Usul Fiqh

13
CARA MENGETAHUI AL-NASKH Nas yang berkaitan Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan. Di mana ia dapat diketahui melalui salah satu daripada cara berikut : Penegasan yang berbentuk lafaz yang memang menunjukkan al- Naskh. Sebagaimana firman Allah : “Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu), kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan, oleh itu, jika ada di antara kamu seratus orang yang sabra, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang, dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah SWT”. (Surah al-Anfal 8:66) Ayat tersebut merupakan ayat yang menasakhkan atau menjadi nasikh terhadap penetapan hukum terhadap orang Islam yang mesti menentang atau melawan orang kafir yang nisbahnya 1:10. Ayat yang dinasakh itu ialah firman Allah SWT : “Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir”. (Surah al-Anfal 8:65)

description

Usul Fiqh

Transcript of Usul Fiqh

Page 1: Usul Fiqh

CARA MENGETAHUI AL-NASKH

Nas yang berkaitan Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan. Di mana ia dapat

diketahui melalui salah satu daripada cara berikut :

Penegasan yang berbentuk lafaz yang memang menunjukkan al-Naskh. Sebagaimana

firman Allah :

“Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu),

kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan, oleh itu, jika ada di antara kamu

seratus orang yang sabra, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang, dan jika

ada di antara kamu seribu orang, nescaya dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin

Allah SWT”.

(Surah al-Anfal 8:66)

Ayat tersebut merupakan ayat yang menasakhkan atau menjadi nasikh terhadap penetapan

hukum terhadap orang Islam yang mesti menentang atau melawan orang kafir yang

nisbahnya 1:10. Ayat yang dinasakh itu ialah firman Allah SWT :

“Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan

dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu seratus orang,

nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir”.

(Surah al-Anfal 8:65)

Salah satu daripada dua nas Nasikh dan Mansukh itu terbukti datang terkemudian di

antara keduanya melalui kenyataan yang dibuat oleh Nabi SAW, sebagaimana hadis :

Maksudnya : Sebelumnya aku menegah kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah.

Penegasan melalui Ijmak ulama bahawa salah satu daripada nas Nasikh dan Mansukh itu

memang dating kemudian di antara satu sama lain.

Page 2: Usul Fiqh

Melalui perbuatan dan amalan Nabi SAW. Contohnya : Perbuatan Nabi SAW merejam

Ma’iz al-Aslami tanpa menyebatnya 100 kali telah menasakhkan hukum mengenai lelaki

dan perempuan telah berkahwin yang melakukan zina. Nas yang dinasakhkan itu ialah

sebagaimana hadis bermaksud : “Sebatan 100 kali dan rejam”.

Page 3: Usul Fiqh

CARA BERLAKU AL-NASKH

Cara-cara berlaku al-Naskh dapat dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu :

Al-Naskh Ada Ganti

Al-Nasakh bentuk atau cara ini ialah dengan menasakhkan hukum terdahulu kemudian

digantikan dengan hukum baru. Cara al-Naskh kategori ini dapat dipecahkan pula kepada 3

bahagian, iaitu :

Ganti Hukum Sama

Iaitu menggantikan hukum sama dengan hukum yang dinasakhkan. Contoh al-Naskh bentuk ini

berlaku sebagaimana dinasakhkan hukum mengadap kiblat ke Baitul Maqdis dan digantikan

dengan mengadap kiblat ke Baitul Allah (Kaabah) ketika sembahyang. Sebagaimana firman

Allah SWT :

“Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit,

maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai”.

(Surah al-Baqarah 2:144)

Ganti Hukum Lebih Ringan

Iaitu dengan mengganti hukum lebih ringan daripada hukum yang dinasakhkan. Al-Naskh

bentuk ini ialah yang mana hukum awal dan dahulu ada dalam nas Al-Quran. Contoh ayat

yang menyatakan berlaku al-Naskh jenis ini sebagaimana firman Allah SWT :

“Jika ada diantara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua

ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu seratus orang,

nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir”.

(Surah al-Anfal 8:65)

Ayat tersebut Allah mewajibkan orang Islam melawan musuh dan tidak boleh meninggalkan

medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh pula 200 orang.

Page 4: Usul Fiqh

Ia membawa maksud, orang-orang Islam tidak boleh lari daripada medan peperangan

sekiranya tentera Islam dalam nisbah 1:10. Hukum dalam ayat tersebut kemudiannya

dimansukhkan dengan hukum yang lebih ringan. Iaitu dengan turunnya ayat lain,

sebagaimana firman Allah SWT :

“Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu),

kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan, oleh itu, jika ada di antara kamu

seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang, dan jika

ada di antara kamu seribu orang, nescaya dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin

Allah SWT”

(Surah al-Anfal 8:66)

Ayat kedua ini, hukum wajib menghadapi musuh yang berjumlah 200 orang dan tentera

Islam 20 orang dimansukhkan serta digantikan dengan hukum baru yang lebih ringan. Iaitu

tentera Islam wajib menghadapi musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan

apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang, dengan nisbah 1:2.

Ganti Hukum Lebih Berat

Iaitu menggantikan dengan hukum lebih berat daripada hukum yang dinasakhkan. Al-Naskh

bentuk ini berlaku sebagaimana firman Allah tentang hukum pengharaman arak. Iaitu konsep

pengharaman arak yang diturunkan dalam 3 peringkat. Penjelasannya sebagaimana berikut :

Peringkat Pertama : Arak tidak diharamkan secara pasti lagi, namun sudah

dinyatakan bahawa bahayanya lebih besar daripada faedahnya. Sebagaimana firman

Allah SWT :

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah :

“Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa

keduanya lebih besar daripada manfaatnya”.

(Surah al-Baqarah 2:219)

Page 5: Usul Fiqh

Peringkat Kedua : Arak ditegah meminumnya ketika hendak mendirikan

sembahyang. Hal itu kerana terdapat kalangan sahabat menunaikan sembahyang

dalam keadaan mabuk. Ia menyebabkan bacaan ayat Al-Quran tersilap. Sebagaimana

firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menghampiri sembahyang

(mengerjakan) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui

akan apa yang kamu katakan.

(Surah al-Nisa’ 4:42)

Peringkat Ketiga : Arak diharamkan terus. Sebagaimana firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala,

mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor (keji) dari

perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah al-Ma’idah 5:90)

Al-Naskh Tiada Ganti

Al-Naskh tidak ada ganti ialah ayat-ayat atau nas yang telah dimansukhkan sudut hukumnya dan

tidak ada apa-apa gantian dengan hukum baru. Contohnya ialah sebagaimana firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap Rasulullah (mengenai

sesuatu perkara), maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu

memulakan pengadapan itu.

(Surah al-Mujahadah 58:12)

Page 6: Usul Fiqh

Ayat ini Allah menyebutkan hukum bagi sahabat yang hendak menemui Rasulullah SAW

perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut dan hukumnya dimansukhkan melalui ayat

berikutnya. Sebagaimana firman Allah SWT :

“Adakah kamu takut (akan kemiskinan) disebabkan kerapkali kamu memberi sedekah sebelum

memulakan pengadapan kamu itu? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah SWT

pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu)”.

(Surah al-Mujahadah 58:13)

Ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah SAW tidak perlu membawa

sebarang buah tangan. Hukum dalam ayat sebelumnya dinasakhkan tanpa ada sebarang gantian

dengan hukum lain.

Page 7: Usul Fiqh

MASA BERLAKU AL-NASKH DAN HIKMATNYA

Jumhur Ulama sepakat mengatakan al-Naskh hanya berlaku semasa Nabi SAW masih hidup

sahaja. Dimana al-Naskh tidak harus berlaku kecuali melalui wahyu sahaja dan wahyu

berkemungkinan turun pada masa hayat Nabi SAW sahaja.

Selepas kewafatan Nabi, pembatalan hukum tidak berlaku sama sekali kerana wahyu tiada lagi.

Justeru, semua hukum yang diamalkan pada masa hayat Nabi SAW dan tidak lahir daripada

Baginda SAW sesuatu yang menasakhkannya, maka hukum itu adalah tetap walaupun selepas

kewafatan Baginda SAW.

Hal itu kerana Baginda SAW adalah rasul terakhir. Sebagaimana firman Allah SWT :

“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar

bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah SAW dan kesudahan segala

Nabi-Nabi”.

(Surah al-Ahzab 33:40)

Page 8: Usul Fiqh

Nas Tidak Boleh Dinasakh

Tidak semua hukum syarak boleh dinasakhkan. Dimana ada antaranya yang menerima

pembatalan da nada pula yang tidak boleh dibatalkan.

Antara hukum yang tidak boleh dinasakhkan ialah:

Ayat Al-Quran yang menyentuh tentang akidah dan iman, sebagai contohnya: Sifat-sifat

Allah, kekuasaan-Nya, perkara-perkara Sam’iyyat yang telah tetap dan jelas, seperti;

Alam barzakh, syurga dan neraka.

Ayat Al-Quran berkaitan sejarah, perkara yang menyentuh tentang para nabi dan umat

silam yang diterima oleh nabi Muhammad SAW melalui wahyu. Sebagai contohnya :

Kisah tentang Ashab al-Kahfi, Zul al-Qarnain, Nabi Musa dan Firaun juga Nabi Nuh dan

kaumnya.

Hukum-hukum syarak yang telah diputuskan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW

serta melalui Ijmak ulama.

Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengan sebab

perubahan zaman, suasana dan umat. Sebagai contohnya: Adil, benar, amanah, zalim,

dusta dan lainnya.

Hukum-hukum furu’ atau masalah cabang syarak yang telah dijelaskan berkekalan

hukumnya oleh syarak. Contohnya: Hukum kewajipan berjihad berterusan hingga

Kiamat.

Page 9: Usul Fiqh

Hikmat Al-Naskh

Jumhur ulama sepakat mengatakan al-Naskh memang berlaku dalam hukum syarak. Antara

hikmat al-Naskh ialah :

Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan umat manusia. Di mana sesetengah

kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.

Salah satu prinsip Islam tidak membebankan umatnya dan sesetengah hukum itu

diturunkan secara beransur-ansur. Iaitu supaya manusia tidak dibebani sekaligus dapat

menerima pembinaan hukum yang dibawa oleh Islam penuh ikhlas.

Sebagai contohnya: Hukum pengharaman riba datang dalam 4 peringkat :

Peringkat Pertama : Allah menerangkan perbezaan di antara riba dan zakat.

Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya

bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan

kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian

sedekah (zakat) yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah SWT

semata-mata, maka mereka yang melakukan itulah orang-orang yang beroleh pahala

berganda-ganda.

(Surah al-Rum 30:39)

Peringkat Kedua : Allah SWT menerangkan riba itu suatu perbuatan zalim.

Sebagaimana firman Allah SWT :

Page 10: Usul Fiqh

“Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami

haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka dan

disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah SWT. Dan juga

(disebabkan) mereka mengambil riba, pada hal mereka telah dilarang melakukannya”.

(Surah al-Nisa’ 4:160 dan 161)

Peringkat Ketiga : Allah melarang mengambil riba dengan gambaran yang tidak baik.

Sebagaimana Firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan (mengambil) riba dengan

berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah SWT, supaya kamu berjaya.

(Surah Ali Imran 3:130)

Peringkat Keempat : Allah mengharamkan riba secara mutlak. Sebagaimana firman

Allah SWT :

“Pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba”.

(Surah al-Baqarah 2:275)

Untuk mengemaskini hukum syarak dan mengembangkan perundangan Islam. Hal itu

memandangkan ada sesetengah hukum-hukum Islam yang diturunkan pada peringkat

permulaan Islam hanya sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itu sahaja.

Konsep al-Naskh serta penurunan Al-Quran secara beransur-ansur bertepatan dengan

sifat manusia yang lemah. Iaitu untuk memudahkan mereka memahami juga

melaksanakan segala tuntutan dan pelaksanaan syariat dengan lebih tenteram.

Untuk memudahkan dan memberi kesempatan kepada umat Islam khususnya masyarakat

Arab awal Islam yang bergelumang dengan adat Jahiliyyah meninggalkan kefahaman

mereka secara beransur-ansur.

Page 11: Usul Fiqh