UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir...

26
PELAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU ZALEHA BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir...

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

PELAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH

KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU

ZALEHA BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam
Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

ii

PELAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU

ZALEHA BINTI ISMAIL

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN

DARIPADA SYARAT PENGANGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

iii

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

iv

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Untuk Ayahanda dan Bonda yang dihormati,

(Ismail bin Nordin dan Fatimah binti Karman)

Untuk suami yang dicintai dan disayangi,

(Muharam bin Rahman)

Untuk cahayamataku yang dikasihi,

(Muhammad Izzul Nazmi bin Muharam)

Juga buat kakak-kakak dan abang-abang yang disayangi

Serta buat bapa mertua sekeluarga

Tidakku lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu

Kepada kalian semua kuucapkan ribuan terima kasih

Segala sokonganmu, nasihatmu, jasamu, doamu dan pengorbananmu,

Amatku hargai dan kukenang selalu sehingga keakhir hayat ini.

Dengan sokongan semua telah menguatkan semangatku untuk meneruskan perjuangan

ini hingga berjaya

Tanpa kalian semua mungkin kejayaan ini tidak akan tercapai

Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik kita bersama

Semoga Allah melimpahkan rahmatnya untuk kalian semua yang kukasihi.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

vi

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan rahmat Nya,

maka akhirnya dapatlah pengkaji menyiapkan penyelidikan ini. Semoga apa yang telah

dilakukan ini mendapat keredhaan daripada Nya.

Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih buat penyelia saya iaitu

En.Yahya Bin Buntat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan dorongan

dalam tempoh penyediaan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga buat kedua ibubapa serta mertua yang begitu

memahami kehendak tugas dan peraturan yang terpaksa dipatuhi selama saya berada di

Universiti Teknologi Malaysia ini. Hanya Tuhan yang akan membalas segala

pertolongan, juga doa restu dari kalian. Begitu juga buat suami dan anak tercinta,

pengorbanan dan sokongan kalian amat kuhargai.

Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu.

Rakaman terima kasih juga buat guru besar dan guru-guru sekolah terbabit kerana telah

memberikan kerjasama. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam tempoh kajian ini dijalankan.

Jasa-jasa kalian tidak akan dilupakan. Hanya Allah yang dapat membalasnya .

Sekian, terima kasih.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

vii

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bagi melihat pelaksanaan pengajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru. Tujuan kajian

ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti adakah pelaksanaan pengajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru dilaksanakan

dengan baik dan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini dijalankan

dengan menggunakan boring soal selidik dan dihantar sendiri oleh pengkaji ke sekolah-

sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai sampel kajian. Data yang

diperolehi akhirnya dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.0. Hasil daripada

kajian ini didapati bahawa, pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di

sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru telah dilaksanakan dengan baik walaupun

terdapat sedikit kelemahan dalam pengurusan pelaksanaannya. Untuk kajian lanjutan

pengkaji mencadangkan agar kajian dibuat untuk melihat pelaksanaan pengajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup ini di sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan tamil. Juga

dicadangkan responden diambil dari beberapa sekolah setiap daeraj negeri Johor.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

viii

ABSTRACT

This descriptive research is to look at the implementation of teaching Kemahiran

Hidup subject at primary school in Johor Bahru district. The purpose of this research is

to identify weather the implimentation of teaching Kemahiran Hidup subject at primary

school in Johor Bahru was done accurately and achieve the target of the Falsafah

Pendidikan Negara. This study was done using questionnaire as an instrument. The

questionire were sent to all the schools by the researcher herself. The data gained from

the study was analysed using SPSS Version 11.0. From the finding of this study, the

implimentation of teaching Kemahiran Hidup at primary school in Johor Bahru district

was accurately done althought there was a slighty weakness in the management of the

implimentation. For advance research in fature, the researcher suggest to carry out a

study of the implimentation of teaching Kemahiran Hidup at sekolah rendah jenis

kebangsaan cina and sekolah rendah jenis kebangsaan tamil. Also the responden should

be taken from several schools in all district in Johor state.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI SIMBOL

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

xiii

xv

xvi

xvii

xviii

BAB I

PENDAHULUAN

1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

x

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kemahiran 9

1.8.2 Pengajaran 9

1.8.3 Kurikulum 9

1.8.4 Pelaksanaan 10

1.8.5 Guru-Guru Kemahiran Hidup 10

BAB II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kemudahan Fizikal Yang Sedia Ada 13

2.3 Latar Belakang Sukatan Pelajaran KHSR 14

BAB III METODOLOGI KAJIAN 18

3.1 Pengenalan 18

3.2 Reka bentuk Kajian 19

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20

3.4 Instrumen Kajian 22

3.5 Prosedur Kajian 23

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

xi

3.6 Kajian Rintis 25

3.7 Kajian Sebenar 26

3.8 Analisa Data 27

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 29

4.1 Pengenalan 29

4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden 30

4.2.1 Janitna 31

4.2.2 Umur 31

4.2.3 Etnik 32

4.2.4 Kelulusan 33

4.2.5 Pengalaman Mengajar 34

4.2.6 Bilangan Waktu Mengajar 34

4.2.7 Mengikuti Kursus Pendedahan KH

Dianjurkan 35

4.3 Bahagian B – Jawapan Responden Mengikut

Persoalan Kajian 36

4.3.1 Adakah Guru-Guru KHSR Ini

Mempunyai Pengetahuan,Latihan,

Kemahiran Dan Minat Mengajar

Mata Pelajaran KH 38

4.3.2 Adakah Pihak Sekolah Menyediakan

Peruntukan Kewangan, Kemudahan

Fizikal Dan Keperluan Bengkel Yang

Cukup Untuk Pelaksanaan Pengajaran

KHSR 40

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

xii

4.3.3 Adakah Guru-Guru KH Menggunakan

Kaedah Pengajaran Bagi Membantu

Mencapai Objektif Pengajaran 43

4.3.4 Adakah Pengajaran Dan

Pembelajaran Yang Dilaksanakan

Mencapai Objektif Dan Pelajar

Dapat Menguasai Kemahiran Praktis

Asas 45

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

47

5.1 Pengenalan 47

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 48

5.3 Perbincangan 50

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang

Responden 51

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 51

5.3.3 Perbincangan persoalan Kajian 2 55

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 58

5.3.5 perbincangan Persoalan Kajian 4 62

5.4 Kesimpulan 63

5.5 Cadangan 64

5.6 Cadangan Kajian Akan Datang 65

5.7 Penutup 66

Rujukan 68

Lampiran 72

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pemetaan Dan Kesinambungan 15

3.1 Senarai Sekolah Yang Dipilih Untuk

Persampelan 21

3.2 Skala Likert 23

3.3 Pembahagian Item Berdasarkan Persoalan

Kajian 27

3.4 Pengkelasan Pemeringkatan Likert 28

4.1 Taburan Responden mengikut Jantina 31

4.2 Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur 31

4.3 Taburan Responden Mengikut Etnik 32

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 33

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar 34

4.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu

Mengajar 34

4.7 Mengikuti Kursus Pendedahan KH Dianjurkan 35

4.8 Pengkelasan Maklum Balas Responden 36

4.9 Perubahan Markat Dan Skala 3 Mata 37

4.10 Markat Skala 3 Mata 37

4.11. Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Frekuensi Dan Min Bagi Aspek Pengetahuan

Latihan, Kemahiran Dan Minat 38

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Frekuensi Dan Min Bagi Aspek Peruntukan

Kewangan, Kemudahan Fizikal Dan Keperluan

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

xiv

Bengkel 41

4.13 Taburan Responden Mengikut Peratusan

Frekuensi Dan Min Bagi Aspek Kaedah

Pengajaran Yang Digunakan 43

4.14 Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Frekuensi Dan Min Bagi Aspek Pencapaian

Objektif Pengajaran 45

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

xv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 25

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

xvi

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KH - Kemahiran Hidup

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

ABM - Alat Bantu Mengajar

SRJK (C) - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina

SRJK (T) - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BPPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

- Pendidikan

SPSS - Statistical Package For The Social Science

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

xvii

SENARAI SIMBOL

% - Peratusan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

xviii

SENARAI LAMPIRAN

NO lAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

LAMPIRAN - Borang Soal Selidik 84

- Reliability Analysis 91

- Surat Kebenaran BPPPDP (EPRD) 94

- Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan

Negeri Johor 95

- Surat Akuan Pelajar 97

- Surat Pengesahan Soal Selidik 98

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan.

Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah di masukkan ke dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bermula pada sesi persekolahan

1992/1993. Sebanyak 3000 buah sekolah diseluruh Negara di pilih bagi melaksanakan

mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah pada sesi persekolahan 1993/1994.

Pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah rendah melibatkan pelajar-pelajar tahun 4 dan

5. Kumpulan ini adalah kumpulan rintis kedua. Pelaksanaan pendidikan pravokasional

diperingkat sekolah rendah disampaikan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Seperti yang sedia maklum Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah adalah

bertujuan untuk memberi asas pendidikan iaitu 3M, membaca, menulis, mengira. Di

dalam KBSR selain asas 3M, rancangan pembelajaran melibatkan dua tahap, iaitu

menguasai kemahiran dan menggunakannya. Pada tahap kedua selama tiga tahun

adalah untuk mengukuhkan kemahiran asas dan menggunakan kemahiran yang

diperoleh untuk mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu. Antara pembelajaran yang

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

2

disisipkan dalam KBSR untuk tahap kedua ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah disebut sebagai mata pelajaran

sisipan kerana ia tidak termasuk dalam peperiksaan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman.

Dengan pembelajaran yang diikuti pelajar diharap dapat menguasai bidang ini

melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif

berasaskan teknologi dan keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka

dapat menjalankan kerja buat sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta.

Kemahiran asas yang sedemikian dapat membantu mendidik menjadi seorang murid

yang boleh berdikari dan berkeyakinan untuk menjalani kehidupan secara produktif

dalam dunia teknologi dan ekonomi negara yang sentiasa berubah. Antara bidang,unit

atau tajuk pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran KHSR terbahagi kepada

dua bidang iaitu pertama bidang reka bentuk dan teknologi, kedua bidang perniagaan

dan keusahawanan.

Mata pelajaran ini juga amat pentingkan pemupukan nilai dan sikap seperti

berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja-

buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam KHSR boleh dijalankan dalam

pelbagai seperti tunjukcara, bercerita, kajian, simulasi,sumbang saran,main peranan,

permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan disesuaikan mengikut kesesuaian keadaan

untuk membantu agar pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Dalam pengajaran

KHSR, kajian masa depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup untuk merangsang daya intelek dan mengupaya murid memanfaatkan

dan memberi sumbangan ke arah menentukan hala tuju masa depan, Pusat

Perkembangan Kurikulum(2002).

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

3

1.2 Latarbelakang Masalah.

Kurikulum bersepadu sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi

keberkesanan pengajaran ke arah pembangunan pelajar sebagai insan. Keberkesanan

membawa maksud sesuatu tindakan itu dilihat daripada hasil yang diperolehi

sesudahnya, Dewan Bahasa (1989). Dalam pendidikan, keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dapat dilihat dengan cara membuat penilaian. Pengajaran dan

pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara berterusan,

Pusat Perkembangan Kurikulum (Semakan 2002). Pelaksanaan sesuatu mata pelajaran

di sekolah haruslah mengikut rangka konsep yang telah disediakan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia, yang bertujuan untuk penyelarasan bagi mencapai keberkesanan

pengajaran, objektif dan matlamat. Pelaksanaan ialah hasil daripada melaksanakan

(mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya), Dewan

Bahasa (1989). Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah bermula

pada tahun 1992/1993. Pelaksanaan sesuatu mata pelajaran di sekolah seharusnya

dijalankan dalam keadaan yang bersedia, samada dari segi kemudahan dan fasilitis

sekolah seperti bengkel, alatan dan guru-guru. Pelaksanaan yang telah dirancang pasti

akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti yang

diharapkan dalam kurikulum pelajaran tersebut.

Dalam melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup guru merupakan sebagai

agen penyampai dan pembentuk pendidikan pravokasional diperingkat sekolah rendah.

Walau pun adakalanya pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya

disampaikan oleh guru-guru yang bukan dari bidang Kemahiran Hidup. Ini berlaku

kerana tiada guru yang dilatih khas untuk pengajaran bidang Kemahiran Hidup bagi

sekolah rendah. Guru-guru sekolah rendah lepasan Maktab Perguruan yang belajar

mata pelajaran Kemahiran Hidup sebagai elektif kedua ialah guru-guru matematik,

sains dan pendidikan jasmani. Dengan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran ini

dijalankan oleh guru-guru bukan dari bidang Kemahiran Hidup, adakah pengajaran

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

4

dapat disampaikan dengan berkesan. Adakah guru bukan bidang ini dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bengkel.

Sebagai seorang guru KH mereka harus membuat penyampaian pengajaran yang

berbentuk gerakkerja amali untuk membantu pelajar menguasai kemahiran. Walau pun

guru itu tidak mempunyai pengetahuan kemahiran dan pengalaman yang cukup dalam

bidang tersebut mereka tetap melaksanakan pengajaran dengan sebaik mungkin

walaupun mata pelajaran yang diajar bukan bidang mereka. Namun dapatkah guru-guru

ini melaksanakan pengajaran yang berkesan. Keberkesanan pelaksanaan KHSR ini juga

sukar dilihat dan sering diabaikan kerana tidak ada penilaian dalam bentuk ujian atau

pun peperiksaan. Jabatan Pendidikan Negeri menyarankan agar diadakan satu ujian

yang bertujuan melihat sejauh mana pelajar dapat menguasai kemahiran yang diajar.

Dan dalam masa yang sama ini dapat melihat pencapaian objektif pengajaran serta

meninjau pelaksanaan pengajarn mata pelajaran ini di sekolah rendah mencapai

matlamatnya. Namun kebanyakan sekolah tidak menjalankannya dengan sempurna atas

sebab-sebab tertentu.

Sejauh mana pelaksanaan pengajaran sesuatu mata pelajaran dijalankan dengan

baik di sesebuah sekolah bergantung juga bagaimana seseorang guru besar itu

mentadbir organisasi sekolah mereka. Bagi pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran KHSR guru besar bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal yang

lengkap dan keselamatan dipatuhi. Peruntukan kewangan untuk KHSR juga haruslah

ditadbir dan diurus dengan bijak agar ia dapat memenuhi dan membantu mencapai

matlamat pendidikan KHSR. Sebagai guru besar yang mahukan sekolahnya berjaya

dalam akademik mereka perlulah memainkan peranan yang bersifat proaktif, tegas dan

memberi sumbangan yang membina. Atas sebab itu persediaan pengajaran oleh guru

penting bagi memastikan berlaku pembelajaran yang kondusif. Strategi atau kaedah

pengajaran yang digunakan memberikan implikasi terhadap keberkesanan pembelajaran

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

5

murid. Strategi yang digunakan seharusnya dapat mengatasi faktor kekangan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru KHSR harus memainkan peranan untuk menguruskan bengkel dan

keperluan aktiviti pengajaran yang sesuai, menarik dan selamat sehingga dapat

membuat murid-murid rasa terpanggil dan berminat untuk mengikuti pengajaran

mereka sehingga dapat dilihat keberkesanannya melalui perubahan tingkah laku dari

aspek penguasaan kemahiran. Menurut Hj.Baharin , Kertaskerja dari Konpen Vl

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) di UKM, 1981, Kejayaan dan keberkesanan

sistem KBSR banyak bergantung kepada sikap dan peranan guru yang terlibat

dengannya. Dengan ini menunjukkan peri pentingnnya komitmen dan kualiti guru-guru

itu kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran di sekolah.

Maka guru-guru yang mengajar mata pelajaran KHSR harus sentiasa bersedia untuk

melengkap dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dari semasa ke semasa agar

dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme keguruan. Dengan

kesediaan untuk mengikuti kursus-kursus jangka panjang atau pendek untuk mata

pelajaran KHSR guru-guru ini dapat memperbaiki kelemahan pengajaran mereka

melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Dengan tahap pengetahuan guru-

guru yang tinggi ini akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran

KHSR bagi mencapai matlamat dan objektif kurikulum.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran sisipan dalam

Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan ia adalah mata pelajaran yang berbentuk amali.

Oleh itu apabila proses pengajaran dan pembelajaran hendak dilaksanakan, ia

memerlukan satu tempat khusus untuk aktiviti pembelajaran. Tempat yang khusus ini

perlulah dilengkapi dengan alatan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Oleh kerana

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

6

mata pelajaran ini baru dalam kurikulum sekolah rendah berbanding di sekolah

menengah, kebanyakan sekolah yang mempunyai reka bentuk bangunan lama tidak

tidak mempunyai bilik-bilik khusus untuk bengkel KH. Dengan tiadanya tempat khusus

ini tentulah aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Biasanya pelaksanaan sesuatu program baru akan menghadapi pelbagai masalah dan

terdapat pelbagai kelemahan dan kekurangan dari segi pelaksanaannya. Ini disebabkan

oleh faktor kekurangan keperluan fizikal, sumber, pengalaman dan kepakaran. Atas

sebab itu tinjauan dibuat terhadap guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran ini.

1.4 Objektif Kajian

Empat objektif kajian ini diharap akan dapat dicapai iaitu:

1.4.1 Mengetahui keupayaan guru-guru dari aspek pengetahuan, latihan dan

kemahiran serta minat guru terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah.

1.4.2 Mengetahui kemudahan fizikal, keperluan bengkel serta peruntukan kewangan

yang disediakan oleh pihak sekolah untuk pelaksanaan pengajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

1.4.3 Mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru bagi

pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

1.4.4 Mengetahui keupayaan guru-guru mencapai objektif pengajaran mata pelajaran

KH yang dirancang

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja- buat-sendiri. Bagi guru-guru kaedah pengajaran dalam

7

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang menjadi asas kajian ini merangkumi beberapa

aspek, antaranya ialah :

1.5.1 Adakah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah ini mempunyai pengetahuan, latihan, kemahiran dan minat mengajar

mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.5.2 Adakah pihak sekolah menyediakan peruntukan kewangan, kemudahan fizikal

dan keperluan bengkel yang cukup bagi pelaksanaan pengajaran mata pelajaran

KH.

1.5.3 Adakah guru-guru KH menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bagi

membantu mencapai objektif pengajaran.

1.5.4 Adakah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dapat mencapai

objektif pembelajaran yang dirancang.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini di harap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu. Hasil

kajian ini nanti adalah penting untuk :

1.6.1 Memberi panduan kepada pihak guru besar dan guru-guru yang terlibat

mengenalpasti kekurangan kemudahan dan keperluan asas untuk pelaksanaan

mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

1.6.2 Guru besar bersama organisasi panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah

Rendah dapat mengenalpasti kelemahan, dan bersama-sama dalam menjalankan

usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mata pelajaran ini

bagi mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaannya di sekolah rendah.