Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

18
JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK Nama SHERLY JEWINLY No. Kad Pengenalan 950922-12-6662 Kod & Nama Kursus GWP1092 – WACANA PENULISAN Kumpulan 2 PPISMP RBT AMBILAN JUN 2013 Nama Pensyarah Pembimbing PUAN KWAN SHWU SHYAN Tahun Pengajian 2014 Deskripsi Tugasan TUGASAN INDIVIDU “Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat. Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya.” Tanda tangan wakil kumpulan : _____________ Tarikh:_______________ UNTUK KEGUNAAN JABATAN Tarikh dihantar : _____/_____/_____ Diterima oleh : _________________ Tarikh disemak : _____/_____/_____ Dinilai oleh :

Transcript of Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Page 1: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nama SHERLY JEWINLY

No. Kad Pengenalan 950922-12-6662

Kod & Nama Kursus GWP1092 – WACANA PENULISAN

Kumpulan 2 PPISMP RBT AMBILAN JUN 2013

Nama Pensyarah Pembimbing PUAN KWAN SHWU SHYAN

Tahun Pengajian 2014

Deskripsi Tugasan TUGASAN INDIVIDU

“Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.

Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya dijelaskan sumbernya.”

Tanda tangan wakil kumpulan : _____________ Tarikh:_______________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar : _____/_____/_____ Diterima oleh : _________________

Tarikh disemak : _____/_____/_____ Dinilai oleh : ___________________

Markah :

Page 2: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Isi Kandungan 1

2 Biodata 2

3 Penghargaan 3

4 Pendahuluan 4

5 Soalan 5

6 Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi

Keguruan sebagai Profesion Pilihan

6-10

7 Refleksi 11-12

8 Bibliografi 13

1

Page 3: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Biodata

2

Nama : Sherly Jewinly

No. I/C :

Tarikh lahir : 22 September 1995

Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah

Asal : Ranau, Sabah

Alamat : Kg. Kilimu, 89300 Ranau,Sabah, Malaysia

Kelas : 2 PPISMP RBT Ambilan Jun 2013

Page 4: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Penghargaan

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang

dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

Wacana Penulisan tercinta saya, Puan Kwan Shwu Shyan kerana dengan tunjuk ajar serta

bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya

saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya

dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

3

Page 5: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Pendahuluan

Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu satu tugasan individu dan

satu tugasan berkumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat ahli dalam setiap

kumpulan. Tugasan esei yang bertajuk “Anjakan keempat iaitu Transformasi keguruan

sebagai profesion pilihan merupakan salah satu anjakan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia ( 2013-2015 ). Bagaimanakah transformasi keguruan sebagai

profesion pilihan dapat direalisasikan menerusi pelan pendidikan ini?” merupakan tugasan

individu dan tugasan mendapatkan pelbagai sumber maklumat dan melaksanakan

pembentangan Powerpoint secara kreatif berdasarkan tajuk-tajuk dalam kursus dengan

memastikan maklumat yang diperoleh menunjukkan kemahiran membuat rujukan, aplikasi

penggunaan bahasa laras akademik yang gramatis tanpa berlaku plagiat sebagai tugasan

secara berkumpulan.

4

Page 6: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Soalan

Anjakan keempat iaitu Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan merupakan salah

satu anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2015 ).

Bagaimanakah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan

menerusi pelan pendidikan ini?

5

Page 7: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 492,

keguruan bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru, atau tugas dan

tanggungjawab sebagai guru. Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep

profesionalisme sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang

mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi,

berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika

yang ditentukan oleh organisasinya. Dalam konteks pendidikan, guru yang profesional

merupakan aset utama yang menghasilkan produk sumber manusia yang profesional.

Namun, masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan di negara kita

sebagai satu kerjaya yang kurang profesional. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) dan ahli politik berusaha untuk meningkatkan martabat profesion keguruan.

Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan

Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia terutamanya KPM telah

bersungguh-sungguh merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 –

2025) dan berusaha mewujudkan tema ‘Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan’

dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) yang mengandungi tujuh fokus utama bagi

memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru yang profesional serta

menaikkan tahap profesionalisme keguruan di negara ini. Transformasi pendidikan negara

seperti yang terkandung dalam PPPM (2013 - 2025) akan dilaksanakan dalam tiga

gelombang.

Tiga Gelombang Pembaharuan

Gelombang pertama ( 2013 – 2025 ) dalam PPPM memberi penekanan kepada

menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti

pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan

sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Dalam Gelombang kedua ( 2016 – 2020 ) kementerian akan melaksanakan

perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada

semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang pertama, antaranya pergerakan kesemua

410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan

penstrukturan semula kementerian.

6

Page 8: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Gelombang ketiga ( 2021 – 2025 ) akan memfokus kepada anjakan ke arah

kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan

gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi

melebihi standard minimum.

Mengetatkan syarat kelayakan kemasukan guru

Fokus pertama dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) yang dilaksanakan

dalam Gelombang pertama bagi memartabatkan profesion keguruan ialah mengetatkan

syarat kelayakan kemasukan guru supaya terdiri daripada kalangan graduan tiga puluh

peratus ke atas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan. Program-program pengambilan

calon guru akan diperketatkan syarat kelayakannya untuk memastikan bahawa hanya calon

yang layak sahaja akan mendapat tempat di IPG untuk mengelakkan terjadinya situasi

seperti keluhan Grossman (2003), ‘trash in and trash out’. Frasa ini mengimplikasikan jika

calon yang menyertai profesion ini adalah rendah kualitinya, sudah pasti selepas menjalani

latihan, outputnya juga tidak berkualiti. Akibatnya, produk yang dilatih juga akan kurang

berupaya untuk mendidik generasi akan datang secara berkesan. Oleh itu, pemilihan calon

guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah juga perlu

memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan

profesionnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah.

Merombak IPG standing dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020

Fokus kedua dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) ialah merombak IPG

setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020. Secara kasarnya, hal ini boleh

diterjemahkan sebagai penukaran IPG kepada universiti latihan guru. Kementerian

berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia. Untuk

menzahirkan tujuan tersebut, kementerian akan menilai semula kurikulum latihan

perkhidmatan semasa bagi memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran

berfikir aras tinggi (KBAT) yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Onosko dan Newmann

(1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan

sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.

Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,

menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan

masalah yang dikemukakan. Menurut Pogrow (1985) apabila guru mengaplikasikan KBAT

dalam pengajaran, maka, kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian

masalah murid akan dapat diperbaiki serta murid berkualiti akan dihasilkan dan secara tidak

langsung akan meningkatkan prestij dan martabat profesion keguruan.

7

Page 9: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Meningkatkan kualiti Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)

Fokus ketiga dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) ialah meningkatkan

kualiti Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013. Guru akan mendapat

latihan CPD individu daripada penyelia ataupun mentor mereka apabila memulakan

profesion. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana guru yang lebih berpengalaman

akan menjadi ‘role mode’ , penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang

berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini

dilaksanakan bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson dan

Shannon, 1995). Ini membolehkan guru untuk terus meningkatkan tahap kemahiran mereka

selaras dengan kecekapan yang dijangkakan daripada seorang guru. Menurut Anna Cratt

( 1996 ) , diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah ialah ia dapat

membaiki kemahiran prestasi kerja guru, membaiki keterampilan, menambah pengalaman

untuk perkembangan kerjaya atau untuk membina pengetahuan profesional dan

pemahaman seorang guru.

Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran

Fokus keempat dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) ialah memastikan

guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013. Melalui fokus keempat

ini, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya mereka boleh

menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran. Menyedari

bahawa tugas pentadbiran yang berlebihan boleh menjejaskan masa dan keberkesanan

tugas utama pengajaran dan pembelajaran guru, maka Kementerian akan mengambil dua

tindakan utama semasa untuk mengurangkan beban tugas yang tidak diperlukan. Pertama,

Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia

ada untuk menghapuskan pertindanan keperluan data. Oleh yang demikian, beban tugas

yang ditanggung oleh para guru akan berkurangan dan mereka akan dapat menumpukan

kepada keberkesanan tugas utama .

Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi

Fokus kelima dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 – 2025) ialah melaksanakan

laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016. Guru akan dinilai

secara tahunan oleh pengetua atau guru besar mereka. Penilaian ini akan dilaksanakan

dengan menggunakan instrument penilaian baharu yang memberikan tumpuan kepada

keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan di luar bilik

darjah. Instrumen penilaian baharu ini memberikan gambaran yang lebih eksplisit bahawa

tugas guru adalah untuk membantu pelajaran murid. Kementerian juga beriltizam dalam

8

Page 10: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

memastikan penerusan program pensiswazahan. Bagi tujuan ini, Kementerian akan terus

menyokong guru bagi melanjutkan pengajian mereka. Dengan itu, pengetahuan seorang

guru tidak akan terhad malah sangat terbuka dan mereka akan dapat berfikir dengan lebih

baik. Para guru akan bersedia mengajar dan membimbing para pelajar pada generasi kini

yang semakin bijak dan maju

Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan , pengajaran , dan pakar bidang khusus menjelang 2016

Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan , pengajaran , dan pakar bidang

khusus menjelang 2016 merupakan fokus keenam dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 –

2025). Guru boleh memilih kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat

mereka. Contohnya, guru boleh memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan di peringkat

sekolah, PPD,JPN atau Kementerian. Mereka juga bebas memilih untuk menjadi pakar

dalam bidang tertentu seperti pembangunan kokurikulum, pentaksiran dan program latihan

untuk sistem yang lebih luas. Dengan itu, mereka juga boleh menjadi guru pakar di sekolah.

Apabila guru menjadi pakar di sekolah, maka guru akan mengajar secara profesional, dan

proses pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan sangat berkesan.

Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan mulai 2025.

Fokus ketujuh yang juga merupakan fokus terakhir dalam Anjakan Keempat PPPM

(2013 – 2025) ialah membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan

proses pensijilan mulai 2025. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk

memasitikan semua guru menggunakan sepenuhnya keluwesan yang diberikan dalam isu

profesional berkaitan penjadualan kokurikulum, penyusunan pengajaran, pendekatan

pedagogi dan pentaksiran berasaskan sekolah. Kementerian juga memudahcara aktiviti

CPD yang dipacu oleh guru bagi membolehkan guru membimbing antara satu sama lain dan

bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mencapai standard profesional. Menurut Little

( 1982 ) , banyak kajian telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama

akan mencetuskan pemikian dan memberikan perspektif baru yang penting kepada

perkembangan profesional. Selain itu, kementerian juga akan mempertimbang untuk

mewujudkan skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.

Implikasi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berhasrat memberi manfaat,

hak dan tanggungjawab secara kolektif bagi setiap kumpulan demi memastikan

9

Page 11: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

keberkesanan dan kelestarian transformasi sistem pendidikan negara. Impak pelaksanaan

PPPM ( 2013 – 2025 ) kepada murid ialah golongan ini akan belajar dalam persekitaran

yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar dan boleh berjaya

selain mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman mereka. Murid juga

akan mempunyai pembelajaran yang kaya dari segi akademik dan bukan akademik kerana

lebih banyak projek dan tugasan berkumpulan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran

berfikir aras tinggi murid serta keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan.

Impak kepada guru pula ialah golongan ini akan menikmati laluan kerjaya yang lebih

baik serta proses penilaian yang telus dan adil serta berkait dengan keupayaan dan prestasi

yang relevan. Guru akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk berjaya dan menikmati

persekitaran kerja yang lebih sesuai, ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang

lebih baik serta didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional.

Impak kepada pemimpin sekolah pula ialah golongan ini akan mendapat akses yang

lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa serta amalan terbaik

daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia. Mereka akan mendapat sokongan dan

sumber yang mereka perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan selain menikmati

persekitaran bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi serta diberi kuasa

melalui pengurusan berasaskan sekolah yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan dan perubahan-perubahan

yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan

2020. Oleh itu, sewajarnya guru perlulah sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan

kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan

haruslah ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara

berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta

menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan

guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion

keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya

guru itu sendiri tidak bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Oleh yang demikian

segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan

profesion keguruan haruslah dipuji kerana pelaksanaannya bukanlah enteng. Profesion

keguruan merupakan suatu profesion yang semakin mencabar dan ditambah lagi dengan

para murid dan pelajar yang semakin matang dan maju dalam menongkah arus kehidupan

yang serba maju dan moden sekarang. Justeru itu semua pihak haruslah memainkan

10

Page 12: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

peranan mereka agar usaha untuk memartabatkan profesion keguruan akan mencapai

matlamatnya.

Refleksi

Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa

yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada

dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada

pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia

memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya

pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh,sebelum ini saya kurang

mengaplikasikan penggunaan tatabahasa dan format penulisan yang betul dan tidak

menitikberatkan tentang kepentingan kekemasan dan keindahan ayat dalam penulisan.

Selain itu, saya juga baru memahami dengan lebih jelas mengenai cara-cara menulis

wacana yang baik dan cara-cara membuat rujukan dengan cara yang betul dan dapat

menguasai format penulisan rujukan mengikut system APA yang betul kerana sebelum

melaksanakan kerja kursus ini, saya menulis rujukan secara sesuka hati tanpa merujuk

kepada format yang sepatutnya. Namun, atas tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat

berharga daripada pensyarah dan pengalaman semasa mengumpul maklumat-maklumat

tentang tugasan yang diberi, sedikit sebanyak telah membantu saya menambah

pengetahuan dalam bidang ini disamping ingin menyiapkan kerja kursus.

Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya juga tidak mengambil kisah tentang

penggunaan penanda wacana yang tepat dan sesuai. Namun, setelah menyiapkan kerja

kursus ini, saya kini boleh menulis dengan menggunakan penanda wacana yang tepat dan

sesuai. Seterusnya, saya kini lebih yakin untuk menulis wacana kerana saya kini lebih

faham akan cara penulisan wacana yang betul. Saya lebih bersemangat untuk mengarang

untuk memperbaiki lagi penulisan saya setelah menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu,

saya juga dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang wacana penulisan dalam penulisan

akademik dengan menghasilkan penulisan kritikan dengan menggunakan laras bahasa dan

format yang betul.

Pengetahuan-pengetahuan ini amat penting untuk diaplikasikan ketika saya

membuat kerja kursus dan ketika saya keluar mengajar nanti. Walaupun sepanjang proses

11

Page 13: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban masa, tenaga, dan sebagainya ,saya

tetap berpuas hati kerana dengan hasil kerja keras saya dapat juga tugasan ini disiapkan.

Apa yang membuat saya teruja ialah apabila saya dapat mengetahui dan mengaplikasikan

apa yang telah saya pelajari dalam kuliah Wacana Penulisan dan semasa mengumpul

maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini semasa membuat kerja kursus bagi subjek lain.

Melalui tugasan ini juga, semangat saya untuk belajar dan untuk lebih berjaya dalam

meneruskan cita-cita saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, berkualiti dan

berkredibiliti tinggi juga turut meningkat.

Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak

pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam

memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan

jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang

membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

12

Page 14: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Rujukan

Kamus Dewan. (2005). Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Grossman, P. (2003). Teaching: From a Nation At Risk to a Profession At Risk?. Harvard Education

Letter.

Little, J.W. (1982). ‘Norms of Collegiality and Experimentation: Workplace conditions of

schoolsuccess’. Educational Research Journal.

Tajul Ariffin & Noraini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan manusia: pendekatan bersepadu.

Selangor: Penerbit As-Syabab Media.

Foo Say Foy. (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Selangor: Penerbit

Universiti Putra Malaysia Serdang.

.Mok Soon Sang. (1996). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd

Nuriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Fakhriah, Sharifah & Zuraidah A. Majid. (2010). Siri Pendidikan

Guru: Guru dan cabaran semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Ahmad Mutakhir. (2013, 06 September). Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2015. Berita Harian, hal. 23

Mohd Nasaruddin. (2013, 04 Ogos). PPPM Lahir Pelajar Bertaraf Global. Berita Harian, hal. 19

Hairuazim Mahmud. ( 2013, 12 september). Anjakan Sedia Guru Profesional. Harian Metro, hal. 26

Syuhada C. Abdullah. (2013). Dasar baru martabat profesion keguruan. Dicapai pada 2 Mac 2014

daripada http://ppdjasin.edu.my/IsuMenarik/IsuMenarik_Details.asp?id=27

Asim A. Hassan. (2013). Transformasi profesion keguruan. Dicapai pada 2 Mac 2014 daripada

http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=264:tran

sformasi-profesion-keguruan&lang=en

13

Page 15: Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Alia Izhar. (2013). Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2014

daripada http://ping.busuk.org/v/206633/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-

pppm.html

14