unit 7 - agensi

33
AGENSI P2114 / UNIT 7 / 1 Objektif am : Mempelajari dan memahami hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal, kuasa-kuasa seseorang agen dan bagaimana sesuatu agensi boleh ditamatkan. Objektif khusus : Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat : a.Menjelaskan hak dan tanggungjawab antara agen dan prinsipalnya. POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA OBJEKTIF UNIT 7

Transcript of unit 7 - agensi

Page 1: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 1

Objektif am : Mempelajari dan memahami hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal, kuasa-kuasa seseorang agen dan bagaimana sesuatu agensi boleh ditamatkan.

Objektif khusus :Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

a. Menjelaskan hak dan tanggungjawab antara agen dan prinsipalnya.

b. Menjelaskan kuasa-kuasa seorang agen.

c. Menjelaskan keadaan-keadaan dan cara-cara penamatan sesuatu agensi.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

OBJEKTIF

UNIT 7UNIT 7

Page 2: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 2

7.1 Hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal.

Secara lazimnya, agensi wujud daripada perjanjian di antara prinsipal dan agen.

Maka dengan itu, hak-hak dan tanggungjawab seorang agen adalah bergantung

kepada syarat-syarat kontrak agensi sama ada secara nyata atau tersirat. Sekiranya

kontrak itu tidak mengikat, maka hak-hak dan tanggungjawab seorang agen kepada

prinsipal adalah terangkum di dalam seksyen 164 hingga 174 AK 1950.

a. Mematuhi arahan-arahan prinsipal – Seksyen 164

Kegagalan untuk mematuhi arahan prinsipal boleh dianggap sebagai pecah

kontrak dan agen akan bertanggungjawab terhadap kesemua kerugian yang

dialami oleh prinsipal akibat dari pecah kontrak tersebut. Walau bagaimanapun,

bukanlah menjadi tanggungjawab agen untuk mematuhi arahan yang salah di

sisi undang-undang seperti yang diputuskan di dalam kes Cohen vs. Kittel

(1889).

b. Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal, tindakan mestilah dilakukan

mengikut kelaziman – Seksyen 164.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 3

c. Menjalankan kerja dengan berhati-hati dan penuh usaha serta menggunakan

kebolehan tertentu yang dipunyainya – Seksyen 165.

Jika seseorang agen bertindak sebagai seorang profesional yang mempunyai skil

tertentu, dia mestilah menunjukkan skil yang sepatutnya ada pada orang yang

berada dalam kerjaya sepertinya melainkan prinsipal telah tahu tentang

kekurangannya itu. Contoh kes yang terlibat ialah Keppel lwn. Wheeler(1927)

dan Philips vs. Barn.

d. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan – Seksyen 166 AK 1950.

Contoh kes yang berkaitan ialah Parker ( Harry) Ltd. lwn. Mason.

e. Menghubungi prinsipal – Seksyen 167 AK 1950.

Di dalam kesulitan, agen mestilah menggunakan skil yang sepatutnya untuk

cuba menghubungi dan mendapatkan arahan daripada prinsipal (s. 167). Tetapi

sekiranya komunikasi adalah tidak mungkin boleh dilakukan dan sebarang

kelewatan akan menyebabkan kerugian kepada prinsipal, maka agen bolehlah

menggunakan budi bicaranya untuk melaksanakan tindakan yang sepatutnya

demi menjaga hak prinsipal ( s. 142)

f. Tidak membiarkan kepentingannya berlawanan dengan tugasnya.

Seseorang agen tidak boleh menjadi satu pihak kepada kontrak yang

bertentangan dengan kepentingan prinsipalnya ( seksyen 168 & 169). Contoh

kes yang berkaitan ialah Wong Mun Wai lwn Wong Tham Fatt & Anor(1987).

g. Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia dalam menjalankan

tanggungjawabnya.

Untung rahsia merujuk kepada rasuah contohnya pembayaran komisyen secara

rahsia atau kick back. Tetapi sekiranya prinsipal tahu tentang untung rahsia ini

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 4: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 4

dan bersetuju mengenainya, maka agen bolehlah menyimpan untung tersebut

kerana ia sudah tidak menjadi rahsia lagi – seksyen 168 AK 1950.

Sekiranya untung rahsia berlaku, maka :

Prinsipal boleh menamatkan kontrak jika kontrak itu tidak memberi

kebaikan kepadanya – seksyen 168 AK 1950.

Prinsipal boleh menuntut jumlah rasuah itu daripada agen – seksyen 169 AK

1950 dan contoh kes yang berkaitan ialah Tan Kiong Hwa lwn Andrew

S.H. Chong.

Prinsipal boleh enggan membayar komisyen kepada agen atau ganjaran-

ganjaran yang lain seperti kes Andrew lwn Ramsay & Co.

Prinsipal boleh memecat agen kerana melanggar tugasnya seperti dalam kes

Boston Deep Sea Fishing & Ice Co. lwn Ansell.

Prinsipal boleh mendakwa agen dan pihak ketiga yang memberi rasuah bagi

mendapatkan gantirugi bagi sebarang kerugian yang dialaminya akibat dari

memasuki kontrak tersebut seperti dalam kes Mahesan lwn Malaysian

Govt. Officers Co-Operative Housing Society Ltd.

h. Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima bagi pihaknya.

Walau bagaimanapun agen boleh memegang wang dan menolak sejumlah wang

yang diterima atas apa-apa pendahuluan yang dibuat olehnya atau komisyen-

komisyen yang patut dibayar kepadanya – seksyen 170 AK 1950.

Seksyen 174 AK 1950 juga memperuntukkan kepada agen hak untuk terus

memegang harta benda prinsipal ( lien ) sehinggalah prinsipal membayar jumlah

komisyen yang sepatutnya kepadanya dengan syarat tiada peruntukan yang

sebaliknya di dalam kontrak di antara mereka. Walaubagaimanapun hak lien ini

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 5: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 5

hanya memberikan agen hak untuk terus memegang harta benda dan agen tiada

hak untuk menjualnya kecuali dengan kebenaran prinsipal seperti dalam kes

Vall Mal lwn Buddhu Mal.

i. Tidak akan membocorkan maklumat atau dokumen sulit yang diamanahkan

kepadanya oleh prinsipal.

j. Tidak akan mewakilkan kuasanya kepada orang lain.

Ini adalah kerana prinsipal telah mengamanahkan tugas tersebut kepada agen,

maka adalah tidak adil sekiranya agen mewakilkan pula tugas tersebut kepada

orang lain. Di sini, maxim delegatus non potest delagare boleh digunakan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian terhadap maxim tersebut.

Seseorang agen boleh mewakilkan kuasanya kepada orang lain dalam keadaan-

keadaan berikut :

Sekiranya prinsipal meluluskan perwakilan tersebut seperti kes De Bussche

lwn Alt.

Dianggap dari perlakuan pihak-pihak (prinsipal & agen) bahawa agen

hendaklah mempunyai kuasa untuk mewakilkan kuasanya.

Sekiranya kelaziman pekerjaan itu memerlukan perwakilan.

Sekiranya keadaan agensi adalah sebegitu rupa dan ianya amat perlu kepada

perwakilan kuasa.

Dalam keadaan keperluan darurat yang tidak disangkakan.

Sekiranya tindakan yang dibuat itu adalah semata-mata berbentuk

pengurusan atau perkeranian dan tidak melibatkan penggunaan budi bicara.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 6: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 6

Hak dan tanggungjawab seorang agen kepada prinsipalnya boleh diringkaskan seperti

Rajah 7.1 di bawah.

AGEN PRINSIPAL

Hak Tanggungjawab

Tertakluk syarat-syarat kontrak agensi (jika ada) ATAU

SEKSYEN 164-174 AKTA KONTRAK

S.164 S.165 S.166 S.167 S.168&169 S.170 S.174

Rajah 7.1: Seksyen yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawabagen kepada prinsipal.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 7: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 7

NILAI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM KE INPUT SETERUSNYA….!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. Terangkan di antara 6 hak dan tanggungjawab seorang agen kepada

prinsipalnya.

2. Nyatakan seksyen yang digunapakai apabila tiada perjanjian khusus mengenai

hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal.

3. Senaraikan hak dan tanggungjawab agen seperti di dalam peruntukan

seksyen 164 – 174 Akta Kontrak.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 7aAKTIVITI 7a

Page 8: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 8

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 9: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 9

1. Di antara 6 hak dan tanggungjawab agen ialah :a. Mematuhi arahan-arahan prinsipal – Seksyen 164 AK 1950.

b. Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal, mestilah bertindak mengikut

kelaziman – Seksyen 164 AK 1950.

c. Menjalankan kerja dengan berhati-hati dan penuh usaha serta menggunakan

kebolehan tertentu yang dipunyainya – Seksyen 165 AK 1950.

d. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan – Seksyen 166.

Contoh kes yang berkaitan ialah Parker ( Harry) Ltd. Vs. Mason.

e. Menghubungi prinsipal – Seksyen 167 AK 1950.

f. Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima bagi pihaknya.

– seksyen 170 dan seksyen 174 AK 1950.

2. Seksyen yang digunapakai apabila tiada perjanjian khusus mengenai hak

dan tanggungjawab agen kepada prinsipal ialah Sekyen 164 hingga 174 AK

1950.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 7aMAKLUM BALAS 7a

Page 10: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 10

3. Hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal ialah :

a. Mematuhi arahan-arahan prinsipal – Seksyen 164 AK 1950

b. Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal, mestilah bertindak mengikut

kelaziman – Seksyen 164 AK 1950.

c. Menjalankan kerja dengan berhati-hati dan penuh usaha serta

menggunakan kebolehan tertentu yang dipunyainya – Seksyen 165 AK

1950.

d. mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan – Seksyen 166 AK

1950.

e. Menghubungi prinsipal – Seksyen 167 AK 1950.

f. Tidak membiarkan kepentingannya berlawanan dengan tugasnya.

g. Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia dalam menjalankan

tanggungjawabnya.

i. Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima bagi pihaknya.

j. Tidak akan membocorkan maklumat atau dokumen sulit yang

diamanahkan kepadanya oleh prinsipal.

k. Tidak akan mewakilkan kuasanya kepada orang lain.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 11: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 11

7.2 KUASA-KUASA AGEN

Perbuatan agen adalah mengikat ke atas prinsipal jika dilakukan di dalam kuasanya

sebagai agen. Apa-apa perkara yang dilakukan oleh agen yang melampaui kuasa

itu, tidak akan menyentuh prinsipal melainkan prinsipal telah menerima dan

mengesahkan perbuatan yang tidak dibenarkan itu.

Kuasa agen terbahagi kepada dua iaitu kuasa benar / sebenar dan kuasa zahir.

i. Kuasa benar atau sebenar.

Kuasa benar ialah kuasa yang diberikan secara nyata oleh prinsipal kepada agen. Kuasa

benar yang diberikan secara lisan atau bertulis dikenali sebagai kuasa nyata ekspress.

Kuasa nyata tersirat pula diandaikan daripada keadaan-keadaan tertentu. Kuasa ini

boleh disiratkan daripada :

Kuasa nyata yang diberikan iaitu semua kuasa yang patut atau mustahak bagi

menjalankan kuasa nyata itu.

Keadaan fakta kes.

Kelaziman atau adat resam perniagaan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KUASA AGENKUASA AGEN

KUASA BENARKUASA BENAR

KUASA ZAHIRKUASA ZAHIR

Page 12: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 12

Situasi atau kelakuan pihak-pihak.

ii. Kuasa zahir.

Kuasa zahir ialah kuasa yang tidak diberikan secara nyata oleh prinsipal tetapi

undang-undang menganggap agen sebagai mempunyai kuasa itu, walaupun

prinsipal telah tidak bersetuju terhadap agen itu menjalankan kuasanya. Alasan

baginya ialah prinsipal telah mengetahui dengan kata-kata atau kelakuannya,

menjadikan pihak ketiga percaya bahawa agennya mempunyai kuasa untuk

membuat kontrak bagi pihaknya dan sebagai hasilnya ia disekat dari menafikan

kuasa agen itu.

Di dalam kes FIRM OF AR.CT LWN SV.KR, Majlis Privy memutuskan bahawa

agen yang mempunyai kuasa untuk membelanjakan wang firma itu dalam keadaan

kes itu mempunyai kuasa tersirat yang perlu untuk menerima pembayaran balik

wang itu bagi firma tersebut.

Kuasa zahir boleh wujud dalam 2 keadaan :

a. Apabila prinsipal melalui kata-kata atau perbuatannya membiarkan pihak ketiga

percaya agennya mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu kontrak bagi

pihaknya ( seksyen 190 AK 1950 ). Perbuatan seseorang prinsipal yang akan

membentuk sesuatu kuasa zahir. Di dalam kes Chew Hock San & Ors vs

Connaught Housing Development Sdn. Bhd. ( 1985), mahkamah memutuskan

bahawa tidak akan wujud kuasa zahir sekiranya seorang agen itu bertindak bagi

pihak seseorang prinsipal tanpa pengetahuan atau kebenaran prinsipal itu

sendiri.

b. Bilamana sebelum ini seseorang agen mempunyai kuasa untuk melakukan

sesuatu tetapi kuasa itu ditamatkan oleh prinsipal tanpa pengetahuan pihak

ketiga seperti dalam kes Graphic Lines Ptd Ltd lwn Chai Chee Mein & Ors

(1987).

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 13: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 13

Agen Ganti.

Kadangkala agen mempunyai kuasa untuk menamakan orang lain untuk bertugas

bagi pihak prinsipal dalam perniagaan agensi itu. Menurut seksyen 147, sama ada

secara nyata atau tersirat, dia menamakan seorang lain, maka orang yang

dinamakan itu adalah dianggap sebagai agen bagi prinsipal dan bukannya sub

agennya bagi bahagian kerja yang diamanahkan kepadanya. Maka agen asal yang

dilantik adalah terkeluar daripada transaksi tersebut dan digantikan oleh agen yang

dilantik oleh agen asal itu.

Sub-agen.

Sekiranya tugas-tugas boleh diwakilkan, maka orang yang dilantik oleh agen untuk

bertindak dalam perniagaan agensi dan dalam kawalan agen adalah dikenali sebagai

sub-agen. Sekiranya wujud sub-agen, maka tidaklah terdapat pertalian kontrak di

antara prinsipal dan sub-agen oleh kerana sub-agen tidak bertindak di bawah

kawalan prinsipal. Di antara agen dan sub-agen, terdapat hubungan prinsipal dan

agen ( seksyen 144, 145 (2) dan 143 ( 3 ) AK 1950 ). Kenyataan ini dapat

diringkaskan seperti berikut Rajah 7.2.

Rajah 7.2 : Hubungan antara Prinsipal dan Sub-agen

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Prinsipal Agen Sub-agen

Kontrak

Agensi

Kontrak

Agensi

Page 14: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 14

1. Jelaskan apakah yang anda faham dengan ‘ kuasa benar / sebenar ‘?

2. Apakah perbezaaan yang nyata di antara agen ganti dan sub-agen?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 7bAKTIVITI 7b

Page 15: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 15

1. Kuasa benar ialah kuasa yang diberikan secara nyata oleh prinsipal kepada agen

secara lisan atau bertulis. Kuasa ini juga boleh disiratkan daripada :

Kuasa nyata yang diberikan iaitu semua kuasa yang patut atau mustahak

bagi menjalankan kuasa nyata itu.

Keadaan fakta kes.

Kelaziman atau adat resam perniagaan.

Situasi atau kelakuan pihak-pihak.

2. Perbezaan nyata di antara agen ganti dan sub-agen ialah :

Agen ganti Sub-agen

- agen menamakan orang lain. - agen mewakilkan tugas.

- agen kepada prinsipal - bukan agen kepada prinsipal

- agen asal terkeluar - agen asal tetap agen kepada prinsipal

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 7bMAKLUM BALAS 7b

Page 16: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 16

7.3 PENAMATAN AGENSI

Seksyen 154 hingga 163 AK 1950 adalah berkaitan dengan penamatan sesuatu agensi.

Agensi boleh ditamatkan sama ada secara perbuatan pihak-pihak atau secara kuatkuasa

undang-undang.

Penamatan secara perbuatan pihak-pihak.

Penamatan ini boleh berlaku di dalam beberapa keadaan :

i. Persetujuan bersama iaitu apabila kedua-dua pihak berhasrat dan bersetuju

supaya agensi ditamatkan.

ii. Pembatalan kuasa oleh prinsipal (seksyen 154 AK 1950). Mengikut peraturan

umum, kuasa agen boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh prinsipal sebelum

kuasa itu dijalankan untuk mengikat prinsipal. Bagaimanapun, sesuatu

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perbuatan CARA PENAMATA Kuatkuasa pihak-pihak AGENSI undang-ndang

Page 17: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 17

pembatalan yang dibuat sebelum tempohnya boleh memberi hak kepada agen

untuk mengambil tindakan :

a. Bagi kehilangan komisyen atau ganjaran agen jika dia telah

menjalankan perkhidmatan untuk prinsipal.

b. Bagi perbelanjaan dan tanggungan yang dialami dalam menjalankan

tugasnya.

c. Gantirugi yang lain sekiranya pembatalan itu tidak berpatutan atau

jika tiada notis pembatalan yang munasabah yang diberikan kepada

agen.

d. Kuasa prinsipal untuk membatalkan kuasa agen adalah terhad

kepada keadaan-keadaan berikut :

Jika agen mempunyai kepentingan dalam harta benda yang

merupakan perkara pokok agensi itu. Ini adalah kerana kuasa itu

disertai dengan kepentingan agen, melainkan terdapat kontrak

nyata yang berlawanan.

Jika prinsipal telah membenarkan agen menjalankan sesuatu

kuasa itu, maka pembatalan kuasa itu akan berkuatkuasa;

~ Terhadap agen jika dia mengetahui tentang pembatalan kuasa

itu.

~ Terhadap pihak ketiga jika pihak ketiga tahu tentang

pembatalan itu.

e. Jika agen telah menjalankan sebahagian kuasa yang diberikan

kepadanya oleh prinsipal, maka pembatalan kuasa agen tidak

berkuatkuasa bagi kewajipan yang timbul daripada perbuatan yang

telah dilakukan seperti dalam kes Read vs Anderson (1884).

iii. Penolakan agensi oleh agen. Sekiranya agensi itu tempohnya tidak boleh

ditetapkan, maka agen boleh menamatkan agensi itu dengan memberikan

notis penamatan yang munasabah.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 18: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 18

Penamatan secara kuatkuasa undang-undang.

Agensi boleh dibatalkan secara kuatkuasa undang-undang iaitu dengan cara:

Perlaksanaan kontrak agensi, contohnya jika agensi itu diwujudkan

untuk sesuatu urusan yang tunggal, maka agensi itu tamat apabila urusan

itu selesai.

Dengan tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.

Dengan kematian prinsipal atau agen.

Apabila agen atau prinsipal menjadi gila.

Apabila prinsipal menjadi muflis atau diistihar bankrap.

Dengan berlakunya kejadian yang menjadikan agensi itu tidak sah.

Penamatan kuasa agensi juga menamatkan kuasa sub-agen yang dilantik

oleh agen.

Setuju bersama

Prinsipal batalkan kuasa

Penolakan agensiPerbuatan pihak-pihak oleh agen

Kontrak selesai Tamat tempoh Kematian

Kuatkuasa undang-undang Gila Prinsipal muflis/ bankrap

‘Agensi tidak sah’

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Haa.. ini lagi cara mudah tentang penamatan agensi...

Page 19: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 19

1. Salah satu cara penamatan agensi ialah dengan kuatkuasa undang-undang.

Terangkan.

2. Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh agen apabila prinsipal

membatalkan kuasa agen sebelum tamat tempoh sesuatu tugas yang telah

diberikan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTIVITI 7cAKTIVITI 7c

Page 20: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 20

1. Agensi boleh dibatalkan secara kuatkuasa undang-undang iaitu dengan cara:

Perlaksanaan kontrak agensi, contohnya jika agensi itu diwujudkan untuyk sesuatu

urusan yang tunggal, maka agensi itu tamat apabila urusan itu selesai.

Dengan tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.

Dengan kematian prinsipal atau agen.

Apabila agen atau prinsipal menjadi gila.

Apabila prinsipal menjadi muflis atau diistihar bankrap.

Dengan berlakunya kejadian yang menjadikan agensi itu tidak sah.

2. Tindakan yang boleh diambil oleh agen apabila kuasanya ditamatkan oleh prinsipal

sebelum tamat tempoh yang sepatutnya ialah agen boleh menuntut:

Bagi kehilangan komisyen atau ganjaran agen jika dia telah menjalankan

perkhidmatan untuk prinsipal.

Bagi perbelanjaan dan tanggungan yang dialami dalam menjalankan tugasnya.

Gantirugi yang lain sekiranya pembatalan itu tidak berpatutan atau jika tiada notis

pembatalan yang munasabah yang diberikan kepada agen.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS 7cMAKLUM BALAS 7c

Page 21: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 21

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan

semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

SOALAN 1

Nyatakan 5 hak dan tanggungjawab seorang agen kepada prinsipalnya.

SOALAN 2

Terangkan kuasa zahir seorang agen.

SOALAN 3

Sesuatu agensi boleh ditamatkan dengan beberapa cara. Jelaskan kenyataan di atas.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 22: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 22

ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA DAHULU ? JIKA YA, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA…

JAWAPAN 1

Hak dan tanggungjawab seorang agen kepada prinsipalnya ialah :

a. Mematuhi arahan-arahan prinsipal – Seksyen 164 AK 1950.

b. Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal, mestilah bertindak mengikut kelaziman –

Seksyen 164 AK 1950.

c. Menjalankan kerja dengan berhati-hati dan penuh usaha serta menggunakan

kebolehan tertentu yang dipunyainya – Seksyen 165 AK 1950.

d. Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan – Seksyen 166. Contoh kes

yang berkaitan ialah Parker ( Harry) Ltd. lwn. Mason.

e. Tidak membiarkan kepentingannya berlawanan dengan tugasnya.

JAWAPAN 2

Kuasa zahir ialah kuasa yang tidak diberikan secara nyata oleh prinsipal tetapi undang-

undang menganggap agen sebagai mempunyai kuasa itu, walaupun prinsipal telah tidak

bersetuju terhadap agen itu menjalankan kuasanya. Alasan baginya ialah prinsipal telah

mengetahui dengan kata-kata atau kelakuannya, menjadikan pihak ketiga percaya

bahawa agennya mempunyai kuasa untuk membuat kontrak bagi pihaknya dan sebagai

hasilnya ia disekat daripada menafikan kuasa agen itu.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUMBALASPENILAIAN KENDIRI

Page 23: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 23

Kuasa zahir boleh wujud dalam 2 keadaan :

Apabila prinsipal melalui kata-kata atau perbuatannya membiarkan pihak ketiga

percaya agennya mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu kontrak bagi

pihaknya ( seksyen 190 ).

Bila mana sebelum ini seseorang agen mempunyai kuasa untuk melakukan

sesuatu tetapi kuasa itu ditamatkan oleh prinsipal tanpa pengetahuan pihak

ketiga seperti dalam kes Graphic Lines Ptd Ltd vs Chai Chee Mein & Ors

(1987).

JAWAPAN 3

Agensi boleh ditamatkan samada :

a. Melalui perbuatan pihak-pihak yang merangkumi :

Persetujuan bersama iaitu apabila kedua-dua pihak berhasrat dan

bersetuju supaya agensi ditamatkan.

Pembatalan kuasa oleh prinsipal.

Penolakan agensi oleh agen. Sekiranya agensi itu tempohnya tidak

boleh ditetapkan, maka agen boleh menamatkan agensi itu dengan

memberikan notis penamatan yang munasabah.

b. Secara kuatkuasa undang-undang iaitu dengan cara:

Perlaksanaan kontrak agensi, contohnya jika agensi itu diwujudkan

untuk sesuatu urusan yang tunggal, maka agensi itu tamat apabila urusan

itu selesai.

Dengan tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.

Dengan kematian prinsipal atau agen.

Apabila agen atau prinsipal menjadi gila.

Apabila prinsipal menjadi muflis atau diistihar bankrap.

Dengan berlakunya kejadian yang menjadikan agensi itu tidak sah.

ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA !!!!

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 24: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 24

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 25: unit 7 - agensi

AGENSI P2114 / UNIT 7 / 25

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA