UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUMPULAN NASYID PERTAMA ...ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070/1/TD_NUR...

5
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUMPULAN NASYID PERTAMA DIINDUSTRI HIBURAN MALAYSIA KES STUDI: KUMPULAN RAIHAN TESIS INI DIKEMUKAKAN KEPADA FAKULTI SENI MUZIK SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT-SYARAT IJAZAH SARJANA MUDA SENI MUZIK PERSEMBAHAN (KEPUJIAN) FAKULTI MUZIK OLEH NUR FARDILLA NADIA BT ABU BAKAR 2006884002 SHAH ALAM, SELANGOR MEl 2008

Transcript of UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUMPULAN NASYID PERTAMA ...ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070/1/TD_NUR...

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUMPULAN NASYID PERTAMA ...ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070/1/TD_NUR FARDILLA... · kes studi: kumpulan raihan tesis ini dikemukakan kepada fakulti seni muzik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KUMPULAN NASYID PERTAMA DIINDUSTRI HIBURAN MALAYSIA

KES STUDI: KUMPULAN RAIHAN

TESIS INI DIKEMUKAKAN KEPADA FAKULTI SENI MUZIK SEBAGAIMEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT-SYARAT IJAZAH

SARJANA MUDA SENI MUZIK PERSEMBAHAN (KEPUJIAN)

FAKULTI MUZIK

OLEH

NUR FARDILLA NADIA BT ABU BAKAR

2006884002

SHAH ALAM, SELANGOR

MEl 2008

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUMPULAN NASYID PERTAMA ...ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070/1/TD_NUR FARDILLA... · kes studi: kumpulan raihan tesis ini dikemukakan kepada fakulti seni muzik

Saya memperakui bahawa tiap-tiap petikan dan rujukan yang terdapat di dalam

hasil kajian ini adalah dari sumber yang diakui kesahihannya

Nama: Nur Fardilla Nadia bt Abu Bakar

2006884002

Tarikh:

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUMPULAN NASYID PERTAMA ...ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070/1/TD_NUR FARDILLA... · kes studi: kumpulan raihan tesis ini dikemukakan kepada fakulti seni muzik

ABSTRAK

Kajian ini mengandungi gambaran serta keterangan mengenai "Kumpulan nasyid

pertama di industri hiburan Malaysia: Kes studi : Kumpulan Raihan".

Untuk menyiapkan tesis ini, penulis telah membahagikan setiap tajuk kepada

beberapa bab. Segala maklumat dan keterangan ditentukan oleh penulis dan diletakkan

mengikut susunan bab-bab yang telah dibahagikan. Penulis juga telah melampirkan

sekali soalan-soalan yang diajukan kepada individu yang berkaitan dengan tajuk dan ini

sedikit sebanyak memudahkan pembaca untuk memahami apa yang cuba disampaikan

oleh penulis. Selain daripada itu, pembaca juga boleh merujuk isi kandungan yang telah

disediakan oleh penulis bagi memudahkan lagi pembacaan.

Penyelidikan dan segala maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis adalah

dibuat atas sebab rasa tanggungjawab dan prihatin penulis terhadap muzik nasyid di

industri hiburan tanahair dan penulis juga ingin berkongsi apakah rahsia-rahsia kejayaan

kumpulan Raihan sehingga mereka begitu dipuja dan diangkat sehingga di mata.

Penulis juga ingin berkongsi bersama pembaca apakah peranan syarikat rakaman

Warner Music dalam mempromosikan dan memasarkan kumpulan Raihan dan album

Puji-pujian sehingga mencatat penjualan sebanyak 650,000 unit. Setidak-tidaknya ia

dapat dijadikan rujukan dan manfaat kepada individu, artis atau syarikat rakaman yang

lain agar mengambil langkah sama yang diambil oleh mereka ini. Penulis juga ingin

berkongsi pandangan dan pendapat masyarakat, media cetak dan elektronik tentang

keistimewaan kumpulan Raihan dan album Puji-pujian ini.

vi

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUMPULAN NASYID PERTAMA ...ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070/1/TD_NUR FARDILLA... · kes studi: kumpulan raihan tesis ini dikemukakan kepada fakulti seni muzik

lSI KANDUNGAN

PENGESAHAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

151 KANDUNGAN

LAMPIRAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Penulisan

1.2 Tujuan Kajian

1.3 Skop Kajian

1.4 Kaedah Kajian

1.5 Organisasi Kajian

BAB 2 KUMPULAN RAIHAN DAN ALBUM PUJI-PUJIAN

2.1 Sejarah Awal Kumpulan Raihan

2.2 Sejarah Penglibatan Anggota Raihan

2.3 Muzik Nasyid Sebagai Konsep Album

2.4 Ringkasan Sinopsis Lirik dan Lagu

vii

MUKASURAT

iii

vi

vii

xi

10

11

12

15

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUMPULAN NASYID PERTAMA ...ir.uitm.edu.my/id/eprint/28070/1/TD_NUR FARDILLA... · kes studi: kumpulan raihan tesis ini dikemukakan kepada fakulti seni muzik

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PENULIS

Kebanya~kan penggiat seni tanah air lebih cenderung menghasilkan muzik

yang moden seperti pop, jazz, hip hop dan sebagainya kerana ia dikatakan lebih

komersil dan senang untuk mendapat perhatian daripada masyarakat. Mereka juga

lebih senang menjadikan muzik barat sebagai rujukan dalam muzik. Tanpa kita sedari

muzik nasyid semakin lama semakin pupus dalam industri hiburan tanah air. Apabila

kita memperkatakan tentang nasyid, ramai beranggapan bahawa muzik nasyid

bukanlah muzik yang boleh 'dijual' atau mendatangkan keuntungan kepada

seseorang. Bahkan ia kerap dikatakan sebagai muzik yang ketinggalan dan hanya

sesuai didengar untuk sesetengah golongan di sesetengah tempat secara tertutup.

Definisi nasyid itu sendiri membawa membawa maksud nyanyian yang

biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para­

para nabi. puji-pujian bagi Allah dan yang seumpamanya . Menurut Kamus Dewan

(halaman: 923), nasyid adalah lagu yang biasanya dinyanyikan secara berkumpulan

yang mengandungi seni kata yang berunsurkan Islam 1. Kebanyakkan lagu nasyid

datangnya daripada sumber aliran Arab iatu Iraqi.Hijazi,dan Misri disamping tujuh lagi

maqam iaitu Banjakka, Hijjaz, Musyarawaraq. Ras. Jaharka. Sika dan Dukah2•

1 Dipetik dari halaman web htlp:/Iwww.islam.gov.my

2 Hajj Azahari. Datuk Hj Hassan. (2003). Perbezaan Nasyid Tradisi dan Nasyid Moden. Kuala Lumpur: JAKIM