UNIT4

36
TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 1 TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA UNIT 4-1 4 Uni t TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: menyatakan konsep dan tanggungjawab berumahtangga menjelaskan matlamat poligami menyatakan hukum-hukum poligami menerangkan tanggungjawab suami isteri dan anak-anak UNIT 4 UNIT 4 OBJEKTIF AM Mempelajari dan memahami tanggung jawab berumahtangga yang merangkumi tanggungjawab suami isteri, hadhanah dan nafaqah, pendidikan keibubapaan dan poligami

description

bi

Transcript of UNIT4

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 1

UNIT 4-1

4Unit

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

menyatakan konsep dan tanggungjawab berumahtangga menjelaskan matlamat poligamimenyatakan hukum-hukum poligamimenerangkan tanggungjawab suami isteri dan anak-anak

UNIT 4

OBJEKTIF AM

Mempelajari dan memahami tanggung jawab berumahtangga yang

merangkumi tanggungjawab suami isteri, hadhanah dan nafaqah,

pendidikan keibubapaan dan poligami

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 2

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA

PENGENALAN

Semua orang inginkan kebahagiaan dalam hidupnya. Salah satu cara untuk mencapai kebahagiaan adalah melalui perkahwinan. Tujuan berumahtangga ialah untuk mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup. Rasa bahagia ini wujud kerana adanya perasaan cinta dan kasih sayang yang menjadi asas pembentukan keluarga bahagia.

Bagaimanakah caranya untuk membentuk sebuah institusi keluarga yang bahagia ini?

Jawapannya ialah ahli-ahlinya perlulah mengetahui dan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Tanpa rasa tanggungjawab ini, maka kebahagiaan dalam sesebuah keluarga tidak akan tercapai. Tanpa rasa bahagia, kita akan sentiasa berasa resah dan gelisah kerana ia adalah perasaan semulajadi manusia untuk menikmati kebahagiaan. Pelajaran kali ini akan menyentuh tentang peranan suami isteri dalam membentuk keluarga bahagia. 

4.1 TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

UNIT 4-2

INPUT

UNIT4

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 3

Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga ia patut sudah bersedia untuk menanggung tanggung jawab samaada sebagai suami, bapa atau sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.Keluarga yang harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik . Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab. Disini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam berumahtangga.

4.1.1 Tanggungjawab Suami

Seseorang lelaki yang berhasrat untuk berkahwin terlebih dahulu disarankan supaya mempelajari tanggungjawab sebagai seorang suami, supaya kehidupan berumahtangga mendapat kebahagian di dunia dan akhirat, berikut dikemukakan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut:

1. Adil2. Pemimpin3. Nafkah4. Pendidikan5. Pelindung6. Melayan & menggauli isteri dengan baik

a. Adil

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

b. Pemimpin

Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah keluarga yang dibinanya.

Firman AllahLelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan

sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

UNIT 4-3

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 4

c. Nafkah

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.Firman Allah"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." (Al-Baqarah:233) Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia

boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan

kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan

sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa

mementingkan diri sendiri.

d. Pendidikan

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

e. Pelindung

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri.

Firman Allah :

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)

f. Melayan Dan Menggauli Isteri Dengan Baik

UNIT 4-4

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 5

Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran.

Firman Allah Dan bergaullah dengan mereka (perempuan-perempuan) dengan baik, dan sekiranya

kamu membenci mereka mungkin apa yang kurang kamu sukai itu Allah menjadikannya kebaikan yang banyak.

( An-Nisa’:19)

4.1.2 Tanggungjawab Isteri

UNIT 4-5

Pada engkau ia sporting, pada Tuhan kau ni dayus! Tak jaga anak bini dari seksa neraka

Aku tak kisah bini aku hendak pakai baju apa pun, nak keluar dengan kawan laki mana pun. Baru sporting namanya.

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 6

Berikkut adalah tanggungjawab yang perlu diketahui oleh bakal-bakal isteri semoga mereka dapat mengamalkannya setelah berumahtangga nanti:

1. Taat2. Melayan suami3. Mengurus rumahtangga4. Menjaga maruah diri, suami dan keluarga5. Menyenangkan hati suami6. Pendorong dan memberi motivasi

a) Taat

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

( Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

b) Melayan Suami

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja.

UNIT 4-6

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 7

Sabda Rasulullah SAW:Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.

(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

c) Mengurus Rumahtangga

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

d) Menjaga Maruah Diri, Suami Dan Keluarga

Isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri

orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

e) Menyenangkan Hati Suami

UNIT 4-7

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 8

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

f) Pendorong Dan Memberi Motivasi

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup".

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai.

4.1.3 Tanggungjawab Bersama

Apabila telah berkahwin, tanggungjawab yang harus dipikul oleh suami isteri menjadi lebih besar dan berat. Kedua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan perkahwinan yang dibina bahagia hingga ke akhirnya.Antara tanggung jawab bersama adalah seperti berikut.

a. Amanahtanggungjawab suami isteri memegang amanah untuk memelihara maruah dan nama baik

pasangan serta keluarga masing-masing.

Rasulullah juga bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya amanah yang paling besar di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah

menyebarkan rahsia isteri. Misalnya seorang lelaki bersatu dengan isterinya, kemudian ia membicarakan kepada orang lain tentang rahsia isterinya."

(Riwayat Muslim)

b. Mendidik anak-anak

UNIT 4-8

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 9

Tugas yang paling utama dalam kehidupan berumahtangga ialah mendidik anak-anak, kerana anak-anak merupakan amanah Allah kepada seseorang. Mendidik anak dengan sempurna dalam Islam bukan setakat memberi makan minum, tetapi lebih daripada itu, iaitu memberi pelajaran kepada mereka terutamanya pelajaran fardhu ain di samping ilmu fardhu kifayah dengan harapan mendapat keredaan Allah (mardhatil-Lah).

c. Kasih sayang

Kasih sayang merupakan fitrah dalam kehidupan manusia, ianya datang dengan sendiri dan bukannya buat-buat atau lakunan. Untuk membetulkan kasih sayang yang dicurahkan itu menepati dengan kehendak yang seebenar maka Islam telah mengajar umatnya melalui al-Quran dengan istilah mawaddah dan rahmah, setiap pasangan dalam Islam mestilah mematuhi ajaran ini.

d. Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain

Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain adalah penting untuk mencapai rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumahtangga

e. Berterus terang dan bersikap terbuka

Berterus terang dengan pasangan perlu dalam kehidupan berumahtangga. Ia lebih baik jika disertai sikap terbuka pasangan. Suami atau isteri yang mengamalkan sikap suka menyembunyikan sesuatu dengan pasangannya secara langsung boleh merenggangkan hubungan. Ini kerana sikap saling mencurigai akan wujud secara tidak disedari.

f. Hargai pasangan

Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan. Misalnya suami perlu memberi pujian atas apa yang disediakan oleh isteri. Begitu juga dengan pihak isteri, biarpun suami tidak melakukan tugas memasak, membasuh dan sebagainya, pujian yang diberikan kerana membantu di dapur pada hujung minggu sekurang-kurangnya membuatkan rasa mereka dihargai.

g. Perhatian yang adil kepada pasangan

Kadangkala suami atau isteri memerlukan perhatian lebih daripada pasangannya. Walau sesibuk mana pun pasangan dengan kerjaya atau tanggungjawab.

h. Menghormati antara satu sama lain

Walaupun hak dan kuasa adalah lebih kepada suami, suami juga perlu menerima

UNIT 4-9

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 10

pandangan yang diberikan oleh isteri. Sikap saling menerima pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri terhadap pasangannya.

i. Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan anda

Sekiranya diperkenalkan dengan rakan pasangan, seharusnya pasangan tahu menyesuaikan diri dengan mereka.

j. Saling mempercayai antara satu sama lain

Sikap saling mempercayai amat penting dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa sikap tersebut rasa ragu-ragu dan curiga antara satu sama lain akan timbul. Ini menyebabkan hubungan suami atau isteri menjadi dingin.

Ringkasan perbincangan di atas

4.2 HADHANAH DAN NAFAQAH

UNIT 4-10

TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

Tanggungjawab suami

1. Adil2. Pemimpin3. Nafkah4. Pendidikan5. Pelindung6. Melayan &

menggauli isteri dengan baik

Tanggungjawab bersama

1. Amanah2. Mendidik anak-anak3. Kasih sayang4. Persefahaman dan

tolak ansur antara satu sama lain

5. Berterus terang dan bersikap terbuka

6. Hargai pasangan7. Perhatian yang adil

kepada pasangan8. Menghormati antara satu

sama lain9. Menyesuaikan diri

dengan rakan pasangan anda

10. Saling mempercayai antara satu sama lain

Tanggungjawab Isteri

1. Taat2. Melayan suami3. Mengurus

rumahtangga4. Menjaga maruah diri,

suami dan keluarga5. Menyenangkan hati

suami6. Pendorong dan

memberi motivasi

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 11

Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana kanak-kanak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya.

4.2.1 Hadhanah (Hak Penjagaan Anak)

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari mengenai hak-hak penjagaan anak-anak apabila berlaku perceraian dalam keluarga, syarat-syarat kelayakan serta hilang kelayakan penjagaan dan lain-lain akan diterangkan di dalam tajuk ini.

4.2.1.1 Definisi

Dari sudut bahasa hadhanah bermakna “penjagaan/pemeliharaan dengan baik”

Mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah hadhanah bermaksud mendidik dan memelihara anak (anak lelaki atau perempuan) yang belum mumaiyiz iaitu yang belum boleh berdikari (belum pandai makan sendiri, memakai pakaian sendiri dan sebagainya) menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.

4.2.1.2 Dalil

Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, “Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.

(Riwayat Abu Daud)

Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar. Namun, ianya tertakluk kepada beberapa perkara.

UNIT 4-11

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 12

4.2.1.3 Kelayakan Penjagaan

Kelayakan yang perlu bagi seorang ibu untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anaknya ialah:

1) seorang Islam2) merdeka3) sempurna akal4) iffah5) amanah(adil)6) menetap(bermukim)7) tidak bersuami dengan lelaki lain

Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu Ini bermakna anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya.

Sekiranya ibu hilang kelayakan terhadap penjagaan anak-anaknya, undang-undang memperuntukkan bahawa hak tersebut akan berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu:

1) nenek sebelah ibu hingga ke atas2) bapa3) nenek sebelah bapa hingga ke atas4) kakak atau adik perempuan seibu sebapa5) kakak atau adik perempuan seibu6) kakak atau adik perempuan sebapa7) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa8) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu9) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa10) emak saudara sebelah ibu11) emak saudara sebelah bapa12) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai residuari (penjaga)

UNIT 4-12

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 13

4.2.2 Nafkah Nafkah terbahagi kepada lima jenis iaitu nafkah diri, nafkah anak, nafkah ibu bapa

nafkah isteri dan nafkah lain-lain lagi. Dalam bab ini anda hanya akan didedahkan dengan nafkah anak sahaja selebihnya anda perlu rujuk kepada pensyarah anda . Soal nafkah anak ia masih menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan kepada si bapa berkenaan walaupun si ibu telah berkahwin lain.

Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga bererti menjadi kewajiban orang tua memelihara dan memberi bekal ilmu kepada anak sehingga anak itu boleh berdikari.

4.2.2.1 Definisi

Dari sudut bahasa bererti mengelurkan dan membelanjakan.

Mengikut kehendak ahli-ahli ilmu fekah mengelurkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang untuk membiayainya.

4.2.2.2 Dalil

Firman Allah swt: “Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka”. (Surah At-Talak : 6)

Dari sebuah hadith yang diterangkan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda: “Hindun pernah bertanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya”. Kemudian Rasulullah saw menjawab: “Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruf”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

UNIT 4-13

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 14

4.3 PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN (PARENTING)

4.3.1 Tanggungjawab Ibubapa

Ikatan perkahwinan dan kehidupan berumatangga bukan sekadar untuk berseronok semata-mata tetapi merupakan suatu komitmen sepanjang hayat yang penuh dengan pelbagai peranan, tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan yang telah sama-sama melafazkan kesetiaan dan perjanjian mereka untuk bersama-sama sehidup semati untuk mencapai keluarga bahagia ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan membimbing keluarga.

Saranan dibawah ini mudah mudahan menjadi panduan kepada anda untuk menjalani kehidupan berumah tangga kelak.

4.3.2 Peranan Ibubapa

Mengenal pasti peranan ibu bapa dapat membantu ibu bapa melakukan persediaan awal yang bersesuaian menurut keupayaan dan kemampuan diri sendiri.

a. Sebagai pendidik -Memberi bimbingan dan tunjuk ajar mengenai kehidupan dunia dan akhirat serta memiliki peribadi yang baik; baik hati, bersimpati, sabar, pemaaf, bertolak ansur dan berpengetahuan.

b. Sebagai Pemudahcara – membantu anak memperkembangkan bakat dan kebolehan anak-anak, penggalak atau pendorong yang baik dan mampu mengesan serta menyatakan kepada anak kekuatan dan kelemahan mereka.

c. Sebagai Perancang – merancang masa depan setiap anak supaya berdaya saing dengan memahami proses perkembangan dan keperluan kanak-kanak, mengenalpasti jenis tugas yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang terlibat.

d. Sebagai Pengelola – mampu mengarah dan mengawal anak-anak dengan cara yang paling berkesan tanpa mewujudkan sebarang tekanan atau perasaan tidak puas hati di kalangan mereka.

e. Sebagai Penilai – membuat taksiran secara tepat, berkesan dan memuaskan berhubung dengan cara gaya keibubapaan.

UNIT 4-14

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 15

A. Tanggungjawab Menyediakan Keperluan Anak-Anak Selain melaksanakan pelbagai peranan, setiap pasangan ibu bapa juga mempunyai pelbagai tanggungjawab terhadap anak-anak yang perlu di pikul secara bersama-sama. Di antaranya termasuklah:

i. Tempat tinggal yang selesa dan bersih, yang mempunyai cukup ruang pengudaraan serta memiliki bekalan air yang bersih untuk minum dan bersuci.

ii. Makanan dan minuman yang cukup bersih dan berkhasiatiii. Pakaian yang sesuai, selesa dan bersihiv. Pendidikan akhlak dan agama yang sempurnav. Persekitaran yang dapat menggalakkan pembelajaran secara formal dan tidak

formalvi. Ruang dan peluang untuk bermain dan bergaul dengan rakan sebaya

vii. Ruang dan peluang yang banyak untuk anak memperoleh pendidikan melalui pemilikan alat permainan dan bahan yang boleh merangsangkan pembelajaran.

B. Tanggungjawab Memberi Kasih Sayang Belaian kasih sayang dari kedua ibu bapa amat penting dalam perkembangan emosi dan sahsiah anak-anak. Dengan wujudnya belaian kasih sayang dalam rumahtangga, anak-anak dapat merasakan bahawa kehadiran mereka dihargai.

i. Memberi keutamaan kepada keluargaii. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak

iii. Mengamalkan pergaulan yang baik dengan anak-anak di dalam dan di luar rumahiv. Menunjukkan perlakuan bahawa ibu dan bapa mengasihi dan menyayangi anak-

anakv. Meluahkan atau menyatakan dengan perkataan kepada anak-anak bahawa ibu dan

bapa menyayangi anak-anakvi. Mengamalkan perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga, saudara mara, jiran

tetangga, guru-guru dan rakan- rakan.

UNIT 4-15

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 16

C. Tanggungjawab Jaminan Keselamatan Setiap anak-anak adalah terdedah dengan segala bentuk ancaman dan bahaya baik ketika mereka berada di dalam rumah , di luar rumah, di sekolah dan di tempat-tempat permainan. Keupayaan dan kemampuan ibu bapa menyedarkan setiap anak-anak mengenai perlunya menjaga dan mengutamakan keselamatan diri akan dapat membantu ibu bapa memberi jaminan keselamatan kepada anak-anak.

UNIT 4-16

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 17

i. Menyediakan tempat yang selamat untuk anak-anak dan ahli keluarga diami ii. Melindungi anak-anak dari segala bentuk ancaman dan bahaya baik krtika anak-

anak berada di dalam rumah, di luar rumah, di sekolah dan di tempat permainan.iii. Mewujudkan peraturan-peraturan yang mudah dan jelas untuk mengelak

kemalangan dan kecelakaan. Pastikan bahawa peraturan tersebut diamalkan dan dipatuhi oleh setiap ahli keluarga.

iv. Menjelaskan dan menunjuk ajar kepada setiap anak-anak mengenai langkah-langkah menghindari kemalangan dan kecelakaan serta cara-cara menanganinya. Lakukan dan lakonkanlah cara gayanya bersama-sama anak jika perlu.

v. Mengalakkan anak-anak untuk sentiasa berwaspada atau berhati-hati terhadap oarang yang tidak di kenali atau yang mencurigakan terutamanya ketika tidak bersama-sama ibu bapa atau orang yang lebih dewasa.

D. Pendidkan sosiali. Ajar dan jelaskan kepada setiap anak tentang penderaan seksual supaya mereka

ii. Boleh mengecam tingkahlaku yang boleh menjurus kepada penderaan seksual. Ajar

juga kepada mereka bagaimana mengatakan “Tidak”, meminta bantuan dan mengawal diri dari di sentuh orang lain. Beri sokongan terhadap hak anak untuk mengatakan “tidak” terhadap sesuatu tindakan.

iii. Galakkan anak berkomunikasi dengan memberikan perhatian yang serius terhadap percakapan mereka. Beri perhatian terhadap tanda-tanda yang mungkin membawa kepada penderaan seksual dan hapuskan kerahsiaan di antara anda dengan anak-anak anda.

iv. Ingatkan setiap anak-anak bahawa orang yang “ baik” boleh berniat jahat terhadap mereka sendiri dan galakkan anak-anak untuk memberitahu anda mengenai orang yang mereka tidak selesa dampingi.

v. Gangguan seksual yang paling lazim dalam sesebuah keluarga ialah di antara anak-anak kecil dengan anak-anak kecil dan anak-anak remaja berlainan jantina. Kerap kali ibu bapa lalai mengenainya. Elakkan anak-anak mandi dan tidur bersama-sama tanpa pengawasan kerana ianya memungkinkan terjadinya hubungan seksual di antara mereka.

vi. Tunjukkan tingkahlaku melindungi diri yang boleh menyakinkan anak-anak dan sedari serta fahami batasan tingkahlaku anda sendiri.

vii. Membiarkan anak-anak menonton video tanpa pengawasan ibubapa atau orang yang lebih dewasa boleh memungkinkan mereka menyalahgunakan kemudahan tersebut bagi menonton bahan-bahan lucah. Pendedahan terhadap bahan-bahan seperti ini akan menjurus kepada pelbagai bentuk gejala sosial. Awasilah bahan yang ditonton oleh anak-anak dan tontonlah bersama-sama mereka.

viii. Batasan masa dan kewangan keluarga kadangkala menjurus kepada tindakan meninggalkan anak-anak bersendirian di rumah tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa. Jika keadaan sebegini tidak dapt dielakkan, ibubapa bolehlah memastikan keselamatan anak-anak di rumah melalui telefon.

UNIT 4-17

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 18

E. Tanggungjawab Megimbangi Harapan Anak Seperti orang dewasa, setiap anak-anak memiliki hati dan perasaan yang mana ianya mudah tersinggung akibat daripada tindakan orang di sekeliling mereka, terutamanya dari ibu dan bapa mereka. Dalam usaha untuk memenuhi cita-cita, kamahuan dan harapan diri mereka sendiri, mereka perlu juga memenuhi cita-cita, kemahuan dan harapan kedua-dua orang tua mereka. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mengimbangi harapan tersebut dengan cara:-

i. Menyatakan dengan jelas kepada anak-anak akan harapan ibu bapa terhadap anak-anak

ii. Meletakkan harapan atau ekspektasi yang bersesuaian dengan keupayaan dan kemampuan anak

iii. Memberi pujian terhadap setiap kejayaan anakiv. Memberi galakan terhadap usaha-usaha anak untuk berjayav. Mengurangkan tekanan ke atas anak-anak, terutamanya untuk berjaya di dalam

pembelajaran mereka.vi. Tidak membandingkan kebolehan anak dengan adik beradiknya, saudara maranya

atau anak jiran tetangga kerana setiap individu adalah berbeza dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan sosialnya.

vii. Tidak menjadikan anak-anak sebagai bahan saingan ibubapa

Kesimpulannya ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang begitu besar terhadap anak-anak. Begitu juga kasih sayang ibu bapa tidak boleh di tukar ganti dengan orang atau benda lain. Anak-anak di lahirkan dari ikatan perkahwinan yang penuh dengan komitmen dan tanggungjawab.

UNIT 4-18

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 19

Ringkasan perbincangan di atas

Gambarajah 4.3 : Ringkasan Tanggungjawab Ibubapa

UNIT 4-19

Tanggungjawab Ibubapa

1. Peranan IbubapaSebagai pendidik

Sebagai Pemudahcara

Sebagai PerancangSebagai Pengelola

Sebagai Penilai

2. Tanggungjawab Menyediakan

Keperluan Anak-Anak

3. Tanggungjawab Memberi Kasih

Sayang

4. Tanggungjawab Jaminan

Keselamatan

5. Pendidkan sosial

6. Tanggungjawab Megimbangi

Harapan Anak

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 20

4.4 Poligami

4.4.2 Dalil

Allah Taàla telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:

"Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih”.

4.4.3 Hikmah Keharusan PoligamiPoligami yang baik berdasarkan syariat Islam merupakan suatu ibadat yang mempunyai

banyak kelebihannya antara hikmah berpoligami adalah seperti berikut:

Bil. Hikmah Keharusan Poligami1 Poligami dapat menyambungkan keturunan jika dalam keadaan seorang isteri tidak

berupaya melahirkan zuriat disebabkan oleh suatu penyakit , mandul dan sebagainya Poligami merupakan alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah ini .

2 Melalui poligami , anak-anak yatim yang kematian bapa akan mendapat pembelaan dan kasih sayang .

3 Poligami juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah sosial di kalangan wanita yamg tidak berkahwin . Misalnya , janda dan gadis yang belum berkahwin boleh mendapatkan perlindungan .

4 Ia boleh mengelakkan daripada berlakunya maksiat denga mengikut saluran–saluran yang telah dihalalkan oleh Islam .

5 Bagi pasangan yang menghadapi masalah dalam rumahtangga , poligami merupakan suatu cara untuk mengembalikan semula kerukunan rumahtangga mereka .

UNIT 4-20

Bukan mudah hendak

berpoligami

Pengenalan

Berbilang isteri atau juga disebut poligami adalah satu perkara yang diakui oleh syariat islam dan ia merupakan suatu keharusan kepada lelaki dengan suatu syarat yang sangat ketat

Poligami adalah seorang lelaki mengahwini lebih daripada seorang perempuan dalam satu masa melalui akad nikah yang sah

4.4.1 Definisi

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 21

Contohnya , bagi isteri yang tidak mampu melayan nafsu suami atau pun gagal melahirkan zuriat . Ramai pasangan yang mengalami krisis rumahtangga mengambil keputusan untuk bercerai sedangkan jalan penyelesaiannya masih ada , iaitu melalui poligami .

6 Keharusan berpoligami adalah suatu kurniaan Allah yang sesuai dengan fitrah semulajadi manusia yang sukakan kepada pergaulan dan zuriat yang halal .

4.4.4 Syarat-Syarat Berpoligami

Syarat-syarat yang dikehendaki supaya disempurnakan oleh yang berhajat kahwin lebih daripada satu hendaklah ia cukup syarat-syaratnya iaitu:

1. Berlaku adil2. Taat pada perintah Allah serta dapar mengamalkan dan menghayati konsep

berpoligami yang sebenar.3. Sihat tubuh badan.4. Mempunyai sumber kewangan yang cukup dan teguh.

Berlaku adil itu ialah merangkumi beberapa perkara berikut:

1. nafkah . 2. pakaian . 3. tempat tinggal . 4. giliran . 5. kasih sayang

Syarat-syarat adil

Keterangan

1)Adil dalam memberi nafkah

Keadilan dalam memberi nafkah itu , mengambil kira soal makan , minum , dan sebagainya dalam keperluan hidup yang sesuai dan patut dengan keadaan dan persekitarannya.Nafkah hendaklah diberi sama rata kepada isteri-isterinya , jika berlaku tidak sama rata maka suami telah melanggar ketentuan dan kewajipan Allah

2)Adil dalam memberi pakaian

Adil dalam pemberian pakaian , isteri hendaklah diberikan pakaian dengan sama rata dari segi banyak , mutu kain , dan harganya .

3) Adil dalam tempat tinggal

Dengan menempatkan mereka dalam rumah yamg sama taraf dan nilainya . Ini termasuklah juga alat-alat keperluan rumah . Haram mletakkan isteri-isteri di dalam sebuah rumah kecuali dengan keredhaan mereka masing-masing .

UNIT 4-21

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 22

4)adil dalam pembahagian giliran

Berhubung dengan pembahagian giliran pula , suami hendaklah mengatur giliran dengan betul dan sama banyak . Apabila suami berada pada giliran isteri yang pertama , haram ia pergi ke rumah isterinya yang lain kecuali dengan izin isteri yang dalam gilirannya . Begitu juga ia tidak boleh pergi kecuali ia membayar ganti (qadha’) kepada isteri yang ditinggalkan gilirannya itu . Dibolehkan pergi di siang hari sekadar menghantar keperluan hariannya dan sekiranya berlaku kecemasan seperti sakit kuat , kemalangan , kebakaran dan sebagainya tetapi tidak boleh (haram) sekiranya melakukan persetubuhan jimak .

Giliran itu sebaik-baiknya satu malam dan tidak lebih daripada tiga malam sebab lebih daripada tiga malam adalah terlalu lama bagi seorang perempuan menunggu . Berlaku adil sangat dititikberatkan oleh Islam dan menjadi suatu kecacatan dan berdosa dalam berpoligami sekiranya berlaku adil ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan mengikut ketentuan syarak .

4.4.5 Masalah Dalam Poligami.

Persoalan yang biasa timbul

Keterangan

Apakah alasan-alasan yang biasanya dikemukakan oleh seorang suami untuk berpoligami?  

Kebanyakan alasan yang dikemukakan untuk berpoligami ialah:a) beliau ialah seorang lelaki yang mampu.   b) beliau bersedia untuk berlaku adil.   c) isteri yang sedia ada sakit dan selalu uzur dan

menyebabkannyatidak dapat melayan keperluan seks suaminya. 

d) isteri yang ada tidak dapat melahirkan anak.  e) beliau telah berkenalan dan berkawan dengan bakal isteri

yang dicadangkan untuk berkahwin agak lama dan perhubungan mereka sudah menjadi terlalu mesra dan sukar untuk dipisahkan.

f) setengah alasan yang diberikan ialah untuk mengelak daripada berlaku penzinaan dan sebagainya.

UNIT 4-22

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 23

Apakah masalah-masalah yang sering terjadi di dalam kehidupan berpoligami?

Antara keluhan dan pandangan yang dikemukakan oleh isteri-isteri pasangan poligami dan daripada kes-kes di mahkamah-mahkamah syariah seluruh Malaysia, antaranya ialah:  

a. Suami tidak berlaku adil dalam giliran bermalam dan kasih saying.  

b. Suami telah lupa tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak daripada isteri yang sedia ada.

c. Suami telah tidak pulang langsung ke rumah isteri yang sedia ada. Malahan kalau pulang pun tidak memberi pengertian apa-apa.  

d. Ada juga isteri yang menganggapkan dirinya telah digantung tidak bertali, iaitu cerai pun tidak tetapi hidup di dalam keadaan penuh penderitaan dan penyeksaan.  

e. Akibat perbuatan suami yang tidak bertanggungjawab seperti di atas telah memberi kesan yang tidak baik secara langsung dan tidak langsung kepada anak-anak dan mengakibatkan anak-anak berhenti sekolah, berkawan dengan pemuda atau pemudi liar yang sudah rosak akhlak serta ada yang terlibat dengan dadah, gejala maksiat dan lain-lainnya.

UNIT 4-23

Sunnah Nabi?Hai brader Sunnah yang lebih Nabi titik beratkan macam solat lima waktu di masjid, kau dah amalkan?

Aku hendak kahwin lagi satulah,mengikut sunnah Nabi katakan...

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 24

UNIT 4-24

Tidak semua orang lelaki yang telah berkahwin boleh berpoligami dan mengambil jalan mudah untuk berpoligami. Keharusan berpoligami untuk lelaki boleh dilaksanakan apabila keadaan-keadaan berikut dimiliki atau dapat dipenuhi oleh lelaki berkenaan, antaranya:  

a. Sihat jasmani dan rohaninya serta mempunyai sifat bertanggungjawab;  

b.  Mempunyai kemampuan material yang mencukupi untuk menanggung isteri-isteri, anak-anak dan orang yang diletakkan di bawah tanggungannya;  

c.   Beliau bersedia dan boleh untuk memberi dan menunjukkan sifat kasih saying terhadap isteri-isteri, anak-anak dan orang yang di bawah tanggungannya dengan cara saksama dan adil;  

d. Beliau bersedia dan mampu untuk menjadi ketua dan pelindung kepada isteri dan anak-anak serta orang yang di bawah tanggungannya berhubung dengan pelajaran, kesihatan, keselamatan dan kebajikan social;  

e.  Beliau bersedia dan boleh berlaku adil terhadap isteri yang sedia ada, anak dan orang yang menjadi tanggungannya;  

f.    Isteri yang sedia ada tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai isteri kerana sakit atau selalu keuzuran. 

g.   Isteri yang sedia ada tidak dapat melahirkan anak atau zuriat kerana kemandulan.  

Bilakah seseorang suami boleh berpoligami?

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 25

1. Senaraikan persamaan dan perbezaan tanggung jawab suami isteri dalam kehidupan berumahtangga

2. Sebutkan kelayakan-kelayakan yang perlu bagi mendapat hak penjagaan oleh seseorang ibu.

UNIT 4-25

AKTIVITI4A

Aktiviti 4A ini adalahberkaitan dengan tajukyang anda telah pelajari iaitu:

4.1 Tanggungjawab suami4.2 Hadhanah dan nafaqah

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 26

1. Persamaan dan perbezaan tanggung jawab suami isteri dalam kehidupan berumahtangga.

Persamaan Perbezaan

1. Amanah2. Mendidik anak-anak3. Kasih sayang4. Persefahaman dan tolak ansur antara

satu sama lain5. Berterus terang dan bersikap terbuka6. Hargai pasangan7. Perhatian yang adil kepada pasangan8. Menghormati antara satu sama lain9. Menyesuaikan diri dengan rakan

pasangan anda

10. Saling mempercayai antara satu sama lain

Tanggungjawab suami

7. Adil8. Pemimpin9. Nafkah10.Pendidikan11.Pelindung Melayan & menggauli isteri dengan baik

Tanggungjawab isteri

7. Taat8. Melayan suami9. Mengurus rumahtangga10.Menjaga maruah diri, suami dan

keluarga11.Menyenangkan hati suami Pendorong dan memberi motivasi

2. Kelayakan yang perlu bagi seorang ibu untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anaknya ialah:

UNIT 4-26

MAKLUMBALAS

4A

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 27

UNIT 4-27

AKTIVITI4B

Kelayakan yang perlu

bagi seorang

ibu

merdeka sempurna akal

amanahberagama

Bermukim

tidak bersuami dan bermukim

Iffah

seorang Islam

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 28

1. Andaikan anda telah dikurniakan anak, cuba terangkan secara ringkas bagaimana anda membesarkan anak anda tersebut menurut kehendak Islam.

2. Banyak tuduhan-tuduhan sumbang yang dilemparkan terhadap Islam mengenai isu-isu Poligami, anda dipertanggungjawabkan untuk menolak tuduhan-tuduhan liar ini dengan menyatakan hikmah-hikmah keharusan poligami dalam Islam.

UNIT 4-28

Aktiviti 4B ini adalahberkaitan dengan tajukyang anda telah pelajari iaitu:

4.3 Pendidikan keibubapaan (parenting)

4.4 Poligami

MAKLUMBALAS

4B

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 29

.

Ringkasan Membesarkan anak menurut kehendak Islam

2. Hikmah keharusan poligami

UNIT 4-29

Membesarkan anak menurut kehendak Islam

Peranan IbubapaSebagai pendidik

Sebagai PemudahcaraSebagai PerancangSebagai Pengelola

Sebagai Penilai

Jaminan KeselamatanAnak-anak

Memberi Kasih Sayang

Menyediakan Keperluan Anak-Anak

Memberi Pendidkan sosial

Tempat tinggal yang selesa dan bersih

Makanan dan minuman yang cukup bersih dan berkhasiat

Pakaian yang sesuai, selesa dan bersih

Pendidikan akhlak dan agama yang sempurna

Persekitaran yang dapat menggalakkan pembelajaran secara formal dan tidak formal

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 30

Poligami yang baik berdasarkan syariat Islam merupakan suatu ibadat yang mempunyai banyak kelebihannya antara hikmah berpoligami adalah seperti berikut:

Bil. Hikmah keharusan poligami1 Poligami dapat menyambungkan keturunan jika dalam keadaan seorang

isteri tidak berupaya melahirkan zuriat disebabkan oleh suatu penyakit , mandul dan sebagainya . Poligami merupakan alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah ini .

2 Melalui poligami , anak-anak yatim yang kematian bapa akan mendapat pembelaan dan kasih sayang .

3 Poligami juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah sosial di kalangan wanita yamg tidak berkahwin . Misalnya , janda dan gadis yang belum berkahwin boleh mendapatkan perlindungan .

4 Ia boleh mengelakkan daripada berlakunya maksiat denga mengikut saluran–saluran yang telah dihalalkan oleh Islam .

5 Bagi pasangan yang menghadapi masalah dalam rumahtangga , poligami merupakan suatu cara untuk mengembalikan semula kerukunan rumahtangga mereka . Contohnya , bagi isteri yang tidak mampu melayan nafsu suami atau pun gagal melahirkan zuriat . Ramai pasangan yang mengalami krisis rumahtangga mengambil keputusan untuk bercerai sedangkan jalan penyelesaiannya masih ada , iaitu melalui poligami .

6 Keharusan berpoligami adalah suatu kurniaan Allah yang sesuai dengan fitrah semulajadi manusia yang sukakan kepada pergaulan dan zuriat yang halal .

ii. Syarat seseorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya

Berdasarkan dalil-dalil di atas ternyata seseorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:

UNIT 4-30

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 31

Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehinga ia ada pekerjaan.

Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.

Bapa itu mampu memberi nafkah.

Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka bapa tidak wajib lagi memberi nafkah untuk anak itu. Begitu  juga jika anak itu mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepada anaknya. Pendapat itu adalah sepakat Fuqaha.

PENILAIAN KENDIRI

UNIT 4-31UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 32

1. Bagaimanakah pembahagian bilangan hari yang adil di antara isteri pertama yang mempunyai 5 orang anak dan isteri kedua yang baru 3 bulan berkahwin? Adakah bilangan hari mesti diberatkan kepada isteri yang mempunyai anak atau hak di antara kedua-dua isteri itu perlu sama?

2. Diantara kesempurnaan ajaran Islam ialah mensyariatkan hukum berumahtangga dan kekeluargaan, anda dikehendaki membincangkan mengenai perkara-perkara berikut:

i. Tugas-tugas seorang suamiii. Peranan sebagai seorang bapaiii. Syarat untuk berpoligami.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

UNIT 4-32

TANGGUNGJAWAB BERUMAHTANGGA A 2001 / UNIT 4 / 33

1. wajib menyamakan giliran walaupun terdapat perbezaan jumlah anak bagi isteri-isterinnya.

2.i. Tugas-tugas seorang suami

Adil Pemimpin Nafkah Pendidikan Pelindung Melayan & menggauli isteri dengan baik

ii. Peranan sebagai seorang bapa Sebagai pendidik Sebagai Pemudahcara Sebagai Perancang Sebagai Pengelola Sebagai Penilai

iii. Syarat untuk berpoligami.

syarat-syarat yang dikehendaki supaya disempurnakan oleh yang berhajat kahwin lebih daripada satu hendaklah ia berlaku adil . Berlaku adil itu ialah merangkumi beberapa perkara berikut:

Nafkah . Pakaian . Tempat tinggal . Giliran . Kasih sayang

UNIT 4-33

TAHNIAH!Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.