atau apa-apa hak atau obligasisyarikat itu atau mencacatkan apa-apa prosiding oleh atau terhadapsyarikat itu; dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkintelah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya melaluinama dahulunya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atauterhadapnya dengan nama barunya.

Perkara persatuan

23. (1) Memorandum suatu syarikat luar pesisir hendaklahdiserahkan bersama-sama dengan perkara persatuan yangditandatangani oleh penandatangan memorandum yang menetapkanperaturan-peraturan bagi syarikat itu.

Page 41: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 41

(2) Perkara hendaklah—

(a) bercetak;

(b) dibahagikan menjadi perenggan bernombor; dan

(c) ditandatangani oleh setiap penandatangan memorandumatau, jika mana-mana penandatangan adalah suatu syarikat,dimeteraikan dengan meterai syarikatnya atauditandatangani bagi pihaknya.

Pengubahan memorandum atau perkara

24. (1) Tertakluk kepada Akta ini, suatu syarikat luar pesisirboleh, melalui ketetapan khas, mengubah atau menambahmemorandum atau perkaranya.

(2) Apa-apa perubahan atau tambahan yang dibuat dalammemorandum atau perkara hendaklah berkuat kuasa mulai daritarikh notis ketetapan yang relevan diserahkan kepada Pendaftardan sama sahnya seolah-olah pada mulanya lagi ia terkandung didalam memorandum atau perkara itu dan hendaklah tertakluk,mengikut cara yang sama, kepada perubahan melalui ketetapankhas.

Salinan memorandum dan perkara

25. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir hendaklah, apabila dikehendakioleh mana-mana anggota, memberi kepadanya suatu salinanmemorandum dan perkara (jika ada) apabila anggota itu membayarsuatu amaun yang ditentukan oleh pengarah sebagai semunasabahnyaperlu bagi menanggung kos penyediaan dan pemberian itu.

(2) Jika suatu perubahan dibuat dalam memorandum atau perkarasesuatu syarikat luar pesisir, suatu salinan memorandum atau perkaraitu tidaklah boleh dikeluarkan oleh syarikat itu selepas tarikhperubahan melainkan jika—

(a) salinan itu mengikut perubahan itu; atau

(b) suatu salinan bercetak ketetapan yang membuat perubahanitu dilampirkan kepada salinan memorandum atau perkaradan fasal atau perkara tertentu yang tersentuh ditunjukkandengan dakwat.

Page 42: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44142

(3) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikatluar pesisir itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkarmelakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Satu ribu ringgit.

Transaksi dan penubuhan cawangan

26. (1) Kontrak bagi pihak sesuatu syarikat luar pesisir bolehdibuat seperti yang berikut:

(a) suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orang persendirian,dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulisdi bawah meterai, boleh dibuat bagi pihak syarikat itusecara bertulis di bawah meterai biasa syarikat itu;

(b) suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orang persendirian,dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulisdengan ditandatangani oleh pihak yang dipertanggungkandengannya, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secarabertulis dan ditandatangani oleh mana-mana orang yangbertindak di bawah kuasanya yang nyata atau tersirat;atau

(c) suatu kontrak yang, jika dibuat di antara orang persendirian,adalah sah di sisi undang-undang walaupun dibuat secaralisan sahaja, dan tidak diubah ke dalam bentuk tulisan,boleh dibuat secara lisan bagi pihak syarikat itu olehmana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya,yang nyata atau tersirat,

dan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian hendaklah berkesandi sisi undang-undang dan hendaklah mengikat syarikat itu danpenggantinya dan semua pihak lain kepadanya dan bolehlah diubahatau dilaksanakan mengikut cara yang ia dibenarkan dibuat.

(2) Sesuatu dokumen atau prosiding yang menghendakipengesahan oleh sesuatu syarikat luar pesisir bolehlah ditandatanganioleh seorang pegawai berkuasa syarikat itu dan tidak perlu dibuatdi bawah meterai biasanya.

(3) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh, secara bertulis di bawahmeterai biasanya, memberi kuasa kepada mana-mana orang, samaada secara am atau berkenaan dengan apa-apa perkara tertentusebagai ejennya atau wakilnya, bagi menyempurnakan surat ikatan

Page 43: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 43

bagi pihaknya, dan surat ikatan yang ditandatangani oleh ejen atauwakil itu bagi syarikat itu di bawah meterainya atau di bawahmeterai yang sesuai bagi syarikat itu, hendaklah mengikat syarikatitu; dan semua orang yang berurusan dengan suci hati hendaklahberhak menganggap penyempurnaan surat ikatan itu mengikut aturandan sempurna, dan bertindak sewajarnya.

(4) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh, jika dibenarkan olehperkaranya, menubuhkan suatu cawangan di mana-mana bahagiandunia tetapi ia tidak boleh menubuhkan suatu cawangan di mana-mana bahagian Malaysia di luar Labuan.

(5) Sesuatu syarikat luar pesisir dan mana-mana cawangannyaboleh mempunyai untuk kegunaan di mana-mana tempat di luarLabuan suatu meterai biasa pendua yang hendaklah menjadi suatufaksimile meterai biasa syarikat itu dengan menambah pada mukanyanama cawangan itu; meterai itu hendaklah dikenali sebagai meteraicawangan.

(6) Jika sesuatu syarikat luar pesisir telah menubuhkan suatucawangan ia boleh, dalam surat cara yang menubuhkan cawanganitu atau dalam suatu surat cara yang kemudiannya yang ditandatanganiatau dimeteraikan oleh setiausaha pemastautin atau di bawahmeterainya sendiri, melantik seorang atau lebih untuk menjadipengarah cawangan dan untuk menubuhkan suatu lembaga tempatandan membuat peruntukan bagi suatu meterai cawangan dan bagipenjagaannya dan menetapkan orang yang boleh mengecapkanmeterai itu; dan tertakluk kepada apa-apa arahan atau sekatan yangdikenakan dari semasa ke semasa oleh pengarah syarikat itu, sesuatucawangan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengikat syarikatitu dan mengeluarkan syer atau debentur syarikat itu.

(7) Sesuatu cawangan boleh mengadakan transaksi mengikutcara yang sama sebagaimana syarikat luar pesisir boleh mengadakantransaksi.

(8) Surat cara yang dibuat atau disahkan di bawah atau denganmenggunakan mana-mana meterai cawangan sesuatu syarikat luarpesisir hendaklah sama berkesannya seolah-olah meterai biasa syarikatitu telah dicapkan padanya; dan tarikh bila dan tempat di manameterai cawangan itu dicapkan pada mana-mana surat cara hendaklahditunjukkan pada surat cara itu.

Page 44: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44144

Larangan terhadap penjalanan perniagaan apabila syarikatluar pesisir tiada anggota

27. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika pada bila-bila masasesuatu syarikat luar pesisir tiada anggota dan menjalankan perniagaanselama lebih daripada enam bulan semasa ia tiada anggota itu,tiap-tiap pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen syarikat itu padatempoh yang ia menjalankan perniagaan selepas enam bulan ituyang tahu bahawa syarikat itu tiada anggota bertanggungan, danjika lebih daripada seorang, bersesama dan berasingan, untukmembayar keseluruhan hutang syarikat yang diadakan pada tempohyang ia menjalankan perniagaan selepas enam bulan tersebut, danpegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen itu melakukan suatu kesalahanterhadap Akta ini jika syarikat itu menjalankan perniagaan demikianselepas enam bulan itu.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai berkenaan dengan seseorangpegawai, pekhidmat, pekerja, atau ejen sesuatu syarikat luar pesisiryang tiada anggota yang menjalankan perniagaan syarikat itu selepasenam bulan tersebut jika pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen ituberbuat demikian menurut suatu arahan Mahkamah atau di bawaharahan seorang pelikuidasi diluluskan yang dilantik berkenaan dengansyarikat itu.

BAHAGIAN IV

SYER, DEBENTUR DAN GADAIAN

PENGGAL 1

PROSPEKTUS

Sekatan ke atas pelawaan pelaburan daripada awam

28. (1) Tiada seorang pun boleh—

(a) mengeluarkan suatu pelawaan kepada awam untukmendepositkan wang dengan atau memberi pinjaman wangkepada suatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing; atau

(b) mengeluarkan suatu pelawaan, atau membahagikan borangpermohonan, kepada awam untuk memohon beli syer

Page 45: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 45

atau debentur dalam sesuatu syarikat luar pesisir atausyarikat luar pesisir asing.

melainkan mengikut Bahagian ini.

(2) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai suatu pelawaanatau tawaran kepada awam hendaklah diertikan sebagai termasuksuatu pelawaan atau tawaran yang tidak ditujukan khusus kepadasuatu golongan orang yang terhad.

(3) Bagi maksud subseksyen (2), suatu pelawaan atau tawarankepada awam tidaklah boleh dianggap sebagai ditujukan kepadasuatu golongan orang yang terhad melainkan jika—

(a) pelawaan atau tawaran itu ditujukan kepada suatu golonganorang yang boleh dikenal pasti yang kepadanya pelawaanatau tawaran itu disampaikan secara terus oleh orangyang membuat pelawaan atau tawaran itu atau oleh ejenyang dilantik olehnya; atau

(b) hanya anggota golongan itu sahaja yang boleh menerimatawaran itu dan mereka mempunyai maklumat yang cukupuntuk membolehkan suatu nilaian yang munasabah dibuatterhadap pelawaan atau tawaran itu,

dan jumlah bilangan orang yang disampaikan pelawaan atau tawaranitu tidak melebihi dua puluh.

Pelawaan kepada awam

29. (1) Mana-mana syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing, atau mana-mana pegawai, pengarah, ejen atau mana-manaorang yang lain bagi pihak syarikat itu yang—

(a) mengeluarkan suatu pelawaan atau membahagi-bahagikanborang permohonan kepada awam atau kepada orang ramaiuntuk memohon beli syer atau debentur dalam syarikatitu; atau

(b) mengeluarkan suatu pelawaan kepada awam atau kepadaorang ramai untuk mendepositkan wang dengan ataumemberi pinjaman wang kepada syarikat itu,

Page 46: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44146

melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, melainkanjika—

(c) Pendaftar telah terlebih dahulu memberikan keizinanbertulisnya bagi pengeluaran pelawaan itu ataupembahagian borang permohonan itu kepada awam; dan

(d) pelawaan itu atau pembahagian borang permohonan itukepada awam dibuat mengikut Bahagian ini.

Penalti: Penjara selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgitatau kedua-duanya.

(2) Melainkan jika dibenarkan selainnya secara bertulis olehPendaftar, tiada pelawaan untuk memohon beli debentur, atau untukmendepositkan wang dengan, atau memberi pinjaman wangkepada, sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing,boleh dibuat kepada pemastautin Malaysia, kecuali oleh suatusyarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing yang diberilesen di bawah Akta Bank Luar Pesisir 1990 dan mana-manaorang, selain daripada suatu syarikat luar pesisir atau syarikat luarpesisir asing yang diberi lesen sedemikian di bawah Akta itu, yangmelanggar peruntukan subseksyen ini melakukan suatu kesalahanterhadap Akta ini.

Penalti: Penjara selama tiga tahun atau sepuluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

Kehendak mengeluarkan borang permohonan bagi syer ataudebentur bersama-sama prospektus

30. (1) Tertakluk kepada subseksyen 32(1) dan subseksyen (2)seksyen ini, seseorang tidak boleh mengeluarkan, mengedarkanatau membahagi-bahagikan apa-apa borang permohonan bagi syerdalam atau debentur bagi sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing melainkan jika borang itu dikeluarkan, diedarkanatau dibahagi-bahagikan bersama-sama dengan suatu prospektusyang suatu salinannya telah didaftarkan oleh Pendaftar.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika borang permohonanitu dikeluarkan, diedarkan atau dibahagi-bahagikan berkaitan dengansyer atau debentur yang tidak ditawarkan kepada awam.

Page 47: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 47

(3) Sesuatu syarikat luar pesisir tidak boleh, tanpa kelulusansuatu ketetapan khas, mengubah terma sesuatu kontrak yang tersebutdi dalam prospektus, melainkan jika perubahan itu dibuat tertaklukkepada kelulusan suatu ketetapan khas.

(4) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyenini melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Penjara selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgitatau kedua-duanya.

Pelawaan kepada awam untuk memberi pinjaman wang kepadaatau mendepositkan wang dengan suatu syarikat luar pesisiratau syarikat luar pesisir asing

31. (1) Suatu pelawaan kepada awam untuk mendepositkan wangdengan atau memberi pinjaman wang kepada sesuatu syarikat luarpesisir atau syarikat luar pesisir asing tidak boleh dikeluarkan,diedarkan atau dibahagi-bahagikan oleh syarikat itu atau oleh mana-mana orang lain melainkan jika—

(a) suatu prospektus yang berhubungan dengan pelawaan itutelah didaftarkan oleh Pendaftar;

(b) prospektus itu mengandungi suatu akujanji oleh syarikatitu bahawa ia akan, dalam masa dua bulan selepaspenerimaan apa-apa wang sebagai suatu deposit ataupinjaman daripada mana-mana orang sebagai sambutankepada pelawaan itu, mengeluarkan kepada orang itu suatudokumen yang mengaku terima, membuktikan ataumerupakan suatu pengakuan keterhutangan syarikat ituberkenaan dengan deposit atau pinjaman itu; dan

(c) dokumen itu diperihalkan atau disebutkan dalam prospektusdan dalam mana-mana dokumen lain, sama ada yangmerupakan atau berhubungan dengan pelawaan itu,sebagai—

(i) suatu nota tidak bercagar atau suatu nota deposittidak bercagar;

(ii) suatu debentur gadai-janji atau perakuan sahamdebentur gadai-janji; atau

(iii) suatu debentur atau perakuan saham debentur,

mengikut seksyen ini.

Page 48: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44148

(2) Bagi maksud Penggal ini, mana-mana syarikat luar pesisiratau syarikat luar pesisir asing yang menerima atau bersetujumenerima daripada mana-mana orang apa-apa wang sebagai depositatau pinjaman hendaklah disifatkan membuat suatu pelawaan kepadaawam supaya mendepositkan wang dengan atau memberi pinjamanwang kepada syarikat atau syarikat yang dicadangkan itu.

(3) Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu syarikat luar pesisiratau syarikat luar pesisir asing tidak dikehendaki mengeluarkansuatu prospektus jika ia tidak, pada bila-bila masa, berada di bawahsuatu liabiliti (sama ada atau tidak liabiliti itu pada masa sekarangatau masa hadapan) untuk membayar balik apa-apa wang yangditerimanya sebagai deposit atau pinjaman dari lebih daripada duapuluh orang.

(4) Jika, menurut suatu pelawaan yang tersebut dalam subseksyen(1), sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asingtelah menerima daripada mana-mana orang apa-apa wang sebagaisuatu deposit atau pinjaman, syarikat itu hendaklah, dalam masadua bulan selepas penerimaan wang itu, mengeluarkan kepadaorang itu suatu dokumen yang—

(a) mengaku terima, membuktikan atau merupakan suatupengakuan keterhutangan syarikat itu berkenaan dengandeposit atau pinjaman itu; dan

(b) mematuhi perihalan yang terkandung dalam prospektusdan peraturan-peraturan dan mengandungi padapermukaannya suatu pernyataan bahawa ia suatu dokumenseperti yang diperihalkan itu.

(5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatusyarikat ditetapkan dan tiada apa-apa dalam Akta ini bolehmenghendaki suatu prospektus dikeluarkan berkaitan dengan apa-apapelawaan kepada awam supaya mendepositkan wang dengan sesuatusyarikat ditetapkan.

(6) Dalam seksyen ini, “syarikat ditetapkan” ertinya—

(a) suatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asingyang diberi lesen di bawah Akta Bank Luar Pesisir 1990;atau

Page 49: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 49

(b) suatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asingatau syarikat amanah yang telah diisytiharkan oleh Menterimelalui notis yang disiarkan dalam Warta sebagai suatusyarikat ditetapkan bagi maksud seksyen ini.

(7) Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhiapa-apa peruntukan seksyen ini dan mana-mana pegawai sesuatusyarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing yang ingkar,melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Penjara selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgitatau kedua-duanya.

(8) Bagi maksud seksyen ini, suatu dokumen yang dikeluarkanoleh suatu syarikat peminjam yang memperakui bahawa seseorangyang dinamakan dalamnya adalah, berkenaan dengan apa-apa depositdengan atau pinjaman kepada syarikat itu, pemegang berdaftarsuatu bilangan atau nilai tertentu—

(a) nota tidak bercagar atau nota deposit tidak bercagar;

(b) debentur gadai-janji atau perakuan saham debentur gadai-janji; atau

(c) debentur atau perakuan saham debentur,

yang diterbitkan oleh syarikat itu atas atau tertakluk kepada termadan syarat yang terkandung dalam suatu surat ikatan amanah yangdisebutkan atau dikenal pasti dalam perakuan itu, hendaklah disifatkansebagai suatu dokumen yang membuktikan keterhutangan syarikatitu berkenaan dengan deposit atau pinjaman itu.

Kelulusan Pendaftar, atau pematuhan peraturan-peraturan,berkenaan dengan pengeluaran prospektus

32. (1) Sehingga peraturan-peraturan berkenaan denganpengeluaran prospektus dibuat, tiada prospektus boleh dikeluarkanmelainkan jika ia telah diluluskan tentang bentuk dan kandungannyaoleh Pendaftar.

(2) Apabila peraturan-peraturan yang berhubungan denganpengeluaran prospektus dibuat, sesuatu prospektus hendaklah hanyadikeluarkan mengikut peruntukan peraturan-peraturan itu.

Page 50: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44150

Iklan

33. (1) Tiada iklan yang menawarkan atau meminta perhatianterhadap suatu tawaran atau tawaran yang dicadangkan bagi, syerdalam atau debentur bagi sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing atau syarikat luar pesisir yang dicadangkan kepadaawam untuk dipohon beli atau dibeli boleh disiarkan di Labuanatau di tempat lain melainkan jika ia telah diluluskan oleh Pendaftar;dan tiap-tiap iklan itu mesti mengandungi makluman bahawapemastautin Malaysia adalah tidak layak menerima tawaran itu.

(2) Permohonan bagi kelulusan sesuatu iklan hendaklahdiserahkan kepada Pendaftar bersama-sama dengan suatu salinaniklan yang ditentusahkan mengikut apa-apa cara yang diarahkanoleh Pendaftar.

(3) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen(1) dengan menyiarkan atau menyebabkan disiarkan di Labuanatau di tempat lain suatu iklan tanpa terlebih dahulu mendapatkankelulusan Pendaftar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit.

Penyimpanan mohon beli berlebihan dalam terbitan debentur

34. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir tidak boleh menerima ataumenyimpan mohon beli bagi sesuatu terbitan debentur yangmelebihi amaun terbitan itu sebagaimana yang dizahirkan dalamprospektus melainkan jika syarikat itu telah menyatakan dalamprospektus itu—

(a) bahawa ia dengan nyata merizabkan hak untuk menerimaatau menyimpan mohon beli berlebihan; dan

(b) had ke atas amaun mohon beli berlebihan yang bolehditerima atau disimpan.

(2) Tertakluk kepada apa-apa peraturan, jika sesuatu syarikatluar pesisir menyatakan dalam prospektus yang berhubungan denganterbitan debentur bahawa ia merizabkan hak untuk menerima ataumenyimpan mohon beli berlebihan—

(a) syarikat itu tidak boleh membuat, membenarkan ataumengizinkan apa-apa pernyataan atau sebutan mengenaisandaran aset bagi terbitan dibuat atau terkandung dalammana-mana prospektus yang berhubungan dengan terbitan

Page 51: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 51

itu, selain daripada suatu pernyataan atau sebutan mengenaijumlah aset dan jumlah liabiliti syarikat dan syarikatpenggerentinya (jika ada); dan

(b) prospektus itu hendaklah mengandungi suatu pernyataanatau sebutan mengenai apa yang akan menjadi jumlahaset dan jumlah liabiliti syarikat itu jika mohon beliberlebihan setakat had yang dinyatakan dalam prospektusitu diterima atau disimpan.

Pendaftaran prospektus

35. (1) Sesuatu prospektus tidak boleh dikeluarkan, diedarkanatau dibahagi-bahagikan oleh mana-mana orang melainkan jikasuatu salinan prospektus itu telah terlebih dahulu didaftarkan olehPendaftar.

(2) Pendaftar tidak boleh mendaftarkan suatu salinan mana-manaprospektus jika ia mengandungi apa-apa pernyataan atau perkarayang pada pendapatnya mengelirukan dari segi bentuk dan konteksianya dimasukkan dan melainkan jika—

(a) suatu salinan, yang ditandatangani oleh tiap-tiap pengarahdan oleh tiap-tiap orang yang dinamakan di dalamnyasebagai seorang pengarah dicadangkan bagi syarikat ituatau oleh ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, telahdiserahkan kepada Pendaftar pada atau sebelum tarikhpengeluaran prospektus itu;

(b) prospektus itu ternyata memenuhi kehendak Akta ini danperaturan-peraturan atau Pendaftar berpuas hati bahawaapa-apa penyelewengan daripada kehendak Akta ini atauperaturan-peraturan oleh prospektus itu adalah berjustifikasidan tidak mungkin mengelirukan orang yang melaburatas kepercayaannya pada kandungan prospektus itu; dan

(c) ada diserahkan kepada Pendaftar, suatu salinan yang telahditentusahkan sebagaimana yang ditetapkan, apa-apapersetujuan yang dikehendaki oleh seksyen 37 padapengeluaran prospektus itu dan apa-apa kontrak materialyang disebut dalam prospektus itu atau, dalam hal suatukontrak sedemikian yang tidak diubah ke dalam bentukbertulis, suatu memorandum yang memberi butir-butirlengkap mengenainya yang telah ditentusahkansebagaimana yang ditetapkan.

Page 52: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44152

(3) Jika sesuatu prospektus dikeluarkan tanpa suatu salinannyadidaftarkan, syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing itudan tiap-tiap orang yang dengan disedarinya menjadi pihak kepadapengeluaran prospektus itu melakukan suatu kesalahan terhadapAkta ini.

Penalti: Penjara selama tiga tahun atau sepuluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

Dokumen yang mengandungi tawaran syer disifatkan sebagaisuatu prospektus

36. (1) Jika sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing mengumpukkan atau bersetuju untuk mengumpukkan kepadamana-mana orang apa-apa syer atau debentur syarikat itu dengantujuan menawarkan kesemua atau mana-mana daripadanya untukjualan kepada awam, tawaran kepada awam itu hendaklah dibuatmelalui suatu syarikat amanah dan apa-apa dokumen yang melaluinyatawaran untuk jualan kepada awam dibuat hendaklah bagi semuamaksud disifatkan sebagai suatu prospektus dikeluarkan oleh syarikatitu, dan semua undang-undang bertulis dan rukun undang-undangmengenai kandungan prospektus dan mengenai liabiliti berkenaandengan iklan dan pernyataan dan ketidakzahiran dalam prospektus,atau selainnya yang berhubung dengan prospektus, hendaklah terpakaidan mempunyai kuat kuasa sewajarnya seolah-olah syer atau debenturitu telah ditawarkan kepada awam dan seolah-olah orang yangmenerima tawaran berkenaan dengan apa-apa syer atau debenturpemohon belinya tetapi tanpa menjejaskan liabiliti (jika ada) orangyang membuat tawaran itu, berkenaan dengan pernyataan atauketidakzahiran dalam dokumen itu atau selainnya.

(2) Bagi maksud Akta ini, melainkan jika sebaliknya dibuktikan,hendaklah menjadi keterangan bahawa suatu pengumpukan, atausuatu perjanjian untuk mengumpukkan, syer atau debentur telahdibuat oleh suatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing dengan tujuan menawarkan syer atau debentur untuk jualankepada awam jika ditunjukkan—

(a) bahawa suatu tawaran syer atau debentur atau mana-manadaripadanya untuk jualan kepada awam telah dibuat dalammasa enam bulan selepas pengumpukan atau perjanjianuntuk mengumpukkan itu; atau

Page 53: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 53

(b) bahawa pada tarikh tawaran syer atau debentur atau mana-manadaripadanya untuk jualan kepada awam dibuat, keseluruhanbalasan yang hendaklah diterima oleh syarikat itu berkenaandengan syer atau debentur itu telah tidak diterima.

(3) Kehendak Penggal ini mengenai prospektus hendaklahmempunyai kuat kuasa seolah-olah orang yang membuat suatutawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini orang yang dinamakandalam suatu prospektus sebagai pengarah suatu syarikat luar pesisiratau suatu syarikat luar pesisir asing.

(4) Sebagai tambahan kepada kehendak lain untuk mematuhiPenggal ini, dokumen yang membuat tawaran hendaklahmenyatakan—

(a) amaun bersih balasan yang diterima atau yang akan diterimaoleh syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asingyang membuat tawaran berkenaan dengan syer ataudebentur yang dimaksudkan oleh tawaran itu; dan

(b) tempat dan masa bagi kontrak yang di bawahnya syeratau debentur telah atau akan diumpukkan boleh diperiksa.

(5) Jika suatu tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini dibuatoleh suatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing,mencukupi jika dokumen yang disebutkan dalam subseksyen (1)ditandatangani bagi pihak syarikat itu oleh dua orang pengarahsyarikat itu dan mana-mana pengarah itu boleh menandatanganimelalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis.

Persetujuan pakar kepada pengeluaran prospektus yangmengandungi pernyataan olehnya

37. (1) Sesuatu prospektus yang mempelawa mohon beli ataupembelian syer dalam atau debentur bagi sesuatu syarikat luarpesisir atau sesuatu syarikat luar pesisir asing dan termasuk suatupernyataan yang dikatakan dibuat oleh seorang pakar tidak bolehdikeluarkan melainkan jika—

(a) pakar itu telah memberi persetujuannya dan telah tidak,sebelum suatu salinan prospektus dihantar serah untukpendaftaran, menarik balik persetujuan bertulisnya kepadapengeluaran prospektus itu beserta pernyataan yangdimasukkan mengikut bentuk dan konteks yang ianyadimasukkan; dan

Page 54: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44154

(b) nyata terdapat dalam prospektus itu suatu pernyataanbahawa pakar itu telah memberi dan telah tidak menarikbalik persetujuannya itu.

(2) Jika mana-mana prospektus dikeluarkan oleh sesuatu syarikatluar pesisir atau syarikat luar pesisir asing berlanggaran denganseksyen ini, syarikat itu dan tiap-tiap orang yang dengan disedarinyamenjadi suatu pihak kepada pengeluaran prospektus itu melakukansuatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Penjara selama tiga tahun atau sepuluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

Liabiliti sivil kerana pernyataan silap dalam prospektus

38. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, setiap daripada orang berikuthendaklah bertanggungan membayar pampasan kepada semua orangyang memohon beli atau membeli apa-apa syer atau debentur dalamsuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing ataskepercayaannya pada suatu prospektus bagi apa-apa kehilanganatau kerugian yang ditanggung yang disebabkan oleh suatu pernyataantidak benar di dalamnya atau disebabkan oleh ketidakzahiran sengajadi dalamnya mengenai apa-apa perkara yang dalam pengetahuannyadan yang dia tahu material, iaitu tiap-tiap orang yang—

(a) adalah seorang pengarah syarikat itu pada masa pengeluaranprospektus;

(b) membenarkan atau menyebabkan dirinya akan dinamakandan dinamakan dalam prospektus sebagai seorang pengarahatau sebagai telah bersetuju menjadi seorang pengarahsama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat tempoh;

(c) seorang penaja syarikat itu; atau

(d) membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektusitu.

(2) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam subseksyen (1),jika persetujuan seorang pakar dikehendaki bagi pengeluaran sesuatuprospektus dan dia telah memberi persetujuan itu, dia tidak bolehsemata-mata oleh sebab persetujuan itu menjadi bertanggungansebagai seorang yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaranprospektus itu kecuali berkenaan dengan pernyataan yang tidakbenar yang dikatakan dibuat olehnya sebagai seorang pakar, dankemasukan dalam prospektus itu nama seseorang sebagai seorang

Page 55: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 55

pemegang amanah bagi pemegang debentur, juruaudit, jurubank,barrister, peguam bela, peguam cara, atau broker saham atau brokersyer tidaklah boleh semata-mata kerana sebab itu sahaja ditafsirkansebagai suatu kebenaran orang itu bagi pengeluaran prospektusitu.

(3) Tiada seorang pun akan menjadi bertanggungan sedemikianmelainkan jika dia membuktikan—

(a) bahawa, setelah bersetuju menjadi pengarah syarikat itu,dia telah menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaranprospektus itu, dan bahawa prospektus itu telah dikeluarkantanpa kebenaran atau persetujuannya;

(b) bahawa prospektus itu telah dikeluarkan tanpa pengetahuanatau persetujuannya dan dia telah dengan serta-mertamemberi notis awam yang munasabah mengenainya setelahdia menyedari akan pengeluarannya;

(c) bahawa selepas pengeluaran prospektus itu dan sebelumpengumpukan atau jualan di bawahnya dia, setelahmenyedari akan apa-apa pernyataan tidak benar di dalampernyataan itu, telah menarik balik persetujuannya dantelah memberi notis awam yang munasabah mengenaipenarikan balik itu dan mengenai sebabnya: atau

(d) bahawa—

(i) berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benaryang tidak dikatakan dibuat atas kebenaran seorangpakar atau suatu dokumen atau pernyataan rasmiawam, dia mempunyai alasan yang munasabahuntuk mempercayai, dan telah mempercayaisehingga masa pengumpukan atau penjualan syeratau debentur itu bahawa pernyataan itu benar;

(ii) berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benaryang dikatakan suatu pernyataan yang dibuat olehseorang pakar atau yang berasaskan suatu pernyataanyang dibuat oleh seorang pakar atau terkandungdalam apa yang berupa suatu salinan atau cabutandaripada suatu laporan atau penilaian seorang pakar,ia benar-benar menggambarkan pernyataan itu, atausuatu salinan benar dan bersih suatu cabutandaripada laporan atau penilaian itu, dan dia adaalasan yang munasabah untuk mempercayai dan

Page 56: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44156

telah mempercayai sehingga ke masa pengeluaranprospektus itu, bahawa pakar yang membuatpernyataan itu adalah kompeten untuk membuatnyadan bahawa pakar itu telah memberi persetujuanyang dikehendaki oleh seksyen 37 kepadapengeluaran prospektus itu dan telah tidak menarikbalik persetujuan itu sebelum suatu salinanprospektus dihantar serah untuk pendaftaran atau,pada pengetahuan orang itu, sebelum apa-apapengumpukan atau penjualan di bawah prospektusitu; dan

(iii) berkenaan dengan tiap-tiap pernyataan tidak benaryang dikatakan suatu pernyataan yang dibuat olehseorang pegawai rasmi atau terkandung dalam apayang berupa suatu salinan atau cabutan daripadadokumen rasmi awam, ia adalah suatu gambaranyang betul dan tepat mengenai pernyataan atausalinan atau cabutan daripada dokumen itu.

(4) Subseksyen (3) tidaklah terpakai dalam hal seseorang yangbertanggungan, disebabkan dia telah memberi persetujuan yangdikehendaki daripadanya oleh seksyen 37, sebagai seorang yangtelah membenarkan atau menyebabkan pengeluaran prospektusberkenaan dengan suatu pernyataan tidak benar yang dikatakantelah dibuat olehnya sebagai seorang pakar.

(5) Seseorang yang, selain subseksyen ini, akan juga menjadibertanggungan di bawah subseksyen (1), disebabkan dia telahmemberi persetujuan yang dikehendaki daripadanya oleh seksyen37, sebagai seorang yang telah membenarkan pengeluaran sesuatuprospektus berkenaan dengan suatu pernyataan yang tidak benaryang dikatakan telah dibuat olehnya sebagai seorang pakar tidakakan menjadi bertanggungan sedemikian jika dia membuktikan—

(a) bahawa, setelah memberikan persetujuannya di bawahseksyen 37 kepada pengeluaran prospektus itu, dia telahsecara bertulis menarik balik persetujuan itu sebelumsuatu salinan prospektus itu diserahkan kepada Pendaftar;

(b) bahawa, setelah suatu salinan prospektus itu diserahkankepada Pendaftar dan sebelum pengumpukan atau penjualandi bawahnya, dia, setelah menyedari mengenai pernyataan

Page 57: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 57

tidak benar itu, menarik balik secara bertulis persetujuannyadan memberi notis awam yang munasabah mengenaipenarikan balik itu dan sebabnya; atau

(c) bahawa dia adalah berwibawa untuk membuat pernyataanitu dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabahuntuk mempercayai dan telah mempercayai sehingga masapengumpukan atau penjualan syer atau debentur itu bahawapernyataan itu benar.

(6) Jika—

(a) sesuatu prospektus mengandungi nama seseorang sebagaipengarah suatu syarikat luar pesisir atau syarikat luarpesisir asing, atau sebagai telah bersetuju menjadi pengarah,dan dia tidak memberi persetujuannya untuk menjadipengarah atau dia telah menarik balik persetujuannya itusebelum pengeluaran prospektus itu, dan telah tidakmembenarkan atau bersetuju dengan pengeluaranprospektus itu; atau

(b) persetujuan seseorang adalah dikehendaki di bawahseksyen 37 mengenai pengeluaran prospektus dan diasama ada telah tidak memberi persetujuan itu atau telahmenarik balik persetujuan itu sebelum pengeluaranprospektus itu,

pengarah syarikat itu, kecuali mana-mana pengarah yang dengantiada pengetahuan atau persetujuannya prospektus itu dikeluarkan,dan mana-mana orang lain yang membenarkan atau menyebabkanpengeluaran prospektus itu hendaklah menanggung rugi orang yangdinamakan itu atau yang persetujuannya dikehendaki bagi keseluruhangantirugi, kos dan perbelanjaan yang dia bertanggungan disebabkannamanya telah dimasukkan ke dalam prospektus itu atau kemasukanke dalam prospektus itu suatu pernyataan yang dikatakan dibuatolehnya sebagai seorang pakar, atau dalam membela dirinya terhadapapa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang dibawaterhadapnya berkenaan dengannya.

Liabiliti jenayah kerana pernyataan silap dalam prospektus

39. (1) Jika dalam mana-mana prospektus, atau dalam mana-manaiklan daripada jenis yang tersebut dalam subseksyen 33(1), terdapatsuatu pernyataan yang tidak benar atau ketidakzahiran sengaja,mana-mana orang yang membenarkan atau menyebabkan pengeluaran

Page 58: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44158

prospektus atau iklan itu melakukan suatu kesalahan terhadap Aktaini melainkan jika dia membuktikan bahawa pernyataan atauketidakzahiran itu tidak material atau bahawa dia mempunyai alasanyang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai,sehingga ke masa pengeluaran prospektus itu, bahawa pernyataanitu adalah benar atau ketidakzahiran itu tidak material.

Penalti: Penjara selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgitatau kedua-duanya.

(2) Seseorang tidak boleh disifatkan sebagai telah membenarkanatau menyebabkan pengeluaran sesuatu prospektus semata-matadisebabkan dia memberikan persetujuan yang dikehendaki olehPenggal ini kepada kemasukan ke dalam prospektus itu sesuatupernyataan yang dikatakan dibuat olehnya sebagai seorang pakar.

PENGGAL 2

SEKATAN KE ATAS PENGUMPUKAN

Syarikat amanah sebagai ejen dalam tawaran awam

40. (1) Tiada pengumpukan boleh dibuat mengenai mana-manasyer sesuatu syarikat luar pesisir yang ditawarkan kepada awammelainkan jika syer itu telah ditawarkan kepada awam melaluisesuatu syarikat amanah.

(2) Sesuatu syarikat amanah hendaklah menjadi ejen kepadasyarikat luar pesisir yang menawarkan syer kepada awam melaluisyarikat amanah itu untuk menerima permohonan bagi pengumpukansyer dan hendaklah diperihalkan seperti itu dalam prospektus.

(3) Semua wang yang boleh dibayar atas permohonan syer dalamsesuatu syarikat luar pesisir hendaklah dibayar kepada syarikatamanah yang bertindak sebagai ejen untuk syarikat luar pesisir itu,dan sementara menanti penerimaan amaun bayaran minimum olehsyarikat amanah itu, ia hendaklah memegang semua wang yangditerima olehnya atas amanah bagi pemohon itu, dan jika amaunbayaran minimum itu tidak diterima oleh syarikat amanah dalammasa yang dinyatakan dalam prospektus, syarikat amanah ituhendaklah, tertakluk kepada apa-apa hak di bawah terma prospektusuntuk memotong apa-apa kos dan bayaran yang terhutang kepadanyaatau kepada Pendaftar berkaitan dengan prospektus atau tawaranitu atau tindakannya sebagai broker dalam perkara ini, mengembalikan

Page 59: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 59

wang permohonan atau sebahagian daripada yang tinggal selepasmembuat pemotongan, (jika ada) mengikut terma prospektus kepadapemohon pro rata berasaskan amaun yang dibayar oleh merekamasing-masing.

(4) Apabila syarikat amanah yang bertindak sebagai ejen suatusyarikat luar pesisir menerima amaun bayaran minimum bagi pihaksyarikat itu, syarikat amanah itu hendaklah, tertakluk kepada haknyauntuk memotong daripada wang itu saraan dan perbelanjaan yangsepatutnya, memegang wang itu dan apa-apa wang permohonanselanjutnya sebagai ejen syarikat itu.

Larangan pengumpukan melainkan jika bayaran minimumditerima

41. (1) Tiada pengumpukan boleh dibuat mengenai apa-apa syersesuatu syarikat luar pesisir yang ditawarkan kepada awam melainkanjika—

(a) bayaran minimum telah dibayar; dan

(b) jumlah wang yang kena dibayar atas permohonan bagisyer yang dimohon beli itu telah diterima oleh syarikatitu,

tetapi jika suatu cek bagi jumlah wang yang kena dibayar itu telahditerima oleh syarikat itu, jumlah wang itu hendaklah disifatkantidak diterima oleh syarikat itu sehingga cek itu dibayar oleh bankyang mengeluarkannya.

(2) Bayaran minimum itu hendaklah—

(a) dikira mengikut nilai nominal setiap syer, dan jika syeritu diterbitkan dengan harga premium, mengikut nilainominalnya, dan amaun premium yang kena dibayar keatas setiap syer; dan

(b) dihitung tanpa mengira apa-apa amaun yang kena dibayarselain dengan wang tunai.

(3) Amaun yang kena dibayar atas permohonan setiap syeryang ditawarkan kepada awam hendaklah tidak kurang daripadalima peratus daripada amaun nominal syer itu atau harga terbitannya,mengikut mana-mana yang berkenaan.

Page 60: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44160

(4) Apa-apa syarat yang menghendaki atau yang mengikat mana-manapemohon syer supaya menepikan pematuhan apa-apa kehendakseksyen ini tidak sah.

(5) Tiada syarikat luar pesisir boleh mengumpukkan dan tiadapegawai atau penaja sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luarpesisir yang dicadangkan boleh membenarkan atau mengizinkansyer atau debentur diumpukkan kepada awam berasaskan suatuprospektus selepas tamatnya tempoh empat bulan daripadapengeluaran prospektus itu.

Penalti: Penjara selama tiga tahun atau sepuluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

Wang permohonan hendaklah dipegang atas amanah sehinggapengumpukan dibuat

42. (1) Tertakluk kepada subseksyen 40(3) dan (4) dan subseksyen41(1), semua wang permohonan dan wang lain yang dibayar sebelumpengumpukan oleh mana-mana pemohon bagi tawaran syer ataudebentur kepada awam oleh sesuatu syarikat luar pesisir, hendaklah,sehingga pengumpukan syer atau debentur itu dibuat, dipegangatas amanah bagi pemohon itu dan wang itu hendaklah dibayar kedalam dan disimpan dalam suatu akaun amanah yang berasingan,sementara menunggu pengumpukan, di suatu bank perdaganganyang diluluskan oleh Pendaftar secara bertulis.

(2) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini tiap-tiappegawai yang ingkar yang dengan disedarinya dan dengan sengajamembenarkan atau mengizinkan keingkaran itu melakukan suatukesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Penjara selama tiga tahun atau sepuluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

PENGGAL 3

SYER

Penyata mengenai pengumpukan

43. (1) Jika sesuatu syarikat luar pesisir membuat apa-apapengumpukan syernya, syarikat itu hendaklah, dalam masa satu

Page 61: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 61

bulan selepas itu, menyerahkan kepada Pendaftar suatu penyatamengenai pengumpukan itu yang menyatakan—

(a) bilangan syer yang terkandung dalam pengumpukan itudan amaun yang dibayar bagi syer tersebut;

(b) tarikh pengumpukan itu;

(c) amaun (jika ada) yang disifatkan dibayar, atau yang genapmasa dan kena dibayar, bagi pengumpukan setiap syer;

(d) jika modal syarikat itu terbahagi kepada syer daripadakelas yang berlainan, kelas syer yang setiap syer dalampengumpukan itu tergolong; dan

(e) nama penuh dan alamat setiap penerima umpukan itu danbilangan serta kelas syer yang diumpukan kepadanya.

(2) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, tiap-tiappegawai syarikat luar pesisir itu yang ingkar melakukan suatukesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

Panggilan

44. Sesuatu syarikat luar pesisir boleh—

(a) membuat perkiraan, mengenai penerbitan syer, bagimengubah amaun dan masa pembayaran panggilan diantara pemegang syer;

(b) menerima daripada mana-mana anggota keseluruhan ataumana-mana bahagian daripada amaun yang masih tidakberbayar atas mana-mana syer walaupun tiada bahagianamaun itu yang telah dipanggil; dan

(c) membayar dividen mengikut kadar amaun yang dibayaratas setiap syer jika suatu amaun yang lebih besar dibayaratas beberapa syer daripada syer yang lain.

Liabiliti rizab

45. Sesuatu syarikat luar pesisir boleh, melalui ketetapan khas,menentukan bahawa mana-mana bahagian modal syer tidak dipanggilbagi syarikat itu tidak boleh dipanggil kecuali sekiranya syarikat

Page 62: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44162

itu digulung, tetapi tiada ketetapan sedemikian boleh menjejaskanhak yang diperolehi oleh mana-mana orang sebelum ketetapan itudiluluskan.

Akaun premium syer

46. (1) Jika sesuatu syarikat pesisir yang tidak dilesenkan menurutAkta Bank Luar Pesisir 1990 menerbitkan syer dengan hargapremium, sama ada bagi wang tunai atau selainnya, suatu jumlahwang yang sama banyak dengan amaun atau nilai agregat bagipremium atas syer tersebut hendaklah dipindahkan ke dalam suatuakaun yang dinamakan “akaun premium syer”, dan peruntukanAkta ini yang berhubung dengan pengurangan modal syer sesuatusyarikat luar pesisir hendaklah, kecuali sebagaimana yangdiperuntukkan dalam seksyen ini, terpakai seolah-olah akaun premiumsyer itu adalah modal syer berbayar syarikat itu.

(2) Jika aset diperolehi melalui penerbitan syer sesuatu syarikatluar pesisir dan tiada balasan direkodkan, aset yang diperolehidemikian hendaklah dinilai, dan jika nilai aset itu melebihi nilaitara syer tersebut, perbezaan di antara nilai tara syer itu dengannilai aset yang diperolehi demikian hendaklah dipindahkan kedalam akaun premium syer.

(3) Akaun premium syer boleh, walau apa pun apa-apa yangterkandung dalam subseksyen (1), digunakan oleh syarikat luarpesisir itu—

(a) bagi membayar syer tidak diterbitkan yang hendakditerbitkan kepada anggota syarikat sebagai syer bonusberbayar penuh;

(b) bagi menghapuskan—

(i) perbelanjaan awal syarikat itu; atau

(ii) perbelanjaan bagi, atau komisen yang dibayar ataudiskaun yang dibenarkan atas, apa-apa penerbitansyer dalam, atau debentur bagi, syarikat itu; atau

(c) bagi mengadakan premium yang kena dibayar ataspenebusan debentur atau syer keutamaan boleh tebus.

Page 63: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 63

(4) Jika syer diterbitkan bagi sesuatu balasan selain daripadawang tunai di bawah subseksyen (2), syer itu tidak boleh diumpukkansehingga—

(a) akujanji yang menjadi balasan itu telah dilaksanakan;atau

(b) aset yang menjadi balasan itu telah dipindahkan kepadasyarikat; dan aset hendaklah dianggap dipindahkan kepadasesuatu syarikat—

(i) dalam hal barang-barang, apabila pemunyaan atauhak kepunyaan barang-barang itu berpindah kepadasyarikat itu atau apabila ia dihantar serah kepadanya;

(ii) dalam hal surat cara boleh niaga, apabila syarikatitu menjadi berhak untuk menguatkuasakan segalahak yang termaktub di dalamnya atas namanyasendiri tanpa persetujuan mana-mana orang lain;dan

(iii) dalam mana-mana hal lain, apabila pemunyaanatau hak yang kurang dipersetujui untukdiletakhakkan kepada syarikat itu telahdiletakhakkan dengan sahnya kepada syarikat itu.

Kuasa menerbitkan syer, dan hak pengundian

47. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir hendaklah mempunyai kuasauntuk menerbitkan bilangan syer yang dinyatakan dalammemorandumnya, yang boleh dibahagikan kepada satu kelas ataulebih, dengan apa-apa nama, keutamaan, batasan dan hak relatifsebagaimana yang dinyatakan atau diperuntukkan dalam perkara,dan semua harga dan nilai yang diberikan berkenaan dengan syerhendaklah dinyatakan dalam mata wang selain mata wang Malaysia.

(2) Perkara boleh membataskan atau menidakkan hak pengundian,atau memperuntukkan hak pengundian khas, bagi syer daripadaapa-apa kelas atau syer dalam apa-apa kelas setakat yang konsistendengan peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan.

Syarikat luar pesisir mengurusniagakan syernya sendiri, dll.

48. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh memberi bantuankewangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi

Page 64: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44164

maksud atau berkaitan dengan pembelian syernya sendiri atau syermana-mana subsidiarinya atau syarikat pemegangnya—

(a) dalam penjalanan biasa perniagaannya, jika pemberianpinjaman wang sebahagian daripada perniagaaan biasasyarikat luar pesisir itu;

(b) jika transaksi itu telah diluluskan melalui suatu ketetapankhas syarikat itu, dan pengarah telah memperakukan kepadamesyuarat itu, secara bertulis, yang bermaksud bahawatiada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa—

(i) syarikat itu adalah, atau selepas memberi bantuankewangan itu akan menjadi, tidak solven; atau

(ii) nilai boleh hasil aset syarikat itu, tidak termasukamaun apa-apa bantuan kewangan dalam bentukpinjaman dan dalam bentuk aset yang disandarkanatau dibebankan bagi menjamin sesuatu gerenti,akan, selepas memberi bantuan kewangan ataupinjaman itu, menjadi kurang daripada agregatliabiliti dan modal dinyatakan bagi syarikat itu;atau

(c) kepada pekerja (selain pekerja yang juga menjadi pengarah)syarikat itu atau mana-mana subsudiarinya atau syarikatpemegangnya.

(2) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh membeli, mengambil,menerima atau selainnya memperoleh, memegang, memiliki,menyandarkan, memindahkan atau selainnya melupuskan syernyasendiri, atau syer mana-mana subsidiarinya atau syarikatpemegangnya, tetapi pembelian syer itu, sama ada secara langsungatau tidak langsung, boleh dibuat hanya setakat lebihan perolehanyang tidak dirizabkan dan tidak terbatas yang ada bagi pembelianitu; dan jika perkara memperuntukkan demikian, atau dengan undipengesahan pemegang sekurang-kurangnya tiga perempat daripadakesemua syer yang berhak mengundi mengenainya, setakat lebihanmodal yang tidak dirizabkan dan tidak terbatas yang ada bagipembelian itu.

(3) Walau apa pun subseksyen (2), dengan syarat bahawa tiadaalasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa syarikat ituadalah, atau selepas pembayaran itu akan menjadi, tidak solvenatau bahawa nilai boleh hasil aset syarikat itu akan, selepas

Page 65: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 65

pembayaran itu, menjadi kurang daripada agregat liabiliti dan modaldinyatakan bagi syarikat itu, sesuatu syarikat luar pesisir bolehmembeli atau selainnya memperoleh syernya sendiri bagi maksud—

(a) menghapuskan syer pecahan;

(b) membayar pemegang syer yang menentang yang berhakmendapat bayaran bagi syer mereka di bawah peruntukanAkta ini atau peraturan-peraturan; atau

(c) melaksanakan, tertakluk kepada Akta ini, penarikan baliksyer boleh tebus syarikat itu melalui penebusan ataupembelian dengan harga yang tidak melebihi hargapenebusan.

Pengkenselan syer perolehan semula oleh syarikat luar pesisir

49. Sesuatu syarikat luar pesisir boleh pada bila-bila masa, melaluiketetapan pengarahnya, mengkenselkan kesemua atau mana-manabahagian syer syarikat itu daripada apa-apa kelas yang diperolehnyasemula, selain syer boleh tebus yang telah ditebus atau dibeli, dandalam hal sedemikian suatu pernyataan mengenai pengkenselanitu hendaklah diserahkan kepada Pendaftar dalam masa tiga puluhhari dari tarikh pengkenselan itu.

Menerbitkan syer dengan diskaun

50. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, sesuatu syarikat luar pesisirboleh menerbitkan dengan diskaun syer syarikat itu daripada kelasyang telah pun diterbitkan.

(2) Tiada syer boleh diterbitkan dengan diskaun tanpa terlebihdahulu mendapatkan kelulusan bertulis Pendaftar.

(3) Sesuatu permohonan bagi menerbitkan syer dengan diskaunhendaklah dibuat kepada suatu syarikat amanah, dan hendaklahdisertakan dengan nama dan alamat semua anggota bersama-samadengan notis yang dialamatkan kepada anggota tersebut memberitahumereka tentang penerbitan yang dicadangkan itu dan menyatakankadar diskaun maksimum yang syer itu akan diterbitkan.

(4) Syarikat amanah yang kepadanya permohonan dibuathendaklah, apabila menerima permohonan dan notis itu,menghantarkan notis itu dan memberitahu semua anggota yang

Page 66: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44166

kepadanya ia dialamatkan bahawa apa-apa bantahan hendaklahdisampaikan supaya dapat diterima oleh syarikat amanah itu dalammasa empat puluh dua hari dari tarikh notis itu.

(5) Apabila habisnya tempoh enam puluh hari dari tarikhpenghantaran notis yang tersebut dalam subseksyen (3), syarikatamanah itu hendaklah menyerahkan permohonan itu, bersama-sama dengan bantahan yang diterimanya, kepada Pendaftar.

(6) Jika sesuatu permohonan sedemikian dibuat, Pendaftar boleh,jika, memandangkan kepada hal keadaan kes itu dan apa-apa bantahan,difikirkannya patut berbuat demikian, meluluskan penerbitan ituatas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

Pengubahan modal syer

51. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir boleh, melalui ketetapankhas, mengubah syarat memorandum dan perkaranya mengikutmana-mana satu atau lebih daripada cara yang berikut:

(a) menambahkan modal syernya dengan mewujudkan syerbaru sebanyak amaun yang difikirkannya suai manfaat;

(b) menyatukan dan membahagi-bahagikan kesemua ataumana-mana modal syernya kepada syer yang lebih besaramaunnya daripada syernya yang ada;

(c) memecahbahagikan syernya atau mana-mana daripada syeritu kepada syer yang lebih kecil amaunnya daripada yangditetapkan oleh memorandum atau perkara, dengansedemikian cara supaya dalam pecah bahagian itu kadardi antara amaun berbayar dengan amaun (jika ada) tidakberbayar atas setiap syer yang dikurangkan hendaklahsama seperti dalam hal syer yang daripadanya syerdikurangkan itu diperoleh;

(d) menukarkan kesemua atau mana-mana syer berbayarnyakepada saham dan menukarkan semula saham itu kepadasyer berbayar daripada apa-apa peringkat nilai;

(e) mengkenselkan syer yang, pada tarikh ketetapan diluluskanbagi maksud itu, belum diambil atau belum dipersetujuiuntuk diambil oleh mana-mana orang, dan mengurangkanamaun modal syer itu sebanyak amaun syer yang telahdikenselkan itu;

Page 67: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 67

(f) memeringkatnilaikan semula mata wang mana-mana syerdengan menukar syer yang diperingkatnilaikan dalam satumata wang kepada jumlah syer yang sama dalam matawang lain dengan kebenaran bertulis dahulu daripadapemiutang, jika ada;

(lA) Sesuatu pemeringkatnilaian semula mata wang mana-manasyer di bawah perenggan (1)(f) hendaklah disifatkan tidakmelaksanakan pengkenselan syer yang sedia ada dan penerbitansyer baru.

(2) Sesuatu pengkenselan syer di bawah perenggan (1)(e) tidakboleh disifatkan suatu pengurangan modal syer mengikut pengertianAkta ini.

(3) Jika, di bawah subseksyen (1), sesuatu syarikat luar pesisirtelah menambah modal syernya dengan melebihi modal yangdinyatakan dalam memorandumnya dengan syer daripada amaunyang ditetapkan, ia hendaklah, dalam masa satu bulan selepasketetapan yang membenarkan penambahan itu diluluskan,menyebabkan diserahkan kepada Pendaftar notis mengikut bentukyang ditetapkan mengenai penambahan itu.

(4) Jika mana-mana syarikat luar pesisir tidak mematuhisubseksyen (3), syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yangingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

Pengesahan syer yang diterbitkan dengan tidak sepatutnya

52. Jika sesuatu syarikat luar pesisir telah berupa menerbitkanatau mengumpukkan syer, dan penerbitan atau pengumpukan syeritu adalah tidak sah disebabkan oleh mana-mana peruntukan Aktaini atau oleh memorandum atau perkara syarikat itu atau selainnya,atau terma penerbitan atau pengumpukan itu adalah tidak konsistendengan atau tidak dibenarkan oleh mana-mana peruntukan itu,Mahkamah boleh, atas permohonan yang diserahkan kepadanyaoleh syarikat itu atau oleh seseorang pemegang atau pemeganggadai-janji mana-mana syer itu atau oleh seseorang pemiutangsyarikat itu, dan apabila berpuas hati bahawa dalam semua halkeadaan adalah adil dan saksama untuk berbuat demikian, membuat

Page 68: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44168

suatu perintah mengesahkan penerbitan atau pengumpukan syeritu, atau mengesahkan terma penerbitan atau pengumpukannya,atau kedua-duanya, tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, yangdikenakannya, dan apabila perintah sedemikian dibuat dan suatusalinan perintah itu diserahkan oleh syarikat itu atau oleh pemegang,pemegang gadai-janji atau pemiutang tersebut kepada Pendaftar,syer itu hendaklah disifatkan telah diterbitkan atau diumpukkansecara sah atas terma penerbitan atau pengumpukannya sebagaimanayang diubah suai oleh syarat, jika ada, yang dikenakan olehMahkamah.

Ketetapan khas bagi pengurangan modal syer

53. (1) Tertakluk kepada pengesahan Mahkamah, sesuatu syarikatluar pesisir boleh, jika dibenarkan demikian oleh perkaranya, melaluiketetapan khas mengurangkan modal syernya mengikut apa-apacara dan khususnya, tanpa menghadkan keluasan makna yang disebutdi atas, boleh—

(a) menghapuskan atau mengurangkan liabiliti ke atas mana-manasyernya berkenaan dengan modal syer yang tidak berbayar;

(b) mengkenselkan mana-mana modal berbayar yang hilangatau yang tidak diwakili oleh aset yang ada; atau

(c) membayar mana-mana modal syer berbayar yang melebihikeperluan syarikat, atau yang selainnya bagi kepentingansyarikat itu keseluruhannya untuk dibayar,

dan boleh, setakat yang perlu, mengubah memorandumnya denganmengurangkan amaun modal syernya dan amaun syernya dengansewajarnya.

(2) Jika pengurangan modal syer yang dicadangkan itu melibatkanpengurangan liabiliti berkenaan dengan modal syer tidak berbayaratau pembayaran kepada mana-mana pemegang syer bagi mana-manamodal syer berbayar, dan dalam mana-mana hal lain jika Mahkamahmengarahkaan demikian—

(a) tiap-tiap pemiutang syarikat luar pesisir yang, pada tarikhyang ditetapkan oleh Mahkamah, berhak terhadapmana-mana hutang atau tuntutan yang, jika tarikh tersebutpermulaan bagi penggulungan syarikat itu, boleh diterimasebagai bukti terhadap syarikat itu, berhak membantahpengurangan itu;

Page 69: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 69

(b) Mahkamah, melainkan jika berpuas hati dengan akuanberkanun oleh pengarah bahawa tidak terdapat pemiutangsedemikian, hendaklah menetapkan suatu senarai pemiutangyang berhak membantah, dan bagi maksud itu hendaklahmenentukan, seboleh-bolehnya tanpa menghendaki suatupermohonan daripada mana-mana pemiutang, namapemiutang itu dan jenis serta amaun hutang atau tuntutanmereka, dan boleh menyiarkan notis yang menetapkanhari terakhir yang atau yang sebelumnya pemiutang yangtidak dicatatkan di senarai itu boleh menuntut untukdicatatkan demikian; dan

(c) jika seseorang pemiutang yang dicatatkan di senarai yanghutang atau tuntutannya tidak dijelaskan atau belumdiputuskan tidak bersetuju dengan pengurangan itu,Mahkamah boleh mengetepikan persetujuan pemiutangitu apabila syarikat luar pesisir itu menjamin pembayaranhutang atau tuntutannya dengan mengasingkan,sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah—

(i) jika syarikat itu mengakui amaun penuh hutangatau tuntutan itu, atau walaupun tidak mengakuinya,bersetuju mengadakannya, amaun penuh hutangatau tuntutan itu; atau

(ii) jika syarikat itu tidak mengakui, dan tidak bersediamengadakan, amaun penuh hutang atau tuntutanitu, atau jika amaun itu adalah kontinjen atau belumdiputuskan, suatu amaun yang ditetapkan olehMahkamah selepas siasatan dan penghukuman yangseumpamanya seolah-olah syarikat itu digulungoleh Mahkamah.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Mahkamah boleh,memandangkan kepada hal keadaan sesuatu kes, mengarahkan bahawasegala atau mana-mana peruntukan subseksyen itu tidak terpakaiberkenaan dengan mana-mana kelas pemiutang.

(4) Mahkamah, jika berpuas hati mengenai tiap-tiap pemiutangyang berhak membantah di bawah subseksyen (2), bahawa samaada persetujuannya terhadap pengurangan itu telah diperoleh, atauhutang atau tuntutannya telah dijelaskan atau telah diputuskanatau telah dijamin, boleh membuat suatu perintah yang mengesahkanpengurangan itu atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya

Page 70: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44170

patut, dan boleh menghendaki syarikat luar pesisir itu menyiarkansebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah sebab bagi penguranganitu atau apa-apa maklumat lain yang difikirkan suai manfaat olehMahkamah, dan, jika Mahkamah memikirkan patut, sebab yangmembawa kepada pengurangan itu.

(5) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4)hendaklah menunjukkan amaun modal syer syarikat luar pesisir itusebagaimana yang diubah oleh perintah itu, bilangan syer yangsyer itu hendak dibahagi-bahagikan dan amaun setiap syer danamaun, jika ada, pada tarikh perintah itu, yang disifatkan berbayaratas setiap syer.

(6) Apabila salinan pejabat perintah itu diserahkan kepadaPendaftar, ketetapan bagi pengurangan modal syer sebagaimanayang disahkan oleh perintah yang diserahkan demikian hendaklahberkuat kuasa.

(7) Perakuan Pendaftar hendaklah menjadi keterangan konklusifbahawa segala kehendak Akta ini mengenai pengurangan modalsyer telah dipatuhi dan bahawa modal syer sesuatu syarikat luarpesisir sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(8) Apabila salinan perintah itu diserahkan, butir-butir yangditunjukkan dalam perintah itu menurut subseksyen (5) hendaklahdisifatkan menggantikan butir-butir yang bersamaan dalammemorandum, dan penggantian sedemikian dan apa-apa penambahanyang diperintahkan oleh Mahkamah supaya dibuat pada nama syarikatluar pesisir itu hendaklah (dalam hal apa-apa penambahan kepadanama, selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah Mahkamahitu) disifatkan sebagai pengubahan memorandum bagi maksud Aktaini.

(9) Seseorang anggota, yang dahulu atau yang ada sekarang,tidaklah bertanggungan berkenaan dengan mana-mana syer terhadapapa-apa panggilan atau caruman yang amaunnya melebihi perbezaandi antara amaun syer yang ditetapkan oleh perintah itu denganamaun yang dibayar, atau amaun yang dikurangkan yang disifatkantelah dibayar atas syer itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,tetapi jika mana-mana pemiutang yang berhak membantahpengurangan itu, disebabkan kejahilannya tentang prosiding bagipengurangan itu, atau tentang jenis dan kesan prosiding itu terhadaptuntutannya, tidak dicatatkan di senarai pemiutang, dan selepaspengurangan itu syarikat luar pesisir itu tidak dapat, mengikut

Page 71: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 71

pengertian peruntukan Akta ini mengenai penggulungan olehMahkamah, membayar amaun hutang atau tuntutannya—

(a) tiap-tiap orang yang menjadi anggota syarikat luar pesisiritu pada tarikh penyerahan salinan perintah Mahkamahbagi pengurangan itu adalah bertanggungan untukmenyumbang bagi pembayaran hutang atau tuntutan itusebanyak amaun yang tidak melebihi amaun yang diasepatutnya bertanggungan menyumbang jika syarikat itutelah mula digulung pada hari sebelum tarikh tersebut; dan

(b) jika syarikat luar pesisir itu digulung, Mahkamah, ataspermohonan mana-mana pemiutang itu dan apabila terbuktikejahilannya mengenai prosiding bagi pengurangan ataumengenai jenis dan kesan prosiding itu terhadaptuntutannya, boleh menetapkan suatu senarai orang yangbertanggungan menyumbang, dan membuat sertamenguatkuasakan panggilan dan perintah ke atas pencarumyang ditetapkan di senarai itu, seolah-olah mereka pencarumbiasa dalam sesuatu penggulungan,

tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menyentuhhak pencarum itu sesama mereka sendiri.

(10) Mana-mana pegawai syarikat luar pesisir yang—

(a) bersengaja menyembunyikan nama mana-mana pemiutangyang berhak membantah pengurangan itu;

(b) bersengaja menyalahnyatakan jenis atau amaun hutangatau tuntutan mana-mana pemiutang; atau

(c) membantu, menyubahati atau menjadi pihak kepada mana-mana penyembunyian atau salah nyataan itu,

melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Penjara selama tiga tahun atau sepuluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

Hak pemegang syer keutamaan hendaklah dinyatakan dalamperkara

54. (1) Tiada syarikat luar pesisir boleh mengumpukkan syerkeutamaan, atau menukarkan syer terbitan menjadi syer keutamaan,

Page 72: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44172

melainkan jika ada dinyatakan dalam perkaranya akan hak pemegangsyer itu mengenai pembayaran balik modal, penyertaan dalam asetlebihan dan keuntungan, dividen kumulatif atau tidak kumulatif,pengundian dan keutamaan pembayaran modal dan dividenberhubungan dengan syer lain atau kelas syer keutamaan yanglain.

(2) Penerbitan oleh sesuatu syarikat luar pesisir akan syerkeutamaan yang berperingkat pari passu dengan syer keutamaanyang ada yang dikeluarkan oleh syarikat itu hendaklah disifatkansebagai suatu pengubahan hak yang terkembar dengan syer keutamaanyang ada itu melainkan jika penerbitan syer yang mula-mula disebutitu dibenarkan oleh terma penerbitan syer keutamaan yang adaatau oleh perkara yang berkuat kuasa pada masa syer keutamaanyang ada itu diterbitkan.

(3) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikatluar pesisir itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkarmelakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Syer keutamaan boleh tebus

55. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, sesuatu syarikat luar pesisiryang mempunyai modal syer boleh, jika dibenarkan demikian olehperkaranya, menerbitkan syer keutamaan yang boleh, atau atasopsyen syarikat itu akan boleh, ditebus dan penebusan itu hendaklahdibuat hanya atas apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara yangdiperuntukkan oleh perkara itu.

(2) Penebusan itu tidaklah boleh dikira sebagai mengurangkanamaun modal syer dibenarkan bagi syarikat itu.

(3) Syer itu tidak boleh ditebus—

(a) kecuali dengan keuntungan yang sepatutnya bolehdidapatkan untuk dividen, atau daripada hasil penerbitanbaru syer yang dibuat bagi maksud penebusan itu; dan

(b) melainkan jika syer itu berbayar penuh.

(4) Premium, jika ada, yang kena dibayar atas penebusanhendaklah diperuntukkan daripada keuntungan atau akaun premiumsyer sebelum syer itu ditebus.

Page 73: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 73

(5) Jika mana-mana syer itu ditebus selain dengan hasil sesuatupenerbitan baru, hendaklah, daripada keuntungan yang sepatutnyaboleh didapatkan untuk dividen, dipindahkan kepada suatu rizabyang dinamakan “rizab penebusan modal” suatu jumlah wang yangsama banyak dengan amaun nominal syer yang ditebus, danperuntukan Akta ini yang berhubung dengan pengurangan modalsyer sesuatu syarikat luar pesisir hendaklah, kecuali sebagaimanayang diperuntukkan dalam seksyen ini, terpakai seolah-olah rizabpenebusan modal itu adalah modal syer berbayar syarikat itu.

(6) Jika, menurut seksyen ini, sesuatu syarikat luar pesisir telahmenebus, atau hampir hendak menebus, mana-mana syer keutamaan,ia boleh menerbitkan syer hingga setakat amaun nominal syeryang ditebus atau yang hendak ditebus seolah-olah syer itu tidakpernah diterbitkan, dan dengan demikian itu modal syer syarikatitu tidak boleh, bagi maksud apa-apa fi di bawah Akta ini, disifatkantelah ditambah dengan penerbitan itu, tetapi jika syer baru diterbitkansebelum penebusan syer lama, syer baru itu tidak boleh, setakatyang berhubung dengan apa-apa fi di bawah Akta ini, disifatkantelah diterbitkan menurut subseksyen ini melainkan jika syer lamaitu telah ditebus dalam masa satu bulan selepas penerbitan syerbaru itu.

(7) Rizab penebusan modal boleh digunakan bagi membayarsyer tidak diterbitkan bagi syarikat itu yang hendak diterbitkankepada anggota syarikat sebagai syer bonus berbayar penuh.

(8) Jika sesuatu syarikat luar pesisir menebus mana-mana syerkeutamaan boleh tebus, ia hendaklah, dalam masa satu bulan selepasberbuat demikian, memberi notis mengenainya kepada Pendaftarmenyatakan syer yang telah ditebus itu.

PENGGAL 4

DEBENTUR

Tafsiran

56. Dalam Penggal ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“syarikat peminjam” ertinya suatu syarikat luar pesisir yangberada atau akan berada di bawah suatu liabiliti, sama ada atautidak liabiliti itu pada masa sekarang atau masa hadapan, untukmembayar semula apa-apa wang yang diterima atau akan diterima

Page 74: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44174

olehnya sebagai sambutan kepada suatu pelawaan kepada awamuntuk memohon beli atau membeli debentur syarikat itu;

“syarikat penggerenti”, berhubung dengan syarikat peminjam,ertinya suatu syarikat luar pesisir yang telah menggerenti, atautelah bersetuju untuk menggerenti, pembayaran semula apa-apawang diterima atau akan diterima oleh syarikat peminjam sebagaisambutan kepada suatu pelawaan kepada awam untuk memohonbeli atau membeli debentur syarikat peminjam itu.

Kuasa menerbitkan debentur

57. (1) Tertakluk kepada Penggal ini dan kepada terma dansyarat memorandum atau perkaranya, sesuatu syarikat luarpesisir hendaklah mempunyai kuasa untuk menerbitkan debenturkepada bukan pemastautin Malaysia atas apa-apa terma dansyarat yang difikirkannya patut dan khususnya, tetapi tanpamenghadkan keluasan makna yang disebut di atas, boleh menerbitkandebentur—

(a) yang menjadi gadaian bagi mana-mana atau kesemuaaset syarikat itu;

(b) yang boleh ditukar daripada debentur kepada syer dalamsyarikat itu; atau

(c) sebagai debentur bercagar.

(2) Hutang yang kena dibayar di bawah mana-mana debentur,sama ada dimeterai atau ditandatangani bagi pihak syarikat, hendaklahmenjadi suatu hutang istimewa syarikat itu, dan jika debentur ituditerbitkan oleh cawangan sesuatu syarikat, hendaklah terletak dicawangan tersebut.

(3) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—

(a) menyekat hak sesuatu syarikat luar pesisir atau mana-manakelas syarikat luar pesisir tertentu untuk menerbitkandebentur yang boleh ditukarkan kepada syer; dan

(b) menetapkan terma dan syarat atau kejadian atas manapenukaran hendak atau boleh dilakukan.

Page 75: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 75

Syarikat luar pesisir hendaklah menyenggara daftar pemegangdebentur

58. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, tiap-tiap syarikatluar pesisir yang menerbitkan debentur hendaklah menyimpan danmenyenggarakan di pejabat berdaftarnya di Labuan—

(a) suatu daftar pemegang debentur itu; dan

(b) suatu salinan kesemua terma bagi debentur yangditerbitkan demikian.

(2) Tiap-tiap daftar pemegang debentur sesuatu syarikat luarpesisir hendaklah, kecuali apabila ditutup dengan sempurnanya,dibuka untuk pemeriksaan pemegang berdaftar mana-mana debenturtersebut dan mana-mana pemegang syer dalam syarikat itu, danhendaklah mengandungi, dalam hal debentur biasa, butir-butirmengenai nama dan alamat pemegang debentur dan jumlah debenturyang dipegang oleh tiap-tiap seorang daripada mereka.

(3) Bagi maksud seksyen ini, sesuatu daftar pemegang debenturhendaklah disifatkan ditutup dengan sempurnanya jika ditutupmengikut peruntukan yang terkandung dalam perkara, atau dalamdebentur atau perakuan saham debentur, atau dalam surat ikatanamanah atau dokumen lain yang berhubungan dengan atau yangmendapatkan debentur itu, dalam tempoh atau tempoh-tempoh,yang pada agregatnya tidak melebihi tiga puluh hari dalam mana-mana tahun kalendar, sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya.

(4) Mana-mana pemegang berdaftar debentur yang diterbitkanoleh, dan mana-mana pemegang syer dalam, sesuatu syarikat luarpesisir hendaklah, atas permintaannya, dibekalkan oleh syarikatitu dengan suatu salinan daftar pemegang debentur syarikat ituatau mana-mana bahagiannya, apabila dibayar sesuatu amaun, tidakmelebihi lima dolar, sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikatitu, tetapi salinan itu tidak perlu meliputi apa-apa butir mengenaimana-mana pemegang debentur selain nama dan alamatnya dandebentur yang dipegang olehnya.

(5) Suatu salinan mana-mana surat ikatan amanah yang berhubungdengan atau bagi mendapatkan apa-apa penerbitan debentur olehsesuatu syarikat luar pesisir hendaklah dikemukakan oleh syarikatitu kepada pemegang debentur itu atas permintaannya, apabiladibayar sesuatu amaun, tidak melebihi lima dolar, sebagaimanayang dikehendaki oleh syarikat itu.

Page 76: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44176

(6) Jika pemeriksaan tidak dibenarkan, atau suatu salinan tidakdiberikan atau tidak dikemukakan, dalam masa yang munasabah(tetapi tidak lebih daripada satu bulan) selepas suatu permintaandibuat menurut seksyen ini, syarikat luar pesisir dan tiap-tiap pegawaisyarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Aktaini.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

(7) Tiap-tiap syarikat luar pesisir yang menerbitkan debenturhendaklah, sehingga tiap-tiap debentur itu telah ditebus dandikenselkan, menyerahkan kepada Pendaftar, sekurang-kurangnyasekali dalam tiap-tiap tahun kalendar, suatu penyata debentur yangmenyatakan butir-butir yang ditetapkan.

Debentur berkekalan

59. Suatu syarat yang terkandung dalam sesuatu debentur, ataudalam surat ikatan bagi mendapatkan sesuatu debentur, tidaklahmenjadi tidak sah semata-mata oleh sebab debentur itu dijadikantidak boleh tebus atau boleh tebus hanya apabila berlakunya sesuatukontingensi, walau bagaimana sedikit (remot) sekalipun, atau apabilahabisnya sesuatu tempoh, walau bagaimana panjang sekalipun,walau apa pun rukun undang-undang atau ekuiti yang berlawanan.

Penerbitan semula debentur telah ditebus

60. (1) Jika sesuatu syarikat luar pesisir telah menebus mana-manadebentur—

(a) melainkan jika apa-apa peruntukan yang berlawanan,sama ada nyata atau tersirat, terkandung dalam apa-apakontrak yang dibuat oleh syarikat itu; atau

(b) melainkan jika syarikat itu telah, dengan meluluskansuatu ketetapan bagi maksud itu atau dengan apa-apaperbuatan lain, menyatakan niatnya supaya debenturitu dikenselkan,

syarikat itu hendaklah mempunyai kuasa untuk menerbitkansemula debentur itu, sama ada dengan menerbitkan semuladebentur yang sama atau dengan menerbitkan debentur lainbagi menggantikannya, tetapi penerbitan semula sesuatu debenturatau penerbitan sesuatu debentur bagi menggantikan yang

Page 77: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 77

lain di bawah subseksyen ini tidaklah boleh diambil kira sebagaipenerbitan sesuatu debentur baru bagi maksud apa-apaperuntukan yang membataskan amaun atau bilangan debenturyang boleh diterbitkan oleh syarikat itu.

(2) Apabila debentur telah ditebus diterbitkan semula, orangyang berhak terhadap debentur itu hendaklah mempunyai, danhendaklah disifatkan sentiasa telah mempunyai, prioriti yang samaseolah-olah debentur itu tidak pernah ditebus.

(3) Jika sesuatu syarikat luar pesisir telah mendepositkan mana-manadebenturnya bagi mendapatkan pendahuluan bagi akaun semasaatau selainnya, debentur itu tidaklah boleh disifatkan telah ditebussemata-mata oleh sebab akaun syarikat itu telah tidak lagi dalamdebit semasa debentur itu masih didepositkan demikian.

Pemegang amanah bagi pemegang debentur

61. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir yang menawarkan debenturkepada awam untuk dipohon beli atau dibeli di bawah Akta inihendaklah membuat peruntukan dalam debentur itu, atau dalamsurat ikatan amanah yang berhubung dengan debentur itu, bagipelantikan suatu syarikat amanah sebagai pemegang amanah bagipemegang debentur.

(2) Sesuatu syarikat peminjam tidak boleh mengumpukkan mana-manadebentur sehingga suatu syarikat amanah telah dilantik sebagaipemegang amanah bagi pemegang debentur itu.

(3) Jika berlaku keingkaran oleh sesuatu syarikat peminjam padamematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini, syarikat itu dantiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahanterhadap Akta ini.

(4) Tiada seorang pun, selain daripada suatu syarikat amanah,boleh bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur.

Kewajipan pemegang amanah

62. (1) Sesuatu syarikat amanah apabila bertindak sebagaipemegang amanah bagi pemegang debentur—

(a) hendaklah menjalankan usaha yang munasabah untukmenentukan sama ada atau tidak aset syarikat peminjam

Page 78: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44178

dan setiap syarikat penggerentinya, yang ada atau mungkinada sama ada sebagai cagaran atau selainnya, mencukupi,atau mungkin akan atau akan menjadi mencukupi, untukmenjelaskan hutang utama jika dan apabila ia kenadibayar;

(b) hendaklah memuaskan hatinya bahawa setiap prospektusyang berhubung dengan debentur itu tidak mengandungiapa-apa perkara yang tidak selaras dengan terma debenturitu atau dengan surat ikatan amanah yang relevan;

(c) hendaklah menjalankan usaha yang munasabah untukmenentukan sama ada atau tidak syarikat peminjam dansetiap syarikat penggerentinya telah melakukan apa-apapelanggaran waad, terma dan peruntukan debentur atausurat ikatan amanah;

(d) kecuali jika ia berpuas hati bahawa pelanggaran waad,terma dan peruntukan debentur atau surat ikatan amanahitu tidak akan memudaratkan secara material cagaran(jika ada) bagi debentur atau kepentingan pemegangdebentur, hendaklah mengambil segala langkah danmelakukan semua perkara yang ia diberi kuasa untukmelakukan bagi menyebabkan syarikat peminjam itudan mana-mana syarikat penggerentinya meremedikanapa-apa pelanggaran waad, terma dan peruntukan tersebut;

(e) jika syarikat peminjam atau mana-mana syarikatpenggerentinya gagal, apabila dikehendaki oleh syarikatamanah itu, meremedikan apa-apa pelanggaran waad,terma dan peruntukan debentur atau surat ikatan amanahitu, hendaklah membentangkan perkara itu di mesyuaratpemegang debentur, mengemukakan apa-apa cadanganbagi melindungi pelaburan mereka sebagaimana yangdifikirkan perlu dan sesuai oleh syarikat amanah itu danmendapatkan arahan pemegang berhubung dengannya;dan

(f) jika syarikat peminjam mengemukakan kepada pemegangitu suatu kompromi atau perkiraan, hendaklah memberikankepada pemegang itu suatu pernyataan yang menerangkankesan kompromi atau perkiraan itu dan, jika difikirkannyapatut, mengesyorkan kepada mereka suatu penjalanantindakan yang sesuai untuk diambil oleh mereka berhubungdengannya.

Page 79: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 79

(2) Jika, selepas siasatan wajar, syarikat amanah yang bertindaksebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur pada bila-bilamasa berpendapat bahawa aset syarikat peminjam dan aset mana-mana syarikat penggerentinya yang ada atau sepatutnya ada, samaada sebagai cagaran atau selainnya, tidak mencukupi atau mungkintidak akan mencukupi untuk menjelaskan hutang utama jika danapabila ia kena dibayar, pemegang amanah boleh menyerahkansuatu permohonan mengikut bentuk yang ditetapkan kepada Pendaftaruntuk mendapatkan suatu arahan di bawah subseksyen ini danPendaftar boleh, atas permohonan itu, selepas memberi syarikatpeminjam suatu peluang membuat representasi berhubung denganpermohonan itu, melalui arahan bertulis yang disampaikan kepadasyarikat itu di pejabat berdaftarnya di Labuan, mengenakan apa-apa sekatan ke atas aktiviti syarikat itu, termasuk sekatan mengenaipengiklanan bagi mendapatkan deposit atau pinjaman dan mengenaipeminjaman oleh syarikat itu, sebagaimana yang difikirkan perluoleh Pendaftar bagi melindungi kepentingan pemegang debentur,atau Pendaftar boleh, dan jika syarikat peminjam menghendakidemikian hendaklah, mengarahkan syarikat amanah supayamenyerahkan suatu permohonan kepada Mahkamah bagimendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (4) dan syarikatamanah itu hendaklah memohon dengan sewajarnya.

(3) Jika—

(a) selepas siasatan wajar, syarikat amanah yang bertindaksebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur padabila-bila masa berpendapat bahawa aset syarikat peminjamdan aset mana-mana syarikat penggerentinya yang adaatau sepatutnya ada tidak mencukupi, atau mungkin tidakakan mencukupi, bagi menjelaskan hutang utama jikadan apabila ia kena dibayar; atau

(b) syarikat itu telah melanggar atau tidak mematuhi sesuatuarahan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen(2),

syarikat amanah itu boleh, dan jika syarikat peminjam telah memintasyarikat amanah berbuat demikian, syarikat amanah itu hendaklah,memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah dibawah subseksyen (4).

(4) Jika suatu permohonan diserahkan oleh syarikat amanahkepada Mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (3), Mahkamah,

Page 80: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44180

selepas memberi syarikat peminjam suatu peluang untuk didengari,boleh, dengan perintah, melakukan kesemua atau mana-mana perkarayang berikut, iaitu—

(a) mengarahkan syarikat amanah itu supaya memanggil suatumesyuarat pemegang debentur bagi maksudmembentangkan di hadapan mereka apa-apa maklumatyang berhubung dengan kepentingan mereka sebagaimanayang difikirkan perlu atau sesuai oleh syarikat amanahitu dan bagi maksud mendapatkan arahan mereka berhubungdengannya, dan memberi apa-apa arahan berhubung denganpenjalanan mesyuarat itu sebagaimana yang difikirkanpatut oleh Mahkamah;

(b) menangguhkan kesemua atau apa-apa tindakan atauprosiding di hadapan mana-mana Mahkamah oleh atauterhadap syarikat peminjam;

(c) menghalang pembayaran apa-apa wang oleh syarikatpeminjam kepada pemegang debentur syarikat itu ataukepada mana-mana kelas pemegang debentur itu;

(d) melantik seorang penerima bagi mana-mana harta yangmenjadi cagaran (jika ada) bagi debentur itu atau mana-manabahagiannya;

(e) memberi apa-apa arahan selanjutnya dari semasa ke semasasebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentinganpemegang debentur, anggota syarikat peminjam atau mana-mana syarikat penggerentinya atau awam,

tetapi pada membuat apa-apa perintah sedemikian Mahkamahhendaklah mengambil perhatian akan hak kesemua pemiutang syarikatpeminjam.

(5) Mahkamah boleh mengubah atau membatalkan apa-apaperintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) sebagaimana yangdifikirkannya patut.

(6) Sesuatu syarikat amanah, pada membuat apa-apa permohonankepada Pendaftar atau Mahkamah, hendaklah mengambil perhatianakan bentuk dan jenis cagaran yang diberi semasa debentur ituditawarkan kepada awam, dan, jika tiada cagaran diberikan, hendaklahmengambil perhatian akan kedudukan pemegang debentur sebagaipemiutang tidak bercagar bagi syarikat peminjam itu.

Page 81: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 81

(7) Sesuatu syarikat amanah boleh bergantung kepada apa-apaperakuan atau laporan yang diberikan atau pernyataan yang dibuatoleh mana-mana peguam bela, juruaudit atau pegawai syarikatpeminjam atau syarikat penggerenti jika ia mempunyai alasan yangmunasabah bagi mempercayai bahawa peguam bela, juruaudit ataupegawai itu berwibawa untuk memberi atau membuat perakuan,laporan atau pernyataan itu.

Obligasi pengarah syarikat peminjam

63. (1) Jika sesuatu syarikat amanah bertindak sebagai pemegangamanah bagi pemegang mana-mana debentur sesuatu syarikatpeminjam, pengarah syarikat peminjam itu hendaklah—

(a) di akhir sesuatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulanyang tamat pada hari yang syarikat amanah itu denganini dikehendaki memberitahu syarikat peminjam secarabertulis; dan

(b) di akhir setiap tempoh berikutannya selepas itu, iaitusuatu tempoh selama tiga bulan atau apa-apa masa yanglebih singkat yang dibenarkan oleh syarikat amanah itudalam mana-mana hal keadaan yang khas,

menyediakan suatu laporan yang berhubung dengan tempoh itudan mematuhi kehendak subseksyen (2) dan, dalam masa tigapuluh hari selepas berakhirnya setiap tempoh itu, menyerahkansuatu salinan laporan yang berhubung dengan tempoh itu kepadaPendaftar dan kepada syarikat amanah itu.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

(2) Laporan yang tersebut dalam subseksyen (1) hendaklahditandatangani oleh tidak kurang daripada dua orang pengarahbagi pihak kesemua pengarah dan hendaklah menyatakan secaraterperinci apa-apa perkara yang memudaratkan cagaran ataukepentingan pemegang debentur dan, tanpa menyentuh keluasanmakna yang disebut di atas, hendaklah menyatakan—

(a) sama ada atau tidak batasan amaun yang syarikat ituboleh meminjam telah dilebihi;

(b) sama ada atau tidak syarikat peminjam dan setiap syarikatpenggerentinya telah menuruti dan melaksanakan kesemuawaad dan peruntukan yang mengikut syarikat peminjam

Page 82: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44182

dan syarikat penggerenti itu masing-masingnya melaluiatau menurut debentur atau apa-apa surat ikatan amanah;

(c) sama ada atau tidak apa-apa kejadian telah berlaku yangtelah menyebabkan atau boleh menyebabkan debenturatau apa-apa peruntukan surat ikatan amanah yang relevanboleh dikuatkuasakan dan, jika demikian, butir-butirmengenai kejadian itu;

(d) sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan yang menyentuhsyarikat peminjam, subsidiarinya atau syarikatpenggerentinya atau mana-mana daripadanya telah berlakuyang secara material menyentuh apa-apa cagaran ataugadaian yang diwujudkan oleh debentur atau apa-apasurat ikatan amanah dan, jika demikian, butir-butirmengenai hal keadaan itu;

(e) sama ada atau tidak telah terdapat apa-apa perubahansubstantial pada jenis perniagaan syarikat peminjam ataumana-mana subsidiarinya atau mana-mana syarikatpenggerentinya sejak debentur itu mula diterbitkan kepadaawam yang dahulunya telah tidak dilaporkan sebagaimanayang dikehendaki oleh seksyen ini dan, jika demikian,butir-butir mengenai perubahan itu; dan

(f) jika syarikat peminjam telah mendepositkan wang dengan,atau meminjamkan wang kepada, atau mengambil alihapa-apa liabiliti, sesuatu syarikat yang menurut seksyen4 disifatkan berkaitan dengan syarikat peminjam itu, butir-butir mengenai—

(i) jumlah amaun yang telah didepositkan ataudipinjamkan demikian dan takat apa-apa liabilitiyang telah diambil alih dalam tempoh yang diliputioleh laporan itu;

(ii) jumlah amaun yang terhutang kepada syarikatpeminjam itu berkenaan dengan wang yang telahdidepositkan atau dipinjamkan demikian dan takatapa-apa liabiliti yang telah diambil alih itusebagaimana di akhir tempoh yang diliputi olehlaporan itu,

dengan membezakan di antara deposit, pinjaman danpengambilalihan liabiliti yang bercagar dengan yang tidakbercagar, tetapi tidak termasuk apa-apa deposit dengan

Page 83: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 83

atau pinjaman kepada atau apa-apa liabiliti yang diambilalih bagi pihak sesuatu syarikat jika syarikat itu telahmenggerenti pembayaran balik debentur syarikat peminjamdan telah menjamin gerenti itu dengan suatu gadaian keatas asetnya bagi faedah syarikat amanah yang bertindaksebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikatpeminjam itu.

(3) Jika sesuatu syarikat amanah bertindak sebagai pemegangamanah bagi pemegang mana-mana debentur yang diterbitkan olehsesuatu syarikat peminjam, syarikat peminjam itu dan setiap syarikatpenggerenti yang telah menggerentikan pembayaran balik wangyang telah diperdapatkan melalui penerbitan debentur itu hendaklah,dalam masa dua puluh satu hari selepas pewujudan gadaian itu,memberikan kepada syarikat amanah bagi pihak pemegang debenturitu, sama ada atau tidak apa-apa tuntutan mengenainya telah dibuat,butir-butir mengenai apa-apa gadaian yang diwujudkan oleh syarikatitu atau syarikat penggerenti itu, mengikut kehendak keadaan, danjika amaun yang hendak didahulukan atas jaminan gadaian itutidak tertentu (dalam masa tujuh hari selepas pendahuluan itu)butir-butir mengenai amaun atau amaun-amaun yang sebenarnyadidahulukan, tetapi jika apa-apa pendahuluan itu disatukan dalamsuatu akaun semasa dengan jurubank atau pemiutang perdagangan,adalah mencukupi bagi butir-butir mengenai amaun bersih yangbelum jelas berkenaan dengan apa-apa pendahuluan itu diberikantiap-tiap tiga bulan.

(4) Pengarah tiap-tiap syarikat peminjam yang telah menerbitkandebentur kepada awam dan pengarah tiap-tiap syarikat penggerentiyang telah menggerenti pembayaran semula wang yang diperdapatkanmelalui penerbitan debentur kepada awam hendaklah, pada sesuatutarikh yang tidak lewat daripada sembilan bulan, atau dalam halsesuatu syarikat tertentu, tidak lewat daripada apa-apa tempoh lainyang pada masa ini ditetapkan oleh Pendaftar dengan persetujuansyarikat amanah yang bertindak bagi pihak pemegang debentursyarikat itu, selepas habisnya tempoh setiap tahun kewangan syarikatitu, menyebabkan dibuat dan diserahkan kepada Pendaftar dankepada syarikat amanah itu suatu akaun keuntungan dan kerugianbersama-sama dengan pernyataan terperinci mengenai liabiliti belumbayar di bawah debentur itu bagi tempoh mulai dari akhir tahunkewangan itu hingga habisnya tempoh enam bulan selepasberakhirnya tahun kewangan itu dan suatu kunci kira-kirasebagaimana pada akhir tempoh yang dimaksudkan oleh akaunkeuntungan dan kerugian itu.

Page 84: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44184

(5) Jika sesuatu syarikat penggerenti, iaitu syarikat yangdiperbadankan di mana-mana negeri atau wilayah yang dinamakanbagi maksud seksyen ini oleh Menteri, telah menyerahkan kepadapihak berkuasa yang berkenaan di mana-mana negeri atau wilayahyang dinamakan itu suatu akaun keuntungan dan kerugian dankunci kira-kira bagi tempoh yang relevan itu, ia hendaklah menjadipematuhan yang mencukupi dengan kehendak subseksyen (4) jika,dengan persetujuan syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegangamanah bagi pemegang debentur syarikat peminjam itu, telahdiserahkan kepada Pendaftar dan syarikat amanah itu salinan diperakuibagi akaun keuntungan dan kerugian dan kunci kira-kira yangdiserahkan demikian.

(6) Jika pengarah sesuatu syarikat peminjam tidak menyerahkankepada syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanahbagi pemegang debentur syarikat itu suatu laporan sebagaimanayang dikehendaki oleh subseksyen (1), atau jika pengarah sesuatusyarikat peminjam atau pengarah sesuatu syarikat penggerenti tidakmenyerahkan kepada Pendaftar dan syarikat amanah akaunkeuntungan dan kerugian, pernyataan terperinci dan kunci kira-kirasebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (4) dalam masayang ditetapkan itu, syarikat amanah itu hendaklah, dengan seberapacepat mungkin, menyerahkan notis mengenai fakta itu kepadaPendaftar.

Obligasi syarikat penggerenti untuk memberi maklumat

64. (1) Bagi maksud penyediaan sesuatu laporan yang dikehendakioleh Akta ini supaya ditandatangani oleh atau bagi pihak pengarahsesuatu syarikat peminjam atau mana-mana daripada mereka, syarikatitu boleh, melalui notis bertulis, menghendaki mana-mana syarikatpenggerentinya supaya memberi kepadanya apa-apa maklumat yangberhubung dengan syarikat penggerenti itu yang dikehendaki olehAkta ini supaya terkandung dalam laporan itu, dan syarikatpenggerenti itu hendaklah memberi maklumat itu kepada syarikatpeminjam itu sebelum sesuatu tarikh, iaitu suatu tarikh yang tidaklewat daripada empat belas hari selepas notis itu diberikan,sebagaimana yang dinyatakan bagi maksud itu dalam notis itu.

(2) Sesuatu syarikat penggerenti yang tidak mematuhi kehendakyang terkandung dalam notis yang diberi menurut subseksyen (1)dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatukesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

Page 85: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 85

Pinjaman dan deposit hendaklah dibayar balik dengan serta-mertaatas kejadian tertentu

65. (1) Jika dalam mana-mana prospektus yang dikeluarkanberkaitan dengan suatu pelawaan kepada awam supaya memohonbeli atau membeli debentur sesuatu syarikat luar pesisir terdapatsuatu pernyataan mengenai apa-apa maksud atau projek tertentuyang baginya wang yang diterima oleh syarikat itu sebagai sambutankepada pelawaan itu akan digunakan, syarikat itu hendaklah darisemasa ke semasa membuat laporan kepada syarikat amanah yangbertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikatitu mengenai kemajuan yang telah dibuat bagi mencapai maksuditu atau menyempurnakan projek itu.

(2) Setiap laporan itu hendaklah dimasukkan ke dalam laporanyang dikehendaki diberi kepada syarikat amanah di bawah subseksyen63(1).

(3) Jika ternyata kepada syarikat amanah yang kepadanya suatulaporan dikemukakan oleh syarikat peminjam bahawa maksud atauprojek itu telah tidak tercapai atau disempurnakan dalam masayang dinyatakan dalam prospektus dalam mana maksud atau projekitu hendak dicapai atau disempurnakan atau, jika tiada sesuatumasa dinyatakan, dalam sesuatu masa yang munasabah, syarikatamanah itu boleh, dan, jika pada pendapatnya adalah perlu untukmelindungi kepentingan pemegang debentur itu, syarikat amanahitu hendaklah, memberi notis bertulis kepada syarikat itu yangmenghendakinya membayar balik wang yang telah diterima olehsyarikat itu dan, dalam masa satu bulan selepas notis itu diberikan,menyerahkan suatu salinan notis itu kepada Pendaftar.

(4) Sesuatu syarikat amanah tidak boleh memberi notis menurutsubseksyen (3) jika ia berpuas hati—

(a) bahawa maksud atau projek itu telah sebahagian besarnyatercapai atau disempurnakan;

(b) bahawa kepentingan pemegang debentur itu telah tidaktermudarat oleh kegagalan mencapai atau menyempurnakanmaksud atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalamprospektus atau dalam sesuatu masa yang munasabah;atau

Page 86: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44186

(c) bahawa kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksudatau projek itu disebabkan oleh hal keadaan, selainkekurangan wang, di luar kawalan syarikat itu yang tidakdapat diramal secara munasabah oleh syarikat itu padamasa prospektus dikeluarkan.

PENGGAL 5

KEPENTINGAN SELAIN SYER, DEBENTUR, DSB.

Tafsiran

66. Dalam penggal ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“kepentingan” ertinya apa-apa hak untuk mendapat atau mengambilbahagian, atau apa-apa kepentingan, sama ada boleh dikuatkuasakanatau tidak, dan sama ada sebenar, prospektif atau kontingen—

(a) dalam apa-apa keuntungan, aset atau penghasilan apa-apapengusahaan atau skim kewangan atau perniagaan, samaada di Malaysia atau di tempat lain;

(b) dalam apa-apa perusahaan bersama, sama ada di Malaysiaatau di tempat lain, di mana pemegang hak atau kepentinganitu terpengaruh untuk menjangkakan keuntungan, sewaatau faedah daripada usaha penaja perusahaan bersamaitu atau pihak ketiga; atau

(c) dalam apa-apa kontrak pelaburan,

sama ada atau tidak hak atau kepentingan itu terbukti dengan suatudokumen formal, dan sama ada atau tidak hak atau kepentinganitu berhubungan dengan suatu aset fizikal, tetapi tidaklah termasuk—

(d) apa-apa syer dalam, atau debentur bagi, sesuatu perbadanan;

(e) apa-apa kepentingan dalam, atau yang terbit daripada,sesuatu polisi insurans nyawa;

(f) apa-apa kepentingan dalam sesuatu perjanjian perkongsianmelainkan jika perjanjian itu—

(i) berhubung dengan sesuatu pengusahaan, skim,perusahaan atau kontrak pelaburan yang ditaja oleh,atau bagi pihak, seseorang yang perniagaan biasanya

Page 87: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 87

atau termasuk penajaan pengusahaan, skim,perusahaan atau kontrak pelaburan yang serupa;atau

(ii) adalah suatu perjanjian, atau termasuk dalam suatukelas perjanjian, yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan bagi maksud perenggan ini;

“kontrak pelaburan” ertinya apa-apa kontrak, skim atau perkiraanyang pada materialnya dan tanpa mengambil kira bentuknyamelibatkan pelaburan wang dalam atau di bawah apa-apa hal keadaandi mana pelabur memperoleh atau boleh memperoleh suatukepentingan mengenai, atau hak berkenaan dengan, harta yang, dibawah atau mengikut terma pelaburan, akan atau boleh, mengikutopsyen pelabur itu, digunakan atau dipergunakan bersama-samadengan mana-mana kepentingan lain mengenai, atau hak lainberkenaan dengan, harta yang diperoleh dalam atau di bawah halkeadaan yang serupa;

“syarikat pengurusan”, berhubung dengan apa-apa kepentinganyang diterbitkan atau apa-apa surat ikatan yang berhubung denganapa-apa kepentingan yang diterbitkan atau dicadang hendakditerbitkan, ertinya sesuatu syarikat yang olehnya atau bagi pihaknyakepentingan itu telah diterbitkan atau dicadang hendak diterbitkan,dan termasuklah mana-mana orang yang pada masa ini menjalankanfungsi syarikat pengurusan itu.

Surat ikatan diluluskan

67. Bagi maksud Penggal ini, sesuatu surat ikatan hendaklahmenjadi suatu surat ikatan diluluskan jika—

(a) Pendaftar telah memberikan kelulusannya bagi surat ikatanitu di bawah Penggal ini; dan

(b) Pendaftar telah memberikan kelulusannya di bawah Penggalini bagi syarikat amanah yang telah dilantik bagi maksudsurat ikatan itu yang bertindak sebagai pemegang amanahatau wakil, dan kelulusan itu belum dibatalkan danpemegang amanah atau wakil itu belum terhenti memegangjawatan.

Kelulusan surat ikatan

68. (1) Jika sesuatu surat ikatan membuat peruntukan bagipelantikan sesuatu syarikat amanah sebagai pemegang amanah

Page 88: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44188

atau wakil bagi pemegang kepentingan yang diterbitkan atau dicadanghendak diterbitkan oleh sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing, Pendaftar boleh, tertakluk kepada seksyen ini,memberi kelulusannya bagi surat ikatan itu.

(2) Pendaftar tidak boleh memberi kelulusannya bagi sesuatusurat ikatan melainkan jika surat ikatan itu—

(a) memperuntukkan bahawa tiada bahagian kepentingan yangdimaksudkan oleh surat ikatan itu boleh ditawarkan kepadapemastautin Malaysia;

(b) mematuhi kehendak Penggal ini; dan

(c) membuat peruntukan bagi apa-apa perkara dan bendalain yang dikehendaki oleh atau di bawah peraturan-peraturansupaya dimasukkan dalam surat ikatan itu, dan jikaperaturan-peraturan telah dibuat menetapkan caj yangboleh dikenakan oleh sesuatu syarikat pengurusan,melainkan jika surat ikatan itu memperuntukkan—

(i) bahawa caj yang hendak dikenakan oleh syarikatpengurusan itu tidak melebihi apa-apa peratusanatau amaun yang ditetapkan; dan

(ii) bahawa harga yang baginya kepentingan yangdimaksudkan oleh surat ikatan itu hendak dijualatau dibeli oleh syarikat pengurusan itu adalahkonsisten dengan peraturan-peraturan yangberhubung dengan harga itu.

Kepentingan hendaklah diterbitkan oleh syarikat luar pesisiratau syarikat luar pesisir asing sahaja

69. Tiada seorang pun, kecuali suatu syarikat luar pesisir atausyarikat luar pesisir asing atau ejen sesuatu syarikat sedemikianyang diberi kuasa bagi maksud itu di bawah meterai syarikat itu,boleh menerbitkan atau menawarkan kepada awam untuk dipohonbeli atau dibeli, atau boleh mempelawa orang ramai memohon beliatau membeli, apa-apa kepentingan.

Pernyataan hendaklah dikeluarkan

70. Sebelum sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing atau ejen sesuatu syarikat sedemikian menerbitkan ataumenawarkan kepada awam untuk dipohon beli atau dibeli, atau

Page 89: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 89

mempelawa orang ramai memohon beli atau membeli, apa-apakepentingan, syarikat itu hendaklah mengeluarkan, atau meyebabkandikeluarkan, suatu pernyataan bertulis berkaitan dengannya, yangmana pernyataan itu hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagaisuatu prospektus yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat, dan kesemuaperuntukan Akta ini dan rukun undang-undang yang berhubungdengan prospektus atau dengan tawaran atau cadangan tawarankepada awam akan syer untuk dipohon beli atau dibeli hendaklah,dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, terpakai dan mempunyaikuat kuasa sewajarnya seolah-olah kepentingan itu adalah syeryang ditawarkan atau dicadang hendak ditawarkan kepada awamuntuk dipohon beli atau dibeli, dan seolah-olah orang yang menerimaapa-apa tawaran atau pelawaan berkenaan dengan atau yang memohonbeli atau membeli apa-apa kepentingan sedemikian pemohon belisyer.

Tiada penerbitan tanpa surat ikatan diluluskan

71. (1) Tiada seorang pun boleh menerbitkan atau menawarkankepada awam untuk dipohon beli atau dibeli, atau mempelawaorang ramai memohon beli atau membeli, apa-apa kepentinganmelainkan jika, pada masa penerbitan, tawaran atau pelawaan itu,ada berkuat kuasa, berhubung dengan kepentingan itu, suatu suratikatan yang adalah surat ikatan dilu1uskan.

(2) Seseorang tidak boleh, dalam mana-mana surat ikatan,prospektus, pernyataan, iklan atau dokumen lain yang berhubungandengan apa-apa kepentingan, membuat apa-apa sebutan mengenaikelulusan sesuatu surat ikatan atau seseorang pemegang amanahatau wakil yang diberikan di bawah Penggal ini.

Daftar pemegang kepentingan

72. (1) Syarikat pengurusan hendaklah, berkenaan dengan setiapsurat ikatan yang bersangkut-paut dengan syarikat itu, menyimpansuatu daftar pemegang kepentingan di bawah surat ikatan itu danmencatatkan di dalamnya—

(a) nama dan alamat pemegang itu;

(b) takat pegangan setiap pemegang dan, jika kepentingannyaterdiri daripada suatu kepentingan tertentu mengenai apa-apaharta, suatu perihalan mengenai harta itu serta tempatletaknya yang cukup bagi mengenal pasti harta itu;

Page 90: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44190

(c) tarikh nama setiap orang dicatatkan di dalam daftar itusebagai seorang pemegang; dan

(d) tarikh mana-mana orang terhenti menjadi seorangpemegang.

(2) Penggal 4 Bahagian V hendaklah, setakat yang berkenaandan dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, terpakai bagi danberhubung dengan daftar itu.

Penalti kerana pelanggaran Penggal, dsb.

73. (1) Seseorang tidak boleh—

(a) melanggar atau gagal mematuhi Penggal ini; atau

(b) gagal mematuhi sesuatu waad yang terkandung, atau yangdisifatkan terkandung, dalam apa-apa surat ikatan yangatau pada bila-bila masa telah menjadi suatu surat ikatandiluluskan.

Penalti: Penjara selama tiga tahun atau sepuluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

(2) Tiada seorang pun boleh dilepaskan daripada apa-apa liabilititerhadap mana-mana pemegang sesuatu kepentingan disebabkanoleh apa-apa pelanggaran, atau kegagalan mematuhi, Penggal ini.

Penggulungan skim, dsb.

74. (1) Jika syarikat pengurusan di bawah suatu surat ikatandilikuidasikan atau jika, pada pendapat pemegang amanah atauwakil, syarikat pengurusan itu tidak lagi menjalankan perniagaanatau telah, dengan menjejaskan pemegang kepentingan yangdimaksudkan oleh surat ikatan itu, tidak mematuhi surat ikatan itu,pemegang amanah atau wakil itu hendaklah memanggil suatumesyuarat pemegang itu.

(2) Sesuatu mesyuarat di bawah subseksyen (1) hendaklahdipanggil—

(a) dengan menghantarkan melalui pos, notis mengenaimesyuarat yang dicadangkan, sekurang-kurangnya duapuluh satu hari sebelum mesyuarat yang dicadang itu,

Page 91: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 91

kepada setiap pemegang di alamatnya yang terakhirdiketahui, atau, dalam hal pemegang bersama, kepadapemegang bersama yang namanya didapati terdahulu dalamrekod syarikat; dan

(b) dengan menyiarkan, sekurang-kurangnya dua puluh satuhari sebelum mesyuarat yang dicadangkan, suatu iklanyang memberi notis mengenai mesyuarat itu dalam suatuakhbar yang diedarkan di Labuan.

(3) Jika di mana-mana mesyuarat sedemikian sesuatu ketetapandiluluskan oleh sebilangan majoriti yang mewakili tiga perempatmengikut nilai daripada pemegang kepentingan yang hadir danyang mengundi, sama ada dengan sendiri atau melalui proksi, dimesyuarat itu bahawa pengusahaan, skim, perusahaan, kontrakatau perkiraan yang dimaksudkan oleh surat ikatan itu digulung,pemegang amanah atau wakil hendaklah memohon kepada Mahkamahuntuk mendapatkan suatu perintah mengesahkan ketetapan itu.

(4) Apabila permohonan dibuat oleh pemegang amanah atauwakil, Mahkamah boleh, jika ia berpuas hati bahawa bagi kepentinganpemegang kepentingan itu, mengesahkan ketetapan itu dan bolehmembuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu atau suai manfaatbagi penggulungan berkesan akan pengusahaan, skim, perusahaan,kontrak atau perkiraan itu.

Liabiliti pemegang amanah

75. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, apa-apa peruntukan yangterkandung dalam sesuatu surat ikatan, atau dalam apa-apa kontrakdengan pemegang kepentingan yang dimaksudkan oleh sesuatusurat ikatan sedemikian, hendaklah tidak sah setakat yang iamempunyai kesan mengecualikan seseorang pemegang amanahatau wakil di bawah surat ikatan itu daripada, atau untuk menanggungrugi seseorang pemegang amanah atau wakil terhadap, liabilitikerana pecah amanah jika pemegang amanah atau wakil itu gagalmenunjukkan tahap berhati-hati dan usaha yang dikehendaki daripadaseseorang pemegang amanah atau wakil.

(2) Subseksyen (1) tidak boleh menidaksahkan—

(a) apa-apa pelepasan yang selainnya diberi dengan sahberkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan, atau yangtidak dilakukan, oleh seorang pemegang amanah atauwakil sebelum pelepasan itu diberi; atau

Page 92: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44192

(b) apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pelepasansedemikian diberi—

(i) atas persetujuan suatu majoriti tidak kurang daripadatiga perempat daripada pemegang kepentingan yangmengundi dengan sendiri atau melalui proksi disuatu mesyuarat yang dipanggil bagi maksud itu;dan

(ii) sama ada mengenai perbuatan atau peninggalantertentu, atau apabila pemegang amanah atau wakilitu tidak lagi bertindak.

PENGGAL 6

HAK MILIK DAN PEMINDAHAN

Jenis syer

76. Syer atau kepentingan lain mana-mana anggota dalam sesuatusyarikat luar pesisir hendaklah harta alih, yang boleh dipindahkanmengikut cara yang diperuntukkan oleh perkara, dan tidak bolehdaripada jenis harta tak alih.

Menomborkan syer

77. (1) Setiap syer dalam sesuatu syarikat luar pesisir hendaklahdikenali dengan nombornya tersendiri.

(2) Walau apa pun subseksyen (1)—

(a) jika pada bila-bila masa kesemua syer terbitan dalamsesuatu syarikat luar pesisir, atau kesemua syer terbitandaripada sesuatu kelas tertentu dalam syarikat itu, telahberbayar penuh dan berperingkat pari passu bagi segalamaksud, tiada mana-mana syer tersebut perlu selepas itumempunyai suatu nombor pengenalan selagi ia masihberbayar penuh dan berperingkat pari passu bagi segalamaksud dengan semua syer yang sama kelasnya yangpada masa ini diterbitkan dan berbayar penuh; atau

(b) jika kesemua syer terbitan dalam sesuatu syarikat luarpesisir terbukti dengan perakuan mengikut seksyen 78dan setiap perakuan itu dikenali dengan nombornya yang

Page 93: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 93

tersendiri dan nombor itu direkodkan dalam daftar anggota,tiada mana-mana syer itu perlu mempunyai suatu nomborpengenalan.

Perakuan hendaklah menjadi keterangan mengenai hak milik

78. (1) Sesuatu perakuan, di bawah meterai suatu syarikat luarpesisir atau mana-mana cawangannya, yang menyatakan apa-apasyer yang dipegang oleh seseorang anggota hendaklah menjadiketerangan prima facie mengenai hakmiliknya terhadap syer itu.

(2) Tiap-tiap perakuan syer hendaklah di bawah meterai syarikatluar pesisir itu atau cawangannya dan hendaklah menyatakan—

(a) nama syarikat itu dan kuasa yang di bawahnya syarikatitu ditubuhkan;

(b) alamat pejabat berdaftar syarikat itu di Labuan atau, jikaperakuan itu dikeluarkan oleh suatu cawangan syarikatitu, alamat cawangan itu;

(c) nilai nominal dan takat yang syer itu telah berbayar; dan

(d) kelas syer.

(3) Kegagalan mematuhi seksyen ini tidak boleh menyentuhhak mana-mana pemegang syer.

(4) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikatluar pesisir itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkarmelakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Syarikat luar pesisir boleh mempunyai meterai syer

79. Sesuatu syarikat luar pesisir boleh, jika dibenarkan olehperkaranya, mempunyai suatu meterai yang pada mukanya hendaklahterdapat nama syarikat itu dan perkataan “Meterai Syer”, dan sesuatuperakuan syer di bawah meterai itu hendaklah disifatkan telahdimeterai dengan meterai biasa syarikat itu bagi maksud Akta ini.

Surat cara pemindahan, dan pemindahan oleh wakil diri

80. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir tidak boleh mendaftarkansesuatu pemindahan syer atau debentur melainkan jika suatu suratcara pemindahan yang sempurna telah dihantar serah kepada syarikat

Page 94: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44194

itu, tetapi subseksyen ini tidaklah menjejaskan apa-apa kuasa untukmendaftarkan sebagai seorang pemegang syer atau pemegang debenturmana-mana orang yang kepadanya hak terhadap mana-mana syerdalam, atau debentur bagi, syarikat itu telah berpindah dengankuat kuasa undang-undang.

(2) Sesuatu pemindahan syer, debentur atau kepentingan lain simati yang dibuat oleh wakil dirinya hendaklah, walaupun wakildiri itu sendiri bukannya anggota syarikat itu, sama sahnya seolah-olahdia telah menjadi anggota sedemikian pada masa penyempurnaansurat cara pemindahan itu.

(3) Pengemukaan kepada sesuatu syarikat luar pesisir apa-apadokumen yang menurut undang-undang keterangan yang mencukupibahwa probet wasiat, atau surat kuasa mentadbir harta pusaka simati telah diberikan kepada seseorang, hendaklah diterima olehsyarikat itu, walau apa pun apa-apa jua dalam perkaranya, sebagaiketerangan yang mencukupi mengenai pemberian itu.

(4) Dalam seksyen ini “surat cara pemindahan” termasuklahsuatu permohonan bertulis bagi memindahkan syer, debentur ataukepentingan lain kepada seorang wakil diri.

Kewajipan syarikat luar pesisir mengenai pengeluaran perakuan

81. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah, dalam masa duabulan selepas pengumpukan mana-mana syer atau debenturnya,dan dalam masa satu bulan selepas tarikh yang sesuatu pemindahan(selain pemindahan yang syarikat itu, kerana apa-apa sebab, berhakmenolak untuk didaftarkan dan tidak mendaftarkan) mana-manasyer atau debenturnya diserahkan kepada syarikat itu, melengkapkandan menyediakan untuk dihantarserahkan kesemua perakuan dandebentur berkenaan yang berkaitan dengan pengumpukan ataupemindahan itu, melainkan jika syarat penerbitan syer atau debenturitu memperuntukkan selainnya.

(2) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikatluar pesisir itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkarmelakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

Page 95: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 95

(3) Jika sesuatu syarikat luar pesisir yang telah disampaikannotis menghendakinya memperbaiki apa-apa keingkaran padamematuhi peruntukan seksyen ini tidak memperbaiki keingkaranitu dalam masa dua puluh satu hari selepas notis itu disampaikan,Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhakdihantarserahkan perakuan bagi syer atau debentur itu, mengarahkansyarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat itu supaya memperbaikikeingkaran itu dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu,dan arahan itu boleh memperuntukkan bahawa segala kos danperbelanjaan bagi dan yang bersampingan dengan permohonan ituhendaklah ditanggung oleh syarikat itu dan oleh mana-mana pegawaisyarikat itu yang ingkar mengikut apa-apa kadar yang difikirkanpatut oleh Mahkamah.

PENGGAL 7

DAFTAR GADAIAN

Ketidakpakaian Penggal

82. Tiada apa-apa jua dalam Penggal ini terpakai bagi gadaianyang diwujudkan oleh syarikat luar pesisir asing ke atas harta diluar Malaysia.

Daftar gadaian

83. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya suatu daftargadaian dan hendaklah mencatatkan di dalamnya semua gadaianyang khusus melibatkan harta syarikat itu dalam masa satu bulanselepas pewujudan gadaian itu, dengan memberikan dalam setiaphal perihal ringkas mengenai harta yang digadaikan, amaun yangdidapatkan melalui gadaian itu, nama pemegang gadaian atau orangyang berhak terhadap gadaian tersebut, dan butir-butir yang berhubungdengan penyelesaian atau pelepasan daripada gadaian tersebut.

(2) Jika mana-mana harta sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing digadaikan tanpa dibuat catatan yang dikehendakioleh subseksyen (1), tiap-tiap pegawai syarikat itu yang dengandisedarinya dan dengan bersengaja memberi kuasa atau membenarkanpeninggalan catatan sedemikian melakukan suatu kesalahan terhadapAkta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit.

Page 96: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44196

(3) Tiap-tiap syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asinghendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap surat cara yangmewujudkan apa-apa gadaian disimpan di pejabat berdaftarnya.

(4) Daftar gadaian dan salinan surat cara yang disimpan menurutseksyen ini hendaklah terbuka untuk pemeriksaan mana-manapemiutang atau anggota syarikat pada bila-bila masa yang munasabahtanpa bayaran.

(5) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (3) atau(4), syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing itu dantiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahanterhadap Akta ini.

Penalti: Dua ribu ringgit. Penalti ingkar.

Notis mengenai pewujudan dan penyelesaian gadaian

84. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing hendaklah, dalam masa satu bulan selepas pewujudan tiap-tiapgadaian, menyerahkan suatu pernyataan mengenai butir-butir yangditetapkan kepada Pendaftar, dan dalam masa satu bulan selepasgadaian itu diselesaikan atau dilepaskan, menyerahkan suatu notismengikut bentuk yang ditetapkan kepada Pendaftar.

(2) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikatluar pesisir atau syarikat luar pesisir asing itu dan tiap-tiap pegawaisyarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Aktaini.

Penalti: Dua ribu ringgit. Penalti ingkar.

BAHAGIAN V

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENGGAL 1

PEJABAT DAN NAMA

Pejabat berdaftar syarikat luar pesisir

85. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah pada setiap masamempunyai suatu pejabat berdaftar di Labuan, yang mana pejabatitu hendaklah pejabat utama suatu syarikat amanah.

Page 97: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 97

(2) Notis mengenai tempat letaknya pejabat berdaftar sesuatusyarikat luar pesisir hendaklah diberi mengikut bentuk yang ditetapkankepada Pendaftar dalam masa satu bulan selepas tarikh pemerbadanansyarikat itu.

(3) Jika sesuatu syarikat luar pesisir telah menukar pejabatberdaftarnya, ia hendaklah memberi notis mengenai pertukaran itumengikut bentuk yang ditetapkan kepada Pendaftar dalam masasatu bulan selepas pertukaran tersebut.

(4) Sesuatu syarikat amanah hendaklah mempamerkan di pejabatutamanya, di tempat yang mudah kelihatan dalam huruf rumi yangmudah dibaca, nama syarikat luar pesisir yang mempunyai pejabatberdaftarnya di alamatnya.

(5) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikatitu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatukesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

Nama hendaklah dipamerkan di semua pejabat dan terdapatpada meterai, surat, dsb.

86. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing hendaklah mengecat atau meletakkan, dan memastikan dicatatau diletakkan, namanya di tempat yang mudah kelihatan, dalamhuruf rumi yang mudah dibaca, pada bahagian luar tiap-tiap pejabatatau tempat di mana perniagaannya dijalankan.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

(2) Nama sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing hendaklah (sama ada atau tidak ia menjalankan perniagaandi bawah suatu nama perniagaan) terdapat dalam huruf rumi yangmudah dibaca pada—

(a) meterainya; dan

(b) segala surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis rasmi,penerbitan, bil pertukaran, nota janji hutang, pengendorsan,cek, pesanan, resit dan surat kredit bagi, atau yang berupasebagai dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagipihak, syarikat itu,

Page 98: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 44198

dan jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen ini, syarikatitu melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(2A) Nama sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing hendaklah (sama ada atau tidak ia menjalankan perniagaandi bawah suatu nama perniagaan) terdapat dalam huruf rumi yangmudah dibaca dan nombor syarikat bagi syarikat luar pesisir atausyarikat luar pesisir asing itu hendaklah terdapat pada memorandumdan perkara persatuan dan apa-apa dokumen lain yang ditetapkandan jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen ini, syarikatitu melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(3) Jika sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing telah menukar namanya, nama syarikat itu yang dahuluhendaklah juga terdapat di bawah nama sekarang pada semuadokumen, surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis rasmi,penerbitan, bil pertukaran, nota janji hutang, pengendorsan, cek,pesanan, resit dan surat kredit bagi, atau yang berupa sebagaidikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak, syarikat ituselama suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua belas bulandari tarikh pertukaran itu.

(4) Jika seseorang pegawai syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing atau mana-mana orang bagi pihak syarikat itu—

(a) menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apameterai yang berupa sebagai meterai syarikat itu yangpadanya namanya tidak terdapat sedemikian;

(b) mengeluarkan atau membenarkan pengeluaran apa-apasurat perniagaan, penyata akaun, invois atau notis rasmiatau penerbitan syarikat itu yang di dalamnya namanyaatau nama dahulunya (jika berkenaan) tidak disebutsedemikian;

(c) menandatangani, mengeluarkan atau membenarkanditandatangani atau dikeluarkan, bagi pihak syarikat itu,apa-apa bil pertukaran, nota janji hutang, cek atau suratcara boleh niaga lain atau apa-apa pengendorsan, pesanan,resit atau surat kredit yang di dalamnya namanya ataunama dahulunya (jika berkenaan) tidak disebut sedemikian;atau

Page 99: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 99

(d) menandatangani atau membenarkan ditandatangani, bagipihak syarikat, memorandum dan perkara persatuan atauapa-apa dokumen lain yang ditetapkan oleh Pendaftarapabila nama dan nombor syarikat bagi syarikat luar pesisiratau syarikat luar pesisir asing itu tidak disebut sedemikian,

dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan, jika diatelah menandatangani, mengeluarkan atau membenarkanditandatangani atau dikeluarkan bagi pihak syarikat itu apa-apa bilpertukaran, nota janji hutang atau surat cara boleh niaga lain atauapa-apa pengendorsan yang padanya atau pesanan yang di dalamnyanama itu atau nama dahulunya (jika berkenaan) tidak disebutkandia hendaklah sebagai tambahan bertanggungan sendiri kepadapemegang surat cara atau pesanan itu sebanyak amaun yang kenadibayar baginya melainkan jika ia telah dibayar oleh syarikat itu.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

PENGGAL 2

PENGARAH DAN PEGAWAI

Pengarah

87. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah mempunyaisekurang-kurangnya seorang pengarah yang boleh menjadi pengarahpemastautin.

(2) Tiada seorang pun, selain daripada seorang pegawai syarikatamanah atau sesuatu syarikat domestik yang dimiliki sepenuhnyaoleh syarikat amanah itu yang disediakan bagi pelantikan itu olehsyarikat amanah itu, boleh bertindak atau dilantik sebagai seorangpengarah pemastautin suatu syarikat luar pesisir:

Dengan syarat bahawa seorang pegawai suatu syarikat domestikatau asing yang diberi lesen atau didaftarkan di bawah *Akta Insurans1963 [Akta 89], Akta Bank Islam 1983 [Akta 276], Akta Takaful1984 [Akta 312] atau Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan1989 [Akta 372] yang disediakan bagi pelantikan itu oleh syarikatdomestik atau asing tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan,boleh bertindak atau dilantik sebagai pengarah pemastautin suatusyarikat luar pesisir dalam mana syarikat domestik atau asingtersebut memegang syer.*CATATAN—Akta Insurans 1963 [Akta 89] telah dimansuhkan oleh Akta Insurans 1996 [Akta 533]–lihat Seksyen 214 Akta 533.

Page 100: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441100

(3) Apa-apa kekosongan luar jangka pengarah boleh, setakatmana perkara sesuatu syarikat luar pesisir tidak memperuntukkanselainnya, diisikan oleh seorang yang dilantik oleh pengarah ataupengarah-pengarah yang masih kekal atau, jika tiada pengarahyang masih kekal, oleh Pendaftar atas permohonan seorang anggotasyarikat itu.

(4) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalamperkara suatu syarikat luar pesisir, seorang pengarah suatu syarikatluar pesisir bolehlah suatu perbadanan dan perbadanan itu bolehlahbertindak dengan sendirinya atau melalui seorang penama yangdilantik secara bertulis dan perbadanan itu boleh dilantik ataubertindak sebagai pengarah kepada lebih daripada satu syarikat.

(5) Pengarah pemastautin suatu syarikat luar pesisir tidaklahtertakluk kepada persaraan, tetapi dia boleh, atas persetujuan antarasyarikat amanah yang menyediakannya bagi pelantikan itu dansyarikat luar pesisir yang dia dilantik pengarah pemastautin,digantikan oleh seorang pegawai lain syarikat amanah itu padabila-bila masa.

(6) Seorang pengarah pemastautin suatu syarikat luar pesisirberhak mengundi di atas ketetapan lembaga pengarah tanpamenzahirkan kepentingannya sebagai seorang pengarah mana-manasyarikat luar pesisir lain.

(7) Notis yang diterima oleh seorang pengarah pemastautin syarikatluar pesisir tidak boleh disifatkan sebagai notis kepada syarikat itumelainkan jika notis itu secara spesifik diberikan kepada pengarahpemastautin itu sebagai notis kepada syarikat itu.

(8) Seorang pengarah suatu syarikat luar pesisir tidak bolehmendedahkan kepada mana-mana orang, atau menggunakan bagiapa-apa maksud, apa-apa maklumat yang didapati oleh sebabjawatannya kecuali mengikut kewajipannya sebagai seorang pengarahsyarikat itu dan setakat mana yang dia boleh dipaksa oleh undang-undanguntuk berbuat demikian, tetapi seorang pengarah boleh mendedahkankepada seorang pegawai awam yang berkenaan di Malaysia, atauselainnya menggunakan dalam Malaysia, apa-apa maklumat yangada dalam pengetahuannya yang dipercayai dengan jujurnyamembayangkan suatu fraud sedang atau akan dipraktikkan olehsyarikat itu atau oleh mana-mana anggotanya atau mana-manapengarahnya atau ke atas syarikat itu atau mana-mana anggotanya.

Page 101: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 101

(9) Seorang pengarah atau pengarah pemastautin suatu syarikatluar pesisir yang mendedahkan, kepada mana-mana orang, ataumenggunakan bagi apa-apa maksud, apa-apa maklumat yang didapatioleh sebab jawatannya berlanggaran dengan subseksyen (8)melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(10) Fi bagi seorang pengarah pemastautin suatu syarikat luarpesisir yang kena dibayar oleh suatu syarikat luar pesisir hendaklahdibayar kepada syarikat amanah yang menyediakannya bagipelantikan itu dalam apa-apa cara dan pada bila-bila masasebagaimana yang dipersetujui antara syarikat amanah dan syarikatluar pesisir itu.

(11) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini atau apa-apa peraturan yang berlawanan, dan melainkan jika yang selainnyadiperuntukkan dalam perkara suatu syarikat luar pesisir, seorangpengarah pemastautin tidaklah boleh dikenakan apa-apa penaltiyang diperuntukkan di bawah Akta ini bagi apa-apa kerugian yangdisebabkan kepada atau ditanggung oleh mana-mana orang walaubagaimana jua pun kerugian itu berbangkit, selain daripada olehsebab perbuatan salah-laku yang sengaja, keingkaran sengaja ataukeabaian sengaja pengarah pemastautin itu.

Persetujuan untuk bertindak sebagai pengarah

88. Seseorang tidak boleh dilantik atau dinamakan sebagai seorangpengarah atau pengarah dicadangkan dalam perkara suatu syarikatluar pesisir atau suatu prospektus, melainkan jika sebelum pendaftaranperkara atau pengeluaran prospektus itu, orang itu telah dengansendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulisbagi maksud itu, menandatangani dan menyebabkan diserahkankepada Pendaftar, suatu persetujuan bertulis untuk bertindak sebagaiseorang pengarah.

Keesahan tindakan pengarah

89. Tindakan seorang pengarah suatu syarikat luar pesisir sahwalau apa pun kecacatan yang didapati dalam pelantikan ataukelayakannya.

Page 102: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441102

Kuasa Pendaftar untuk menghalang orang daripadamenguruskan syarikat luar pesisir

90. (1) Pendaftar boleh mengeluarkan suatu arahan bahawaseseorang, sama ada di Labuan atau di tempat lain—

(a) yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang berkaitandengan penajaan, pembentukan atau pengurusan suatuperbadanan;

(b) yang telah disabitkan atas apa-apa perbuatan yangmelibatkan fraud atau kecurangan; atau

(c) yang adalah seorang yang bankrap atau tidak solven,

adalah hilang kelayakannya untuk bertindak sebagai seorang pengarahatau penaja, atau dengan apa-apa cara, sama ada secara langsungatau tidak langsung, untuk bersangkut-paut dengan, atau mengambilbahagian dalam, pengurusan suatu syarikat luar pesisir.

(2) Selepas suatu arahan dikeluarkan oleh Pendaftar di bawahsubseksyen (1), sesuatu syarikat luar pesisir tidaklah boleh kemudiandaripada itu melantik atau mengekalkan seseorang yang telah hilangkelayakannya sedemikian sebagai seorang pengarah dan seseorangyang hilang kelayakannya sedemikian yang tanpa kebenaranMahkamah bertindak berlanggaran dengan arahan itu melakukansuatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Penjara selama tiga tahun atau sepuluh ribu ringgit ataukedua-duanya.

Penzahiran kepentingan dalam kontrak, harta, jawatan, dll.

91. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, tiap-tiap pengarah suatusyarikat luar pesisir yang dengan apa-apa cara, sama ada secaralangsung atau tidak langsung, berkepentingan dalam suatu kontrakatau kontrak dicadangkan dengan syarikat itu hendaklah, denganseberapa segera yang praktik selepas fakta yang relevan telahsampai ke pengetahuannya, mengisytiharkan jenis kepentingannyaitu di mesyuarat pengarah syarikat itu atau menyebabkan diedarkansecara bertulis kepada semua pengarah lain butir-butir mengenaikepentingannya itu.

Page 103: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 103

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika kepentingan pengarahsyarikat luar pesisir itu hanya terdiri daripada pengarah itu menjadianggota atau pemiutang suatu syarikat luar pesisir lain yangberkepentingan dalam suatu kontrak atau kontrak dicadangkan dengansyarikat yang mula-mula disebut itu, jika kepentingan pengarah ituboleh dengan sepatutnya dianggap bukan kepentingan material.

(3) Bagi maksud seksyen ini, seorang pengarah pemastautinhendaklah disifatkan berkepentingan dalam semua kontrak ataukontrak dicadangkan dengan mana-mana syarikat luar pesisir yangdia menjadi pengarah dan pengarah pemastautin itu hendaklahdikecualikan daripada apa-apa kehendak mengedarkan notis atauperisytiharan bertulis; dan suatu perisytiharan lisan yang dicatatkandalam minit disifatkan sebagai pematuhan yang mencukupiperuntukan subseksyen (1).

(4) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalamperkara suatu syarikat luar pesisir, seorang pengarah syarikat itu,tidaklah boleh bagi maksud seksyen ini, disifatkan berkepentingan,atau pada bila-bila masa telah berkepentingan dalam suatu kontrakatau kontrak dicadangkan, oleh sebab kontrak atau kontrakdicadangkan itu—

(a) telah atau akan dibuat dengan;

(b) adalah bagi faedah; atau

(c) adalah bagi pihak,

suatu syarikat yang menurut peruntukan seksyen 4, disifatkan sebagaisyarikat berkaitan, dan oleh sebab pengarah itu juga seorang pengarahsyarikat itu.

(5) Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am yang diberikankepada pengarah suatu syarikat luar pesisir oleh seorang pengarahyang bermaksud bahawa dia seorang pegawai atau anggota suatusyarikat luar pesisir yang dinyatakan atau seorang anggota suatufirma yang dinyatakan dan dia hendaklah dianggap berkepentingandalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan syarikat atau firma ituselepas tarikh notis itu, hendaklah disifatkan sebagai suatuperisytiharan kepentingan yang mencukupi berhubung denganapa-apa kontrak yang dibuat sedemikian, tetapi tiada notis sedemikianboleh mempunyai kuat kuasa melainkan jika sama ada ia diberikandi suatu mesyuarat pengarah itu mengambil langkah yang munasabahuntuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca dimesyuarat pengarah yang berikutnya selepas notis itu diberi.

Page 104: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441104

(6) Tiap-tiap pengarah suatu syarikat luar pesisir yang memegangapa-apa jawatan, atau memiliki apa-apa harta yang dengannya,sama ada secara langsung atau tidak langsung, kewajipan ataukepentingan mungkin diwujudkan bercanggahan dengan kewajipanatau kepentingannya sebagai pengarah, hendaklah mengisytiharkandi suatu mesyuarat pengarah syarikat itu atau menyebabkan diedarkansecara bertulis kepada pengarah lain fakta dan jenis, sifat dan takatpercanggahan itu:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagiseorang pengarah pemastautin melainkan jika perkara syarikatmemperuntukkan sebaliknya.

(7) Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seorang pengarahdi bawah subseksyen (6) hendaklah dibuat di mesyuarat pertamapengarah yang diadakan—

(a) selepas dia menjadi seorang pengarah; atau

(b) (jika dia telah pun menjadi seorang pengarah) selepas diamula memegang jawatan atau memiliki harta itu,

melainkan jika fakta itu telah diedarkan secara bertulis sebelummesyuarat itu.

(8) Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen ini hendaklahdirekodkan dalam minit mesyuarat di mana perisytiharan itu telahdibuat.

(9) Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidaklahmengurangkan perjalanan kuat kuasa apa-apa rukun undang-undangatau apa-apa peruntukan dalam perkara suatu syarikat luar pesisiryang menyekat seorang pengarah syarikat itu daripada mempunyaiapa-apa kepentingan dalam kontrak dengan syarikat itu atau daripadamemegang jawatan atau memiliki harta yang melibatkan kewajipanatau kepentingan yang bercanggahan dengan kewajipan ataukepentingannya sebagai seorang pengarah:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagiseorang pengarah pemastautin melainkan jika perkara syarikatmemperuntukkan sebaliknya.

Tugas dan liabiliti pegawai

92. (1) Tiap-tiap pegawai suatu syarikat luar pesisir hendaklah,pada setiap masa, bertindak dengan jujur dan menggunakan usahayang munasabah dalam menunaikan tugas jawatannya.

Page 105: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 105

(2) Seorang pegawai suatu syarikat luar pesisir tidak bolehmenggunakan secara tidak patut apa-apa maklumat yang diperolehioleh sebab jawatannya untuk mendapatkan, sama ada secara langsungatau tidak langsung, apa-apa faedah bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain atau untuk menyebabkan kemudaratan kepadasyarikat itu.

(3) Seorang pegawai suatu syarikat luar pesisir yang melanggarseksyen ini—

(a) bertanggungan kepada syarikat itu bagi apa-apa keuntunganyang dibuat olehnya dan bagi apa-apa kerugian yangdialami oleh syarikat itu oleh sebab perlanggaran itu; dan

(b) melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(4) Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidaklahmengurangkan mana-mana undang-undang bertulis atau rukunundang-undang lain berhubung dengan tugas atau liabiliti pengarahatau pegawai sesuatu syarikat.

Setiausaha

93. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah melantik seorangsetiausaha atau lebih yang sekurang-kurangnya seorang hendaklahmenjadi setiausaha pemastautin.

(1A) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa peruntukanyang berlawanan dalam memorandum dan perkara persatuan sesuatusyarikat luar pesisir, suatu perbadanan boleh menjadi setiausahasesuatu syarikat luar pesisir dan perbadanan itu boleh bertindaksendiri atau melalui seorang penama yang dilantik secara bertulisdan boleh dilantik atau bertindak sebagai setiausaha bagi lebihdaripada satu syarikat.

(2) Tiada seorang pun, melainkan seorang pegawai syarikatamanah atau sesuatu syarikat domestik yang dimiliki sepenuhnyaoleh syarikat amanah itu yang disediakan bagi pelantikan itu olehsyarikat amanah itu, boleh bertindak atau dilantik sebagai setiausahapemastautin.

(3) Tertakluk kepada subseksyen (4), setiausaha pemastautinsuatu syarikat luar pesisir hendaklah bertanggungjawab bagipematuhan kehendak Akta ini oleh syarikat itu berhubung denganpenyerahan semua dokumen kepada Pendaftar dan penyenggaraan

Page 106: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441106

rekod syarikat di pejabat berdaftar syarikat itu dan bagi menguruskankomunikasi yang disampaikan ke atas syarikat itu di pejabatberdaftarnya.

(4) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini yangberlawanan, setiausaha pemastautin tidak boleh dikenakan apa-apapenalti yang diperuntukkan dalam Akta ini sebagai seorang pegawaisyarikat kecuali bagi apa-apa yang dilakukan atau tidak dilakukanolehnya dalam menjalankan tugas jawatannya, dan setiausahapemastautin itu tidak boleh juga bertanggungan bagi apa-apa kerugianyang disebabkan kepada atau ditanggung oleh mana-mana orang,walau bagaimana jua pun ianya berbangkit, selain dengan sebabperbuatan salah-laku yang sengaja, keingkaran sengaja atau keabaiansengaja.

(5) Suatu syarikat luar pesisir hendaklah dengan serta mertamembayar apa-apa kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung olehsetiausaha pemastautin berkenaan dengan apa-apa yang dilakukanolehnya bagi pihak syarikat itu di bawah Akta ini.

(6) Gaji seorang setiausaha pemastautin suatu syarikat luar pesisirhendaklah ditetapkan secara persetujuan antara syarikat itu dansyarikat amanah yang menyediakan pegawai itu bagi pelantikanitu dan hendaklah dibayar mengikut apa-apa cara dan pada bila-bilamasa sebagaimana yang dipersetujui antara syarikat amanah dansyarikat luar pesisir itu.

(7) Tiap-tiap setiausaha syarikat luar pesisir hendaklah dilantikoleh pengarah syarikat itu.

Daftar pengarah dan setiausaha

94. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah menyimpan dipejabat berdaftarnya di Labuan suatu daftar pengarah dan setiausaha.

(2) Daftar itu hendaklah mengandungi, berkenaan dengan setiappengarah, dalam hal seorang pengarah individu, nama penuhnyapada masa sekarang dan apa-apa nama dahulunya, alamat kediamanbiasanya dan pengenalannya (jika ada), dan nama syarikat amanahyang dia adalah seorang pegawainya dan alamat pejabat berdaftarnya,atau dalam hal suatu perbadanan, nama penuh perbadanan itu,alamat pejabat berdaftarnya dan nama penama dan wakilnya yangdiberi kuasa di Labuan.

Page 107: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 107

(3) Daftar itu hendaklah mengandungi, berkenaan dengan setiapsetiausaha, dalam hal seorang individu, nama penuhnya pada masasekarang dan apa-apa nama dahulunya, alamat kediaman biasanyadan pengenalannya (jika ada) dan nama syarikat amanah yang diaadalah seorang pegawai dan alamat pejabat berdaftar syarikat amanahitu atau dalam hal suatu perbadanan, nama penuh perbadanan itu,alamat pejabat berdaftarnya dan nama penama dan wakilnya yangdiberi kuasa di Labuan.

(4) Daftar yang disimpan oleh suatu syarikat luar pesisir hendaklahterbuka untuk pemeriksaan mana-mana pengarah, anggota ataujuruaudit syarikat itu tanpa caj.

(5) Suatu syarikat luar pesisir hendaklah menyerahkan kepadaPendaftar—

(a) dalam masa satu bulan selepas ianya diperbadankan, suatupenyata mengikut bentuk yang ditetapkan yangmengandungi, berhubung dengan pengarah dansetiausahanya, butir-butir yang dikehendaki dinyatakandalam daftar itu;

(b) dalam masa satu bulan selepas seseorang yang dinamakandalam penyata itu berhenti menjadi pengarah atau setiausahasyarikat itu, suatu penyata mengikut bentuk yang ditetapkanyang memberitahu Pendaftar mengenai pertukaran itu danyang mengandungi berkenaan dengan setiap pengarahatau setiausaha syarikat pada masa itu, butir-butir yangdikehendaki dinyatakan dalam daftar itu dan tarikhpemberhentian pengarah atau setiausaha itu;

(c) dalam masa satu bulan selepas seseorang menjadi pengarahatau setiausaha syarikat itu, suatu penyata mengikut bentukyang ditetapkan yang memberitahu Pendaftar mengenaifakta tersebut dan yang mengandungi butir-butir yangdikehendaki dinyatakan dalam daftar itu dan tarikhpelantikan orang itu; dan

(d) dalam masa satu bulan selepas apa-apa pertukaran dalambutir-butir yang ditetapkan pengarah dan setiausaha, notisdalam bentuk yang ditetapkan yang memberitahu Pendaftarmengenai pertukaran itu.

Page 108: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441108

(6) Jika berlaku keingkaran oleh suatu syarikat luar pesisir padamematuhi apa-apa peruntukan seksyen ini, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahanterhadap Akta ini.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

(7) Dalam seksyen ini, “pengenalan” ertinya, dalam hal mana-mana orang yang suatu kad pengenalan dikeluarkan kepadanya,nombor kad pengenalan itu, dan dalam hal seseorang yang suatukad pengenalan tidak dikeluarkan kepadanya, butir-butir pasportnyaatau apa-apa keterangan seumpamanya yang lain tentang pengenalansebagaimana yang ada.

Kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini yangdilakukan oleh pengarah dan setiausaha

94A. Jika mana-mana kesalahan terhadap mana-mana peruntukanAkta ini telah dilakukan oleh mana-mana syarikat domestik yangdisediakan oleh suatu syarikat amanah untuk bertindak atau dilantiksebagai pengarah pemastautin atau setiausaha pemastautin sesuatusyarikat luar pesisir, mana-mana orang yang pada masa pelakuankesalahan itu pengarah atau pegawai syarikat amanah itu atauberupa sebagai bertindak atau mana-mana sifat sedemikian, atautelah dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takatbertanggungjawab tentang pengurusan mana-mana hal-ehwal syarikatamanah itu, atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian,melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawakesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkanolehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untukmencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankanolehnya, dengan memberikan perhatian kepada jenis fungsinyaatas sifat itu dan segala hal keadaan.

PENGGAL 3

MESYUARAT DAN PROSIDING

Mesyuarat anggota

95. (1) Tertakluk kepada apa-apa batasan dalam memorandumatau perkara, pengarah suatu syarikat luar pesisir boleh memanggilmesyuarat anggota syarikat itu mengikut apa-apa cara dan padabila-bila masa dan di mana-mana tempat di dalam atau di luarLabuan sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh pengarah.

Page 109: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 109

(2) Walau apa pun dalam perkara, pengarah suatu syarikat luarpesisir hendaklah, atas rekuisisi sepuluh anggota atau lebih, atauanggota yang pada tarikh rekuisisi itu didepositkan memegangtidak kurang daripada satu persepuluh jumlah modal berbayar syarikatitu, dengan serta-merta mengambil tindakan untuk memanggil suatumesyuarat anggota.

(3) Tertakluk kepada apa-apa batasan dalam memorandum atauperkara, seorang anggota hendaklah disifatkan hadir di suatumesyuarat anggota jika—

(a) dia menyertai mesyuarat itu dengan telefon atau alatelektronik lain; dan

(b) semua anggota yang menyertai mesyuarat itu bolehmendengar antara satu sama lain dan boleh mengenalisuara masing-masing dan bagi maksud ini penyertaanmenjadi bukti prima facie bagi pengenalan.

(4) Seorang anggota boleh, di suatu mesyuarat anggota, diwakilioleh seorang proksi yang boleh bercakap dan mengundi bagi pihaknya.

(5) Peruntukan yang berikut adalah terpakai berkenaan denganpemunyaan syer bersesama:

(a) jika dua orang atau lebih memegang syer bersesama,setiap daripada mereka itu boleh hadir dengan sendirinyaatau melalui proksi di mesyuarat anggota dan bolehbercakap sebagai anggota;

(b) jika hanya seorang sahaja daripada mereka hadir dengansendirinya atau melalui proksi, dia bolehlah mengundibagi pihak mereka semua; dan

(c) jika dua daripada mereka atau lebih hadir dengan sendirinyaatau melalui proksi, mereka hendaklah mengundi sebagaisatu.

Notis mesyuarat anggota

96. (1) Tertakluk kepada apa-apa kehendak untuk memberi notisyang lebih panjang dalam memorandum atau perkara, pengarahhendaklah memberi tidak kurang daripada tujuh hari notis mesyuaratkepada orang yang, pada tarikh notis itu diberi, ternyata sebagaianggota dalam daftar anggota yang disebutkan dalam seksyen 105dan yang berhak mengundi di mesyuarat itu.

Page 110: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441110

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tetapi tertakluk kepada apa-apa batasan dalam memorandum atau perkara, suatu mesyuaratanggota yang diadakan berlanggaran dengan kehendak memberinotis sah jika anggota yang memegang majoriti sembilan puluhperatus, atau apa-apa majoriti yang kurang daripada itu sebagaimanayang dinyatakan dalam memorandum atau perkara—

(a) daripada jumlah bilangan syer anggota yang berhakmengundi atas semua perkara yang akan ditentukan dimesyuarat itu; atau

(b) daripada undi setiap kelas atau siri syer jika anggota ituberhak mengundi ke atasnya sebagai satu kelas atausiri berserta dengan majoriti mutlak bagi undi yangselebihnya,

telah menepikan notis mesyuarat itu; dan bagi maksud ini, kehadiranseorang anggota di mesyuarat itu hendaklah disifatkan sebagaipenepian di pihaknya.

(3) Kegagalan tidak sengaja pengarah untuk memberi notismesyuarat kepada seorang anggota, atau fakta bahawa seoranganggota telah tidak menerima notis itu, tidaklah menjadikan mesyuaratitu tidak sah.

Kuorum, pengerusi, pengundian, dsb., di mesyuarat

97. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalamperkara suatu syarikat luar pesisir, jika suatu syarikat luar pesisirmempunyai lebih daripada seorang anggota dan dua anggota ataulebih hadir di suatu mesyuarat anggota, anggota yang hadir menjadikuorum, dan di mesyuarat itu—

(a) mana-mana anggota yang dilantik oleh anggota yang hadirboleh menjadi pengerusi mesyuarat itu; dan

(b) tiap-tiap anggota hendaklah mempunyai satu undi berkenaandengan tiap-tiap syer yang dipegang olehnya.

(2) Dalam suatu pengundian yang dibuat di suatu mesyuarat,seorang yang berhak kepada lebih daripada satu undi tidaklahperlu, jika dia mengundi, menggunakan semua undinya itu ataumembuang semua undi yang digunakannya itu dalam cara yangsama.

Page 111: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 111

(3) Suatu perbadanan boleh, melalui ketetapan pengarah ataubadan kawalan lainnya—

(a) jika perbadanan itu adalah anggota suatu syarikat luarpesisir, memberi kuasa kepada mana-mana orangsebagaimana yang difikirkannya patut untuk bertindaksebagai wakilnya sama ada di suatu mesyuarat tertentuanggota atau di semua mesyuarat anggota syarikat ituatau mana-mana kelas anggota; atau

(b) jika perbadanan itu adalah pemiutang, yang termasuklahseorang pemegang debentur, suatu syarikat luar pesisir,memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimanayang difikirkannya patut untuk bertindak sebagai wakilnyasama ada di suatu mesyuarat tertentu anggota atau disemua mesyuarat mana-mana pemiutang syarikat itu,

dan seseorang yang diberi kuasa sedemikian, adalah berhak, menurutkuasa yang diberikan kepadanya dan sehingga kuasa itu dibatalkanoleh perbadanan itu, menjalankan, bagi pihak perbadanan itu, semuakuasa yang boleh dijalankan oleh perbadanan itu sekiranya iaadalah anggota individu, pemiutang atau pemegang debentur syarikatitu.

(4) Jika—

(a) seseorang yang hadir di suatu mesyuarat anggota diberikuasa untuk bertindak sebagai wakil suatu perbadanan dimesyuarat itu menurut kuasa yang telah diberikan olehperbadanan itu di bawah subseksyen (3); dan

(b) jika tidak kerana kuasa sedemikian, orang itu sebaliknyatidak boleh hadir di mesyuarat itu,

perbadanan itu hendaklah, bagi maksud subseksyen (1), disifatkanhadir dengan sendirinya di mesyuarat itu.

(5) Suatu perakuan di bawah meterai perbadanan itu hendaklahmenjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan atau pembatalanpelantikan (mengikut mana-mana yang berkenaan) seorang wakilmenurut kuasa subseksyen (3).

(6) Jika—

(a) suatu syarikat pemegang adalah berhak secara benefisialkepada keseluruhan syer terbitan sesuatu subsidiari; atau

Page 112: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441112

(b) suatu syarikat luar pesisir mempunyai seorang anggotasahaja,

dan suatu minit yang ditandatangani oleh seorang wakil syarikatpemegang yang diberi kuasa menurut subseksyen (3) atauditandatangani oleh anggota tunggal yang menyatakan bahawaapa-apa tindakan, perkara atau benda, atau apa-apa ketetapan biasaatau khas, yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh memorandumatau perkara subsidiari itu, dibuat, dilaksanakan atau diluluskanoleh atau di suatu mesyuarat agung tahunan atau suatu mesyuaratagung luar biasa subsidiari atau syarikat laut pesisir itu telah dibuat,dilaksanakan atau diluluskan, tindakan, perkara, benda atau ketetapanitu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan telah dibuat,dilaksanakan, atau diluluskan sewajarnya oleh atau di mesyuaratagung tahunan, atau mengikut kehendak keadaan, di mesyuaratagung luar biasa subsidiari itu.

Pengundian oleh anggota

98. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalammemorandum atau perkara suatu syarikat luar pesisir, semua syermengundi sebagai satu kelas dan setiap syer mempunyai satu undi.

(2) Pengarah suatu syarikat luar pesisir boleh menetapkan tarikhnotis suatu mesyuarat diberi sebagai tarikh rekod bagi menentukansyer yang berhak mengundi di mesyuarat itu.

Tindakan melalui persetujuan anggota

99. Tertakluk kepada apa-apa batasan dalam memorandum atauperkara suatu syarikat luar pesisir, suatu tindakan yang boleh diambiloleh anggota di suatu mesyuarat anggota boleh juga diambil melaluiketetapan semua anggota yang bersetuju secara bertulis, atau melaluiteleks, telegram, telefax, kabel atau apa-apa perhubungan elektronikbertulis lain, tanpa perlu adanya apa-apa notis.

Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan mesyuarat dipanggil

100. (1) Jika kerana apa-apa sebab, adalah tidak praktik untukmemanggil suatu mesyuarat mengikut apa-apa cara mesyuarat bolehdipanggil atau untuk menjalankan mesyuarat itu mengikut carayang ditetapkan oleh perkara atau Akta ini, Mahkamah boleh,sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana

Page 113: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 113

pengarah atau mana-mana anggota yang berhak mengundi dimesyuarat itu atau atas permohonan wakil diri mana-mana anggotaitu, memerintahkan supaya suatu mesyuarat dipanggil, diadakandan dijalankan mengikut cara yang difikirkannya patut, danMahkamah boleh memberi apa-apa arahan sampingan atau berbangkityang difikirkannya suai manfaat.

(2) Suatu mesyuarat yang dipanggil, diadakan dan dijalankanmenurut apa-apa arahan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah,bagi semua maksud, disifatkan sebagai suatu mesyuarat yang telahdipanggil, diadakan dan dijalankan sewajarnya.

Ketetapan khas

101. (1) Suatu ketetapan hendaklah menjadi suatu ketetapan khasapabila ketetapan itu telah diluluskan oleh suatu majoriti yangtidak kurang daripada tiga perempat daripada anggota, yang berhakberbuat demikian, mengundi dengan sendirinya atau, jika proksidibenarkan, melalui proksi, di suatu mesyuarat anggota yang notistidak kurang daripada dua puluh satu hari yang menyatakan niathendak mencadangkan ketetapan itu sebagai suatu ketetapan khastelah diberikan dengan sewajarnya.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika dipersetujui olehsebilangan majoriti anggota yang mempunyai hak mengundi dimesyuarat itu, iaitu suatu majoriti yang bersama-sama memegangpada agregatnya tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratusjumlah undi anggota yang berhak mengundi, suatu ketetapan bolehlahdicadangkan dan diluluskan sebagai suatu ketetapan khas di suatumesyuarat yang notis tidak kurang daripada dua puluh satu haritelah diberikan.

Ketetapan yang menghendaki notis khas

102. Jika menurut Akta ini, notis khas dikehendaki bagi suatuketetapan, ketetapan itu tidaklah boleh berkuat kuasa melainkanjika notis mengenai niat hendak mengusulkannya telah diberi kepadasyarikat luar pesisir itu tidak kurang daripada dua puluh lapan harisebelum mesyuarat di mana ketetapan itu diusulkan, dan syarikatitu hendaklah memberi kepada anggota notis mengenai apa-apaketetapan sedemikian pada masa dan mengikut cara yang samasebagaimana notis mengenai mesyuarat itu diberikan atau, jika ia

Page 114: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441114

tidak praktik, hendaklah memberi mereka notis mengenai ketetapanitu, mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh perkara, tidakkurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat itu, tetapijika selepas notis mengenai niat hendak mengusulkan ketetapanitu telah diberi kepada syarikat itu, suatu mesyuarat dipanggil padasuatu tarikh yang dua puluh lapan hari atau kurang selepas notisitu telah diberikan, notis itu, walaupun tidak diberikan kepadasyarikat itu dalam masa yang dikehendaki oleh seksyen ini, hendaklahdisifatkan telah diberikan dengan sempurna.

Penyerahan salinan ketetapan dan perjanjian tertentu

103. (1) Suatu salinan bercetak tiap-tiap ketetapan atau perjanjianyang bagi seksyen ini terpakai, hendaklah, dalam masa empatbelas hari selepas ketetapan atau perjanjian itu diluluskan ataudibuat, diserahkan oleh syarikat luar pesisir kepada Pendaftar.

(2) Suatu salinan bercetak tiap-tiap ketetapan atau perjanjianyang pada masa itu berkuat kuasa hendaklah termaktub dalam atauditambahkan pada tiap-tiap salinan perkara yang dikeluarkan selepasketetapan itu diluluskan atau perjanjian itu dibuat.

(3) Jika perkara suatu syarikat luar pesisir belum didaftarkan,suatu salinan bercetak tiap-tiap ketetapan atau perjanjian itu hendaklahdikemukakan kepada mana-mana anggota atas permintaannya apabiladibayar apa-apa amaun (jika ada) yang tidak melebihi amaun yangditetapkan, sebagaimana diarahkan oleh syarikat itu.

(4) Seksyen ini terpakai bagi—

(a) ketetapan khas;

(b) ketetapan yang telah dipersetujui oleh semua anggotasuatu syarikat luar pesisir, ketetapan yang jika tidakdipersetujui sedemikian, tidak boleh menjadi berkesanbagi maksud ketetapan itu melainkan jika ianya telahdiluluskan sebagai ketetapan khas;

(c) ketetapan atau perjanjian yang telah dipersetujui olehsemua anggota yang daripada satu kelas pemegang syer,yang adalah ketetapan yang jika tidak dipersetujuisedemikian, tidak akan menjadi berkesan bagi maksudnyamelainkan jika ianya telah diluluskan oleh sesuatu majorititertentu atau selainnya mengikut sesuatu cara tertentu;dan

Page 115: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 115

(d) semua ketetapan atau perjanjian yang dengan berkesannyamengikat semua anggota daripada apa-apa kelas pemegangsyer sama ada dipersetujui oleh semua anggota daripadakelas itu atau tidak.

(5) Jika sesuatu syarikat luar pesisir gagal mematuhisubseksyen (1), syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat ituyang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

(6) Jika sesuatu syarikat luar pesisir gagal mematuhisubseksyen (2) atau (3), syarikat itu dan tiap-tiap pegawaisyarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Aktaini.

Penalti: Dua puluh lima ringgit bagi setiap salinan yang berkenaandengannya keingkaran telah berlaku.

(7) Bagi maksud subseksyen (5) dan (6), seorang pelikuidasisuatu syarikat luar pesisir hendaklah disifatkan sebagai seorangpegawai syarikat itu.

Minit prosiding

104. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah menyebabkanminit semua prosiding mesyuarat anggota dan mesyuarat pengarahnyadicatatkan di dalam buku yang disimpan bagi maksud itu.

(2) Melainkan jika Pendaftar mengarahkan selainnya, semuabuku minit suatu syarikat luar pesisir hendaklah disimpan di pejabatberdaftar syarikat itu tetapi pedua buku minit itu atau mana-manasatu daripadanya boleh disimpan di tempat lain dan hendaklahterbuka untuk pemeriksaan mana-mana anggota tanpa caj.

PENGGAL 4

DAFTAR ANGGOTA

Daftar anggota

105. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah menyimpan suatudaftar anggota dan mencatatkan di dalamnya—

(a) nama, kerakyatan dan alamat, dan apa-apa maklumat danbutir-butir lain yang relevan mengenai anggota, dan suatu

Page 116: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441116

pernyataan mengenai syer yang dipegang oleh setiapanggota, dengan membezakan setiap syer melaluinombornya (jika ada) atau melalui nombor (jika ada)perakuan yang membuktikan pemegangan anggota itudan mengenai amaun yang dibayar atau yang dipersetujuiuntuk dianggap telah dibayar ke atas syer setiap anggota;

(b) tarikh yang nama setiap orang telah dicatatkan di dalamdaftar sebagai seorang anggota;

(c) tarikh yang mana-mana orang yang terhenti menjadi anggotadalam masa tujuh tahun yang dahulunya telah terhentimenjadi anggota sedemikian; dan

(d) tarikh tiap-tiap pengumpukan syer kepada anggota danbilangan syer yang terkandung dalam setiap pengumpukan.

(2) Daftar anggota hendaklah menjadi keterangan prima faciemengenai apa-apa perkara yang dimasukkan di dalamnya sebagaimanayang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini.

(3) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini olehsuatu syarikat luar pesisir, syarikat itu dan tiap-tiap pegawaisyarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Aktaini.

Penalti: Dua ribu ringgit. Penalti ingkar.

Di mana daftar hendak disimpan

106. (1) Melainkan jika Pendaftar mengarahkan selainnya, daftaranggota suatu syarikat luar pesisir hendaklah disimpan di pejabatberdaftar syarikat itu dan hendaklah terbuka pemeriksaan olehmana-mana anggota tanpa caj.

(2) Tiap-tiap syarikat luar pesisir hendaklah, dalam masa satubulan selepas daftar itu mula-mula disimpan di suatu tempat selainpejabat berdaftar syarikat itu, menyerahkan kepada Pendaftar, notismengenai tempat di mana daftar itu disimpan dan syarikat ituhendaklah, dalam masa satu bulan selepas apa-apa pertukaran tempatdi mana daftar itu disimpan, menyerahkan kepada Pendaftar notismengenai pertukaran itu.

Page 117: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 117

Akibat keingkaran oleh ejen

107. Jika daftar anggota disimpan di tempat selain pejabat berdaftarsyarikat luar pesisir dan oleh sebab apa-apa keingkaran orang yangbertanggungjawab ke atas pejabat itu syarikat itu gagal mematuhiseksyen 106 atau apa-apa kehendak lain Akta ini mengenaipengemukaan daftar itu, orang itu boleh dikenakan penalti yangsama seolah-olah dia seorang pegawai syarikat yang ingkar itu.

Kuasa Mahkamah untuk membetulkan daftar

108. (1) Jika, berhubung dengan suatu syarikat luar pesisir—

(a) nama mana-mana orang, tanpa sebab yang mencukupi,dicatatkan di dalam atau di tinggalkan daripada daftar;atau

(b) berlaku keingkaran atau terjadi kelengahan yang tidakberpatutan dalam mencatatkan ke dalam daftar itu, faktamengenai mana-mana orang yang telah terhenti menjadiseorang anggota, orang yang terkilan atau mana-manaanggota syarikat itu boleh memohon kepada Mahkamahuntuk membetulkan daftar itu, dan Mahkamah bolehmenolak permohonan itu atau boleh memerintahkanpembetulan daftar itu dan memerintahkan syarikat itumembayar apa-apa ganti rugi yang dialami oleh mana-mana pihak kepada permohonan itu.

(2) Mahkamah boleh, atas apa-apa permohonan di bawahsubseksyen (1), memutuskan—

(a) apa-apa persoalan yang berhubung dengan hak atauhakmilik mana-mana orang yang adalah suatu pihak kepadapermohonan supaya namanya dicatatkan di dalam atauditinggalkan daripada daftar itu, sama ada persoalan itutimbul di antara anggota atau anggota yang dikatakan disuatu pihak dan syarikat luar pesisir itu di suatu pihakyang lain; dan

(b) secara amnya, apa-apa persoalan yang perlu atau suaimanfaat untuk diputuskan bagi pembetulan daftar itu.

Page 118: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441118

(3) Mahkamah apabila membuat suatu perintah bagi pembetulandaftar itu, hendaklah melalui perintahnya, mengarahkan suatunotis mengenai pembetulan itu diserahkan kepada Pendaftar.

(4) Tiada permohonan bagi pembetulan sesuatu daftar berkenaandengan suatu catatan yang telah dibuat di dalam daftar lebih daripadatiga puluh tahun sebelum tarikh permohonan itu boleh dilayanoleh Mahkamah.

PENGGAL 5

PENYATA TAHUNAN

Penyata tahunan

109. (1) Suatu syarikat luar pesisir hendaklah membuat suatu penyatatahunan yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan dan disertaidengan salinan dokumen yang dikehendaki dimasukkan di dalampenyata itu.

(2) Penyata tahunan itu hendaklah mengikut bentuk yangditetapkan bagi maksud itu atau yang seberapa hampir dengannyasebagaimana hal keadaan membenarkan dan hendaklah dibuat setakatsuatu tarikh yang tidak lebih awal daripada empat belas hari sebelumtarikh penyerahannya.

(3) Penyata tahunan yang ditandatangani oleh seorang pengarahatau setiausaha syarikat itu hendaklah diserahkan kepada Pendaftar,sekali dalam setiap tahun kalendar, tidak lewat daripada tiga puluhhari sebelum ulang tahun tarikh pemerbadanan syarikat itu.

(4) Tertakluk kepada seksyen 113A, penyata tahunan yangdiserahkan kepada Pendaftar hendaklah disertai dengan suatuperakuan daripada seorang juruaudit diluluskan yang menyatakanbahawa—

(a) akaun yang sempurna syarikat itu bagi tempoh kewanganyang berakhir pada tarikh yang dinyatakan telah disimpandan suatu kunci kira-kira dan akaun keuntungan dankerugian bagi tempoh itu telah disediakan dan diauditkanoleh juruaudit itu; dan

Page 119: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 119

(b) pengarah yang memberi perakuan di bawah subseksyen (5)telah dikemukakan dengan suatu salinan akaun itu,

dan juruaudit yang diluluskan itu hendaklah menyimpan, selamatujuh tahun, satu salinan akaun yang berhubung dengan perakuanitu.

(5) Penyata tahunan suatu syarikat luar pesisir hendaklah disertaidengan suatu perakuan daripada seorang pengarah yang menyatakanbahawa dia telah menimbang akaun teraudit yang disebutkan dalamsubseksyen (4) atau akaun tidak teraudit, mengikut mana-manayang berkenaan, dan memperakui, dengan atau tanpa syarat—

(a) bahawa akaun tersebut menunjukkan bahawa syarikat ituadalah solven pada tarikh setakat mana akaun itu dibuat;

(b) bahawa dia tidak menyedari akan apa-apa hal keadaanyang menjadikan akaun itu tidak benar; dan

(c) bahawa tiada apa-apa hal keadaan telah berlaku semenjaktarikh yang setakat mana akaun itu dibuat yang bolehmenjadikan syarikat itu tidak solven,

dan jika perakaun itu tidak boleh diberi tanpa syarat, aspek syaratitu hendaklah dinyatakan.

(6) Jika sesuatu syarikat luar pesisir gagal mematuhi seksyenini, syarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukansuatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Dua ribu ringgit. Penalti ingkar.

BAHAGIAN VI

AKAUN DAN AUDIT

PENGGAL 1

AKAUN

Akaun hendaklah disimpan

110. (1) Suatu syarikat luar pesisir hendaklah menyebabkan disimpanrekod perakaunan dan rekod lain yang sempurna yang akanmenghuraikan dengan secukupnya transaksi dan kedudukan kewangansyarikat itu.

Page 120: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441120

(2) Tiap-tiap syarikat dan pengarah syarikat itu hendaklahmenyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunandan rekod lain syarikat itu dalam masa enam puluh hari selepasselesainya transaksi yang berhubung dengan rekod itu.

(3) Rekod perakaunan dan rekod lain suatu syarikat luar pesisirhendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu atau di mana-manatempat lain di Labuan sebagaimana difikirkan patut oleh pengarahdan rekod itu hendaklah pada bila-bila masa terbuka untukpemeriksaan mana-mana pengarah dan hendaklah disimpan mengikutcara yang akan membolehkan rekod itu diaudit dengan mudah dansempurna.

(4) Pendaftar boleh, dalam apa-apa hal tertentu, mengarahkansupaya rekod perakaunan dan rekod lain suatu syarikat luar pesisirdibuka untuk pemeriksaan oleh seorang juruaudit diluluskan yangbertindak bagi pihak seorang pengarah, tetapi hanya apabila suatuaku janji bertulis diberikan kepada Pendaftar bahawa maklumatyang diperoleh oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidakakan didedahkan olehnya kecuali kepada pengarah itu.

(5) Mana-mana pengarah suatu syarikat luar pesisir yang gagaluntuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk menjaminsyarikat itu mematuhi kehendak seksyen ini dan seksyen 112 dan113, atau seorang pengarah pemastautin yang dengan tindakansengajanya telah menyebabkan apa-apa keingkaran oleh syarikatitu di bawah seksyen tersebut, melakukan suatu kesalahan terhadapAkta ini.

Akaun yang diaudit hendaklah dibentangkan di mesyuarat

111. (1) Pengarah suatu syarikat luar pesisir hendaklah menyebabkanakaun teraudit atau akaun tidak teraudit syarikat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibentangkan di hadapan syarikat di suatumesyuarat anggota tidak lebih daripada sembilan bulan selepastarikh setakat mana akaun teraudit atau akaun tidak teraudit itudibuat.

(2) Suatu salinan akaun teraudit yang dibentangkan di mesyuaratanggota hendaklah diserahkan kepada Pendaftar dalam masa satubulan daripada tarikh ia dibentangkan.

Page 121: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 121

(3) Jika keingkaran berlaku pada mematuhi seksyen ini, syarikatluar pesisir itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu melakukan suatukesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

Akaun yang diaudit hendaklah dihantar kepada anggota

112. Suatu salinan tiap-tiap akaun teraudit atau akaun tidak teraudit,mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendak dibentangkandi hadapan suatu syarikat luar pesisir di suatu mesyuarat anggotanyaberserta suatu salinan laporan juruaudit ke atas akaun itu (jikaterpakai) hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelumtarikh mesyuarat itu, dihantar kepada semua anggota syarikat itu.

PENGGAL 2

AUDIT

Juruaudit hendaklah dilantik

113. (1) Pengarah suatu syarikat luar pesisir dalam masa sembilanpuluh hari ianya diperbadankan, hendaklah melantik seorang ataubeberapa orang sebagai juruaudit syarikat itu.

(2) Suatu syarikat luar pesisir hendaklah, apabila ia melantikseorang juruaudit, menyerahkan kepada Pendaftar, dalam masatiga puluh hari daripada pelantikan itu, suatu notis mengenainyadalam borang yang ditetapkan berserta persetujuan bertulis juruaudititu.

Juruaudit tidak dikehendaki dalam keadaan tertentu

113A. Suatu syarikat luar pesisir tidak dikehendaki melantik seorangjuruaudit selagi—

(a) ia bukan suatu syarikat yang dilesenkan di bawah AktaBank Luar Pesisir 1990 atau Akta Insurans Luar Pesisir1990;

(b) syarikat atau seorang pegawai, pengarah, ejen atau mana-manaorang bagi pihak syarikat tidak—

(i) mengeluarkan suatu pelawaan atau membahagi-bahagikanborang permohonan kepada orang awam atau kepadamana-mana orang awam untuk memohon beli syeratau debentur dalam syarikat; atau

Page 122: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441122

(ii) mengeluarkan suatu pelawaan kepada orang awamatau mana-mana orang awam untuk mendepositkanwang dengan, atau memberi pinjaman wang kepada,syarikat itu; dan

(c) anggota syarikat itu membuat ketetapan sedemikian padamesyuarat anggota syarikat itu yang pelantikan sedemikiantidak perlu dibuat berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

Pemberhentian dan peletakan jawatan juruaudit

114. (1) Suatu syarikat luar pesisir boleh, di suatu mesyuarat anggotayang notis khas mengenainya telah diberi kepada juruaudit danPendaftar, tetapi tidak sebaliknya, memberhentikan seorang juruauditdaripada jawatannya, tetapi hendaklah di mesyuarat di mana juruaudititu diberhentikan atau di suatu mesyuarat anggota yang diadakandalam masa sebulan kemudiannya, melantik seorang juruauditdiluluskan untuk mengambil tempat juruaudit yang diberhentikanitu.

(2) Seorang juruaudit suatu syarikat luar pesisir boleh, jika diabukannya juruaudit tunggal, meletakkan jawatannya pada bila-bilamasa tetapi seorang juruaudit tunggal suatu syarikat luar pesisirboleh meletakkan jawatannya di suatu mesyuarat anggota sahaja.

(3) Jika seorang juruaudit memberi notis bertulis kepada pengarahsuatu syarikat luar pesisir bahawa dia berhasrat untuk meletakkanjawatannya, pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yangpraktik, memanggil suatu mesyuarat anggota syarikat itu bagi maksudmelantik seorang juruaudit bagi menggantikan juruaudit yangberhasrat untuk meletakkan jawatannya, dan apabila juruaudit yanglain telah dilantik, peletakan jawatannya itu akan berkuat kuasa.

(4) Suatu syarikat luar pesisir hendaklah, dalam masa tiga puluhhari daripada pertukaran juruaudit syarikat itu, menyerahkan kepadaPendaftar suatu notis mengenainya dalam borang yang ditetapkandan notis itu hendaklah disertai dengan persetujuan juruaudit baruitu.

Saraan juruaudit

115. Fi dan perbelanjaan seorang juruaudit suatu syarikat luarpesisir boleh ditetapkan oleh pengarah syarikat itu melainkan jikadikehendaki oleh juruaudit itu supaya ditetapkan melalui suatuketetapan anggota syarikat itu.

Page 123: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 123

Juruaudit boleh menghadiri mesyuarat

116. Seorang juruaudit suatu syarikat luar pesisir boleh menghadiridan bercakap di semua mesyuarat anggota syarikat itu.

Hak dan kewajipan juruaudit

117. (1) Tiap-tiap juruaudit suatu syarikat luar pesisir hendaklahmelaporkan kepada anggota syarikat itu sama ada, pada pendapatnya,akaun syarikat itu telah disediakan dengan sempurna supaya memberigambaran yang tepat dan adil mengenai hal ehwal syarikat itu.

(2) Tiap-tiap juruaudit suatu syarikat luar pesisir berhak untukdikemukakan kepadanya suatu salinan memorandum dan perkarasyarikat itu dan hendaklah membiasakan dirinya dengan terma dansyarat yang terkandung di dalamnya.

BAHAGIAN VII

PERKIRAAN DAN PEMBENTUKAN SEMULA

Perkiraan

118. (1) Dalam seksyen ini “perkiraan” ertinya—

(a) suatu penyusunan semula atau pembentukan semua syarikatluar pesisir yang diperbadankan di bawah Akta ini;

(b) suatu penyatuan atau percantuman satu atau lebih syarikatluar pesisir dengan satu atau lebih syarikat luar pesisirlain, jika syarikat yang masih hidup itu atau syarikatyang dicantumkan itu adalah satu syarikat luar pesisir;

(c) pemisahan dua atau lebih perniagaan yang dijalankanoleh suatu syarikat luar pesisir; atau

(d) apa-apa gabungan mana-mana perkara yang dinyatakandalam perenggan (a) hingga (c).

(2) Pengarah suatu syarikat luar pesisir boleh, melalui ketetapanpengarah, meluluskan suatu pelan perkiraan yang mengandungibutir-butir perkiraan yang dicadangkan itu.

(3) Apabila pelan perkiraan itu diluluskan oleh pengarah, syarikatluar pesisir itu hendaklah membuat suatu permohonan kepadaMahkamah untuk mendapatkan kelulusan bagi perkiraan yangdicadangkan itu.

Page 124: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441124

(4) Mahkamah boleh, apabila suatu permohonan dibuat di bawahsubseksyen (3), membuat perintah interim atau muktamad, dandalam membuat perintah itu Mahkamah boleh—

(a) menentukan apa-apa notis, jika ada, yang hendak diberikankepada mana-mana orang mengenai perkiraan yangdicadangkan itu;

(b) menentukan sama ada kelulusan mana-mana orang patutdidapati mengenai perkiraan yang dicadangkan itu dancara mendapatkan kelulusan itu;

(c) menentukan sama ada mana-mana pemegang syer, obligasihutang atau sekuriti lain syarikat itu boleh menentangperkiraan yang dicadangkan itu dan menerima bayarannilai syernya, obligasi hutangnya atau sekuriti lainnya;

(d) menjalankan suatu pembicaraan dan membenarkan mana-manaorang berkepentingan hadir; dan

(e) meluluskan atau menolak pelan perkiraan sebagaimanadicadangkan atau meluluskan pelan itu dengan pindaansebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

(5) Jika Mahkamah membuat perintah meluluskan pelan perkiraanitu, pengarah syarikat luar pesisir itu, jika mereka masih berhasratuntuk melaksanakan pelan itu, hendaklah mengesahkan pelanperkiraan itu sebagaimana diluluskan oleh Mahkamah, sama adaatau tidak Mahkamah telah memerintahkan supaya apa-apa pindaandibuat kepada pelan perkiraan itu.

(6) Pengarah syarikat luar pesisir itu, apabila telah mengesahkanpelan perkiraan itu hendaklah—

(a) memberi notis kepada orang yang kepadanya Mahkamahmenghendaki notis diberi; dan

(b) menyerahkan pelan perkiraan itu kepada orang itu untukkelulusan mereka jika dikehendaki oleh perintah Mahkamahitu.

(7) Setelah pelan perkiraan itu diluluskan oleh orang yangdaripadanya kelulusan dikehendaki oleh perintah Mahkamah itu,perkara perkiraan itu hendaklah dilaksanakan oleh syarikat luarpesisir dan hendaklah mengandungi—

(a) pelan perkiraan itu;

Page 125: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 125

(b) perintah Mahkamah yang meluluskan pelan perkiraan itu;dan

(c) cara bagaimana pelan perkiraan itu telah diluluskan,sekiranya kelulusan dikehendaki oleh perintah Mahkamah.

(8) Perkara perkiraan itu hendaklah diserahkan kepada Pendaftaryang hendaklah menyimpan dan mendaftarkannya dalam daftar.

(9) Apabila perkara perkiraan itu didaftarkan, Pendaftar hendaklahmengeluarkan suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterainyayang memperakukan bahawa perkara perkiraan itu telah didaftarkan.

(10) Suatu perakuan perkiraan itu yang dikeluarkan oleh Pendaftardi bawah subseksyen (9) hendaklah menjadi keterangan primafacie mengenai pematuhan semua kehendak Akta ini yang berkenaandengan perkiraan itu.

(11) Suatu perkiraan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perkaraperkiraan itu didaftarkan oleh Pendaftar atau pada apa-apa tarikhkemudian daripada itu, yang tidak melebihi tiga puluh hari daritarikh perkara perkiraan itu didaftarkan dengan Pendaftar sebagaimanadinyatakan dalam perkara perkiraan itu.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan pengambilalihan danpenyatuan

119. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi pengawasandan kawalan transaksi pengambilalihan dan penyatuan.

BAHAGIAN VIII

SYARIKAT LUAR PESISIR ASING

Tafsiran

120. (1) Bahagian ini terpakai bagi suatu syarikat asing hanyajika syarikat itu mempunyai tempat perniagaan atau menjalankanperniagaan di Labuan dan tidak didaftarkan di bawah Akta Syarikat1965.

(2) Dalam Bahagian ini ungkapan “menjalankan perniagaan diLabuan” termasuk—

(a) menjalankan perniagaan di, dari atau melalui Labuan;

Page 126: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441126

(b) menubuhkan atau menggunakan suatu pejabat pemindahansyer atau pendaftaran syer di Labuan atau mentadbirkan,menguruskan atau selainnya berurusan dengan harta yangterletak di Labuan sebagai seorang ejen, wakil diri di sisiundang-undang atau pemegang amanah, sama ada melaluipekhidmat atau ejen atau selainnya; dan

(c) dalam hal suatu syarikat luar pesisir asing yang dinyatakanoleh Menteri melalui notis yang disiarkan dalam Wartabagi maksud perenggan ini—

(i) membenarkan atau membiarkan, di Labuan, syersyarikat itu sendiri untuk diuruskan, diterbitkan,dipindahkan atau dijadikan subjek opsyen atauperjanjian;

(ii) membenarkan atau membiarkan, di Labuanpemindahan, atau urusan berkenaan dengan,perjanjian atau opsyen untuk menjual atau membelisekuriti, nota atau hak yang diterbitkan olehnyakepada orang awam; atau

(iii) membenarkan atau membiarkan, di Labuan,pemindahan, atau urusan yang berkenaan dengan,perjanjian atau opsyen untuk menjual atau membelisekuriti, nota atau hak, yang oleh sebab pemindahan,urusan, perjanjian atau opsyen itu orang awamboleh memperoleh kepentingan dalam syarikat itu.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat luar pesisirasing tidak boleh dikira menjalankan perniagaan di Labuan semata-mataoleh sebab fakta bahawa, di Labuan syarikat itu—

(a) ialah, atau menjadi, suatu pihak kepada apa-apa tindakanatau guaman atau apa-apa prosiding pentadbiran atautimbangtara atau apa-apa tuntutan atau pertikaian; atau

(b) menjalankan transaksi terpencil yang tidak disolisit yangdiselesaikan dalam masa tiga puluh satu hari, yang bukannyasatu daripada sebilangan transaksi yang serupa yangdiulangi lebih daripada dua kali.

Pendaftaran syarikat luar pesisir asing

121. (1) Suatu syarikat asing tidak boleh mempunyai suatu tempatperniagaan di Labuan atau menjalankan perniagaan di Labuanmelainkan jika ianya didaftarkan sebagai suatu syarikat luar pesisir

Page 127: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 127

asing di bawah Bahagian ini, dan suatu syarikat asing yang bertindak,dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang membenarkan syarikatasing itu bertindak berlanggaran dengan subseksyen ini melakukansuatu kesalahan terhadap Akta ini.

(2) Tiap-tiap syarikat asing, sebelum menubuhkan tempatperniagaan, atau menjalankan perniagaan, di Labuan, hendaklahmenyerahkan kepada Pendaftar bagi pendaftaran—

(a) suatu salinan diperakui perakuan pemerbadanannya ataupendaftarannya di tempat ianya diperbadankan atauditempat asalnya, atau suatu dokumen yang mempunyaikesan yang sama;

(b) suatu salinan diperakui piagam, statut atau memorandumdan perkara atau surat cara lain yang menjadi ataumenentukan perlembagaan syarikat itu;

(c) suatu senarai pengarah dan pegawai yang mengandungibutir-butir, yang berkenaan dengan pengarah syarikat itu,adalah sama dengan butir-butir yang dikehendakiterkandung dalam daftar pengarah dan setiausaha di bawahseksyen 94;

(d) jika senarai yang disebutkan dalam perenggan (c) termasukpengarah pemastautin di Labuan adalah anggota lembagapengarah tempatan, suatu memorandum yang dilaksanakandengan wajarnya oleh atau bagi pihak suatu syarikat luarpesisir asing yang menyatakan kuasa pengarah tempatan;

(e) suatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakil dibawah meterai syarikat asing itu atau yang dilaksanakanbagi pihak syarikat itu mengikut suatu cara yang mengikatsyarikat itu dan, dalam mana-mana hal itu, ditentusahkanmengikut cara ditetapkan, yang menyatakan nama suatusyarikat amanah yang diberi kuasa untuk menerima bagipihaknya penyampaian proses dan apa-apa notis yangdikehendaki disampaikan ke atas syarikat itu; dan

(f) suatu akuan berkanun dalam bentuk yang ditetapkan yangdibuat oleh seorang pegawai syarikat amanah itu,

dan Pendaftar bolehlah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dantertakluk kepada Akta ini dan apa-apa syarat yang boleh dikenakanoleh Pendaftar, mendaftarkan syarikat itu di bawah Bahagian inisebagai suatu syarikat luar pesisir asing dengan mendaftarkandokumen itu.

Page 128: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441128

(3) Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan, dalambentuk ditetapkan, mengenai tiap-tiap pendaftaran suatu syarikatluar pesisir asing dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangankonklusif bahawa kehendak mengenai pendaftaran telah dipatuhi.

(4) Jika suatu memorandum pelantikan atau surat kuasa wakilyang diserahkan kepada Pendaftar menurut perenggan (2)(e) telahdilaksanakan oleh seseorang bagi pihak suatu syarikat luar pesisirasing, suatu salinan surat ikatan atau dokumen yang memberikankuasa kepada orang itu untuk melaksanakan memorandum pelantikanatau surat kuasa wakil itu, yang ditentusahkan secara akuan berkanunmengikut cara yang ditetapkan, hendaklah diserahkan kepadaPendaftar dan salinannya hendaklah dikira sebagai salinan yangasal bagi semua maksud.

(5) Suatu syarikat luar pesisir asing hendaklah membayar fitahunan dalam apa-apa amaun sebagaimana ditetapkan tidak lewatdaripada tiga puluh hari dari setiap ulang tahun tarikh pendaftaransyarikat itu.

Larangan dan sekatan ke atas syarikat luar pesisir asing

122. (1) Suatu syarikat luar pesisir asing tidak boleh menjalankanapa-apa perniagaan di Labuan yang suatu syarikat luar pesisirdilarang menjalankan.

(2) Menteri boleh, melalui notis yang disiarkan dalam Warta,memerintahkan supaya mana-mana syarikat luar pesisir asingdisekatkan daripada menjalankan apa-apa perniagaan di Labuanyang dinyatakan dan boleh, melalui notis yang disiarkan dalamWarta, mengenakan syarat ke atas apa-apa perniagaan dinyatakanyang boleh dijalankan oleh suatu syarikat luar pesisir asingdi Labuan.

Pejabat berdaftar syarikat luar pesisir asing

123. (1) Tiap-tiap syarikat luar pesisir asing hendaklah, pada bila-bila masa, mempunyai pejabat berdaftarnya di Labuan, dan pejabatitu hendaklah pejabat utama suatu syarikat amanah.

(2) Notis dalam borang yang ditetapkan mengenai tempat letakpejabat berdaftar dan apa-apa pertukaran tempat itu hendaklah

Page 129: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 129

diserahkan kepada Pendaftar dalam masa satu bulan selepas tarikhpendaftaran syarikat luar pesisir asing itu atau dalam masa satubulan daripada pertukaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikatluar pesisir asing itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkarmelakukan suatu kesalahan terhadap Akta itu.

Penalti: Satu ribu ringgit. Penalti ingkar.

Penyata hendaklah diserahkan apabila dokumen, dsb., diubah

124. (1) Jika—

(a) piagam, statut, memorandum atau perkara sesuatu syarikatluar pesisir asing, atau surat cara lain yang berhubungdengan syarikat itu yang diserahkan kepada Pendaftar;

(b) pengarah suatu syarikat luar pesisir asing atau nama ataualamat mana-mana pengarah;

(c) alamat pejabat berdaftar suatu syarikat luar pesisir asingdi tempat pemerbadanannya atau tempat asalnya;

(d) nama suatu syarikat luar pesisir asing;

(e) kuasa mana-mana pengarah pemastautin di Labuan yangadalah anggota lembaga pengarah tempatan suatu syarikatluar pesisir asing; atau

(f) syarikat amanah atau nama atau alamat syarikat amanahyang disebutkan dalam perenggan 121(2)(e),

ditukar atau diubah, syarikat luar pesisir asing itu hendaklah, dalammasa satu bulan selepas pertukaran atau perubahan itu, menyerahkankepada Pendaftar butir-butir pertukaran atau perubahan itu danapa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan.

(2) Apabila menerima butir-butir yang tersebut dahulu mengenaipertukaran atau perubahan itu, Pendaftar hendaklah, tertakluk kepadaAkta ini, mendaftarkan pertukaran atau perubahan itu.

(3) Apabila butir-butir apa-apa pertukaran atau perubahan namasuatu syarikat luar pesisir asing yang disebutkan dalamperenggan (1)(d) telah diserahkan kepada Pendaftar, Pendaftar

Page 130: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441130

hendaklah mengeluarkan suatu perakuan dalam bentuk ditetapkandi bawah tandatangan dan meterainya dan perakuan itu hendaklahmenjadi keterangan prima facie dalam semua Mahkamah mengenaipertukaran atau perubahan nama syarikat itu.

(4) Jika suatu syarikat luar pesisir asing menambah ataumengurangkan modal syernya yang dibenarkan, syarikat ituhendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas penambahan ataupengurangan itu, menyerahkan kepada Pendaftar notis amaun yangdaripada dan kepadanya ia telah berubah.

(5) Jika suatu syarikat luar pesisir asing yang tidak mempunyaisuatu modal syer menambah bilangan anggotanya sehingga melebihibilangan yang didaftarkan, syarikat itu hendaklah, dalam masa tigapuluh hari selepas pertambahan itu ditetapkan atau berlaku,menyerahkan kepada Pendaftar notis mengenai pertambahan itu.

Penyampaian ke atas syarikat luar pesisir asing

125. Apa-apa proses atau dokumen yang dikehendaki disampaikanke atas sesuatu syarikat luar pesisir asing disampaikan dengansecukupnya jika proses atau dokumen itu dialamatkan kepada syarikatluar pesisir asing itu dan ditinggalkan di pejabat berdaftarnya diLabuan atau dihantar melalui pos kepada pejabat berdaftarnya diLabuan tetapi—

(a) jika mana-mana syarikat sedemikian ingkar untukmemfailkan dengan Pendaftar nama dan alamat pejabatberdaftar yang dibenarkan menerima penyampaian prosesatau notis bagi pihak syarikat itu;

(b) jika pada bila-bila masa pejabat berdaftar yang telahdiserahkan notis tidak lagi wujud; atau

(c) jika kerana apa-apa sebab lain penyampaian proses ataunotis tidak boleh disempurnakan,

dokumen itu bolehlah disampaikan ke atas syarikat itu denganmeninggalkannya di, atau menghantarkannya kepada, mana-manatempat perniagaan di Labuan yang ditubuhkan oleh syarikat itu,atau, jika tiada tempat perniagaan sedemikian telah ditubuhkan,dokumen itu bolehlah diserahkan ke atas syarikat itu melalui posberdaftar di mana-mana tempat perniagaan syarikat itu di negarasyarikat itu diperbadankan.

Page 131: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 131

Pemberhentian perniagaan di Labuan

126. Jika suatu syarikat luar pesisir asing berhenti daripadamempunyai tempat perniagaan atau menjalankan perniagaan diLabuan, syarikat itu hendaklah, dalam masa satu bulan selepaspemberhentian itu, menyerahkan kepada Pendaftar notis mengenaifakta itu, dan dari hari notis itu diserahkan, obligasi syarikat ituuntuk menyerahkan apa-apa dokumen (yang bukannya dokumenyang sepatutnya diserahkan sebelum hari itu) kepada Pendaftarhendaklah tamat, dan Pendaftar boleh dengan serta-merta memotongnama syarikat luar pesisir asing itu daripada daftar.

Pelikuidasian atau pembubaran syarikat di tempatdiperbadankan atau di tempat asalnya

127. (1) Jika suatu syarikat luar pesisir asing dilikuidasikan ataudibubarkan di tempat pemerbadanannya atau tempat asalnya—

(a) syarikat amanah hendaklah, dalam masa satu bulan selepasbermulanya pelikuidasian atau pembubaran itu atau dalamapa-apa masa selanjutnya sebagaimana Pendaftar, dalamhal keadaan khas membenarkan, menyerahkan ataumenyebabkan diserahkan kepada Pendaftar, notis mengenaifakta itu dan, jika seorang pelikuidasi dilantik, notismengenai pelantikan itu;

(b) Pendaftar, selepas menerima notis itu, hendaklah denganserta-merta melantik seorang pelikuidasi, dan sehinggapenggulungan hal ehwal syarikat itu di Labuan selesai,syarikat luar pesisir asing itu hendaklah disifatkan teruswujud di Labuan; dan

(c) Mahkamah hendaklah disifatkan telah memerintahkansupaya syarikat itu digulung.

(2) Pelikuidasi yang dilantik oleh Pendaftar hendaklahmendapatkan kesemua aset syarikat luar pesisir asing itu yangterletak di Labuan atau yang boleh didapati kembali di Labuan,dan dalam berbuat demikian, pelikuidasi itu hendaklah, mempunyaikesemua kuasa seorang pelikuidasi satu syarikat luar pesisir.

(3) Sebelum membayar atau memindahkan apa-apa aset yangdidapati di Labuan kepada seorang pelikuidasi asing suatu syarikat

Page 132: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441132

luar pesisir asing di tempat ianya dibentuk atau diperbadankan,pelikuidasi yang dilantik oleh Pendaftar hendaklah—

(a) membayar kepada Pendaftar semua penalti, kos, fi dancaj yang kena dibayar dan terhutang;

(b) membayar amaun semua cukai yang kena dibayar di bawahAkta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990[Akta 445]; dan

(c) membayar kepada mana-mana orang yang bermastautindi Labuan yang kepadanya, pada masa pelantikanpelikuidasi di Labuan, apa-apa hutang yang bona fideditanggung oleh suatu syarikat luar pesisir asing berkenaandengan pembekalan khidmat kepada atau untuk syarikatluar pesisir asing itu, amaun hutang itu,

dan penalti, kos, fi, caj, cukai dan hutang sedemikian hendaklahmenjadi suatu tanggungan ke atas aset syarikat luar pesisir asingitu yang berperingkat selepas kos pelikuidasi yang dilantik olehPendaftar tetapi lebih utama daripada apa-apa jua caj dan tuntutanlain.

(4) Peruntukan Bahagian X Akta Syarikat 1965 yang berhubungdengan pemotongan nama syarikat yang tidak berfungsi daripadadaftar hendaklah terpakai mutatis mutandis kepada suatu syarikatluar pesisir asing.

Nama syarikat luar pesisir asing

128. (1) Kecuali dengan persetujuan Menteri, suatu syarikat luarpesisir asing tidak boleh didaftarkan dengan nama yang pada pendapatPendaftar nama yang tidak diingini atau nama atau termasuk suatunama yang daripada jenis yang Pendaftar selainnya enggan untukmenerima bagi pendaftaran.

(2) Jika suatu syarikat luar pesisir telah didaftarkan, sama adasecara tersilap atau selainnya, dengan suatu nama yang dengannyaia tidak patut didaftarkan, Pendaftar boleh, selepas memberi notistiga puluh hari kepada syarikat luar pesisir asing itu, menghendakisyarikat itu menukar namanya, memotong syarikat itu daripadadaftar apabila syarikat itu ingkar mematuhi kehendak Pendaftar.

Page 133: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 133

(3) Tiada syarikat luar pesisir asing boleh, berkenaan dengantindakan yang telah dibuat atau akan dibuat di Labuan, menggunakandi Labuan atau di tempat lain, apa-apa nama selain daripada namayang dengannya syarikat itu telah didaftarkan di bawah Bahagianini dan tiap-tiap syarikat luar pesisir asing dan tiap-tiap pegawaisyarikat itu yang dengan disedarinya memberi kuasa ataumembenarkan keingkaran itu melakukan suatu kesalahan terhadapAkta ini.

Penyata oleh syarikat luar pesisir asing

129. (1) Suatu syarikat luar pesisir asing hendaklah membuat suatupenyata tahunan yang mengandungi butir-butir yang ditetapkandan penyata tahunan itu hendaklah disertai dengan apa-apa salinandokumen sebagaimana dikehendaki dimasukkan dalam penyataitu, dan syarikat itu hendaklah menyerahkan penyata itu kepadaPendaftar sekali dalam setiap tahun kalendar tidak lewat daripadatiga puluh hari sebelum ulang tahun tarikh pendaftaran syarikatitu.

(2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—

(a) untuk menetapkan daftar dan penyata yang hendaklahdisimpan dan dibuat oleh sesuatu syarikat luar pesisirasing dan menetapkan masa daftar dan penyata itu mestidisimpan dan dibuat; dan

(b) untuk menetapkan fi dan caj yang hendaklah dibayarbagi penyerahan apa-apa penyata tahunan.

Pemakaian Bahagian ini kepada syarikat asing tertentu yangdidaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965

130. Walau apa pun peruntukan lain dalam Bahagian ini, suatusyarikat asing yang telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965dan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan1989, Akta Bank Islam 1983, atau Akta Insurans 1963, mengikutmana-mana yang berkenaan, boleh didaftarkan di bawah Akta inisebagai suatu syarikat luar pesisir asing, dan apabila didaftarkansedemikian, peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai sewajarnyakepada syarikat itu.

Page 134: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441134

BAHAGIAN VIII A

SYARIKAT PENGURUSAN

Tafsiran

130A. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“pengurusan syarikat” ertinya pemberian khidmat pengurusan,khidmat pentadbiran, khidmat pemprosesan perbendaharaan danapa-apa khidmat lain, dan kepada mana-mana orang, sebagaimanayang dibenarkan oleh Pendaftar;

“syarikat pengurusan” ertinya mana-mana syarikat luar pesisiryang diperbadankan atau syarikat luar pesisir asing yang didaftarkandi bawah Akta ini untuk maksud mengusahakan atau menawarkanuntuk mengusahakan perniagaan pengurusan syarikat.

Daftar syarikat pengurusan

130B. (1) Pendaftar boleh menyimpan suatu daftar semua syarikatpengurusan yang dilesenkan di bawah Bahagian ini.

(2) Daftar yang disimpan di bawah subseksyen (1) hendaklahmenunjukkan—

(a) maklumat yang dikehendaki di bawah perenggan 130D(2)(c)berkenaan dengan setiap syarikat pengurusan dilesenkandi bawah Bahagian ini;

(b) tarikh pemberian lesen; dan

(c) jika lesen dibatalkan, tarikh pembatalannya.

(3) Daftar tersebut hendaklah dalam bentuk yang boleh ditentukanoleh Pendaftar dan boleh terbuka kepada umum untuk pemeriksaansemasa waktu pejabat atas bayaran apa-apa fi pemeriksaansebagaimana yang ditetapkan.

Pelesenan

130C. Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan syarikatpengurusan dalam, dari atau melalui Labuan melainkan jika orangitu dilesenkan di bawah Bahagian ini.

Page 135: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 135

Permohonan untuk mendapatkan lesen

130D. (1) Tiada seorang pun, kecuali suatu syarikat luar pesisiryang diperbadankan, atau syarikat luar pesisir asing yang didaftarkan,di bawah Akta ini, boleh memohon kepada Pendaftar untuk mendapatsuatu lesen untuk menjalankan perniagaan pengurusan syarikatdalam, dari atau melalui Labuan.

(2) Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a) dibuat mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehPendaftar; dan

(b) disertakan bersama—

(i) apa-apa fi permohonan yang ditetapkan;

(ii) suatu penyata sumber kewangan dan manusia dankemudahan pentadbiran yang ada pada pemohonbagi perjalanan kompeten dan cekap urusannya;dan

(iii) apa-apa dokumen atau maklumat lainsemunasabahnya boleh dikehendaki oleh Pendaftarbagi maksud menimbangkan permohonan itu; dan

(c) mengandungi—

(i) alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatpenyampaiannya di Labuan;

(ii) nama dan alamat seseorang pemastautin di Labuanyang diberi kuasa untuk mewakili pemohon danuntuk menerima penyampaian bagi pihaknya; dan

(iii) alamat mana-mana tempat perniagaan yangpemohon mungkin ada di luar Labuan.

(3) Jika mana-mana maklumat disebut dalam perenggan (2)(c)diubah pada bila-bila masa selepas dikemukakan, pemohon, selepasdiberi lesen di bawah Bahagian ini, hendaklah memberi secarabertulis kepada Pendaftar butir-butir perubahan itu dalam tempohsatu bulan dari tarikh lesen diberikan atau dalam tempoh satubulan selepas perubahan dibuat, mengikut mana-mana yangterkemudian.

Page 136: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441136

Pemberian lesen

130E. (1) Pendaftar boleh mengikut budi bicaranya memberikanatau enggan memberikan lesen kepada mana-mana pemohon.

(2) Pendaftar tidak boleh memberikan lesen melainkan jika diaberpuas hati bahawa pemohon—

(a) mempunyai reputasi yang cukup baik untuk menjalankanperniagaan pengurusan syarikat;

(b) mempunyai atau tersedia baginya pengetahuan, kepakaran,sumber dan kemudahan yang cukup yang diperlukan untukpengurusan atau pentadbiran perniagaan itu dengansepatutnya;

(c) mempunyai sumber kewangan yang cukup yang bolehdigunakannya untuk membolehkannya menjalankanperniagaannya dengan berkesan dan menjelaskanliabilitinya; dan

(d) akan dapat mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan olehPendaftar.

(3) Walau apa pun subseksyen (2) Pendaftar bolehlah menolaksesuatu permohonan jika diputuskannya bahawa tidaklah berfaedahuntuk kepentingan awam sesuatu lesen diberikan.

(4) Sesuatu lesen bolehlah diberikan tertakluk kepada apa-apaterma, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang disifatkanoleh Pendaftar patut dinyatakan dalamnya.

(5) Sesuatu lesen hendaklah—

(a) dalam bentuk yang ditetapkan;

(b) diterima dalam semua mahkamah sebagai keterangan primafacie bagi fakta yang dinyatakan dalamnya; dan

(c) terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan.

Kuasa untuk memberikan pengecualian

130F. (1) Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa tidaklahmudarat kepada kepentingan awam untuk berbuat demikian,

Page 137: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 137

mengarahkan bahawa semua atau mana-mana peruntukan di bawahBahagian ini hendaklah—

(a) tidak terpakai; atau

(b) terpakai tertakluk kepada apa-apa ubah suaian sebagaimanayang dinyatakan dalam arahan itu,

bagi sesuatu syarikat pengurusan.

(2) Sesuatu arahan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan padabila-bila masa mengikut budi bicara Pendaftar.

Prosedur pelesenan

130G. (1) Jika Pendaftar memberikan sesuatu lesen kepada pemohonPendaftar hendaklah—

(a) memasukkan butir-butir pemohon dalam daftar yangdisenggarakan olehnya; dan

(b) mengeluarkan suatu lesen kepada pemohon apabila dibayarapa-apa fi lesen yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian inihendaklah mempunyai tarikh lesen itu diberikan.

Fi tahunan

130H. (1) Sesuatu syarikat pengurusan yang diberi lesen di bawahBahagian ini hendaklah membayar, tidak lewat daripada tiga puluhhari dari setiap tarikh ulang tahun lesen itu diberikan, apa-apa fitahunan yang ditetapkan.

(2) Mana-mana fi tahunan yang tidak dibayar dalam tempohyang dinyatakan dalam subseksyen (1) boleh didapati oleh Pendaftarmelalui prosiding sivil sebagai hutang yang kena dibayar kepadaPendaftar dan Pendaftar boleh menghendaki dan Mahkamah bolehmemerintahkan pembayaran suatu penalti yang amaunnya bersamaandengan amaun fi itu kerana pembayaran lewat fi itu.

Pembatalan lesen

130I . (1) Pendaftar boleh membatalkan sesuatu lesen—

(a) atas permintaan pemegang lesen itu; atau

Page 138: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441138

(b) jika pemegang—

(i) telah berhenti menjalankan perniagaan dalam, dariatau melalui Labuan;

(ii) telah melanggar mana-mana peruntukan Bahagianini atau mana-mana terma, syarat, batasan yangdinyatakan lesen; atau

(iii) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawahAkta ini atau suatu kesalahan jenayah dalam mana-mananegara atau bidang kuasa.

(2) Pendaftar boleh menyiarkan dalam Warta, dalam apa-apabentuk yang difikirkannya patut, notis tiap-tiap pembatalan lesendi bawah Bahagian ini.

Akses kepada maklumat dan rekod

130J. Bagi maksud menunaikan kewajipannya, di bawah Bahagianini, Pendaftar boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, secarabertulis mengarahkan mana-mana pegawai sesuatu syarikatpengurusan yang baginya Bahagian ini terpakai—

(a) supaya memberikan maklumat; atau

(b) supaya memberikan akses kepada mana-mana rekod, bukuatau dokumen lain,

yang berhubung dengan perniagaan syarikat pengurusan itu yangdijalankan di bawah Bahagian ini yang, pada pendapat Pendaftar,perlu untuk membolehkannya memastikan sama ada syarikat telahmematuhi peruntukan Bahagian ini.

Kekebalan dan tindakan oleh Pendaftar

130K. (1) Tiada liabiliti ditanggung oleh dan tiada guaman, tindakanatau prosiding boleh dibawa terhadap Pendaftar bagi apa-apaperbuatan yang dilakukannya atau tidak dilakukannya dengan sucihati—

(a) dalam pelaksanaan atau cadangan pelaksanaan mana-manafungsi atau kewajipan; atau

(b) dalam perjalanan atau cadangan perjalanan mana-manakuasa,

di bawah Bahagian ini.

Page 139: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 139

(2) Pendaftar boleh membawa tindakan dan memulakan prosidinguntuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan Bahagian ini atauuntuk mendapatkan fi atau jumlah wang yang lain yang kena bolehdibayar di bawah Bahagian ini.

Kesalahan dan penalti

130L. Seorang yang—

(a) dengan sengaja membuat apa-apa salah nyataan dalammana-mana dokumen yang dikehendaki difailkan,dikemukakan atau diserahkan di bawah Bahagian ini;

(b) dengan sengaja membuat apa-apa pernyataan ataumemberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagimaksud Bahagian ini yang dia tahu salah atau mengelirukan;

(c) dengan disedarinya gagal mendedahkan apa-apa faktaatau maklumat yang dikehendaki didedahkan bagi maksudBahagian ini; atau

(d) sebagai orang yang bertanggungjawab tentang ataumempunyai milikan terhadap atau kawalan ke atas mana-manamaklumat, rekod, buku atau dokumen lain yang disebutdalam seksyen 165, enggan atau dengan sengaja cuaiuntuk mematuhi mana-mana arahan sah yang diberikandi bawah seksyen itu,

melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Penjara selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgitatau kedua-duanya.

Peralihan

130M. Mana-mana syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing yang pada tarikh Bahagian ini mula berkuat kuasa sedangmenjalankan apa-apa perniagaan atau terlibat dalam syarikatpengurusan dalam, dari atau melalui Labuan hendaklah dalammasa tiga bulan atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimanayang dibenarkan oleh Pendaftar dari tarikh mula berkuat kuasa itu,mematuhi peruntukan Bahagian ini.

Page 140: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441140

BAHAGIAN IX

PELBAGAI

Penerimaan dan penggulungan

131. (1) Peruntukan Bahagian VIII dan Bahagian X (setakat manaianya berhubung dengan suatu syarikat yang dihadkan oleh syer)Akta Syarikat 1965 terpakai bagi penerimaan dan penggulungansesuatu syarikat luar pesisir, tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaiandan penyesuaian sebagaimana yang perlu, dan khususnya sebutan“syarikat” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai syarikatluar pesisir.

(2) Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972 [P.U. (A)289/1972] juga terpakai bagi penggulungan sesuatu syarikat luarpesisir, tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian dan penyesuaianyang perlu dan khususnya sebutan “syarikat” hendaklah dikirasebagai sebutan mengenai syarikat luar pesisir.

Penyampaian dokumen ke atas syarikat

132. Apa-apa dokumen bolehlah disampaikan ke atas suatu syarikatluar pesisir atau syarikat luar pesisir asing dengan meninggalkannyadi, atau menghantarkannya melalui pos kepada, pejabat berdaftarsyarikat itu.

Pemindahan ke Labuan

133. (1) Suatu syarikat luar pesisir boleh, apabila mendapat kelulusanPendaftar dan dalam masa dua bulan dari tarikh kelulusan itudidapati, memohon kepada pegawai yang hak negara lain ataupegawai yang hak bidang kuasa dalam negara itu, yang menurutundang-undangnya, pemindahan sedemikian dibenarkan, bagi suatusurat cara untuk memindahkan syarikat itu seolah-olah syarikat itutelah diperbadankan di bawah undang-undang negara atau bidangkuasa lain itu, dan pada tarikh surat cara pemindahan itu, syarikatitu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, menjadisuatu syarikat di bawah undang-undang negara atau bidang kuasaitu dan yang didomisilkan di negara atau bidang kuasa itu.

Page 141: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 141

(2) Suatu syarikat luar pesisir tidak boleh memohon kepadaPendaftar bagi kelulusan di bawah subseksyen (1) melainkan jika—

(a) permohonan itu dibenarkan—

(i) jika syarikat itu bermodal syer, oleh tidak kurangdaripada tiga perempat pemegang syer daripadasetiap kelas;

(ii) oleh pemegang yang memegang tidak kurangdaripada tiga perempat daripada setiap kelasdebentur syarikat itu (jika ada); dan

(iii) oleh semua pengarah syarikat itu; dan

(b) syarikat itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelummemohon kepada Pendaftar bagi kelulusan sedemikian,telah menyiarkan suatu notis dalam surat khabar yangsecara amnya diedarkan di Labuan mengenai niatnya untukmembuat permohonan itu,

dan suatu permohonan sedemikian tidak boleh diterima melainkanjika permohonan itu disertai dengan suatu affidavit bersumpahseorang pengarah syarikat itu yang menyatakan—

(c) nama dan alamat pemiutang syarikat itu dan jumlah amaunsyarikat itu berhutang kepada pemiutangnya; dan

(d) suatu pernyataan yang membawa maksud bahawapemindahan domisil yang dicadangkan itu tidak akanmemudaratkan hak atau kepentingan yang wajar mana-manaanggota, pemegang debentur atau pemiutang syarikat itu.

(3) Pendaftar tidak boleh memberi kelulusan kepada suatu syarikatluar pesisir yang memohon berpindah ke negara atau bidang kuasalain melainkan jika Pendaftar berpuas hati bahawa—

(a) kehendak subseksyen (2) telah dipatuhi; dan

(b) syarikat itu telah mematuhi mana-mana peruntukan Aktaini yang sepatutnya telah dipatuhi oleh syarikat itu,

dan Pendaftar boleh memberikan kelulusannya atas apa-apa syaratyang difikirkannya perlu untuk memelihara hak dan kepentinganwajar mana-mana anggota, pemegang debentur atau pemiutangsyarikat itu atau mana-mana kelas anggota, pemegang debentur

Page 142: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441142

atau pemiutang, dan apabila syarikat itu mengambil apa-apa langkahyang pada pendapat Pendaftar perlu untuk meremedikankegagalan syarikat itu untuk mematuhi apa-apa peruntukan Aktaini.

(4) Apabila suatu surat cara yang memindahkan syarikat itu kenegara atau bidang kuasa lain telah dilaksanakan oleh pegawaiyang hak negara atau bidang kuasa lain itu, syarikat itu hendaklahdengan serta-merta memberitahu Pendaftar butir-butir mengenainyadan syarikat itu hendaklah disifatkan telah berhenti menjadi suatusyarikat yang diperbadankan di Labuan dari tarikh berkuatkuasanyapemindahannya ke negara atau bidang kuasa lain itu dan Pendaftarhendaklah memotong nama syarikat itu daripada daftar:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam subseksyen ini bolehmengambil atau menyentuh bidang kuasa mana-mana Mahkamah(sama ada Mahkamah Tinggi atau selainnya) untuk mendengar danmenyelesaikan apa-apa prosiding yang dimulakan dalam Mahkamahitu oleh atau terhadap syarikat itu sebelum syarikat itu berhentimenjadi syarikat yang diperbadankan di Labuan.

(5) Jika suatu syarikat luar pesisir memberitahu Pendaftar dibawah subseksyen (4) bahawa suatu surat cara yang memindahkansyarikat itu ke negara atau bidang kuasa lain telah dilaksanakanoleh pegawai yang hak di negara atau bidang kuasa lain itu danpemberitahuan itu palsu, walaupun Pendaftar telah memotong namasyarikat itu daripada daftar menurut kuasa subseksyen itu—

(a) liabiliti (jika ada) mana-mana pegawai atau anggota syarikatitu hendaklah berterusan dan bolehlah dikuatkuasakan seolah-olah syarikat itu masih didaftarkan di bawah Akta ini; dan

(b) syarikat itu bolehlah digulung menurut peruntukan Aktaini seolah-olah syarikat itu masih didaftarkan di bawahAkta ini.

Kos prosiding di hadapan Mahkamah

134. Mahkamah boleh, berkenaan dengan apa-apa prosiding dihadapannya di bawah Akta ini mengarahkan, mengikut budi bicaranyasendiri, kos suatu pihak dibayar dalam apa-apa amaun dan olehmana-mana pihak lain sebagaimana yang difikirkannya adil.

Page 143: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 143

Jaminan untuk kos

135. Jika suatu syarikat luar pesisir adalah plaintif dalam apa-apa tindakan Mahkamah atau prosiding undang-undang lain,Mahkamah boleh, pada bila-bila masa, menghendaki jaminan yangsecukupnya diberi untuk kos dan Mahkamah boleh menggantungapa-apa prosiding sehingga jaminan itu diberi.

Pelupusan syer pemegang syer yang tidak diketahui di manaberada

136. (1) Jika setelah menggunakan keusahaan yang munasabah,suatu syarikat luar pesisir tidak dapat mengetahui di mana beradanyaseorang pemegang syer berdaftar bagi suatu tempoh yang tidakkurang daripada sepuluh tahun, syarikat itu boleh menyebabkansuatu notis disiarkan dalam suatu surat khabar harian yang diedarkandi tempat yang dalam daftar anggota ditunjukkan sebagai alamatpemegang syer itu, dan notis itu hendaklah menyatakan bahawasyer itu akan boleh dilucuthakkan kepada Pendaftar selepas tamatsatu bulan dari tarikh notis itu.

(2) Jika selepas tamat satu bulan dari tarikh notis di bawahsubseksyen (1), tempat di mana pemegang syer itu berada masihbelum diketahui, syarikat itu boleh memindahkan syer dalam syarikatitu yang dipegang oleh pemegang syer itu kepada Pendaftar danbagi maksud itu syarikat itu boleh melaksanakan, bagi dan ataspihak pemunya syer itu, pemindahan syer itu kepada Pendaftar danorang yang syernya itu telah dilucuthakkan hendaklah terhentimenjadi seorang anggota berkenaan dengan syer yang telahdilucuthakkan itu, tetapi orang yang syernya telah dilucuthakkanitu, walaupun syernya itu telah dilucuthakkan, masih kena membayarkepada syarikat itu semua wang yang, pada tarikh perlucuthakkanitu, kena dibayar olehnya kepada syarikat itu berkenaan dengansyernya itu, tetapi liabilitinya hendaklah tamat jika dan apabilasyarikat itu menerima bayaran penuh semua wang berkenaan dengansyer itu.

Kuasa untuk memberi relif

137. (1) Dalam apa-apa prosiding bagi kecuaian, keingkaran,kemungkiran kewajipan, atau pecah amanah terhadap seseorangyang baginya seksyen ini terpakai, jika ternyata kepada Mahkamahyang di hadapannya prosiding diambil bahawa orang itu atau bolehbertanggungan berkenaan dengan kecuaian, keingkaran, kemungkiran

Page 144: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441144

kewajipan atau pecah amanah itu, tetapi orang itu telah bertindakdengan jujur dan munasabah dan bahawa, dengan mengambil kirasemua hal keadaan kes itu, termasuk hal keadaan yang berkaitandengan pelantikan orang itu, adil orang itu dimaafkan bagi kecuaian,keingkaran atau kemungkiran atau pecah amanah itu, Mahkamahboleh melepaskan orang itu daripada tanggungannya, sama adasepenuhnya atau sebahagiannya, atas apa-apa terma sebagaimanayang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Jika mana-mana orang yang baginya seksyen ini terpakaimempunyai sebab untuk menyangka bahawa apa-apa tuntutan akanatau mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kecuaian,keingkaran, kemungkiran kewajipan atau pecah amanah, orang ituboleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief, danMahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa sama untuk memberirelief kepada orang itu di bawah seksyen ini sebagaimana yangMahkamah itu mempunyai kuasa sekiranya Mahkamah itu adalahMahkamah yang di hadapannya prosiding terhadap orang itu bagikecuaian, keingkaran, kemungkiran kewajipan atau pecah amanahtelah dibawa.

(3) Orang yang baginya seksyen ini terpakai baginya—

(a) pegawai syarikat luar pesisir;

(b) orang yang diguna khidmat oleh suatu syarikat luar pesisirsebagai juruaudit, sama ada orang itu pegawai syarikatitu atau tidak;

(c) pakar dalam pengertian Akta ini; dan

(d) semua orang, termasuk penerima dan pengurus ataupelikuidasi, yang dilantik atau diarahkan oleh Mahkamahatau Pendaftar untuk menjalankan apa-apa tugas berhubungdengan syarikat luar pesisir di bawah Akta ini.

Luar aturan dalam prosiding

138. (1) Tiada prosiding di bawah Akta ini boleh menjadi tidaksah oleh sebab apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luaraturan atau ketidaksempurnaan notis atau masa melainkan jikaMahkamah berpendapat bahawa ketidakadilan substantial telah atauboleh disebabkan oleh peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturanatau ketidaksempurnaan itu yang tidak boleh diremedikan olehapa-apa perintah Mahkamah dan Mahkamah boleh, jika difikirkannya

Page 145: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 145

patut, membuat suatu perintah atau arahan mengisytiharkan bahawaprosiding sedemikian sah walau apa pun apa-apa peninggalan,kecacatan, kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu.

(2) Tanpa menyentuh keluasan makna subseksyen (1) atau mana-manaperuntukan lain Akta ini, jika apa-apa peninggalan, kecacatan,kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu, termasuk ketiadaankuorum di apa-apa mesyuarat syarikat luar pesisir itu, telah berlakudalam pengurusan atau pentadbiran suatu syarikat luar pesisir yangdisebabkannya apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini telah berlaku,atau telah berlaku keingkaran dalam mematuhi memorandum atauperkara syarikat itu, atau yang disebabkannya apa-apa prosidingdi atau berkaitan dengan apa-apa mesyuarat atau mesyuarat dikatakantelah dijadikan tidak berkesan, termasuk kegagalan untuk membuatatau menyerahkan apa-apa perisytiharan kesolvenan, Mahkamah—

(a) boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonanyang diserahkan oleh orang yang berkepentingan, membuatapa-apa perintah atau arahan sebagaimana yangdifikirkannya patut untuk membetulkan atau menyebabkandibetulkan atau untuk menegatifkan atau mengubah suaiatau menyebabkan dinegatifkan atau diubahsuaikan akibatdi sisi undang-undang apa-apa peninggalan, kecacatan,kesilapan, luar aturan atau ketidaksempurnaan itu, atauuntuk mengesahkan apa-apa tindakan, perkara atau bendayang dijadikan tidak sah oleh atau berbangkit daripadaapa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturanatau ketidaksempurnaan itu;

(b) hendaklah, sebelum membuat apa-apa perintah atau arahansedemikian, memuaskan hatinya bahawa perintah atauarahan sedemikian tidak akan menyebabkan ketidakadilankepada syarikat itu atau mana-mana anggota atau pemiutangsyarikat itu, atau kepada mana-mana orang lain;

(c) jika apa-apa perintah atau arahan sedemikian telah dibuat,boleh memberi apa-apa arahan sampingan atau berbangkitsebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan

(d) boleh menentukan notis atau saman apa yang hendakdiberi kepada orang lain mengenai niat untuk membuatapa-apa permohonan sedemikian atau niat untuk membuatapa-apa perintah atau arahan sedemikian dan sama adaianya kena diiklankan dalam apa-apa surat khabar.

Page 146: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441146

(3) Bagi maksud subseksyen (2), “mesyuarat”, berhubung dengansesuatu syarikat luar pesisir, termasuk—

(a) mesyuarat syarikat itu;

(b) mesyuarat apa-apa kelas anggota syarikat itu;

(c) mesyuarat pemegang debentur atau apa-apa kelas pemegangdebentur syarikat itu;

(d) mesyuarat pengarah syarikat itu atau apa-apa jawatankuasapengarah itu;

(e) mesyuarat pemiutang atau apa-apa kelas pemiutang syarikatitu.

(4) Mahkamah boleh, sama ada syarikat itu dalam proses digulungatau tidak, melanjutkan atau memendekkan apa-apa masa bagimelakukan apa-apa tindakan atau mengambil apa-apa prosidingyang dibenarkan atau dihadkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan,atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana keadilan dalam kes itumenghendaki, dan apa-apa perlanjutan sedemikian bolehdiperintahkan walaupun permohonan bagi perlanjutan itu tidakdibuat sehingga selepas masa yang ada mulanya dibenarkan ataudihadkan.

Terjemahan surat cara

139. (1) Jika di bawah Akta ini suatu syarikat luar pesisir atausyarikat luar pesisir asing dikehendaki menyerahkan kepada Pendaftarapa-apa surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen atau suatusalinan diperakui mengenainya dan surat cara, perakuan, kontrak,dokumen atau salinan itu tidak ditulis dalam bahasa kebangsaanatau dalam bahasa Inggeris, syarikat itu hendaklah menyerahkankepada Pendaftar, pada masa yang sama, suatu terjemahan diperakuimengenainya sama ada dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasaInggeris.

(2) Jika di bawah Akta ini suatu syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing dikehendaki menyediakan bagi pemeriksaan awamapa-apa surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen dan suratcara, perakuan, kontrak atau dokumen itu tidak ditulis dalam bahasakebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, syarikat itu hendaklahmenyimpan di pejabat berdaftarnya di Labuan suatu terjemahandiperakui mengenainya sama ada dalam bahasa kebangsaan ataudalam bahasa Inggeris.

Page 147: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 147

(3) Jika apa-apa akaun, buku minit atau rekod lain suatu syarikatluar pesisir atau syarikat luar pesisir asing yang dikehendaki disimpanoleh Akta ini, tidak disimpan dalam bahasa kebangsaan atau bahasaInggeris, pengarah syarikat itu hendaklah menyebabkan suatuterjemahan benar dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggerisakaun, buku minit dan rekod lain itu dibuat dari semasa ke semasapada lat-lat tempoh yang tidak lebih daripada tujuh hari dan hendaklahmenyebabkan terjemahan itu disimpan bersama-sama dengan akaun,buku minit dan rekod lain yang asal selagi akaun, buku minit danrekod lain yang asal itu dikehendaki disimpan oleh Akta ini.

Dividen hanya boleh dibayar daripada keuntungan

140. Tiada dividen boleh dibayar kepada mana-mana pemegangsyer mana-mana syarikat luar pesisir kecuali daripada keuntungan.

Penggunaan perkataan “corporation”, dsb.

141. Tiap-tiap orang yang menjalankan perniagaan di Labuan dibawah apa-apa nama atau gelaran yang mengandungi perkataanatau perkataan-perkataan “Berhad”, “Corporation”, Incorporated”,“Limited”, “Societie Anonyme”, “Sociedad Anonima”, “Aktiengesellschaft”,“Naamloze Vennootschap” atau “Perseroan Terbatas” atau apa-apaperkataan lain dalam bahasa kebangsaan mana-mana negara yangmemberi maksud suatu syarikat saham bersama yang dihadkanoleh syer, atau apa-apa singkatan perkataan tersebut, melainkanjika orang itu adalah syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing yang diwujudkan, diperbadankan atau didaftarkan sewajarnyadi bawah Akta ini, atau adalah syarikat domestik atau badandiperbadankan, melakukan kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti am

142. (1) Seseorang yang—

(a) melakukan perkara yang dia ditegah melakukan oleh ataudi bawah Akta ini;

(b) tidak melakukan perkara yang dia dikehendaki atau diarahmelakukan oleh atau di bawah Akta ini; atau

(c) selainnya melanggar atau gagal mematuhi apa-apaperuntukan Akta ini,

melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini.

Page 148: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441148

(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Aktaini apabila disabitkan boleh dikenakan suatu penalti atau hukumanyang disebutkan dengan nyata sebagai penalti atau hukuman bagikesalahan itu, atau jika penalti atau hukuman tidak disebutkan,boleh dikenakan penalti yang tidak melebihi lima ribu ringgit.

(3) Penalti atau hukuman, wang atau selainnya, yang dinyatakandalam atau di sebelah bawah, mana-mana seksyen atau bahagiansesuatu seksyen Akta ini hendaklah menunjukkan bahawa kesalahanitu boleh dihukum atas sabitan dengan suatu penalti atau hukumanyang tidak melebihi penalti atau hukuman yang dinyatakan itu danjika penalti atau hukuman itu disebutkan dengan nyata sebagaiterpakai bagi suatu bahagian seksyen itu sahaja, ia hendaklah terpakaibagi bahagian itu sahaja.

Penalti ingkar

143. (1) Jika dalam, atau di sebelah bawah, mana-mana seksyenatau bahagian sesuatu seksyen Akta ini ada terdapat ungkapan“Penalti ingkar”, ia hendaklah menunjukkan bahawa mana-manaorang yang disabitkan atas suatu kesalahan terhadap Akta iniberhubung dengan seksyen atau bahagian itu melakukan sesuatukesalahan lanjut terhadap Akta ini jika kesalahan itu berterusanselepas dia disabitkan dan boleh dikenakan suatu penalti tambahanbagi setiap hari kesalahan itu berterusan yang amaunnya tidaklahmelebihi amaun yang dinyatakan dalam seksyen atau bahagian itusebagai amaun penalti ingkar atau, jika suatu amaun tidak dinyatakan,yang amaunnya tidak melebihi dua ratus ringgit.

(2) Jika apa-apa kesalahan dilakukan oleh seseorang disebabkanoleh kegagalannya mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini yangoleh atau di bawahnya dia dikehendaki atau diarahkan melakukanapa-apa dalam suatu tempoh yang tertentu, kesalahan itu, bagimaksud subseksyen (1), hendaklah disifatkan berterusan selagibenda yang dikehendaki atau diarahkan dilakukan olehnya masihbelum dilakukan, walaupun tempoh untuk orang itu melakukanbenda itu telah luput.

(3) Bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini yangmemperuntukkan bahawa seorang pegawai sesuatu syarikat luarpesisir, syarikat luar pesisir asing atau syarikat penggerenti yangingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau boleh

Page 149: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 149

dikenakan suatu penalti atau hukuman, ungkapan “pegawai yangingkar” atau mana-mana ungkapan yang serupa ertinya mana-manapegawai syarikat itu yang dengan disedarinya dan dengansengaja—

(a) melakukan kesalahan itu; atau

(b) memberi kuasa atau membenarkan kesalahan itu dilakukan.

Mengkompaun kesalahan

144. (1) Pendaftar boleh, dalam mana-mana kes yang difikirkannyapatut untuk berbuat demikian mengkompaunkan apa-apa kesalahanyang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini, denganmembuat tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkankesalahan itu dengan membayar kepada Pendaftar, dalam masayang dinyatakan dalam tawaran itu, apa-apa jumah wang yangdinyatakan tawaran itu, yang jumlahnya tidak boleh melebihi limapuluh peratus amaun denda maksimum yang orang itu bolehdikenakan jika orang itu telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2) Tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bilamasa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apapendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yangdinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yangdinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutansebagaimana yang diberi oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahanitu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orangyang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen(1), tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengankesalahan sedemikian, terhadap orang yang kepadanya tawarankompaun itu dibuat.

Tatacara jika tiada diaturkan

145. Sekiranya apa-apa tindakan atau langkah dikehendaki ataudibenarkan dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan tiadaborang ditetapkan atau tatacara diaturkan sama ada dalam Akta iniataupun peraturan-peraturan, permohonan bolehlah dibuat kepada

Page 150: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441150

Pendaftar bagi arahan tentang cara bagaimana tindakan atau langkahitu boleh dilakukan atau diambil dan apa-apa tindakan atau langkahyang dilakukan atau diambil mengikut arahannya hendaklahmenjadikan pelaksanaan tindakan atau langkah itu sah.

Peraturan-peraturan

146. Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat peraturan-peraturanbagi menetapkan semua perkara dan benda yang dikehendaki ataudibenarkan untuk ditetapkan atau diperuntukkan oleh Akta ini,atau yang adalah perlu atau sesuai untuk ditetapkan ataudiperuntukkan, bagi menjalankan, atau memberi kesan sepenuhnyakepada, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran wajar Akta ini,termasuk bagi semua atau mana-mana maksud tertentu yang berikut:

(a) menetapkan borang yang hendak digunakan bagi maksudAkta ini dan perkara yang kena dinyatakan dalam borangitu;

(b) menetapkan borang permohonan dan apa-apa notis laindi bawah Akta ini;

(c) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Aktaini dan penalti bagi bayaran lambat, atau mewakilkankuasa untuk menetapkan fi, caj dan penalti kepada orangatau badan ditetapkan; dan

(d) menetapkan cara rekod perakaunan dan rekod lain yangdikehendaki dibuat atau disimpan di bawah Akta ini dibuatatau disimpan, dan perisytiharan, laporan, tambahan, jadualatau butir-butir yang kena disertai bersama atau dikepilkankepada akaun dan rekod lain itu.

Pelaburan dalam syarikat domestik

147. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing boleh memegang syer, obligasi hutang atau sekuriti laindalam sesuatu syarikat domestik kecuali sesuatu syarikat amanahasalkan pegangan sedemikian tidak berjumlah kepada suatukepentingan pengawalan dalam syarikat domestik itu dan diluluskanoleh Pendaftar.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika seorang pemastautinmemegang syer, obligasi hutang atau sekuriti lain dalam sesuatu

Page 151: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 151

syarikat luar pesisir, syarikat luar pesisir itu tidak boleh memegangsyer, obligasi hutang atau sekuriti lain dalam sesuatu syarikatdomestik.

(3) Bagi maksud seksyen ini—

“kepentingan pengawalan” berhubung dengan sesuatu syarikatdomestik yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur ertinya—

(a) sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing yang mengawal—

(i) komposisi lembaga pengarah syarikat domestikitu; atau

(ii) lebih daripada separuh kuasa mengundi syarikatdomestik itu; atau

(b) sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing yang memegang lebih daripada separuh modal syerditerbitkan syarikat domestik itu (tidak termasuk mana-manabahagiannya yang tidak membawa hak untuk mengambilbahagian melebihi amaun yang ditentukan dalampembahagian keuntungan atau modal); atau

(c) jika syarikat domestik itu suatu subsidiari mana-manaperbadanan yang merupakan subsidiari syarikat luar pesisiratau syarikat luar pesisir asing, syarikat luar pesisir atausyarikat luar pesisir asing itu;

“sekuriti” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikanoleh seksyen 2 Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280].

(4) Bagi maksud perenggan 3(a) dan (b), komposisi lembagapengarah syarikat domestik hendaklah disifatkan dikawal oleh suatusyarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing jika syarikatluar pesisir atau syarikat luar pesisir asing itu dengan menjalankansesuatu kuasa yang boleh dijalankan olehnya tanpa izin ataupersetujuan mana-mana orang lain boleh melantik atau memecatkesemua atau majoriti pengarah; dan bagi maksud peruntukan inisyarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing itu hendaklahdisifatkan mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan jika—

(a) seseorang tidak boleh dilantik sebagai pengarah tanpapenjalanan kuasa sedemikian oleh syarikat luar pesisiratau syarikat luar pesisir asing itu dengan memihakkepadanya; atau

Page 152: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441152

(b) hakikat bahawa seseorang itu seorang pengarah ataupegawai syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing itu semestinya membawa kepada pelantikannyasebagai seorang pengarah.

Larangan oleh Menteri

148. (1) Menteri boleh, tanpa memberi sebab baginya, mengeluarkanarahan melalui pemberitahuan dalam Warta—

(a) melarang pemerbadanan permulaan sesuatu syarikat luarpesisir atau sesuatu kelas syarikat;

(b) melarang pendaftaran permulaan sesuatu syarikat luarpesisir asing; atau

(c) mengarahkan mana-mana syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing berhenti menjalankan perniagaannyaatau sebahagian perniagaannya itu sama ada denganserta-merta atau dalam masa yang dinyatakan dalam arahanitu.

(2) Arahan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkanatau diubah oleh Menteri.

Kerahsiaan

149. (1) Semua prosiding (selain prosiding jenayah) yang berhubungdengan mana-mana syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisirasing yang dimulakan di mana-mana Mahkamah, sama ada dibawah peruntukan Akta ini atau semata-mata bagi maksudmenentukan hak atau obligasi pegawai, anggota atau pemegangdebentur, dan apa-apa rayuan ke atas prosiding itu, hendaklah,melainkan Mahkamah memerintahkan sebaliknya, didengar secaratertutup dan tiada butir-butir prosiding itu boleh disiarkan olehmana-mana orang tanpa kebenaran Mahkamah.

(2) Jika—

(a) dalam apa-apa prosiding bagi menggulung suatu syarikatluar pesisir, Mahkamah berpuas hati bahawa syarikat ituatau mana-mana pegawai syarikat itu telah gagal mematuhiapa-apa peruntukan Akta ini; atau

Page 153: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 153

(b) suatu syarikat luar pesisir atau mana-mana pegawai syarikatitu telah disabitkan oleh Mahkamah atas apa-apa kesalahandi bawah Akta ini,

Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, memerintahkan supayarekod, buku dan daftar syarikat itu dan catatan dalam daftar danrekod Pendaftar yang berhubung dengan syarikat itu dibuka untukpemeriksaan awam.

(3) Seseorang yang berkenaan dengan mana-mana syarikat luarpesisir atau syarikat luar pesisir asing, selain bagi maksudmentadbirkan Akta ini atau bagi menjalankan perniagaan syarikatitu, di Labuan atau di tempat lain—

(a) menzahirkan;

(b) mencuba, menawarkan atau mengancam untukmenzahirkan; dan

(c) mendorong atau cuba mendorong orang lain untukmenzahirkan,

apa-apa maklumat yang berkaitan dengan atau menyentuh—

(d) pemegangan, atau pemunyaan benefisial, apa-apa syersyarikat itu;

(e) pengurusan syarikat itu; dan

(f) apa-apa hal ehwal atau transaksi perniagaan, kewanganatau lain-lain syarikat itu,

melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(4) Tiada apa-apa jua pun dalam seksyen ini boleh menghalangmana-mana Mahkamah daripada menjalankan budi bicaranya untukmenghendaki mana-mana orang mengemukakan apa-apa dokumenatau memberi apa-apa keterangan yang relevan kepada prosidingitu dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah itu.

Kuasa mengecualikan

150. Menteri boleh, atas syor Pendaftar, atas permohonan secarabertulis, mengecualikan mana-mana syarikat luar pesisir atau syarikatluar pesisir asing atau kelas syarikat luar pesisir atau syarikat luarpesisir asing atau mana-mana orang atau kelas orang daripadamematuhi mana-mana peruntukan Akta ini dan boleh, padamemberikan pengecualian itu, mengenakan apa-apa terma dan syaratyang difikirkan patut oleh Menteri.

Page 154: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441154

Fi, penalti dan pemotongan

151. (1) Sesuatu syarikat luar pesisir hendaklah membayar kepadaPendaftar fi tahunan yang kena dibayar pada tarikh pembayaranfi tahunan.

(2) Jika sesuatu syarikat luar pesisir gagal membayar fi tahunandi bawah subseksyen (1) pada atau sebelum tamat tempoh enambulan dari tarikh pembayaran fi tahunan hendaklah kena dibayarsebagai tambahan kepada fi tahunan itu suatu amaun yang bersamaandengan lima puluh peratus daripada yuran tahunan.

(3) Jika sesuatu syarikat luar pesisir gagal membayar fi tahunandan amaun tambahan yang dinyatakan dalam subseksyen (2) padaatau sebelum tamat tempoh satu bulan dari tarikh tamat tempohenam bulan yang dinyatakan dalam subseksyen (2), Pendaftar bolehselepas tamat tempoh satu bulan itu menghantar kepada setiausahasyarikat bagi syarikat luar pesisir itu suatu notis bertulis bahawanama syarikat luar pesisir itu akan dipotong dari daftar jika fitahunan dan amaun yang dinyatakan dalam subseksyen (2) tidakdibayar dalam masa satu bulan dari tarikh notis itu atau apa-apatempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan olehPendaftar.

(4) Jika syarikat luar pesisir itu gagal membayar fi tahunan danamaun tambahan yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dalammasa satu bulan dari tarikh notis itu atau tempoh lanjut sebagaimanayang dibenarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (3), Pendaftarboleh memotong nama syarikat luar pesisir itu dari daftar.

(5) Walaupun nama sesuatu syarikat luar pesisir telah dipotongdari daftar di bawah seksyen ini, syarikat luar pesisir itu hendaklahterus bertanggungan bagi semua tuntutan, hutang, liabiliti danobligasi syarikat luar pesisir itu, dan pemotongan itu tidaklahmenyentuh liabiliti mana-mana anggota, pengarah, pegawai atauejennya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain.

(6) Pemotongan nama sesuatu syarikat luar pesisir dari daftardi bawah seksyen ini tidaklah tersentuh oleh apa-apa kegagalanpada pihak Pendaftar untuk menyampaikan suatu notis kepadasetiausaha syarikat atau untuk menyiarkan suatu notis dalam Warta.

(7) Subseksyen (2) hingga (5) tidak terpakai bagi sesuatu syarikatluar pesisir yang dalam proses penggulungan dan pembubaran.

Page 155: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 155

Syarikat yang dipotong namanya bertanggungan bagi fi, dsb.

151A. Sesuatu syarikat luar pesisir yang diperbadankan di bawahAkta ini hendaklah terus bertanggungan bagi semua fi, fi lesen danpenalti yang kena dibayar di bawah Akta ini, termasuk amauntambahan yang dinyatakan dalam subseksyen 151 (2), walaupunnama syarikat luar pesisir itu telah dipotong dari daftar; dan fi, filesen dan penalti itu hendaklah diberi keutamaan daripada semuatuntutan lain terhadap aset syarikat luar pesisir itu.

Fi kena dibayar kepada Pendaftar

151B. Pendaftar boleh enggan mengambil apa-apa tindakan yangdikehendaki diambil olehnya di bawah Akta ini yang baginya suatufi ditetapkan sehingga semua fi sudah dibayar.

Kesan pemotongan

151C. (1) Jika nama sesuatu syarikat luar pesisir telah dipotongdari daftar, syarikat luar pesisir itu, dan pengarah, anggota, pelikuidasidan penerimanya, tidak boleh—

(a) memulakan apa-apa prosiding undang-undang, menjalankanapa-apa perniagaan atau dengan apa-apa jua cara membuaturusan mengenai aset syarikat luar pesisir itu;

(b) membela apa-apa prosiding undang-undang, membuat apa-apatuntutan atau menuntut apa-apa hak untuk, atau atas nama,syarikat luar pesisir itu; atau

(c) bertindak dengan apa-apa cara jua berkenaan denganhal-ehwal syarikat luar pesisir itu.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika nama syarikat luar pesisiritu telah dipotong dari daftar, syarikat luar pesisir, atau seseorangpengarah, anggota, pelikuidasi atau penerimanya, boleh—

(a) memohon kepada Pendaftar supaya syarikat luar pesisiritu didaftarkan semula;

(b) terus membela prosiding yang dimulakan terhadap syarikatluar pesisir itu sebelum tarikh pemotongan itu; dan

(c) terus menjalankan prosiding undang-undang yangdimulakan bagi pihak syarikat luar pesisir itu sebelumtarikh pemotongan itu.

Page 156: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441156

(3) Hakikat bahawa nama sesuatu syarikat luar pesisir telahdipotong dari daftar tidak menghalang—

(a) syarikat luar pesisir itu menanggung liabiliti;

(b) mana-mana pemiutang membuat tuntutan terhadap syarikatluar pesisir itu dan meneruskan tuntutan sehinggapenghakiman atau pelaksanaan; atau

(c) pelantikan seorang pelikuidasi rasmi oleh Mahkamah untuksyarikat luar pesisir itu di bawah Bahagian VIII danBahagian X (setakat yang berhubung dengan syarikatluar pesisir yang terhad oleh syer) Akta Syarikat 1965.

Ketidakpakaian undang-undang bertulis yang tertentu

152. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang disiarkandalam Warta, memperuntukkan bahawa mana-mana undang-undangbertulis, atau sebahagian daripadanya, yang ditentukan di dalamperintah itu, tidak terpakai berhubung dengan suatu syarikat luarpesisir, syarikat luar pesisir asing, syarikat amanah, atau seseorangyang memegang suatu lesen yang sah yang diberi sama ada dibawah subseksyen 6(2) Akta Bank Luar Pesisir 1990 atau subseksyen9(1) Akta Insurans Luar Pesisir 1990 atau akan terpakai baginyadengan apa-apa ubah suaian yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Ubah suaian yang dibuat kepada sesuatu undang-undangbertulis oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklahdisifatkan sebagai sebahagian integral undang-undang bertulissedemikian bagi maksud perintah tersebut.

(3) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat dengankuat kuasa kebelakangan dari tarikh sebagaimana yang ditentukandalam perintah itu.

(4) Dalam seksyen ini “ubah suaian” termasuklah pindaan,penyesuaian, perubahan, variasi, penambahan, pemotongan,penggantian atau ketidakmasukan.

Page 157: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 157

JADUAL

[Seksyen 19]

Kuasa Syarikat Luar Pesisir

1. Untuk menjalankan apa-apa perniagaan, selain perniagaan yang dilarangdaripada dijalankan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan, yang pada pandangansyarikat itu boleh dengan mudahnya dijalankan atau yang dikira boleh, samaada secara langsung atau tidak langsung, menambahkan nilai, atau menjadikanberkeuntungan, apa-apa harta atau hak syarikat itu.

2. Untuk membuat atau menjadi pihak kepada apa-apa transaksi atau dokumen.

3. Untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau berurusan dengan apa-apamaklumat atau apa-apa jenis hak atau harta.

4. Untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau berurusan dengankeseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana syarikat, persatuan atauperniagaan lain.

5. Untuk melupuskan atau, selainnya berurusan dengan keseluruhan atau apa-apabahagian pengusahaan atau perniagaan syarikat itu.

6. Untuk mengambil alih apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti.

7. Untuk memperoleh apa-apa hak atau kepentingan.

8. Untuk menyediakan atau memperoleh penyediaan apa-apa perkhidmatan.

9. Untuk memberi pinjaman dan meminjam.

10. Untuk memperoleh pendaftaran atau pengiktirafannya di mana-mana tempatdi luar Labuan.

11. Untuk mewujudkan dan menghapuskan liabiliti dan hak dan kepentingan.

12. Untuk menerbitkan syer, debentur dan opsyen, dan untuk mengambil syer,debentur dan opsyen dan untuk menebus dan melucuthakkan syer, debentur danopsyen itu.

13. Untuk menggunakan khidmat atau mengekalkan orang dalam dan berkenaandengan perniagaan syarikat itu atau perniagaan mana-mana syarikat atau oranglain.

14. Untuk menanggung rugi dan menggerenti dan mendapatkan tanggung rugidan gerenti.

15. Untuk mengambil semua jenis insurans sama ada atas harta atau haksyarikat atau tidak.

16. Untuk menaja mana-mana syarikat lain.

Page 158: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441158

17. Untuk memberi hadiah, derma dan pertaruhan yang mengikut undang-undangboleh dibuat, sama ada hadiah, derma atau pertaruhan itu bagi maksud memajukanperniagaan syarikat itu atau pun tidak.

18. Dengan cara penyelesaian atau urusan atau pelupusan lain, memberi hakkepada seseorang yang bukan anggota syarikat itu untuk berkongsi dalamkeseluruhan atau apa-apa bahagian perolehan atau keuntungan syarikat itu denganmengetepikan anggota syarikat itu, dengan syarat bahawa dalam menjalankankuasa itu tiada pembahagian perolehan atau keuntungan itu, yang dibuat menurutpenyelesaian, pelupusan atau urusan lain itu, boleh melebihi amaun yang sewajarnyaboleh dibahagikan sebagai dividen atau yang sewajarnya boleh dipulangkansebagai lebihan modal sekiranya pembahagian itu suatu pembahagian kepadabeberapa atau semua anggota syarikat itu.

19. Untuk membuat apa-apa benda yang syarikat itu boleh membuat secarabersekutu dengan mana-mana orang lain dan sebagai prinsipal atau pemegangamanah atau bagi faedah itu sendiri.

20. Untuk menaja apa-apa perniagaan lain.

21. Untuk membuat semua benda yang bersampingan dengan atau berfaedahbagi penjalanan kuasa lain syarikat itu.

22. Untuk membuat semua benda lain yang tidak dilarang oleh atau di bawahAkta ini atau peraturan-peraturan atau selainnya oleh mana-mana undang-undangbertulis Malaysia.

Page 159: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 159

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 441

AKTA SYARIKAT LUAR PESISIR 1990

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

Akta A817 Akta Syarikat Luar Pesisir 21-02-1992(Pindaan) 1992

P.U. (A) 72/1996 Perintah Lembaga Perkhidmatan 15-02-1996Kewangan Luar Pesisir Labuan(Pengubahsuaian Akta SyarikatLuar Pesisir 1990, Akta BankLuar Pesisir Labuan 1990 danAkta Insurans Luar Pesisir 1990)1996

Akta A988 Akta Syarikat Luar Pesisir 20-03-1997(Pindaan) 1997

Akta A1090 Akta Syarikat Luar Pesisir 21-09-2000(Pindaan) 2000

Page 160: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Undang-Undang Malaysia AKTA 441160

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 441

AKTA SYARIKAT LUAR PESISIR 1990

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

2 Akta A988 20-03-1997

6 Akta A817 21-02-1992Akta A988 20-03-1997

7 Akta A988 20-03-1997

9 Akta A988 20-03-1997

9A-9C Akta A1090 21-09-2000

21 Akta A988 20-03-1997

29 Akta A817 21-02-1992Akta A988 20-03-1997

31 Akta A817 21-02-1992

51 Akta A988 20-03-1997

55 Akta A988 20-03-1997

83 Akta A988 20-03-1997

84 Akta A988 20-03-1997

85 Akta A988 20-03-1997

86 Akta A988 20-03-1997

87 Akta A817 21-02-1992Akta A988 20-03-1997

93 Akta A988 20-03-1997

94 Akta A988 20-03-1997

94A Akta A988 20-03-1997

Page 161: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 441.pdf · pendaftaran dan pentadbiran syarikat luar pesisir dan syarikat luar pesisir asing dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1

Syarikat Luar Pesisir 161

106 Akta A988 20-03-1997

109 Akta A817 21-02-1992

111 Akta A817 21-02-1992

112 Akta A817 21-02-1992

113A Akta A817 21-02-1992

121 Akta A988 20-03-1997

126 Akta A988 20-03-1997

130A-130M Akta A988 20-03-1997

141 Akta A988 20-03-1997

147 Akta A988 20-03-1997

150 Akta A817 21-02-1992Akta A988 20-03-1997

151 Akta A817 21-02-1992Akta A988 20-03-1997

151A-151C Akta A988 20-03-1997

152 Akta A817 21-02-1992

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari