Unit 1 - Nombor

29
UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 1 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor hingga 100 2. Mengenal pasti angka hingga 100 1. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut dan tunjukkan nombor „21‟ hingga „100‟ mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersama-sama. 2. Kemudian sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan tanpa merujuk kepada Petak 100. Soal jawab: Pejamkan mata kamu. Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor) hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih besar) 3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain. 4. Seterusnya tunjuk pada suatu nombor pada Petak 100 secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut. 5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain. 6. Kemudian edarkan Petak 100 dan pen marker kepada setiap murid. 7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masing- masing dan menunjukkan jawapannya. 8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain. 9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Petak 100 bersaiz besar 2. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 2. Kubus dan rod Cuisenaire PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Nombor Angka Bilang Mengikut urutan 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100, kubus dan rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap pasangan. 2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 100. Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod Cuisenaire yang betul. 3. Minta murid bertukar peranan sebelum menyebutkan nombor yang lain. UNIT 1.1

description

all about first topic

Transcript of Unit 1 - Nombor

Page 1: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

1

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

1. Menyebut nombor

hingga 100

2. Mengenal pasti angka

hingga 100

1. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut

dan tunjukkan nombor „21‟ hingga „100‟ mengikut urutan.

Minta murid menyebutnya bersama-sama.

2. Kemudian sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid

membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan

tanpa merujuk kepada Petak 100.

Soal jawab:

Pejamkan mata kamu.

Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor)

hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih

besar)

3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain.

4. Seterusnya tunjuk pada suatu nombor pada Petak 100

secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut.

5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain.

6. Kemudian edarkan Petak 100 dan pen marker kepada

setiap murid.

7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid

membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masing-

masing dan menunjukkan jawapannya.

8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain.

9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

1. Petak 100 bersaiz besar

2. Petak 100

(Rujuk BBM ms. 1)

3. Pen marker

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Petak 100

(Rujuk BBM ms. 1)

2. Kubus dan rod Cuisenaire

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor

Angka

Bilang

Mengikut urutan

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100,

kubus dan rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap

pasangan.

2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama

diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 100.

Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod

Cuisenaire yang betul.

3. Minta murid bertukar peranan sebelum menyebutkan

nombor yang lain.

UNIT 1.1

Page 2: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

2

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Membilang hingga 100 objek

dengan membuat kumpulan

sepuluh-sepuluh, lima-lima,

dua-dua dan satu-satu

1. Tuliskan senikata lagu berikut pada papan tulis.

Langkah ke kiri

Langkah ke kanan

Ke hadapan dan ke belakang

Pusing ke kiri

Pusing ke kanan

Buat kumpulan … (sepuluh/lima/dua/satu)

2. Lagu tersebut dinyanyikan oleh guru. Murid perlu

mendengar secara teliti nombor yang disebutkan dan

secara pantas membentuk kumpulan yang mempunyai

bilangan ahli yang betul. Bilang bersama-sama untuk

menyemak bilangan ahli kumpulan.

3. Seterusnya bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan

seratus pembilang kepada setiap kumpulan. Maklumkan

murid bahawa mereka perlu membentuk kumpulan

dengan menggunakan pembilang pula.

4. Nyanyikan lagu di atas. Minta murid membentuk

kumpulan sepuluh-sepuluh melalui lagu tersebut dengan

menggunakan kesemua pembilang.

Soal jawab:

Adakah kamu menggunakan kesemua ...

(sebutkan jenis pembilang yang digunakan)?

Bilang dalam bilangan sepuluh-sepuluh.

(Bimbing murid membilang dalam bilangan sepuluh-

sepuluh sambil menunjukkan setiap kumpulan

pembilang itu dengan jari)

Sepuluh, dua puluh, tiga puluh, ..., seratus.

5. Ulangi langkah 5 bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan

satu-satu.

6. Edarkan Lembaran Kerja 1.2.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

Pembilang

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Jalur 10 bersaiz besar

2. Jalur 10

(Rujuk BBM ms. 2)

3. Jalur 5

(Rujuk BBM ms. 3)

4. Jalur 2

(Rujuk BBM ms. 4)

5. Jalur 1

(Rujuk BBM ms. 5)

6. Petak 100 bersaiz besar

7. Petak 100

8. Pelekat

(Guntingkan bulatan yang

disediakan pada setiap jalur)

UNIT 1.2

Page 3: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

3

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor

Angka

Bilang

Mengikut urutan

Kumpulan sepuluh-sepuluh

Kumpulan lima-lima

Kumpulan dua-dua

Kumpulan satu-satu

1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan Jalur 10, Jalur 5,

Jalur 2 dan Jalur 1. Bulatan pada jalur tersebut perlu

digunting mengikut bentuknya.

2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100

dan pelekat kepada setiap pasangan.

3. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

Soal jawab:

Berapa bilangan petak pada baris pertama Petak 100

ini?

Berapa bilangan petak pada Jalur 10 ini?

Mari kita gunakan Petak 100 dan Jalur 10 ini untuk

membilang sepuluh-sepuluh.

4. Letakkan Jalur 10 bersaiz besar di atas baris pertama

Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Hanya nombor

„10‟ yang akan kelihatan di dalam bulatan pada Jalur 10

tadi seperti berikut:

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

3 I 32 33 34 35 36 37 38 39 40

4 I 42 43 44 45 46 47 48 49 50

5 I 52 53 54 55 56 57 58 59 60

6 I 62 63 64 65 66 67 68 69 70

7 I 72 73 74 75 76 77 78 79 80

8 I 82 83 84 85 86 87 88 89 90

9 I 92 93 94 95 96 97 98 99 I00

5. Minta murid melekatkan Jalur 10 masing-masing di atas

baris pertama Petak 100 mereka.

I0

Page 4: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

4

6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga baris terakhir. Petak 100

dan Jalur 10 tersebut akan kelihatan seperti berikut:

7. Kemudian minta murid membilang hingga „100‟ dalam

bilangan sepuluh-sepuluh dengan merujuk kepada

nombor dalam bulatan itu tadi.

Soal jawab:

Apa yang kamu nampak pada Petak 100 ini?

(Kesemua nombornya berakhir dengan „0‟.

Kesemua nombornya berada dalam satu baris yang

sama)

Apa yang berbeza? (Nilai tempat puluh)

Apa yang sama? (Nilai tempat sa)

8. Ulangi aktiviti ini bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan

satu-satu dengan menggunakan Jalur 5, Jalur 2 dan Jalur

1.

Nota: Murid juga boleh diminta membuat lompatan pada

Petak 100 sebanyak sepuluh kali, lima kali, dua kali

atau satu kali bagi kemahiran ini.

I0

20

30

40

50

60

70

80

90

I00

Page 5: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

5

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

1. Menulis angka hingga

100

2. Membaca nombor

dalam perkataan hingga

'seratus'

3. Menulis nombor dalam

perkataan hingga

'seratus'

1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada

setiap murid.

2. Lekatkan satu kad nombor pada papan tulis. Minta

murid menyebut nombor yang tertera dan menulis

angka tersebut pada papan tulis masing-masing.

3. Lekatkan kad perkataan nombor tersebut di bawah kad

nombor tadi. Minta murid mengeja dan membaca

perkataan beramai-ramai, dan kemudian menuliskannya

pada papan tulis masing-masing.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan nombor-nombor lain.

5. Seterusnya sebutkan suatu nombor dan minta murid

menulis angka dan perkataan bagi nombor tersebut

pada papan tulis masing-masing.

6. Ulangi langkah 5 dengan nombor-nombor lain.

7. Bentukkan dua kumpulan, A dan B. Ahli kumpulan A

menggantungkan kad perkataan di leher. Ahli kumpulan

B menggantungkan kad nombor di leher.

8. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk mencari

pasangan nombor dan perkataannya secepat mungkin

sebelum muzik berhenti.

9. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan

duduk bersama.

10. Teruskan aktiviti sehingga kesemua murid berjumpa

dengan pasangannya. Semak jawapan bersama-sama.

11. Edarkan Lembaran Kerja 1.3.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

1. Papan tulis individu

2. Pen marker

3. Kad nombor

21 hingga 100

4. Kad perkataan „dua

puluh satu‟ hingga

„seratus‟

5. Tali

6. Radio/muzik

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Dadu

2. Butang

3. Papan permainan „Apa

Nombornya?’

(Rujuk BBM ms. 6)

4. Peraturan permainan

„Apa Nombornya?’

(Rujuk BBM ms. 7)

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Angka

Nombor

Nombor dalam perkataan

1. Cetak papan permainan „Apa Nombornya?‟ dan

peraturan permainan pada kad manila. Laminate kedua-

duanya.

2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Bacakan peraturan

permainan kepada murid dan tunjukkan bagaimana

permainan ini dijalankan.

3. Setiap kumpulan boleh bermain seberapa banyak

pusingan di dalam satu sesi.

UNIT 1.3

Page 6: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

6

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Mengenal pasti nilai tempat

dan nilai digit bagi nombor

hingga 'seratus'

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan sepuluh kubus

dan sepuluh rod Cuisenaire kepada setiap kumpulan.

2. Lekatkan satu kad nombor, contohnya „24‟, pada papan

tulis. Minta murid membilang kubus dan rod Cuisenaire

mengikut bilangan tersebut. Murid akan mendapat

empat kubus dan dua rod Cuisenaire.

3. Lukiskan kubus dan rod Cuisenaire dan perkenalkan nilai

tempat bagi puluh dan sa dalam jadual nilai tempat

seperti berikut:

Puluh Sa

2 4

4. Terangkan bahawa nilai digit ‟2‟ mewakili dua puluh dan

nilai digit ‟4‟ mewakili empat sa.

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan nombor-nombor lain.

6. Seterusnya tuliskan suatu nombor pada papan tulis.

Gariskan digit sa dan minta murid mewakilkannya

dengan menggunakan kubus Cuisenaire.

7. Ulangi langkah 6 dengan nombor-nombor lain.

8. Seterusnya tuliskan suatu nombor pada papan tulis.

Gariskan digit puluh dan minta murid mewakilkannya

dengan menggunakan rod Cuisenaire.

9. Ulangi langkah 8 dengan nombor-nombor lain.

10. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

1. Kubus Cuisenaire

2. Rod Cuisenaire

3. Jadual nilai tempat

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Papan tulis individu

2. Pen marker

3. Kad bergambar

(Rujuk BBM ms. 8 - 18)

UNIT 1.4

24 Kad nombor

Page 7: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

7

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor

Digit

Satu digit

Dua digit

Nilai tempat

Nilai digit

Puluh

Sa

1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada

setiap murid. Minta murid melukiskan jadual nilai tempat

pada papan tulis masing-masing seperti berikut:

Puluh Sa

2. Pamerkan kad bergambar. Minta setiap murid

membilang jumlah objek di dalam gambar tersebut dan

menuliskan digit puluh dan sa dalam jadual nilai tempat

masing-masing. Contohnya:

Puluh Sa

3 4

3. Ulangi langkah 2 dengan kad bergambar yang lain.

Page 8: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

8

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor hingga

100

a) membilang satu-satu

secara tertib menaik dan

tertib menurun

1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang).

2. Rentangkan di dalam kelas seutas tali bersama sepuluh

penyepit baju bagi setiap kumpulan.

3. Edarkan satu set kad nombor yang berbeza kepada

setiap kumpulan. Setiap murid diminta memilih salah satu

kad tersebut.

4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu

menggantungkan kadnya menggunakan penyepit baju

sepanjang tali yang direntang tadi mengikut tertib

menaik.

5. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling

awal menyusun nombor mengikut tertib menaik yang

betul dikira pemenang.

6. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka.

Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang satu-

satu secara tertib menurun.

7. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(a).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

1. Wisel

2. Tali

3. Penyepit baju

4. Set kad nombor dalam

lingkungan 100

(nombor yang berurutan,

sepuluh kad dalam

setiap set)

Bagi aktiviti pengukuhan:

Wisel

UNIT 1.5(a)

Page 9: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

9

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor

Susun

Satu-satu

Tertib menaik

Tertib menurun

Selepas

Sebelum

Di antara

1. Adakan permainan „Dengar dan Bilang‟.

2. Tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan iaitu:

Suatu nombor akan dituliskan pada papan tulis.

Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel.

Apabila wisel ditiup satu kali, murid perlu membilang

secara tertib menaik daripada nombor tersebut.

Apabila wisel ditiup dua kali, murid perlu membilang

secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir

tadi.

Contohnya:

(Tuliskan nombor „30‟ pada papan tulis. Tiup wisel satu

kali dan murid mula membilang secara tertib menaik)

30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37

(Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara

tertib menurun)

36, 35, 34, 33, 32

(Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara

tertib menaik)

33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40

(Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara

tertib menurun)

39, 38, 37, 36, 35, 34, 33, 32, 31, 30

3. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau

bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid

terakhir di dalam kelas.

4. Ulangi aktiviti di atas bagi nombor permulaan yang

berbeza.

Page 10: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

10

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor hingga

100

b) membilang dua-dua

secara tertib menaik dan

tertib menurun

1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang).

2. Letakkan satu set kad nombor genap yang berbeza

secara berselerak bagi setiap kumpulan.

3. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu memilih

salah satu kad yang berselerak dan kemudian berbaris

dan memegang kad masing-masing mengikut tertib

menaik.

4. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang paling

awal menyusun nombor mengikut tertib menaik yang

betul dikira pemenang.

5. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka.

Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang satu-

satu secara tertib menurun.

6. Kumpulkan semula set kad nombor tadi.

7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan menggunakan set kad

nombor ganjil pula.

8. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(b).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

1. Wisel

2. Set kad nombor dalam

lingkungan 100

(nombor genap yang

berurutan, sepuluh kad

dalam setiap set)

3. Set kad nombor dalam

lingkungan 100

(nombor ganjil yang

berurutan, sepuluh kad

dalam setiap set)

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Kad nombor dalam

lingkungan 100

(nombor yang berurutan

dalam gandaan dua)

2. Petak 100 bersaiz besar

UNIT 1.5(b)

Page 11: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

11

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor

Susun

Dua-dua

Tertib menaik

Tertib menurun

Selepas

Sebelum

Di antara

Aktiviti 1

1. Edarkan set kad nombor secara rawak kepada setiap

kumpulan. Murid perlu memilih salah satu kad tersebut.

Soal jawab:

Mari kita buat garis nombor dua-dua.

Nombor ... (sebutkan nombornya), lekatkan kad kamu

di sini.

(Murid yang memegang kad nombor tersebut diminta

melekatkan kad pada papan tulis)

Siapa yang memegang kad nombor sebelumnya?

Di mana kamu sepatutnya melekatkan kad itu?

(Murid tersebut diminta melekatkan kad di sebelah kiri

kad nombor yang pertama tadi)

Sekarang, lengkapkan garis nombor ini.

(Setiap murid perlu melekatkan kad masing-masing

mengikut urutan nombor yang betul)

2. Kemudian minta murid membilang nombor pada kad-

kad tersebut secara tertib menaik.

3. Edarkan set kad nombor yang berbeza kepada murid.

Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang dua-dua

secara tertib menurun.

4. Permainan ini boleh juga dijadikan pertandingan di

antara kumpulan (sepuluh orang). Kumpulan yang paling

awal melengkapkan garis nombor dengan betul dikira

pemenang.

Aktiviti 2

1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

2. Minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik

bermula dengan „2‟. Bulatkan nombor yang berkenaan

pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan

pola yang berikut:

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

Page 12: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

12

3. Kemudian minta murid membilang dua-dua secara tertib

menaik bermula dengan „1‟. Bulatkan nombor yang

berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan

menghasilkan pola yang berikut:

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil.

Soal jawab:

Apa pola yang kamu nampak apabila kamu

membilang dua-dua bermula dengan nombor ‘2’?

(Nilai tempat bagi sa berakhir dengan nombor genap)

Adakah nombor ‘54’ termasuk dalam urutan nombor

ini?

(Ya)

Mengapa?

(Nilai digit sa bagi „54‟ ialah nombor genap)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan

nombor ini.

(Murid menyebut beberapa nombor genap yang lain)

Apa pola yang kamu nampak apabila kamu

membilang dua-dua bermula dengan nombor ‘1’?

(Nilai tempat bagi sa berakhir dengan nombor ganjil)

Adakah nombor ‘68’ termasuk dalam urutan nombor

ini?

(Tidak)

Mengapa?

(Nilai digit sa bagi „68‟ bukan nombor ganjil)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan

nombor ini.

(Murid menyebut beberapa nombor ganjil yang lain)

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.

Nota: Jalur 2 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam

aktiviti ini.

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

Page 13: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

13

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor hingga

100

c) membilang lima-lima

secara tertib menaik dan

tertib menurun

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

2. Sediakan beberapa stesen dalam bilik darjah. Di setiap

stesen, letakkan satu set kad nombor secara terlungkup

dan berselerak.

3. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan

bermula di stesen B, dan seterusnya.

4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Di setiap stesen,

murid perlu menyusun kad secara tertib menaik.

5. Lima markah akan diberikan kepada kumpulan yang

paling awal menyusun nombor mengikut urutan menaik

yang betul.

6. Kemudian mereka perlu menelungkupkan dan

menyelerakkan kad nombor tersebut sebelum bergerak

ke stesen yang berikutnya.

7. Teruskan aktiviti hingga setiap kumpulan telah menyusun

nombor di semua stesen. Markah dijumlahkan dan

kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira

pemenang.

8. Letakkan set kad nombor yang berbeza di setiap stesen.

Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang lima-

lima secara tertib menurun.

9. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(c).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

Set kad nombor dalam

lingkungan 100

(nombor yang berurutan

dalam gandaan lima,

sepuluh kad dalam setiap

set)

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Garis nombor bersaiz

besar

2. Petak 100 bersaiz besar

UNIT 1.7 UNIT 1.5(c)

Page 14: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

14

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor

Susun

Lima-lima

Tertib menaik

Tertib menurun

Selepas

Sebelum

Di antara

Aktiviti 1

1. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan

tulis dengan hanya menandakan nombor „30‟ dan „75‟

sahaja. Contohnya:

Soal jawab:

Di mana letaknya nombor ‘60’?

(Tuliskan pada garis nombor)

Mengapa kamu meletakkannya di situ?

Apa nombor yang betul bagi X?

Apa nombor yang betul bagi Y?

Bagaimana kamu tahu?

2. Teruskan dengan nombor-nombor lain. Setelah

kesemuanya ditulis pada garis nombor tersebut, minta

murid membilang lima-lima secara tertib menaik

daripada „0‟ hingga „100‟.

3. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang lima-

lima secara tertib menurun. Mulakan dengan nombor

yang berbeza pada garis nombor.

Aktiviti 2

1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

2. Minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik

bermula dengan „5‟. Bulatkan nombor yang berkenaan

pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan

pola yang berikut:

30 75 X Y

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

Page 15: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

15

3. Kemudian minta murid membilang lima-lima secara tertib

menaik bermula dengan „4‟. Bulatkan nombor yang

berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini akan

menghasilkan pola yang berikut:

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil.

Soal jawab:

Apa pola yang kamu nampak apabila kamu

membilang lima-lima bermula dengan nombor ‘5’?

(Nilai tempat bagi sa berakhir dengan „5‟ atau „0‟)

Adakah nombor ‘77’ termasuk dalam urutan nombor

ini?

(Tidak)

Mengapa?

(Nilai digit sa bagi „77‟ bukan „5‟ atau „0‟)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan

nombor ini.

Apa pola yang kamu nampak apabila kamu

membilang lima-lima bermula dengan nombor ‘4’?

(Nilai tempat bagi sa berakhir dengan „4‟ atau „9‟)

Adakah nombor ‘84’ termasuk dalam urutan nombor

ini?

(Ya)

Mengapa?

(Nilai digit sa bagi „84‟ adalah „4‟)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan

nombor ini.

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.

Nota: Jalur 5 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam

aktiviti ini.

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

Page 16: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

16

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor hingga

100

d) membilang sepuluh-

sepuluh secara tertib

menaik dan tertib

menurun

Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

1. Bentukkan kumpulan (empat orang).

2. Aturkan kumpulan seperti ‟Susun Atur Kumpulan‟. Minta

murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung

rotan. Kemudian letakkan kad yang pertama di luar

gelung yang pertama.

3. Seterusnya letakkan satu set kad nombor di dalam setiap

bakul seperti berikut:

Set kad dalam bakul A - 18, 28, 38, 48, 58, 68, 78, 88, 98

Set kad dalam bakul B - 13, 23, 33, 43, 53, 63, 73, 83, 93

Set kad dalam bakul C - 11, 21, 31, 41, 51, 61, 71, 81, 91

4. Maklumkan kepada murid bahawa bakul tersebut

mengandungi kad nombor dalam gandaan sepuluh.

5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama

dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung ke

gelung yang berikutnya.

6. Murid perlu mengambil satu kad nombor yang ada di

dalam bakul dan meletakkan kad tersebut di luar gelung

rotan yang betul mengikut tertib menaik, seperti ‟Urutan

Nombor‟.

7. Murid kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan

menepuk tangan murid berikutnya.

8. Permainan diteruskan sehingga selesai. Kumpulan yang

paling awal menamatkan permainan dengan urutan

nombor yang betul dikira pemenang.

9. Letakkan set kad nombor yang berbeza bagi setiap

kumpulan. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran

membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menurun.

10. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(d).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

1. Gelung rotan

2. Set kad nombor dalam

lingkungan 100

(nombor yang berurutan

dalam gandaan sepuluh,

sepuluh kad dalam

setiap set)

3. Bakul

Bagi aktiviti pengukuhan:

Petak 100 bersaiz besar

UNIT 1.5(d)

Page 17: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

17

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor

Susun

Sepuluh-sepuluh

Tertib menaik

Tertib menurun

Selepas

Sebelum

Di antara

1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis.

2. Minta murid membilang sepuluh-sepuluh secara tertib

menaik bermula dengan „10‟. Bulatkan nombor yang

berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan

menghasilkan pola yang berikut:

3. Kemudian minta murid membilang sepuluh-sepuluh

secara tertib menaik bermula dengan „9‟. Bulatkan

nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Ini

akan menghasilkan pola yang berikut:

4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil.

Soal jawab:

Apa pola yang kamu nampak apabila kamu

membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor

‘10’?

(Nilai tempat bagi puluh sahaja yang berubah. Nilai

tempat bagi sa tidak berubah dan berakhir dengan „0‟)

Adakah nombor ‘90’ termasuk dalam urutan nombor

ini?

(Ya)

Mengapa?

(Nilai digit sa bagi „90‟ ialah „0‟)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan

nombor ini.

Apa pola yang kamu nampak apabila kamu

membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor

‘9’?

(Nilai tempat bagi puluh sahaja yang berubah. Nilai

tempat bagi sa tidak berubah dan berakhir dengan „9‟)

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

Page 18: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

18

Adakah nombor ‘76’ termasuk dalam urutan nombor

ini?

(Tidak)

Mengapa?

(Nilai digit sa bagi „76‟ bukan „9‟)

Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan

nombor ini.

Apa pola yang akan kamu dapat apabila kamu

membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor

‘4’ pula?

Mengapa?

5. Bincangkan dengan lebih lanjut.

Nota: Jalur 10 dalam Unit 1.2 juga boleh digunakan dalam

aktiviti ini.

Page 19: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

19

SUSUN ATUR KUMPULAN

URUTAN NOMBOR

8

3

1

Ahli kumpulan 1

Ahli kumpulan 2

Ahli kumpulan 3

Bakul A

Bakul B

Kad nombor yang pertama

Bakul C

Gelung rotan

Bakul berisi kad nombor

Kad nombor yang telah disusun mengikut urutan

98 18

88

81

1

28 38 48 58

88

88

88

8

68 78 88 8

93 13 23 33 43 53

88

88

88

8

63 73 83 3

91 11

88

81

1

21 31 41 51

88

88

88

8

61 71 81 1

Page 20: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

20

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Membandingkan dua

nombor dan menyatakan

yang mana lebih atau

kurang

1. Murid duduk secara berpasangan.

2. Tunjukkan dua bakul, berlabel A dan B, masing-masing

mengandungi dua puluh dua dan dua puluh empat

pembilang.

3. Minta seorang murid membilang sepuluh-sepuluh dan

satu-satu bagi pembilang dalam bakul A, dan seorang

murid lagi bagi pembilang dalam bakul B. Kedua-dua

murid tersebut menyebut bilangan pembilang kepada

kelas.

Soal jawab:

Yang mana lebih/kurang, dua puluh dua atau dua

puluh empat?

Bagaimana kamu tahu?

Berapa yang lebih/kurang?

(Untuk mengetahui yang mana lebih atau kurang,

mereka perlu membuat padanan satu-satu. Pembilang

dalam bakul A dipadankan dengan pembilang dalam

bakul B secara berpasangan. Akan terdapat pembilang

yang tiada „pasangan‟)

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

1. Bakul

2. Pembilang satu-satu

3. Pembilang dalam ikatan

sepuluh-sepuluh

Bagi aktiviti pengukuhan:

1. Kad nombor dalam

lingkungan 100

2. Sehelai kain

UNIT 1.6

Pembilang

dalam bakul A

Pembilang

dalam bakul B

dipadankan

satu-satu

dengan

Melalui padanan satu-satu,

objek yang tiada pasangan

menunjukkan bahawa

nombor tersebut lebih besar

nilainya.

Page 21: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

21

4. Bimbing murid untuk menyatakan:

... lebih daripada ...

... kurang daripada ...

5. Edarkan pembilang yang mencukupi kepada setiap

pasangan. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan pasangan

nombor-nombor berikut:

24 dan 51

22 dan 30

22 dan 27

6. Bimbing murid untuk mengikuti langkah-langkah berikut

apabila membandingkan dua nombor:

Bandingkan nilai digit puluh dahulu.

Jika nilai digit puluhnya sama, bandingkan nilai digit sa

pula.

24 dan 51

Lima puluh lebih besar daripada dua

puluh.

Tidak perlu bandingkan nilai digit sa.

Maka „51‟ lebih daripada „24‟.

22 dan 30

Dua puluh lebih kecil daripada tiga

puluh.

Tidak perlu bandingkan nilai digit sa.

Maka „22‟ kurang daripada „30‟.

22 dan 27

Dua puluh sama nilainya dengan dua

puluh.

Tetapi tujuh sa lebih daripada dua sa.

Maka „27‟ lebih daripada „22‟.

7. Edarkan Lembaran Kerja 1.6.

Page 22: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

22

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Padan

Banding

Lebih daripada

Kurang daripada

Nilai tempat

Nilai digit

Puluh

Sa

Aktiviti 1

1. Edarkan satu kad nombor kepada setiap murid. Murid

mesti memegang kad tersebut di dadanya supaya ianya

dapat dilihat oleh semua.

2. Terangkan bagaimana permainan ini dijalankan:

Guru akan menyebutkan “Nombor yang lebih/kurang

daripada ... berdiri sekarang!”.

Murid yang memegang kad nombor yang

lebih/kurang daripada nombor yang disebutkan tadi

perlu berdiri dan mempamerkan nombor tersebut.

Semak jawapan bersama-sama.

Aktiviti 2

1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan

akan bermain pada masa yang sama. Edarkan satu set

kad nombor kepada setiap kumpulan. Aturkan kumpulan

seperti lampiran „Susun Atur Kumpulan‟.

2. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk

memegang kain sebagai penghadang antara dua

kumpulan.

3. Setiap kumpulan diminta memilih seorang ahli kumpulan

sebagai pemain. Pemain tersebut mesti memilih sekeping

kad nombor dan memegang kad tersebut di dadanya

supaya ianya dapat dilihat oleh pihak lawan apabila kain

dijatuhkan.

4. Guru akan menyebutkan “Pilih nombor yang

lebih/kurang. Bersedia. 1, 2, 3!”

5. Pada kiraan „3‟, murid yang memegang kain akan

menjatuhkan kain.

6. Pemain mesti membandingkan kedua-dua nombor

tersebut. Pemain yang terdahulu menyebut nombor yang

lebih/kurang dikira pemenang dan satu markah diberi

kepada kumpulan tersebut.

7. Ahli kumpulan yang lain akan mengambil giliran sebagai

pemain. Pemegang kain akan memegang semula kain

tersebut dan pemain akan mengambil kad nombor yang

lain.

8. Teruskan permainan hingga selesai. Semua ahli kumpulan

perlu mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir

permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang

diberi ganjaran.

Page 23: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

23

SUSUN ATUR KUMPULAN

Pemegang kain

Pemegang kain

Ahli kumpulan B Ahli kumpulan A

Pemain

kumpulan A Pemain

kumpulan B

Kain

Page 24: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

24

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

Menyusun nombor mengikut

urutan dengan

a) membandingkan

nombor tersebut, dan

b) meletakkan nombor

tersebut pada garis

nombor

1. Lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut pada

papan tulis:

2. Bulatkan nombor „35‟ pada garis nombor tersebut.

Soal jawab:

Yang mana lebih, tiga puluh enam atau tiga puluh

lima?

(Murid akan menjawab “Tiga puluh enam lebih

daripada tiga puluh lima”)

Di mana letaknya nombor ‘36’?

Di sebelah kanan atau kiri nombor ‘35’?

(Murid akan menjawab “Di sebelah kanan nombor 35”)

‘36’ lebih daripada ‘35’. Maka ia berada di sebelah

kanan.

Apa nombor lain yang lebih daripada ‘35’?

Bagaimana kamu tahu?

Apa nombor lain yang kurang daripada ‘35’?

Bagaimana kamu tahu?

Nombor yang kurang berada di sebelah kiri.

Nombor yang lebih berada di sebelah kanan.

3. Seterusnya lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti

berikut pada papan tulis:

4. Ulang sesi soal jawab yang serupa bagi nombor-nombor

lain. Minta murid membandingkan beberapa nombor

dan meletakkan nombor-nombor tersebut pada garis

nombor tadi. Bimbing murid untuk melihat bahawa:

Semakin besar nilai suatu nombor itu, semakin ke

kanan kedudukannya pada garis nombor.

Semakin kecil nilai suatu nombor itu, semakin ke kiri

kedudukannya pada garis nombor.

5. Edarkan Lembaran Kerja 1.7.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

(Tiada)

Bagi aktiviti pengukuhan:

Set kad nombor dalam

lingkungan 100

(sepuluh kad dalam setiap

set, disusun secara rawak)

UNIT 1.7

30 40 35

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Page 25: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

25

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Padan

Banding

Lebih daripada

Kurang daripada

Nilai tempat

Nilai digit

Puluh

Sa

Susun

Garis nombor

Kecil

Besar

Paling kecil

Paling besar

Tertib menaik

Tertib menurun

Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

1. Bentukkan kumpulan (empat orang).

2. Lukiskan garis nombor berskala tanpa nombor bagi setiap

kumpulan pada jarak yang sesuai.

3. Letakkan set kad nombor yang berbeza seperti berikut di

dalam setiap bakul:

Set kad dalam bakul A - 8, 15, 23, 30, 46, 57, 62, 71, 80,

99

Set kad dalam bakul B - 7, 19, 25, 33, 40, 56, 68, 74, 81,

90

Set kad dalam bakul C - 1, 13, 27, 38, 49, 50, 65, 77, 81,

95

4. Aturkan kumpulan seperti ‟Susun Atur Kumpulan‟. Minta

murid berada dalam barisan menghadap ke arah garis

nombor.

5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Secara berkumpulan

murid akan sama-sama berlari ke arah bakul dan memilih

satu kad nombor.

6. Murid kemudiannya berlari ke arah garis nombor. Murid

perlu membandingkan nombor-nombor tersebut dan

meletakkan kad nombor masing-masing pada garis

nombor yang telah dilukiskan tadi mengikut urutan yang

betul.

7. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan

dengan urutan nombor yang betul dikira pemenang.

8. Semak jawapan bersama-sama.

9. Ulangi langkah 3 hingga 8 dengan set kad nombor yang

berbeza bagi setiap kumpulan.

Page 26: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

26

SUSUN ATUR KUMPULAN

Bakul A

Bakul B

Bakul C

Ahli kumpulan 1

Ahli kumpulan 2

Ahli kumpulan 3

Bakul berisi kad nombor

Garis nombor

Page 27: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

27

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:

1. Menyebut nombor

ordinal daripada

„kesebelas‟ hingga

„kedua puluh‟

2. Menggunakan nombor

ordinal dalam konteks

yang berbeza

Sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid

membawa sampul bagi surat atau bil yang telah diterima

oleh ibu bapa.

1. Minta sepuluh murid berbaris di hadapan kelas.

Soal jawab:

Siapa yang berdiri di hadapan sekali?

(Murid pertama akan menyebutkan namanya)

... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang

pertama dalam barisan.

Siapa orang yang kedua?

(Murid kedua akan menyebutkan namanya)

... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang

pertama,

... (sebutkan nama murid kedua tadi) adalah yang

kedua.

Siapa orang yang ketiga?

(Murid ketiga akan menyebutkan namanya)

... (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang

pertama,

... (sebutkan nama murid kedua tadi) adalah yang

kedua,

... (sebutkan nama murid ketiga tadi) adalah yang

ketiga.

Siapa orang yang kesebelas?

(Murid kesebelas akan menyebutkan namanya)

... (sebutkan nama murid kedua belas) pula yang ke

berapa dalam barisan?

2. Teruskan hingga murid yang kedua puluh.

3. Kemudian minta murid menyebut nombor ordinal dan

nama rakan mereka daripada yang pertama hingga

yang kedua puluh bersama-sama seperti berikut:

Pertama, ... (sebutkan nama murid yang pertama)

Kedua, ... (sebutkan nama murid yang kedua)

4. Teruskan hingga murid yang kedua puluh.

5. Maklumkan bahawa nombor-nombor ordinal

menunjukkan kedudukan murid dalam barisan.

6. Seterusnya bentukkan kumpulan (empat orang).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran &

pembelajaran:

Sampul bagi surat atau bil

yang telah diterima

Bagi aktiviti pengukuhan:

Lembaran Aktiviti

Pengukuhan

(Rujuk BBM ms. 19 - 22)

UNIT 1.8

Page 28: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

28

7. Minta murid berkongsi sampul bagi surat atau bil yang

telah mereka bawa. Bawa perhatian mereka kepada

nombor rumah yang tertera pada sampul surat tersebut.

Soal jawab:

Apa yang tertulis pada sampul itu?

(Murid akan menjawab ”Alamat rumah saya”)

Bacakan alamat rumah kamu.

Lihat pada nombor rumah kamu itu.

Apa yang kamu tahu tentang nombor itu?

(Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan

bincangkan)

Rumah Danial (contoh) bernombor ’35’ (contoh).

Adakah nombor itu menunjukkan Danial ada tiga puluh

lima buah rumah?

Jika tidak, nombor ’35’ itu menunjukkan apa?

(Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan

bincangkan)

Nombor tersebut menunjukkan kedudukan rumah kamu

supaya posmen mudah untuk mencari dan

menghantarkan surat ini.

8. Edarkan Lembaran Kerja 1.8.

Page 29: Unit 1 - Nombor

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100

29

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

Nombor ordinal

Susun

Kedudukan

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kelima

Keenam

Ketujuh

Kelapan

Kesembilan

Kesepuluh

Kesebelas

Kedua belas

Ketiga belas

Keempat belas

Kelima belas

Keenam belas

Ketujuh belas

Kelapan belas

Kesembilan belas

Kedua puluh

Terakhir

Selepas

Sebelum

Aktiviti 1

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan lembaran

aktiviti pengukuhan kepada setiap pasangan.

2. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian

menyebutkan jawapan yang betul. Contohnya:

Sebutkan nama buah yang ke...

(sebutkan suatu nombor ordinal)

Tempat keberapa buah ... (sebutkan nama buah)?

Aktiviti 2

Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.

1. Bentukkan kumpulan (dua puluh orang).

2. Minta murid beratur lurus dalam barisan masing-masing

dan kemudian duduk.

3. Seterusnya minta murid membilang nombor ordinal

mereka bermula daripada murid yang pertama (yang

duduk paling hadapan) supaya dapat mengenal pasti

kedudukan mereka dalam barisan tersebut.

4. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian

berdiri serta melakukan seperti yang diarahkan.

Contohnya:

Murid yang kesembilan, berkokok seperti ayam.

Murid yang kesebelas, mengaum seperti harimau.

Murid yang keempat belas, mengiau seperti kucing.

Aktiviti 3

1. Pamerkan kalendar bagi tahun semasa. Minta murid

memperihalkan tentang kalendar tersebut mengikut

pemerhatian dan pengetahuan mereka.

2. Bincangkan tentang kedudukan nama bulan dalam

tahun ini dan perayaan atau sambutan yang disambut

dalam bulan-bulan tersebut.

Soal jawab:

Bulan ... (sebutkan nama bulan) adalah bulan yang

keberapa?

Dalam bulan keberapa kamu menyambut ... (sebutkan

nama perayaan atau sambutan tahunan)?