Usul fiqh, al quran.

4

Click here to load reader

Transcript of Usul fiqh, al quran.

Page 1: Usul fiqh, al quran.

USULFIQH.

AL-QURAN.

PENGERTIAN AL-QURAN.

Al-Quran ialah lafaz dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang dapat melemahkan satu surah yang paling pendek darinya, ditulis di dalam mushaf-mushaf, dipindahkan dengan jalan mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadat, dimulai dengan al-Fatihah dan disudahi dengan Surah an-Naas.

Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah dengan bahasa Arab untuk melemahkan dengan satu surah yang paling pendek darinya, ditulis di dalam mushaf-mushaf, dipindahkan dengan jalan mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadat, dimulai dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan Surah an-Naas.

CIRI – CIRI AL-QURAN.

1. Al-Quran diturunkan dengan bahasa Arab.

2. Makna dan lafaz-lafaz al-Quran yang berbahasa Arab diturunkan oleh Allah swt.

3. Al-Quran dipindahkan dengan jalan mutawatir secara tulisan dan dari mulut ke

mulut (musyafah) setiap masa sejak diturunkan ke atas Rasulullah s.a.w sehingga sekarang.

4. Al-Quran melemahkan manusia dari menciptakan satu surah yang menyamai surah al-Quran walaupun surah yang paling pendek sekali.

BACAAN AYAT-AYAT AL-QURAN.

Bacaan ayat-ayat al-Quran yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad terbahagi kepada 2 bahagian : 1. Bacaan Mutawatir. 2. Bacaan Syazah.

BACAAN MUTAWATIR.

Iaitu bacaan yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad oleh sekumpulan perawi-perawi yang ramai yang mana tidak mungkin pada adatnya mereka sepakat memalsukannya di dalam semua peringkat zaman.

Bacaan Mutawatir dijadikan sebagai hujah untuk menginstinbatkan hukum-hukum Islam.

Ulama sepakat menganggap bacaan Mutawatir adalah merupakan bacaan TUJUH qari :

1. Bacaan Ibnu Kathir - qari Mekah. 2. Bacaan Nafi‟ - qari Madinah. 3. Bacaan Ibnu „Amir - qari Syam. 4. Bacaan Abi „Amru - qari Basrah. 5. Bacaan „Asim - qari Kufah.

Page 2: Usul fiqh, al quran.

6. Bacaan Hamzah - qari Kufah. 7. Bacaan al-Kisa‟ie - qari Kufah.

BACAAN SYAZAH.

Bacaan ayat al-Quran yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad seorang atau lebih yang tidak sampai bilangan mutawatir, seperti bacaan Abdullah bin Masoud.

Contoh, firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Ma‟idah, ayat 89 : i. Bacaan Mutawatir. ii. Bacaan Syazah.

HUKUM BACAAN AL-QURAN.

Ulama sepakat mengatakan bahawa bacaan mutawatir boleh dijadikan hujah bagi menginstinbatkan hukum.

Ulama berselisih pendapat berhubung dengan bacaan syazah untuk dijadikan hujah.

Menurut ulama Hanafi dan Hanbali, SAH berhujah dengan bacaan syazah kerana bacaan tersebut ada didengar oleh sahabat dari Rasulullah s.a.w.

Menurut ulama Maliki dan Syafi‟ie, TIDAK SAH berhujah dengan bacaan syazah kerana nas yang dipindah bukan dengan jalan mutawatirbukanlah ia al-Quran.

Tidak sah sembahyang dengan bacaan syazah (tidak mutawatir).

CARA AL-QURAN MENUNJUKKAN HUKUM. Terbahagi kepada DUA, iaitu :

1. Hukum secara Qat‟i. 2. Hukum secara Zanni.

HUKUM SECARA QAT‟I.

Iaitu hukum-hukum yang terang dan jelas maksudnya dan dapat difaham dengan mudah.

Contohnya, firman Allah dalam Surah al-Maidah, ayat 38 : Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potong tangan mereka.

HUKUM SECARA ZANNI.

Iaitu hukum yang tidak jelas dan mungkin mengandungi makna yang berlainan.

Contohnya, firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 228 : Maksudnya : Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).

- Lafaz quni dalam ayat tersebut adalah zanni kerana ia memberi dua makna, iaitu haid

atau suci.

Page 3: Usul fiqh, al quran.

- Dalam sesetengah keadaan, al-Quran menunjukkan hukum dengan cara qat‟I dari satu sudut dan dari sudut yang lain menunjukkan hukum zanni. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ma‟idah, ayat 6 : “Dan sapulah sebahagian kepala kamu.”

- Ayat tersebut menunjukkan dengan qat‟I hukum wajib menyapu kepala ketika berwudhu. Dalam keadaan lain menunjukkan hukum zanni, iaitu mengenai kadar kepala yang wajib disapu.

PENDAPAT ULAMA TENTANG KALIMAH BASMALAH.

Ulama sepakat mengatakan bahawa kalimah basmalah dalam surah an-Naml, ayat 30 adalah merupakan sepotong ayat dan sebahagian dari surah an-Naml.

Ulama berbeza pendapat berkenaan kalimah basmalah di permulaan surah al-Fatihah, sama ada ianya merupakan sepotong ayat yang bersendirian atau sebahagian dari surah al-Fatihah. 1. Ulama Fiqh dari Qari madinah, Basrah dan Syam :

Basmalah bukan merupakan sepotong ayat, ianya ditulis di permulaan surah semata-mata untuk keberkatan dan bagi memisahkan di antara satu surah yang lain.

2. Ulama Hanafi, Maliki dan sekumpulan ulama Usul Fiqh : Basmalah merupakan sepotong ayat yang bersendirian. Ianya dituturkan khusus untuk keberkatan dan bagi memisahkan di antara satu surah dengan surah yang lain.

3. Qari kota Mekah dan Kufah :

Basmalah merupakan sepotong ayat dan juga sebahagian dari surah al-Fatihah.

PERANAN AL-QURAN DALAM PERUNDANGAN.

1. Al-Quran membawa dalil-dalil yang berbentuk umum yang mengandungi hukum dan ditafsirkan oleh Nabi melalui hadith baginda, kemudiannya diteruskan oleh ulama.

2. Al-Quran mengandungi arahan dan tegahan secara langsung dan digunakan sebagai penetapan daripada Allah tanpa pentafsiran. Walaupun begitu, dalam mengeluarkan hukum bersumberkan al-Quran, ulama mestilah mengkaji sebab penurunan sebuah ayat terlebih dahulu dan mengkaji dari segi nasikh serta mansukhnya.

3. Sesetangah keadaan, al-Quran menjelaskan hukum yang terkandung di dalam ktab-

kitab yang diturunkan sebelumnya dan terus ditetapkan hukumnya utuk umat Islam, kecuali ada ayat yang memansukhkan hukum tersebut.

SOALAN.

1. Al-Quran merupakan sumber utama perundangan Islam. Jelaskan pengertian al-

Quran dan ciri-ciri yang ada pada al-Quran.

2. Bacaan ayat-ayat al-Quran yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w terbahagi kepada dua bahagian. Jelaskan.

Page 4: Usul fiqh, al quran.

3. Al-Quran merupakan sumber utama perundangan Islam. Terangkan peranan al-Quran dalam perundangan Islam.

4. Cara dan bentuk al-Quran menunjukkan hukum ternahagi kepada dua keadaan,

iaitu hukum secara Qat‟i dan hukum secara Zanni. Jelaskan dengan memberikan contoh.

Hasil kerja : Jimoh S. ♥