Univariat, Bivariat, And Multivariat

5
TAJUK: APA ITU ANALISIS UNIVARIATE, BIVARIATE DAN MULTIVARIATE?. JELASKAN DENGAN CONTOH. Univariate Univariate adalah analisis yang dilakukan untuk satu pembolehubah. Cara atau teknik untuk menganalisis atau menerangkan data dalam satu pemboleh saja. Kadangkala penyelidik ingin melakukan laporan data dalam satu pembolehubah. Menerangkan satu ciri mengenai sampel atau populasi yang dikaji pada satu masa. Pembolehubahnya tidak berkaitan dengan sebab mahupun hubungan. Terdapat dua konsep yang sering digunakan bagi menerangkan analisis ini: I. Sukatan kecenderungan tengah yang mengandungi min dan mod. II. Sukatan serakan atau sebaran meliputi julat, median serta sisihan piawai. Cara-cara menyusun dan menganalisis data univariate adalah seperti berikut: I. Kecenderungan memusat atau tengah. (purata, median dan mod) II. Serakan. (julat, varians, max, min, kuartil, sisihan piawai) III. Kekerapan taburan. IV. Persembahan data (graf bar, histogram, carta pai, graf garis)

description

Penerangan tentang apa itu Univariat, Bivariat dan Multivariat.

Transcript of Univariat, Bivariat, And Multivariat

TAJUK: APA ITU ANALISIS UNIVARIATE, BIVARIATE DAN MULTIVARIATE?. JELASKAN DENGAN CONTOH.

Univariate Univariate adalah analisis yang dilakukan untuk satu pembolehubah. Cara atau teknik untuk menganalisis atau menerangkan data dalam satu pemboleh saja. Kadangkala penyelidik ingin melakukan laporan data dalam satu pembolehubah. Menerangkan satu ciri mengenai sampel atau populasi yang dikaji pada satu masa. Pembolehubahnya tidak berkaitan dengan sebab mahupun hubungan. Terdapat dua konsep yang sering digunakan bagi menerangkan analisis ini:I. Sukatan kecenderungan tengah yang mengandungi min dan mod.II. Sukatan serakan atau sebaran meliputi julat, median serta sisihan piawai.

Cara-cara menyusun dan menganalisis data univariate adalah seperti berikut:I. Kecenderungan memusat atau tengah. (purata, median dan mod)II. Serakan. (julat, varians, max, min, kuartil, sisihan piawai)III. Kekerapan taburan.IV. Persembahan data (graf bar, histogram, carta pai, graf garis) Data juga ditunjukkan dalam bentuk jadual untuk melihat taburan peratus dan jumlah kekerapan pembolehubah yang dikaji.

Bivariate Analisis bivariate adalah analisis yang digunakan untuk menganalisis hubungan dua pembolehubah. Secara amnya, penganalisisan yang melibatkan dua pembolehubah dapat dibahagikan kepada dua.

I. Penganalisisan berkenaan perbezaan antara dua atau lebih kumpulan.- Diguanakan bagi dua atau kumpulan daripada sukatan kecenderungan tengah.- tujuan adalah bagi menentukan samada nilai purata berbeza diantara kumpulan dan jika perbezaaan wujud, lihat sama ada ia mempunyai pengertian statistik.

II. penganalisisan berkenaan perkaitan antara dua pembolehubah. Merupakan analisis popular dalam penyelidikan sains sosial. Penekanan dalam analisis seperti ini bertujuan menentukan sama ada perkaitan atau perhubungan di antara dua pembolehubah atau lebih yang berkenaan itu wujud atau tidak.

Terdapat tiga jenis analisis bivariat.I. Numerical and numerical (berangka)II. Categorical and categorical (kategori)III. Numerical and categorical.

Multivariate Multivariate adalah analisis yang digunakan untuk menganalisis hubungan lebih daripada dua pembolehubah. Analisis multivariate merupakan pengembangan lanjutan dari analisis univariate mahupun bivariate. Melibatkan pemerhatian dan analisis. Satu teknik yang statistik. Pembolehubah dalam analisis ini dapat diklasifikasikan sebagai pembolehubah bersandar (dependent variable) dan pembolehubah bebas/tidak bersandar (independent variable). Data pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas dikelompokkan menjadi dua jenis data iaitu kuantitatif dan kualitatif. Contoh bagi analisis multivariate adalah seperti berikut:

I. Teknik Dependen (Dependent Technique) Teknik dependen adalah teknik yang digunakan ketika pembolehubah bersandar dipengaruhi oleh pembolehubah bebas. Teknik ini digunakan untuk membezakan pembolehubah bersandar atau pembolehubah bebas. Program komputer yang dapat digunakan termasuklah SPSS, Minitab dan STATA.II. Teknik Interdependen (Interdependent Technique) Teknik interdependen adalah teknik yang digunakan apabila semua pembolehubah saling berpengaruh. Tujuan analisis interdependen adalah untuk untuk menganalisis mengapa dan bagaimana pembolehubah-pembolehubah yang ada saling berhubungan. Disebabkan tidak dapat dibezakan mana pembolehubah bersandar dan mana pembolehubah bebas, maka pembahagian metode interdependen didasarkan pada jenis pembolehubah yang ada iaitu metrik (Kuantitatif) dan non-metrik (kualitatif). Jika jenis pembolehubah adalah metrik maka ada tiga jenis analisis iaitu analisis faktor, analisis kluster, dan analisis responden. Sekiranya pembolehubah adalah non-metrik maka analisis yang digunakan adalah analisis multidimensional.III. Model Persamaan Struktural (Structural Equation Model) SEM Digunakan untuk menganalisis hubungan secara persamaan pembolehubah dependen dan pembolehubah interdependen. SEM mempunyai fleksibiliti yang tinggi bagi peneliti untuk menhubungkan teori dengan data. Program computer yang boleh digunakan termasuklah AMOS dan LISRELL.

RujukanAllen Rubin, Earl Babbie. 2009. Essential Research Methods for Social Works. Cengage Learning. Earl Babbie. 2012. The Practice of Social Research. Cengagi Learning.Robert Ho. 2006. Handbook of Univariate and Multivariate Data Analysis and Interpretation of SSPS. CRC Press. Richard Harold Lindeman, Peter Francis Merenda, Ruth Z. Gold. 1980. Introduction to bivariate and multivariate analysis. Scoot Foresman, Michigan University.