spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi...

16

Click here to load reader

Transcript of spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi...

Page 1: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURIDPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TINGKATAN 3

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 2: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANIPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANIPada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat :

1. Mengetahui maksud komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, komposisi badan, kuasa,kelajuan, dan prinsip-prinsip latihan;

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;

3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, danpergerakan kreatif dengan betul dan selamat;

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;

5. Mengetahui peluang-peluang kerjaya dalam sukan;

6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan;

7. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik; dan

8. Mengetahui pengurusan sesebuah organisasi dalam persatuan sukan dan permainan.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 3: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATANPendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap

kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat:

1. Memahami kesan amalan pengambilan makanan secara berlebihan;

2. Menjelaskan erti perkahwinan dan hidup berumah tangga;

3. Menjelaskan keperluan diet harian berdasarkan kumpulan peringkat umur;

4. Memahami kesan stres dan langkah-langkah mengatasinya;

5. Memahami implikasi pengambilan dadah terhadap masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara;

6. Menjelaskan akta dan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit; dan

7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur external cardiac compressions (ECC) dan, cardiopulmonary resuscitation (CPR).

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 4: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dankesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakandan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

3Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat,kebersihan dan keselamatan persekitaran.

4Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikappositif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaranberasaskan pengetahuan dan pengalaman.

5Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat danberkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosidalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

6Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativitiminda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupansecara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 5: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KECERGASAN:

KECERGASAN FIZIKALa) Daya tahan

kardiovaskularb) Daya tahan ototc) Kekuatan ototd) Komposisi badane) Kuasaf) Kelajuang) Prinsip latihan

1 Menyatakan definisi setiap komponen kecergasan fizikal dengan betul.

2 Mengenal pasti organ /otot utama yang terlibat dalam lakuan aktiviti berdasarkankomponen-komponen kecergasan fizikal dengan betul

Mengetahui konsep kebolehbalikan dan perbezaan individu dalam prinsip latihandengan betul.

3 Melakukan aktiviti-aktiviti berdasarkan komponen-komponen kecergasan fizikalyang sesuai.

Menjelaskan contoh yang sesuai dengan konsep kebolehbalikan dan perbezaanindividu dalam program latihan.

4 Mengaplikasikan urutan prosedur keselamatan dalam melakukan aktiviti-aktivitikecergasan fizikal dengan menggunakan alatan atau tanpa alatan dengan betul.

Menyediakan satu contoh jadual program kecergasan diri berasaskan prinsipkebolehbalikan dan perbezaan individu dengan betul.

5 Menghubungkaitkan faedah dan kaedah melakukan aktiviti berdasarkan komponenkecergasan fizikal dengan aktiviti fizikal harian dan sukan yang sesuai.

6 Menguasai tatacara dengan membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan aktivitikecergasan fizikal dengan betul .

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 6: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

SUKANPermainan

a) Bola tampar

1 Menyatakan lima kemahiran asas permainan bola tampar dengan betul.

2 Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainanbola tampar dengan betul.

3 Melakukan kemahiran-kemahiran asas bola tampar dengan teknik yang betul.

4 Mengenal pasti dengan jelas kesalahan teknik lakuan dalam situasi sebenar permainan bolatampar .

5 Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalamsituasi sebenar perlawanan bola tampar .

6 Menguasai dan merancang formasi asas berpasukan yang sesuai dalam situasiperlawanan bola tampar.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 7: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

SUKANPermainan

a) Sofbol

1 Menyatakan enam kemahiran asas permainan sofbol dengan betul.

2 Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainansofbol dengan betul.

3 Melakukan kemahiran-kemahiran asas sofbol dengan teknik yang betul dan selamat.

4 Mengenal pasti dengan jelas kesalahan teknik lakuan dalam situasi sebenar permainan

sofbol.

5 Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalamsituasi sebenar perlawanan sofbol .

6 Menguasai dan merancang formasi asas berpasukan yang sesuai dalam situasiperlawanan sofbol.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 8: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

SUKANOlahraga

a) Acara jalan kaki

1 Menyatakan dua acara jalan kaki dalam olahraga dengan betul.

2 Mengenal pasti empat urutan fasa lakuan acara jalan kaki dengan betul.

3 Melakukan ansur maju dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam kemahiran acara jalankaki dengan betul.

4 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan acarajalan kaki.

5 Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasipertandingan acara jalan kaki.

6 Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti fasa-fasa pergerakan dalam acarajalan kaki dengan betul dan selamat.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 9: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN:

SUKANOlahraga

b) Lempar cakera

1 Menunjuk cara teknik asas pegangan cakera dengan betul.

2 Mengenal pasti dengan jelas empat urutan fasa lakuan acara lempar cakera.

3 Melakukan ansur maju dengan tertib dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam acaralempar cakera.

4 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam salah satu tekniklakuan acara lempar cakera.

5 Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasipertandingan acara lempar cakera.

6 Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan teknik dan fasa-fasa lakuan dalam acaralempar cakera dengan betul.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 10: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN

Pendidikan pergerakan

1 Menyatakan dengan betul empat disiplin dalam pendidikan pergerakan.

2 Mengenal pasti dengan betul komponen-komponen kecergasan fizikal yang diaplikasikandalam kemahiran pendidikan pergerakan.

3 Melakukan aktiviti secara tertib ansur maju pergerakan-pergerakan asas dalampendidikan pergerakan.

4 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan kemahiranpendidikan pergerakan.

5 Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan fasa-fasa dan teknik lakuan dalampendidikan pergerakan dengan betul.

6 Mereka cipta persembahan aktiviti kemahiran dalam pendidikan pergerakan.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 11: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KEMAHIRAN

Rekreasi dankesenganggan

1 Menyatakan maksud menjejak dan formasi dalam aktiviti menjejak dengan betul.

2 Menerangkan kepentingan formasi dan faedah dalam aktiviti menjejak dengan betul.

3 Menunjuk cara formasi asas dalam aktiviti menjejak dengan betul.

4 Melakukan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan aktivitimenjejak.

5 Melaksanakan aktiviti menjejak secara terancang di persekitaran kawasan sekolah.

6 Mengetuai dan membimbing kumpulan dalam rakan sebaya dalam aktiviti menjejak yangdirancang oleh guru.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 12: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KESUKANAN

Pengurusan

Kerjaya dalamsukan

Isu-isu dalamPendidikanJasmani dansukan

Etika

1 Menyenaraikan enam pasukan, persatuan, kelab sukan dan permainan yang

terdapat di Malaysia dengan tepat. Menyenaraikan dua isu dalam sukan beserta maksud dengan tepat. Menyatakan maksud semangat kesukanan dengan tepat. Menyatakan maksud dan jenis-jenis kerjaya dalam sukan dengan betul.

2 Menjelaskan langkah-langkah yang betul bagi mengelakkan berlaku keagresifan

dalam sukan. Menjelaskan ciri-ciri semangat kesukananpenonton berserta contoh. Menyenaraikan dengan betul peluang-peluang kerjaya dalam sukan.

3 Menjelaskan proses penubuhan persatuan, kelab sukan dan permainan dengan

betul. Menjelaskan peranan jawatankuasa dalam pasukan, persatuan dan kelab sukan

dengan betul. Mencadangkan cara memupuk semangat kesukanan penonton yang betul.

4 Menjelaskan kebaikan dan keburukan komersialisme dalam sukan dengan betul.

5 Menghuraikan kaitan antara semangat kesukanan penonton dengan kejayaanpasukan/negara

6 Memilih dan membuat folio yang berkaitan dengan kerjaya dalam sukan dengan

menggunakan pelbagai media sebagai rujukan. Merancang dan mengelolakan aktiviti yang bersesuaian dengan pasukan sukan dan

permainan di peringkat sekolah.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 13: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KESIHATAN DIRI DANKELUARGA

Kesihatan diri

Kekeluargaan

1 Menyatakan maksud berlebihan berat badan, obesiti dan indeks jisim badan dengan tepat.

2 Menyenaraikan sebab berlakunya amalan pengambilan makanan yang berlebihan denganbetul.

3 Mengira status berat badan berdasarkan formula BMI ( Indeks Jisim Badan ) dengan tepat.

4 Menilai status berat badan mengikut kategori dengan tepat.

Menyatakan maksud seks sebelum kahwin dengan jelas.

5 Menerangkan dengan jelas mengapa seks sebelum kahwin dilarang.

6 Memerihalkan ciri-ciri keluarga bahagia dengan betul.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 14: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

GAYA HIDUP SIHAT Pemakanan

Pengurusan konflikdan stress

Penyalahgunaanbahan

1 Menyatakan maksud kalori dengan betul.

2 Menyatakan dengan jelas Keperluan Diet Harian ( RDA ) mengikut kumpulan umur.

Menyatakan jenis situasi stres dengan tepat.

3 Menyenaraikan contoh jenis makanan yang bersesuaian dengan kandungan kalori

denganbetul.

Menjelaskan jenis situasi yang menyebabkan stres yang biasa dialami denganbetul.

4 Menyatakan dengan tepat kronologi pengambilan dadah.

5 Membincangkan keperluan kalori berdasarkan kepada aktiviti harian dengan jelas.

Membincang cara-cara yang sesuai untuk menguruskan stres. Memberi contoh implikasi pengambilan dadah terhadap sosial , ekonomi dan politik

dengan betul.

6 Menerangkan implikasi pengambilan dadah terhadap sosial , ekonomi dan politik denganbetul.

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Page 15: spbtma.files.wordpress.com file · Web viewPendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan ... kebersihan dan keselamatan

TUNJANG/BIDANG BAND DESKRIPTOR BAND

KEBERSIHAN DANKESELAMATANPERSEKITARAN

Keselamatan

Pertolongan cemas

.

1 Menyatakan dengan jelas peruntukan yang terdapat dalam akta bagi mencegah penyakitdaripada merebak.

2 Menerangkan dengan tepat kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan dibawah akta ini.

Menyatakan maksud akronim E.C.C dan C.P.R dengan tepat.

3 Menerangkan dengan tepat peranan dan fungsi agensi yang terlibat dalam pencegahandan kawalan penyakit berjangkit.

4 Menerangkan dengan jelas prinsip dan prosedur E.C.C dan C.P.R untuk kecederaanringan.

5 Melakukan dengan tertib amali E.C.C dan C.P.R

6 Mengaplikasi pengetahuan dalam mengenal pasti indikasi / keadaan yang memerlukanE.C.C dan C.P.R .

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3