UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...
Transcript of UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DIKOLEJ TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,SKUDAI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya NORMA SUZILA BINTI AHMAD(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: DR. HAMDAN BIN SAIDLot 15, Kg Tok Oh, .............................................................16210 Tumpat, Nama PenyeliaKelantan.
Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”
Tanda tangan : ………………………………............
Nama Penyelia : Dr. Hamdan bin Said
Tarikh : …………………………………........
KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJTUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI
NORMA SUZILA BINTI AHMAD
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..........................................................
Nama Penulis : Norma Suzila binti Ahmad
Tarikh : ............................................................
iii
DEDIKASI
Buat Suami Tersayang,
MOHD. NAZRIM B. ABDULLAHTerima kasih atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan.
Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu,
NURAMALIN AISYAHMUHAMMAD AFIQ
Semoga kejayaan ummi hari ini menjadi contoh & dorongan untuk kalian..
Buat Ayahanda Dan Bonda Tercinta
AHMAD B.OMARLATIFAH BT. HARON
Terimalah kejayaan anakmu ini...Terima kasih atas segala didikan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Buat adinda-adindaku,semoga kejayaanku menjadi teladan dan dorongan buat semua
Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan
EKIN, MIJI, NAZA, WARK, JE, IDA ZAH DAN LAIN-LAINSemoga Persahabatan Kita Berkekalan Hendaknya. Terima kasih atas segalanya
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmaanirrahim....
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya menyiapkan
projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr.
Hamdan b. Said selaku pensyarah pembimbing, yang telah banyak memberi bimbingan,
nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina sehingga projek ini dapat
disempurnakan.
Terima kasih tidak terhingga juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-
rakan seperjuangan yang banyak membantu dan tidak lupa juga kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan projek ini.
Wassalam..
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti
kehidupan di Kolej Tun Fatimah (KTF). Dalam kajian ini kepuasan mahasiswi terhadap
kualiti kehidupan ditinjau dari aspek persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan,
layanan staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswi, pentadbiran pejabat pengurusan,
keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang
dijalankan, dan perkhidmatan kafeteria. Kajian diskritif ini menggunakan soal selidik
yang diubahsuai dari kajian-kajian terdahulu sebagai instrumen kajian. Seramai 320
orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul telah dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan
dipaparkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa para siswi berpuas hati terhadap kualiti kehidupan di KTF dalam kesemua lapan
aspek yang dikaji. Kajian ini turut memberikan cadangan untuk tindakan susulan dan
cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.
vi
ABSTRACT
This research intends to identify female students’ satisfaction towards life quality
in the Kolej Tun Fatimah (KTF). In this research, students’ satisfaction towards life
quality was surveyed through the aspects of college environment, facilities and services,
staffs’ and Student Committee’s services, office’s administration, overall experience,
monitoring and safety, program and activity conducted, and cafeteria services. This
descriptive study used a modified questionnaire taken from previous studies as a
research instrument. A total of 320 respondents were voluntarily involved in this study.
The data collected were analyzed using the Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) software and the output analysis was shown in frequency, percentage and mean.
The findings indicated that the respondents were satisfied towards the life quality in the
KTF in all eight aspects studied. This study also provides suggestions further actions and
advanced studies can be carried out.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI SINGKATAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Penutup 13
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Sejarah Kolej Kediaman 14
2.3 Kualiti Kehidupan 18
2.3.1 Persekitaran Tempat Tinggal 22
2.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 24
2.3.3 Layanan Staf dan AJK Mahasiswi Kolej Kediaman 27
2.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman 30
2.3.5 Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman/ Asrama 32
2.3.6 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman 35
2.3.7 Program dan Aktiviti di Kolej Kediaman 37
2.3.8 Perkhidmatan Kafetaria 38
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Lokasi Kajian 40
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kajian Rintis 43
3.7 Prosedur Kajian 43
3.8 Analisis Data 44
3.9 Penutup 46
ix
BAB IV ANALISIS DATA DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Bahagian A - Profil Latar belakang Responden di KTF 47
4.2.1 Pengajian Akademik 48
4.2.2 Jumlah Semester Menginap di KTF 48
4.2.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 49
4.2.4 Aras Bilik di KTF 49
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 50
4.3.1 Persekitaran KTF 50
4.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di KTF 53
4.3.3 Layanan Staf dan AJK Mahasiswi KTF 55
4.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan KTF 57
4.3.5 Keseluruhan Pengalaman Kehidupan di KTF 58
4.3.6 Pengawasan Dan Keselamatan KTF 59
4.3.7 Program Dan Aktiviti Yang Dijalankan di KTF 61
4.3.8 Perkhidmatan Kafeteria KTF 62
4.4 Analisa Maklumbalas Responden 63
4.5 Penutup 64
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 65
5.2 Perbincangan Kajian 65
5.2.1 Bahagian A - Perbincangan latar belakang 66
responden
5.2.2 Bahagian B - Perbincangan Persoalan Kajian 66
5.2.2.1 Persekitaran KTF 66
5.2.2.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di KTF 68
5.2.2.3 Layanan Kakitangan dan Jawatan Kuasa 69
x
Mahasiswa KTF
5.2.2.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan KTF 70
5.2.2.5 Keseluruhan Pengalaman Kehidupan di KTF 70
5.2.2.6 Pengawasan Dan Keselamatan KTF 71
5.2.2.7 Program Dan Aktiviti Yang Dijalankan di KTF 72
5.2.2.8 Perkhidmatan Kafetaria KTF 73
5.3 Rumusan 74
5.4 Cadangan Kajian 75
5.4.1 Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar 76
5.4.2 Pihak Pentadbir KTF 76
5.4.3 Pihak Jawatankuasa KTF 76
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 77
BIBLIOGRAFI 78
LAMPIRAN 82
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK JADUAL MUKA SURAT
3.1 Jadual Skala Likert 42
3.2 Jadual Skala Binari 42
3.3 Senarai Item Mengikut Faktor 42
3.4 Pengkelasan Tahap Kualiti Kehidupan Mahasiswi 44
di KTF
3.5 Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kualiti 45
Kehidupan Mahasiswi di KTF
3.6 Pemeringkatan Peratus Menentukan Tahap Kualiti 46
Kehidupan Mahasiswi di KTF
4.1 Pengajian Akademik 48
4.2 Jumlah Semester Menginap di KTF 49
4.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 49
4.4 Aras Bilik di KTF 50
4.5 Pengkelasan Tahap Kualiti Kehidupan Mahasiswi di KTF 51
4.6 Analisis Persekitaran KTF 52
4.7 Analisis kemudahan dan perkhidmatan KTF 54
4.8 Analisis Layanan Staf dan AJK Mahasiswi KTF 56
4.9 Analisis pentadbiran pejabat pengurusan KTF 58
4.10 Analisis pengalaman Kehidupan di KTF 59
4.11 Analisis pengawasan dan keselamatan di KTF 60
4.12 Analisis program-program dan aktiviti di KTF 62
4.13 Analisis perkhidmatan kafetaria KTF 63
4.14 Analisa Maklumbalas Responden 64
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK RAJAH MUKA SURAT
2.1 Aliran Pengurusan Kolej Kediaman 30
2.2 Hierarki Keperluan Maslow 31
2.3 Lima fasa kualiti kehidupan di kolej kediaman 33
LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN
Borang Soal Selidik 82
Surat Pengesahan TNC (HEP)
Surat Pengesahan dari Fakulti Pendidikan
Surat Pengesahan Kerjasama dari Pengetua KTF
xiii
SENARAI SINGKATAN
UTM – Universti Teknologi Malaysia
KTF – Kolej Tun Fatimah
ATM – Automatted Teller Machine
SPSS - Statistical Package For Sosial Science
IPT - Institut Pengajian Tinggi
USM - Universiti Sains Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi Mara
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
SUB - Student Union Board
HEP - Hal Ehwal Pelajar
C - Cemerlang
B - Bagus
SD - Seperti Dijangka
SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan
L - Lemah
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penginapan dalam kampus merupakan salah satu ciri atau aspek kehidupan para
siswa-siswi sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.
Pembangunan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukan sahaja
dipengaruhi oleh persekitaran dalam bilik kuliah tetapi juga persekitaran tempat
penginapan dan juga lain-lain tempat di universiti.
Menurut Chickering (1969) pembangunan diri individu yang berada di institusi
pengajian tinggi adalah dipengaruhi oleh persekitaran institusi tersebut. Pembangunan
diri individu ini dipengaruhi oleh objektif universiti, saiz universiti, kurikulum di
universti, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan di universiti tersebut, susun atur
asrama di universiti, fakulti dan pentadbiran universiti, dan budaya yang dibentuk atau
diamalkan dikalangan para pelajar.
Pembudayaan kolej kediaman merujuk kepada usaha untuk melahirkan para
pelajar yang berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan. Pembudayaan ini
dilakukan melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah-ceramah
keagamaan dan kursus-kursus motivasi yang dijalankan di asrama dari masa ke semasa.
Dengan ini para siswa-siswi seharusnya menggunakan kesempatan tinggal di kolej
2
kediaman dengan semaksimum mungkin untuk mencapai wawasan kecemerlangan
akademik mereka kelak.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kolej kediaman di universiti menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu
siswa-siswi menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara kemudahan-
kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah blok-blok penginapan, surau,
dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. Menurut Shafie Jusoh (1994),
pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi adalah bertujuan untuk
mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik Justeru sewajarnya
peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin.
Mahasiswi memerlukan persekitaran yang kondusif di kolej kediaman untuk
membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang
seimbang. Namun begitu kedapatan para siswi-siswi yang berpusu-pusu meninggalkan
kampus dan KTF khususnya sama ada semasa hujung minggu ataupun semasa dalam
minggu perkuliahan. Mengapakah ini terjadi? Adakah para siswa-siswi keluar
meninggalkan kampus kerana mencari tempat yang lebih baik untuk mereka
mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman
mereka tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang lebih
kondusif?
Pihak pengurusan kolej kediaman dan pihak Hal Ehwal Pelajar sesebuah
universiti telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan untuk
memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak kolej kediaman
misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan permainan video,
padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai sesuatu
kerosakan atas talian. Namun begitu masih kedapatan para siswa-siswi yang kerap
keluar kampus. Mengapakah ini terjadi? Adakah ini disebabkan oleh kekurangan
3
kemudahan asas di UTM? Adakah ini disebabkan oleh kemudahan dobi di UTM tidak
memenuhi kehendak mereka? Atau adakah keadaan ini disebabkan para siswa-siswi
tidak berminat hendak tinggal di kolej kediaman tetapi terpaksa disebabkan peraturan
yang menghendaki para mereka tinggal di kolej kediaman? Secara khusunya apakah
kekurangan kemudahan yang terdapat di KTF.
Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar kepada penghuninya.
Persekitaran kolej kediaman biasanya lebih mendorong penghuninya untuk melibatkan
diri dalam berbagai aktiviti di kampus. Selain itu, pencapaian akademik mereka dapat
diberikan jaminan akan sentiasa dalam keadaan yang baik. Pengalaman hidup di kolej
kediaman juga membina persepsi positif para pelajar terhadap iklim sosial di kampus.
Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana persekitaran di kampus adalah lebih
akademik dan menyokong terhadap aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab
antara para pelajar akan mewujudkan kematangan fikiran yang membawa kepada
pertumbuhan serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999). Adakah
kekerapan pelajar-pelajar KTF berpusu-pusu meninggalkan kampus setiap hujung
minggu itu disebabkan kurang interaksi antara mereka?
Namun begitu, dewasa ini terdapat banyak berita dari media yang melaporkan
tentang kejadian buruk yang menimpa pelajar di sekitar kolej kediaman dan kampus
institusi pengajian tinggi. Misalnya Tanggal 9 Ogos 2002, seorang pelajar perempuan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 20 tahun telah dibunuh oleh seorang
warga Bangladesh di kolej kediamannya sendiri. Dalam kejadian yang lain pula,
seorang pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) berketurunan Cina berumur 20
tahun juga telah bertindak menggantungkan dirinya sendiri pada kipas siling pada Jun
2006 kerana disyaki tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus.
Mangsa dalam surat terakhirnya mendakwa bahawa rakan sebiliknya sering
mengganggu ketika dia sedang tidur. Terkini, 2 orang siswi di salah sebuah IPTA di
Lembah Klang cuba diculik dan dirogol. Persoalannya adakah kawasan KTF selamat
untuk di diami? Kejadian-kejadian yang seumpama ini seolah-olah menunjukkan
4
bahawa kedapatan perkhidmatan keselamatan yang tidak menepati kehendak pelanggan.
Adakah mahasiswi berpuas hati terhadap tahap keselamatan di KTF UTM?
Tinjauan ke atas pelajar kolej kediaman memperlihatkan masih terdapat lagi
rungutan-rungutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej kediaman. Antara rungutan
itu ialah:
i) Terpaksa berkongsi kemudahan yang sedikit seperti mesin basuh dan tandas
di mana pelajar terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya.
ii) Keadaan di kolej kediaman tidak seperti di rumah yang lengkap dengan
keperluan lain seperti peti sejuk. Selain dari itu para pelajar tidak dibenarkan
memasak makanan mereka sendiri.
iii) Terdapat sebuah televisyen sahaja di setiap bangunan yang terdapat di kolej
kediaman. Berlaku perebutan siaran/ rancangan televisyen antara para pelajar
yang kadang-kadang menimbulkan perbalahan antara mereka.
iv) Di sesetengah kolej kediaman yang agak lama, terdapat kemudahan awam
yang tidak diselenggara dengan baik. Contohnya mangkuk tandas yang lama
kelihatan kotor, saliran air yang telah digunakan di bilik mandi tidak lancar
serta paip bocor dan menyebabkan air menitis.
v) Terpaksa mengemas barang dan mengosongkan bilik asrama semasa cuti
semester dirasakan sesuatu perkara yang membuang masa sedangkan jika
hendak dibandingkan dengan di rumah, mereka tidak perlu melakukan
perkara ini.
vi) Sesetengah pelajar merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik di
kalangan pelajar lain yang tidak pandai menjaga kebersihan dan kemudahan
yang disediakan oleh pihak kolej kediaman.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan yang
berkualiti, layanan staf dan AJK mahasiswi yang profesional, pentadbiran
pejabat pengurusan yang cekap, pengalaman kehidupan di kampus yang
bermakna, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, program dan
aktiviti yang menarik dan mencabar dan perkhidmatan kafetaria kampus yang
memenuhi kehendak pelanggan mampu memberikan kepuasan kepada penghuni
kolej kediaman. Berasaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar,
pihak institusi pengajian tinggi tidak tahu sama ada pelajar berasa selesa tinggal
di KTF atau tidak. Pihak pentadbiran universisit juga juga tidak mengetahui
kualiti kehidupan pelajar di kolej kediaman yang sedikit sebanyak membawa
kesan positif ataupun negatif terhadap kecemerlangan akademik dan bukan
akademik pelajar mereka. Ini adalah kerana, masih belum terdapat lagi kajian
yang dijalankan bagi mengenalpasti kualiti kehidupan siswi-siswi di kolej
kediaman di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini adalah bertujuan
untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej
Tun Fatimah (KTF) UTM, Skudai, Johor.
1.4 Objektif Kajian
Berasaskan kepada pernyataan masalah di atas objektif kajian ini adalah seperti
berikut:
i. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti persekitaran di KTF.
ii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kemudahan dan
perkhidmatan di KTF.
iii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti layanan yang staf
dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa di KTF.
6
iv. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti pentadbiran pejabat
pengurusan di KTF.
v. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti pengalaman
kehidupan di KTF.
vi. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti pengawasan dan
keselamatan di KTF.
vii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti program dan aktiviti
di KTF.
viii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap perkhidmatan kafeteria di
KTF.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khusus kaji selidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan
berikut iaitu:
i. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti persekitaran di KTF?
ii. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti kemudahan dan
perkhidmatan di KTF?
iii. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti layanan staf dan Ahli
Jawatankuasa Mahasiswa KTF?
iv. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti pentadbiran pejabat
pengurusan KTF?
v. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti pengalaman kehidupan di
KTF?
vi. Adakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti pengawasan dan
keselamatan di KTF?
vii. Adakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti program dan aktiviti di
KTF?
7
viii. Adakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti perkhidmatan kafeteria di
KTF?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini dijangkakan dapat memberi maklum balas yang boleh digunakan
untuk menambahbaik kualiti kehidupan para siswi di KTF, membantu pihak Hal Ehwal
Pelajar UTM, pentadbiran KTF, dan juga Jawatankuasa Mahasiswa KTF meningkatkan
kepuasan pelanggan mereka. Kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar hasil kajian ini
dapat digunakan sebagai garis panduan untuk menyediakan pelbagai kemudahan di
KTF. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan bas, padang permainan dan sebagainya.
Kepada pihak pentadbir KTF pula untuk mempertingkatkan lagi kemudahan dan
keselesaan suasana di KTF. Kepada Jawatankuasa KTF diharapkan hasil kajian ini dapat
memberikan mereka garis panduan aktiviti-aktiviti pembangunan yang perlu diselitkan
dalam kolej kediaman. Kesimpulannya hasil daripada kajian ini juga dapat digunakan
oleh pihak universiti sebagai rujukan untuk dijadikan panduan dalam merangka dasar
ataupun program-program tertentu untuk kepentingan siswi-siswi di KTF.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan di Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai sahaja. Populasi dan sampel-sampel adalah terdiri daripada siswi-
siswi kolej berkenaan. Kajian ini juga hanya menfokuskan kepada lapan pembolehubah
sahaja iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan AJK
Mahasiswi, pentadbiran pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman kehidupan,
pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan dan perkhidmatan
kafeteria.