UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI...

25
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR DAN FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGANNYA NORSIAH BT. MOHD. NOOR FPP L 1994 8

Transcript of UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI...

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

   

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KOMITMEN BELlA TANI DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

DAN FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGANNYA

NORSIAH BT. MOHD. NOOR

FPP L 1994 8

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

KOMITMEN BELlA TAN! DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

DAN FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGANNYA

Oleh

Norsiah Bt. Mohd. Noor

Tesis Dikemukakan Untuk Memenuhi Sebahagian Keperluan Ijazah Master Sains Di Pusat Pengembangan

Dan Pendidikan Lanjutan Universiti Pertanian Malaysia

September 1 994

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,

Pada kesempatan 1m penulis mgm merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Hj. Azimi Hj .

Hamzah, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan atas nasihat, bimbingan dan

cadangan beliau kepada penulis dalam menyediakan tesis ini. Penulis juga

merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Jawatankuasa khususnya Dr. Turiman

Suandi dan Dr. Mazanah Mohammad atas sumbangan dan cadangan bernas

mereka.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Puan Saodah Wok dan

Pak Mei Rochjat Darmawiredja yang banyak membantu dalam kerja

menganalisis data kajian. Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Puan

Norizan, Jun dan semua pensyarah serta kakitangan PPPL yang sentiasa

membantu penulis semasa menjayakan program pengajian ini.

Penulis tidak lupa juga menghargai bantuan kewangan yang diberi dalam

bentuk biasiswa oleh SEARCA selama penulis berada di UPM ini. Begitu juga

kepada pihak UPM sendiri dan kakitangannya yang memberikan kemudahan dan

peralatan kepada penulis. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak Jabatan

Pertanian Negeri Selangor, pegawai serta kakitangannya di semua daerah yang

dilawati yang banyak membantu dalam proses pungutan data.

11

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

Akhir sekali penghargaan yang tidak ternilai kepada suami dan anak-anak

penulis yang banyak memberikan sokongan, bantuan dan aspirasi. Penulis agak

terharu di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahandanya di saat-saat akhir

penulisan tesis ini. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.

Kepada semua yang disebutkan di atas, hanya Allah sahaja yang layak

membalas budi saudara/i semua dan didoakan agar diberikan ganjaran oleh Allah

akan usaha dan jihad yang telah dicurahkan. Semoga uSaha kita diberkati Allah.

Amin.

111

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

lSI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGHARGAAN . 11

SENARAI JADUAL . IX

SENARAI RAJAH Xl

ABSTRAK X11

ABSTRACT XIV

BAB

1. PENGENALAN 1

Latar Belakang 1

Status Komitmen Belia Tani Dalam Projek Pertanian 3

Masalah Komitmen Belia Tani . . 4

Kenyataan Masalah . 6

Objektif Umum .. 6

Kepentingan Kajian 7

Skop Kajian 8

2. SOROTAN LITERATUR 9

Konsep Komitmen. . . . . 9

Definisi Komitmen . . 1 0

Kepentingan Komitmen . . 1 2

IV

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

3.

Komitmen Individu

Komitmen Belia Dalam Projek Pertanian . . . .

Konsep Umum Mengenai Sikap Dan Tingkahlaku Individu Yang Komited

Teori Yang Berkaitan Dengan Komitmen .

Teori Psikologi Pergerakan Masyarakat . . . . . . . .

Teori Mobilisasi Sumber .

Konsep Dan Teori Motivasi

Kajian Terdahulu Mengenai Komitmen

Faktor Latar Belakang

Kebolehan Individu

Faktor Keinginan .

Galakan Sosial .

Sifat Personaliti .

METODOLOGI KAJIAN .

Rangka Konseptual Kajian . .

Hipotesis Kajian.

Populasi Kajian .

Persampelan. . .

v

1 3

14

1 5

1 9

1 9

1 9

20

24

25

27

30

3 1

32

. 36

36

38

38

39

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

Pembentukan Peralatan Dan Pengumpulan Data . . . . .

Pembentukan Peralatan . .

Prauji Borang Soal Selidik . .

Ujian Reliabiliti Ke atas Skala .

Pengumpulan Data

Analisis Data . . .

Definisi Istilah Dan Kriteria Mengukur Angkubah Bergantung Dan Angkubah Bebas . . . . .

Komitmen Dalam Projek.

Angkubah Bebas . . .

Faktor Latar Belakang

Faktor Kebolehan .

Sifat Personaliti . .

Faktor Dorongan Keinginan . .

Faktor Galakan Sosial . . . .

4. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN .. .

Hasil Kajian

Tahap Komitmen Belia Tani Dalam Projek Pertanian . . . . . . .

Latar Belakang Responden

Faktor Kebolehan . . . . . .

VI

39

39

42

43

44

44

46

46

47

48

49

50

5 1

52

. 53

54

54

55

63

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

Faktor Sifat Personaliti

Faktor Keinginan

Faktor Galakan

Perkaitan Antara Angkubah Bebas Terpilih Dengan Tahap Komitmen

Perkaitan Antara Faktor Latar Belakang Dengan Tahap Komitmen .

Perkaitan Antara Angkubah Kebolehan Dengan Komitmen .

Perkaitan Angkubah Sifat Personaliti Dengan Komitmen .

Perkaitan Antara Komitmen Dengan Dorongan Keinginan .

Perkaitan Antara Faktor Galakan Dengan Komitmen

Ujian Regrasi Berganda Antara Komitmen Dengan Angkubah Bebas .

5. RINGKASAN KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN . .

Ringkasan

Latar Belakang

Objektif Kajian . .

Metodologi Kajian

Angkubah . . . . .

Penemuan Kajian . . . . .

Vll

65

67

68

72

72

73

74

75

76

77

80

80

80

8 1

81

82

84

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

Tahap Komitmen Responden .

Faktor Latar Belakang . . . .

Perkaitan Antara Tahap Komitmen Dengan Angkubah Bebas Terpilih.

Analisis Regresi Berganda Terhadap Angkubah-Angkubah Bebas Dengan Komitmen .

Kesimpulan

Perbincangan Hasil Kajian

Cadangan Untuk Meningkatkan Tahap Komitmen Belia Tani .

Cadangan Untuk Kajian Pada Masa Hadapan . . . . . . . .

84

84

86

86

87

. 88

97

99

RUJUKAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 101

LAMPIRAN A Borang Soalselidik . . . . . . . . . . . . . 109

VITA 124

V111

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

SENARAI JADUAL

Jadual

1 Populasi Belia Tani Di Bawah Jabatan Pertanian Mengikut Daerah Di Negeri Selangor . .

2 Skor Angkali Realibiliti Untuk Skala .

3 Taburan Responden Untuk Angkubah Bergantung .. . . . . . . . . . . . .

4 Taburan Responden Mengikut Tahap Komitmen

5

6

7

Taburan Responden Mengikut Jantina, Umur Taraf Perkahwinan Dan Tempoh Menyertai Projek . . . . . . . . . . . . .

Taburan Responden Mengikut Tempoh Penglibatan Dalam Projek Pertanian.

Taburan Responden Mengikut Status Pemilikan Tanah Dan Penglibatan Status

8 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan Daripada Hasil Pertanian.

9 Taburan Responden Mengikuti Kursus. . . . .

10

11

12

13

Taburan Responden Dalam Pertubuhan Tempatan Dan Penilaian Tahap Kejayaan . . " . . . . . . .

Taburan Responden Mengikut Kumpulan Angkubah Bebas . . . . . . . . . . . . .

Taburan Responden Mengikut Tahap Kebolehan . . . . . . . .

Taburan Responden Mengikut Sifat Personaliti . . . . . . . . .

IX

Muka Surat

40

43

54

56

S8

59

60

61

62

63

64

66

67

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

14

15

Taburan Responden Mengikut Tahap Keinginan . . . . . . . .

Taburan Responden Mengikut Galakan Diterima . . . . . . . .

16 Perkaitan Antara Tahap Komitmen Dengan Latar Belakang . . . . . . .

17 Perkaitan Antara Faktor Kebolehan Responden Dengan Komitmen .

18 Perkaitan Antara Faktor Sikap Personaliti Dalam Komitmen . .

19 Perkaitan Antara Faktor Keinginan Responden Dengan Komitmen . .

20 Perkaitan Antara Galakan Terhadap Responden Dengan Komitmen .

21 Ringkasan Hasil Ujian Regrasi Berganda (Stepwise) . . . . . .

x

70

71

73

74

75

76

77

78

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

1 Model Penentuan Terhadap Tingkahlaku Pencapaian Dan Keberkesanan Individu Dalam Organisasi. . . . . 18

2 Model Motivasi Porter Dan Lawler 24

3 Model Kajian . . . . . . . . . . . . . 37

Xl

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Pertanian Malaysia sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mendapatkan Ijazah Master Sains.

Pengerusi Fakulti

KOMITMEN BELlA TANI DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

DAN FAKTOR-FAKTOR BERKAITAN DENGANNYA

Oleh

NORSIAH BT. MOHD. NOOR

September 1994

Prof. Madya Dr. Haji Azimi Haji Hamzah Pusat Pengembangan Dan Pendidikan Lanjutan

Komitmen belia dalam pertanian merupakan perkara penting dalam usaha

memenuhi keperluan makanan dalam negara. Tren yang dapat dilihat ialah belia

sudah kurang berminat untuk terus berada dalam bidang pertanian atau

menjadikan bertani sebagai suatu kerjaya. Walau bagaimanapun terdapat

sebilangan kecil belia yang masih mahu terus berusaha dalam bidang ini.

Justeru itu profil latar belakang dan sikap belia yang komited ini merupakan

masalah yang releven untuk dikaji.

Objektif am kajian ini ialah untuk mengetahui tahap komitmen belia tani

dalam projek pertanian. Kajian ini dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor

melalui seramai 140 orang belia tani yang dipilih secara rawak.

xii

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

Penemuan kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen responden yang

masih berada dalam projek-projek pertanian adalah tinggi. Tahap komitmen belia

tani didapati mempunyai perkaitan dengan tempoh masa mereka berada dalam

bidang pertanian; pendapatan yang diperolehi; sikap personaliti yang baik, dan

tahap keinginan mereka yang tinggi. Di antara lima kumpulan pembolehubah,

faktor keinginan merupakan faktor utama yang menyumbangkan 47 peratus

daripada variasi tahap komitmen, manakala faktor sifat personaliti menambah

dua peratus lagi kepada variasi tahap komitmen.

Kajian ini memberikan rumusan bahawa aspek motivasi dalaman individu

seperti faktor keinginan dan sifat personaliti amat penting dalam menentukan

tahap komitmen belia tani. Faktor-faktor pendapatan, taraf pendidikan, tempoh

berada dalam projek dan galakan pegawai merupakan faktor sokongan dalam

menentukan tahap komitmen. Manakala pemilikan tanah individu tidak memberi

erti terhadap tahap komitmen belia tersebut.

Di akhir kajian ini dicadangkan supaya belia tani dan pegawID yang

bertanggungjawab ke atas kemajuan mereka lebih didedahkan dengan idea

usahawan tani. Juga perkara utama yang perlu diberi pertimbangan oleh pihak

berkuasa ialah menukar persepsi masyarakat umum terhadap kerjaya sebagai

usahawan tani dan memperuntukkan tanah sebagai pusat pengeluaran bahan

makanan di setiap negeri.

X111

Page 15: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

Abstract of thesis submitted to the Senate of Universiti Pertanian Malaysia in partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Science.

FARM YOUTH COMMITMENT IN AGRICULTURE PROJECT IN THE STATE OF SELANGOR

Chairman Faculty

AND FACTORS ASSOCIATED

by

NORSIAH BT. MOHD. NOOR

September 1994

Assoc. Prof. Dr Hj. Azimi Haji Hamzah. Centre for Extension and Continuing Education

Farm youth commitment in agriculture projects is important in order to

meet the nation's food supply. Studies have shown that farm youths seem to

loose interest in farming as a career. On the other hand, there are few youths

who are still involved in agriculture. Thus, their profile and attitute towards

agriculture should be identified in relation to their commitment in agricultural

projects.

The general objective of this study is to determine the commitment level

of farm youth in agricultural projects. The study was conducted in the state of

Selangor through 140 respondents who were randomly selected.

The findings of the study revealed that the level of commitment among

the respondents was high. The level of commitment of farm youth was found to

be significantly related to their duration of projects, income, needs achievement

xiv

Page 16: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

contributed 47 percent of the variability in the level of commitment while two

percent of the variability in the commitment was attributed to personality traits.

The study concluded that individual internal aspects of motivation that is,

needs achievement and personality traits, are important indicators in determining

the level of commitment among youths. Other factors such as income, level of

education, duration of projects and encouragement by extension are supporting

factors. Meanwhile land ownership does not contribute to the increase in the

level of commitment.

Lastly, the study suggests that farm youths and their most immediate

extension should be made aware of the idea of farm enterprenuership. On top of

that government should help to change public perception on farming as a career,

and to allocate a piece of land as production centre in every state.

xv

Page 17: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

BABI

PENGENALAN

Latar Belakang

Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara (DPN) sebagai

golongan sasaran yang penting se1ain daripada petani dewasa termasuk wanita tani.

Komitmen belia dalam program pembangunan khususnya pertanian adalah penting,

kerana pertanian merupakan sektor asas bagi penduduk negara ini. Di samping itu

sektor pertanian juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk luar

bandar (Dasar Pertanian Negara, 1991; Asian Productivity Organization, 1990).

Sehubungan dengan itu kerajaan telah merancang berbagai program supaya

golongan ini terlibat dan seterusnya komited dalam aktiviti pertanian. Aktiviti­

aktiviti program tersebut dilaksanakan melalui berbagai projek pertanian oleh

berbagai agensi seperti Jabatan Pertanian, Kementerian Belia Dan Sukan, Pihak

Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dan Lembaga

Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA). Selain daripada agensi

kerajaan dan separa kerajaan terdapat juga pertubuhan-pertubuhan sukarela yang

menjalankan aktiviti pertanian, seperti Pergerakan Belia 4B, yang bergerak di bawah

penyelarasan Majlis Belia Malaysia.

Dalam usaha untuk mendapatkan komitmen yang serius dalam projek yang

dilaksanakan, beberapa strategi telah dibuat untuk belia luar bandar oleh pihak

kerajaan. Antara strategi yang telah dibuat ialah pembukaan tanah barn untuk

Rancangan Tanah Belia; memberikan bantuan input pengeluaran seperti Rancangan

1

Page 18: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

2

Belia Peladang; dan menyediakan program latihan yang berterusan bagi belia-belia

yang berada di luar daripada projek rancangan pembukaan tanah (Khairuddin dan

Shamsuddin, 1991; Jabatan Pertanian , 1987; Kementerian Belia dan Sukan, 1985).

Rancangan pembukaan tanah seperti yang dilaksanakan oleh RISDA,

FELCRA dan FELDA merupakan strategi yang hanya dapat dinikmati oleh

sebilangan belia yang terpilih sahaja. Strategi ini memerlukan penggunaan banyak

tanah banI. Oleh itu para belia Iuar bandar yang terlibat dengan pertanian sarna

ada di dalam ataupun di Iuar projek rancangan pembukaan tanah baru perlu diberi

Iatihan dan pendedahan mengenai teknologi baru.

Sehubungan dengan itu program latihan telah dikenalpasti sebagai strategi

penting dalam Dasar Pertanian Negara. Program ini bertujuan untuk melatih

golongan belia dan beliawanis supaya mereka mempunyai lebih maklumat dan

pengetahuan dalam bidang pertanian moden. Maklumat dan pengetahuan tersebut

kelak dapat membantu dan mendorong mereka menjadikan pertanian sebagai

pekerjaan yang menguntungkan (Dasar Pertanian Negara, 1984).

Sebenarnya program latihan untuk menyediakan belia dalam teknologi

pertanian moden telah dilakukan secara formal dan tidak formal sejak tahun 1960an

lagi. Latihan formal bermula apabila belia dilatih di beberapa institusi pengajian

seperti Kolej Pertanian dan Institut Pertanian. Latihan formal ini bertambah luas

apabila Pendidikan Vokasional Pertanian diwujudkan di peringkat sekolah

menengah dan Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan (Asian Productivity

Organization, 1991). Program dan aktiviti Iatihan formal dan tidak formal ini

diteruskan dalam tahun 1970an oleh berbagai agensi, walaupun kesan latihan pada

masa itu kurang diberi perhatian. Dalam program Rancangan Malaysia Keenam

Page 19: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

3

(1986 - 1990), usaha melatih golongan belia ini telah dipergiatkan semula, apabila

isu pembentukan belia sebagai usahawan telah diketengahkan ( Asian Productivity

Organization, 1990, Jabatan Pertanian 1987, Kementerian Belia Dan Sukan, 1985).

Status Komitmen Bella Tani Dalam Projek Pertanian

Pada amnya penglibatan belia dalam sektor pertanian terbahagi kepada tiga

kategori, iaitu sebagai petani sepenuh atau separuh masa; keduanya sebagai

pengedar, pembekal atau pemproses bahan pertanian di kawasan luar bandar ; dan

ketiga sebagai pemimpin tempatan yang berusaha untuk meningkatkan

pembangunan sektor pertanian ( Azimi dan Khairuddin, 1990; Adhikarya dan

Posamenteir, 1986). Kategori pertama iaitu belia sebagai petani sepenuh atau

separuh masa merupakan kumpulan terbesar berbanding dengan kategori kedua dan

ketiga (Azimi dan Khairuddin, 1990). Mereka merupakan belia luar bandar yang

dibesarkan dalam masyarakat tani dan mewarisi bidang pertanian daripada

keluarga mereka (Keating dan Little, 1991; Asian Productivity Organization,

1990). Komitmen mereka dalam pengeluaran hasil pertanian merupakan kerjaya

warisan untuk saraan hidup keluarga tani tersebut.

Arus perkembangan dalam sektor pertanian telah menjadikan tugas belia tani

bertambah komplek dalam menuju tahap komersil. Misalnya belia tani dalam

kategori kedua kini tidak lagi hanya menceburi bidang pengeluaran hasil tetapi telah

komi ted dalam aspek pembekalan input, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian

(Azimi dan Khairuddin 1991, Jabatan Pertanian, 1987). Komitmen belia tani dalam

aspek ini telah memperluaskan lagi bidang dan saluran pemasaran hasil pertanian,

mengikut keadaan dan citarasa semasa. Contohnya belia tani kini tidak hanya

Page 20: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

4

menanam ubi kayu malah memprosesnya menjadi makanan ringan untuk meluaskan

lagi pasaran komoditi ini di dalam dan luar negara.

Belia yang termasuk dalam kategori ketiga menurut Azimi dan Khairuddin

(1991) ialah pemimpin belia yang merancang pembangunan ekonomi pertanian.

Kumpulan ini merancang, menyusun dan menguruskan projek-projek, seperti projek

koperasi kampong. Rumusan yang dapat dibuat di sini ialah ketiga-tiga kategori

komitmen belia tani mempunyai kepentingannya tersendiri dalam menggerakkan

sektor pertanian ke arah yang lebih berdaya maju untuk mencapai tahap komersil.

Masalah Komitmen Bella Tani

Masalah utama yang dihadapi dan perlu diberikan perhatian ialah bagaimana

untuk menjadikan sektor pertanian lebih menarik supaya komitmen belia dalam

projek pertanian dapat dipertingkatkan. Soal komitmen belia ini mempunyai

perkaitan rapat dengan sejauh mana projek pertanian dapat memberikan pulangan

ekonomi yang baik kepada para belia. Ini bererti sikap kaum belia terhadap sektor

ini amat perlu diberi perhatian yang utama. (Asia Productivity Organization, 1990).

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa belia yang menyertai projek

pertanian, biasanya berminat hanya pada peringkat permulaan projek dan setengah­

setengahnya di peringkat memohon sahaja. Minat tersebut akan semakin

berkurangan apabila mereka merasakan bidang pertanian memberikan pendapatan

yang rendah (Jabatan Perdana Menteri, 1985).

Para penyelidik mendapati walaupun belia tani yang mengikuti program

pertanian ini, termasuklah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) di

Page 21: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

5

seluruh negara, telah diajar menggunakan teknologi barn dan diberikan subsidi oleh

pihak kerajaan, namun penglibatan dan komitmen mereka dalam sesuatu projek

masih pasif (Chamhuri dan Nik Hashim, 1988). Menurut Chamhuri dan Nik Hashim

(1988) komitmen yang pasif ini telah menjadikan matlamat strategi Projek

Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) tidak tercapai sepenuhnya. Tujuan IADP

ialah untuk mengubah sikap para petani yang pasif ke arah yang lebih cergas di

samping memupuk personaliti individu yang berdikari, namun perkara sebaliknya

terjadi apabila petani lebih bergantung kepada kerajaan.

Selain daripada masalah yang disebutkan di atas, maklumbalas yang

diperolehi oleh Jabatan Pertanian pula menunjukkan bahawa komitmen terhadap

usaha korrtersil dan kegiatan berkumpulan juga masih kurang mendapat sambutan.

Sedangkan kaedah pengembangan bersepadu serta berkumpulan dan pengurusan

ladang secara komersil telah diperkenalkan sejak tahun 1978 lagi (Cawangan

Pengembangan, Jabatan Pertanian, 1987).

Kaedah pengembangan seperti yang disarankan dalam Dasar Pertanian

Negara telah dilaksanakan oleh kebanyakan agensi melalui berbagai projek belia

tani. Contohnya Rancangan Tanah Belia dan Rancangan Ladang Belia

Berkelompok. Tujuan utama kaedah ini ialah untuk mewujudkan penyelarasan

antara agensi, memudahkan penyaluran segala bentuk bantuan dan kemudahan

daripada agensi-agensi yang berkenaan (Wan Ibrahim, 1984).

Walaupun telah banyak diperkatakan mengenai soal kurangnya penglibatan

dan komitmen golongan petani dan belia tani khususnya, tidaklah bermakna semua

projek yang telah dilaksanakan gagal belaka. Terdapat beberapa projek kumpulan

petani dan belia tani yang telah berjaya menunjukkan prestasi pencapaian yang baik

Page 22: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

6

dan telah diberikan penghargaan oleh pihak kerajaan dengan berbagai anugerah

seperti 'Peladang Jaya' dan Xumia Belia Jaya'. Kejayaan belia-belia ini

walaupun cuma di kalangan segelintir belia sahaja (Jabatan Pertanian, 1991) namun

mereka masih sanggup terns berada dalam bidang pertanian sedangkan rakan-rakan

mereka telah lama menceburi bidang-bidang lain.

Kenyataan Masalah

Komitmen belia dalam projek pertanian adalah penting untuk kesinambungan

sektor tersebut pada masa hadapan.

Bagi tujuan mendapatkan komitmen yang serius di kalangan belia, berbagai

strategi telah dilaksanakan oleh banyak agensi antaranya Kementerian Belia, Jabatan

Pertanian, FELDA, FELCRA dan RISDA. Pada masa yang sarna Dasar Pertanian

Negara juga mengeluarkan garis panduan dalam memberikan latihan kepada belia

mengenai aspek pertanian. Dalam menilai projek-projek yang diselenggarakan oleh

agensi-agensi tersebut, beberapa kajian telah dibuat. Kajian-kajian penilaian projek

belia tani menunjukkan terdapat banyak projek yang kurang maju dan tidak mampu

untuk bertahan lama ( Jabatan Perdana Menteri, 1985; Kementerian Belia Dan

Sukan, 1982). Malah Asian Productivity Organisation (1991) melaporkan tahap

kornitrnen belia tani di Malaysia telah merosot.

Walau bagaimanapun, terdapat belia tani yang telah menunjukkan pre stasi

yang cemerlang dan berjaya dalam aspek pertanian serta mendapat pengiktirafan

daripada pihak kerajaan. Kajian dan pemerhatian yang lepas menunjukkan kejayaan

dan kemunduran belia tani ini ada kaitannya dengan sikap dan personaliti individu

itu sendiri (Azizan, 1991; Noorshita, 1990). Namun hingga kini tiada kajian yang

Page 23: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

7

menjurus ke arah mengetahui sikap dan personaliti individu yang komited tersebut.

Oleh yang demikian persoalan utama yang cuba diberi tumpuan dalam kajian ini

ialah untuk memahami apakah sikap dan personaliti belia yang komited dalam

projek pertanian, dan bagaimanakah ciri-ciri tersebut berkaitan dengan tahap

komitmen.

Objektif Umum

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang

berkaitan dengan komitmen belia tani dalam projek pertanian.

Objektif spesifik kajian adalah untuk mengetahui:

1. Mengetahui profil belia tani (latar belakang, kebolehan, sifat personaliti,

dorongan keinginan dan galakan yang diterima oleh belia tani) yang terlibat

dalam projek pertanian di Negeri Selangor.

2. Mengetahui tahap komitmen belia tani dalam projek pertanian, dan

3. Mengetahui perkaitan di antara faktor latar belakang, kebolehan, sifat

personaliti, dorongan keinginan dan galakan sosial dengan tahap komitmen

belia tani dalam projek pertanian.

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangka akan dapat membantu jabatan dan agensi-agensi

pembangunan yang terlibat dalam membangunkan belia. Hasil kajian ini akan dapat

memberikan maklumat mengenai tahap kesediaan belia tani untuk komited dalam

Page 24: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

8

berbagai projek khususnya pertanian. Maklumat yang diperolehi akan dapat

menjadi panduan kepada jabatan dan agensi tersebut terutamanya Jabatan Pertanian

dan Kementerian Belia dan Sukan dalam mengatur strategi perancangan program

belia taninya di masa akan datang.

Maklumat seperti latar belakang, faktor sikap, tingkahlaku dan motivasi

dan hubungkaitnya dengan tahap komitmen akan dapat membantu jabatan dan agensi

membuat pemilihan peserta projek di masa akan datang. Pada masa yang sarna,

ciri-ciri tersebut juga boleh dijadikan sebagai aspek yang perlu diberikan

penekanan dalam program-program latihan agensi berkenaan.

Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di negeri Selangor Darul Ehsan iaitu salah sebuah

negeri yang proses pengindustrian berjalan paling pesat. Kebanyakan belia- belia di

Negeri Selangor bekerja di kilang. Walau bagaimanapun terdapat belia yang masih

terus bertani. Mereka ini merupakan responden dalam kajian ini.

Kajian ini mengambilkira belia tani yang mendapat khidmat nasihat dari

Jabatan Pertanian Negeri Selangor sahaja. Kaedah pengembangan selain khidmat

nasihat, seperti bantuan atau galakan yang berupa pemberian tanah daripada mana­

mana agensi termasuk Jabatan Pertanian tidak terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini juga meliputi angkubah terpilih sahaja. Ia cuma terbatas dari segi

perkaitan angkubah-angkubah bebas (iaitu faktor latar belakang, kebolehan,

personaliti, faktor dorongan dan faktor galakan) dengan angkubah bergantungnya

komitmen dalam projek.

Page 25: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KOMITMEN BELlA TANI …psasir.upm.edu.my/id/eprint/11115/1/FPP_L_1994_8_A.pdf · Latar Belakang Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara

BAB1

SOROTAN LITERATUR

Bab ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama merangkumi

bahan bertulis yang dibincangkan mengikut lima tajuk iaitu : Konsep Komitmen,

Komitmen Belia dalam Projek, Konsep Umum Mengenai Sikap dan Tingkahlaku

Individu yang Komited, Teori Berkaitan dengan Komitmen, dan Ciri-ciri Individu

yang Komited. Bahagian kedua menerangkan tentang rangka konseptual dan

bahagian ketiga pula membentangkan hipothesis kajian.

Konsep Komitmen

Komitmen merupakan isu penting yang senng ditimbulkan dalam

pembentukan sesuatu kumpulan keIja. Malah isu ini lebih banyak: dibincangkan oleh

institusi atau organisasi formal seperti syarikat-syarikat pemiagaan daripada institusi

yang tidak formal seperti perkumpulan belia. Contohnya Staw (1977)

membincangkan mengenai komitmen pekeIja dalam membantu orgamsasmya

mencapai matlamat dan nilai-nilai organisasi tersebut. Perbincangan dan kenyataan

beliau dikaji dan disokong oleh ramai saIjana seperti Ferris dan Aranya (1983), Hom

Katerberg dan Hulin (1979), dan Mowday, Steers dan Porter (1979).

Komitmen, sarna ada dalam organisasi pemiagaan atau sosial, memberi

penekanan kepada sikap individu mengenai keseluruhan aspek organisasi tersebut.

Ini termasuklah aspek keIja, kepimpinan, komunikasi, pengalaman di tempat keIja

dan persekitarannya. Dalam aspek ini kepuasan bekeIja hanya merupakan sebahagian

daripada proses pembentukan komitmen. Kepuasan bekeIja lebih mudah dicapai

9