Uum Library

16
Koleksi Pengenalan Koleksi perpustakaan meliputi buku, jurnal, kertas persidangan, mikrofom, bahan pandang dengar, tesis dan disertasi. Selain daripada itu, PUM juga melanggan kepada sumber elektronik seperti jurnal elektronik, pangkalan data, indeks nukilan dan perisian pengurusan bibliografik. i. Lihat Penerbitan Perpustakaan; Panduan Perpustakaan; Guide to Location of Materials & Facilities Koleksi Terbuka / Umum Koleksi terbuka terdiri daripada buku teks dan monograf dalam pelbagai bidang yang diperolehi untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti Malaya. Semua staf akademik, pelajar Universiti Malaya dan pengguna luar yang berdaftar sebagai ahli Perpustakaan Universiti Malaya dibenarkan meminjam buku dari koleksi ini. Rujukan Bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan, direktori dan panduan penyelidikan disediakan untuk kegunaan pengguna perpustakaan.

description

Uum Library

Transcript of Uum Library

Page 1: Uum Library

Koleksi

Pengenalan

Koleksi perpustakaan meliputi buku, jurnal, kertas persidangan, mikrofom, bahan pandang dengar, tesis dan disertasi. Selain daripada itu, PUM juga melanggan kepada sumber elektronik seperti jurnal elektronik, pangkalan data, indeks nukilan dan perisian pengurusan bibliografik.

i. Lihat Penerbitan Perpustakaan; Panduan Perpustakaan; Guide to Location of Materials & Facilities

Koleksi Terbuka / Umum

Koleksi terbuka terdiri daripada buku teks dan monograf dalam pelbagai bidang yang diperolehi untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti Malaya. Semua staf akademik, pelajar Universiti Malaya dan pengguna luar yang berdaftar sebagai ahli Perpustakaan Universiti Malaya dibenarkan meminjam buku dari koleksi ini.

Rujukan

Bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan, direktori dan panduan penyelidikan disediakan untuk kegunaan pengguna perpustakaan.

Jurnal

PUM melanggan kepada kebanyakan jurnal utama dalam pelbagai bidang pengajian. Jurnal terbitan terkini dan jurnal keluaran terdahulu (jurnal berjilid) disimpan di lokasi yang berasingan.

Page 2: Uum Library

Tesis dan Disertasi

Koleksi ini mengandungi tesis dan disertasi pelajar pasca ijazah Universiti Malaya serta judul tesis terpilih daripada National University of Singapore. Koleksi ini merupakan koleksi tertutup.

Teras Akademik

Koleksi ini merupakan koleksi buku teks utama yang dicadangkan oleh pensyarah sebagai bahan bacaan pelajar. Pengguna boleh meminjam satu (1) bahan pada sesuatu masa selama satu (1) hari sahaja.

i. Lihat Perkhidmatan Perpustakaan; Pinjaman; Hak Pinjaman

Bacaan Bebas

Koleksi Bacaan Bebas terdiri daripada bahan bacaan ringan. Ia dibangunkan untuk memastikan pelajar mendapat akses kepada bahan bacaan yang tidak berorientasikan akademik. Koleksi ini terdiri daripada novel, biografi, persembahan, puisi dan sajak, serta bahan berkenaan sastera, hobi dan isu semasa.

Pangkalan Data Elektronik

Perpustakaan melanggan pangkalan data utama dalam pelbagai bidang pengajian termasuk jurnal elektronik, buku elektronik dan indeks nukilan. Pangkalan data ini boleh diakses menerusi laman Portal Web interaktif Perpustakaan http://www.diglib.um.edu.my/interaktif. Senarai pangkalan data yang dilanggan boleh didapatkan di sini.

Pinjaman

Page 3: Uum Library

Peraturan Pinjaman

Ahli yang ingin membuat pinjaman bahan harus menunjukkan kad kampus atau kad keahlian di kaunter perkhidmatan atau menggunakan mesin layan diri.

Peminjam tidak dibenarkan meminjam atau memperbaharui peminjaman mewakili ahli perpustakaan yang lain.

Pembaharuan

Semua koleksi rak terbuka kecuali Koleksi Bacaan Bebas dan Koleksi Teras Akademik boleh diperbaharui sebanyak 3 kali kecuali bahan telah ditempah oleh pengguna lain.

Lihat Tutorial; Pembaharuan Pinjaman Bahan Online; Terma dan Syarat

Reservations

Buku yang telah dipinjam oleh orang lain boleh ditempah. Tempahan boleh dilakukan di Kaunter Perkhidmatan.

Pencarian Buku

Sekiranya buku yang dicari tidak ditemui dan tidak dipinjam oleh orang lain, bantuan daripada staf di Meja Rujukan boleh diperolehi. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, kad berwarna hijau perlu diisi. Carian buku akan dilakukan dalam masa 3 hari. Pengguna akan dimaklumkan apabila bahan telah ditemui atau carian telah dilakukan.

Denda

Seperti yang dipaparkan di atas.

Bayaran untuk Buku yang Tidak Dipulangkan

Bahan yang hilang atau tidak dipulangkan pada tarikh luput keahlian merupakan tanggungjawab ahli. Ahli dikehendaki mengganti atau menggandakan harga penggantian (berdasarkan harga pasaran terkini

Page 4: Uum Library

bagi buku yang hilang) atau membayar RM50 caj minima bagi buku tempatan dan RM120 bagi buku terbitan luar negara atau mana-mana yang lebih tinggi.

kemudahan

Makmal Komputer

Perpustakaan Universiti Malaya mempunyai 5 buah makmal yang menyediakan komputer dengan kemudahan internet untuk kegunaan mahasiswa (Makmal A dan D), pasca-siswazah dan kegunaan penyelidikan (Makmal B dan C) serta makmal untuk pelajar kurang upaya (Makmal S).

Bilik Perbincangan

Pengguna perpustakaan yang berdaftar boleh menggunakan 3 bilik perbincangan yang terdapat di perpustakaan . Ianya perlu di tempah di kaunter perkhidmatan. 3 hingga 8 orang boleh berada dalam satu kumpulan dan bilik perbincangan boleh di tempah untuk tiga jam.

Karel

Terdapat 55 karel untuk kegunaan pelajar kurang upaya dan pelajar pasca ijazah. Kesemua pelajar kurang upaya di peruntukan satu karel sehingga tamat tempoh pengajian mereka. Bagi pelajar pasca ijazah ianya adalah untuk kegunaan harian.

Fotokopi

Perkhidmatan fortokopi di berikan oleh pihak swasta. Anda boleh membeli kad yang di bekalkan oleh vendor dan fotokopi sendiri atau mendapat perkhidmatan dari kakitangan syarikat swasta yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan fotokopi.

Page 5: Uum Library

Loker

Kemudahan loker disediakan untuk penyewaan harian. Kesemua loker terletak di bilik berhampiran pintu masuk utama perpustakaan. Terdapat 2 jenis loker untuk disewa:

i. Loker Tidak Berkunciii. Loker Sewaan Harian (RM 0.50 sekali penggunaan)

Perkhidmatan Rujukan

Jika anda ada sebarang kemushkilan Pustakawan yang di tempatkan di meja rujukan akan membantu anda untuk menyelesaikannya.

Pendeta WebPAC

Pendeta Discovery merupakan Katalog Integrasi Perpustakaan yang membolehkan pengguna :

i. Membuat pencarian pelbagai jenis bahan yang berada di dalam koleksi perpustakaan.ii. Melihat/ Memperbaharui status bahan yang telah dipinjam oleh pengguna, status akaun

pengguna dan juga membuat pembatalan bahan melalui 'my Account'.

Katalog iMalaysiana

Katalog iMalaysiana merupakan Katalog Perpustakaan yang mengandungi maklumat mengenai artikel jurnal, kertas persidangan, bab-bab buku dan perundangan Malaysia. Ia hanya mengandungi bahan Malaysiana yang ditulis oleh penulis Malaysia atau diterbitkan di Malaysia serta bahan berkaitan dengan Malaysia.

Page 6: Uum Library

Akses luar ke sumber perpustakaan

Akses kepada pangkalan data adalah terhad kepada pelajar, staf dan pengguna berdaftar Perpustakaan Universiti Malaya. Nombor barkod yang diberikan kepada pengguna berserta kata laluan adalah hanya untuk kegunaan seseorang pengguna. Adalah menjadi kesalahan untuk menyebarkan nombor barkod dan kata laluan kepada orang lain. Pengunaan setiap sumber atas talian adalah dikawal oleh syarat-syarat Perjanjian Perlesenan dan Akta Hak Cipta yang telah ditetapkan oleh penerbit dan pembekal. Pengguna perlu mematuhi syarat-syarat perjanjian tersebut dan Akta Hak Cipta.

Kursus Kemahiran Maklumat

Kursus Kemahiran Maklumat mengajar mahasiswa baru tentang penggunaan sistem IT perpustakaan dan ia merupakan subjek wajib yang membawa 1 mata kredit. Selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran yang diterapkan lebih tertumpu kepada pembelajaran dan penyelidikan. Kursus ini dijalankan selama 14 minggu, meliputi kelas, latihan , ujian dan projek serta peperiksaan akhir. Pemarkahan adalah berdasarkan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir. Pelajar perlu lulus kedua-dua penilaian tersebut dan keputusan akhir adalah didalam bentuk LULUS (Gred S) atau GAGAL (Gred U).

Sesi Kemahiran Maklumat

Sesi Kemahiran Maklumat ditawarkan kepada semua pelajar pasca-siswazah. Kesemua sesi dijalankan pada setiap Rabu dan Jumaat. Setiap sesi dijalankan selama 2 ½ jam. Di dalam setiap sesi, pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis bahan yang terdapat di perpustakaan, seperti buku, jurnal, tesis dan dissertasi, kertas persidangan, mikrofom serta pelbagai strategi pencarian maklumat daripada koleksi perpustakaan. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada pangkalan data atas talian yang dilanggani oleh perpustakaan. Selain itu, perpustakaan juga menawarkan sesi latihan ‘End Note’. Untuk menyertai sesi-sesi tersebut, pelajar boleh mendaftar melalui laman web Perpustakaan UM (http://www.diglib.um.edu.my/interaktif/).

Page 7: Uum Library

Komputer

Makmal komputer telah disediakan di Perpustakaan Utama oleh Pusat Teknologi Maklumat dan kemudahan tersebut telah ditawarkan kepada pelajar sejak Julai 1997. Kesemua komputer yang disediakan untuk kegunaan pelajar telah dilengkapi dengan kemudahan internet. Penggunaan Makmal Komputer hanya dibuka mengikut waktu operasi Perpustakaan.

Makmal Komputer OKU

Makmal computer S mempunyai 6 komputer dan ianya di khaskan untuk kegunaan pelajar kelainan upaya.

Perkhidmatan Wi-Fi

Perpustakaan menyediakan akses kepada ‘internet tanpa wayar’ atau Wi-Fi kepada pengguna yang menggunakan komputer riba atau perkakasan yang dapat mengakses isyarat Wi-Fi. Pendaftaran boleh dilakukan di Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari (http://ict.um.edu.my/wireless.html).

Ruangan Membaca

Setiap aras mempunyai dewan bacaan untuk kegunaan para pengguna. Pengguna perpustakaan di nasihatkan untuk meletak bahan yang telah di gunakan di atas troli yang di sediakan. Jangan menyusun semula bahan yang telah di gunakan di stak kerana penyusunan yang tidak tepat akan menyulitkan untuk mencari bahan tersebut.

Page 8: Uum Library

Perkhidmatan Pengambilan buku

Ianya terdapat di Bahagian belakang perpustakaan. Pelajar boleh memulangkan buku di situ dan kutipan di buat dua kali sehari.

Microfilem/microfiche

Koleksi ini merangkumi suratkhabar, koleksi sejarah dan tesis dalam bentuk mikrofilem atau mikrofic. Pengguna hanya di benarkan menggunakan koleksi ini di perpustakaan sahaja.

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan ialah perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Utama dan perpustakaan cawangan kepada semua universiti tempatan,agensi kerajaan dan separa kerajaan. Tiada yuran dikenakan oleh perpustakaan. Walau bagaimanapun, pihak peminjam perlu bertanggungjawab menggantikan buku yang hilang atau tidak dipulangkan kepada pihak perpustakaan.Perkhidmatan ini juga ditawarkan kepada pelajar tahun akhir ijazah dasar, pelajar pasca siswazah dan kakitangan akademik Universiti Malaya. Bahan yang tiada di dalam koleksi perpustakaan UM boleh dipohon daripada perpustakaan lain melalui Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Bayaran perkhidmatan yang dikenakan apabila peminjaman dibuat daripada National University of Singapore atau British library dibiayai oleh pemohon.

Perkhidmatan Penghantaran Dokumen

Perpustakaan Universiti Malaya menawarkan perkhidmatan pembekalan dokumen sekiranya artikel jurnal yang hendak dirujuk tiada dalam koleksi perpustakaan. Artikel jurnal ini akan diperolehi melalui sumber luaran. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada kakitangan akademik, pelajar pasca siswazah dan pelajar tahun akhir ijazah dasar.

Page 9: Uum Library

Koleksi Simpanan Akademik

Bahan yang disyorkan oleh tenaga akademik akan di tempatkan di koleksi ini. Bahan dari koleksi ini boleh pinjam selama 3 hari. Seorang hanya di benarkan meminjam satu bahan pada satu masa.

Koleksi Bacaan Bebas

Novel dan bacaan ringan dalam Bahasa Inggers dan Bahasa Melayu terdapat dalam koleksi ini. Seorang pengguna boleh meminjam dua buku selama satu minggu.

Koleksi Thesis

Lokasi koleksi ini adalah di aras dua, Bilik Minda. Bahan dari koleksi ini tidak boleh di pinjam keluar. Ianya hanya untuk rujukan dalaman sahaja dan tidak boleh fotokopi.

Ruangan Digital

Unit ini terdiri daripada 20 buah komputers ‘thin client’. Ia terletak di aras 1 Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.

Mesin Pinjaman Layan Diri

Empat buah mesin layan diri di tempatkan di perpustakaan utama. Pengguna boleh meminjam buku dengan mengimbas kad matrik mereka. Resit yang memaparkan tarikh tamat tempoh pinjaman akan di keluarkan dan para pengguna harus menyimpan resit tersebut untuk rujukan mereka.

Page 10: Uum Library

Sudut Informasi

Ianya terletak di aras satu. Terdapat sebuah TV plasma dengan dua saluran ASTRO yang dilanggan iaitu CNN dan Discovery Channel. Terdapat 10 tajuk surat khabar untuk bacaan para pengguna antaranya Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times, Berita Harian, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily, Malaysia Nanban dan Tamil Nesan.

Koleksi Media

Bahan berbentuk Audio-Visual yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan

Suratkhabar

Perpustakaan Utama Universiti Malaya melanggani akhbar-akhbar berikut:

i. Malay mailii. Kosmo

iii. Utusan Malaysiaiv. Berita Harianv. News Straits Times

vi. The Starvii. Nanyang Siang Pau

viii. Sin Chew Dailyix. Malaysia Nanbanx. Tamil Nesan

Tempahan Buku di Kaunter

Page 11: Uum Library

Buku yang telah di pinjam oleh pengguna lain boleh di tempah di kaunter perkhidmatan. Untuh menempah buku pengguna perlu membawa kad matrik, no panggilan buku yang ingin di tempah dan tajuk buku tersebut. Pengguna akan di beritahu melalui emel jika buku yang di tempah itu di pulangkan. Pengguna perlu meminjam buku yang di tempah dalam masa se minggu dari tarikh emel di terima jika tidak buku tersebut akan di berikan kepada pemohon berikutnya atau akan di hantar ke stak buku.

Lawatan Perpustakaan (Pelawat/Pelajar)

Perpustakaan Universiti Malaya menerima lawatan individu atau berkumpulan dari dalam negera atau luar negara. Sesiapa yang berminat boleh tulis kepada Ketua Pustakawan untuk memohon keizinan.

keahlian

1. Keahlian Dalam

i. Pensyarah sepenuh masa dan pensyarah sambilan Universiti Malayaii. Semua pelajar Universiti Malaya yang berdaftar

iii. Staf bukan-akademik Universiti Malayaiv. Staf sokongan Universiti Malayav. Lembaga Pengarah Universiti.

vi. Lihat Perkhidmatan Perpustakaan; Keahlian Luar; Pengenalan

2. Keahlian Luar

i. Alumni Universiti Malayaii. Keahlian Biasa ( Bukan Alumni)

iii. Keahlian Korporativ. Pesara Universiti Malayav. Lihat Perkhidmatan Perpustakaan; Borang Perkhidmatan; Borang

Permohonan Keahlian Luar Individu

Page 12: Uum Library

3. Akses Dalam Tempoh Singkat

Kumpulan yang seterusnya hanya dibenarkan menggunakan Perpustakaan atas tujuan rujukan sahaja, selepas menerima permohonan bertulis: :

i. Pembantu Penyelidik kepada Staf Akademik Universiti Malaya;ii. Pensyarah dan Penyelidik Pelawat;

iii. Pegawai atasan kerajaan Malaysia yang sedang menjalankan penyelidikan.

Adalah mengikut budi bicara Perpustakaan untuk membenarkan penggunaan perpustakaan tanpa bayaran.

Perkhidmatan Akademik dan Penyelidikan

1. Pengenalan

Perkhidmatan rujukan dan maklumat disediakan oleh semua perpustakaan yang terdapat di dalam sistem. Pertanyaan boleh diajukan secara peribadi, melalui panggilan telefon, faksimili dan melalui mel elektronik.

2. Perkhidmatan Pencarian Maklumat

Perpustakaan telah melanggan sejumlah pangkalan data atas talian, baik tempatan mahupun antarabangsa, seperti yang boleh didapati daripada DIALOG, NSTP-Online, SIRIMLINK dan PALMOLIS. Pencarian atas talian boleh disediakan untuk staf, badan korporat atau orang persendirian dengan membuat pembayaran kos carian. Perpustakaan juga melanggan sejumlah pangkalan data CD-ROM. Penggunaan perkhidmatan ini adalah percuma bagi semua ahli yang berdaftar. Pencarian bahan juga boleh dilakukan atas permintaan dengan bayaran

3. Library Orientation Programmes

Page 13: Uum Library

Program ini dijalankan pada permulaan setiap semester baru, dimana pelajar baru diberi taklimat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan berserta syarat-syarat dan peraturan penggunaan, diikuti lawatan di dalam perpustakaan. Mahasiswa baru perlu mendaftar untuk menduduki Kursus Kemahiran Maklumat (GXEX 1401) di mana ia merupakan subjek wajib universiti yang membawa satu jam kredit. Pelajar dari fakulti-fakulti Sastera dan Sains Sosial akan mengikuti kursus tersebut di semester 1, sementara pelajar dari fakulti-fakulti Sains dan Teknologi akan mengikuti kursus tersebut di semester 2.

4. Program Kemahiran Maklumat

Selain daripada sesi yang disediakan untuk mahasiswa baru, perpustakaan juga menawarkan Program Kemahiran Maklumat untuk mahasiswa tahun akhir dan pasca-siswazah. Program-program ini tidak hanya terhenti di peringkat OPAC, tetapi lebih bertujuan untuk menanam pembelajaran kemahiran maklumat secara sendiri. Pelajar diajar strategi pencarian maklumat untuk mendapatkan bahan daripada sumber-sumber cetak dan elektronik seperti CD-ROM dan pangkalan data atas talian, termasuk kemahiran penilaian bahan.