UNDANG2 asrama

16
700/HEM_Asrama UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN AM ASRAMA Fasal 1 PERATURAN AM PAKAIAN 1.1 Pakaian murid Perempuan 1.1.1 Semua murid perempuan diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah iaitu kain hijau, baju kurung putih dengan lengan bercekak, tudung putih labuh, skaf putih, kasut putih atau hitam bertumit rendah, tanda nama rasmi semasa waktu persekolahan, perjumpaan rasmi di dalam atau di luar sekolah. 1.1.2 Pakaian rasmi asrama : Baju batik, kain tudung putih labuh berskaf, lencana sekolah, berstokin dan kasut atau sandal yang menutupi tumit. (Sandal yang tidak menutupi tumit tidak dibenarkan). 1.1.3 Pakaian kemas : Berbaju kurung / jubah labuh, bertudung labuh, berstokin, berkasut atau sandal yang menutupi tumit. 1.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan memakai pakaian dan menggunakan perhiasan yang tidak sesuai seperti mini skirt, slack dan jeans, baju yang tidak berlengan, semua pakaian ketat dan jarang semasa memakai pakaian rasmi asrama atau sekolah. Semua jenis barang kemas, alatan solek, baju tidur nipis dan lain-lain pakaian dan perhiasan yang tidak sesuai juga tidak dibenarkan. 1.1.5 Baju tidur hanya boleh dipakai semasa tidur malam sahaja. 1.2 Pakaian Murid Lelaki 1.2.1 Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam rasmi sekolah, tanda nama seperti yang telah ditetapkan pada masa persekolahan, perjumpaan rasmi di dalam dan di luar sekolah. 1.2.2 Pakaian rasmi asrama : Berseluar hijau, berbaju batik, lencana sekolah, berstokin dan berkasut. Murid tidak dibenarkan memakai selipar.

description

asrama

Transcript of UNDANG2 asrama

Page 1: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN AM ASRAMA

Fasal 1 PERATURAN AM PAKAIAN

1.1 Pakaian murid Perempuan

1.1.1 Semua murid perempuan diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah iaitu kain hijau, baju kurung putih dengan lengan bercekak, tudung putih labuh, skaf putih, kasut putih atau hitam bertumit rendah, tanda nama rasmi semasa waktu persekolahan, perjumpaan rasmi di dalam atau di luar sekolah.

1.1.2 Pakaian rasmi asrama : Baju batik, kain tudung putih labuh berskaf, lencana sekolah, berstokin dan kasut atau sandal yang menutupi tumit. (Sandal yang tidak menutupi tumit tidak dibenarkan).

1.1.3 Pakaian kemas : Berbaju kurung / jubah labuh, bertudung labuh, berstokin, berkasut atau sandal yang menutupi tumit.

1.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan memakai pakaian dan menggunakan perhiasan yang tidak sesuai seperti mini skirt, slack dan jeans, baju yang tidak berlengan, semua pakaian ketat dan jarang semasa memakai pakaian rasmi asrama atau sekolah. Semua jenis barang kemas, alatan solek, baju tidur nipis dan lain-lain pakaian dan perhiasan yang tidak sesuai juga tidak dibenarkan.

1.1.5 Baju tidur hanya boleh dipakai semasa tidur malam sahaja.

1.2 Pakaian Murid Lelaki

1.2.1 Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam rasmi sekolah, tanda nama seperti yang telah ditetapkan pada masa persekolahan, perjumpaan rasmi di dalam dan di luar sekolah.

1.2.2 Pakaian rasmi asrama : Berseluar hijau, berbaju batik, lencana sekolah, berstokin dan berkasut. Murid tidak dibenarkan memakai selipar.

1.2.3 Pakaian kemas : Berseluar panjang, baju kemeja atau T berkolar.

1.2.4 Murid-murid tidak dibenarkan memakai pakaian dan menggunakan perhiasan yang tidak sesuai seperti seluar jeans, baju yang tidak berlengan, semua pakaian ketat atau jarang dan semua jenis barang kemas( gelang, cincin, rantai atau tangkal, subang) dan lain-lain pakaian dan perhiasan yang tidak sesuai.

Page 2: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

1.2.5 Baju tidur hanya boleh dipakai semasa tidur malam sahaja.

1.3 Pakaian sewaktu solat

1.3.1 Lelaki : Berbaju Melayu, berkain pelikat, bersongkok hitam / berkopiah.

1.3.2 Perempuan : Pakaian seperti kelas persediaan petang dan menggunakan telekung masing-masing.

1.4 Pakaian kelas Al-Quran dan Fardhu Ain.

1.4.1 Lelaki : Pakaian sekolah lengkap atau berbaju melayu dan bersongkok hitam / berkopiah.

1.4.2 Perempuan : Pakaian sekolah lengkap / berjubah / berbaju kurung dan bertudung labuh.

1.5 Pakaian semasa upacara rasmi forum / ceramah / seminar.

1.5.1 Semasa kelas persediaan atau waktu persekolahan – pakaian sekolah yang lengkap.

1.5.2 Aktiviti rasmi di surau – pakaian seperti 1.3.1

1.5.3 Selain daripada 1.3.1 , 1.3.2 :

Pakaian rasmi asrama dan berkasut.

1.6 Pakaian semasa keluar ke bandar / balik ke rumah .

1.6.1 Lelaki : Pakaian rasmi asrama dan hanya dibenarkan memakai singlet putih sahaja di dalam .

1.6.2 Perempuan : Pakaian rasmi asrama, berstokin dan berkasut.

1.7 Pakaian semasa aktiviti sukan / ko-kurikulum.

1.7.1 Lelaki : Memakai track bottom, baju-T berkolar, berkasut sukan dan berstokin.

Perempuan : Memakai baju labuh dan longgar, berseluar panjang, bertudung, berstokin dan berkasut.

Page 3: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

1.8 Pakaian kelas persediaan / mengulangkaji.

1.8.1 Pakaian kemas

1.9 Pakaian semasa berada di dewan makan.

1.9.1 Pakaian kemas.

Fasal 2 MAKANAN

2.1 Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari dewan makan.

2.2 Murid yang sakit hendaklah memberitahu Penyelia Makanan / Warden Asrama supaya makanan dihantar ke bilik.

2.3 Makanan yang dibawa / diterima dari kampung hendaklah disimpan dengan baik dalam almari masing-masing. Tiap-tiap orang dibenarkan hanya satu bekas makanan kering sahaja boleh disimpan. Makanan basah, mudah basi dan berbau tidak boleh dibawa ke dalam asrama.

2.4 Murid-murid dikehendaki hadir ke dewan makan pada setiap kali waktu makan mengikut masa yang ditetapkan. Murid-murid yang lewat dari masa yang ditetapkan tidak berhak mendapat makanan.

2.5 Segala aduan berkenaan makanan hendaklah dikemukakan kepada AJK asrama atau Ketua Asrama untuk dikemukakan terus kepada Warden pada masa itu juga.

2.6 Semua bantahan mengenai makanan yang dihantar kepada Pengetua hendaklah dibuat oleh Warden dan salinan kepada Pengelola Makanan.

2.7 Warden akan menyelesaikannya bersama-sama dengan Penyelia, Pengelola Makanan dan Pengetua.

Fasal 3 TATATERTIB DI DEWAN MAKAN

3.1 Murid-murid hendaklah masuk ke dewan makan dengan berbaris, tertib dan tidak membuat bising.

Page 4: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

3.2 Doa hendaklah dibaca terlebih dahulu sebelum makan oleh mereka yang ditentukan. Doa hanya boleh dibaca setelah semua murid duduk ditempat masing-masing dan tidak dibenarkan sebelum doa dibaca.

3.3 Murid-murid hendaklah makan dengan penuh kesopanan dan tertib. Sebarang bentuk gurauan adalah dilarang sama sekali sewaktu makan.

3.4 Murid-murid hendaklah menghubungi Pengelola Makanan / Warden / Ketua Asrama / AJK Makanan sekiranya terdapat kekurangan makanan atau menu yang disediakan tidak mengikut jadual.

3.5 Murid-murid tidak dibenarkan membuang sisa-sisa makanan di atas lantai dan di dalam sinki. Murid hendaklah membuangnya di dalam tong sampah.

3.6 Semua tray dan peralatan makan minum yang telah digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.

3.7 Segala peralatan dapur tidak dibenarkan dibawa masuk ke asrama.

Fasal 4 BILIK TIDUR

4.1 Semua penghuni asrama hendaklah berada di tempat tidur masing-masing tepat pada jam 11.30 malam. Semua lampu dan kipas-kipas angin hendaklah dipadamkan. Murid-murid tidak dibenarkan berbual-bual, merayau-rayau atau tidur di katil kawan.

4.2 Katil-katil dan almari-almari tidak boleh dipindah-pindahkan, begitu juga dengan bantal dan tilam, tidak boleh dipindah milik.

4.3 Setiap penghuni bertanggungjawab atas keselamatan katil, bantal, tilam, almari dan lain-lain kemudahan peralatan asrama yang disediakan. Penghuni hendaklah memulangkannya dengan sempurna apabila dikehendaki.

4.4 Tempat tidur (hari-hari persekolahan dan cuti) hendaklah dikemaskan dengan baik sebelum pukul 7.00 pagi. Bantal mestilah bersarung biru dan tilam bercadar biru. (Warna sarung bantal dan cadar tertakluk kepada perubahan oleh pentadbiran asrama)

4.5 Semua kain baju hendaklah dilipat dan disimpan dengan teratur dalam almari. Meletak kain baju di bawah bantal dan tilam dilarang sama sekali. Kain baju, tuala dan lain-lain pakaian yang lembab dan basah hendaklah dijemur di ampaian yang disediakan.

4.6 Dilarang menjemur atau menyidai semua jenis pakaian di tingkap dan koridor atau di dalam bilik tidur. Baldi dan peralatan membasuh dan mandi yang telah digunakan hendaklah disusun dengan teratur di dalam bilik.

Page 5: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

4.7 Kasut dan selipar hendaklah disusun dengan baik dan teratur. Beg-beg pakaian yang besar hendaklah disimpan di tempat yang tertentu dan bolehlah diambil ketika hendak pulang bercuti.

4.8 Murid-murid tidak dibenarkan berada di bilik tidur pada waktu persekolahan, kelas al-Quran / ulangkaji / kelas tambahan, waktu-waktu solat dan pada waktu-waktu lain yang tidak dibenarkan.

4.9 Semua jenis permainan padang (outdoor) tidak dibenarkan di bilik tidur, anjung asrama, bilik study dan lain-lain lagi.

4.10 Murid-murid ditegah sama sekali duduk atau melepak di atas tembok, siling, bumbung atau di tempat-tempat yang dianggap berbahaya.

Fasal 5 BILIK SOLAT / SURAU

5.1 Murid-murid tidak dibenarkan memakai baju-T semasa bersolat atau sebarang aktiviti keagamaan.

5.2 Bilik solat (surau) dikhaskan untuk tujuan beribadah dan aktiviti keagamaan sahaja.

5.3 Alat-alat kelengkapan, bahan-bahan bacaan dan lain-lain yang ada di surau tidak boleh dibawa keluar.

5.4 Lampu, kipas, paip dan pintu hendaklah dimatikan / ditutup selepas digunakan.

5.5 Kebersihan dan ketenteraman surau hendaklah dijaga. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa ke dalam surau.

Fasal 6 SOLAT / SEMBAHYANG

6.1 Semua murid yang tinggal di asrama diwajibkan solat di surau setiap waktu solat.

6.2 Semua murid dimestikan mengikut aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak asrama.

6.3 Waktu solat Jumaat, murid-murid lelaki hendaklah memakai pakaian rasmi sekolah hari Jumaat. Murid yang tidak dapat ke masjid hendaklah memberitahu Warden.

Page 6: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

6.4 Pada hari Jumaat selepas sesi persekolahan murid lelaki dikehendaki terus ke masjid dan tidak dibenarkan pulang ke asrama.

6.5 Murid perempuan dikehendaki menghadiri kuliah Jumaat pada waktu solat Jumaat.

6.6 Murid dikehendaki menunaikan solat fardu secara berjemaah pada setiap waktu di surau.

Fasal 7 BILIK MANDI / TANDAS

7.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sebarang pakaian / kain, alat-alat membasuh di dalam bilik mandi.

7.2 Dilarang menjemur atau menyidai semua jenis pakaian di dalam bilik air.

7.3 Murid tidak boleh menggunakan sinki untuk merendam pakaian.

7.4 Murid-murid adalah dilarang membuang sebarang sampah dalam bilik air, terutamanya dalam mangkuk tandas.

7.5 Murid tidak dibenarkan menggunting rambut dalam bilik air.

7.6 Penggunaan air hendaklah dijimatkan. Paip-paip air hendaklah ditutup setelah digunakan. Murid-murid hendaklah menggunakan air yang dikhaskan untuk mereka sahaja.

7.7 Kebersihan bilik air dan tandas adalah tanggungjawab setiap murid.

Fasal 8 KAWASAN LARANGAN

Tempat-tempat yang disebut di bawah adalah kawasan larangan bagi murid-murid;

8.1 Kawasan asrama lelaki bagi murid perempuan dan asrama perempuan bagi murid lelaki.

8.2 Pejabat sekolah, bilik-bilik guru, bilik warden kecuali jika dipanggil atau diberi keizinan.

8.3 Tangki air, kolam, hutan rekreasi sekolah bilik janakuasa elektrik, bilik suis, makmal komputer dan KHB serta tempat-tempat yang diumumkan dari semasa ke semasa.

Page 7: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

8.4 Dewan makan kecuali pada waktu makan, waktu mengulangkaji dan waktu-waktu yang ditetapkan.

8.5 Kawasan dapur, bilik tidur pada waktu belajar, kelas mengulangkaji, kelas al-Quran dan waktu solat.

8.6 Kantin sekolah pada waktu mengulangkaji.

8.7 Murid juga tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu ulangkaji kecuali setelah mendapat keizinan daripada warden.

8.8 Berada di luar kawasan sekolah kecuali dibenarkan atau mendapat keizinan daripada warden.

Fasal 9 PEMERIKSAAN ASRAMA

9.1 Pemeriksaan asrama untuk menentukan kebersihan akan dijalankan pada setiap hari Ahad mulai jam 9.00 pagi atau mengikut ketetapan oleh pihak asrama.

9.2 Murid-murid hendaklah berdiri di sisi katil masing-masing dengan memakai pakaian rasmi asrama /sekolah. Semasa pemeriksaan dijalankan almari-almari hendaklah dibuka supaya dapat dilihat dan diperiksa.

9.3 Pemeriksaan akan dilakukan oleh Warden / Pengawas / Pengetua / Pegawai-pegawai dari Jabatan atau semua mereka yang tersebut di atas. Pada hari persekolahan bilik asrama akan diperiksa oleh Warden / Guru / Guru Disiplin dan Ketua Asrama. Mereka berhak memanggil murid yang terlibat jika terdapat sesuatu yang tidak memuaskan.

9.4 Murid-murid yang pulang bercuti bulanan atau terpaksa keluar dari asrama waktu pemeriksaan hendaklah mengemas tempat tidur dan almari terlebih dahulu. Pemeriksaan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

9.5 Setiap kesalahan akan dicatat dan direkodkan dan diberi mata mengikut besar kecilnya kesalahan yang dilakukan. Mata kesalahan ini juga akan dibuat penilaian untuk menduduki asrama pada tahun berikutnya atau asrama sekolah-sekolah lain.

Fasal 10 CUTI BULANAN / BERMALAM DI LUAR

Page 8: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

10.1 Murid-murid dibenarkan bercuti / balik ke kampung masing-masing sebulan sekali mengikut masa yang ditentukan oleh pihak asrama. (lihat kepada kalendar balik yang diedarkan pada setiap tahun).

10.2 Pada hari Jumaat, murid-murid hanya dibenarkan pulang selepas jam 2.00 petang.

10.3 Permohonan bercuti dalam hari-hari persekolahan tidak akan dibenarkan.

10.4 Waktu hendak pulang, murid dikehendaki mengemukakan kad keluar masuk serta mendapatkan tandatangan atau cop dari warden yang bertugas dua hari sebelum balik. (sila rujuk pada jadual tugasan warden).

10.5 Murid-murid tidak dibenarkan berada di asrama waktu pulang bercuti selepas jam 5.00 petang.

10.6 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali pergi ke tempat lain selain daripada apa yang telah diluluskan.

10.7 Murid-murid yang pulang bercuti dikehendaki berada semula di asrama sebelum jam 6.00 petang pada hari terakhir cutinya. Murid-murid yang gagal berbuat demikian boleh diambil tindakan disiplin.

10.8 Murid-murid yang telah pulang ke asrama dikehendaki melaporkan diri kepada pengawal dan mengambil kad keluar masuk yang telah ditandatangani oleh pengawal.

10.9 Kenderaan ibu bapa / penjaga / pelawat tidak dibenarkan berhenti di hadapan pos pengawal.

10.10 Kenderaan ibu bapa / penjaga / pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah selepas jam 6.00 petang.

Fasal 11 KELUAR KE BANDAR / POLIKLINIK / HOSPITAL

11.1 Keluar ke bandar dibenarkan seminggu sekali iaitu pada hari Sabtu sahaja. Masa yang ditetapkan ialah antara jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

11.2 Murid dikehendaki mengemukakan kad keluar masuk serta mendapatkan tandatangan atau cop daripada warden yang bertugas sebelum keluar.

11.3 Keluar pergi ke poliklinik / hospital hendaklah dengan kebenaran warden.

Page 9: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

Fasal 12 PERJUMPAAN ANTARA PENGHUNI-PENGHUNI

12.1 Sebarang mesyuarat / perjumpaan asrama mestilah dengan kebenaran Pengetua / Warden dan dinyatakan tujuan perjumpaan tersebut.

12.2 Penghuni-penghuni tidak dibenarkan menubuhkan sebarang persatuan / badan pertubuhan yang bercorak bertindak, kedaerahan, politik dan lain-lain yang bercanggah dengan Akta Pendidikan dan prinsip-prinsip sekolah kecuali persatuan yang telah sedia ada.

12.3 Perjumpaan yang melibatkan orang luar mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua sekurang-kurangnya 5 hari sebelum diadakan. Murid tidak dibenarkan menganggotai mana-mana persatuan luar sekolah dan dilarang daripada mengedar majalah, risalah, kaset mana-mana pertubuhan, persatuan dan lain-lain di asrama atau di sekolah.

Fasal 13 SURAT MENYURAT MURID

13.1 Semua urusan rasmi terutama surat menyurat dengan Jabatan atau mana-mana Jabatan Kerajaan / Agensi / Pertubuhan dan lain-lain di luar sekolah hendaklah dibuat melalui Pengetua.

13.2 Murid-murid tidak dibenarkan menulis ke mana-mana akhbar tempatan, majalah-majalah dalam dan luar atau memberitahu atau mengeluarkan kenyataan kepada wartawan / pemberita tanpa sebarang kebenaran daripada Pengetua.

13.3 Pihak sekolah berhak membuka surat-surat keluar masuk murid-murid.

Fasal 14 PENERIMAAN PELAWAT

14.1 Murid-murid dibenarkan menerima pelawat pada masa yang ditetapkan iaitu:-

Sabtu & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Ahad : 10.00 pagi hingga 6.00 petang

14.2 Pada hari-hari persekolahan penjaga tidak dibenarkan melawat / menemui murid.

Page 10: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

14.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa pelawat-pelawat ke asrama dan ke tempat-tempat larangan yang ditetapkan.

14.4 Murid dibenarkan menerima pelawat di tempat menunggu yang disediakan.

14.5 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali membawa dan menerima pelawat / tetamu selain daripada ibu bapa atau penjaga sahaja.

Fasal 15 PENGGUNAAN KUASA ELEKTRIK DAN ALAT BUNYI

15.1 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali menggunakan kuasa elektrik untuk alat-alat bunyian dan alat muzik kepunyaan mereka sendiri kecuali sterika.

15.2 Semua bentuk alat-alat muzik tidak dibenarkan dibawa masuk ke asrama.

15.3 Penggunaan alat-alat elektrik adalah dilarang seperti alat pemanas air (water heater) dan lain-lain adalah dilarang dan alat-alat itu boleh dirampas.

15.4 Fail-fail audio berbentuk digital seperti MP3, MP4 tidak dibenarkan dibawa masuk ke asrama

15.5 Pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke asrama.

Fasal 16 KESELAMATAN

16.1 Murid-murid adalah bertanggunjawab di atas keselamatan barang-barang mereka sendiri.

16.2 Murid perempuan dilarang membawa barang kemas.

16.3 Alat-alat yang merbahaya seperti pisau atau alat-alat yang boleh dianggap senjata adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke asrama.

16.4 Penghuni-penghuni mestilah mengetahui peraturan keselamatan api dan penghuni tidak dibenarkan menggunakan pelita atau lilin dan ubat nyamuk.

Page 11: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

Fasal 17 KEROSAKAN ALAT-ALAT SEKOLAH / ASRAMA

17.1 Segala kerosakan yang disebabkan oleh penghuni hendaklah diganti oleh murid berkenaan.

17.2 Segala kerosakan yang disebabkan oleh murid tetapi tiada siapa yang mengaku, semua murid akan bertanggungjawab dan mereka semua akan berkongsi menggantikannya.

17.3 Sebarang kerosakan peralatan dan kelengkapan asrama seperti bantal, tilam, katil, almari dan lain-lain hendaklah dilaporkan kepada warden asrama.

Fasal 18 KEGIATAN ASRAMA

Murid hendaklah mengambil bahagian dalam apa jua kegiatan seperti persatuan, permainan atau badan-badan tertentu di sekolah dan di asrama.

Fasal 19 PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK

19.1 Murid hendaklah menggunakan air dan eletrik dengan berhemah.

19.2 Hanya lampu-lampu yang tertentu sahaja boleh dipasang apabila murid meninggalkan asrama pada waktu ulangkaji malam dan semua peralatan elektrik hendaklah ditutup pada waktu yang ditetapkan.

19.3 Gunakan tempat yang ditetapkan sahaja pada waktu mengulangkaji malam. Bagi murid yang mengulangkaji lebih dari masa yang dibenarkan hendaklah menggunakan bilik yang ditetapkan .

Fasal 20 YURAN DAN BAYARAN MAKAN ASRAMA

Page 12: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

20.1 Yuran asrama hendaklah dibayar pada tarikh yang ditetapkan.

20.2 Setiap resit pembayaran yang diterima oleh penghuni hendaklah disimpan dengan baik. (Untuk tujuan rujukan jika timbul masalah)

20.3 Murid yang lewat membayar yuran / bayaran asrama, akan digantung dari memasuki asrama.

Fasal 21 DISIPLIN

Murid-murid hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah dan asrama. Tindakan disiplin akan diambil kepada mana-mana murid yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut:-

KESALAHAN BERAT

a Lari dari asrama tanpa kebenaran.

b Membawa rakan ke kawasan dan ke bilik-bilik asrama sama ada murid sekolah atau orang luar.

c Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan berat yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan sekolah .

HUKUMAN

Murid yang melakukan kesalahan yang disenaraikan di atas akan dikenakan tindakan berikut:

a- Rotan tidak melebihi 3 kali

b- Gantung asrama

c- Buang asrama

d- Gantung persekolahan

e- Buang sekolah

f- Lain-lain yang difikirkan perlu.

KESALAHAN SEDERHANA

Page 13: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

a- Membawa, memiliki dan menggunakan alat-alat elektrik yang ditegah / dilarang dibawa masuk ke dalam asrama seperti radio kaset, water heater dan lain-lain.

b- Ponteng kelas al-Quran / Ulangkaji

c- Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan sederhana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan sekolah.

HUKUMAN

a- Rotan tidak melebihi 2 kali

b- Gantung asrama

c- Jika kesalahan yang sama diulangi, hukuman ini akan digandakan dan seterusnya murid berkenaan akan dibuang asrama / sekolah.

d-Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

KESALAHAN RINGAN

a- Merayau-rayau semasa pengajaran pembelajaran sedang berjalan.

b- Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan ringan yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan sekolah.

HUKUMAN

Murid yang melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan tindakan berikut:-

a Nasihat / Teguran

b Amaran.

c Rotan tidak melebihi 1 kali.

Fasal 22 PENUTUP

22.1 Semua kesalahan yang dilakukan oleh murid akan direkodkan dalam buku rekod kesalahan warden / guru disiplin.

22.2 Semua murid mesti mematuhi peraturan asrama dan sekolah selagi mereka menjadi penghuni asrama sekolah ini.

Page 14: UNDANG2 asrama

700/HEM_Asrama

22.3 Semua murid mestilah menghormati guru di mana-mana dan pada bila-bila masa sama ada di sekolah / asrama atau di luar.

22.4 Murid dilarang melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian Agama Islam, nama baik sekolah / asrama, guru-guru dan ibubapa.

22.5 Lembaga Jemaah Disiplin sekolah atau Pengetua berhak untuk menambah atau mengubah peraturan-peraturan ini dari semasa ke semasa serta menjatuhkan hukuman yang sewajarnya ke atas murid-murid yang didapati bersalah.