azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4...

26
SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Mei 2009 2 ½ jam CADANGAN SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ZON TIMUR SPM 2009 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan 2. Jawab semua soalan 3. Jawapan bagi soalan 2 (a) berdasarkan petikan rumusan 4. Jawapan bagi soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 16100 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN TEL : 09-7738277 1103/

Transcript of azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4...

Page 1: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

SULIT1103/2BahasaMelayuKertas 2Mei 20092 ½ jam

CADANGAN SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

ZON TIMUR SPM 2009

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INISEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan2. Jawab semua soalan3. Jawapan bagi soalan 2 (a) berdasarkan petikan rumusan4. Jawapan bagi soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks

komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 55. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi

SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

16100 PENGKALAN CHEPA, KELANTANTEL : 09-7738277 Fax: 09-7739139

1103/2

Page 2: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Soalan 1 : Rumusan

(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Buat satu rumusan tentang peranan pihak penerbit buku dan kepentingannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jumlah buku judul baharu tahunan bagi Malaysia (meliputi p-buku dan e-buku) apabila berakhirnya RMK.9 (2010) , hendaklah tidak kurang 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara pada tahun semasa. Jumlah buku tersebut sentiasa mengambil kira semua bidang dan subbidang, serta komposisi mengikut keperluan peringkat pembaca negara. Daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus hendaklah diterbitkan dalam bentuk p-buku, sementara 30 peratus lagi diterbitkan dalam bentuk e-buku, sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan bertambahnya jumlah rakyat Malaysia yang celik komputer. Kadar ini hendaklah disemak dari semasa ke semasa bagi menyesuaikan penerbitan bentuk buku (p-buku atau e-buku) dengan permintaan pelanggan.

Setiap buku yang diterbitkan hendaklah dimeterai dengan Perjanjian Lesen Penerbitan bagi melindungi harta intelek penulis/pereka/ilustrator, kepentingan penerbit serta jaminan pembayaran royalti kepada penulis/pereka/ilustrator atau waris mereka yang sah. Perancangan penerbitan buku negara wajar peka dengan ilmu semasa yang menjadi minat warga dunia serta mempunyai kepentingan masa hadapan . Bagi meperkukuh tamadun bangsa, penerbitan negara wajar merancang serta menerbitkan karya besar atau agung dunia dalam pelbagai bidang. Kualiti kandungan serta fizikal buku yang diterbitkan juga wajar terus ditingkatkan. Mulai 2010, kualiti kandungan serta fizikal bagi semua buku yang diterbitkan di Malaysia, hendaklah bertaraf antarabangsa. Bagi mencapai tujuan tersebut, mulai 2006 lebih 60 peratus penerbitan buku negara sepatutnya telah mencapai taraf antarabangsa.

Berkenaan pembangunan buku, sesungguhnya mencakupi bidang serta kegiatan pembukuan yang sangat luas. Penerbit terlibat secara langsung dalam membangunkan industri buku, sementara aspek editorial kira-kira 30 peratus memberi sumbangan kepada industri buku. Buku yang diterbit, tetapi tidak diketahui umum , tidak akan ke mana-mana. Oleh yang demikian, penerbit perlu mempromosikan penerbitannya melalui pelbagai cara seperti melalui majlis pelancaran, majlis diskusi buku, sesi bertemu pengarang, hinggalah kepada pengiklanan penerbitan dalam semua media. Selain itu, sudah sampai masanya diterbitkan sisipan akhbar setiap minggu yang memuatkan maklumat penerbitan buku. Penerbit dan institusi juga wajar menerbitkan buletin atau jurnal khusus ulasan buku, seperti yang dilakukan oleh Akademi Kajian Ketamadunan yang menerbitkan Jawhar.

Negara pastinya ingin melihat industri buku berkembang dengan lebih pesat. Justeru, menjadi tanggungjawab mereka yang terlibat dalam industri buku untuk menentukan sasaran penerbitan judul baharu tahunan, dalam masa yang sama meningkatkan kualiti kandungan serta mutu fizikalnya. Dengan kesedaran bahawa “pengetahuan ialah kuasa” dan “masyarakat lebih cerdik menguasai golongan yang lain”, maka industri buku negara mestilah melakukan lompatan kuantum ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada ruangan Rencana Utama oleh Dato Dr Anwar Ridhwan, Dewan Masyarakat, Jun 2005.)

Page 3: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Soalan 2 : Pemahaman( 35 markah )

Jawab semua soalan

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i ) Berikan maksud rangkai kata menentukan sasaran. ( 2 markah )

ii) Nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan oleh penerbit untuk mempromosi buku terbitan mereka.( 3 markah )

iii) Pada pendapat anda, mengapakah ilmu pengetahuan dapat menjadi suatu kuasa kepada manusia?( 4 markah )

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menghela nafas panjang.Jo menjaadi serba salah ketika menatap wajah Daneng yang keruh seperti air danau yang timbul

kelodaknya.“Adakah aku sudah menyinggung perasaannya, adakah nasihatku keterlaluan?” bentak suara hati Jo.Tetapi niatnya harus diteruskan. Bara yang digenggam perlu menjadi arang!“Daneng, kau terlalu sayang akan hutan ini bukan?”“Janganlah memisahkan saya dan hutan ini, cikgu,” terkeluar kalimat rayuan daripada mulut Daneng.“Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”“Apa maksud cikgu?”“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan. Sindiket yang

gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.

“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya ditenggelami kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila kami tiba di sana, mereka sudah tiada, pokok-pokok itu juga sudah tiada.”

“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteraskelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan tempat kayu. Barulah hutan akan selamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu akan terjamin, “ hujah Jo.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 4: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

(i) Mengapakah Daneng harus meneruskan pelajarannya. (2 markah)

(ii) Berjayakah Cikgu Jo mempengaruhi Daneng meneruskan pelajarannya. Beri alasan untuk menyokong pendapat anda. (3 markah)

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan yang diberi dan dua persoalan yang dikemukakan melalui cerpen ini. (4 markah)

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuannya sertanya itu pun lenyaplah. Ada sekadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. . Maka ia berkata kepada Tun Mamat, ”Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, “ Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, air mata setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu.”

Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.

Telah itu Tun Mamat pun turunlah dari sana, kembali kepada Laksamana dan Sang Setia. Maka segala kata Puteri Gunung Ledang itu semuanya dikatakan kepada Laksamana dan Sang Setia. Maka Laksamana dengan segala kawannya itu pun turunlah dari atas Gunung Ledang itu, berjalan kembali ke Melaka. Berapa lamanya di jalan sampailah di Melaka. Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat pun masuklah menghadap Sultan Mahmud dan segala kata yang didengarnya itu semuanya dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.

(Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang dalam antologi Anak Laut, DBP)

i. Siapakah Tun Mamat ? ( 2 markah )

ii. Apakah tindakan Tun Mamat setelah mendengar syarat-syarat yang dikemukakankan Puteri Gunung Ledang ? ( 3 markah )

iii. Sekiranya anda berada di tempat Raja Melaka wajarkah anda menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh Puteri Gunung Ledang itu ?.

( 3 markah )

Page 5: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Soalan 2 (d) Petikan Puisi

Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat sendiri.

MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN

Kelelahan kita semakin parah tenatnyaberserta kekejaman mengatasi kedamaiantitik pertemuan menjadi tentangantak siapa mahu beralah.

Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyanjanjikan harapan semanis janji orang bercintasetiap pembicaraan tanpa persatuankejujuran mati di hati.

Hari ini tak payah parau bertanyaketuaan dunia akan tenggelam jugadalam kebodohan manusiayang kian bermuka dua.

Demi kelak dewasanya anakkukau bikinlah perhitungan sendiriuntuk menjengah neraka kecintaan manusiamencucuri bahan api neraka.

Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!tambah mengimbau sorotan kita ESA!hanya kesejahteraan membunga api.

SALMI MANJAAntologi Anak LautDewan Bahasa dan Pustaka

i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata kejujuran mati di hati?[2 markah]

ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah manusia dapat mencapai kesejahteraan hidup?[4 markah]

iii) Huraikan nilai-nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]

Page 6: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Soalan 3 : Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu.

[ 30 markah ]

(a) Tulis dua ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.

i. mengupas

ii. mengulas

iii. mengukur

[ 6 markah ]

(b) Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini..

“Termenung jauh nampaknya. Mengapa?” tanya Hamid kehairanan. “Aku melihat sampah sarap yang bertimbun tu, lalatpun banyak yang hinggap di situ,” kata Yusof . “Mengapa manusia tidak sedar pentingnya kebersihan ?”. Hamid menyoal dengan rasa penuh kesal. “Bukan setakat mereka tak sedar, malah tak kisah dengan keadaan alam sekitar mereka,” Ganesh pula menyampuk.“Apabila wabak penyakit merebak, barulah mereka nak ambil berat soal kebersihan,” kata Yusof lagi.“Bukankah perbuatan mencegah lebih baik daripada mengubati, jika wabak penyakit merebak, sukar untuk kita mengawalnya,” kata Hamid pula.

[6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Keefisyenan pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjalankan tugas untuk mempastikan kegiatan pengedaran VCD cetak rompak lumpuh patut dipuji.

ii. Pertandingan lanskap antara sekolah menengah dijalankan secara dwi tahunan.

iii. Syarikat-syarikat insuran bertungkus-lumus memperkembangkan aktiviti mereka untuk meningkatkan jumlah ahli.

[ 6 markah ]

Page 7: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kanak-kanaklah orang yang paling gembira di suasana hari raya kerana mereka boleh melawat rumah jiran-jiran dan berpakaian baru.

ii. Keadaan bintang-bintang yang berkerdipan di langit menunjukkan cuaca pada malam itu amat indah.

iii. Hari ini, kita dapat menyaksikan betapa sukarnya untuk mengumpulkan khalayak-khalayak bagi menjayakan wahana ilmu.

[ 6 markah ]

e) Baca petikan di bawah dengan teliti, dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

EncikYusof pernah bekerja di beberapa tempat untuk mendapatkan pengalaman. Berkat usahanya yang gigih, beliau telah berjaya membuka syarikatnya sendiri. Sedikit demi sedikit dia mengumpul modal untuk mengembangkan syarikatnya. Encik Yusof bertungkus-lumus mendapatkan pelanggan untuk meluaskan pasaran barangan keluaran syarikatnya. Untuk memantapkan pengurusan syarikat, Encik Yusof sentiasa berbincang dan bermuafakat dengan ahli keluarga dan para pekerjanya. Walaupun Encik Yusof berjaya setelah melalui pelbagai cabaran , beliau amat berpuas hati kerana hasratnya untuk menjadi pengusaha yang berjaya tercapai.

Page 8: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karja A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Pengarang sering memaparkan kritikan sosial dengan mengetengahkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Huraikan dua kepincangan yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]

(b) Latar masa merupakan aspek penting dalam sebuah novel. Huraikan latar masa dalam dua buah novel yang anda kaji.

[8 markah]

Page 9: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

SULIT1103/2BahasaMelayuKertas 2Mei 20092 ½ jam

PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SBP ZON TIMUR

SPM 2009

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minit

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

16100 PENGKALAN CHEPA, KELANTANTEL : 09-7738277 Fax: 09-7739139

1103/2

Page 10: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Peraturan Pemarkahan

Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Pendahuluan (2 markah)Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab para penerbit dalam penerbitan buku di Malaysia

Isi Tersurat (4-12 markah)

1) Setiap buku yang diterbitkan hendaklah dimeterai dengan Perjanjian Lesen Penerbitan. 2) Penerbit peka dengan ilmu semasa yang menjadi minat warga dunia serta mempunyai kepentingan

masa hadapan. 3) Penerbit wajar merancang serta menerbitkan karya besar atau agung dunia dalam pelbagai bidang. 4) Kualiti kandungan serta fizikal buku yang diterbitkan wajar terus ditingkatkan.5) Mulai 2010, kualiti kandungan dan fizikal bagi semua buku yang diterbitkan di Malaysia bertaraf

antarabangsa. 6) Penerbit terlibat secara langsung dalam membangunkan industri buku.7) Penerbit perlu mempromosikan penerbitannya melalui pelbagai cara.8) Diterbitkan sisipan akhbar setiap minggu yang memuatkan maklumat penerbitan buku. 9) Penerbit dan institusi juga wajar menerbitkan buletin atau jurnal khusus ulasan buku.

Isi Tersirat (4-12 markah)

1) Jumlah buku di pasaran tempatan bertambah banyak. 2) Kualiti buku terjamin. 3) Para pembaca mudah untuk mendapatkan bahan yang dikehendaki.4) Industri buku negara berkembang pesat .5) Pembaca dapat mengetahui dengan cepat terbitan buku terbaharu. 6) Nasib mereka yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku

lebih terbela.7) Rakyat mempunyai ilmu pengetahuan pada peringkat global.

(Terima mana-mana pendapat yang tepat)

Penutup (2 Markah)Kesimpulannya, pihak kerajaan harus sentiasa memantau peranan penerbit buku agar rakyat Malaysia mendapat manfaat.

Page 11: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Soalan 2( a)

I ) Menentukan sasaran bermaksud menetapkan hala tuju / arah tujuan (2 markah )

ii) Cara-cara ( 3 markah ) melalui majlis pelancaran 1 m melalui majlis diskusi buku 1 m sesi bertemu pengarang 1 m hinggalah kepada pengiklanan penerbitan dalam semua media 1 m

(Pilih mana-mana tiga jawapan )

iii) Sebab ilmu pengetahuan menjadi suatu kuasa kepada manusia ( 4 markah )

manusia mengetahui pelbagai perkara 1 m manusia menjadi lebih yakin apabila berilmu 1 m boleh mempegaruhi orang lain dengan pendapat mereka yang bernas 1 m mampu melahirkan idea-idea yang baru 1 m

( terima mana-mana pendapat yang sesuai)

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

i. Daneng harus meneruskan pelajarannya kerana…

o demi hutan malar hijau yang dicintainya / untuk menyelamatkan hutano hutan itu memerlukan Danengo kemungkinan dia dapat menjadi pegawai perhutanan dan dapat melaksanakan satu

rancangan yang lebih agresif membanteras sindiket pembalakano mungkin dia dapat menjadi saintis,mencipta sesuatu yang dapat menggantikan tempat

kayu

ii. Berjayakah Cikgu Jo mempengaruhi Daneng meneruskan pelajarannya?

o Berjaya : Alasan

o Kata-kata Cikgu Jo menyedarkan Daneng tentang pentingnya pelajaran untuk menyelamatkan hutan.

o Kata-kata Cikgu Jo memberi semangat bahawa dengan adanya pelajaran dia dapat menjadi seseorang yang dapata menyelamatkan hutan

o Nasihat Cikgu Jo menyebabkan dia dapat berfikir secara rasional bahawa dengan adanya pelajaran dia boleh memegang jawatan tinggi /ada kuasa menyelamatkan hutan

o Daneng terlalu sayang akan hutan sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyelamatkan hutan.

o Dia pernah berasa amat kecewa kerana tidak dapat mengambil sebarang tindakan untuk menyelamatkan hutan daripada pembalak haram/ sindiket pembalakan

Page 12: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

o Daneng amat bercita-cita tinggi dan mempunyai perancangan untuk menyelamatkan hutan pada masa depan.

Tidak berjaya : Alasan

o Daneng terlalu sayang akan hutan itu, oleh itu dia enggan berpisah dengan hutan ituo Daneng tidak mahu meninggalkan hutan itu kerana bimbang hutan / pohon tualang

kesayangannya diancam sindiket pembalakan semasa ketiadaannya.o Daneng sukar disedarkan / diubah mindanya kerana dilahir dan dibesarkan dalam suasana

masyarakat yang tidak mementingkan pelajarano Jiwa Daneng sudah sebati dengan kehidupan di hutan

iii. Persoalan dalam petikan

o kepentingan pelajaran/ pendidikano Huraiano Pelajaran membolehkan Daneng menyelamatkan hutan malar hijau yang memerlukannyao kemungkinan dia dapat menjadi pegawai perhutanan dan dapat melaksanakan satu

rancangan yang lebih agresif membanteras sindiket pembalakano mungkin dia dapat menjadi saintis,mencipta sesuatu yang dapat menggantikan tempat

kayu

Cinta / sayang akan hutano Huraiano Daneng merayu agar Cikgu Jo tidak memisahkannya dengan hutan itu.o Daneng amat sedih kerana pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti

tembaga di kawasan hutan simpan 20km dari situ tiada lagio Daneng juga amat kecewa kerana tidak dapat berbuat apa-apa terhadap sindiket

pembalakan

Kegigihan / kesungguhan seorang guru dalam mencapai tujuannyao Huraiano Walaupun dia merasakan kata-katanya menyinggung perasaan Daneng, dia tetap bertekad

untuk meneruskan niatnyao Dia berpendapat bahawa bara yang digenggam perlu menjadi arango Dia tidak jemu-jemu memberi nasihat kepada Daneng tentang kepentingan pelajaran untuk

membolehkannya menyelamatkan hutan

Persoalan Dalam Cerpen

Kegigihan seorang guru dalam menjalankan tanggungjawab (Tema) Huraian

o Cikgu Jo sanggup pergi ke perkampungan orang asli untuk memujuk Daneng meneruskan pelajarannya

o Cikgu Jo mengajak Daneng pergi memancing di Danau Nyok untuk mempengaruhinya mengubah keputusan

o Cikgu Jo memberitahu Daneng bahawa rakan-rakannya sentiasa mengingatinyao Cikgu Jo menyedarkan Daneng tentang tanggungjawabnya membela nasib masyarakat, ibu

bapa serta adik-adiknya dengan belajar dan memperoleh pekerjaan yan baik

Page 13: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Cinta / sayang akan hutan Huraian

o Cikgu Jo keberatan untuk meninggalkan kawasan lembah pergunungan yang mengasyikkan itu.

(Rujuk jawapan persoalan dalam petikan)

Keindahan hutan / alam semula jadi ciptaan Tuhan Huraian

o Kicauan unggas / suara pelbagai mergastua memukau Cikgu Jo yang berasal dari bandaro Perjalanan ke Danau Nyok dipenuhi pepohon hijau dan Cikgu Jo kagum akan keindahan

Danau Nyoko Cikgu Jo keberatan untuk meninggalkan kawasan lembah pergunungan yang mengasyikkan

itu.

Kehidupan masyarakat orang asli yang serba kekurangan / jauh ketinggalan / sebati dengan hutan Huraian Keadaan pondok / tempat tinggal Daneng serba kekurangan. Hanya terdapat beberapa bantal

buruk dan almari usang Miskin, mencari rezeki dengan memancing dan mencari petai Hidup tanpa mengejar apa-apa/ kebendaan Daneng mengetahui selok belok di dalam hutan / kawasan Danau Nyok

Pendidikan / pelajaran dapat membantu seseorang merealisasikan impian/ cita-cita Huraian

o Daneng telah bergelar Datuko Daneng berjaya menyelamatkan belantarasehingga Malaysia diiktiraf sebagai negara yang

memiliki hutan tropika terluas di dunia tahun 2020o Daneng telah mendapat hadiah nobel atas jasanya menyelamatkan hutan.o Rancangan Daneng telah dapat memulihara huta dan menambah kawasan hutan di

Malaysiao Daneng diberi kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk membentu mamulihkan hutan di

Lembangan Amazon.

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

i. Tun Mamat ialah : (2 markah)

Pembesar Melaka/ pegawai istana Wakil sultan / orang yang diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang / menyampaikan

hasrat Sultan Melaka Orang yang berbincang dengan Perempuan Tua /Puteri Gunung Ledang

ii. Tindakan Tun Mamat setelah mendengar syarat-syarat: (3 markah) Tun Mamat turun berjumpa Laksamana dan Sang Setia Memberitahu syarat-syarat yang dikemukakan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Laksamana dan

Sang Setia. Laksamana dan rakan-rakannya turunlah dari Gunung Ledang dan kembali ke Melaka.

Page 14: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

-Laksamana, Sang Setia dan Tun Mamat menghadap Sultan Mahmud dan memberitahu syarat-syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud.

iii. Sekiranya anda berada di tempat Raja Melaka wajarkah anda menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh Puteri Gunung Ledang itu

( 3 markah )

o Wajar Kerajaan Melaka besar / kuat / kaya , tentunya mampu memenuhi tuntutan Puteri Gunung Ledang. Kerajaaan Melaka mempunyai pahlawan-pahlawan yang handal / taat dan rakyat jelata yang ramai

untuk menjalankan tugas yang diberikan Baginda memerlukan seorang isteri / permaisuri yang cantik / hebat

o Tidak Wajar Syarat-syarat itu akan menyusahkan pembesar dan rakyat jelata Perbendaharaan Kerajaan Melaka akan muflis / kehabisan wang Rakyat akan menentang raja /memberontak apabila dikerah melakukan tugas yang amat berat /

mendapatkan sesuatu yang amat sukar Rakyat akan menuduh raja mementingkan diri sendiri Nyawa raja dan anaknya Raja Ahmad akan terancam

Soalan 2 (d) : Petikan Puisi

i. maksud rangkai kata

o … ketulusan/ keikhlasan/ tidak wujud/ diamalkan/ tiada dalam jiwa (2m)

o … tiada lagi perasaan tulus/ ikhlas dalam jiwa (2m)

ii. Cara manusia dapat mencapai kesejahteraan hidup

o … menghayati dan mematuhi ajaran agama dengan sepenuhnya (1m)

o … mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan (1m)

o … mewujudkan perpaduan yang utuh dalam masyarakat (1m)

o … melakukan sesuatu perkara secara musyawarah/ muafakat (1m)

o … menghormati antara satu sama lain (1m)

o … mengamalkan sifat tolak ansur antara satu sama lain (1m)

o … berfikir secara rasional sebelum mengambil tindakan (1m)

Page 15: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

iii. Nilai

o … tolak ansur/ toleransi (1m) … ketika menghadapi masalah/ pertelingkahan (1m)

o … kejujuran/ keikhlasan (1m) … jujur/ikhlas dalam setiap tindakan (1m)

o … taat pada agama (1m) … mengikut perintah Allah dan Rasul (1m)

o … rasional (1m) … mampu menyelesaikan masalah/ tidak terburu-buru (1m)

o … perpaduan (1m) … ketika menghadapi kesulitan (1m)

o … menepati janji (1m) … menunaikan setiap apa yang dijanjikan (1m)

o … mencintai kedamaian (1m) … membawa negara ke arah keharmonian (1m)

Soalan 3 : Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu

3a. i) mengupas

1. Membuang atau mengopak kulit [buah-buahan], menguliti, mengopek : kelapa, limau 2. mengkaji dan menghuraikan dengan teliti [karangan, pendapat, persoalan dll], mengulas,

menganalisis3. = mengupaskan ki menanggalkan [melucutkan] pakaian orang, menelanjangi

ii) mengulas

1. memberi bersarung [bersampul], menyampul, menyaluti2. memberi tafsiran [penerangan lanjut, pendapat dll] berkenaan sesuatu, membuat komentar,

mengupas, mentafsir3. menjadikan berulas, menyambung, melanjutkan, memanjangkan

iii) mengukur1. mencari luas [besar, lebar dll] sesuatu dengan menggunakan alat-alat, menyukat2. ki menilai dengan membandingkannya dengan yang lain, mencuba, menguji, memeriksa

3b. Menukar ayat cakap ajuk menjadi cakap pindah

o Panduan pemeriksaano Satu isi ½ markah.o Jika isi salah, beri 0 markah isi .o Salin bulat-bulat 0 markah.o Isi yang tidak lengkap atau tidak disampaikan dengan baik, tolak daripada keseluruhan markah isi.o Penolakan markah bahasa tidak lebih daripada 1 markah.

o Aspek-aspek Penilaiano Ejaan – tanda palang kalau salaho Tatabahasa – garis di bawah perkataano Salah mengggunakan perkataan – bulatkan perkataan berkenaano Kesilapan teknik – tandakan T

Page 16: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

o Isi tertinggal – tandakan /o Ulangan – tandakan Uo Isi tambahan – kurungkan serta tandakan IT

Cara PemarkahanIsi - 3 markahUrutan - 1 markahBahasa - 2 markah

Isi-isi Penting

1. Hamid yang kehairanan dengan keadaan Yusof menanyakan sebab Yusof kelihatan termenung jauh.

2. Yusof menjelaskan bahawa dia sedang memerhatikan sampah sarap yang bertimbun-timbun dan dihinggapi banyak lalat.

3. Dengan nada kesal Hamid mempersoalkan sikap manusia/ masyarakat yang tidak sedar tentang kepentingan kebersihan.

4. Ganesh seterusnya menyampuk dengan menyatakan bahawa manusia/masyarakat bukan setakat tidak sedar akan kepentingan kebersihan malahan tidak mahu mengambil tahu keadaan alam sekitar mereka.

5. Yusof pula menambah dengan mengatakan bahawa apabila wabak penyakit merebak, barulah manusia/masyarakat mahu mengambil berat soal kebersihan.

6. Hamid menegaskan bahawa perbuatan mencegah sebenarnya lebih baik daripada mengubati kerana setelah penyakit merebak masyarakat sukar mengawalnya.

3c) Penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah

i. keefisyenan keefisienanmempastikan memastikan

ii. lanskap landskap dwi tahunan. dwitahunan

iii. insuran insuransmemperkembangkan memperkembang / mengembangkan [6 markah]

3d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa.

i. di …dalam pelawat …mengunjungi

ii. bintang-bintang …bintang

Page 17: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

indah …baik

iii khalayak-khalayak …khalayakwahana …wacana

[ 6 markah ]

3e) Peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

1. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

2. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit / sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

3. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

4. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

5. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Page 18: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Soalan 4 : Novel

4a. Kritikan sosial/ kepincangan dalam masyarakat

Isi + huraian (1M)Markah isi = 4 markahMarkah bahasa = 3 markah

Novel Di Hadapan Pulau

1 Kepincangan dalam masyarakat Huraian2 Tidak bertanggungjawab Budin seorang suami yang tidak

bertanggungjawab terhadap isterinya Joyah3 Sanggup menggadaikan maruah Rosiah sanggup menggadaikan maruah diri

demi mendapatkan sedikit makanan4 Tidak mengamalkan ajaran agama Penduduk kampung sebelum perang tidak

mengamalkan ajaran agama sepenuhnya, tetapi apabila perang berlaku mereka mula kembali kepada ajaran agama

5 Menipu dalam perniagaan Syed Zuhri sanggup menipu orang kampung dalam perniagaannya

6 Suka mencuri Penduduk kampung sanggup mencuri hasil tanaman Syed Fikri dan Aziz

7 Perceraian dalam rumah tangga Perceraian kedua-dua ibu bapa Afidah menyebabkan Afidah terpaksa dipelihara oleh datuknya, Tuk Marzuki.

8 Mempercayai kepercayaan karut Aziz percaya terdapat penunggu di Pulau Jakun

9 Pemabuk Aziz mengambil upah membeli todi untuk kaki mabuk di kampungnya

10 Mementingkan diri sendiri Syed Zuhri menipu pelanggannya untuk mengaut keuntungan

Putera Gunung Tahan

1 Kepincangan dalam masyarakat Huraian2 Tamak/ mementingkan kebendaan Tuan William dan Tuan Robert sanggup

manggadai nyawa untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan demi wang 5 ribu paun yang dijanjikan oleh kerajaannya

3 Menipu/ Tuan Robert ingin mendapatkan kulit harimau putih daripada Perempuan Tua untuk ditunjukkan kepada masyarakatnya sebagai bukti dia telah membunuh haiwan itu.

4 Suka menghina agama orang lain Tuan Willian suka menghina agama yang dianuti oleh masyarakat Melayu

5 Terpengaruh dengan budaya Barat Tengku Aishah mengandung anak luar nikah kerana pergaulan bebas yang dianjurkan oleh Barat

Page 19: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

6 Mementingkan diri sendiri Kawan-kawan Perempuan Tua meninggalkannya keseorangan di dalam hutan dalam keadaan sarat mengandung

7 Suka mengaut keuntungan Hj Adam menjadikan rumahnya sebagai tempat tari menari kerana menguntungkan berbanding dijadikan rumah ibadat

8 Tidak mengamalkan ajaran Islam Ada beberapa orang Islam yang berada dalam majlis tari menari dan keramaian

9 Suka memperlekehkan kebolehan oranbg lain

Tuan Robert dikenakan cenuai kerana memperlekehkan pekerjaan dan kebolehan Perempuan Tua

10 Mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh orang lain

Tuan William mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Ratu Bongsu

4b. Latar masa

Isi + huraian = 1 markahMarkah isi = 6 markahMarkah bahasa = 2 markah

Di Hadapan Pulau

Bil Latar masa Huraian1 Zaman pendudukan Jepun di

Tanah MelayuRamai penduduk kampung ditangkap oleh tentera Jepun untuk membersihkan kem tentera

2 2 bulan lepas Ayah Aziz meninggal dunia3 Tiga tahun lalu Syed Zuhri bertengkar dengan Syed Fikri dan dia tidak

lagi datang melawat Syed Fikri4 5 tahun Tempoh abang Budin, Roslan menetap di Arab Saudi5 3 hari Penduduk di dua bahagian tebing mula menerima

sekatan di jambatan dengan lega selepas tiga hari diadakan

6 4 hari Budin tidak pulang ke rumah7 5 hari Dorani dilepaskan selepas ditahan oleh Jepun8 Seminggu Tuk Marzuki berada di Merlimau9 Waktu pagi Zubir menunggu Raihan di tepi pantai10 Waktu petang Tuk Marzuki sedih melihat Aziz menangis dengan

rambut mengerbang dan mula tertunduk lesu11 Malam Aziz tidak dapat tidur lena dan Budin pulang dalam

keadaan mabuk serta memukul isterinya Joyah

Page 20: azemi09.files.wordpress.com · Web viewberdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Putera Gunung Tahan

Bil Latar masa Huraian1 Zaman penjajahan Inggeris di

Tanah MelayuNama-nama pejuang telah disebut oleh pengarang

2 Sekitar tahun dua puluhan Banjir besar berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 19263 Tujuh hari tujuh malam Hujan lebat sehingga memaksa Tuan William dan Tuan

Robert berlindung di dalam gua4 Hari kelapan Tuan Robert ditawan oleh orang Sakai5 Sebulan selepas Tuan Robert

ditawan oleh orang SakaiTuan Robert berbincang dengan Perempuan Tua syarat berkahwin dengan perempuan Sakai

6 Dalam tempoh 9 bulan Jarak masa Tuan William di puncak gunung Tahan7 6 bulan Tuan William di puncak Mendapat khidmat Beringin Bercakap dan Burung

Pesuruhjaya8 3 bulan selepas itu 2 buah kapal terbang menyerang gunung Tahan dan

Tuan William terkorban9 3 bulan selepas kapal terbang

diserangMem William tersedar daripada pengsan

10 3 tahun selepas tersedar Mem William didatangi oleh Ratu Bongdsu dan dia menyatakan bahawa dia tertarik kepada Mem William

11 Waktu petang Ratu Bongsu dan Tuan William pulang ke istana selepas mereka menggunakan teropong terus dan beringin bercakap

12 Waktu pagi Selepas habis sarapan, Tuan Robert pergi ke sungai untuk membersihkan diri sebelum pergi berjumpa dengan perempuan tua

13 Waktu malam Upacara pelantikan Tuan Robert sebagai Batin Putih di perkampungan Sakai

14 Waktu tengah hari Waktu Tuan Robert tertidur di pondoknya dan bermimpi akan Tuan William dibaham harimau putih di tepi sungai yang jernih