UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filecenderung memiliki Kecerdasan Interpersonal pada tahap...
Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filecenderung memiliki Kecerdasan Interpersonal pada tahap...
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
inggi.
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: POLA KECERDASAN PELBAGAI DAN POLA PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR SAINS TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN
MENGIKUT JANTINA, BANGSA DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI UTM
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya _________________NAZWA BT. MISNADI__________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian t4. **Sila tandakan (√ )
Disahkan oleh:
__________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 200, Parit No 5, Jln Yusof, Prof Madya Dr. Rio Sumarni Shariffudin 83600 Semerah, (Nama Penyelia) Batu Pahat, Johor
Tarikh: 12 Mac 2004 Tarikh: 12 Mac 2004
TIDAK TERHAD
TERHAD
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan.)
√
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan Kimia.”
Tandatangan : ________ _________
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Shariffudin.
Tarikh : __________________________________
POLA KECERDASAN PELBAGAI DAN PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR
SAINS TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP JANTINA, BANGSA
DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NAZWA BT. MISNADI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
Syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2004
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : _ _
Nama Penulis : Nazwa Bt. Misnadi
Tarikh : _______________
DEDIKASI
Dedikasi ini ku tujukan buat insan-insan yang banyak memberikan dorongan dan nasihat
hingga terhasilnya tesis ini
Buat ayahanda dan bonda,
Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayatku,
Tiada ternilainya segala pengorbananmu untuk ku nilai dengan wang ringgit,
Tanpa kalian berdua tiadalah diriku di sini,
Setiap lafaz doamu, nasihat dan dorongan yang kau berikan telah menjadi pelita hidupku
untuk berjaya,
Ayahanda, bonda,
Terima kasih di atas segalanya,
Buat Kak Ana, Abang Diham, Kak Zila dan Akim,
Terima kasih di atas segala dorongan yang kau berikan,
Tanpa sokongan daripada kalian tiadalah aku di sini,
Buat insan tersayang Amirulnizam,
Terima kasih di atas segalanya,
Kau berikan sinar untuk ku terus berjaya
Semoga kejayaan mengiringi kita berdua, InsyaAllah
Buat sahabat-sahabat,
Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan,
Semoga kita akan mencapai kejayaan bersama,
Di samping menjadi warga pendidik yang berdedikasi
Akhir kata, terima kasih di atas segalanya kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan sebaliknya.
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tinggi kepada penyelia
tesis, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Shariffudin atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan tesis ini. Beliau telah banyak memberikan
tunjuk ajar tanpa mengenal erti penat lelah dalam proses menyiapkan tesis ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan terutamanya
Mastura, Robi’atul Adawiyah, Azura, Muslimah, Norliza, Rohayu, ‘Alya, Fatimah
Farahiyah, Aishah dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam usaha menyiapkan tesis ini. Tanpa sokongan dan dorongan dari kalian, tesis ini
tidak akan dapat disiapkan dengan sempurna.
ABSTRAK
Kecerdasan pelbagai dan personaliti memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan tinggi untuk mengenali diri dan kekuatan seseorang individu dalam
pembelajaran serta menjadi rangsangan bagi perkembangan dalam pembelajaran. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji pola kecerdasan pelbagai dan personaliti pelajar-pelajar
sains tahun empat Fakulti Pendidikan mengikut jantina, bangsa dan pencapaian
akademik. Seramai 52 orang responden yang dipilih sebagai sampel. Instrumen yang
digunakan adalah Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983) dan Myers Briggs Type
Indicator (MBTI). Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif dan data dikumpul
melalui set soal selidik. Data mentah daripada soal selidik dianalisis dan dipersembahkan
dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar
cenderung memiliki Kecerdasan Interpersonal pada tahap cemerlang dan Kecerdasan
Verbal-Linguistik pada tahap lemah. Pelajar ini juga cenderung memiliki personaliti
Extroversion-Sensing (ES).
ABSTRACT
Multiple intelligence and personality play an important role in higher education.
They represent different individual preferences and strength in learning and can be a
stimulus for developing new ways of learning. This research is focused on the pattern of
personality and multiple intelligence of fourth year science student (Faculty of
Education) with gender, race and the result. A total of 52 students from both groups were
selected as samples. Multiple Intelligence Gardner Inventory (1983) and Myers Briggs
Type Indicator (MBTI) were used in this research. This is a quantitative approach
research. Questionnaires were used to collect the data and were then analyzed. The data
were represented as frequencies and percentage. The results showed that the majority of
students were Interpersonal for excellent level and Verbal-Linguistic for weak level. The
majority of students were Extroversion-Sensing.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAHAGIAN SATU
BAB I
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Rasional Kajian 5
1.6 Persoalan Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Definisi Kajian 8
1.10 Penutup 9
BAHAGIAN DUA
BAB II
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Definisi Kecerdasan Pelbagai 10
2.3 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai 11
2.3.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik 11
2.3.2 Kecerdasan LogikMatematik 11
2.3.3 Kecerdasan Ruang Visual 11
2.3.4 Kecerdasan Muzik 12
2.3.5 Kecerdasan Kinestatik 12
2.3.6 Kecerdasan Interpersonal 12
2.3.7 Kecerdasan Intrapersonal 12
2.3.8 Kecerdasan Naturalistik 12
2.4 Personaliti 13
2.5 Kajian Personaliti dalam Pendidikan 14
2.5.1 Ciri-ciri Myers Briggs Type Indicator 16
2.5.2 Kajian Myers Briggs Type Indicator dalam 20
Pendidikan
2.6 Penutup 26
BAHAGIAN TIGA
BAB III
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Metodologi Kajian 28
3.4 Populasi dan Pensampelan Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 30
3.5.1 Myers Briggs Type Indicator (MBTI) 31
3.5.2 Cara Analisis Data MBTI 31
3.5.3 Inventori Kecerdasan Pelbagai 33
3.5.4 Cara Analisis Data KPHG 34
3.6 Pengesahan Instrumen 35
3.7 Kajian Rintis 35
3.7.1 Nilai Kebolehpercayaan dan Kesahan 35
Kecerdasan Pelbagai
3.7.2 Nilai Kebolehpercayaan MBTI 36
3.8 Penutup 36
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 38
4.3 Persoalan Kajian 1 40
4.4 Persoalan Kajian 2 48
4.5 Penutup 51
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN PENUTUP
5.1 Pengenalan 52
5.2 Rumusan 52
5.2.1 Persoalan Kajian 1 53
5.2.2 Persoalan Kajian 2 54
5.3 Perbincangan 54
5.3.1 Persoalan Kajian 1 55
5.3.2 Persoalan Kajian 2 56
5.4 Cadangan Kajian 58
5.5 Saranan Kajian 58
5.6 Penutup 58
BAHAGIAN ENAM
BAB VI
BAB VI RUJUKAN 60
BAHAGIAN TUJUH
BAB VII
BAB VII LAMPIRAN 64
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 2.1 Jadual jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai 12
Jadual 2.2 Ciri-ciri Dikotomi Extroversion-Introversion 17
Jadual 2.3 Ciri-ciri Dikotomi Sensing-Intuitive 18
Jadual 2.4 Ciri-ciri Dikotomi Thinking-Feeling 19
Jadual 2.5 Ciri-ciri Dikotomi Judging-Perceiving 20
Jadual 2.6 Ciri-ciri Extroversion-Introversion dalam 23
Pengajaran Pembelajaran
Jadual 2.7 Ciri-ciri Sensing-Intuition dalam Pengajaran 24
Pembelajaran
Jadual 2.8 Ciri-ciri Thinking-Feeling dalam Pengajaran 24
Pembelajaran
Jadual 2.9 Ciri-ciri Judgement-Perception dalam 25
Pengajaran Pembelajaran
Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina 38
Jadual 4.2 Taburan responden mengikut bangsa 39
Jadual 4.3 Taburan responden mengikut pencapaian akademik 39
Jadual 4.4 Pola kecerdasan pelbagai mengikut jantina 40
Jadual 4.5 Pola kecerdasan pelbagai mengikut bangsa 42
Jadual 4.6 pola kecerdasan pelbagai mengikut 45
pencapaian akademik
Jadual 4.7 Pola personaliti responden terhadap jantina 49
Jadual 4.8 Pola personaliti responden mengikut bangsa 49
Jadual 4.9 Pola personaliti responden terhadap pencapaian 50
akademik
Jadual 5.1 Ciri-ciri ES 57
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 2.1 Empat kecenderungan pembelajaran 15
dengan kumpulan pekerjaan
Rajah 3.1 Hasil-hasil gabungan dari dua dikotomi personaliti 32
SENARAI SIMBOL
SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia
SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik
SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
SPG Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Biologi
SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains
MBTI Myers Briggs Type Indicator
KPHG Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner
IN Introversion-Intuition
IS Introversion-Sensing
EN Extroversion-Intuition
ES Extroversion-Sensing
E Extroversion
I Introversion
S Sensing
N Intuition
K1 Kecerdasan Verbal-Linguistik
K2 Kecerdasan Logik Matematik
K3 Kecerdasan Ruang Visual
K4 Kecerdasan Muzik
K5 Kecerdasan Kinestatik
K6 Kecerdasan Interpersonal
K7 Kecerdasan Intrapersonal
K8 Kecerdasan Naturalistik
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal-selidik 62
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia di kala ini seiring dengan arus perkembangan negara.
Pendidikan di Malaysia sering digubal bagi menghasilkan taraf pendidikan yang diiktiraf
dunia. Penghasilan kurikulum yang baru menjadikan pendidikan di negara bertambah
baik dari semasa ke semasa. Selain itu corak pengajaran dan pembelajaran juga
berkembang selari dengan arus sains dan teknologi. Berbagai alat bantu mengajar yang
diperbaharui seperti penggunaan slaid projektor, komputer dan sebagainya. Ini
menunjukkan bahawa negara kita mengalami perkembangan yang pesat bukan saja dari
segi kepesatan pembangunan malah dari segi pendidikan juga dititikberatkan.
Pendidikan hari ini mengalami perubahan paradigma daripada pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan guru kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
(Percival dan Ellington, 1984;Ellington, 1995). Kajian-kajian penyelidikan kini juga
semakin menumpukan perhatian kepada aspek psikologi pelajar, terutamanya personaliti
pelajar (Joy, 1997; Fuller, Norby, Pearce, Strand, 2000).
Personaliti setiap individu pelajar adalah berbeza. Fahaman ini telah
menghasilkan pelbagai perspektif dan sejumlah besar kajian sejak dua dekad yang lalu
(Kolb, 1976). Personaliti menerangkan dua perkara, iaitu kepada diri seseorang secara
keseluruhan dan kepada perbezaan antara individu (Habibah dan Noran, 2002).
Personaliti-personaliti yang berbeza mempengaruhi kognitif dan gaya pembelajaran
seseorang dengan menentukan kecenderungan mereka terhadap cara pengajaran dan
pembelajaran. Personaliti juga mempengaruhi model pemprosesan maklumat, iaitu cara
individu tersebut memperoleh dan mengaplikasikan kandungan yang didedahkan kepada
mereka. Festiger (1957) menerangkan bahawa masalah kognitif dan pemindahan
informasi yang lemah akan berlaku sekiranya personaliti individu tidak bersesuaian
dengan sifat atau ciri informasi tersebut.
Di samping itu, pelbagai kajian dijalankan untuk meninjau sejauh mana
penggunaannya, cara-cara pembelajaran dan pengajaran yang sistematik serta pragmatis
dapat membantu pelajar-pelajar mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan
mereka, di samping penggunaannya secara menyeluruh dan praktikal, serta mengkaji
kesannya terhadap pelajar dan pensyarah. Memandangkan pendidikan hari ini adalah
berpusatkan pelajar, corak pengajaran dan pembelajaran kita memerlukan anjakan
paradigma, di mana aspek dalaman pelajar, terutamanya personaliti perlu
dipertimbangkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga perlu
diserapkan aktiviti bagi memperkembangkan kecerdasan pelbagai bagi setiap individu.
Bukan sahaja dari segi personaliti tetapi juga dari segi kecerdasan. Walaupun tahap
kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu itu tidak sama, tetapi setiap individu itu
mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (Howard Gardner, 1996). Setiap
individu hanya perlu memperkembangkan dan memperkayakan agar setiap jenis
kecerdasan dapat dikembangkan secara seimbang. Menurut Howard Gardner (1996),
setiap individu perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan iaitu:
a) Verbal-Linguistik
b) Logik matematik
c) Ruang Visual
d) Muzik
e) Kinestetik
f) Interpersonal
g) Intrapersonal
h) Naturalistik
Setiap individu perlu memperkembangkan setiap kecerdasan yang ada dalam diri
setiap individu agar dapat menguasai setiap kecerdasan dengan baik. Proses pengayaan
adalah salah satu cara yang dilakukan untuk memperkembangkan kecerdasan pelbagai.
Menurut Dr. Ismail Zain, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai setiap kecerdasan
tersebut. Ianya hanya perlu diperkembangkan agar setiap kecerdasan tersebut dapat
dikuasai. Menurut Oliver dan Utermohlen (1995), “ para pelajar memerlukan suatu
panduan untuk menilai informasi dan bukan menerima kesemuanya secara pasif”. Dalam
hal ini, sistem pendidikan kita perlu mementingkan kecerdasan pelbagai di kalangan
pelajar. Pelajar perlu memperkembangkan dan mengaplikasikan kecerdasan pelbagai
secara efektif dalam pembelajaran akademik, masalah yang dihadapi, dan keputusan
kritikal yang terpaksa dibuat ekoran daripada perkembangan informasi dan perubahan
teknologi yang mendadak.
1.2 Latar Belakang Masalah
Personaliti dan kecerdasan adalah antara aspek penting yang perlu dititikberatkan
oleh pelajar mahupun pengajar. Kedua-dua aspek ini amat penting bagi menghasilkan
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Kajian oleh Hamzah Nun (1999) telah
menunjukkan bahawa pihak institusi pengajian tinggi berjaya melahirkan para graduan
yang meningkat dari segi kuantiti bagi memenuhi kehendak negara, namun gagal
mencapai ke arah peningkatan kualiti. Sebilangan besar pelajar mempunyai sikap pasif
dan mempunyai daya tindak balas yang lemah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Zaini Ujang (1993) dalam bukunya ‘Universiti : Mendukung Tradisi
Intelektual’ juga melaporkan bahawa idealisme asal universiti-universiti Malaysia untuk
hasilkan graduan yang intelek semakin tidak ketara sejak kebelakangan ini. Universiti
diwujudkan dan seringkali memperlihatkan matlamat secara eksplisit untuk menampung
kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang tertentu sahaja khususnya bidang sains dan
teknologi.
Ekoran daripada itu masalah kekurangan graduan yang intelektual ini, kajian yang
lebih mendalam dan terperinci diperlukan untuk mengenalpasti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Sekiranya aspek kecerdasan dan personaliti dijadikan
sebagai panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran ia mampu menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lanjutan daripada masalah ini, penyelidik
telah membuat keputusan untuk menjalankan kajian saintifik ke atas aspek psikologi
pelajar, iaitu kecerdasan pelbagai dan personaliti bagi pelajar sains tahun empat Fakulti
Pendidikan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai dan personaliti
mempengaruhi kecenderungan dan gaya pengajaran dan pembelajaran seseorang.
1.3 Pernyataan Masalah
Personaliti adalah antara aspek dalaman pelajar yang mempengaruhi kognitif dan
gaya pembelajaran mereka dengan menentukan kecenderungan mereka terhadap cara
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mempengaruhi model pemprosesan maklumat,
iaitu cara individu tersebut memperoleh dan mengaplikasikan maklumat. Festiger (1957)
menerangkan bahawa masalah kognitif dan pemindahan informasi yang lemah akan
berlaku jika personaliti individu tidak bersesuaian dengan ciri atau sifat informasi
tersebut.
Dalam era teknologi kini, informasi secara besar-besaran dapat diperolehi dengan
mudah. Maka, pelajar memerlukan suatu panduan untuk menilai informasi dan bukan
menerima kesemuanya secara pasif (Oliver dan Utermohlen, 1995). Pelajar perlu
memperkembangkan dan memperkayakan kecerdasan pelbagai dalam diri individu
dengan mengaplikasikan dalam pembelajaran. Bagaimana seorang pelajar dapat
menggembangkan kecerdasan pelbagai dalam dirinya semasa proses pembelajaran. Ianya
perlu dikembangkan dengan melibatkan perkataan, nombor, gambar, muzik, pemikiran,
pengalaman fizikal, pengalaman sosial dan pengalaman dalam alam semulajadi. Dengan
menggunakan keseluruhannya, ia dapat mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan
dengan seimbang. Oleh itu, kecerdasan pelbagai telah dijadikan pilihan aspek dalaman
yang ingin dikaji dalam kajian ini.
Berdasarkan kepada apa yang dibincangkan di atas, kajian ini adalah bertujuan
untuk mengenalpasti pola kecerdasan pelbagai dan pola personaliti di kalangan pelajar
Sains tahun empat Fakulti Pendidikan terhadap jantina, bangsa dan pencapaian akademik.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti pola kecerdasan pelbagai pelajar Sains tahun empat Fakulti
Pendidikan terhadap bangsa, jantina dan pencapaian akademik
2. Mengenalpasti pola personaliti pelajar Sains tahun empat Fakulti Pendidikan
melalui penggunaan instrumen MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) terhadap
bangsa, jantina dan pencapaian akademik
1.5 Rasional Kajian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, jenis kecerdasan pelbagai dan
personaliti haruslah menjadi satu perkara yang perlu diambil perhatian. Sekiranya ianya
diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran, ia mampu menghasilkan pembelajaran
yang berkesan. Walaupun kini kita berada dalam era yang serba canggih aspek psikologi
juga tidak boleh dilupakan kerana ianya mampu menghasilkan individu yang berguna
kepada negara. Sekiranya setiap individu itu mengetahui tentang jenis kecerdasan dan
personaliti mereka, ia memudahkan bagi individu itu sendiri dan orang lain.
1.6 Persoalan Kajian
Secara khususnya, kajian ini mengkaji persoalan-persoalan berikut:
1. Apakah pola kecerdasan pelbagai bagi pelajar Sains tahun empat Fakulti
Pendidikan berdasarkan teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner terhadap
bangsa, jantina dan pencapaian akademik?
2. Apakah pola personaliti pelajar Sains tahun empat Fakulti Pendidikan
berdasarkan instrumen MBTI terhadap bangsa, jantina dan pencapaian akademik?