ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN...
Transcript of ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN...
1
UCAPAN ALUAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN
KONVENSYEN PEMERKASAAN
KOPERASI BERLANDASKAN
2
SEMANGAT KERJASAMA DAN
KEUSAHAWANAN
12 JANUARI 2019 (SABTU)
12.00 TENGAHARI
BALLROOM 1, 2 & 3, HOTEL TENERA
BANGI, SELANGOR
3
Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera
Terima Kasih Pengacara Majlis
(salutasi seperti disediakan)
4
Yang Berhormat Menteri, Dato’-
Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan
yang dihormati sekalian.
1. Pertama kali, saya bagi pihak
ANGKASA mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang
Berhormat Menteri, yang telah sudi
5
hadir ke satu program yang penting
kepada gerakan koperasi negara.
2. Untuk makluman YB Menteri,
Konvensyen yang diadakan pada
dua hari satu malam ini, dihadiri oleh
hampir 700 orang koperator yang
mewakili hampir 400 buah koperasi
6
dari pelbagai fungsi, sektor atau
bidang. Konvesnyen ini diadakan
bertujuan untuk memperkasakan
koperasi mengikut fungsi-fungsi dan
mengenal pasti isu-isu atau
halangan yang dihadapi oleh
koperasi untuk
7
memperkembangkan perniagaan
koperasi.
3. Konvensyen yang sarat dengan
pembentangan kertas kerja oleh
mereka yang pakar dalam
bidangnya, diharap dapat
membuka minda koperator untuk
8
lebih kreatif dan meneroka bidang-
bidang baru perniagaan.
4. Konvensyen ini dirangka dengan
teliti bersama kumpulan PEMIKIR
yang di ketuai oleh yang
Berbahagia Prof. Dato’ Dr Sudin
Haron, merupakan usaha serius
9
yang diterajui oleh ANGKASA untuk
memperkasa gerakan koperasi
negara untuk memberikan
sumbangan yang signifikan kepada
KDNK negara.
5. Setiap isu akan dikupas dan
dicanai dalam bengkel-bengkel
10
yang khusus untuk membincangkan
isu tersebut sebelum dirangkumkan
sebagai satu resolusi yang akan
membantu pihak kementerian
merangka dasar-dasar baru
koperasi di bawah kerajaan baru.
11
6. Pada konvensyen kali ini juga,
ANGKASA menjemput semua
agensi-agensi kerajaan yang
terlibat di dalam lapan (8) sektor
koperasi, terutamanya agensi-
agensi di bawah naungan
Kementerian Pembangunan
Usahawan.
12
Yang Berhormat Dato’ Seri, Tuan-
Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
7. Lapan (8) sektor yang kini giat
dilaksanakan oleh ANGKASA
kepada semua koperasi adalah:
13
a. Sektor Perkhidmatan
Kewangan;
b. Sektor Pemborongan dan
Peruncitan;
c. Sektor Pelancongan,
Kesihatan dan
Penjagaan Diri;
14
d. Sektor Pertanian dan
Industri Asas Tani;
e. Sektor Perladangan;
f. Sektor Pembangunan
Hartanah dan
Industri Binaan;
g. Sektor Inovasi dan
Teknologi; dan
15
h. Sektor Komuniti.
8. Setiap koperasi menerusi sektor-
sektor, akan mempunyai agensi-
agensi kerajaan yang terlibat
secara langsung apabila koperasi
ingin menceburi bidang
perniagaan tertentu.
16
9. Dengan adanya penglibatan
agensi kerajaan melalui konvensyen
ini, ianya akan menjadi satu
platform untuk mewujudkan senergi
yang lebih efektif dan efisen di
antara koperasi dan agensi-agensi
kerajaan yang dinaunginya.
17
10. ANGKASA merasakan sinergi
ini perlu diperkukuh dan
dimantapkan supaya koperasi
boleh menjadi pemain utama untuk
meningkatkan pendapatan isi
rumah dan dalam masa yang sama
mengurangkan kos sara hidup.
18
11. Ini kerana penyertaan individu
dalam mana-mana koperasi
adalah terbuka mengikut sasaran
dan ruang lingkup koperasi.
Berdasarkan kepakaran atau
pengkhususan setiap anggota dan
koperasi ini, koperasi boleh
meneroka bidang-bidang yang
19
lebih mencabar dan memberikan
impak besar kepada ekonomi
koperasi.
12. Ianya hanya boleh dilaksanakan
dengan adanya senergi yang baik
di antara koperasi dan agensi-
20
agensi kerajaan serta sokongan
padu daripada pihak kerajaan.
13. Sebagai badan puncak gerakan
koperasi negara, ANGKASA akan
terus berperanan sebagai
pemangkin yang berkesan kepada
koperasi yang mempunyai
21
semangat untuk meningkatkan
rating koperasi, daripada mikro
kepada kecil, daripada kecil
kepada sederhana dan daripada
sederhana kepada kategori
koperasi besar.
22
Yang Berhormat Dato’ Seri, Tuan-
Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
14. Konvensyen yang diadakan
pada kali ini adalah titik tolak
kepada gerakan koperasi untuk
mempamerkan kesungguhan dan
23
sokongan padu kepada khususnya
Kementerian Pembangunan
Usahawan, yang diterajui oleh Yang
Berhormat Dato’ Seri dan kerajaan
baru amnya.
15. Gerakan koperasi negara
memerlukan satu suntikan baru
24
daripada YB Dato’ Seri dan
ANGKASA yakin, idea-idea
pembaharuan yang ingin dibawa
oleh YB Dato’ Seri akan memberi
kesan menyeluruh kepada senario
koperasi di negara ini.
25
16. ANGKASA akan menyokong dan
bekerja sama secara rapat dengan
Kementerian Pembangunan
Usahawan, Suruhanjaya Koperasi
Malaysia, Maktab Koperasi Malaysia
dan agensi-agensi kerajaan lainnya,
untuk memastikan agenda
26
pembangunan koperasi menjadi
satu yang dominan di Malaysia.
17. Sekali lagi, saya bagi pihak
ANGKASA dan gerakan koperasi
negara mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang
Berhormat Dato’ Seri yang dapat
27
hadir merasmikan Konvensyen
Pemerkasaan Koperasi pada kali ini.
18. Terima kasih juga kepada para
pembentang kertas kerja dan
PEMIKIR yang telah bersama-sama
ANGKASA yang menjayakan
konvensyen penting ini.
28
19. Terima kasih kepada seluruh
koperator yang datang daripada
utara, selatan, timur, barat, Sabah
dan Sarawak yang bersama-sama
dan bersemangat untuk
membangunkan koperasi.