unit 1

13
Unit 1 : Modul Guru Guru disaran memperkenalkan asas membaca melalui kaedah bunyi suku kata. Kaedah bunyi suku kata memberi penekanan kepada bunyi suku kata yang mana guru memperkenalkan huruf vokal dan bunyi huruf vokal. Bersama-sama huruf vokal itu diperkenalkan huruf konsonan secara berperingkat untuk membentuk bunyi suku kata. Setelah murid mahir dengan bunyi suku kata tersebut, maka bimbing murid menggabungkan dua atau lebih suku kata untuk membentuk perkataan. Murid dilatih membaca perkataan daripada bunyi gabungan dua atau lebih suku kata. Bagi kemahiran menulis pula, guru digalakkan memperkenalkan asas menulis melalui kaedah latih tubi. Guru dikehendaki melatih murid cara memegang pensel, melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah untuk membolehkan murid membentuk huruf. Guru juga disaran melakukan latihan pergerakan tangan seperti menguli doh, menggunting kertas mengikut garisan dan bentuk, melakar corak atau gambar dan mewarnakan gambar. Selepas itu, guru perlu melatih murid mengecam dan membiasakan diri mereka dengan bentuk huruf. Latihan mengecam dan mengenali huruf dijalankan secara berperingkat. Guru disaran memperkenalkan huruf melalui empat kumpulan bentuk huruf iaitu: a. Kumpulan huruf l,t, k, d, b dan h b Kumpulan huruf c, m, n, r, dan s c. Kumpulan huruf g, j, p, q dan y d. Kumpulan huruf f, v, w, x dan z 1 Unit 1 : Membaca Suku Kata dan Perkataan : Mengenal dan Menulis Huruf, Suku Kata dan Perkataan Panduan Guru

description

ok

Transcript of unit 1

Objektif

Unit 1 : Modul Guru

SHAPE \* MERGEFORMAT

Guru disaran memperkenalkan asas membaca melalui kaedah bunyi suku kata. Kaedah bunyi suku kata memberi penekanan kepada bunyi suku kata yang mana guru memperkenalkan huruf vokal dan bunyi huruf vokal. Bersama-sama huruf vokal itu diperkenalkan huruf konsonan secara berperingkat untuk membentuk bunyi suku kata. Setelah murid mahir dengan bunyi suku kata tersebut, maka bimbing murid menggabungkan dua atau lebih suku kata untuk membentuk perkataan. Murid dilatih membaca perkataan daripada bunyi gabungan dua atau lebih suku kata.

Bagi kemahiran menulis pula, guru digalakkan memperkenalkan asas menulis melalui kaedah latih tubi. Guru dikehendaki melatih murid cara memegang pensel, melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah untuk membolehkan murid membentuk huruf. Guru juga disaran melakukan latihan pergerakan tangan seperti menguli doh, menggunting kertas mengikut garisan dan bentuk, melakar corak atau gambar dan mewarnakan gambar. Selepas itu, guru perlu melatih murid mengecam dan membiasakan diri mereka dengan bentuk huruf. Latihan mengecam dan mengenali huruf dijalankan secara berperingkat. Guru disaran memperkenalkan huruf melalui empat kumpulan bentuk huruf iaitu:

a. Kumpulan huruf l,t, k, d, b dan h

b Kumpulan huruf c, m, n, r, dan s

c. Kumpulan huruf g, j, p, q dan y

d. Kumpulan huruf f, v, w, x dan zBagi huruf vokal disarankan guru memperkenalkan huruf ini melalui dua peringkat iaitu:

a. Huruf vokal yang selalu dan mudah difahami, iaitu huruf a, i dan u.

b. Huruf vokal yang susah sedikit, iaitu huruf o, e pepet dan e taling

Latihan membentuk dan menulis huruf boleh dijalankan melalui beberapa cara: Membentuk huruf daripada tanah liat atau adunan tepung.

Menulis huruf di udara atau di atas pasir.

Menekap atau menulis huruf dengan menggunakan kad huruf yang ditebuk mengikut cara yang betul.

Menyambung titik-titik untuk membentuk huruf.

Menyalin atau mewarna huruf yang biasa dilihat dalam iklan, pada papan tanda, plat kenderaan dan media cetak.

Menyalin huruf yang diberikan di dalam buku garis empat secara mekanis.

Menulis huruf yang disebut oleh guru di dalam buku garis empat.Objektif Pada akhir Unit 1, murid berupaya:i. menamakan dan menulis huruf kecil a i, u, b, d, l, t, h dan k dengan betul;

ii. menamakan dan menulis huruf besar A I, U, B, D, L, T, H dan K dengan betul;

iii. membunyikan suku kata terbuka KV gabungan huruf vokal dengan huruf konsonan ;

iv. menulis suku kata terbuka KV gabungan daripada huruf konsonan dengan vokal;

v. membina dan membaca perkataan mengandungi suku kata terbuka KV+KV; dan

vi. membina dan menulis perkataan mengandungi suku kata terbuka KV+ KV.

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran

AktivitiBahan/Alatan

1.0 Mengenal dan

Menulis Huruf

1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a - z i. Membunyikan huruf vokal a,i, u yang terdapat pada awal perkataan dan melatih murid membunyikan huruf tersebut menggunakan kad gambar dan kad perkataan.

ii. Biasakan murid dengan bunyi ketiga-tiga huruf vokal ini melalui latihan menggunakan perlbaga bahan bantu mengajar seperti benda maujud, kad gambar dan sebagainya.

iii. Latih murid menama dan

membunyikan huruf vokal tadi secara latih tubi.

Contoh kad gambar dan membunyikan kad perkataan

u..bi

1.0 Mengenal dan

Menulis Huruf

1.1 Mengenal bentuk huruf kecil a - z

1.2 Menulis huruf kecil a - zi. Perkenalkan bentuk dan nama huruf kecil a i u b, d, l, t, h dan k dengan bantuan kad huruf dan latih murid menyebut nama huruf tersebut.

ii. Secara berpasangan, murid bergilir-gilir menunjuk dan menyebut nama huruf kepada pasangan masing-masing.

iii. Meneka bentuk huruf yang ditulis di papan tulis.iv. Menjalankan latihan pratulis membentuk dan menulis huruf melalui cara-cara yang berikut:

membentuk huruf daripada tanah liat atau doh.

menulis huruf di udara atau di atas pasir.

menekap atau menulis huruf menggunakan kad tebuk mengikut cara yang betul.

menyambung titik-titik untuk membentuk huruf dengan cara yang betul. mewarnakan huruf yang sama seperti yang ditunjukkan oleh guru dalam bahan media cetak , label,plat kenderaan dan sebagainya.

menyalin huruf yang diberikan di dalam buku garis empat secara mekanis.

menulis huruf yang disebut oleh guru di dalam buku garis empat.

contoh kad huruf

a

i

u

b

d

h

l

t

k

Contoh kad tebuk

Contoh kad cantum titik

1.0 Mengenal dan

Menulis Huruf

1.3 Mengenal bentuk huruf besar A Z1.4 Menulis huruf besar A - Z

i. Perkenalkan huruf besar A I U B, D, L, T, H dan K menggunakan kad huruf dan latih murid menyebut nama huruf dan bentuk huruf tersebut.

ii. Beri latihan membentuk dan menulis huruf melalui cara-cara yang berikut:

membentuk huruf besar daripada tanah liat atau doh.

menulis huruf besar di udara atau di atas pasir.

menekap atau menulis huruf besar menggunakan kad tebuk mengikut cara yang betul.

menyambung titik-titik untuk membentuk huruf besar dengan cara yang betul.

mewarnakan huruf besar yang sama seperti yang ditunjukkan oleh guru dalam bahan media cetak, label, iklan, plat kenderaan dan sebagainya.

menyalin huruf besar yang diberikan ke dalam buku garis empat secara mekanis.

menulis huruf besar yang disebut oleh guru ke dalam buku garis empat.

Contoh kad huruf

Contoh:

Cara yang betul menulis huruf

2.0 Membaca Suku

Kata

2.1 Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV. i. Tunjukkan gambar dan minta murid membunyikan huruf vokal pada awal perkataan menggunakan kad gambar dan kad perkataan.

ii. Bimbing murid membina suku kata dengan mencantum satu kad huruf konsonan b, d, l, t, h dan k dengan satu huruf vokal untuk membunyikan suku kata tersebut melalui alat bantu mengajar seperti kad lipat.iii. Latih murid membunyikan suku kata yang telah dibina.

iv. Jalankan latihan untuk mengukuhkan keupayaan murid membunyikan suku kata sama ada secara berpasangan atau secara kumpulan menggunakan kad suku kata atau media lain yang sesuai.

Contoh kad gambar dan membunyikan kad perkataan

u..biContoh kad lipat suku kata

3.0 Membina dan

Menulis Suku Kata

3.1 Membina dan menulis suku kata terbuka KV i. Tunjukkan cara yang betul untuk membina suku kata dengan mencantum satu huruf konsonan dan satu huruf vokal menggunakan kad lipat.

ii. Bimbing murid cara yang betul menulis suku kata yang telah dibina.

iii. Beri latihan cara yang betul menulis suku kata.

4.0 Membaca

Perkataan

4.1 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV i. Bimbing murid membina perkataan KV+KV dengan menggunakan kad cantum suku kata KV+KV untuk membentuk perkataan yang bermakna.

ii. Latih murid membaca perkataan yang telah dibina.

iii. Bimbing murid memahami makna perkataan tersebut melalui gambar atau perlakuan.Contoh cantuman dua kad suku kata

5.0 Membina dan Menulis Perkataan

5.1 Membina dan menulis perkataan mengandungi suku kata KV+KV

i. Bimbing murid membina dan menulis perkataan daripada suku kata KV+KV menggunakan beberapa cara seperti cantuman kad suku kata.

ii. Latih murid menulis perkataan tersebut menggunakan buku garis empat.

Penilaian formatifi. Laksanakan penilaian formatif untuk menilai tahap penguasaan murid bagi kemahiran yang telah diajar.

ii. Beri latihan pemulihan bagi murid yang belum menguasai dan latihan pengayaan untuk murid yang telah menguasai kemahiran tersebut.

A

a

b

ku

bu

Panduan Guru

10