darunnuraniyyah.files.wordpress.com  · Web viewPastikan tempat rawatan yang sesuai bagi tujuan...

6

Click here to load reader

Transcript of darunnuraniyyah.files.wordpress.com  · Web viewPastikan tempat rawatan yang sesuai bagi tujuan...

Page 1: darunnuraniyyah.files.wordpress.com  · Web viewPastikan tempat rawatan yang sesuai bagi tujuan rawatan. Pastikan tiada perkara-perkara yang melanggar syariat seperti gambar-gambar

KAEDAH & PROSEDUR RAWATANSEBELUM RAWATAN

Pastikan tempat rawatan yang sesuai bagi tujuan rawatan. Pastikan tiada perkara-perkara yang melanggar syariat seperti gambar-gambar bernyawa dan patung. Sekiranya ada, keluarkan dari tempat rawatan.

Pastikan juga tiada gangguan persekitaran seperti televisyen dan radio yang mengalunkan nyanyian yang melalaikan di tempat rawatan.

Pastikan pesakit dalam keadaan menutup aurat dan tidak memakai sesuatu yang melanggar syariat seperti lelaki yang memakai emas. Sebaiknya bagi pesakit perempuan, pakailah seluar panjang atau pakaian yang elok dan kemas agar auratnya terpelihara.

Semak pesakit dan pastikan pesakit tidak memakai atau menyimpan sebarang tangkal azimat. Sekiranya ada, tawarkannya @ buang @ bakar.

Terangkan serba ringkas tentang konsep perubatan Islam. Minta pesakit betulkan iqtikad, bahawa penyembuhan hanyalah daripada Allah s.w.t. Usaha rawatan yang dilakukan hanyalah sebagai ikhtiar. Minta pesakit, bulatkan keyakinan kepada Allah s.w.t bagi memohon kesembuhan daripada-Nya.

Semak simptom-simptom gangguan semasa jaga dan tidur untuk membolehkan kita membuat analisa permasalahan dan bentuk gangguan yang dialami oleh pesakit sama ada masalah saka, sihir, santau @ gangguan jin secara umum.

Sebaiknya perawat dalam keadaan berwuduk dan memakai wangi-wangian sebelum sesi rawatan.

Elakkan situasi yang boleh menimbulkan fitnah terhadap perawat dan pesakit khususnya dalam perhubungan dengan bukan mahram.

Benteng tempat rawatan untuk elakkan daripada gangguan luaran. Sediakan kelengkapan yang sesuai seperti sejadah, air penawar.

SEMASA RAWATAN

Sebelum memulakan bacaan ruqyah, perawat perlulah melakukan perkara berikut :a) Benteng diri perawat dengan amalan yang sesuai.b) Istighfar sekurang-kurangnya 3 kali.c) Memperbaharui lafaz 2 kalimah syahadah untuk pastikan aqidah kita sentiasa teguh

dan kukuh.d) Ikhlaskan hati, laksanakan rawatan sebagai memenuhi tanggungjawab yang Allah

perintahkan bagi membantu umat manusia yang memerlukan bantuan. Bacalah ruqyah dengan tartil dan khusyuk serta penuh keyakinan. Ruqyah yang perlu dibaca

adalah mengikut ilham perawat. Walaubagaimanapun, jangan tinggalkan Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan Selawat Nabi.

Kuliah Intensif Rawatan Islam – Kaedah & Prosedur Rawatan 1Pusat Rawatan Islam & Tarbiyah Ilmu DARUN NURANIYYAH5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tangjong Malim, Perak.www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel: [email protected] H/P : 019-5747210Disediakan oleh : Sheikh Mohd. Faizal bin Omar

Page 2: darunnuraniyyah.files.wordpress.com  · Web viewPastikan tempat rawatan yang sesuai bagi tujuan rawatan. Pastikan tiada perkara-perkara yang melanggar syariat seperti gambar-gambar

Adakalanya jin akan cuba psiko perawat dengan mewujudkan aura (gelombang) yang kuat, seolah-olah ia hebat. Perawat jangan gentar atau takut, sebaliknya tenang dan yakin bahawa Allah Maha Besar

Ruqyah yang dibaca akan memberi kesan kepada jin yang berada dalam tubuh pesakit, sama ada ia akan terus keluar ataupun gementar. Di antara tanda-tanda kehadiran jin dalam tubuh pesakit adalah seperti berikut :

a) Mata terpejam-pejam ataupun berkelip-kelip yang keterlaluan @ tangannya menutup kedua belah mata.

b) Badan bergetar keterlaluan @ getaran kecil sebahagian anggota.c) Pesakit menggelupur.d) Pesakit sendawa.e) Pesakit bersuara, merintih. Yang bersuara itu kemungkinan adalah jin dalam tubuh

pesakit.f) Tubuh badan pesakit merasa panas.g) Sebahagian ataupun seluruh anggota badan berasa kebas.h) Pesakit bernafas dengan kuat. (nafas bergolak).i) Pesakit tiba-tiba sakit kepala @ perut @ anggota tubuh yang lain.j) Pesakit menangis @ mengeluarkan air mata.

Perawat juga dapat mengesan kehadiran jin melalui beberapa simptom seperti berikut :a) Terasa sedikit getaran apabila tangan diletakkan di atas kepala pesakit.b) Terasa bahang panas pada bahagian anggota pesakit.c) Hujung jari tangan dan kaki pesakit sejuk.

Sekiranya jin tersebut berdialog, tanyakanlah beberapa soalan seperti berikut :a) Apakah agamanya? Jika ia mengaku Islam, suruh ia mengucap kalimah syahadah.

Syaitan tidak akan mengucap lafaz 2 kalimah syahadah.b) Dari mana asal ia datang.c) Kenapa ia ganggu pesakit tersebut.d) Adakah ia bertuan atau bekerjasama dengan tukang sihir.

Kaedah Menangani Jin Islam.a) Tarbiah jin bahawa apa yang dilakukan olehnya menyalahi syariat Allah.b) Ingatkan ia tentang janji baik dan janji buruk oleh Allah (syurga dan neraka). Jika ia

beragama Islam, namun pegangannya telah jauh menyimpang, minta ia kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan perbaharui ucapan lafaz 2 kalimah syahadah.

c) Terangkan kepadanya berkenaan sebab kemasukannya ke dalam tubuh pesakit. Jika disebabkan kezaliman manusia mengganggu merekan atau kediaman mereka, minta dimaafkan. Jika disebabkan cinta, katakanlah bahawa itu adalah aharam dan akan diberi balasan oleh Allah s.w.t. Jika ia sengaja ingin menzalimi manusia, terangkan balasan orang yang zalim.

d) Sekiranya ia ingin setuju keluar, buatlah perjanjian dengannya atas Nama Allah “Aku bersumpah atas nama Allah akan keluar dari jasad ini dan tidak akan kembali lagi dan tidak akan masuk ke dalam tubuh orang Islam. Sekiranya aku menyalahi sumpah ini, layaklah aku dilaknat oleh Allah dan akan binasa. Sekiranya aku benar-

Kuliah Intensif Rawatan Islam – Kaedah & Prosedur Rawatan 2Pusat Rawatan Islam & Tarbiyah Ilmu DARUN NURANIYYAH5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tangjong Malim, Perak.www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel: [email protected] H/P : 019-5747210Disediakan oleh : Sheikh Mohd. Faizal bin Omar

Page 3: darunnuraniyyah.files.wordpress.com  · Web viewPastikan tempat rawatan yang sesuai bagi tujuan rawatan. Pastikan tiada perkara-perkara yang melanggar syariat seperti gambar-gambar

benar berpegang (pada sumpah), permudahkan aku keluar. Sekiranya kau berdusta, terserahlah kepada tindakan orang-orang mukmin selanjutnya.”

e) Tanyalah dari mana ia akan keluar. Laluan yang dibenarkan adalah mulut, hidung, telinga, jari tangan dan kaki. Selain dari itu (spt mata, kerongkong, perut) tidak dibenarkan.

f) Sebelum keluar ucapkanlah salam.g) Setelah ia keluar, bacakan kemabali ruqyah untuk memastikan ia telah keluar

sepenuhnya. Adakalanya jin berdusta @ mungkin ia terikat/tersimpul @ ia tidak nampak jalan keluar.

Kaedah Menangani Jin Kafir.a) Terangkan tentang keindahan Islam kepadanya dan ajaklah ia kepada Islam tanpa

memaksanya. Jika ia setuju untuk berpegang kepada Islam, suruhlah ia bertaubat dengan cara berhenti dari melakukan kezaliman dan keluar dari jasad pesakit. Ajarkan ia lafaz 2 kalimah syahadah. Dengar pengakuannya dengan teliti dan jelas. Jika ia menugucap 2 kalimah syahadah, ucapkan Alhamdulillah, tanda kesyukuran atas hidayah yang Allah berikan kepadanya.

b) Sekiranya jin tersebut terus dalam kekufuran, tiada paksaan dalam agama, maka perintahkanlah ia keluar dari jasad pesakit.

c) Jika ia enggan keluar, siksalah ia dengan dua cara iaitu menggunakan ayat @ ditekan pada tempat duduknya jin tersebut. Walaubagaimanapun, elakkan daripada mendera pesakit secara fizikal.

d) Sekiranya jin tersebut setuju keluar, buatlah perjanjian sumpah dengannya dan hentikan bacaan @ azab kepadanya.

Peringatan :

1) Peringkat rawatan bermula secara diplomasi. Jangan terus berkeras seperti membakar @ sembelih jin. Jika jin masih berdegil barulah diazabnya dengan ayat-ayat yang menyakitkannya atau teknik-teknik yang sesuai.

2) Sekiranya jin tidak mampu keluar, disebabkan ia masih kecil atau tiada pengalaman seperti katanya “bantulah aku keluar” maka bantulah ia keluar dengan mendorongnya ke laluan keluar paling hampir dengan kedudukannya. Bacalah sebarang zikir, ruqyah, selawat dan niat, mohon Allah s.w.t permudahkan ia untuk keluar.

3) Sekiranya jin tesebut terikat, leraikan simpulannya dengan bacaan selawat tafrijiyyah @ ayat seribu dinar @ Al-Fathi : 1 – 3

4) Sekiranya laluan keluarnya tertutup, maka bukalah laluan keluarnya dengan bacaan selawat tafrijiyyah @ ayat seribu dinar @ Al-Fathi : 1 – 3 @ Al-Fath : 29

SELEPAS RAWATAN

Pesakit masih terdedah kepada serangan jin sama ada daripada sumber yang sama ataupun daripada persekitaran. Bagi pesakit yang mengalami masalah sihir, ada kemungkinan sihir tersebut akan dihantar semula kerana mereka yang bersekongkol dengan syaitan dalam konteks sihir ini, jauh

Kuliah Intensif Rawatan Islam – Kaedah & Prosedur Rawatan 3Pusat Rawatan Islam & Tarbiyah Ilmu DARUN NURANIYYAH5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tangjong Malim, Perak.www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel: [email protected] H/P : 019-5747210Disediakan oleh : Sheikh Mohd. Faizal bin Omar

Page 4: darunnuraniyyah.files.wordpress.com  · Web viewPastikan tempat rawatan yang sesuai bagi tujuan rawatan. Pastikan tiada perkara-perkara yang melanggar syariat seperti gambar-gambar

dari hidayah Allah dan hati serta fikiran mereka telah dikuasai oleh syaitan. Bagi mereka yang mengalami masalah saka, ada kemungkinan berlaku serangan oleh saka dari kaum kerabat yang lain. Sebab itulah, seringkali berlaku, individu yang mengalami gangguan jin ini berhadapan dengan serangan jin disebabkan oleh laluan masuk ke dalam tubuh yang sedia ada.

Justeru, selepas sesi rawatan, pesakit perlu melakukan perkara-perkara berikut :

Melaksanakan segala amalan yang dianjurkan oleh perawat secara istiqamah. Jangan ambil lewa, kerana setiap amalan yang diberikan oleh perawat adalah berdasarkan ilham yang diperolehi.

Menjaga solat berjemaah (khususnya kaum lelaki) di masjid @ surau. Elakkan daripada perkara yang melalaikan seperti menonton rancangan tv yang tidak

berfaedah, mendengar muzik yang melalaikan. Sekiranya pernah terlibat dengan kaedah perubatan yang bercanggah, buatlah solat sunat

taubat dan bertaubatlah. Mengamalkan ma’thurat (zikir-zikir harian Rasulullah s.a.w) pada setiap pagi dan petang. Membaca Al-Quran setiap hari (khususnya suruh-surah pilihan seperti Al-Mulk, Al-Waqiah,

Yaasin) Mengamalkan zikir sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Mengamalkan selawat ke atas nabi sekurang-kurangnhya 100 kali sehari. Beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Berwuduq sebelum tidur dan mengamalkan benteng diri sebelum tidur (Al-Fatihah, Ayat

Kursi, Al-Muawwizat, Basmalah 21 kali). Amalkan ayat Kursi setiap kali selepas solat. Membaca basmalah setiap kali melakukan sesuatu perkara. Muhasabah diri. Positifkan diri dan pemikiran. Setiap musibah dan ujian Allah penuh dengan

hikmah. Jangan pandang dari sudut yang tersurat, pandanglah dari sudut tersirat. Setiap ujian Allah penuh dengan kebaikan, tiada sekelumit keburukan. Gangguan yang berlaku adalah atas keizinan Allah s.w.t.

Elakkan daripada kerap bersendirian dan tidur berseorangan. Jika berseorangan, pasanglah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sentiasa berwuduk.

Pastikan sentiasa menutup aurat mengikut hukum syarak serana syaitan suka menghampiri orang yang berhias-hias dan bersolek untuk membangga dan menampilkan diri.

Banyakkan bersedekah. Sedekah akan membuka 70 pintu kebaikan. Sentiasa berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa. Perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti qiamulail, solat Dhuha. Bagi pesakit yang melakukan perkara yang menyalahi hukum syariat, kembalilah kepada

ajaran Islam yang sebenarnya. Bagi yang merokok, hentikanlah amalan merokok. Bagi kaum lelaki yang memakai rantai leher, gelang tangan, emas dll, hentikanlah amalan tersebut.

Kuliah Intensif Rawatan Islam – Kaedah & Prosedur Rawatan 4Pusat Rawatan Islam & Tarbiyah Ilmu DARUN NURANIYYAH5a, Taman Muhibbah 2, Jalan Ketoyong, Tangjong Malim, Perak.www.darunnuraniyyah.wordpress.com E-mel: [email protected] H/P : 019-5747210Disediakan oleh : Sheikh Mohd. Faizal bin Omar