UPTP 2 2010 Terkini

download UPTP 2 2010 Terkini

of 16

description

xcvdgvdsvvfver

Transcript of UPTP 2 2010 Terkini

Soalan 1 19

Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai.1Jangan harap __________ akan berjaya jika malas berusaha, leter Cikgu Irwan kepada murid-muridnya.

Akami

Bawak

Canda

Dkalian

2 __________ perlu menyediakan sepersalinan pakaian untuk sultan, kata Bendahara kepada dayang istana.

ATuan hamba

BTuanku

CPatik

DBeta

3Nenek Mei Lan sungguh pandai __________ sup ayam.

Amencelur

Bmereneh

Cmenyalai

Dmenanak4Ibu __________ melihat penderitaan hidup keluarga miskin itu.A terpegun

Bterharu

C terkilan

Dtersinggung

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5Amir __________ saku seluar untuk mencari kunci basikalnya.Ameraba-raba

B menarik-narik

C meramas-ramas

D membelek-belek

6.Bangunan peninggalan British masih __________ dan menjadi warisan negara.

Akejap

Bkeras

Ckukuh

DtegakSoalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7Pelukis itu sedang __________ potret seorang gadis jelita.

Amelorek

Bmelakar

Cmencalit

Dmenconteng8.Suara artis remaja itu sungguh __________ dan memukau penonton .

Aparau

Blunak

Cgarau

Dlantang

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9Budak itu terpijak kulit pisang lalu __________ .

Atersembam

Btersungkur

Ctelentang

Dterjelepok

10__________ demam, dia tetap ke sekolah.

ASementara

BSelagi

CKerana

DKendatipun

11Dia masih ragu-ragu __________ hendak pergi ke Ipoh __________ tidak.

Asama ada ataupun

Bwalaupun namun

Cbaik mahupun

Dbukan saja tetapi juga

12Zulhilmi suka bersukan. __________ , aktiviti yang berkaitan dengan acara olahraga.

ADi samping itu

BTambahan pula

CLebih-lebih lagi

DOleh itu

13

__________ indah pemandangan di pergunungan itu.

ASungguh

BBenar

CBetul

DNian14Jika musim kemarau __________ , pendapatan para petani akan terjejas.

Aberpanjangan

Bterpanjang

Cdipanjangkan

Dmemanjangkan

15Kecemerlangan akademik dan kokurikulum merupakan __________ untuk murid ke sekolah berasrama penuh.

Aprasyarat

Bprakata

Cprasangka

Dprasekolah

16Cikgu Ayuni mengajak murid-muridnya melihat se__________ bintang di langit.

Akawan

Bpasukan

Ckelompok

DgerombolanSoalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17Se__________ kalung mutiara mengalungi leher wanita itu.

Agelung

Bbentuk

Cuntai

Druas18Kebakaran itu menyebabkan keluarga Afiqah tinggal __________ .

Asebatang kara

Bsetahun jagung

Csehidup semati

Dsehelai sepinggang19Ketika Cikgu Aliah memasuki kelas, Farid seperti __________ kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Aduduk dalam duri

Bapi dalam sekam

Cduri dalam daging

Dharimau menyembunyikan kukunya20Penyajak itu mendapat ilham menggubah sajaknya semasa berehat di pantai.Perkataan seerti bagi ilham ialah

Akhayalan

Bidea

Ckarya

Dirama

21Sugumaran menceritakan kisah hidupnya dengan nada yang sebak.Perkataan berlawan bagi sebak ialah

A sayu

Bgirang

Cgeram

Dlantang

Soalan 22 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22I Kain yang dipakainya itu sangat jarang.

IIAir itu belum saya jarang.

IIIGigi orang tua itu sudah jarang.

IV Arif jarang balik ke kampung semenjak menetap di Kuala Lumpur.

AI dan III

BII dan III

CI, II dan IV

DI, III dan IV23IAyah memarahi kakak kerana memakai pakaian yang lapang.

IILapang dadanya tatkala mendengar berita gembira itu.

III Sebuah dewan serbaguna akan dibina di kawasan lapang itu.

IVPengetahuannya amat lapang tentang ilmu sains.

AI dan II

BII dan III

CII dan IV

DIII dan IV

24Pilih jawaban yang sesuai bagi ayat di bawah.

Siapakah wanita muda yang duduk di bangku itu?

AWanita muda itu sedang menunggu rakannya.

BWanita muda itu kelihatan resah.

CWanita muda itu ibu Rasul.

DWanita muda itu tidak pernah saya lihat.

25Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.Aini sekeluarga mengunjungi Muzium Perang pada minggu yang lalu.

AMengapakah Aini sekeluarga mengunjungi Muzium Perang?

BSiapakah yang akan mengunjungi Muzium Perang?

CAdakah Aini sekeluarga melawat Muzium Perang?

DBilakah Aini sekeluarga melawat Muzium Perang?

Soalan 26 27Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.26Majikan mengarahkan pekerjanya membaiki paip yang bocor itu.

APekerja dan majikan sedang membaiki paip yang bocor itu.

BPekerja diarahkan oleh majikan supaya membaiki paip yang bocor itu.

CMajikan diarahkan oleh pekerja supaya membaiki paip yang bocor itu.

DPaip yang bocor itu diarahkan oleh majikan untuk dibaiki.

27 Ayah, inilah buku rujukan yang saya beli di kedai buku itu, kata Azmin.

ABuku rujukan itu dibeli oleh Azmin di kedai buku ayahnya.

BAyah Azmin telah membeli sebuah buku rujukan di kedai buku itu.

CAzmin menunjukkan buku rujukan yang dibeli dari kedai buku itu kepada

ayahnya.

DAzmin memberitahu ayahnya bahawa dia akan membeli buku rujukan di kedai itu.

Soalan 28 30

Pilih ayat yang betul.

28ABilik itu agak panas kerana penghawa dinginnya telah rosak.

BTomato sos yang dijual di kedai itu sungguh sedap.

CJangan membuang sampah di merata-rata tempat.

DDia meletakkan kasut itu di atas para-para.29IRama-rama itu sungguh amat cantik dan menawan.

IIGunung Kinabalu adalah gunung yang paling tertinggi di Malaysia.

IIIBeratus-ratus naskhah buku tersusun rapi di dalam perpustakaan.

IVSetengah daripada pendapatannya disimpan di dalam bank.

AI dan II

BI dan IV

CI , III dan IV

DII, III dan IV

30IKami akan menziarahi datuk bila tiba cuti sekolah.

IIHanya segelintir sahaja murid yang melanggar disiplin sekolah.

III Pihak kerajaan akan memperlebar jalan masuk ke kampung itu.

IVSemangat cinta akan negara perlu disemai sejak kecil.

AI dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IVSoalan 31 - 35Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Persatuan Sains SK Jalan Indah Tahun 2009

Persatuan Sains SK Jalan Indah telah ditubuhkan sejak tahun pertama sekolah ini dibuka, iaitu pada tahun 2000. Penubuhannya diilhamkan oleh guru-guru subjek Sains pada masa itu. Kini, persatuan ini mempunyai ahli sebanyak 80 orang yang terdiri daripada murid Tahap Dua. Antara matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk memupuk minat dan mempertingkatkan tahap pencapaian murid dalam subjek Sains.

Antara aktiviti yang dijalankan pada penggal pertama ialah Pertandingan Reka Cipta menggunakan bahan-bahan terbuang. Sambutan yang diberikan terhadap pertandingan itu amat menggalakkan. Pertandingan tersebut dimenangi oleh Nur Aqilah binti Azman, murid Tahun Lima Bestari.

Pada bulan April, persatuan juga menganjurkan ceramah tentang penerokaan angkasa lepas. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Sains Malaysia, Dr. Aziz bin Mat. Selain itu, ahli-ahli persatuan berganding bahu memperindah kawasan Taman Sains sekolah dengan menanam dan melabel pokok-pokok bunga menggunakan istilah sains.

Pada penggal kedua, lawatan sambil belajar telah diadakan ke Petrosains di Kuala Lumpur. Dalam lawatan ini, ahli persatuan banyak memperoleh pengetahuan tentang sains dan teknologi.

Pada keseluruhannya, persatuan berasa bangga kerana telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada ahli-ahlinya. Banyak lagi kegiatan yang akan dijalankan pada masa-masa akan datang.

Laporan disediakan oleh,

30 OKTOBER 2009. Siti Aminah

(SITI AMINAH BINTI ABIDIN)

Setiausaha,

Persatuan Sains,

SK Jalan Indah.

31Siapakah yang menyediakan laporan ini?

AAhli Jawatankuasa BGuru Penasihat CSetiausaha DPengerusi32Siapakah yang layak menjadi ahli Persatuan Sains di SK Jalan Indah?

ASemua murid SK Jalan Indah B Murid tahun lima di sekolah tersebut CMurid Tahap Satu di sekolah tersebut DMurid tahun dua di sekolah tersebut33Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sains?AMencari pemenang dalam Pertandingan Reka Cipta BDapat mengikuti lawatan sambil belajar pada setiap tahun CMemudahkan pembelajaran murid dalam subjek Sains DMempertingkatkan dan memupuk minat murid dalam subjek Sains34Nyatakan aktiviti yang tidak dijalankan Persatuan Sains sepanjang penggal pertama?ACeramah tentang penerokaan angkasa lepas BLawatan sambil belajar ke Petrosains CPertandingan Reka Cipta DMemperindah Taman Sains35Rangkai kata berganding bahu dalam petikan bermaksud

Abekerjasama.

Bbertolak ansur.

Cberhemah tinggi.

Dbertimbang rasa.

Soalan 36 - 40Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis bunga. Bunga-bunga ini mempunyai keistimewaan dan mampu menjana pendapatan jika dikomersialkan.

Bunga kantan juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan jenis pokok saka herba. Bunga pokok ini berwarna merah muda dan banyak digunakan sebagai hiasan. Tunas bunga ini dijadikan bahan masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu yang membuka selera penggemarnya.

Bunga kekwa atau nama saintifiknya Chrysanthemum terdiri daripada spesies Asteraceae. Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah. Daunnya berbentuk cuping, berbunga besar serta berwarna putih, kuning dan merah jambu. Bunga ini sesuai dihadiahkan kepada orang tersayang, menziarahi pesakit dan penghias halaman.

Bunga melur atau melati merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang merayap dan menjalar. Biasanya, bunga ini mempunyai lima atau enam kelopak berwarna putih. Bauan bunga ini kuat dan harum. Pati bunga ini sesuai dijadikan bahan wangian badan. Pada zaman dahulu, penggunaan bunga melur diselitkan pada bahagian sanggul rambut sebagai perhiasan kepala dan juga dijadikan kalungan bunga semasa upacara tertentu.

36Apakah jenis bunga yang terdapat dalam petikan?

ABunga siantan, bunga melur dan bunga orkid

B Bunga melati, bunga kantan dan bunga kekwa

C Bunga kekwa, bunga urang-aring dan bunga kantan

D Bunga urang-aring, bunga orkid dan bunga kemboja37Kegunaan bunga melur adalah seperti yang berikut kecuali A dijadikan bahan wangian badan. B diselitkan pada bahagian sanggul kepala. C sebagai hadiah kepada orang yang tersayang.

D dijadikan kalungan bunga dalam upacara tertentu.38Ciri-ciri bunga kekwa ialah

A berbunga putih dan hidup menjalar.

B berbunga kecil, bertunas dan berwarna merah jambu.

Cdaunnya berbentuk cuping, berbunga besar dan berwarna-warni.

D daunnya berbentuk cuping dan mempunyai lima atau enam kelopak.

39Rangkai kata membuka selera dalam petikan bermaksud

A memenuhi impian.

B menambah perisa.

C menarik pelanggan.

D membangkitkan keinginan.40Pada pendapat kamu, mengapakah bunga-bunga ini digemari?

A Unik dan sukar didapati BBiasanya digunakan sebagai hiasan C Melambangkan kemewahan seseorang D Mengandungi pelbagai khasiat dan kegunaan