ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami...

19
HHHC9301 – PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 14 NAMA PEMANTAU: PROF. MADYA DR. DAYANG FREDALINA BT. BASRI NAMA NO.MATRIK 1) ILYIA FARHANA BINTI IBRAHIM A144609 2) NABILAH BINTI ISMAIL A144628 3) NOR ZAWANI BINTI HASAN A144620 4) NUR ALIYA BINTI MOHD JONED A144621

Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami...

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

HHHC9301 – PENGURUSAN MAKLUMAT DAN

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SET 14

NAMA PEMANTAU: PROF. MADYA DR. DAYANG FREDALINA BT. BASRI

NAMA NO.MATRIK

1) ILYIA FARHANA BINTI IBRAHIM A144609

2) NABILAH BINTI ISMAIL A144628

3) NOR ZAWANI BINTI HASAN A144620

4) NUR ALIYA BINTI MOHD JONED A144621

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

PENDAHULUAN

Program : Perkhemahan Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM 2013/2014

Tarikh : 2 – 4 November 2013

Tempat : Impian Country Resort, Hulu Langat,Selangor

Bilangan Peserta : 130 orang

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

Pada 2 hingga 4 November 2013, kami telah menyertai Perkhemahan Tahunan Bulan

Sabit Merah Malaysia Cabang UKM 2013/2014 bertempat di Impian Country Resort, Hulu

Langat, Selangor. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kem tersebut. Kami

telah mempelajari pelbagai ilmu baru yang dapat dipraktikkan sepanjang hayat.

Antara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah

pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

balutan, ikatan, dan angkutan serta praktikal KBBOM.

1) Pengenalan KBBOM

Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan KBBOM mengikut sukatan pelajaran

KBBOM. Terdapat pelbagai sesi dalam slot ini iaitu:

Sesi 1: pengenalan kepada bantuan bencana dan operasi menyelamat

Sesi 2: pelan persediaan bencana dan bantuan kerajaan

Sesi 3: pelan persediaan bantuan bencana BSMM

Sesi 4: bantuan antarabangsa

Sesi 5: peraturan operasi bencana

Sesi 6: bekalan-bekalan bantuan

Sesi 7: komunikasi perhubungan awam & maklumat

Sesi 8: pentadbiran pusat bantuan

Sesi 9: masakan kelompok dan pemberian makanan

Sesi 10: kira-kira dan kewangan

Sesi 11: latihan praktikal

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

Sebelum aktiviti praktikal, kami telah diberikan pendedahan mengenai operasi

menyelamatkan mangsa. Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut peranan iaitu

‘first responder’, ‘first aider’ dan logistik. Kami diberikan penerangan yang jelas mengenai

tugas dan peranan setiap kumpulan. Penceramah jemputan juga menceritakan pengalaman

sebenar beliau ketika operasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan. Daripada perkongsian

beliau, kami mendapat gambaran mengenai situasi sebenar yang bakal kami hadapi ketika

sesi praktikal pada malam tersebut.

Daripada ceramah yang begitu jelas dan bermanfaat ini, kami yakin dapat

mempraktikkan segala ilmu yang kami perolehi dalam kehidupan seharian kami pada masa

akan datang. Sesungguhnya, ilmu ini tidak mungkin kami timba di dalam kelas.

Sewaktu sesi teori penerangan mengenai KBBOM,pemilihan ketua dan penolong ketua dijalankan bagi setiap unit bagi memastikan kelancaran operasi menyelamatkan mangsa sewaktu bencana.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

2) Ceramah balutan, ikatan, dan angkutan

Sejak pagi lagi pada 3 November 2013, kami telah mendengar ceramah mengenai

asas-asas pertolongan cemas, cara-cara ikatan tali bagi mengangkut mangsa apabila berlaku

kecemasan, dan juga cara-cara mengangkut mangsa dari sebuah kawasan ke kawasan yang

lain dalam ceramah kawat usungan. Ceramah pada pagi tersebut diberikan oleh tiga orang

penceramah yang berbeza yang cukup berpengalaman luas dalam Bulan Sabit Merah

Malaysia.

Ceramah mengenai asas-asas pertolongan cemas merangkumi jenis-jenis

kecemasan seperti luka, patah, pitam dan sebagainya. Ceramah ini juga menekankan tentang

perkara dan rawatan yang perlu dijalankan seandainya mangsa benar-benar memerlukan

rawatan kecemasan sementara menunggu kedatangan paramedik mahupun ambulans ke

tempat kejadian.

Selain itu, ceramah mengenai ikatan tali pula memberi para peserta peluang untuk

mengenali dan mempelajari pelbagai jenis ikatan yang mampu diaplikasikan sewaktu

kecemasan. Ikatan-ikatan ini amat penting dalam pertolongan cemas kerana ikatan-ikatan ini

sangat diperlukan ketika ingin mengangkut mangsa yang tidak mampu bergerak, terutamanya

ketika mangsa dan unit pertolongan cemas berada di tempat yang sukar untuk dicapai seperti

di dalam hutan, di tebing bukit dan sebagainya.

Selain itu, ceramah mengenai ikatan tali pula memberi para peserta peluang untuk

mengenali dan mempelajari pelbagai jenis ikatan yang mampu diaplikasikan sewaktu

kecemasan. Ikatan-ikatan ini amat penting dalam pertolongan cemas kerana ikatan-ikatan ini

sangat diperlukan ketika ingin mengangkut mangsa yang tidak mampu bergerak, terutamanya

ketika mangsa dan unit pertolongan cemas berada di tempat yang sukar untuk dicapai seperti

di dalam hutan, di tebing bukit dan sebagainya. Kami akhirnya berjaya mengurus maklumat

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

yang kami peroleh sewaktu sesi teori bagi mempraktikkan maklumat tersebut sewaktu sesi

praktikal pada waktu malam, iaitu dalam aktiviti KBBOM.

Penceramah menunjukkan

demonstrasi ikatan yang digunakan

untuk menyelamatkan mangsa lemas

Kami berlatih membuat ikatan

seperti yang diajar oleh jurulatih

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

Kami berlatih melakukan balutan telapak tangan dengan bantuan rakan-rakan yang

lain

Kami telah berlatih untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat sebagai persiapan pertolongan cemas

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

Kami membuat latihan angkutan mangsa bencana

Kami bersama-sama

berlatih mengangkut

mangsa untuk

diletakkan di

stretcher.

Kemudian, kami didedahkan pula dengan cara-cara mengangkut mangsa daripada

sesuatu tempat yang jauh ke pusat kawalan sewaktu bencana berlaku dengan menggunakan

kain dan alat pengusung (stretcher), melalui ceramah kawat usungan. Alat-alat pengangkutan

seperti ini memerlukan kecekapan para petugas pertolongan cemas semasa

mengendalikannya kerana jika tersalah cara ikatan, mahupun cara memegang pengusung,

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

mangsa boleh terjatuh daripada pengusung dan mampu mengakibatkan kecederaan yang lebih

serius kepada mangsa.Maklumat mengenai cara mengangkut mangsa ini tetap diurus dengan

kemas dan teratur bagi memastikan kesempurnaan prosedur dalam mengangkut mangsa agar

keselamatan mangsa terjamin. Maklumat ini amat berguna dalam sepanjang hayat kami

terutamanya sewaktu bencana dan kecemasan.

Jurulatih menunjukkan

cara mengangkut mangsa

dengan kaedah angkutan

bomba (fireman’s lift)

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

Kami diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana mengusung mangsa dalam

situasi yang terdapat halangan.

Kesimpulannya, sebagai ahli BSMM, kami mendapati ilmu yang diperoleh daripada ceramah

ini dapat dipraktikkan ketika situasi kecemasan sepanjang hayat kami.

3) Praktikal KBBOM

Aktiviti ini memberikan kami pendedahan awal tentang cara-cara menghadapi bencana

alam sebenar. Selaku ahli BSMM, sememangnya menjadi kewajipan kami untuk menjalani

sesi praktikal ini kerana bagi memastikan keberkesanan pengurusan maklumat yang kami

peroleh sewaktu sesi teori bersama jurulatih. Tambahan pula, ilmu dan pengalaman yang

didapati hasil daripada praktikal ini dapat membantu kami untuk berkhidmat kepada

masyarakat kelak seandainya terdapat apa-apa bencana yang berlaku di dalam negara. Dalam

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

aktiviti ini, kami telah diagihkan

kepada 4 unit iaitu unit pemantau,

unit bantu mula, unit penyelamat dan

unit kebajikan.

1. Unit Pemantau (First

Responder)

Dalam praktikal KBBOM, unit pemantau merupakan unit pertama yang perlu

bergerak ke tapak bencana. Tugas unit pemantau adalah untuk memantau kawasan

bencana dan kami dikehendaki untuk mencari mangsa. Kemudian,kami akan

mengenal pasti jenis kecederaan yang dialami oleh mangsa dan meletakkan tag

berwarna . Tag tersebut terdiri daripada warna merah,kuning,hitam dan hijau. Setiap

warna mewakili tahap-tahap kecederaan yang dialami mangsa. Tujuan tag diberikan

kepada mangsa adalah untuk memudahkan kerja unit penyelamat dan unit bantu mula

memberikan rawatan kepada mangsa.

Unit pemantau menjumpai seorang mangsa dan memberikan rawatan

sebelum ketibaan unit lain

2. Unit Bantu Mula (First Aider)

Unit bantu mula atau lebih dikenali sebagai “First Aider” merupakan salah satu unit

yang terdapat dalam praktikal latihan bencana alam dan operasi menyelamat

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

(KBBOM). Tugas utama unit bantu mula adalah untuk memberi rawatan awal kepada

mangsa-mangsa bencana sebelum di hantar ke bilik rawatan. Rawatan awal diberikan

bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kesakitan. Apabila tiba di tempat

kejadian, kami akan memberi rawatan awal kepada mangsa-mangsa bencana

menggunakan peralatan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas. Jika peralatan

tidak mencukupi, kami akan menggunakan barang-barang yang terdapat di sekitar

tempat kejadian. Mangsa-mangsa yang mengalami tahap kecederaan yang lebih serius

diberikan keutamaan.

Pasukan bantu mula memberikan rawatan awal sebelum unit penyelamat tiba

untuk mengeluarkan mangsa dari tempat bencana

3. Unit penyelamat (Rescue team)

Tugas utama unit penyelamat adalah membawa mangsa ke pusat kawalan bencana

atau tempat yang lebih selamat. Unit ini memerlukan ahli yang ramai kerana mereka

perlu bekerjasama mengangkut mangsa-mangsa ke tempat yang jauh. Peralatan yang

mereka gunakan untuk mengangkut mangsa ialah stretcher.

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

4. Unit kebajikan

Bagi Unit Kebajikan, kami para peserta iaitu ahli-ahli BSMM sendiri

bertanggungjawab menjaga kebajikan anggota unit-unit yang lain seperti unit

peninjau,unit penyelamat dan unit rawatan pertolongan cemas. Sewaktu operasi

menyelamatkan mangsa bencana, anggota unit kebajikan bekerjasama dan saling

membantu bagi menyediakan makanan dan minuman yang mampu memberi tenaga

dan kerehatan kepada anggota unit peninjau,unit penyelamat dan unit rawatan

pertolongan cemas . Akhirnya,kami,anggota unit kebajikan telah berjaya

menyediakan roti,telur dan kacang pol sebagai santapan untuk diberikan kepada

anggota unit-unit yang lain setelah mereka selesai melaksanakan tugasan mereka

dalam operasi menyelamatkan mangsa bencana.

Sebagai kesimpulan, kami mendapati praktikal ini sangat berguna. Operasi ini

tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa pengurusan maklumat yang berkesan antara

semua pihak serta ilmu sepanjang hayat yang telah diberikan melalui tunjuk ajar oleh

jurulatih-jurulatih yang sangat berpengalaman.

Unit penyelamat mengusung mangsa keluar dari tempat bencana

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewAntara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

Akhir kata, kami berasa amat bersyukur berpeluang untuk menghadiri kem ini

kerana kami telah menperoleh banyak maklumat bermanfaat dan pengetahuan yang

dapat kami gunakan sepanjang kehidupan kami terutamanya apabila menghadapi

situasi kecemasan.

Kami sebagai ahli BSMM bersedia mengurus maklumat yang

diterima secara teori dengan kemas agar dapat mempraktikkan ilmu sepanjang hayat yang kami perolehi sepanjang kem tahunan

ini dalam situasi kecemasan mahupun bencana yang sebenar.

NabilahWani