UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran...

24
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU Edisi Pertama

Transcript of UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran...

Page 1: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama

Page 2: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

Program pendidikan pengguna oleh:

Pengurusan Kekayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana

P E R A N C A N G A N

K E WA N G A N DA N

A N DA

Pengurusan Kekayaanbagi Perusahaan Kecildan Sederhana

Page 3: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

1 Pengenalan

2 Apakah pengurusan kekayaan?Bagaimana hendak bermula?

3 Apakah aspek-aspek pengurusankekayaan?

4 Perancangan aliran tunaiPerancangan dan pengurusan pelaburanApakah jenis produk pelaburan yang

sesuai untuk anda?

6 Perancangan insuransPerancangan cukaiPerancangan persaraan dan penggantian

8 Perancangan harta

9 Institusi pengurusan kekayaan Apakah yang perlu ada dalam rancangan

anda?

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja.Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumatlengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidakseharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihatguaman.

Tarikh: 1 Februari 2007

10 Tanggungjawab anda sebagai klienMelabur melalui institusi pengurusan

kekayaan

11 Faedah pengurusan kekayaan

12 Soalan-soalan lazim

13 Lampiran I - Sampel membuat profil risiko

15 Lampiran II- Sampel rancangan pelaburan

19 Glosari

kan

du

ng

an

Page 4: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

Pengenalan

Kita sering mendengar mengenai pengurusan kekayaan bagi individu yangmempunyai nilai aset bersih yang tinggi. Namun, pengurusan kekayaan bukansahaja untuk individu tetapi juga untuk perusahaan perniagaan. Buku kecil inimenyediakan maklumat asas mengenai aspek pengurusan kekayaan yang bolehdilakukan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pengurusan asetmereka bagi mencapai matlamat kewangan mereka.

Pengurusankekayaan

bukan sahaja untuk individu tetapi juga untuk

perusahaan perniagaan

Page 5: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

• Menilai profil risiko perniagaan dan risiko peribadi anda

Anda perlu mengambil kira kedudukan kewangan peribadi anda kerana sebagai pemilik perniagaan, kedudukan kewangan anda berkait rapat dengan keadaan perniagaan anda. Setelah anda menentukannilai aset bersih anda dan menetapkan matlamat kewangan anda, anda perlu mempunyai satu pelan tindakan untuk mencapai matlamat itu.

APAKAH PENGURUSAN KEKAYAAN?

Pengurusan kekayaan adalah tentang kaedah mengurus kekayaan atau dana lebihan anda bagi mencapai sesuatu matlamat kewangan; sebagai contoh, bagi memastikan modal yang dilabur adalah terjamin atau bagi memastikan risiko pelaburan diurus dengan baik setiap masa. Wang atau kekayaan didefinisikan sebagai aset bersih anda, sesudah ditolak dengan hutang (atau liabiliti) anda.

BAGAIMANA HENDAK BERMULA?

Sebelum anda memutuskan bagaimana wang anda patut diurus, anda perlu menentukan kedudukan kewangan dan matlamat kewangan anda dan juga syarikat anda. Untuk tujuan ini, anda perlu:

• Memahami matlamat kewangan perniagaan dan peribadi anda serta kekangan yang dihadapi

• Menganalisis kedudukan kewangan syarikat dan peribadi anda dengan menggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai

Pengurusan kekayaanadalah tentang

kaedah menguruskekayaan atau dana

lebihan anda bagi mencapai

sesuatumatlamat

kewangan

2

Aset Bersih (kekayaan) = Aset - Liabiliti

Pendapatan Bersih = Pendapatan - Perbelanjaan

Kedudukan Kewangan

Matlamat Kewangan

Matlamat 1 Matlamat 2 Matlamat 3

+

+

+

Page 6: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

• Perancangan persaraan dan kebajikan pekerja untuk mengekalkan pekerja utama bagi penerusan perniagaan

• Perancangan persaraan dan penggantian untuk memastikan operasi perniagaan dapat diteruskan dengan lancar apabila pemilik perniagaan meninggalkan perniagaan itu

• Perancangan harta untuk memastikan pemindahan kekayaan yang efisien kepada pengganti atau benefisiari

APAKAH ASPEK-ASPEK PENGURUSAN KEKAYAAN?

Pada masa ini, banyak syarikat menguruskan kekayaan mereka melalui instrumen insurans dan pelaburan. Rancangan pengurusan kekayaan yang komprehensif secara amnya harus merangkumi cara-cara untuk mengekal, mengembang dan mengagihkan aset yang meliputi perkara-perkara berikut:

• Perancangan hutang/aliran tunai bagi membolehkan penggunaan kredit yang efisien dan optimum untuk perniagaan

• Perancangan dan pengurusan pelaburan untuk mengekalkan kekayaan dan memastikan pulangan yang berpatutan

• Perancangan insurans bagi perlindungan perniagaan (sebagai contoh, kebakaran, kecurian, marin atau insurans untuk pekerja utama) dan perlindungan peribadi (kematian, kurang upaya, penyakit kritikal dan isi rumah)

• Perancangan cukai untuk meminimumkan aliran keluar tunai yang berlebihan dan memastikan pengurusan aliran tunai yang efisien

3

Pengurusan kekayaan secara ringkas

Memahami matlamat

dan kekangan

perniagaan dan peribadi

Menganalisis nilai aset

bersih dan aliran tunai

perniagaan dan peribadi

Menilai risiko

perniagaan dan peribadi

Pelan tindakanMatlamat

Perlindungan aset

Pengagihan aset

Pengumpulan aset

Perancangan aliran tunai

Perancangan &

pengurusan pelaburan

Perancangan insurans

Perancangan cukai

Perancangan persaraan &

penggantian

Perancangan harta

Proses

Page 7: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

4

PERANCANGAN ALIRAN TUNAI

Langkah pertama untuk memahami kedudukan kewangan anda dengan lebih baik adalah dengan mengurus aliran masuk dan keluar tunai. Pengurusan aliran tunai anda yang baik membolehkan anda menggunakan sebarang dana lebihan untuk faedah anda. Pengurusan aliran tunai ini bergantung kepada ketersediaan dana dalam jangka pendek, sederhana atau panjang di samping membolehkan anda memenuhi kewajipan kewangan anda apabila tiba masanya.

PERANCANGAN DAN PENGURUSANPELABURAN

Rancangan pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda dan kesanggupan anda untuk mengambil risiko. Anda perlu memantau dan mengkaji semula dari semasake semasa pencapaian pelaburan anda bagi memastikan pencapaian matlamat anda adalah seperti yang dijadualkan. Rancangan pelaburan boleh diubah suai bergantung kepada pencapaian pelaburan anda atau perubahan keadaan pasaran.

Dalam merangka rancangan pelaburan, anda perlu mengambil kira:

• Matlamat pelaburan anda

• Strategi pengagihan aset untuk mencapai matlamat pelaburan

• Jenis-jenis produk atau instrumen pelaburan bagi mencapai matlamat anda

APAKAH JENIS PRODUK PELABURANYANG SESUAI UNTUK ANDA?

Kefahaman anda mengenai produk-produkpelaburan adalah penting sebelum anda melabur kerana setiap produk pelaburan mempunyai tahap risiko yang berbeza dan jangka masa yang berlainan bagi produk itu memberikan hasil terbaik. Carta di sebelah menggambarkan potensi risiko serta pulangan bagi produk-produk pelaburan yang biasa.

Semakin tinggi pulangan yang mungkin diperolehi, maka semakin tinggi risiko yangmungkin dihadapi.

Sememangnya terdapat hubungan positif antara risiko dan pulangan.

Page 8: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

Opsyen/Waran

Saham Tersenarai Modal Kecil

Saham Tersenarai Modal Besar

Insurans berkaitan Pelaburan Dana Ekuiti

10 – 20

6 – 12

3 – 7 Dana Bon

Sekuriti Kerajaan

Konservatif Sederhana Agresif

DepositTetap Bank

Bon Korporat/Sekuriti Bersandarkan Aset

Portfolio Ekuiti yang Diurus Berasingan

Bakal Pulangan Tahunan (%)

Tahap Risiko

••

••

••

••

Produk Modal Terjamin

5

Rancanganpengurusankekayaan yangkomprehensifsecara amnya harusmerangkumi cara-cara untuk mengekal,mengembang danmengagih aset

Page 9: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

Dengan ini, anda adalah dinasihatkan supaya melabur hanya dalam produk-produk yang konsisten dengan keinginan risiko anda. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur, dan mengetahui apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila hendak melabur, anda boleh merujuk pada buku kecil BankingInfo mengenai “Melabur Wang Anda”.

PERANCANGAN INSURANS

Program insurans harus dijadikan sebahagian daripada rancangan anda untuk perlindungan terhadap risiko kerugian kewangan yang tidak dijangka. Ini termasuk perlindungan atas kerugian akibat kebakaran, banjir dan risiko lain terhadap perniagaan anda serta pembelian insurans kesihatan dan hayat bagi diri dan pekerja anda. Jumlah insurans bergantung kepada keperluan, keadaan dan juga matlamat. Perlindungan insurans juga perludikaji semula dari semasa ke semasa untuk memastikan perlindungan itu adalah memadai dengan kedudukan semasa anda.

PERANCANGAN CUKAI

Matlamat perancangan cukai adalah untuk mengatur urusan kewangan anda bagi meminimumkan cukai perlu dibayar. Jumlah cukai perlu dibayar akan mempengaruhi keputusan anda terhadap perkara-perkara berikut:

• Pelaburan

• Pinjaman

• Tabungan

Anda boleh merujuk Akta Cukai Pendapatan 1965 untuk maklumat lanjut tentang jenis dan jumlah cukai yang dikenakan terhadap pelbagai jenis pendapatan dan jenisperbelanjaan yang boleh ditolak daripada pendapatan anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada perunding cukai atau penasihat kewangan.

PERANCANGAN PERSARAAN DANPENGGANTIAN

Perancangan persaraan merupakan satu aspek penting dalam pengurusan kekayaan. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mempertimbangkan beberapa isu berikut:

Rancangan

pelaburananda

bergantung kepadamatlamat anda

dan kesanggupananda untuk

mengambil risiko

6

Page 10: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

7

• Jangkamasa anda akan bersara

• Jumlah wang yang anda perlukan untuk terus menikmati gaya hidup semasa anda

• Rancangan penggantian mengenai siapa dan bagaimana perniagaan akan dijalankanselepas anda bersara. Ini adalah untuk memastikan wujudnya rancangan yang akan memaksimumkan harga jualan perniagaan anda atau membolehkan perniagaan diteruskan dengan gangguan yang kecil

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam membentuk rancangan persaraan ialah:

• Penilaian/analisis keperluan persaraan masadepan

• Analisis taraf/gaya hidup semasa dan perbelanjaan masa depan

• Analisis atas dana dikumpul (pelaburan & tabungan) dengan mengambil kira inflasi,insurans dan percukaian

• Keadaan keluarga (bilangan tanggungan, umur, keperluan pendidikan, dll.)

Page 11: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

Perancangan penggantian membolehkan pemilik perniagaan mengendalikan perniagaannya secara tersusun sekiranya berlaku kematian secara tiba-tiba,kehilangan keupayaan sepenuhnyadan kekal atau persaraan. Kematian seseorang pemilik perniagaan secara tiba-tiba tanpa perancangan penggantian yang baik akan menjejaskan namabaik perniagaan dan mungkinmenyebabkan masalah mudah tunai. Malah perancangan penggantian ini menjadi lebih penting sekiranya ahli keluarga pemilik perniagaan tidak mempunyai pengetahuan, kepakaranatau minat untuk mengambil alih dan menjalankan perniagaan itu. Sebagai pemilik perniagaan, anda patut memulakan perancangan penggantian pada peringkat awal bagi memastikan pemindahan hak milik yang teratur dan efisien. Dengan adanya rancangan penggantian, anda dapat:

• Meminimumkan risiko pertikaian keluarga dan gangguan perniagaan

• Mengekalkan pegangan saham perniagaandalam keluarga atau memberikannya kepada individu pilihan anda

• Merancang persaraan anda daripada perniagaan

PERANCANGAN HARTA

Perancangan harta merupakan proses pengaturan yang wajar untuk mengagihkan kekayaan dan mengurus estet seseorang selepas kematian. Ia juga dapat mengelakkan timbulnya komplikasi perundangan dan administratif. Faedah-faedah perancangan harta termasuk:

• Pemindahan kekayaan yang lancar dan efisien kepada ahli keluarga atau mereka yang tersayang (dengan mengambil kira komplikasi perundangan dan tindakan yang tepat pada masanya)

• Pengurusan dan/atau pengagihan kekayaan/perniagaan yang baik

• Mengelakkan pertikaian/pergelutan perundangan berhubung dengan pengagihan kekayaan

Wasiat, amanah dan yayasan merupakan antara kaedah yang biasa digunakan dalam perancangan harta.

8

Dengan

rancanganpenggantian,

anda bolehmeminimumkanrisiko pertikaian

keluarga dan gangguan

perniagaan

Page 12: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

9

INSTITUSI PENGURUSAN KEKAYAAN

Anda mungkin ingin mendapatkan khidmat nasihat profesional memandangkan pengurusan kekayaan melibatkan pelbagai aspek. Terdapat banyak institusi yang menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan, seperti bank perdagangan, bank saudagar, agensi amanah saham atau entiti-entiti yang khusus dalam perancangankewangan. Walau bagaimanapun, bukan semua institusi menawarkan semua jenis perkhidmatan pengurusan kekayaan. Anda perlu menyemak dan menilai reputasi mereka serta mendapatkan maklumat tentang kelayakan institusi itu sebelum anda membuat pilihan. Sebagai contoh, penasihat kewangan diberikan lesen sama ada oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana memberikan khidmat nasihat mengenai sekuriti atau Bank Negara Malaysia kerana memberikan khidmat nasihat kewangan berkaitan produk dan perkhidmatan insurans.

Kriteria yang anda perlu pertimbangkan termasuk:

• Pelbagai jenis produk dan perkhidmatanpengurusan kekayaan yang disediakan

• Kualiti pegawai pengurusan kekayaan, sama ada institusi itu dikendalikan oleh ahli profesional yang berpengetahuan

• Reputasi institusi itu. Pilih institusi dengan rekod prestasi yang cemerlang

APAKAH YANG PERLU ADA DALAMRANCANGAN ANDA?

Institusi pengurusan kekayaan kebiasaannya akan menyediakan rancangan secara bertulis berdasarkan maklumat yang anda berikan kepadanya. Anda harus pastikan semua fakta dan angka adalah tepat dan strategi serta cadangan yang diberikan menepati matlamat anda. Rancangan itu haruslah:

• Menggariskan kedudukan kewangan semasa dan matlamat kewangan anda

• Menerangkan strategi keseluruhan untuk mencapai matlamat anda

• Mencadangkan pelaburan dan strategi-strategi lain dalam pengurusan wang anda

Page 13: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

• Menerangkan bagaimana pelaburan dan strategi yang dicadangkan dapat mencapaimatlamat anda

• Membincangkan risiko berkaitan dengan setiap pilihan pelaburan

• Mendedahkan semua yuran dan komisen

TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAIKLIEN

Sebagai klien, anda akan diminta oleh institusi pengurusan kekayaan untuk memberikan jumlah maklumat yang berpatutan mengenai syarikat anda dan pemilik syarikat itu, iaitu diri anda dan rakan kongsi perniagaan anda. Ini supaya institusi pengurusan kekayaan dapat menghasilkan suatu rancangan kewangan yang sesuai dengan matlamat kewangan anda dan untuk mematuhi keperluan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

MELABUR MELALUI INSTITUSI PENGURUSAN KEKAYAAN

Kebanyakan institusi pengurusan kekayaanakan menetapkan saiz akaun minimum untuk pelaburan, iaitu antara RM50,000 hingga RM1 juta. Dana ini boleh dilabur dalam pelbagai jenis pelaburan seperti deposit tetap, ekuiti tersenarai, bon korporat, amanah saham atau produk-produk berstruktur.

Sebelum mencadangkan sebarang produk kepada anda, institusi pengurusan kekayaan perlu menentukan profil risiko anda. Setiap institusi pengurusan kekayaanmenggunakan alat membuat profil risiko mereka yang tersendiri untuk menilai keinginan risiko klien. Kaedah yang sering digunakan ialah soal selidik. Contoh soalan-soalan untuk membuat profil risiko dan contoh rancangan pelaburan terdapat dalam Lampiran I dan II.

Sebelum menandatangani sebarang perjanjian untuk menjadi klien sesebuah institusi pengurusan kekayaan, anda berhak untuk:

10

Page 14: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

Pastikan semuafakta dan angka adalahtepat dan strategi serta cadangan yangdiberikan menepatimatlamat anda

11

• Memastikan institusi itu telah menerangkan dengan jelas segala maklumat berkenaan perkhidmatannya

• Mendapatkan penjelasan lanjut jika perlu

• Mengesahkan fi dan caj yang berkenaan dengan akaun anda

Selepas menandatangani perjanjian sebagai klien sesebuah institusi pengurusan kekayaan, anda harus:

• Memperoleh penyata bagi semua transaksi yang dijalankan bagi pihak anda, tepat pada masanya

• Memperoleh penyata bulanan yang menunjukkan ringkasan portfolio pelaburan serta transaksi anda bagibulan berkenaan

• Mengkaji semula pencapaian pelaburan anda dari semasa ke semasa dengan membandingkan kadar pulangan wajaran masa bagi portfolio anda dengan

– Kadar faedah deposit tetap (bagi pelabur konservatif), atau

– Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) (bagi pelabur agresif)

FAEDAH PENGURUSAN KEKAYAAN

Faedah pengurusan kekayaan termasuk:

• Penggunaan dana lebihan secara lebih baik

• Meminimumkan cukai atas pelaburan

• Memaksimumkan pulangan atas pelaburan berdasarkan sesuatu tahap risiko yang dinyatakan

Page 15: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

S&JMengapakah saya harusmempertimbangkanpengurusan kekayaan?

Pengurusan kekayaan dirumus untuk membantu anda mengekalkan danmemperkembangkan harta anda sepanjang dan selepas hayat anda. Ia bermula dengananalisis mendalam keadaan kewangan serta matlamat pelaburan anda. Seterusnya, satustrategi pelaburan dicadangkan dan diurus secara proaktif untuk mencapai matlamatitu.

Mengapakah PKS memerlukanperancangan penggantian?

Salah satu masalah paling sukar yang anda mungkin hadapi sebagai sebuah PKS ialahbagaimana untuk membahagikan perniagaan antara waris anda. Ini merupakan isuyang sensitif dan memerlukan perancangan awal untuk mengelakkan masalah yangmungkin timbul kelak. Mengikut statistik yang dikumpul oleh “The Family Firm Instituteof Brooklyn, Massachusetts”, "hampir 70% daripada semua perniagaan keluarga gagalsebelum sampai ke generasi kedua, dan 88% gagal sebelum sampai ke generasi ketiga;hanya dalam 3% sahaja daripada semua perniagaan keluarga dapat bertahan sehinggake generasi keempat dan seterusnya.”

SOALAN-SOALAN LAZIM

Apakah pengagihan aset? Pengagihan aset ialah proses mengagihkan bahagian wang anda dalam pelbagai jenispelaburan: saham, bon, pasaran wang dan pelaburan lain, seperti harta tanah.Pengagihan aset anda bergantung pada jangka masa pelaburan anda, matlamattabungan anda dan tahap risiko yang anda sanggup ambil untuk mencapai matlamatitu.

Mengapa rancangan pelaburanberguna?

Sesuatu rancangan pelaburan menggariskan matlamat dan memastikan pelaburan itusesuai untuk anda. Rancangan ini memberikan gambaran yang lebih jelas dan hala tujubagi semua keputusan pelaburan anda. Ia juga menentukan jumlah aset yang patutdilabur berdasarkan pengalaman pelaburan, toleransi terhadap risiko dan matlamatanda.

12

Page 16: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

LAMPIRAN 1 Sampel membuat profil risiko

1. Pelaburan dengan kadar pulangan yang lebih

tinggi lazimnya dikaitkan dengan risiko yang

lebih tinggi, iaitu ketidakpastian dalam

mendapat pulangan. Contohnya, walaupun

portfolio pelaburan D seperti yang ditunjukkan

dalam jadual di bawah mencapai purata

pulangan tahunan sebanyak 14% dalam tempoh

10 tahun, ia telah menjana keuntungan

sebanyak 86% pada tahun yang terbaik tetapi

mengalami kerugian sebanyak 25% pada tahun

terburuk. Antara portfolio pelaburan di bawah,

yang manakah pilihan anda?

Pulangan Bagi Tempoh 10 Tahun

Portfolio Pulangan tahun Purata

pelaburan terbaik terburuk pulangan

A 7% 3% 4%

B 10% -2% 6%

C 25% -8% 12%

D 86% -25% 14%

E 120% -50% 18%

2. Pertimbangkan dua produk pelaburan, A dan B

di bawah dan purata pulangan tahunan produk

serta risiko berkaitan. Jika anda hendak memilih

antara produk A dengan B untuk mencapai

matlamat pelaburan anda, apakah corak pelaburan

anda?

Produk Purata pulangan Risiko kerugian

pelaburan tahunan pelaburan pokok

A 6% minimum

B 11% 20%

a. 100% dalam Pelaburan A dan 0% dalam

Pelaburan B

b. 70% dalam Pelaburan A dan 30% dalam

Pelaburan B

c. 30% dalam Pelaburan A dan 70% dalam

Pelaburan B

d. 20% dalam Pelaburan A dan 80% dalam

Pelaburan B

e. 0% dalam Pelaburan A dan 100% dalam

Pelaburan B

13

Page 17: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

3. Yang manakah antara lima senario di bawah ini

menggambarkan dengan tepat reaksi anda

apabila terdapat penurunan yang ketara dalam

pelaburan anda dalam tempoh beberapa bulan?

a) Saya akan mencairkan kesemua pelaburan

saya dengan serta merta.

b) Saya akan mencairkan sebahagian

daripada pelaburan saya dan beralih kepada

pelaburan lain yang kurang mudah ubah.

c) Tidak mangambil sebarang tindakan. Saya

akan membiarkan sahaja pelaburan itu

tetapi akan memantaunya dengan teliti

kerana pelaburan ini adalah untuk jangka

masa panjang.

d) Saya akan melabur lebih banyak untuk

mengurangkan purata kos pelaburan.

e) Saya akan menganggapnya sebagai satu

peluang pembelian yang hebat kerana ia

merupakan pelaburan yang bernilai

sebelum ini dan lebih bernilai sekarang

dengan kejatuhan harga.

4. Yang manakah antara berikut paling tepat

menggambarkan sikap anda terhadap

keputusan pelaburan?

a) Saya amat mengambil berat untuk

mengekalkan kekayaan saya dan memilih

untuk mengelakkan pelaburan yang berisiko

supaya dapat meminimumkan kemungkinan

kerugian wang saya.

b) Saya risau mengenai kerugian wang saya tetapi

sekiranya saya memilih membiarkan wang

dalam bentuk tunai, saya tidak dapat

melindunginya daripada inflasi. Dalam hal ini,

saya akan menyerahkan tugas mengurus wang

saya kepada seorang pengurus dana profesional.

c) Saya membaca laporan penyelidikan syarikat

broker saham dan menganalisis saham-saham

itu secara mendalam. Selain itu, saya juga

merujuk maklumat ekonomi harian terkini

daripada wakil penjual saham saya dan

membuat keputusan sendiri mengenai

pelaburan.

d) Saya suka berbincang dengan rakan dan

broker mengenai “berita dan cerita pasaran”

terkini dan akan melabur berdasarkan

“cadangan” mereka dan juga “trend” pasaran

semasa.

e) Saya melakukan urus niaga saham secara aktif

dan saya percaya bahawa saya lebih

berpengetahuan berbanding dengan broker saya

mengenai pelaburan. Saham yang saya pilih

adalah amat baik dan saya membuat keputusan

pelaburan sendiri.

14

Page 18: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

LAMPIRAN II Sampel rancangan pelaburan bagi Syarikat ABC

A. Matlamat Pelaburan

Gambaran keseluruhan mengenai matlamat

pelaburan anda akan membantu anda dalam

merumus strategi pengagihan aset dan

pelaburan anda. Dalam hal ini, nyatakan

matlamat pelaburan anda dan susun mengikut

keutamaannya, dengan tahap 1 sebagai tahap

keutamaan paling tinggi

Matlamat Pelaburan (contoh)

Untuk mencapai pulangan sebanyak 8%,

selepas ditolak fi pengurusan dan fi sampingan

yang lain

15

B. Jangka Masa Pelaburan

Jangka masa pelaburan merupakan satu faktor

penting dalam pembentukan sesuatu aset strategik

kurang dari 1 tahun

1 hingga 3 tahun

X 4 hingga 7 tahun

8 hingga 10 tahun

lebih dari 10 tahun

Jumlah Pelaburan Asal RM4,000,000

Page 19: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

16

i. Kedudukan Nilai Bersih

Aset (RM)

Aset TunaiDeposit tetap 2,000,000Akaun simpanan/

Akaun semasa 2,000,000

4,000,000

Harta bendaLoji/kilang 2,000,000Lain-lain 1,000,000

3,000,000

PelaburanAmanah saham 800,000Bon terurus 300,000Bon langsung 0Saham 600,000

1,700,000

Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu 1,000,000

Hasil terakru 700,000

Jumlah Aset 10,400,000

Jumlah Dana Boleh Labur 5,700,000

Liabiliti (RM)

Liabiliti SemasaSewa terakru 500,000Upah terakru 500,000

1,000,000

Liabiliti Jangka PanjangBon 2,000,000Pinjaman bank 500,000

2,500,000

Overdraf 1,500,000

Jumlah Liabiliti 5,000,000

Nilai Bersih 5,400,000

C. Nilai Bersih/Analisis Aliran Tunai

Page 20: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

17

ii. Kedudukan Aliran Tunai

Aliran Masuk Tunai Tahunan (RM)

Hasil tunai 1,200,000

Perolehan drp penjualan loji/kilang 1,050,000

Perolehan drp penerbitan saham 100,000

Dividen 800,000

Faedah 500,000

Pendapatan sewa 100,000

Jumlah Aliran Masuk 3,750,000

Aliran Keluar Tunai Tahunan (RM)

Caruman KWSP pekerja 160,000

Cukai korporat 400,000

Bayaran tunai jualan barangan 500,000

Bayaran balik pinjaman bank 100,000

Bayaran kupon bon 100,000

Perbelanjaan tunai lain 900,000

Jumlah Aliran Keluar 2,160,000

Aliran Tunai Bersih 1,590,000

Page 21: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

18

D. Strategi yang Dicadangkan

Jangka masa pelaburan anda ialah 4 hingga 7 tahun

Jumlah dana boleh labur RM5,700,000

Pengagihan Aset

Kelas Aset Pulangan Risiko = Mengikut Pilihan RM

Volatiliti Profil Risiko Anda

Tunai 2.50% 0% 10% 10% 570,000

Pendapatan tetap terurus 7.00% 3% 20% 20% 1,140,000

Pendapatan tetap langsung 10.00% 4% 25% 25% 1,425,000

Ekuiti terurus 12.00% 18% 25% 25% 1,425,000

Ekuiti langsung 15.00% 30% 20% 20% 1,140,000

Pulangan Portfolio 10.2% 10.2%

Risiko Portfolio 12.1% 12.1%

- Kelas Aset Produk

Tunai Pasaran wang

Pendapatan tetap terurus Dana bon

Pendapatan tetap langsung Penempatan bon

Ekuiti terurus Dana ekuiti

Ekuiti langsung Syer

Page 22: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

19

GLOSARI

Amanah saham

Suatu jumlah wang yang diurus oleh sebuah

syarikat pelaburan. Syarikat ini menawarkan

pelbagai pilihan kepada pelabur, bergantung

kepada jenis dana itu dan matlamat

pelaburannya.

Analisis aset nilai bersih

Suatu kaedah untuk menentukan aset bersih

seseorang dengan membuat perbandingan

jumlah aset dengan jumlah liabiliti.

Bon korporat

Instrumen hutang bagi pinjaman yang

diterbitkan oleh peminjam kepada pelabur yang

merupakan pembeli bon dan peminjam wang.

Sebagai pulangan atas wang yang dipinjamkan,

penerbit bon bersetuju untuk membayar faedah

tetap kepada pemegang bon semasa tempoh

pinjaman itu dan amaun prinsipal yang dipinjam

apabila matang.

Dana bon

Dana pelaburan yang dilabur terutamanya dalam

bon atau sekuriti hutang lain.

Dana ekuiti

Dana pelaburan yang dilabur terutamanya dalam

saham.

Deposit tetap

Wang simpanan di institusi perbankan bagi satu

jangka masa tetap, contohnya 1, 3, 6, 9 atau 12

bulan untuk memperoleh faedah.

Insurans berkaitan pelaburan

Pelan insurans nyawa yang menggabungkan

pelaburan dan perlindungan. Sebahagian

daripada premium yang dibayar akan digunakan

untuk membayar perlindungan insurans nyawa

dan sebahagian lagi dilabur dalam dana

pelaburan tertentu, mengikut pilihan pemegang

polisi.

Page 23: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

20

Kadar pulangan wajaran masa

Suatu ukuran kadar kompaun bagi pertumbuhan

sesuatu portfolio.

Opsyen/waran

Instrumen yang memberi pemegangnya hak

tetapi bukan kewajipan, untuk membeli

instrumen tertentu, sebagai contoh saham biasa

baru, pada suatu harga laksana yang telah

ditentukan terlebih dahulu dalam tempoh masa

sah yang telah ditetapkan (tempoh laksana).

Waran ini menjadi tidak bernilai apabila tempoh

laksana tamat.

Portfolio ekuiti yang diurus secara berasingan

Portfolio yang diurus oleh pengurus dana

dengan pelabur memiliki sekuriti secara individu.

Produk modal terjamin

Produk yang memberikan pulangan dan pada

masa yang sama, memberikan jaminan modal

pada akhir tempoh matang.

Saham tersenarai modal besar

Syarikat yang sahamnya tersenarai di Bursa

Malaysia Securities Berhad dengan permodalan

pasaran yang pada amnya lebih daripada RM2

bilion.

Saham tersenarai modal kecil

Syarikat yang sahamnya tersenarai di Bursa

Malaysia Securities Berhad dengan permodalan

pasaran yang secara amnya kurang daripada

RM750 juta.

Page 24: UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI · PDF filemenggunakan analisis nilai aset bersih dan aliran tunai Pengurusan kekayaan ... Rancangan pengurusan ... atau minat untuk mengambil alih

CONTOH

CONTOH

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.