5 menganalisis langkah menghindari jangkitan yang berpunca dari mikroorganisma
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala...
Transcript of UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......Jasmani berpunca daripada tanah manakala...
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN SAINS DAN
MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya ___________________NURUL SHAHIDA MA’AJIH ___________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia :
Lot 602, Kampung Paya Rawa, En. Jamaludin Ramli
Kampung Raja,
22200 Besut,
Terengganu
Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini sudah memadai dari
segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan: …………………………………
Nama Penyelia: ENCIK JAMALUDIN RAMLI
Tarikh: APRIL 2010
HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-
PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN SAINS DAN MATEMATIK DI FAKULTI
PENDIDIKAN UTM
NURUL SHAHIDA BINTI MA’AJIH
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Fizik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2010
i
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan: …………………………………
Nama Penulis: NURUL SHAHIDA BINTI MA’AJIH
Tarikh: APRIL 2010
ii
DEDIKASI
Khas buat ayahanda dan bonda yang disayangi dan dihormati
Ma’ajih bin Ismail
Narizan binti Mohd
Yang banyak memberi semangat, galakan dan nasihat
Tanpa iringan doa daripada kalian
Mungkin perjuanganku ini tidak akan berjaya
Buat abang dan adik-adik
Mohd Mustakim bin Ma’ajih
Nurul Shahirah binti Ma’ajih
Nurul Shahizzat binti Ma’ajih
Yang sentiasa memberi sokongan padu
Yang tidak berbelah bagi
Buat rakan-rakan seperjuangan
Yang sentiasa menghulurkan bantuan
Di saat aku amat memerlukan
Terima kasih atas sokongan kalian
Kenangan bersama kalian tetap abadi dalam ingatan
Terima kasih untuk segalanya
iii
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapatlah saya menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek saya, En
Jamaludin Ramli di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, nasihat dan usaha
berterusan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Tanpa
beliau, sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan projek saya ini dengan lengkap
menurut keperluan dan kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Ucapan terima kasih khusus diberikan kepada semua rakan-rakan dari 4SPF,
4SPM, 4SPN dan 4SPC yang telah menjadi responden kajian ini. Selain itu, ucapan
penghargaan tidak lupa juga ditujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga di atas
segala dorongan dan sokongan padu yang mereka berikan kepada saya untuk
menyiapkan projek ini dengan jayanya. Penghargaan juga diberikan kepada semua
rakan-rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
usaha menyiapkan kajian ini.
Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan
yang dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta
cenderung ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan
pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir di Jabatan Sains dan
Matematik, Fakulti Pendidikan, UTM. Seramai 80 orang sampel yang terlibat dalam
kajian ini. Soal selidik bagi kajian ini adalah merupakan 40 item daripada Big Five
Inventory (BFI) oleh Oliver John (1991). Kajian rintis dijalankan untuk melihat
kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Nilai kebolehpercayaan bagi
keseluruhan soal selidik ini ialah 0.7672. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Packages for Social Sciences Windows Version 11.5 (SPSS) bagi
mendapatkan jumlah kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan nilai korelasi.
Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk
menganalisis personaliti yang dominan mengikut pencapaian akademik pelajar
berdasarkan kepada CPA. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan terdapat
hubungan yang positif, tetapi kekuatan hubungan yang lemah (r = 0.13) antara lima
ciri utama personaliti dengan pencapaian akademik. Analisis juga menunjukkan
bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian
akademik. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan
kecenderungan personaliti pelajar yang positif dalam usaha meningkatkan pencapaian
akademik mereka.
v
ABSTRACT
The purpose of this research is to determine the relationship between
personality of students with academic achievements among final year students from
Science and Mathematics Department, Faculty of Education, UTM. The sample
consists of 80 students. The questionnaire for personality consists of 40 items from
Big Five Inventory (BFI) that was from Oliver John (1991). The pilot study was done
in order to determine the reliability and suitability of the questionnaire. The
reliability value of Cronbach Alpha for the whole set of questionnaire used was
0.7672. Data were analyzed using Statistical Package for Social Science Windows
Version 11.5 (SPSS) to obtain percentage, frequency, mean, standard deviation and
Pearson correlation. The descriptive statistics such as frequency, percentages, mean
and standard deviation were used to analyze the dominant personality according to
their academic achievements. Pearson correlations analysis showed that there is a
positive relationship, but very weak (r = 0.13) between personality and academic
achievement. The data analyzed also showed that there is no significant relationship
between personality and academic achievement. Therefore, suggestions were made
to increase the tendency of their positive personality in order to enhance their
academic achievements.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
PENGAKUAN
i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RINGKASAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Skop Kajian
1.9 Batasan Kajian
1
3
5
6
7
8
9
9
10
vii
1.10 Definisi Istilah dan Operasional Kajian
1.10.1 Personaliti
1.10.2 Mempunyai sikap terbuka
1.10.3 Mempunyai kesedaran
1.10.4 Bersikap sosial
1.10.5 Berpendapat sama
1.10.6 Bersifat neurotik
1.10.7 Pencapaian akademik
1.10.8 Pelajar
1.11 Kesimpulan
10
11
12
13
13
14
14
15
15
2
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Istilah Personaliti
2.3 Ciri-ciri Membentuk Personaliti
2.4 Klasifikasi Personaliti
2.4.1 Teori Psikoanalisis
2.4.2 Teori Trait
2.4.3 Teori Humanistik
2.4.4 Personaliti Mengikut Pandangan Islam
2.5 Sejarah Penemuan Lima Ciri Utama
Personaliti
2.6 Hubungan antara Lima Ciri Utama Personaliti
Dengan Motivasi
2.7 Aplikasi Lima Ciri Utama Personaliti
2.7.1 Akademik dan Hasil Kerja
2.7.2 Perhubungan Sosial
16
16
18
18
19
20
20
21
25
26
viii
2.7.3 Kesihatan
2.8 Kajian-kajian Lepas yang Berkaitan
2.9 Kesimpulan
28
29
30
32
3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Lokasi Kajian
3.4 Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.6 Analisis Data
3.7 Kesimpulan
33
34
35
35
36
36
37
37
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang
Responden
4.2.1 Jantina
4.2.2 Kursus
4.2.3 Pencapaian Akademik
4.3 Analisis Bahagian B: Keseluruhan Soal
Selidik
39
40
40
41
ix
4.3.1 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti
Keterbukaan (openness to experience)
4.3.2 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti
Kesedaran (conscientiousness)
4.3.3 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti
Bersifat Sosial (ekstrovert)
4.3.4 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti
Berpendapat sama (agreeable)
4.3.5 Analisis Deskriptif Komponen Personaliti
Bersifat neurotik (neuroticism)
4.3.6 Hubungan antara Indeks Keserasian
Personaliti dengan Pencapaian Akademik
4.4 Kesimpulan
42
44
45
45
46
48
53
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Hasil Kajian
5.2.1 Latar Belakang Responden
5.2.2 Trait Lima Ciri Utama Personaliti dengan
Pencapaian Akademik
5.3 Rumusan Kajian
5.4 Cadangan daripada Hasil Kajian
5.4.1 Pelajar
5.4.2 Sistem Pendidikan
5.4.3 Kerajaan
54
54
55
59
59
60
60
61
x
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Kesimpulan
62
63
RUJUKAN
64
LAMPIRAN 69
xi
SENARAI JADUAL
NO
JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
3.1 Garis panduan Guilford mengenai Kekuatan Hubungan 38
4.1
Taburan responden mengikut jantina 40
4.2
Taburan responden mengikut kursus 41
4.3
Taburan pencapaian akademik pelajar 42
4.4
Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan
responden menjawab item bagi komponen mempunyai sikap
terbuka (openness to experience)
43
4.5
Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan
responden menjawab item bagi komponen mempunyai
kesedaran (conscientiousness)
44
4.6
Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan
responden menjawab item bagi komponen bersifat sosial
(extrovert)
45
4.7
Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan
responden menjawab item bagi komponen berpendapat
sama, iaitu senang mencapai persetujuan (agreeable)
46
xii
4.8
Taburan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan
responden menjawab item bagi komponen neurotik iaitu
mempunyai ganguan emosi (neuroticism)
47
4.9
Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti mempunyai
sikap terbuka (openness to experience) dengan pencapaian
akademik
49
4.10
Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti mempunyai
kesedaran (conscientiousness) dengan pencapaian akademik
49
4.11
Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti bersifat sosial
(extrovert) dengan pencapaian akademik
50
4.12
Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti berpendapat
sama, iaitu senang mencapai persetujuan (agreeable)
dengan pencapaian akademik
51
4.13
Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti neurotik iaitu
mempunyai ganguan emosi (neuroticism) dengan pencapaian
akademik
52
4.14
Korelasi Koefisien Pearson antara personaliti keseluruhan
dengan pencapaian akademik
53
xiii
SENARAI SINGKATAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
BFI Big Five Inventory
CPA Cumulative Percentage Average
SPSS Statistical Package of Social Science
k kekerapan
% Peratusan kekerapan
STS Sangat tidak setuju
TS Tidak setuju
TP Tidak pasti
S Setuju
SS Sangat setuju
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
1 Instrumen Kajian xviii - xxiii
2 Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat xxiv
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Manusia adalah satu ciptaan Tuhan yang terbaik. Islam menganggap setiap
manusia ketika dilahirkan mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang baik yang
dinamakan fitrah. Manusia diciptakan daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani.
Jasmani berpunca daripada tanah manakala rohani berpunca daripada urusan
ketuhanan dan kekudusan di sisi Allah. Cantuman dua unsur yang berbeza dan
berlainan tabiat, sumber dan arah matlamatnya terciptalah manusia dengan kekuasaan
Allah. Maka, jelaslah bahawa setiap manusia yang dilahirkan dengan ciri-ciri yang
berbeza antara satu sama lain, khususnya dari segi tingkah laku dan personalitinya.
Perkataan personaliti bukanlah satu ungkapan yang asing dalam percakapan
kita seharian. Kita sering mendengar ungkapan itu dipertuturkan. Sebagai contoh,
kita sering menyatakan bahawa cikgu itu seorang yang berpersonaliti atau tidak
berpersonaliti. Namun begitu, dalam pengertian psikologi setiap insan mempunyai
personaliti dan tidak mungkin terdapat individu yang tidak mempunyai personaliti.
Walaupun tiada persetujuan dan huraian secara terperinci dalam konsep personaliti,
2
secara umumnya ahli psikologi bersetuju bahawa personaliti adalah gambaran
tingkah laku yang tekal atau stabil dalam menghadapi persekitaran.
Konsep personaliti mempunyai beberapa pengertian. Kebanyakan pengertian
tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran sosial dan kesan
yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Atribut atau kualiti
merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang terhadap orang lain. Melalui
kemahiran sosial, personaliti dinilai daripada cara individu mendapatkan tindak balas
yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Dalam konteks ini, individu
yang dapat berhubung secara menarik dengan orang lain dikatakan mempunyai
personaliti yang menarik. Berdasarkan kedua-dua pengertian tentang personaliti ini,
adalah jelas bahawa konsep personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat
terhadap seseorang.
Personaliti dikatakan boleh mempengaruhi pencapaian akademik individu
tersebut. Individu yang berpendidikan tinggi berkemungkinan untuk mempunyai
personaliti yang berbeza dengan individu yang berpendidikan rendah. Sistem
perkembangan generasi muda haruslah difokuskan kepada perkembangan untuk
menjadi manusia yang berkualiti dengan memiliki personaliti yang unggul untuk
mengejar kecemerlangan yang menyeluruh. Pencapaian akademik yang cemerlang
bukan sahaja menjadi kebanggaan pelajar dan ibu bapa, namun menjadi ukuran
kepada masa depan mereka. Ini kerana sudah menjadi kelaziman bahawa pencapaian
akademik yang cemerlang membuka peluang yang luas ketika memasuki alam
pekerjaan.
Di samping minat dan pencapaian akademik, personaliti memainkan peranan
dalam pemilihan kerjaya. Individu yang realistik lebih gemar kepada pekerjaan yang
praktikal, individu yang suka bergaul dengan orang lain lebih berminat kepada
profesion yang membantu manakala individu yang bersemangat tinggi akan mencari
pekerjaan yang mempunyai kuasa, status dan lain-lain. Secara tidak langsung,
matlamat negara akan tercapai dengan adanya tenaga kerja yang professional ini,
seterusnya terus mendorong kepada kemajuan ekonomi negara.
3
Dalam era globalisasi ini, masyarakat yang mempunyai tahap pendidikan
yang tinggi adalah sangat perlu untuk negara menghadapi dunia yang penuh dengan
persaingan. Para pelajar di universiti adalah golongan yang bakal membentuk
generasi pada masa hadapan serta membawa hala tuju pembangunan negara kita.
Sesuatu organisasi biasanya akan mengambil pekerja yang mempunyai pencapaian
akademik yang cemerlang. Bagi mereka yang tidak memperoleh kecemerlangan
dalam akademik, mereka akan menghadapi masalah untuk bersaing dengan orang
lain untuk memperoleh pekerjaan. Tambahan pula, apabila keadaan ekonomi yang
mengalami kemerosotan yang mendorong kepada peluang pekerjaan yang terhad.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1988).
Sektor pendidikan di Malaysia sedang berubah secara dinamis dari semasa ke
semasa sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Matlamat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan di
peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan kemajuan dalam bidang
pendidikan untuk memperoleh status „World Class Education’. Selaras dengan ini
beberapa usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi mencapai matlamat
tersebut. Misalnya, Kurikulum Sains dan Matematik, sebagai faktor dominan yang
mempengaruhi pendidikan turut mengalami perubahan ke arah ini. Reformasi
Kurikulum Sains dan Matematik yang dilakukan adalah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Sains Negara.
4
Kemajuan dalam bidang pendidikan ini mendorong kepada perubahan tahap
personaliti setiap individu kerana mereka bersaing untuk memperoleh kejayaan yang
terbaik untuk diri masing-masing. Tambahan pula, personaliti setiap individu
mencerminkan tahap pencapaian dalam pendidikan yang berbeza-beza. Personaliti
adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan keunikan manusia (Fiest dan
Fiest, 1998). Ini kerana setiap manusia dilahirkan mempunyai persamaan dan
perbezaan yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada aspek luaran ataupun dalaman
individu itu. Bak kata pepatah “rambut sama hitam tetapi hati lain-lain”. Maka,
tidak hairanlah apabila terdapat ahli teori personaliti yang percaya bahawa setiap
individu adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan orang lain.
Personaliti pelajar sering dikaitkan dengan hasil pencapaian. Menurut Cattel
(1975), adalah perkara biasa bagi para pendukung yang berpengalaman dalam hampir
semua bidang mempercayai bahawa personaliti dan kebolehan menentukan hasil dan
keputusan, cuma kepentingan kedua-dua unsur ini berbeza-beza mengikut bentuk
pencapaian yang terlibat. Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik pelajar
adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan
sebaya, keluarga dan persekitaran pelajar. Faktor diri sendiri seperti di atas adalah
terkandung di dalam personaliti seseorang individu atau pelajar. Oleh itu, personaliti
dapat dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah mahupun di pusat
pengajian tinggi. Setiap pencapaian yang diperolehi biasanya disokong oleh sesuatu
perangsang dalaman mahupun luaran dari seseorang individu.
Aspek-aspek personaliti juga boleh mempengaruhi fungsi intelek. Dalam satu
kajian tentang pertumbuhan mental dan perkembangan personaliti, kanak-kanak yang
mempunyai darjah kecerdasan yang berbeza didapati berbeza dari segi trait
personaliti yang berikut iaitu kebebasan, daya usaha, penyelesaian masalah dan
persaingan. Ini bermakna bahawa individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi
menunjukkan daya usaha yang lebih tinggi, darjah kebebasan yang tinggi,
berkeupayaan menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi persaingan
berbanding dengan individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah.
Interaksi antara intelek dan personaliti amat kompleks dan terdapat perbezaan yang
besar dalam penyesuaian personaliti di semua peringkat kecerdasan.
5
Secara umumnya, personaliti yang negatif sering dikaitkan dengan
pencapaian akademik yang rendah. Dalam kajian yang dijalankan oleh Wesley
(1994), mendapati bahawa pelajar yang mempunyai sikap melewatkan penyiapan
tugasan lebih cenderung untuk memperolehi pencapaian akademik yang rendah.
Begitu juga dengan pelajar yang meletakkan matlamat yang tidak realistik sebagai
objektif dalam mencapai kejayaan. Kesannya pelajar itu akan mengalami
underachievement, iaitu merujuk kepada ketidakupayaan seseorang individu untuk
mencapai ke paras pencapaian yang sepatutnya.
1.3 Penyataan Masalah
Satu perkara yang ketara dalam perkembangan personaliti ialah perbezaan
individu. Tidak ada dua individu yang mempunyai personaliti yang serupa. Setiap
individu berbeza daripada individu yang lain dalam aspek-aspek tertentu seperti
kecerdasan, kreativiti, dan kepimpinan. Perbezaan dalam aspek-aspek tersebut
menghasilkan individu yang berbeza-beza dalam ciri personaliti mereka.
Dalam kajian ini, penekanan diberikan kepada lima aspek utama personaliti
iaitu keterbukaan (openess to experience), mempunyai kesedaran
(conscientiousness), bersifat sosial (extrovert), berpendapat sama, iaitu senang
mencapai persetujuan (agreeable) dan bersifat neurotik iaitu mempunyai ganguan
emosi (neuroticism), atau lebih dikenali sebagai OCEAN atau „Big Five Personality
Traits’ (Costa & McCrae, 1995; Goldberg, 1981; McCrae & John, 1992; Saucier &
Goldberg, 1996). Lima aspek utama personaliti ini adalah berdasarkan kepada
gabungan antara pendekatan leksikal dan pendekatan statistik. Pendekatan leksikal
ini bermula pada tahun 1930, dengan hasil kerja oleh Allport dan Odberg (1936).
Kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan lima ciri
utama personaliti ini yang telah dilakukan oleh ramai pengkaji (Larsen, R.J & Buss,
D.M, 2002).
6
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan personaliti yang telah
disenaraikan dengan pencapaian akademik pelajar. Sesungguhnya, personaliti
individu yang memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang adalah berbeza
dengan personaliti individu yang memperolehi pencapaian akademik yang tidak
cemerlang.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah utuk mengenalpasti personaliti yang dimiliki oleh
setiap pelajar selaras dengan pencapaian akademik mereka. Oleh itu, objektif kajian
ini secara khusus adalah:
i. Mengenalpasti personaliti keterbukaan (openess to experience) dalam
kalangan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Ijazah Sarjana
Muda serta Pendidikan Fizik (SPF), Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan
Kimia (SPC), Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan Sains (SPN) dan Ijazah
Sarjana Muda serta Pendidikan Matematik (SPM).
ii. Mengenalpasti personaliti mempunyai kesedaran (conscientiousness) dalam
kalangan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC,
SPN dan SPM.
iii. Mengenalpasti personaliti bersifat sosial (extrovert) dalam kalangan
pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN dan
SPM.
iv. Mengenalpasti personaliti berpendapat sama, iaitu senang mencapai
persetujuan (agreeable) dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir yang
mengambil kursus SPF, SPC, SPN dan SPM.
v. Mengenalpasti personaliti bersifat neurotik iaitu mempunyai ganguan emosi
(neuroticism) dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil
kursus SPF, SPC, SPN dan SPM.
7
vi. Mengenalpasti hubungan personaliti secara keseluruhannya dengan
pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus
SPF, SPC, SPN dan SPM.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang dibina berdasarkan objektif kajian adalah:
i. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mngambil kursus Ijazah Sarjana
Muda serta Pendidikan Fizik (SPF), Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan
Kimia (SPC), Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan Sains (SPN) dan Ijazah
Sarjana Muda serta Pendidikan Matematik (SPM) mempunyai personaliti
keterbukaan (openess to experience)?
ii. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN
dan SPM mempunyai personaliti mempunyai kesedaran
(conscientiousness)?
iii. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN
dan SPM mempunyai personaliti bersifat sosial (extrovert)?
iv. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN
dan SPM mempunyai personaliti berpendapat sama, iaitu senang mencapai
persetujuan (agreeable)?
v. Adakah pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN
dan SPM mempunyai personaliti bersifat neurotik iaitu mempunyai
ganguan emosi (neuroticism)?
vi. Apakah hubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik pelajar-
pelajar tahun akhir yang mengambil kursus SPF, SPC, SPN dan SPM?