cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun...

9
Topik 2: Penggunaan Internet Objektif Menerangkan fungsi internet Memahami Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) Menerangkan peranan ISP Mengenal pasti ISP dan perkhidmatan yang disediakan Mengenal pasti jenis sambungan yang disediakan oleh ISP Menerangkan mengenai hierarki internet Menghuraikan struktur internet Mengenal pasti kepentingan Internet Protocol (IP) Menentukan pengendalian paket Pusat Operasi Rangkaian (NOC) Menerangkan penghantaran paket ISP Sejarah Internet Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut. Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada

Transcript of cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun...

Page 1: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan

Topik 2: Penggunaan InternetObjektif

Menerangkan fungsi internet Memahami Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) Menerangkan peranan ISP Mengenal pasti ISP dan perkhidmatan yang disediakan Mengenal pasti jenis sambungan yang disediakan oleh ISP Menerangkan mengenai hierarki internet Menghuraikan struktur internet Mengenal pasti kepentingan Internet Protocol (IP) Menentukan pengendalian paket Pusat Operasi Rangkaian (NOC) Menerangkan penghantaran paket ISP

Sejarah Internet

Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut.

Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles dan Institut Penyelidikan Stanford.

Protokol jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert Kahn, Vint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia.

Pada tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti di sekitar Amerika Utara dan kemudian ke EUnet

Page 2: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan

yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995.

Senarai kejadian penting:

Tahun Kejadian

1957 Soviet (sekarang Rusia) melancarkan satelit pertama, Sputnik.

1958

Amerika Syarikat (US) membentuk sebuah badan di dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, digelar Advanced Research Projects Agency (ARPA), yang bertujuan agar Amerika Syarikat mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi negara tersebut. Salah satu sasarannya adalah teknologi komputer.

1962

J.C.R. Licklider menulis sebuah tulisan mengenai sebuah visi di mana komputer-komputer dapat saling dihubungkan antara satu dengan lainnya secara global agar setiap komputer tersebut mampu menawarkan akses terhadap program dan juga data. Pada tahun ini juga RAND Corporation memulai kajian terhadap idea ini (jaringan komputer tersebar), yang ditujukan untuk tujuan ketenteraan.

Awal 1960-an Teori mengenai packet-switching dapat diimplementasikan dalam dunia nyata.

Pertengahan 1960-an

ARPA mengembangkan ARPANET untuk mempromosikan "Cooperative Networking of Time-sharing Computers", dengan hanya empat buah host komputer yang dapat dihubungkan hingga tahun 1969, yakni Stanford Research Institute, University of California, Los Angeles, University of California, Santa Barbara, dan University of Utah.

1965 Istilah "Hypertext" dikeluarkan oleh Ted Nelson.

1968 Jaringan Tymnet dibuat.

1971Anggota jaringan ARPANET bertambah menjadi 23 buah komputer, yang terdiri daripada komputer-komputer untuk kajian milik kerajaan Amerika Syarikat dan Universiti.

1972

Sebuah kumpulan kerja yang disebut dengan International Network Working Group (INWG) ditubuhkan untuk meningkatkan teknologi jaringan komputer dan juga membuat standard (piawaian) untuk jaringan komputer, termasuk di antaranya adalah Internet. Pembicara pertama dari organisasi ini adalah Vint Cerf, yang kemudian disebut sebagai "Bapa Internet"

Page 3: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan

1972-1974Beberapa penyedia data asas komersial seperti Dialog, SDC Orbit, Lexis, The New York Times DataBank, dan lainnya, mendaftarkan dirinya ke ARPANET melalui jaringan dial-up.

1973

ARPANET tersebar ke luar Amerika Syarikat: pada tahun ini, anggota ARPANET bertambah lagi dengan penyertaan beberapa universiti di luar Amerika Syarikat antaranya University College of London dari UK dan Royal Radar Establishment di Norwegia.

1974Vint Cerf dan Bob Kahn menerbitkan spesifikasi lengkap protokol Transmission Control Protocol (TCP) dalam artikel "A Protocol for Packet Network Interconnection".

1974Bolt, Beranet & Newman (BBN), pelopor untuk ARPANET, membuka sebuah versi komersial dari ARPANET yang mereka sebut sebagai Telenet, yang merupakan pelayan paket data publik pertama.

1977 Sudah ada 111 buah komputer yang telah terhubung ke ARPANET.

1978Protokol TCP dipecah menjadi dua bagian, iaitu Transmission Control Protocol dan Internet Protocol (TCP/IP)

1979

Kumpulan perbincangan Usenet pertama dibangunkan oleh Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin, alumni dari Duke University dan University of North Carolina Amerika Syarikat. Setelah itu, penggunaan Usenet pun meningkat dengan pantas. Pada tahun ini juga, emoticon diusulkan oleh Kevin McKenzie.

Awal 1980-an

Komputer pribadi (PC) mewabah, dan menjadi bagian dari banyak hidup manusia.Tahun ini tercatat ARPANET telah memiliki anggota hingga 213 host yang terhubung.Pelayan BITNET (Because It's Time Network) diwujudkan, dengan menyediakan layanan e-mail, mailing list, dan juga File Transfer Protocol (FTP).CSNET (Computer Science Network) juga dibangun pada tahun ini oleh para ilmuwan dan pakar pada bidang ilmu komputer dari Purdue University, University of Washington, RAND Corporation, dan BBN, dengan sokongan daripada National Science Foundation (NSF). Jaringan ini menyediakan aplikasi e-mail dan beberapa aplikasi lain untuk kegunaan para ilmuwan tanpa perlu mengakses ARPANET.

1982

Istilah "Internet" pertama kali digunakan, dan TCP/IP digunakan sebagai protokol universal untuk jaringan tersebut. Name server (NS) mulai dikembangkan, sehingga membolehkan para pengguna untuk disambung kepada sebuah komputer lain tanpa perlu mengetahui laluan sebenar untuk ke komputer tersebut.Tahun ini mencatat lebih daripada 1000 buah komputer yang disambungkan ke Internet.

Page 4: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan

1986Diperkenalkan sistem nama domain, yang sekarang dikenal dengan DNS (Domain Name System) yang berfungsi untuk menyeragamkan sistem pemberian nama alamat di jaringan komputer.

Definisi Internet

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

Fungsi internet

Internet sebenarnya hanyalah medium capaian pelbagai maklumat dan fail dari jaringan komputer sejagat. Antara fungsinya adalah:

1. Sebagai media pemindahan dan perkongsian fail (FTP dan File Share)2. Mengutus atau menerima surat elektronik (email)3. Medium perbualan dan perbincangan (chat, im, group, forum, social)4. Pencarian maklumat (search engine)5. Medium pengiklanan, dan promosi 6. Perbankan dalam talian7. Portal hiburan dan permainan dalam talian8. Medium perniagaan dan jual beli

Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)

Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider – ISP) merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian Internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, kebanyakan ISP merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai dana dan kepakaran boleh melakukannya.

Di Malaysia, antara syarikat ISP yang popular adalah:

1. Telekom Malaysia (TM) (http://www.tm.com.my)2. Jaring (http://www.jaring.my)3. Time (http://www.time.com.my)4. Redtone (http://www.redtone.com)5. P1 Wimax (http://www.p1.com.my)*6. Metrofon (http://www.sentralfon.com.my)7. Maxis (http://www.maxis.com.my)8. Celcom (http://www.celcom.com.my)

Page 5: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan

9. Digi (http://www.digi.com.my)10. Umobile (http://www.u.com.my)11. Amax (http://www.asiaspace.com.my)12. iZZi (http://www.izzi.com.my)*13. Extreme Broadband (http://www.extremebb.net)14. V-telecom (http://www.vtelecoms.com.my)15. Penangfon (http://www.penangfon.com)16. VDSL (http://www.vdslnetwork.com)17. Airzed (http://www.airzed.com)18. YES (http://www.yes.my)

Nota: Syarikat bertanda * sudah tidak lagi aktif

Perkhidmatan yang disediakan ISP

• Akses Internet (Internet access)• Transit Internet (Internet transit)• (Pendaftaran nama domain dan hosting (domain name registration and hosting)• Akses secara dial (dial-up access)• Akses talian secara pajak / dedikasi (leased line / dedicated line access)• dan storan data diluar premis (collocation)

Jenis sambungan oleh ISP

Terdapat 3 jenis sambungan yang disediakan oleh ISP:

1. Dial-upAkses Internet dail masuk menggunakan modem dan panggilan telefon yang diletakkan di atas suis rangkaian telefon awam (Public Switched Telephone Line - PSTN) untuk disambungkan kepada satu kumpulan modem yang dikendalikan oleh ISP. Modem akan menukarkan isyarat digital komputer kepada isyarat analog yang bergerak melalui gelung talian telefon tempatan sehingga ia sampai ke kemudahan pensuisan syarikat telefon ini atau Pejabat Pusat (Central Office - CO) di mana ia dialihkan ke satu lagi talian telefon yang menghubungkannya kepada modem desinasi.

2. BroadbandBroadband atau Jalur Lebar merangkumi penggunaan pelbagai teknologi, yang kesemuanya menyediakan akses data pada kadar yang lebih tinggi ke Internet. Teknologi ini menggunakan sambungan secara wayar atau kabel gentian optik.Contoh:

• Multilink dial-up• Integrated Services Digital Network (ISDN)• Leased lines• Cable Internet access• Digital subscriber line (DSL, ADSL, SDSL, and VDSL)

Page 6: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan

• DSL Rings• Fiber to the home• Power-line Internet• ATM and Frame Relay

3. WirelessJalur lebar tanpa wayar digunakan untuk menyediakan kedua-dua akses Internet tetap dan mudah alih. Ia lazimnya tidak menggunakan kabel sebagai medium sambungan, sebaliknya hanya menggunakan spectrum (gelombang) radio.Contoh:

• Wi-Fi• Wireless ISP• WiMAX• Satellite broadband• Mobile broadband (2G, 3G, 4G)

(sumber: http://www.androidauthority.com/4g-vs-lte-274882/)• Local Multipoint Distribution Service

Menerangkan mengenai hierarki internet

Menghuraikan struktur internet

Mengenal pasti kepentingan Internet Protocol (IP)

Menentukan pengendalian paket Pusat Operasi Rangkaian (NOC)

Menerangkan penghantaran paket ISP

Page 7: cikgupc.weebly.comcikgupc.weebly.com/uploads/2/6/6/9/26698954/__topik_2.docx · Web viewPada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan

Rujukan:

http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Vint_Cerf

http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_service_provider

http://searchsoa.techtarget.com/definition/collocation

http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_access

http://www.androidauthority.com/4g-vs-lte-274882/

http://www.mint.web.id/2013/03/pengertian-internet-dan-sejarah.html

http://hargaikataku.blogspot.com/2013/06/sejarah-internet.html

http://prasetyaha.blogspot.com/2012/09/pengertian-sejarah-dan-fungsi-internet.html