usim.edu.myusim.edu.my/files/Borang_Jurulatih_Sambilan_Kursus... · Web viewIKLAN JAWATAN JURULATIH...

5
IKLAN JAWATAN JURULATIH SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) “Menjana Trasformasi Graduan Holistik” Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai jurulatih sambilan (JS) bagi Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia. KEKOSONGAN JAWATAN BIL JAWATAN KURSUS KOKURIKULUM 1 Jurulatih Teras Kebudayaan : Seni Suara Islam, Nasyid, Seni Khat Arab, Teater, Kompang dan Seni Lukis. Teras Sukan : Bola Sepak, Bola Jaring, Futsal, Bola Tampar, Tenis, Memanah, Takraw, Taekwondo, Silat, Badminton, Renang,Ping pong dan Boling Padang. Teras Kesukarelawanan : Siswa Siswi Pertahan Awam (SISPA), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) Teras Kepimpinan : Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda, Kepimpinan Holistik Mahasiswa Muslim dan Integrasi Komuniti 1Malaysia. Teras Pengucapan Awam : Debat (Bahasa Melayu), Pidato (Bahasa Melayu), Debat (Bahasa Inggeris), Public Speaking, Debat (Bahasa Arab) dan Pidato (Bahasa Arab). Teras Daya Usaha Dan Inovasi : Media Kreatif, Penyelesaian Masalah TRIZ, dan Pembangunan Laman Maya. Teras Khidmat Komuniti : Pengurusan Masjid Teras Keusahawanan : Agrosis Usahawan Tani dan Usahawan Siswa Industri Hiliran. 2 Penolong Jurulatih 3 Pembantu Jurulatih SYARAT KELAYAKAN 1. Mempunyai sijil pengiktirafan/perakuan sebagai Jurulatih/pengajar dalam bidang berkaitan dari badan/organisasi berkaitan. 2. ATAU memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai

Transcript of usim.edu.myusim.edu.my/files/Borang_Jurulatih_Sambilan_Kursus... · Web viewIKLAN JAWATAN JURULATIH...

Page 1: usim.edu.myusim.edu.my/files/Borang_Jurulatih_Sambilan_Kursus... · Web viewIKLAN JAWATAN JURULATIH SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI) UNIVERSITI

IKLAN JAWATAN JURULATIH SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI)UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)“Menjana Trasformasi Graduan Holistik”

Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) Universiti Sains Islam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai jurulatih sambilan (JS) bagi Kursus Kokurikulum di Universiti Sains Islam Malaysia.

KEKOSONGAN JAWATAN

BIL JAWATAN KURSUS KOKURIKULUM

1 Jurulatih

Teras Kebudayaan : Seni Suara Islam, Nasyid, Seni Khat Arab, Teater, Kompang dan Seni Lukis.

Teras Sukan : Bola Sepak, Bola Jaring, Futsal, Bola Tampar, Tenis, Memanah, Takraw, Taekwondo, Silat, Badminton, Renang,Ping pong dan Boling Padang.

Teras Kesukarelawanan: Siswa Siswi Pertahan Awam (SISPA), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)

Teras Kepimpinan : Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda, Kepimpinan Holistik Mahasiswa Muslim dan Integrasi Komuniti 1Malaysia.

Teras Pengucapan Awam : Debat (Bahasa Melayu), Pidato (Bahasa Melayu), Debat (Bahasa Inggeris), Public Speaking, Debat (Bahasa Arab) dan Pidato (Bahasa Arab).

Teras Daya Usaha Dan Inovasi : Media Kreatif, Penyelesaian Masalah TRIZ, dan Pembangunan Laman Maya.

Teras Khidmat Komuniti : Pengurusan Masjid

Teras Keusahawanan: Agrosis Usahawan Tani dan Usahawan Siswa Industri Hiliran.

2 Penolong Jurulatih

3 Pembantu Jurulatih

SYARAT KELAYAKAN

1. Mempunyai sijil pengiktirafan/perakuan sebagai Jurulatih/pengajar dalam bidang berkaitan dari badan/organisasi berkaitan.

2. ATAU memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai jurulatih/pengajar dalam bidang berkaitan yang diperaku oleh badan/organisasi terlibat.

ELAUN DAN KEMUDAHAN

BUTIRAN Jurulatih Penolong Jurulatih PembantuBayaran

Jam Pengajaran

i. Sesi pengajaran - RM 60.00/ jam - had maksimum : 2 jam (kursus) dan 3 jam (badan beruniform)

ii. Kerja kursus/ Latihan luar - RM 12.00/ jam - had maksimum : 8 jam

i. Sesi pengajaran - RM 40.00/ jam - had maksimum : 2 jam (kursus) dan 3 jam (badan beruniform)

ii. Kerja kursus/ Latihan luar - RM 8.00/ jam - had maksimum : 8 jam

i. Sesi pengajaran - RM 20.00/ jam - had maksimum : 2 jam (kursus) dan 3 jam (badan beruniform)

ii. Kerja kursus/ Latihan luar - RM 6.00/ jam - had maksimum : 8 jam

Elaun Perbatuan RM 0.50 /Kilometer

BIDANG TUGAS 1. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pengajaran kursus kokurikulum selaras

Page 2: usim.edu.myusim.edu.my/files/Borang_Jurulatih_Sambilan_Kursus... · Web viewIKLAN JAWATAN JURULATIH SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI) UNIVERSITI

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

USIM/UKK/TPS/01

dengan modul dan silibus serta kaedah yang ditetapkan bagi tempoh 14 minggu pengajaran (setiap sesi akademik) iaitu satu (1) sesi setiap minggu selama 2 jam setiap sesi pengajaran.

2. Membuat penilaian dan pemarkahan prestasi pelajar serta penentuan gred pencapaian bagi Kursus Kokurikulum yang ditetapkan.

3. Melaksanakan tugas dan arahan yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah.

TEMPOH PELANTIKAN

Tempoh pelantikan sebagai Jurulatih Sambilan ini adalah selama dua (2) semester akademik atau satu (1) tahun.

KAEDAH PERMOHONAN

1. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Jawatan Sambilan seperti yang dilampirkan bersama-sama iklan ini dengan lengkap dan menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan.

2. Borang Permohohonan Jawatan Sambilan yang telah dilengkapkan hendaklah di hantar kepada alamat berikut:

Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

3. Permohonan hendaklah dihantar menggunakan sampul bersaiz A4 dan menuliskan nama jawatan bagi kursus kokurikulum yang dipohon di penjuru atas sebelah kanan sampul berkenaan.

4. Pemohon yang berjaya disenarai pendekkan akan dihubungi dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan jawatan ini.

TARIKH TUTUP Permohonan hendaklah diterima oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) selewatnya pada 26 Julai 2015.

Page 3: usim.edu.myusim.edu.my/files/Borang_Jurulatih_Sambilan_Kursus... · Web viewIKLAN JAWATAN JURULATIH SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI) UNIVERSITI

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

PERMOHONAN JAWATAN TENAGA PENGAJAR SAMBILAN

Page 4: usim.edu.myusim.edu.my/files/Borang_Jurulatih_Sambilan_Kursus... · Web viewIKLAN JAWATAN JURULATIH SAMBILAN KURSUS KOKURIKULUM PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI) UNIVERSITI