UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam...

27
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN:* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN DAN PELAKSANAAN PEKA DALAM KALANGAN GURU SAINS SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya SITI NAZNEEN BINTI ISMAIL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia : No.6, KM 13, En. Mohd Ali Bin Ibrahim Jln Dato Kumbar, 06500, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tarikh: April 2010 Tarikh: April 2010

Transcript of UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam...

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN:* Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����

JUDUL: TAHAP PENGETAHUAN DAN PELAKSANAAN PEKA DALAM KALANGAN GURU SAINS

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya SITI NAZNEEN BINTI ISMAIL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (���� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia : No.6, KM 13, En. Mohd Ali Bin Ibrahim Jln Dato Kumbar, 06500, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tarikh: April 2010 Tarikh: April 2010

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

“Dengan ini saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

kajian ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik”.

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

TAHAP PENGETAHUAN DAN PELAKSANAAN PEKA DALAM KALANGAN

GURU SAINS

SITI NAZNEEN BINTI ISMAIL

Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ….……………………………….

Nama Penulis : SITI NAZNEEN BINTI ISMAIL

Tarikh : ………………………………….

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan

kajian Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ibu Bapa dan keluarga saya yang

telah banyak memberi dorongan untuk saya meneruskan usaha dan menghadapi cabaran

dalam menyiapkan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Encik Mohd Ali Bin Ibrahim, Penyelia PSM

saya kerana banyak membimbing dan memberikan teguran berguna sepanjang kajian ini

di jalankan.

Tidak di lupakan kepada pelajar tahun 4 jurusan Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Fizik) sesi 2006/2010 kerana banyak membantu dalam menjayakan kajian

ini dengan tunjuk ajar serta sokongan moral yang di berikan.

Tidak di lupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu secara

langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan Laporan Kajian Projek Sarjana Muda

ini.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) dalam kalangan guru sains. Kajian ini menyentuh dua

aspek PEKA iaitu konsep PEKA dan kerangka PEKA. Responden kajian terdiri

daripada 60 orang guru Fizik, Kimia, dan Biologi di daerah Johor Bahru yang mengajar

PEKA di sekolah. Instrumen kajian yang digunapakai merupakan soal selidik yang

mengandungi 40 item. Pekali kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = 0.76. Data

mentah yang diperoleh dianalisis menggunakan perisisan SPSS 11.5 untuk mendapatkan

nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul

dan dirumus bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai tahap pengetahuan dan

pelaksanaan PEKA dalam kalangan guru sains. Secara keseluruhan, tahap pengetahuan

PEKA dalam kalangan guru sains berada pada tahap yang baik iaitu nilai min 0.71 dan

sisihan piawai 0.09 manakala tahap pelaksanaan PEKA dalam kalangan guru sains

berada pada tahap yang tinggi iaitu nilai min 4.15 dan sisihan piawai 0.19. Melalui

ujian-t, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkenaan tahap pengetahuan

PEKA serta tahap pelaksanaan PEKA dalam kalangan guru sains merentasi tempoh

pengalaman mengajar dengan nilai signifikan adalah p=0.703 (p>0.05) dan p=0.871

(p>0.05). Melalui ujian ANOVA, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berkenaan tahap pengetahuan PEKA serta tahap pelaksanaan PEKA dalam kalangan

guru sains merentasi subjek-subjek sains dengan nilai signifikan adalah p=0.237

(p>0.05) dan p=0.264 (p>0.05).

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

ABSTRACT

This study was conducted to identify the level of knowledge and implementation

of Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) among science teachers. This study considers two

aspects of PEKA which are the concept and frame work of PEKA. The respondents for

this study are 60 of Physics, Chemistry and Biology teachers in the district of Johor

Bahru who teaches PEKA. The instrument used for this study was a set of questionnaire

which contains 40 items. The reliability coefficient for the instrument was α = 0.76.

The data obtained was analyzed using SPSS version 11.5 software to obtain the standard

deviation and mean. Hence, the findings give a clear insight of the level of knowledge

and implementation of PEKA among science teachers. In overall, the level of

knowledge of PEKA among science teachers was at a “good level” with a mean of 0.71

and standard deviation of 0.09 while the level of implementation of PEKA among

science teachers was at “high level” with a mean of 4.15 and standard deviation of 0.19.

Through the t-test, it was found that there are no significant difference between teaching

experience on the knowledge and implementation of PEKA among science teachers with

a significant value of p=0.703 (p>0.05) and p=0.871 (p>0.05). By using ANOVA test, it

was found that there are no significant difference between science subjects and the

knowledge and implementation of PEKA among science teachers with a significant

value of p=0.237 (p>0.05) and p=0.264 (p>0.05).

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABTRACT v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Masalah Dalam Penguasaan Konsep

PEKA

5

1.2.2 Masalah Penguasaan Kemahiran

Saintifik (KS)

7

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Rangka Kerja Konsep 10

1.7 Kepentingan Kajian 12

1.7.1 Pusat Perkembangan Kurikulum 12

1.7.2 Lembaga Peperiksaan 12

1.7.3 Guru 13

1.8 Skop Kajian 13

1.9 Andaian Kajian 13

1.10 Batasan Kajian 14

1.11 Takrifan 14

1.11.1 Tahap 14

1.11.2 Pengetahuan 15

1.11.3 PEKA 15

1.11.4 Konsep 15

1.11.5 Kerangka 16

1.11.6 Guru Sains 16

1.12 Rumusan 16

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

2 SOROTAN PENULISAN 17

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Teori–teori Berkaitan 17

2.2.1 PEKA 18

2.2.2 Konsep PEKA 19

2.2.3 Kerangka PEKA 23

2.2.4 Kemahiran Saintifik 24

2.2.5 Sikap Saintifik dan Nilai Murni 25

2.3 Kajian-Kajian Lepas Mengenai PEKA 26

2.3.1 Kajian Dalam Negara Mengenai

PEKA

26

2.4 Rumusan 28

3 PENGKAEDAHAN 29

3.1 Pendahuluan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Peserta Kajian 30

3.4 Alat Kajian 31

3.5 Tatacara Kajian 33

3.5.1 Kajian Rintis 33

3.5.2 Kajian Sebenar 34

3.6 Analisis Data 34

3.7 Rumusan 36

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

4 DAPATAN KAJIAN 37

4.1 Pendahuluan 37

4.2 Tahap Pengetahuan dan Pelaksanaan Tentang

Konsep dan Kerangka PEKA Dalam Kalangan

Guru Sains

37

4.3 Pengetahuan dan Pelaksanaan Tentang Konsep

dan Kerangka PEKA Merentasi Tempoh

Pengalaman Mengajar Subjek-Subjek Sains

39

4.4 Tahap Pengetahuan dan Pelaksanaan Tentang

Konsep dan Kerangka PEKA Merentasi Subjek-

Subjek Sains

41

4.5 Rumusan 43

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

45

5.1 Pendahuluan 45

5.2 Ringkasan 45

5.3 Kesimpulan 46

5.4 Perbincangan 47

5.4.1 Tahap Pengetahuan dan Pelaksanaan

Tentang Konsep dan Kerangka PEKA

Dalam Kalangan Guru Sains

47

5.4.2 Tahap Pengetahuan Dan Pelaksanaan

Tentang Konsep Dan Kerangka

PEKA Merentasi Tempoh

Pengalaman Mengajar Subjek-Subjek

Sains

48

5.4.3 Tahap Pengetahuan Dan Pelaksanaan

Tentang Konsep Dan Kerangka

PEKA Merentasi Subjek-Subjek Sains

50

5.5 Cadangan 51

5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 54

5.7 Rumusan 54

RUJUKAN 55

LAMPIRAN 57

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Peserta Kajian Merentas Merentas Subjek dan

Tempoh Pengalaman Mengajar

36

3.2 Taburan Rawak Item Kajian Mengikut Aspek Yang

Akan Dinilai

39

3.3 Pemeringkatan Tahap Pengetahuan PEKA 42

3.4 Pemeringkatan Tahap Pelaksanaan PEKA 42

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan

dan Pelaksanaan Konsep dan Kerangka PEKA

Dalam Kalangan Guru Sains

45

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan

Konsep dan Kerangka PEKA Merentasi Tempoh

Pengalaman Mengajar Subjek-Subjek Sains

46

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pelaksanaan

Konsep dan Kerangka PEKA Merentasi Tempoh

Pengalaman Mengajar Subjek-Subjek Sains

47

4.4 Ujian-t Tahap Pengetahuan Konsep dan Kerangka

PEKA Merentasi Tempoh Pengalaman Mengajar

Subjek-Subjek Sains

48

4.5 Ujian-t Tahap Pelaksanaan Konsep dan Kerangka

PEKA Merentasi Tempoh Pengalaman Mengajar

Subjek-Subjek Sains

48

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan

Tentang Konsep dan Kerangka PEKA Merentasi

Subjek-Subjek Sains

49

4.7 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pelaksanaan

Tentang Konsep dan Kerangka PEKA Merentasi

Subjek-Subjek Sains

50

4.8 Ujian ANOVA Tahap Pengetahuan Tentang

Konsep dan Kerangka PEKA Merentasi Subjek-

Subjek Sains

51

4.9 Ujian ANOVA Tahap Pelaksanaan Tentang

Konsep dan Kerangka PEKA Merentasi Subjek-

Subjek Sains

51

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 13

2.1 Ilustrasi Pentaksiran PEKA di sekolah 27

3.1 Aspek-aspek yang akan dinilai dalam PEKA 38

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

SENARAI SINGKATAN

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

PEKA Pentaksiran Kerja Amali

PP Petunjuk Prestasi

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

SPSS Statistical Package for The Social Science

UPTPPPS Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan dan Pelaksanaan PEKA

Sains

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Item Ujian Pencapaian Tahap Pengetahuan dan

Pelaksanaan PEKA Sains (UPTPPPS)

67

B Jadual Konstruk dan Petunjuk Prestasi (PP)

Dalam PEKA

78

C Perkaitan antara kemahiran berfikir dan

kemahiran proses sains

86

D Analisis Data Kajian Rintis 89

E Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

F Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Daripada Jabatan Pelajaran Johor

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sebagai sebuah negara yang berstatus negara membangun, kurikulum pendidikan

di Malaysia banyak di pengaruhi oleh kurikulum pendidikan luar negara. Keadaan ini

ketara apabila kita melihat sejarah kurikulum sains negara yang mana perkembangannya

banyak dipengaruhi oleh perkembangan sains luar negara khususnya Britain dan

Amerika Syarikat. Pada awal penubuhan Kementerian Pelajaran Malaysia di era 60-an,

pengajaran lebih memberi penekanan terhadap fakta sains sahaja. Aktiviti amali telah

dimuat turun ke dalam buku teks dan di bincangkan dalam amali sahaja.

Perubahan telah berlaku selepas Rusia Berjaya melancarkan satelit buatan

manusia yang pertama iaitu Sputnik 1957. Kejayaan ini telah menyebabkan Amerika

Syarikat membuat reformasi dalam reformasi dalam kurikulum sains dengan

tertubuhnya National Science Foundation. Sains telah beralih dari pendekatan

traditional kepada proses aktiviti eksperimental dan aktiviti amali (hands-on).

(Pengenalan Amali Sains, OUM 2004). Perubahan kurikulum ini turut melanda

kurikulum sains di Malaysia. Kurikulum sains moden yang diperkenalkan pada tahun

1969 adalah ubahsuaian Scottish Integrated Science. Malaysia turut mengambil inisiatif

yang sama dengan membuat perubahan daripada fakta sains semata-mata kepada aktiviti

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

amali. Maka, wujudlah Programme Elementary Science Study, Science Curriculum

Improvement dan sebagainya.

Subjek sains merupakan mata pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia.

Justeru, matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu

dikuasai oleh semua pelajar. Salah tanggapan pelajar telah menganggap sains sebagai

satu matapelajaran yang susah dan sukar untuk di fahami. Ini kerana bidang sains

merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan, menyiasat alam fizikal,

menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Topik ini

dianggap susah dan sukar untuk difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih

daripada pemerhatian kita.

Pengetahuan sains merupakan hasil daripada kegiatan ahli sains menyelesaikan

masalah secara saintifik untuk mendapatkan keterangan yang rasional tentang sesuatu

fenomena alam. (Harlen, 2000). Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses

sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains, seperti yang disarankan oleh

Science: A Process Approach atau lebih di kenali sebagai SAPA (American Association

for the Advancement of Science (AAAS), 1967) telah dibahagikan kepada dua kategori

iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran

proses sains ialah kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoal sesuatu dan

mencari jawapan secara sistematik. Kemahiran proses sains boleh diperkembangkan

melalui aktiviti sains yang merangkumi aktiviti seperti merekabentuk eksperimen,

membuat pemerhatian, menganalisa data dan membuat kesimpulan. Selain

menyeronokkan, aktiviti sains dalam makmal memberi pengalaman baru serta dapatan

tertentu yang mampu memperkukuhkan pemahaman sesuatu konsep sains.

Walaubagaimanapun, aktiviti sains dalam makmal dan pembentukan sikap positif

terhadap sains sering di abaikan. Pengabaian ini boleh menjejaskan prestasi murid

dalam mata pelajaran sains yang mana seterusnya akan memupuk rasa susah dan sukar

terhadap subjek sains.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

Bagi sistem pendidikan di Malaysia, sejak Kursus Sains Paduan Malaysia

(Malaysian Integrated Science Course), yang di perkenal pada tahun 1968, ujian amali

sains telah di wajibkan ke atas pelajar aliran sains yang mengambil matapelajaran sains

tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pada peringkat SPM, peperiksaan ini

berbentuk sumatif di mana pelajar menduduki ujian tersebut pada penghujung Tingkatan

5. Pada tahun 1980, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menggariskan beberapa

perkara bagi Peperiksaan Amali Sains ini. Antaranya ialah pelajar hanya perlu

menjalankan pengiraan mudah, menyatakan keputusan dalam bentuk jadual dan graf

serta membuat kesimpulan. Instrumen pentaksiran ini didapati tidak menekankan

penguasaan kemahiran saintifik, seperti kemahiran mengeksperimen dan pendekatan

inkuiri tidak di amalkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Akibatnya, pelajar tidak menguasai sepenuhnya kebanyakan kemahiran saintifik (Rohani

Ahmad Tarmizi, 1996).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada tahun 1999, PEKA dilaksanakan bagi menggantikan ujian amali sains.

Ilmu pengetahuan yang diperoleh secara teori di dalam bilik darjah seharusnya

diaplikasikan secara amali bagi membolehkan seseorang pelajar menguasai semua

elemen yang ditaksir dalam PEKA. Rumusannya, PEKA menjadi alat pengukur bagi

kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif seseorang pelajar. Oleh hal

demikian, guru bagi subjek-subjek sains adalah individu yang seharusnya

bertanggungjawab memastikn segala aktiviti PEKA dilaksanakan dengan cepat, tepat,

berkesan serta menyeluruh secara konsisten. Tugas guru mata pelajaran bukan sahaja

menjadi perancang dan pelaksana gerak kerja amali, bahkan meliputi semua proses

penyelenggaraan PEKA.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

Matlamat Sains KBSM adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan

menyelesaikan masalah, membuat keputusan serta berfikiran kritis dan kreatif. Demi

mencapai dan menyerap elemen-elemen ini kepada pelajar, penekanan harus diberi

kepada pemahaman konsep dan penguasaan kemihiran proses sains. Konsep sains tidak

diperoleh secara spontan, sebaliknya terbentuk secara beransur-ansur berdasarkan

pengalaman pelajar yang sentiasa berhadapan dengan berbagai aspek di sekeliling

mereka (Stones, 1975). Misalnya, pembinaan konsep sains memerlukan pelajar

mengalami pengalaman proses sains (Collete & Chiapetta, 1994). Pengalaman proses

sains yang di maksudkan boleh di peroleh menerusi aktiviti tertentu yang mengandungi

kaedah atau proses khusus. Stones (1975) turut berpendapat bahawa guru yang dapat

menyediakan atau ‘memprogramkan’ suatu situasi pengalaman saintifik kepada pelajar

sebenarnya telah berjaya menghasilkan suatu pendekatan terbaik untuk pelajarnya

membina konsep sains.

Kerja amali sememangnya diberi penekanan dalam program KBSM tetapi

pelaksanaannya mungkin kurang menyerlah. Ini mungkin disebabkan terdapat guru

yang marasakan penilaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya

mewajarkan sebanyak 10% kepada penilaian kerja amali. Disamping itu juga, pendidik

sains mempersoalkan kesahan kerja amali sedemikian (Klainin, 1988; Millar, 2001).

Oleh yang demikian, program Pentaksiran Kerja Amali atau lebih dikenali sebagai

PEKA telah diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1999 bagi

menggantikan Peperiksaan Amali Sains SPM bagi matapelajaran sains tulen. PEKA

bertujuan membantu guru merangka pengalaman pelajar yang melibatkan penggunaan

kemahiran proses sains. PEKA juga merupakan instrumen pentaksiran berasaskan

sekolah yang menggunakan pendekatan ‘Rujukan Kriteria’ di mana maklumat tentang

pemguasaan kemahiran proses sains pelajar sentiasa dikumpul bagi mengetahui status

penguasaan kemahiran proses sains pelajar.

Namun, di sini guru harus berfikir dan membuat refleksi diri samada PEKA yang

dijalankan itu dapat memotivasikan murid-murid, memberi kemahiran makmal atau

dapat membantu murid-murid membentukkan satu kefahaman konsep sains. Malah,

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

perkara utamayang harus difikir oleh guru adalah samada kerja amali yang dibuat oleh

murid itu menyelesaikan masalah guru dengan mengikut prosedur guru atau masalah

murid mengikut prosedur murid. Kerja amali yang baik seharusnya dapat diaplikasikan

berdasarkan teori aras tertinggi taksonomi Bloom iaitu aplikasi. Maka, apakah

pengalaman dan kemahiran yang diperoleh murid-murid melalui kerja amali dapat

dipindahkan kepada situasi harian di luar makmal sains? Semasa menjalankan PEKA,

guru harus berfikir samada murid-murid melaksanakan prosedur kerja dengan minda

saintifik, kemahiran saintifik bersifat objektif dan analitikal atau setakat mengikut

prosedur atau langkah macam resipi sahaja.

Seorang guru sains perlu sedar bahawa dalam menjalankan sesuatu kajian sains,

objektif pembelajaran tidak akan dicapai sekiranya murid-murid tidak mempunyai

kefahaman teori asas dan mempunyai kerangka minda saintifik dalam melaksanakan

kajian saintifik melalui kaedah penemuan. Yang lebih mungkin ialah sesuatu kerja

amali di mulakan dengan langkah-langkah pengumpulan data yang sepatutnya bersifat

saintifik akan merosot menjadi usaha mekanikal ‘mengikut resipi’. Yang lebih

membimbangkan ialah apabila murid-murid memperoleh keputusan yang ‘salah’, guru

memberi keputusan yang ‘betul’ dan dengan itu, membatalkan segala usaha kerja amali

yang di buat oleh murid-murid. Keadaan ini boleh menyebabkan kecenderungan murid-

murid untuk mencari jawapan yang ‘betul’. “Sikap saintifik ditakrifkan sebagai sikap

danpendekatan terhadap maklumat, idea, prosedur sains yang merangkumi amalan bebas

dari nilai (value free), dan objektiviti tanpa prejudis teori (theoretically-unprejudiced

objectivity), minda terbuka dan tidak terus lompat ke kesimpulan (willingness to suspend

judgement)”. (Yew, 2008)

1.2.1 Masalah Dalam Penguasaan Konsep PEKA

PEKA dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya seseorang guru tersebut

mempunyai pengetahuan yang luas tentang PEKA serta menguasai semua elemen

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

pentaksiran dalam PEKA. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan saranan dari LPM

dalam Laporan Prestasi SPM 2003:13, “3. Guru memahami objektif matapelajaran yang

di bekalkan oleh LPM. 4. Guru mesti memahami konstruk berdasarkan contoh soalan

yang dibekalkan oleh LPM.” (Laporan Prestasi SPM: 13).

Justeru, bagi memastikan pelajar dapat mengikuti proses P&P dan aktiviti amali

dengan berkesan, seseorang guru mata pelajaran sains tersebut perlu mengetahui dan

menguasai elemen-elemen dalam PEKA selain mempunyai pemahaman yang mendalam

tentang konsep PEKA. Jika seseorang guru mempunyai konsep yang salah tentang isi

kandungan bagi sesuatu matapelajaran, keadaan ini akan memberi kesan terhadap

konsep yang akan di bina oleh pelajar kelak. Hal ini disebabkan pemikiran dan

pemahaman guru terhadap proses sains mempengaruhi pengajaran yang akan

disampaikan kepada pelajar seperti yang dikatakan oleh Harlen (1992).

Guru harus peka terhadap pengetahuan sedia ada pelajar apabila mengajar

konsep fizik dan guru bertanggungjawap untuk membetulkan konsep fizik yang salah.

Di samping itu, guru perlu tahu setiap konstruk dalam PEKA. Kemahiran merancang

eksperimen berasaskan pemerhatian sesuatu fenomena adalah sangat penting agar selari

dengan perkembangan kognitif pelajar. Pelajar yang mepunyai kemahiran merancang,

membuat laporan, melukis graf dan lain-lain akan membantu pelajar dalam menjawab

Kertas 3 matapelajaran sains ketika SPM. Oleh itu, guru perlu menggalakkan pelajar

membuat seberapa banyak PEKA. Malah, guru perlu mempunyai kemahiran

menganalisis konstruk PEKA yang betul agar pelajar tidak membuat sebarang kesilapan

yang berpunca dari kelemahan guru. Ini penting agar guru lebih yakin dengan

pengajaran dan ilmu yang di sampaikan adalah yang terkini dan mengikut peredaran

zaman. Calhoon (1963) menyatakan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tidak

dapat menjalankan tugas-tugas rutinnya dengan baik. Oleh yang demikian, guru

terpaksa menambahkan ilmunya sepanjang masa (Omardin Ashaari, 1999)

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

1.2.2 Masalah Penguasaan Kemahiran Saintifik (KS)

Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi, Kemahiran

Saintifik (KS) terbahagi kepada Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran

Manipulatif (KM). Hal ini dapat dijelaskan dengan pernyataan berikut:

Kemahiran saintifik dapat di tingkatkan melalui aktiviti pelajar seperti

menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains

dan kemahiran manipulatif dapat di tingkatkan. Walau bagaimanapun,

guru harus menyebut kemahiran proses yang dijalankan agar pelajar

menyedari tentang kemahiran tersebut. Merancang dan menjalankan

eksperimen serta membuat laporan eksperimen yang lengkap dengan

setiap langkah dinyatakan dengan eksplisit dapat membantu

meningkatkan lagi kemahiran saintifik pelajar.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003: 7)

Berdasarkan pernyataan di atas, guru memainkan peranan yang penting sebagai

pembimbing semasa pelajar menjalankan eksperimen. Walau bagaimanapun, guru perlu

terlebih dahulu menguasai KPS agar tidak mempunyai masalah semasa pengajaran dan

pelajar dapat memahami KPS dengan lebih baik. “Lilia et al. (2002) menyatakan

bahawa jika guru menghadapi masalah dalam KPS maka pelajar juga akan menghadapi

masalah semasa eksperimen”. Memandangkan peranan guru begitu besar bagi

memastikan pelajar memahami dan menguasai KPS maka guru perlu mempunyai ilmu

yang mendalam terhadap semua elemen yang terkandung dalam KPS.

Namun begitu, dalam satu kajian awal yang dilakukan oleh Mohamed Isa dari

Maktab Perguruan Perlis, beliau mendapati penguasaan KPS di kalangan bakal guru

yang mengikuti pengkhususan sains adalah lemah. Menurut beliau, antara dua aspek

yang sangat lemah di kalangan bakal guru ialah mengenali pemboleh ubah dan

menyatakan hipotesis. (Mohamed Isa, 1999). Di samping itu, menyedari pentingnya

Page 25: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

bidang sains dan teknologi bagi pembangunan negara, PPK telah menyenaraikan

objektif kurikulum fizik dalam Huraian Sukatan Pelajaran Fizik 2003. Objektif ini

seharusnya di jadikan panduan oleh guru dalam mengajar mata pelajaran Fizik di

sekolah. Objektif yang ketiga dalam kurikulum fizik menekankan kepada kemahiran-

kemahiran yang di perlukan semasa eksperimen iaitu:

“Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir”.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003: 5)

Objektif yang ketiga dibuat agar pelajar dapat menyelesaikan masalah sistematik

dan berupaya berfikir secara berkesan agar mereka mendapat ilmu pengetahuan yang

optimum semasa eksperimen dijalankan. Secara keseluruhan, PEKA bertujuan untuk

menentukan bahawa pelajar benar-benar menguasai kemahiran saintifik, iaitu kemahiran

proses sains dan kemahiran manipulatif, dan melalui PEKA, guru mampu mengetahui

tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar (Lembaga Peperiksaan Malaysia,

1999). Maklumbalas ini akan membolehkan pelajar memperbaiki penguasaan

kemahiran proses sains. PEKA yang menekankan pentaksiran berasaskan sekolah

adalah selari dengan aliran pentaksiran kerja amali di negara-negara lain dan para

pendidik sains berpendapat pentaksiran berasaskan sekolah adalah lebih baik daripada

ujian amali (Cheung &Yip, 2004).

1.3 Pernyataan Masalah

PEKA telah dilaksanakan genap sedekat bahkan KBSM berusia lebih dari

sepuluh tahun, namun di dapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut,

pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat kepada kaedah

tradisional (JNS 1996; Abdul Razak et al. 1996; Saw 1996; Voo, 1996; Fatimah, 1996;

dan Amir, 1996). Dari sudut kaedah pengajaran, amalan guru masih sama dengan dasar

kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti

Page 26: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

pemahaman, amalan, dan penghayatan kurang di beri perhatian yang sewajarnya.

Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif adalah sangat terhad (Nik Azis 1992).

Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada

guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan

KBSM. Statistik ini amatlah membimbangkan memandangkan guru merupakan insan

yang bertanggungjawab mengajar dan mendidik murid-murid.

Adakah guru sains kurang memberi perhatian yang serius kepada PEKA semasa

proses P&P semasa dalam bilik darjah? Adakah guru sains tidak mempunya tahap

penguasaan yang baik tentang PEKA? Kurangnya pengetahuan serta aplikasi tentang

PEKA dalam kalangan guru sains merupakan satu masalah yang serius dalam sistem

pendidikan negara Malaysia. Oleh itu, dengan menjalankan kajian ini, penyelidik

berharap mendapat jawapan bagi setiap persoalan yang timbul.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian

yang dilakukan. Objektif yang telah digariskan adalah:

(i) Mengenal pasti tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru sains tentang konsep

dan kerangka PEKA.

(ii) Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan tentang konsep

dan kerangka PEKA merentasi tempoh pengalaman mengajar subjek-subjek

sains.

(iii) Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan tentang konsep

dan kerangka PEKA merentasi subjek-subjek sains.

Page 27: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ......nilai sisihan piawai dan min dalam bentuk mata nilai. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumus bagi mendapatkan gambaran

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, beberapa persoalan yang akan dijawap dalam kajian

ini adalah:

(i) Apakah tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru sains tentang konsep dan

kerangka PEKA.

(ii) Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan tentang

konsep dan kerangka PEKA merentasi tempoh pengalaman mengajar subjek-

subjek sains.

(iii) Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan tentang

konsep dan kerangka PEKA merentasi subjek-subjek sains.