UNIVERSITI Edisi 2017: Bil. 2 KEBANGSAAN MALAYSIA Apr - Jun 2017.pdf · Sebagai contoh, keperluan...

9
Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 1 Edisi 2017: Bil. 2 Kandungan... Sambungan : Eksplorasi Elektrik & Elektronik E3@UKM 2017 2 Pembentangan Projek Reka- bentuk Sistem 3 Senarai Pemenang Pertandingan Poster Pelajar Tahun Akhir 4 Pakar Menulis : 5G - Teknologi Komunikasi Akan Datang 6 Lawatan Penandaras ke UPM : 7 Majlis Makan Malam JKEES 2017 8 Laporan Bergambar 9 Sidang Editor Penasihat Prof. Dr. Norbahiah Misran Ketua Editor Dr. Muhammad Faiz Bukhori Editor Cik Aida Baharuddin En. Ahmad Yunus Misdi Editor Bersekutu Dr. Nor Fazila Kamal Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin Dr. Aqilah Baseri Hudin Jurufoto En. Ahmad Yunus Misdi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Edisi 2017: Bil. 2 01 Apr—30 Jun 2017 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 603-8911 8393 ; Faks : 603-8911 8359 ; Laman sesawang : www.ukm.my/jkees Bersambung dihalaman 2... Eksplorasi Elektrik dan Elektronik di UKM 2017 (E3@UKM 2017) merupakan salah satu program penting dalam rangka promosi untuk meningkatkan reputasi dan ketampakan JKEES kepada masyarakat luar. Ia melibatkan pertand- ingan poster projek pelajar tahun akhir, pertand- ingan rekacipta, dan program-program pendidi- kan untuk pelajar-pelajar sekolah di sekitar daerah Hulu Langat. E3@UKM 2017 telah berlangsung pada 23 hingga 24 Mei 2017, di Bangunan Akademik Fakulti Kejuruteraan. Ia dirasmikan oleh Dekan fakulti, Prof. DatoIr. Dr. Abdul Wahab Mo- hammad. Ini merupakan kali kedua program tahunan ini dianjurkan dengan jayanya oleh JKEES. E3@UKM 2017 juga merupakan Hari Terbuka yang memberikan peluang kepada bakal pelajar, ibu-bapa, pihak industri dan sesiapa sahaja un- tuk melawat segala kemudahan di Jabatan, ter- masuk bilik-bilik kuliah, makmal-makmal pengajaran dan makmal-makmal penyelidikan. Ia juga diisi dengan pameran projek pelajar, ceramah teknikal, serta forum kerjaya kejuruter- aan. Selain itu, turut dijalankan semasa program ini adalah pembentangan poster untuk Projek Tahun Akhir, dan juga pembentangan Projek Rekabentuk Sistem. Sempena program E3@UKM ini juga, beberapa organisasi dan kelab telah dijemput untuk membuat pameran dan demonstrasi rekacipta, sebagai pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar baru Tahun 1. Antaranya organisasi yang terlibat adalah IEM, IEEE, CRYsTAL, PERMATRA, INVEBOT, Radio Amatur, dan UKM-UDE. EKSPLORASI ELEKTRIK & ELEKTRONIK E3@UKM 2017

Transcript of UNIVERSITI Edisi 2017: Bil. 2 KEBANGSAAN MALAYSIA Apr - Jun 2017.pdf · Sebagai contoh, keperluan...

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 1

Edisi 2017: Bil. 2

Kandungan...

Sambungan :

Eksplorasi Elektrik & Elektronik

E3@UKM 2017

2

Pembentangan Projek Reka-

bentuk Sistem

3

Senarai Pemenang Pertandingan

Poster Pelajar Tahun Akhir

4

Pakar Menulis : 5G - Teknologi

Komunikasi Akan Datang

6

Lawatan Penandaras ke UPM : 7

Majlis Makan Malam JKEES 2017 8

Laporan Bergambar 9

Sidang Editor

Penasihat

Prof. Dr. Norbahiah Misran

Ketua Editor

Dr. Muhammad Faiz Bukhori

Editor

Cik Aida Baharuddin

En. Ahmad Yunus Misdi

Editor Bersekutu

Dr. Nor Fazila Kamal

Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin

Dr. Aqilah Baseri Hudin

Jurufoto

En. Ahmad Yunus Misdi

UNIVERSITI

KEBANGSAAN

MALAYSIA

Edisi 2017: Bil. 2 01 Apr—30 Jun 2017

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Sidang Editor, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 603-8911 8393 ; Faks : 603-8911 8359 ; Laman sesawang : www.ukm.my/jkees

Bersambung dihalaman 2...

Eksplorasi Elektrik dan Elektronik di UKM

2017 (E3@UKM 2017) merupakan salah satu program penting dalam rangka promosi untuk meningkatkan reputasi dan ketampakan JKEES kepada masyarakat luar. Ia melibatkan pertand-ingan poster projek pelajar tahun akhir, pertand-ingan rekacipta, dan program-program pendidi-kan untuk pelajar-pelajar sekolah di sekitar daerah Hulu Langat. E3@UKM 2017 telah berlangsung pada 23 hingga 24 Mei 2017, di Bangunan Akademik Fakulti Kejuruteraan. Ia dirasmikan oleh Dekan fakulti, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mo-hammad. Ini merupakan kali kedua program tahunan ini dianjurkan dengan jayanya oleh JKEES. E3@UKM 2017 juga merupakan Hari Terbuka

yang memberikan peluang kepada bakal pelajar, ibu-bapa, pihak industri dan sesiapa sahaja un-tuk melawat segala kemudahan di Jabatan, ter-masuk bilik-bilik kuliah, makmal-makmal pengajaran dan makmal-makmal penyelidikan. Ia juga diisi dengan pameran projek pelajar, ceramah teknikal, serta forum kerjaya kejuruter-aan. Selain itu, turut dijalankan semasa program ini adalah pembentangan poster untuk Projek Tahun Akhir, dan juga pembentangan Projek Rekabentuk Sistem. Sempena program E3@UKM ini juga, beberapa organisasi dan kelab telah dijemput untuk membuat pameran dan demonstrasi rekacipta, sebagai pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar baru Tahun 1. Antaranya organisasi yang terlibat adalah IEM, IEEE, CRYsTAL, PERMATRA, INVEBOT, Radio Amatur, dan UKM-UDE.

EKSPLORASI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

E3@UKM 2017

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 2

Edisi 2017: Bil. 2

Sambungan:

KEMERIAHAN EKSPLORASI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

E3@UKM 2017

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 3

Edisi 2017: Bil. 2

KARNIVAL E3@UKM2017: PEMENANG PROJEK REKABENTUK SISTEM

Pemenang

Kumpulan

Ahli

E-VOICE Handygenius Muhammad Anas Sahabuden

Noor Fazilah Fazreen Abdul Rani

Nur Amelia Syakirah Hanafiah

Siti Norsyafiqah Mohamad Daud

Siti Adila Mohd Dan

S—BOARD VKU Tan Shao Yu

Ng Hui Xuan

Kuan Weng Thong

Teng Keh Chong

Kok Chin Seng

Hooi Mun Wei

Blinrael 6 Malows Ching Chiou Yang

Lee Chia Cheng

Andrew Ngi Ing Hui

Lee Tian Peng

Tan Hock Kin

Tang Min Chin

Disediakan oleh: En. Hilmi Sanusi & En. Kamarulzaman Mat

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 4

Edisi 2017: Bil. 2

KARNIVAL E3@UKM2017:

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN POSTER PROJEK TAHUN AKHIR

ANUGERAH JABATAN

Program Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (KZ)

GOLD:

JEFFER LEE CHIEH XIONG (Penyelia: Prof Dr. Nowshad

Amin)

Tajuk: Design Considerations for an Electronic Battery

Charger Using Combined Photovoltaic-Thermoelectric

SILVER:

MOHAMAD SHAFIQ HANIF BIN AB WAHID (Penyelia:

En Hilmi Sanusi)

Tajuk: Development of GPS Transmitter System using

RFbee

BRONZE:

MOHD YUSHAILE BIN YUSOF (Penyelia: PM Dr. Norhana

Arsad)

Tajuk: Smart Intelligent Power Management System Control by using Fuzzy Logic Gain Scheduling

Program Kejuruteraan Komputer & Komunikasi

(KT)

GOLD:

DARRSHNI A/P TANABBAL (Penyelia: PM Ir. Dr. Man-

deep Singh A/L Jit Singh)

Tajuk: Development of Human Head Phantom for Brain

Stroke and Brain Tumour Detection

SILVER:

MUHAMAD HAZIQ IZUDDIN BIN AZMIN (Penyelia: PM

Ir. Dr. Mardina Abdullah)

Tajuk: Forecasting High Frequency Communica

tion using Software

BRONZE:

NUR FARAHIN BT MOHD MAZNI (Penyelia: PM Ir. Dr.

Rosdiadee Nordin)

Tajuk: Radio Propagation & Planning Based on Practi-

cal 4G Mobile Network Deployment in Campus

Program Kejuruteraan Mikroelektronik (KC)

GOLD:

TAN KAH LOCK (Penyelia: Prof Dr. Md Mamun Ibne

Reaz)

Tajuk: Design of Power Amplifier for 2.4 GHz RF

Devices

SILVER:

NUR ‘AYUNI BT ALBAKRI (Penyelia: PM Ir. Dr. Ah-

mad Ahsrif A Bakar)

Tajuk: Palm Oil Fruit Bunch Optical Sensor

BRONZE:

SAIDATUL AMIRA BT ABDUL WAHAB (Penyelia: Dr.

Noorfazila Kamal)

Tajuk: Low Power Frequency Divider using For

ward Bias Body Technique

Disediakan oleh: Dr. Nor Fazila Kamal

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 5

Edisi 2017: Bil. 2

KARNIVAL E3@UKM2017:

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN POSTER PROJEK TAHUN AKHIR

ANUGERAH IEEE

IEEE Young Professional Zuhaira Bt Mohd Zulkifli (penyelia: Dr. Fazida Hanim Hashim) Tajuk: A Rapid and Non-Destructive Technique in Determin-

ing the Ripeness of Oil Palm Fresh Fruit Bunch (FFB)

IEEE Women in Engineering Maroline Favius Marcus (penyelia: Prof Dr. Azah Mohamed) Tajuk: Battery Integrated Photovoltaic System for Mitigating

Overvoltage and Intermittency Problems

IEEE Communications & Vehicular Technology So ciety Siti Basirah Bt Borhanudin (penyelia: PM Ir. Dr. Rosdiadee Nordin) Tajuk: How Good is the 4G Network Services inside the

Campus? Suhailah Bt Mahzan (penyelia: Prof Dr. Mahamod Ismail)

Tajuk: Performance WiFi-Femtocell Offloading Algorithms

in Hetnet

IEEE Electron Devices Society Ravinder Singh Sidhu A/L Amrik Singh (penyelia: PM Dr. Huda Abdullah) Tajuk: Synthesis and Fabrication of PANI-Fex-‑Ni(1-

x);x=0.8,0.6,0.4,0.2) Nanocomposite Thin Film Biosensor Synthe-

sized by Low Heat Treatment (300℃) with 30kGy γ irradi-ation for Leptospira Detection in Wet Medium

IEEE Engineering in Medicine & Biology Society Gold: Siti Nur Aishah Bt Ahmad (penyelia: Dr. Wan Mimi Diyana Wan Zaki)

Tajuk: Mymata: A Computer Assisted Ocular Disease Screning Framework for ASPI

Silver: Darrshni A/P Tanabbal (penyelia: PM Ir. Dr. Mandeep Singh A/L Jit Singh)

Tajuk: Development of Human Head Phantom for Brain

Stroke and Brain Tumour Detection

Bronze: Norfazreena Bt Ishak (penyelia: Dr. Kalaivani A/P Chellap-

pan) Tajuk: Multipoint Surface Temperature Sensor for Heat

Stress Management

IEEE Power & Energy Society Mohd Faris Farhan Bin Ahmad Fuad (penyelia: Dr. Ramizi

Mohamed)

Tajuk: Vibration Based Energy Harvester

IEEE Photonics Society Nor Azreen Bt Mohamad Asri (penyelia: PM Ir. Dr. Ahmad Ashrif Bin A Bakar/ Dr. Mohd Hadri) Tajuk: Optical Mouse for Disable People using Microscopic

Finger Movement

IEEE Systems, Man & Cybernetics Society Hafifah Bt Ab. Hamid (penyelia: Dr. Anuar Mikdad Muad)

Tajuk: Automatic Scour Monitoring System using Image

Processing

IEEE Signal Processing Society Zuhaira Bt Mohd Zulkifli (penyelia: Dr. Fazida Hanim Hashim) Tajuk: A Rapid and Non-Destructive Technique in Determin-

ing the Ripeness of Oil Palm Fresh Fruit Bunch (FFB)

Disediakan oleh: Dr. Nor Fazila Kamal

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 6

Edisi 2017: Bil. 2

Rangkaian Generasi Kelima (5G) merujuk kepada penam-

bahbaikan ataupun evolusi daripada Rangkaian 4G terdahulu. 5G bakal menawarkan beberapa teknologi pemancaran terkini, seperti antena agam berganda, ataupun Massive-MIMO (Multiple-Input Multiple-Output), peningkatan modulasi, penggunaan gelombang millimeter, komunikasi peranti-ke-peranti, sel bersaiz kecil dan pelbagai lagi teknik pemancaran yang masih dalam fasa pembangunan.

Antena agam berganda merujuk kepada penggunaan bilangan antena yang banyak, hingga membentuk susunan agam (massive) pada menara pemancar 5G akan datang. Lagi ban-yak antena, lagi tinggi kadar data dapat dihantar kepada pengguna. Ia juga membantu mengurangkan kesan gangguan kepada pengguna oleh kerana antena tersebut mempunyai ‘kebebasan’ untuk mengikuti pergerakan peranti 5G kelak. Di-jangkakan sebanyak 128 antena dipasang pada menara pem-ancar, berbanding 3 ataupun 6 (di kawasan padat) antena pada menara pemancar 4G buat masa ini.

Rangkaian 5G masih di dalam peringkat penyelidikan oleh kerana terdapat beberapa isu dan cabaran perlu diselesaikan berkaitan teknologi-teknologi diperbincangkan. Sebagai contoh, keperluan pemprosesan isyarat mudah perlu diperkenalkan un-tuk mengurangkan bebanan kuasa pada menara pemancar antena agam berganda. Untuk mencapai modulasi tertinggi, kesan hingar pada saluran tanpa wayar perlu dikurangkan, manakala untuk menggunakan gelombang millimeter, rekabentuk peranti

PAKAR MENULIS:

GENERASI KELIMA (5G) - TEKNOLOGI KOMUNIKASI AKAN DATANG

elektronik baharu pada perkakasan perlu dimulakan dan juga ramalan liputan rangkaian perlu difahami.

Justeru, International Telecommunication Union (ITU), mem-berikan masa kepada penyelidik-penyelidik bidang telekomu-nikasi untuk mengkaji mengenai teknologi-teknologi terbaik untuk mencapai sasaran 5G. ITU merupakan pengawalselia rangkaian telekomunikasi peringkat antarabangsa dan ITU akan mengeluarkan dokumen rasmi mengenai piawaian berkaitan 5G sekitar 2019. Dokumen rasmi ini akan digunapakai oleh industri telekomunikasi dan juga negara-negara yang ingin memperke-nalkan Rangkaian 5G.

Menariknya untuk 5G, wujud pesaing baru yang selama ini didominasi oleh tiga kuasa besar sahaja, iaitu Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Untuk 5G, pesaing baru muncul daripada benua Asia, iaitu Korea (Samsung) dan China (Huawei).

Buat masa ini, masih tiada lagi peranti pintar di pasaran yang mampu menerima isyarat 5G oleh kerana teknologi tersebut masih melalui fasa penilaian dan ujikaji. Oleh kerana itu, kom-puter selalunya digunakan bagi mewakili peranti pintar akan datang untuk memahami kualiti penerimaan isyarat daripada menara pemancar 5G. Dengan menggunakan komputer, penyelidik mudah untuk melakukan tambahan pada komponen ataupun arahan dalam bentuk aturcara untuk penambahbaikan kepada teknologi pemancaran yang ingin diperkenalkan.

Penulis telah menjalani sangkutan penyelidikan di University of Bristol (UoB), UK berkaitan perlaksanaan teknologi antena agam berganda untuk Rangkaian 5G di antara April dan Mei, 2017. UoB merupakan pemegang rekod dunia kecekapan spek-trum tertinggi melalui menara pemancar antena agam berganda ini. Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Newton-Ungku Omar Foundation (NUOF) atas tajaan sangkutan penyelidikan di University of Bristol (UoB). Artikel penuh boleh dicapai melalui pautan: http://www.majalahsains.com/generasi-kelima-5g-teknologi-komunikasi-akan-datang/

Untuk bacaan terperinci mengenai 5G, pembaca digalakkan untuk membuat rujukan pada artikel tersebut:

Mohammed H. Alsharif, Rosdiadee Nordin, "Evolution Towards Fifth Generation (5G) Wireless Networks: Current Trends and Challenges in the Deployment of Millimetre Wave, Massive MIMO, and Small Cells", Telecommunication Systems, 64(4):617-637, April 2017.

Pautan: http://link.springer.com/article/10.1007/s11235-016-0195-x

Prototaip menara pemancar 5G di University of Bristol, UK, menggunakan antena agam berganda. Sejumlah 128 antena dipasang pada menara pemancar 5G ini.

Disediakan oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 7

Edisi 2017: Bil. 2

Pada 13 April 2017, wakil-wakil dari jabatan yang

diketuai oleh Professor Dr. Norbahiah Misran telah ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk lawatan penandaras. Lawatan ini adalah sebagai persediaan JKEES menghadapi akreditasi EAC.

Lawatan bermula sekitar 2.30 petang dengan dimulai dengan sesi pengenalan jabatan masing-masing oleh Professor Madya Dr. Mohd. Amran Mohd Radzi yang mewakili UPM, manakala oleh Professor Dr. Norbahiah Misran mewakili JKEES. Me-nyusul seterusnya adalah sesi perbincangan mengenai struktur kokurikulum dan keperluan EAC di jabatan masing-masing. Akhirnya, wakil jabatan telah dibawa melawat ke makmal-makmal penyelidikan dan pengajaran untuk melihat amalan terbaik (“best practices”) yang diamalkan di UPM. Lawatan berakhir dalam jam 4.30petang.

LAWATAN PENANDARAS:

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK, UPM

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 8

Edisi 2017: Bil. 2

Tanggal 13 April 2017, dengan julung kalinya, kelab pela-

jar JKEES, INVEBOT telah berjaya menganjurkan satu majlis

makan malam yang dinamakan ‘Malam Silaturrahim JKEES’.

Majlis yang diadakan di Dewwan Kenanga, Bangi Golf Resort

ini, telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Jabatan

JKEES, Prof Dr Norbahiah Binti Misran. Beberapa pensyarah

JKEES juga turut sama hadir dan memeriahkan majlis ini. Maj-

lis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar

JKEES, di samping meraikan pelajar Tahun 4 yang akan

menamatkan pengajian pada hujung semester ini. Antara acara

menarik sepanjang majlis ini termasuklah cabutan bertuah dan

persembahan dari pelajar Tahun 1, 3 dan 4. Secara kese-

luruhannya, program ini berjaya memupuk semangat ber-

pasukan dan setiakawan antara pelajar JKEES. Kepada kelab

INVEBOT khasnya, program ini telah memberi peluang kepada

kami untuk meraih pengalaman baru dalam mengendalikan

sesuatu program dan meningkatkan keyakinan kami dalam

menguruskan sesuatu program yang melibatkan pihak dari luar

Universiti, Kami, kelab INVEBOT berharap agar program

seumpama ini akan dijadikan tradisi oleh pelajar Jabatan Keju-

ruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem (JKEES).

MAJLIS MAKAN MALAM JKEES 2017

Disediakan oleh: Dr Aqilah Baseri Hudin

Buletin JKEES, Bil. 2 (Apr—Jun 2017) - 9

Edisi 2017: Bil. 2

05 Mei - 06 Mei 2017

CRYsTaL@UKM di Sek. Men. Teknik KL

24 Mei - 25 Mei 2017

Eksplorasi Elektrik dan Elektronik di UKM 2017

LAPORAN BERGAMBAR