Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

16
PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza- beza. Oleh kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum, perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatu- padukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah kepada pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri.” Keadaan ini telah menunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), Intergrasi national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan harapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam 1

Transcript of Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

Page 1: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum dan

etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Oleh

kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik,

maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di mana

usaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi

masalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupun

begitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum,

perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatu-

padukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara

supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai

bersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. Menurut

Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Tanpa perpaduan,

negara itu akan terdedah kepada pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yang

boleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri.” Keadaan ini telah

menunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat

Malaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang boleh

menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuah

negara yang aman dan maju.

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006),

“Intergrasi national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok

dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakan

harapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di

Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas,

merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya.”

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud proses

menyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyai

perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi

mewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah untuk

1

Page 2: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia

dengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan menyatupadukan seluruh negara

dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni .

Keadaan ini telah menunjukkan bertapa pentingnya wujud perpaduan dan

intergrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Maka kerajaan Malaysia telah

menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan usaha mencapai

perpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadi

sebuah negara aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad

Mazlan Zulkifly (2006) "masalah perpaduan bagi negara-negara yang

mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan

negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku

kaum dan etnik seperti Malaysia.” Keadaan ini telah menunjukkan bahawa

wujudnya halangan-halangan dalam usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk

memastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai.

2

Page 3: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKAN

USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan

intergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada

masyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan

budaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan

beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi

nasional didalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untuk

mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikan

kepada empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial.

1. Politik

Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional

melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong

Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah

sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama

mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British

semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan

sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum

tertentu.” Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih

pemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan

parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi

pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan

Zulkifly (2006) “satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalah

menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah

diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan

raya”. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana

memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana

Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO

wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan

3

Page 4: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yang

mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan dan

intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suara

rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpin

Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang

kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah

menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik

Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan

Nasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan

Nasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan

mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan

National bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat

banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi

pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia.

Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di

bawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta

menggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli.

2. Ekonomi

Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua

kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani

Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh

kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk

membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB

mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di

pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-

harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada

tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30%

daripada jumlah hakmilik tersebut.” Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah

menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk

bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang

4

Page 5: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untuk

mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandar

dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut

kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di

samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

3. Sosial

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan

sosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara.

Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti

sosial.” Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosial dijalankan

dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan.

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk

menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di

mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negara

penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan

landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi

satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang

dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun

Negara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu sama

lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan

rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat

demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta Rukun

Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan

masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan

menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke

arah perpaduan intergrasi nasional.

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)

“Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam

semangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak

5

Page 6: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

dibangku sekolah.” Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan

membentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya

bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam

pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduan

didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956,

tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan

sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian

perpaduan. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai

melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum.

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961

adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002),

“Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk menyatu padu semua

kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan

negara.” Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang

utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang

penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Menurut Yani

Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia

selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan

Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan

Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh semua

kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960. Akta

Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi.” Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia

menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan

intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar

akan belajar semua mata pelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa

mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan

6

Page 7: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

membolehkan pelajar berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya

dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan

telah menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar

sekolah rendah dan menengah supaya semua orang mendapat peluang

pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan

pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain.

Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan

untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi

nasional.

Menurut (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/)

“Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Pembangunan

Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yang baru merdeka amatlah

penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu.” Melalui

kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara satu kaum

dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman,

toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan

tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan

yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi

unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur

kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar

Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi

nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan

menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep

rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,

Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam

Malaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpa

mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar Kebudayaan

Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dan

secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional

dikalangan rakyat.

7

Page 8: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT

SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI

NASIONAL

Sekolah juga memainkan perana yang besar dalam menjayakan

perpaduan dan intergrasi nasional. Keadaan ini berlaku kerana sekolah

merupakan asas kepada pembentukan seseorang insan yang boleh

mengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Terdapat pelbagai usaha

oleh pihak sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Berikut

adalah usaha-usaha yang di jalankan di peringkat sekolah untuk menjayakan

perpaduan dan intergrasi nasional.

Pertama adalah menjalankan aktiviti gotong-royang di dalam sekolah.

Aktiviti gotong royong didalam sekolah akan membawa kepada perpaduan dan

intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dan guru-guru akan menolong

bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama mereka

akan berinteraksi di antara satu sama lain serta mengenali rakan yang tidak

dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan dan

intergrasi nasional dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar disekolah.

Kedua adalah mewujudkan program pertukaran pelajar-pelajar sekolah.

Program pertukaran pelajar-pelajar di antara sekolah akan membawa perpaduan

dan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami

pelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan. Misalnya, pelajar dari Sekolah Jenis

Kebangsaan digalakkan supaya bergaul dengan pelajar dari Sekolah

Kebangsaan melalui suatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk

suatu jangka masa tertentu. Keadaan ini akan membolehkan pelajar sekolah

mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari sekolah yang berlainan

dan sekali gus mewujudkan perpaduan diantara mereka.

8

Page 9: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

Ketiga adalah menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajar-

pelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya

pelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah perlu memastikan

pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya,

pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam

perhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip-

prinsip yang terkandung didalam Rukun Negara. Ini akan menjadikan pelajar-

pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan

hidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur

perpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negara

yang dihafal dan diamalkan oleh mereka.

Keempat adalah pihak sekolah dapat menggalakkan perpaduan di

kalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kem-kem

motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaran

ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara

kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya,

pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat

mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak

sekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu akan kepentingan

perpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan

mengamalkannya.

Kelima adalah memberi pelajar-pelajar menggunakan kemudahan-

kemudahan di sekolah tanpa mengira kedudukan dan kaum pelajar yang

berbeza. Kemudahan seperti pusat sumber perlulah diberikan kepada pelajar

tanpa mengambil kira latar belakang kaum mereka. Semua pelajar patut diberi

kebenaran untuk menggunakan pusat sumber. Keadaan ini akan menunjukkan

bahawa perpaduan dan intergrasi nasional telah dipupuk dengan tidak

mendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber.

9

Page 10: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

Keenam adalah pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaan

pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-

lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam

serta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasa

hormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan

persefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham dan

perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar

telah memahami budaya kaum lain. Keadaan ini telah menunjukkan wujudnya

perpaduan dan intergrasi national didalam diri pelajar dimana mereka telah

mengetahui budaya kaum-kaum di Malaysia.

10

Page 11: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA

MENGATASINYA

Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaan

Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan

rakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah

mengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikut

adalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangan

kepada perpaduan dan intergrasi nasional.

Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi

nasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad.

Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang

bergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka

berkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah

mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan dan

intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja.

Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi

kaum-kaum di Malaysia.

Untuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang

terhad, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep

perpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga

jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di mana

ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan.

Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta

persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam

satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad

dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi

menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan

11

Page 12: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini,

maka perpaduan akan dapat diwujudkan.

Seterusnya adalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya dan

adat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai. Menurut

(http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/

Socialdevelopment/Report26.htm) setiap kaum di Malaysia mempunyai agama,

budaya, adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah

mewujudkan perbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku

kerana terdapat percanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti

penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan

suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga

dengan penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama

Hindu dan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di

antara mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum.

Keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi national.

Untuk mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya

dan adat resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budaya

di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golongan

masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum

lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama

lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya,

perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbuka

semasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa

Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan di

jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orang

Cina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaum

lain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan

menyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national.

12

Page 13: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

Halangan seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakat

Malaysia berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad ke-19 telah

membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk. Orang Cina dan

orang India telah dibawa masuk untuk mengusahakan sektor perlombongan

serta perladangan. Masalah ini jelas kelihatan kerana British telah mengasingkan

kaum-kaum di tempat-tempat tertentu iaitu orang Melayu tinggal di kawasan

desa atau pinggir bandar, orang Cina di kawasan Bandar dan orang India di

kawasan ladang. Keadaan pola pendudukan yang berbeza ini secara tidak

langsung mewujudkan perbezaan status ekonomi bagi setiap kaum dimana

orang Cina adalah peniaga, orang India ialah penoreh getah dan orang Melayu

adalah pesawah. Ini akan menghalang proses perpaduan dan intergrasi national

kerana status ekonomi dan tempat tinggal mereka adalah berbeza,

Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakat

Malaysia berdasarkan kaum, kerajaan Malaysia menyusun semula

masyarakatnya dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini,

jurang ekonomi diantara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatan

berlaku dengan lebih baik. Keadaan ini telah mengatasi masalah perbezaan

status ekonomi berdasarkan kaum dan membawa kepada perpaduan dan

intergrasi nasional kerana masalah status ekonomi dan tempat tinggal tidak

wujud lagi dikalangan kaum-kaum. Maka mereka boleh berinteraksi di antara

satu sama lain tanpa mengira perbezaan status.

Halangan yang seterusnya adalah kewujudan surat khabar pelbagai

bahasa boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat

pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalam

Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil. Surat khabar pelbagai bahasa ini telah

menjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di Malaysia kerana setiap

kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku di

sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini

menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka

sahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu

13

Page 14: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akan

membawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka yang akan menghalang

usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.

Kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat

khabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa

kepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agama

dan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama kerajaan tidak

menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara

luar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan

mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national. Penerbitan surat khabar

yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national

ini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi

nasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada

masyarakat.

Halangan seterusnya adalah kebanyakan anak-anak muda pada masa

kini tidak mempunyai kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan dan

intergrasi nasional. Mereka tidak lagi mahu mengamalkan perpaduan dan lebih

suka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

Sikap negatif ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan

perpaduan dan intergrasi national.

Cara mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda ini adalah

mengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata pelajaran sivik seperti Pendidikan

Islam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah bagi menerapkan nilai-nilai

murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada pelajar-

pelajar. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami konsep dan

kepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalam

kehidupan seharian. Keadaan ini secara langsung akan mengatasi masalah

14

Page 15: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

sikap negatif anak-anak muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan dan

intergrasi national kerajaan.

15

Page 16: Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

RUJUKAN

1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303

Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

2. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor :

Sasbadi Sdn. Bhd.

3. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002).

PENGAJIAN AM KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

4. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/

5. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/

Socialdevelopment/Report26.htm

16