UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA...

4
UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU MEMO UNIT PENGURUSAN ASRAMA Daripada : Ketua Unit Pengurusan Asrama Kepada : Semua Penghuni Asrama Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Sesi Jun 2014 Tarikh : 20 Oktober 2014 Rujukan : PKK/KAMSIS/015 JLD 3 ( 82 ) TARIKH DAN PROSEDUR DAFTAR KELUAR ASRAMA YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGHUNI ASRAMA PKK SESI JUN 2014 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan kepada semua penghuni asrama PKK sesi Jun 2014 bahawa tarikh daftar keluar daripada asrama PKK adalah bermula pada 3 November sehingga 7 November 2014 jam 4.00 petang. Penghuni asrama yang tidak mendaftar keluar asrama selepas daripada tarikh dan masa tersebut akan dianggap sebagai tidak mendaftar keluar asrama dan akan dikenakan denda. 3. Sehubungan dengan itu, semua penghuni asrama PKK sesi Jun 2014 diminta untuk mematuhi prosedur daftar keluar berikut iaitu : 3.1 Sebelum daftar keluar pastikan : i. Semua peralatan di dalam bilik berada di dalam keadaan baik, sempurna dan lengkap seperti katil, almari, kerusi, meja, tilam, kipas, lampu, soket dan lain- lain (laporkan jika rosak) ii. Kunci bilik asrama yang betul berada dalam simpanan dan bertag serta tombol pintu berfungsi dan dalam keadaan baik (laporkan jika rosak) iii. Melengkapkan Borang Daftar Keluar Asrama seperti yang dilampirkan dengan memo ini

Transcript of UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA...

Page 1: UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA …spmp.polikk.edu.my/ukamsisv2/pdfdokumen/checkoutjun2014.pdf · UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL

UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU

MEMO UNIT PENGURUSAN ASRAMA

Daripada : Ketua Unit Pengurusan Asrama

Kepada : Semua Penghuni Asrama Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Sesi Jun 2014

Tarikh : 20 Oktober 2014

Rujukan : PKK/KAMSIS/015 JLD 3 ( 82 )

TARIKH DAN PROSEDUR DAFTAR KELUAR ASRAMA YANG PERLU DIPATUHI OLEH

PENGHUNI ASRAMA PKK SESI JUN 2014

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan kepada semua penghuni asrama PKK sesi Jun 2014 bahawa tarikh

daftar keluar daripada asrama PKK adalah bermula pada 3 November sehingga 7 November

2014 jam 4.00 petang. Penghuni asrama yang tidak mendaftar keluar asrama selepas daripada

tarikh dan masa tersebut akan dianggap sebagai tidak mendaftar keluar asrama dan akan

dikenakan denda.

3. Sehubungan dengan itu, semua penghuni asrama PKK sesi Jun 2014 diminta untuk

mematuhi prosedur daftar keluar berikut iaitu :

3.1 Sebelum daftar keluar pastikan :

i. Semua peralatan di dalam bilik berada di dalam keadaan baik, sempurna dan

lengkap seperti katil, almari, kerusi, meja, tilam, kipas, lampu, soket dan lain-

lain (laporkan jika rosak)

ii. Kunci bilik asrama yang betul berada dalam simpanan dan bertag serta tombol

pintu berfungsi dan dalam keadaan baik (laporkan jika rosak)

iii. Melengkapkan Borang Daftar Keluar Asrama seperti yang dilampirkan dengan

memo ini

Page 2: UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA …spmp.polikk.edu.my/ukamsisv2/pdfdokumen/checkoutjun2014.pdf · UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL

UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU

3.2 Semasa daftar keluar pastikan:

i. Bilik berada di dalam keadaan bersih dan kemas – lantai bilik disapu, tilam

disandarkankan, laci meja dibersihkan dan ditelungkupkan, almari dibersihkan,

suis lampu dan kipas ditutup, sampah dikutip dan dibuang di rumah sampah

ii. Semua barang dan peralatan peribadi telah dikeluarkan daripada bilik termasuk

nota atau dokumen yang ditampal di dinding bilik dan softboard.

iii. Pastikan semua tingkap ditutup dan pintu dikunci

iv. Menghantar sendiri Borang Daftar Keluar Asrama yang telah disahkan dan

ditandatangani oleh warden blok masing-masing bersama kunci bilik yang betul

dengan tag di pejabat Unit Pengurusan Asrama PKK pada waktu pejabat (wakil

atau borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap sebagai

tidak daftar keluar)

v. Menandatangani sendiri Buku Daftar Penghuni Asrama pada ruangan daftar

keluar

vi. Menyerahkan semula Kad Kamsis

vii. Selepas daftar keluar, pelajar tidak dibenarkan sama sekali masuk semula ke

bilik asrama tanpa kebenaran warden asrama.

4. Penghuni asrama yang gagal mematuhi prosedur daftar keluar yang telah ditetapkan

akan dikenakan denda seperti berikut :

4.1 Denda RM10.00 sekiranya tidak mengembalikan kunci bilik yang betul atau tidak

mengembalikan semula Kad Kamsis (paparan keputusan peperiksaan di laman

web PKK / SPMP akan ditangguhkan selagi denda tersebut tidak dijelaskan)

4.2 Denda RM5.00 bagi setiap item yang kotor seperti bilik, perabot, wing, ruang legar

dan tandas, tidak menutup suis lampu dan kipas dan tidak mengeluarkan barang

dan peralatan kepunyaan peribadi (paparan keputusan peperiksaan di laman web

PKK / SPMP akan ditangguhkan selagi denda tersebut tidak dijelaskan)

Page 3: UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA …spmp.polikk.edu.my/ukamsisv2/pdfdokumen/checkoutjun2014.pdf · UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL

UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU

4.3 Denda RM50.00 bagi penghuni asrama yang tidak mendaftar keluar (paparan

keputusan peperiksaan di laman web PKK / SPMP akan ditangguhkan selagi denda

tersebut tidak dijelaskan)

4.4 Membayar ganti rugi bagi kerosakan perabot atau peralatan di dalam bilik mengikut

kadar yang telah ditetapkan (paparan keputusan peperiksaan di laman web PKK /

SPMP akan ditangguhkan selagi bayaran ganti rugi tersebut tidak dijelaskan)

4.5 Membayar ganti rugi bagi perabot atau peralatan yang didapati hilang (paparan

keputusan peperiksaan di laman web PKK / SPMP akan ditangguhkan selagi

bayaran ganti rugi tersebut tidak dijelaskan)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Saya Yang Menurut Perintah”

(AZMIY BIN LAKATU) Ketua Unit Unit Pengurusan Asrama Politeknik Kota Kinabalu

s.k 1. Pengarah 4. Ketua Warden

2. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik 5. Warden

3. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar 6. Fail

Page 4: UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA …spmp.polikk.edu.my/ukamsisv2/pdfdokumen/checkoutjun2014.pdf · UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL

UNIT PENGURUSAN ASRAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL 88450 KOTA KINABALU

BORANG DAFTAR KELUAR ASRAMA

Sesi :

Nama Pelajar :

No. K/P : No. Pendaftaran :

Nama Blok / Aras / No. Bilik : No. Telefon :

Sebab daftar keluar (*sila potong yang tidak berkenaan) : * KEMAHUAN SENDIRI / CUTI SEMESTER

Alamat Tempat Tinggal :

No. Telefon Ibubapa / Penjaga : No. Telefon Rumah :

Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya akan mendaftar keluar daripada asrama PKK berdasarkan

sebab di atas dan saya telah memaklumkan serta mendapat kebenaran daripada ibubapa / penjaga

saya berkenaan perkara ini. Saya juga telah memastikan bahawa keadaan bilik saya adalah bersih dan

kemas serta perabot dan peralatan asrama di bilik saya adalah lengkap, teratur dan dalam keadaan

baik. Saya dengan ini bersedia untuk menerima apa-apa tindakan / denda daripada pihak pengurusan

asrama sekiranya saya gagal mematuhi prosedur daftar keluar yang sedang berkuatkuasa.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

PENGESAHAN WARDEN

Tandatangan Warden :

Nama Warden :

Tarikh :