UNJURAN ORTOGRAFIK

15
0 | Page NOTA LENGKAP UNJURAN ORTOGRAFIK

description

unjuran

Transcript of UNJURAN ORTOGRAFIK

Page 1: UNJURAN ORTOGRAFIK

0 | P a g e

NOTA LENGKAP UNJURAN ORTOGRAFIK

Page 2: UNJURAN ORTOGRAFIK

UNJURAN ORTOGRAFIK

PENGENALAN UNJURAN ORTOGRAFIK

Ortografik ialah mengenai kaedah bagaimana untuk memaparkan bentuk suatu komponen atau objek di atas kertas lukisan berdasarkan jenis unjuran arah pandangan. Unjuran arah pandangan ini bergantung kepada pemilihan arah yang diunjurkan ke satah paparan untuk membentuk satu unjuran ortografik.

Pandangan ortografik mengandungi dua atau lebih arah pandangan yang dilihat dari arah yang berbeza. Kedudukan pandangan ini bersudut tepat diantara satu sama lain dan disusun dengan kaedah tertentu. Setiap satah pandangan ini memaparkan bentuk yang berbeza. Kombinasi daripada bentuk-bentuk ini akan menghasilkan maklumat satu bentuk komponen yang lengkap. Hasil pandangan yang lengkap ini menyebabkan konsep ini digunakan secara meluas dalam bidang kejuruteraan.

Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk tulisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuanya adalah untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi. Lukisan ortografik boleh ditunjukkan dalam Unjuran Sudut Pertama dan Unjuran Sudut Ketiga.

DEFINISI UNJURAN ORTOGRAFIK

Unjuran Ortografik adalah cara melukis sesuatu objek yang berbentuk 3 dimensi (3D) dari arah pandangan yang berbeza. Biasanya, kita perlu melukis pandangan depan, sisi dan pelan agar orang lain dapat melihat setiap sisi penting lukisan objek yang hendak dilukis.

Lukisan Ortografik sangat berguna terutama sekali semasa reka bentuk dibangunkan ke peringkat di mana ianya hampir bersedia untuk dikeluarkan atau dipasarkan.

Terdapat dua cara melukis lukisan dalam ortografik :

1) Unjuran sudut pertama2) Unjuran sudut ketiga

Rajah 1 Peringkat-peringkat skuan objek

1 | P a g e

Page 3: UNJURAN ORTOGRAFIK

Perbezaan di antara unjuran sudut pertama dengan unjuran sudut ketiga hanyalah pada kedudukan pandangan pelan, hadapan dan sisi sahaja.

Rajah 2 Pandangan unjuran Sudut Pertama

Rajah 3 Pandangan unjuran Sudut Ketiga

2 | P a g e

Page 4: UNJURAN ORTOGRAFIK

KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK

Unjuran Ortografik mempunyai tiga konsep utama iaitu :

1) Arah Pandangan2) Satah Unjuran3) Objek (benda yang dilukis)

i) Arah Pandangan

Pandangan Hadapan

Arah pandangan ialah apabila setiap pandangan ortografik dihasilkan dengan mengunjurkan setiap garisan-garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan.

Rajah 4

Pandangan Atas

Mengikut konsep unjuran, tiap-tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran. Oleh itu apabila satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, maka satu lagi pandangan boleh diunjurkan daripada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas.

Rajah 5

3 | P a g e

Page 5: UNJURAN ORTOGRAFIK

Pandangan Sisi

Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan.

Rajah 6

i)Satah Unjuran

Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah.

Rajah 7

4 | P a g e

Page 6: UNJURAN ORTOGRAFIK

i)Objek (benda yang dilukis)

Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga.Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah.

Rajah 8

KAEDAH PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK

1) Pandangan Hadapan2) Pandangan Atas3) Pandangan Sisi

Rajah 9

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK

5 | P a g e

Page 7: UNJURAN ORTOGRAFIK

Lukisan ini menggunakan tiga satah utama iaitu satah tegak, satah ufuk (mendatar) dan satah menegak tambahan (susuk). Satah dalam lukisan teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat seperti dalam rajah.

Rajah 10

Kedudukan satah tegak menyilang pada satah mendatar dari satu arah pandangan. Kedudukan kedua-dua satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang di antara satu sama lain dalam sudut 90 darjah. Ini akan menghasilkan empat bahagian yang dikenali sebagai sukuan pertama, sukuan kedua dan sukuan ketiga dan seterusnya sukuan keempat. Dalam lukisan ortografik keempat sukuan ini disebut sebagai sudut. Dengan itu ia dinamakan sudut pertama, sudut kedua, sudut ketiga atau sudut keempat. Seperti dalam rajah terdapat nama bahagian sudut-sudut tersebut.

Dari empat sudut itu hanya dua bahagian sahaja yang boleh digunakan iaitu sudut pertama dan sudut ketiga. Keadaan ini berlaku kerana satah-satah mendatar dikisarkan mengikut pusingan jam, lukisan (pandangan) yang terhasil pada satah-satah pada unjuran sudut kedua dan keempat akan bertindih di antara satu sama lain. Lukisan tersebut tidak boleh digunakan kerana mengelirukan. Manakala pada sudut pertama dan ketiga pula satah akan terbentang yang akan menghasilkan lukisan terang dan jelas.

6 | P a g e

Page 8: UNJURAN ORTOGRAFIK

PANDANGAN-PANDANGAN DALAM UNJURAN ORTOGRAFIK

Rajah 11

Pandangan dari satah berlaianan kedudukannya

Untuk menentukan pandangan-pandangan bagi sesuatu objek dalam unjuran ortografik, boleh ditempatkan satah-satah unjuran seperti dalam Rajah 11. Tiga satah utama yang digunakan ialah satah menegak dari arah A dan B dan satah melintang dari arah C. Semua bentuk yang terhasil akan dirakamkan pada satah-satah berkenaan yang menghasilkan pandangan-pandangan yang diperlukan.

Rajah 12

7 | P a g e

Page 9: UNJURAN ORTOGRAFIK

Satu Bongkah Dalam Pandangan Bergambar

Dalam Rajah 12 menunjukkan bongkah yang dilihat dari tiga arah pandangan. Pandangan ini masih tidak sempurna kerana tidak dapat menunjukkan dengan lengkap saiz, rupa dan bentuk sebenar objek berkenaan. Sebagai contoh lurah V tidak dapat menunjukkan bukaan sudut yang betul dan bentuk bulatan dilihat berbentuk elip dan bentuk yang sepatutnya berbentuk bulat. Ini bermakna bentuk yang dilihat itu tidak dapat menunjukkan gambaran tepat objek yang sebenar.

Rajah 13 Objek dilukis dalam pandangan ortografik

Rajah 14

Pandangan yang mengelirukan dalam lukisan bergambar dapat ditunjukkan dengan terang dan jelas dalam lukisan ortografik. Sebagai contoh bentuk V dalam Rajah 13 dapat ditunjukkan ukuran dan bentuk pada pandangan hadapan dengan jelas dan terang. Begitu juga ukuran dan bentuk bulatan dapat dilihat pada pandangan atas. Ini menunjukkan pandangan ortografik adalah satu yang terang, jelas dan lengkap.

Unjuran sudut pertama :

8 | P a g e

Page 10: UNJURAN ORTOGRAFIK

Rajah 15 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah-satah menegak dan satah mendatar. Dari arah pandangan A, B, dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat dibelakang objek.

Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – OBJEK – SATAH untuk unjuran

Rajah 15

Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah 16. Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek. Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.

Rajah 16

9 | P a g e

Page 11: UNJURAN ORTOGRAFIK

Contoh pada Rajah 17 menunjukkan unjuran pertama dalam dua pandangan sisi kiri dan sisi kanan. Dalam unjuran pertama tiga pandangan yang boleh dilukis adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan.

Rajah 17

Rajah 18 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut ketiga dan dikelilingi oleh satah-satah menegak dan satah mendatar. Dari arah pandangan A, B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat di hadapan objek. Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – SATAH – OBJEK untuk unjuran sudut ketiga.

Rajah 18

10 | P a g e

Page 12: UNJURAN ORTOGRAFIK

Susunan pandangan-pandangan dalam unjuran sudut ketiga adalah seperti contoh dalam Rajah 19. Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek. Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.

Rajah 19

Contoh pada Rajah 16 menunjukkan enam pandangan yang boleh dilukis dalam lukisan unjuran iaitu pandangan sisi kiri, sisi kanan, pandangan belakang, pelan dan juga pandangan bawah. Walau bagaimanapun hanya tiga pandangan sahaja yang diperlukan untuk tujuan lukisan unjuran yang sebenarnya. Untuk unjuran sudut ketiga, tiga pandangan utama adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan sahaja.

11 | P a g e

Page 13: UNJURAN ORTOGRAFIK

Simbol lukisan unjuran

Perbezaan di antara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan-pandangan pelan, hadapan dan sisi yang berlainan. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan, satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan seperti Rajah 20. Simbol ini lazimnya ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan (title block) kertas lukisan.

Unjuran sudut Pertama

Unjuran sudut Ketiga

Rajah 20

12 | P a g e

Page 14: UNJURAN ORTOGRAFIK

UNJURAN SUDUT KETIGA

Sila lihat contoh mudah bagi objek “dadu” di bawah;- cuba fahamkan sudut-sudut pandangan yang telah dilukis.

Rajah 21(a)

Arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan di bawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.

Rajah 21(b)

13 | P a g e

Page 15: UNJURAN ORTOGRAFIK

Unjuran sudut ketiga juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Kini penggunaannya telas meluas di serata dunia. Lukisan unjuran ini objek objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah-satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah-olah diperbuat daripada bahan lutsinar bagi membolehkan objek itu dilihat menembusi satah-satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga-tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam Rajah 22.

Rajah 22

Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil seperti dalam rajah 23.

Rajah 23

14 | P a g e