UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI … filemeliputi sumbangan barangan keperluan asas...

5
4/1/2015 Latest Press Release on UKM Flood Aid Mission Written by Administrator Tuesday, 06 January 2015 08:33 - Last Updated Tuesday, 06 January 2015 08:50 LAPORAN TERKINI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI BANTUAN BANJIR (4 Januari 2015) Seperti yang sedia maklum, bencana banjir sedang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada masa ini. Sebagai Pendaulat Amanah Negara, juga atas tanggungjawab sosial (CSR), UKM sangat prihatin dan mengambilberat dengan segala bencana dan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat dan Negara. Justeru, UKM telah menubuhkan Tabung Bencana Banjir dan dalam masa yang sama menubuhkan Jawatankuasa Induk Penyelarasan Bantuan Banjir UKM yang dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal dan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Imran Ho Abdullah. Semua IPTA juga diselaraskan secara berpusat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan IPTA diagihkan mengikut kawasan yang ditentukan. UKM telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan misi bantuan banjir di kawasan Jeli. Namun demikian, oleh kerana UKM mempunyai nilai sentimental di Kampung Pulau Manis, Pekan, Pahang, yang merupakan kampung angkat UKM. Sek Keb. Tumpat di Kelantan, yang juga berjasa kepada UKM daripada segi nilai sentimentalnya, di mana pada awal dahulu telah memberikan sumbangan untuk penubuhan UKM. Justeru, atas nilai dan rakaman sejarah ini, maka pihak UKM telah memohon kepada KPM agar kedua-dua tempat ini boleh diberikan kepada UKM untuk misi bantuan banjir. 1 / 5

Transcript of UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI … filemeliputi sumbangan barangan keperluan asas...

Page 1: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI … filemeliputi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah Kota Bharu, Kelantan pada 25 Disember 2014. ... Kolej

4/1/2015 Latest Press Release on UKM Flood Aid Mission

Written by AdministratorTuesday, 06 January 2015 08:33 - Last Updated Tuesday, 06 January 2015 08:50

LAPORAN TERKINIUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAMENGENAI MISI BANTUAN BANJIR(4 Januari 2015)

Seperti yang sedia maklum, bencana banjir sedang melanda beberapa negeri di SemenanjungMalaysia pada masa ini. Sebagai Pendaulat Amanah Negara, juga atas tanggungjawab sosial(CSR), UKM sangat prihatin dan mengambilberat dengan segala bencana dan kesulitan yangdihadapi oleh masyarakat dan Negara. Justeru, UKM telah menubuhkan Tabung BencanaBanjir dan dalam masa yang sama menubuhkan Jawatankuasa Induk Penyelarasan BantuanBanjir UKM yang dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwalPelajar dan Alumni), Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal dan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwalJaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Imran Ho Abdullah.

Semua IPTA juga diselaraskan secara berpusat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),dan IPTA diagihkan mengikut kawasan yang ditentukan. UKM telah diberikan tanggungjawabuntuk menjalankan misi bantuan banjir di kawasan Jeli. Namun demikian, oleh kerana UKMmempunyai nilai sentimental di Kampung Pulau Manis, Pekan, Pahang, yang merupakankampung angkat UKM. Sek Keb. Tumpat di Kelantan, yang juga berjasa kepada UKM daripadasegi nilai sentimentalnya, di mana pada awal dahulu telah memberikan sumbangan untukpenubuhan UKM. Justeru, atas nilai dan rakaman sejarah ini, maka pihak UKM telah memohonkepada KPM agar kedua-dua tempat ini boleh diberikan kepada UKM untuk misi bantuan banjir.

1 / 5

Page 2: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI … filemeliputi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah Kota Bharu, Kelantan pada 25 Disember 2014. ... Kolej

4/1/2015 Latest Press Release on UKM Flood Aid Mission

Written by AdministratorTuesday, 06 January 2015 08:33 - Last Updated Tuesday, 06 January 2015 08:50

UKM menghantar misi bantuan banjir secara berperingkat-peringkat dengan kekuatan misiyang berbeza mengikut peringkat dan destinasi. Pada Fasa pertama, yang juga merupakan response phase, UKM bertindak pantas dengan menghantar pasukan recce, pasukan perubatan, dan menubuhkan tabung bantuan banjir, serta Jawatankuasa IndukBantuan Banjir UKM. Daripada segi pasukan perubatan, Pusat Perubatan UKM (PPUKM)dengan kerjasama MERCY Malaysia, telah menghantar dua (2) kumpulan perubatan untukmembantu Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dalam memberikan kepakaran perubatankepada pesakit di HUSM. Kumpulan pertama ini telah bertolak ke HUSM pada 28 Disember2014 yang terdiri dari pakar perubatan kecemasan, pegawai perubatan dan pembantuperubatan seramai tujuh  (7) orang. PPUKM juga menghantar pasukan nephrologydan dua (2) mesin reverse osmosisbagi membantu pasukan perubatan di HUSM dalam merawat pesakit buah pinggang yangmemerlukan hemodialisis.

Pada fasa pertama ini juga, pasukan sukarelawan UKM, pada 31 Disember 2015 telah turun keTumpat dan Laloh, Kuala Krai, Kelantan diketuai oleh Timbalan Pengarah, Pejabat NaibCanselor, Tuan Haji Abd Razak Hussin, bagi menyampaikan bantuan barang-barang makanandan keperluan asas. Pada tarikh yang sama juga, satu pasukan misi UKM bergerak ke Perakuntuk bantuan banjir di beberapa kawasan di Kerian, Parit, Bagan Serai, dan Pasir Salak,Perak. Misi ke Perak ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad bin Hussin, Pengetua KolejKeris Mas, yang mana Kolej Keris Mas menjadi salah sebuah pusat pengumpulan sumbanganbarang-barang di UKM. Fakulti Pengajian Islam juga telah menghantar misi bantuan banjir yangmeliputi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah Kota Bharu,Kelantan pada 25 Disember 2014. Misi bantuan oleh Fakulti Pengajian Islam ini telahditeruskan ke Kuala Krai dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Kauthar, Bandar BaruBangi pada 29 Disember 2014 dan ke Jerantut serta Temerloh Pahang dengan kerjasamaPerantau Pahang pada 31 Disember 2014. Kolej Ungku Omar dengan diketuai oleh PengetuaKolej, Encik Nik Hairi bin Omar, dengan kerjasama Komuniti Semenyih telah menghantarbantuan ke beberapa kampung di  Kuala Krai dan Tumpat, Kelantan pada 1 Januari 2015.Antara kampung yang diberikan bantuan oleh Kolej Ungku Omar adalah Kampung Baru SungaiKamal, Kampung Karangan, Kampung Budi, dan Kampung Tok Cheda di kawasan Kuala Krai,dan Wakaf Bharu, Palekbang, dan Kampung Laut di kawasan Tumpat.

Bagi relief phase (pasca banjir) fasa kedua, UKM telah mengaturkan perancangan untukmembantu mangsa-mangsa banjir di Jeli dan Gua Musang. Misi pasca banjir ini akanmemberikan fokus kepada kerja-kerja pembersihan dan pemulihan kawasan, terutamanyasekolah-sekolah, bantuan khidmat perubatan dengan mobile clinic danpendidikan kesihatan, dan khidmat kaunseling serta sokongan moral kepada mangsa banjir.

2 / 5

Page 3: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI … filemeliputi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah Kota Bharu, Kelantan pada 25 Disember 2014. ... Kolej

4/1/2015 Latest Press Release on UKM Flood Aid Mission

Written by AdministratorTuesday, 06 January 2015 08:33 - Last Updated Tuesday, 06 January 2015 08:50

Bagi fasa ini, UKM akan menggerakkan khidmat sukarelawan warga UKM dari pelbagaiperingkat melibatkan pegawai perubatan, kakitangan dan pelajar-pelajar. UKM turutbekerjasama dengan Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) untukmelancarkan perkhidmatan komunikasi Misi Bencana Banjir UKM.

Dalam relief phase ini juga, UKM telah menggerakkan misi pada 3 Januari 2015, ke PulauManis, Pekan, Pahang dengan kekuatan sukarelawan hampir 36 orang, terdiri daripadapelajar-pelajar UKM yang menganggotai PALAPES, diketuai oleh Lt Kolonel Mohd Sahar HajiSaid, Ketua Jurulatih PALAPES UKM. Pasukan berikutnya digerakkan pada 4 Januari 2015menuju ke Gua Musang dengan kekuatan sukarelawan hampir 120 orang, terdiri daripadapasukan perubatan daripada PPUKM, pasukan Psikologi daripada FSSK, kakitangan dan parapelajar, yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (HEJIM), Prof. Dr. Imran Ho Abdullah.

Di peringkat relief phase ini tiga komponen utama yang perlu diberikan perhatian iaitu,memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih, perlindungan dan keselamatan, danperlindungan daripada penyakit berjangkit. Bekalan air bersihsangat penting kerana sumber penggunaan air bersih akan dapat mengelakkan penularanpenyakit bawaan air seperti typhoid, cholera, leptospirosisdan cirit-birit, dan air yang kotor juga akan mengakibatkan penyakit kulit. Justeru, mangsa banjirperlu diberikan pendidikan tentang penggunaan air bersih, di mana air perlu dimasak, perluditapis dan melalui proses sulingan. UKM mempunyai pakar-pakar hidrologi dalam perkara iniyang dapat membantu. Teknologi penurasan nano (nanofiltration) yang dibuat oleh pakar UKM akan dapat digunakan untuk merawat air sungai supaya bolehmenghasilkan air bersih yang boleh diminum segera. Teknologi ini menggunakan lapisan filemnipis yang dapat mengasingkan bahan-bahan pencemar dari air. Setiap prototaip yang adaboleh digunakan untuk menghasilkan 5000 liter sehari cukup untuk menampung kegunaan airminum bagi satu kampung kecil. Dengan bantuan dana yang diperoleh, UKM merancang untukmendirikan lima (5) prototaip sistem tapisan secara mobile.

Komponen kedua pula adalah Perlindungan dan keselamatan. Komponen ini sangatpenting untuk mangsa banjir/komuniti membangunkan semula kehidupan dengan kadar segeraselepas melalui keadaan trauma. Hasil daripada laporan pasukan recce, UKM mendapati bahawa kemusnahan tempat tinggal, hilang harta benda dan penderitaaan

3 / 5

Page 4: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI … filemeliputi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah Kota Bharu, Kelantan pada 25 Disember 2014. ... Kolej

4/1/2015 Latest Press Release on UKM Flood Aid Mission

Written by AdministratorTuesday, 06 January 2015 08:33 - Last Updated Tuesday, 06 January 2015 08:50

yang dilalui memberikan kesan trauma kepada mangsa banjir. Justeru, mereka perlu diberikanbantuan dan sokongan moral secara komprehensif untuk memulakan semula kehidupan. Misibantuan UKM akan menyediakan khemah-khemah untuk menempatkan mereka sebagaitempat berteduh buat sementara waktu, dengan bekalan keperluan seperti dapur gas, cerek,periuk, dan peralatan asas memasak untuk mereka.

Bagi komponen ketiga, iaitu Penjagaan dan perlindungan daripada penyakit berjangkit,UKM akan mengambil langkah dengan, membuka static clinicdi kawasan yang dimasuki dengan menyediakan rawatan dan intervensi penyakit di kawasanterlibat, mengadakan kempen bersama komuniti dalam kempen pencegahan penularanpenyakit; membasuh tangan, penyediaaN makanan secara selamat, mengenalpasti tandapenyakit, dan kebersihan diri. Kumpulan berisiko adalah kanak-kanak dan orang-orang tua,serta orang-orang yang telah mempunyai penyakit dari awal lagi. Dalam melaksanakan hasratini, UKM akan berkolaborasi dengan agensi pemberi dana untuk kempen vaksinasi untukpenyakit choleradan typhoidbagi pengendali makanan termasuk mereka yang menyediakan makanan di khemah dan pusatpemindahan; Prophylaxisuntuk penyakit leptospirosis untuk 5000 orang, risalah dan bahan bacaan kesihatan.

Di peringkat dalaman UKM, UKM juga telah membuka Bilik Gerakan Banjir dan mengaktifkaninisiatif untuk mengumpulkan semua bentuk sumbangan dari seluruh warga UKM bagimembantu mangsa banjir. Sekretariat pengurusan bantuan Misi Bantuan Banjir UKM adalah diPejabat UCTC UKM di talian 03-89214274/4655.

Terima kasih.

Pusat Komunikasi KorporatUniversiti Kebangsaan Malaysia4 Januari 2015

4 / 5

Page 5: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI MISI … filemeliputi sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah Kota Bharu, Kelantan pada 25 Disember 2014. ... Kolej

4/1/2015 Latest Press Release on UKM Flood Aid Mission

Written by AdministratorTuesday, 06 January 2015 08:33 - Last Updated Tuesday, 06 January 2015 08:50

5 / 5