UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA · kajian. Untuk tujuan triangulasi, kaedah yang digunakan adalah...
Transcript of UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA · kajian. Untuk tujuan triangulasi, kaedah yang digunakan adalah...
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MASHITOH SHAFIE
FPP 2011 54
KETERLIBATAN PELAJAR LUAR BANDAR DALAM SALAH LAKU SEKS
© COPYRIG
HT UPM
KETERLIBATAN PELAJAR LUAR BANDAR DALAM
SALAH LAKU SEKS
Oleh
MASHITOH SHAFIE
Tesis Ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah,
Universiti Putra Malaysia Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Master
Sains
Disember 2011
© COPYRIG
HT UPM
ii
DEDIKASIDEDIKASIDEDIKASIDEDIKASI
Khusus Buat Insan-Insan Tersayang..
Kedua Ibu Bapa Yang Menjadi Sumber Kekuatan
Shafie Bin Hj. Ismail Dan Hamidah Binti Hj. Chin
Terima Kasih Di Atas Kasih Sayang Dan Doa Yang Tidak Pernah Putus
Menjadi Anak Kalian, Hidup Ini Terlalu Bermakna
Untuk Seluruh Ahli Keluarga..
Kak, Abang Kie, Abang Mie, Shima, Kinah, Poji Dan Adik
Terima Kasih Kerana Menyayangi Dan Memahami Seorang Aku
Biar Berbeza Banyak Perkara, Darah Yang Mengalir Dalam Tubuh Kita Adalah
Sama
Bersama Kalian Hidup Ini Penuh Dengan Keindahan
Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan..
Yang Sering Bersama Di Kala Susah Dan Senang
Kehadiran Kalian Memeriahkan Lagi Hidup Ini
Untuk Semua Guru dan Pensyarah Yang Pernah Berjasa
Jasa Kalian Tidak Mungkin Dilupa
Dari Lubuk Hati Yang Paling Dalam..
Terima Kasih Semua Atas Segalaya..
Semoga Kita Sentiasa Dalam Rahmatnya..
© COPYRIG
HT UPM
iii
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains
KETERLIBATAN PELAJAR LUAR BANDAR DALAM SALAH LAKU SEKS
Oleh
MASHITOH SHAFIE
Disember 2011
Pengerusi : Profesor Datin Dr. Sharifah Md. Nor, PhD
Fakulti : Pengajian Pendidikan
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendalami keterlibatan pelajar
perempuan luar bandar dalam salah laku seks. Dalam meneroka
pengalaman dan keterlibatan mereka ini, antara aspek-aspek yang dikaji
adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa. Pendekatan
kualitatif berbentuk kajian kes digunakan oleh pengkaji untuk
menyempurnakan kajian ini. Teknik temubual mendalam separa berstruktur
digunakan untuk mengumpulkan data dari enam orang pelajar perempuan
yang dikenalpasti terlibat dalam masalah ini. Data ini kemudiannya
dikategorikan berdasarkan tema yang dibina untuk menjawab persoalan
kajian. Untuk tujuan triangulasi, kaedah yang digunakan adalah temubual
bersama guru kelas, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa gejala salah laku seks dalam kalangan pelajar
perempuan di luar bandar berada pada tahap membimbangkan. Dapatan
© COPYRIG
HT UPM
iv
kajian juga menunjukkan bahawa aspek-aspek yang dikaji saling berkait
dalam mempengaruhi keterlibatan pelajar perempuan luar bandar dalam
salah laku seks. Namun begitu, rakan sebaya didapati memberi pengaruh
yang sangat besar dalam keterlibatan ini. Pada akhirnya, kajian ini
mencadangkan agar semua pihak; ibu bapa, sekolah dan masyarakat
memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengekang gejala ini
daripada terus merebak.
© COPYRIG
HT UPM
v
Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Master Science
THE INVOLVEMENT OF RURAL STUDENTS IN SEXUAL MISCONDUCT
By
MASHITOH SHAFIE
December 2011
Chairman : Professor Datin Dr. Sharifah Md. Nor, PhD
Faculty : Educational Studies
The main purpose of this research was to explore the involvement of the rural
female students in sexual misconduct. In exploring their experience and
involvement, among the aspects studied are family, peer group, school and
mass media. A qualitative approach using case study was employed to
complete this research. In-depth, semi-structured interviews were conducted
with six respondents who have been identified as being involved in this
problem. The data were then categorized based on the themes to answer the
research questions. For the purpose of triangulation, the methods used were
interviews with form teachers, observation and document analysis. The
research findings suggest that the issue of sexual misconduct among rural
female students is at a threatening level. The finding also shows that all the
aspects studied are inter-related in influencing the rural female students’
sexual misconduct. However, peer group is found to play a significant role in
© COPYRIG
HT UPM
vi
this involvement. Finally, this study suggests that all parties namely parents,
schools and society to play their part in order to curb this problem.
© COPYRIG
HT UPM
vii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, tesis ini telah berjaya disiapkan bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana , Universiti Putra Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Profesor Datin Dr. Sharifah Md. Nor, Dr. Norlizah Che Hassan dan Dr. Haslinda Abdullah di atas segala nasihat, bimbingan dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan tesis ini. Keprihatinan dan kepimpinan yang dicurahkan banyak membantu pengkaji melengkapkan penulisan ini dengan jayanya. Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan sepanjang pengkaji berada di sini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada Bahagian Tajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membiayai pengajian penulis sehingga ke akhirnya. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pengetua, GPK HEM dan guru-guru di sekolah yang terlibat. Pengkaji amat berbesar hati di atas kerjasama yang diberikan. Seterusnya jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para pelajar yang sudi menjadi subjek bagi kajian ini. Sesungguhnya tanpa kerjasama mereka, kajian ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Akhir sekali, penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sering bersama, berkongsi idea, semangat, rasa dan cerita; Kak Ina, Hadijah, Kak Ita dan Ina sehingga kajian ini berjaya disiapkan.
Jazakumullahu Khairan Kathira..
Sekian.
© COPYRIG
HT UPM
viii
PENGESAHAN
Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Peperiksaan Tesis telah berjumpa
pada (22 Disember 2011) untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi (Mashitoh
binti Shafie) bagi menilai tesis beliau yang bertajuk “Keterlibatan Pelajar Luar
Bandar dalam Salah Laku Seks” mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
dan Perlembagaan Universiti Putra Malaysia [P.U.(A) 106] 15 Mac 1998.
Jawatankuasa tersebut telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi
ijazah (Master Sains Sosiologi Pendidikan).
Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut:
Zaidatol Akmaliah bt Lope Pihie, PhD Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)
Turiman bin Suandi, PhD Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam)
Habibah bt Elias, PhD Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam)
Rosnani bt Hashim, PhD Profesor Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pemeriksa Luar)
SEOW HENG FONG, PhD Profesor dan Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
© COPYRIG
HT UPM
ix
Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Sarjana Sains. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:
Datin Dr.Sharifah binti Md. Nor, PhD Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Dr. Haslinda binti Abdullah, PhD Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Ahli) Dr. Norlizah Che Hassan, PhD Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli)
_________________________
BUJANG BIN KIM HUAT, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh:
© COPYRIG
HT UPM
x
PERAKUAN
Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain.
________________________
MASHITOH BINTI SHAFIE
Tarikh : 22 Disember 2011
© COPYRIG
HT UPM
xi
SENARAI KANDUNGAN
Muka Surat
DEDIKASI i ABSTRAK ii ABSTRACT iv PENGHARGAAN vi PENGESAHAN vii PENGAKUAN ix SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Pernyataan Masalah 8 1.3 Objektif kajian 10 1.4 Persoalan Kajian 11 1.5 Kepentingan Kajian 11 1.6 Batasan Kajian 13 1.7 Definisi Istilah 13 1.8 Rumusan 18 2 SOROTAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 19 2.1 Teori Kawalan Sosial (Social Control Theory) 19 2.2 Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) 22 2.3 Kajian Lepas
2.3.1 Sikap dan Tingkah Laku Seks Remaja 26 2.3.2 Pengaruh Keluarga 30 2.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya 38 2.3.4 Pengaruh Sekolah 44
2.3.5 Pengaruh Media Massa 48 2.4 Kerangka Konsep Kajian 54 2.5 Rumusan 57 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 58 3.1 Reka bentuk Kajian 58 3.2 Pemilihan Sampel 61
© COPYRIG
HT UPM
xii
3.3 Lokasi Kajian 64 3.4 Kaedah Pengumpulan Data 65 3.4.1 Temu bual 66 3.4.2 Pemerhatian 68 3.4.3 Analisis Dokumen 71 3.5 Kajian Rintis 72 3.6 Prosedur Kajian 76 3.7 Analisis Data 80 3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan 84 3.9 Rumusan 88 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan 90 4.1 Profil Sosial dan Akademik Responden 91 4.2 Punca Keterlibatan Pelajar Dalam Salah Laku Seks
4.2.1 Dorongan Teman Lelaki 105 4.2.2 Untuk Membuktikan Sayang 110 4.2.3 Keinginan Untuk Mencuba 111 4.2.4 Kekerapan Berdating 116
4.3 Pengaruh Keluarga 121 4.4 Pengaruh Rakan 129 4.5 Pengaruh Sekolah 136 4.6 Pengaruh Media Massa 145 4.7 Temubual Bersama Guru 155 4.8 Pemerhatian 159 4.9 Bagaimana Sekolah Menangani Masalah Salah Laku Seks 160 Dalam Kalangan Pelajar 4.1.0 Rumusan 166 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN RUMUSAN 5.0 Pengenalan 167 5.1 Ringkasan Kajian 167 5.2 Implikasi Kajian 175
5.2.1 Implikasi Teoritikal 176 5.2.4 Implikasi Praktikal 178 5.3 Saranan Kajian Akan Datang 184 5.4 Penutup 186 RUJUKAN 188 LAMPIRAN 197 BIODATA PELAJAR 220