· Web viewSaya telah dipertanggungjawab dan diamanahkan mengajar murid-murid tahun satu di...
Transcript of · Web viewSaya telah dipertanggungjawab dan diamanahkan mengajar murid-murid tahun satu di...
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan adalah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (National
Key Result Area- NKRA). NKRA pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan
dalam usaha menambah baik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan peringkat
sekolah secara menyeluruh, serta membolehkan mereka mendapat akses
pendidikan yang berkualiti, KPM (2010).
Sehubungan dengan itu, guru perlulah bijak menggunakan pelbagai teknik
mengajar seiring dengan perkembangan arus pendidikan. Pengajaran dan
pembelajaran hari ini perlulah lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam meneroka serta
mengeksploitasikan maklumat yang sedia ada. Oleh itu, antara strategi yang boleh
digunakan oleh guru ialah pendekataan koperatif.
Cohen (1994: 64) mendefinisikan bahawa pembelajaran koperatif ialah
pelajarbekerjasamadalamkumpulan keciluntuk mencapaimatlamatyang dikongsi
secara bersama-sama. Strategi pengajaran ini diiktiraf secara meluasdan
menggalakkan proses sosialisasidalamkalanganpelajar. Menurut kajian yang
dilakukan oleh Stevens (2003 : 9) membuktikan bahawa pembelajaran koperatif
telahdigunakandenganjayanyauntuk meningkatkan pencapaian
kemahiranmenulisdalam kalangan pelajar.
Dalam susunan kemahiran bahasa, kemahiran menulis merupakan kemahiran
yang tertinggi yang perlu dicapai oleh pelajar. Kemahiran ini memerlukan seseorang
itu menerapkan beberapa subkemahiran, seperti kemahiran mengenal dan menulis
huruf-huruf dalam satu himpunan perkataan, frasa atau ayat mengikut sistem tulisan
dan ejaan yang telah ditentukan, di samping berkemampuan menggunakan tanda-
tanda bacaan. Hal ini disokong oleh Byrne (1981 : 1) yang berpendapat bahawa
penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun dalam susunan yang tertentu dan
berkait antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu
Saya telah dipertanggungjawab dan diamanahkan mengajar murid-murid
tahun satu di sekolah saya. Sepanjang minggu transisi selama tiga minggu, saya
telah menjalankan beberapa pemerhatian terhadap murid-murid tahun satu tersebut
mengenai kemahiran-kemahiran yang telah dan belum mereka kuasai. Di antara
kemahiran yang masih belum mereka kuasai adalah kemahiran bukan lisan iaitu
kemahiran menulis.
Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), muka surat
1729 ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur
, pensel dan lain-lain. Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug (2008),
“Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada
kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai
dalam kegiatan ini.”. Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik
yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya
disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan
perasaan.
Selain itu, jika kita lihat pada dokumen standard kurikulum yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2009), antara fokus utama yang
terkandung dalam tunjang komunikasi adalah merangkumi kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Standard
kandungan bagi fokus kemahiran menulis adalah (BM 3.1). Maka dengan ini,
kemahiran menulis adalah sangat berkait rapat dan perlu diberi penekanan kepada
murid-murid tahun 1 yang belum menguasai kemahiran ini.
Berdasarkan daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya
laksanakan di dalam kelas , semasa set induksi yang saya jalankan selama lima
minit, saya telah meminta murid menyanyikan “lagu abc”. Murid-murid tersebut dapat
menyanyikan dengan baik. Malahan semasa set induksi juga saya telah meminta
beberapa orang murid menyanyikan lagu tersebut secara individu. Hasil daripada set
induksi yang dijalankan murid secara keseluruhannya dapat mengingat kesemua
huruf-huruf dari “a” hingga “z”
Pada peringkat perkembangan pengajaran pula saya telah menjalankan
selama sepuluh minit. Saya telah menulis huruf-huruf secara rawak pada papan
putih dan murid menyebutkan huruf yang ditulis. Pada langkah ini terdapat
sebilangan murid yang dapat mengecam dan menyebut huruf yang ditulis dengan
baik. Maka dari sini saya dapat mengenalpasti bahawa murid-murid tersebut tidak
mempunyai masalah dalam mengecam huruf. Oleh itu dalam langkah satu juga,
saya telah meminta beberapa orang murid untuk menulis huruf yang disebutkan oleh
saya. Maka bermula dari situlah saya mula dapat mengesan masalah yang murid
tersebut hadapi.
Contohnya apabila saya meminta murid menulis huruf “a”, murid dapat
melakukan dengan baik sama juga seperti huruf-huruf lain. Namun masalah mula
kelihatan apabila saya meminta mereka menulis huruf-huruf “b, d, p, q”. Mereka mula
kelihatan ragu-ragu dan tidak berkeyakinan. Saya meminta mereka menulis apa
sahaja yang berada di dalam pemikiran mereka. Hasilnya ternyata jelas di mana
murid tersebut mengalami kekeliruan dalam menulisnya iaitu mereka tersilap menulis
iaitu menulis secara terbalik. Antara contoh murid menulis terbalik tersebut adalah
seperti apabila murid diminta menulis huruf “b” misalannya, murid tersebut tidak
dapat menulis huruf “b” dengan betul sebaliknya murid tersebut menulis huruf “d”.
Namun walaubagaimanapun, apabila saya menulis huruf “b” di papan putih, murid
tersebut dapat mengenali huruf yang ditunjukkan.
Seterusnya pada peringkat perkembangan kedua yang saya jalankan selama
sepuluh minit juga, saya memberikan lembaran kerja kepada murid di mana kertas
yang saya berikan kepada mereka tersebut telah disediakan kotak-kotak untuk murid
menulis huruf. Saya meminta murid menulis huruf “a hingga z” tanpa berpandukan
apa-apa iaitu saya tidak menunjukkan kad carta huruf kepada murid. Hasil daripada
itu dapat dilihat dengan jelas bahawa murid tersebut memang mempunyai masalah
dalam menulis huruf “b, d, p, q" dengan baik iaitu menulis huruf secara terbalik.
Contohnya adalah “b” sebagai “d” dan “p” sebagai “q” dan begitulah sebaliknya.
Seterusnya pada sesi penutup yang saya jalankan selama lima minit, aktiviti
pengukuhan telah dilaksanakan di mana sekali lagi saya menunjukkan huruf secara
rawak pada kad carta huruf dan hasilnya murid dapat mengecam dan menyebut
dengan baik. Sekali lagi pengujian dilakukan iaitu meminta murid menulis huruf yang
disebut guru, ternyata sekali lagi murid masih menulis huruf secara terbalik iaitu
terkeliru antara huruf “b, d, p, q”.
Selain daripada itu, masalah ini juga dapat dilihat dengan jelas terutamanya
ketika murid-murid tersebut menulis namanya pada lembaran kerja. Murid-murid
tersebut akan meniru nama mereka yang terdapat pada tanda nama sementara yang
tertera nama mereka dan menyalinnya semula. Semasa menulis murid tersebut akan
membuat kesalahan dengan menulis secara terbalik namun apabila di tegur dan
ditunjukkan dengan cara yang betul, murid tersebut dapat melakukannya semula
dengan baik. Oleh itu, dapat saya simpulkan berdasarkan pemerhatian saya murid
tersebut dapat mengecam huruf tetapi tidak dapat menulisnya jika tiada bimbingan
dan petunjuk yang diberikan.
Antara tingkahlaku yang ditunjukkan bagi murid yang mempunyai masalah
dalam kemahiran menulis secara mekanis adalah cara menggenggam pensil yang
salah, kedudukan badan yang canggung semasa menulis, tidak dapat membentuk
huruf dengan betul, menulis huruf secara terbalik dan keliru dengan arah (contoh
tulisan cermin / tulisan terbalik). Perkara-perkara ini dapat dilihat dalam segelintir
murid-murid tahun satu tersebut sehingga menyebabkan tulisan huruf b, d, p, q
mereka adalah terbalik.
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea
atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis,
penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan
keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh yang demikian,
kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetapi mampu membantu ke arah
pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting
kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan
mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca
di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada
kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis
dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan
serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya
mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika
masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka
juga membaca.
Namun walaubagaimanapun, saya telah dapat mengenal pasti terdapat
beberapa orang murid di mana masalah yang dihadapinya adalah bersesuaian
dengan tajuk kajian tindakan yang ingin saya laksanakan iaitu meningkatkan
kemahiran menulis huruf “si buncit dan si kurus” iaitu huruf b,d,p,q. Maksud bagi
istilah “si buncit” adalah lengkungan-lengkungan atau perut yang terdapat pada
huruf-huruf b, d, p, q tersebut manakala maksud bagi istilah “si kurus” adalah garisan
lurus atau batang yang terdapat pada huruf b, d, p, q.
Oleh itu saya beranggapan murid tersebut perlu diberi lebih banyak latihan
dalam menulis huruf “b, d, p, q” dengan bimbingan dan saya yakin bahawa apabila
menggunakan teknik yang betul dalam mengajar murid tersebut menulis huruf “b, d,
p, q”, sudah pastinya murid akan dapat menguasai kemahiran tersebut dan tidak
akan melakukan kesilapan yang sama lagi.
1.2Pengumpulan data awal
Bagi mengenalpasti murid yang mempunyai masalah dalam menulis huruf “b,
d, p, q” ini, saya telah menggunakan beberapa instrumen iaitu seperti pemerhatian,
menilai hasil kerja murid dan juga temubual bersama guru prasekolah dan temubual
bersama murid.
1.2.1 Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian yang saya jalankan secara tidak langsung di
dalam kelas membuahkan hasil pemerhatian yang baik. Melalui proses pemerhatian
yang dijalankan berdasarkan senarai semak yang dibina, ternyata murid-murid ini
memang mempunyai masalah dalam menulis huruf “b, d, p, q”. Ianya dapat dilihat
apabila murid-murid tersebut menulis nama mereka pada lembaran kerja yang
diberikan. Malahan hari yang ditulis contoh seperti “Rabu” juga kadangkala murid
tersebut melakukan kesilapan yang sama. Namun walaubagaimanapun seperti yang
telah dinyatakan sebelumnya, apabila murid ditegur mengenai kesalahan yang
dilakukan dan ditunjukkan huruf yang betul ternyata murid dapat membaikinya
dengan baik iaitu menulisnya dengan betul, kemas dan tidak terbalik.
1.2.2 Temu bual
Hasil daripada sesi temu bual yang saya lakukan terhadap murid-murid tahun
satu yang berusia tujuh tahun tersebut, ada di antara mereka yang dapat mengecam
huruf “b, d, p, q” dengan baik namun apabila diminta untuk menulisnya mereka mula
keliru dan ragu-ragu. Malahan ada di antara mereka yang langsung tidak dapat
membayangkan bagaimana bentuk bagi sesuatu huruf tersebut. Apabila saya
menyoal mereka mengapa perkara ini berlaku, antara jawapan yang diberikan
adalah “tidak ingat” dan “tidak tahu”. Selain itu, saya juga melaksanakan sesi temu
bual bersama murid setelah mereka selesai menyiapkan kerja yang diberikan.
Berdasarkan daripada temubual tersebut, saya ada menanyakan kepada mereka
apakah huruf-huruf yang ditulis oleh mereka dan juga saya meminta mereka untuk
menulis semula huruf yang disebutkan oleh saya. Kesimpulan yang dapat saya buat
adalah, kesalahan yang dilakukan oleh murid adalah secara tidak konsisten.
Selain itu, hasil daripada sesi temubual yang dijalankan bersama guru
prasekolah tersebut, menurut beliau bahawa kebolehan murid dalam menulis huruf-
huruf tersebut sememangnya tidak konsisten dimana kadangkala mereka dapat
menulis dengan baik dan kadangkala salah dalam menulis. Malah ada di antara
mereka yang sudah dapat mengecam huruf dengan baik tetapi tidak dapat menulis
dan ada di anatara mereka yang tidak dapat mengusai kedua-duanya.
1.2.3 Hasil kerja murid
Berdasarkan hasil kerja murid iaitu meminta murid menulis huruf a – z tanpa
sebarang panduan atau tunjuk ajar guru, terdapat beberapa hasil yang dapat saya
lihat. Ada di antara mereka yang lemah dalam menulis huruf di mana mereka
menulisnya secara terbalik. Hanya terdapat seorang murid sahaja yang dapat
menulis semua huruf dari a-z dengan baik. Murid-murid lain pula melakukan
beberapa kesalahan. Antara kesalahan yang jelas dan ramai yang melakukannya
adalah dalam menulis huruf b, d, p, q. Contoh gambar di bawah adalah bukti di mana
salah seorang daripada murid yang menulis huruf b dan d secara terbalik.
Rajah 1
2.0 Fokus Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini adalah bagi melihat permasalahan murid dan
bagaimana cara atau kaedah sesuai untuk mengatasinya sekaligus menarik minat
murid di samping menghasilkan sebuah pembelajaran yang berkesan. Sehubungan
dengan itu, bagi mengatasi masalah murid dalam menulis huruf “b,d,p,q” ini saya
menggunakan kad tekap tindih dan kaedah pengajaran yang digunakan adalah
melalui kaedah “kad tekap tindih”.
2.1 Huraian Fokus Kajian
Hasil daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan
dalan kelas prasekolah, saya mendapati bahawa murid-murid tersebut mempunyai
masalah dalam menulis beberapa huruf. Antara huruf-huruf yang menjadi
permasalahan kepada murid adalah huruf “b,d,p,q”. Murid-murid ini bukanlah
mempunyai masalah dari aspek pengecaman dan menyebut huruf kerana apabila
ditunjukkan huruf-huruf tersebut, murid dapat menyebutnya dengan baik tetapi
apabila diminta untuk menulis tanpa sebarang panduan dan petunjuk contohnya
seperti kad carta huruf ternyata murid tersebut tidak dapat melaksanakannya.
Malahan kadangkala prestasi yang ditunjukkan oleh murid ini adalah tidak konsisten
di mana kadangkala murid dapat menulis dengan betul bagi keempat-empat huruf
dan kadangkala hasil penulisan mereka adalah salah iaitu menulis dengan cara
terbalik.
2.1.1 Kepentingan fokus kajian
Kepentingan fokus kajian yang ingin saya laksanakan ini adalah
meningkatkan kemahiran murid dalam menulis huruf-huruf “b,d,p,q”. Saya memilih
fokus kajian ini adalah kerana masalah ini dapat dilihat dengan jelas dalam kalangan
murid. Saya memberi pemfokusan terhadap menulis sahaja kerana melalui
pemerhatian yang dijalankan, rata-rata murid dapat mengecam tetapi sukar untuk
menulis. Malahan ada di antara mereka yang menulis huruf-huruf tersebut dengan
teknik yang salah.
Selain itu, kajian ini juga penting kerana pada pandangan saya jika masalah
ini tidak diatasi dengan segera maka tidak mustahil jika murid tersebut mempunyai
pengekalan di dalam pemahaman mereka bahawa huruf “b” adalah seperti huruf “d”
manakala huruf “p” adalah seperti huruf “q” dan begitulah sebaliknya.
Oleh itu saya juga yakin bahawa melalui kajian ini, masalah murid-murid
tersebut akan dapat diatasi kerana murid-murid ini tidaklah mempunyai masalah
disleksia tetapi mereka hanyalah mempunyai sedikit kekeliruan disebabakan huruf
tersebut seakan-akan sama yang membezakannya adalah kedudukan batang huruf
dan juga kedudukan “perut” huruf.,Jika diberi latihan dan kaedah pembelajaran yang
sesuai sudah pasti murid tersebut dapat menulisnya dengan baik di samping tidak
lagi mengalami kekeliruan terhadap keempat-empat huruf tersebut.
2.1.2 Kebolehtadbiran fokus kajian
Kebolehtadbiran kajian ini adalah tinggi kerana salah satu daripadanya
adalah kajian ini tidak menggunakan kos yang terlalu tinggi di mana anggaran bagi
melaksanakannya adalah berada di bawah lingkungan RM 200 sahaja. Selain
daripada itu, bagi melaksanakan aktiviti menggunakan kad 2T ini juga tidak
memerlukan sebarang ruangan khas kerana tempat untuk menjalankan aktiviti ini
adalah bebas iaitu di mana-mana sahaja sudut yang terdapat di dalam kelas Tahun
1, contohnya seperti sudut aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Namun yang
penting adalah tempat tersebut kondusif dan selamat.
Di samping itu juga, perancangan bagi melaksanakan aktiviti ini adalah teratur
di mana aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan daripada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bermula dari set induksi hinggalah ke masa penutup. Alatan yang
digunakan untuk membina kad 2T ini juga adalah mudah didapati iaitu seperti
mounting board, ring file, elephant board dan gambar-gambar yang bersesuaian.
Tambahan pula, teknik untuk membuatnya juga adalah mudah kerana ianya banyak
melibatkan kemahiran menggunting dan menampal sahaja.Perancangan bagi
melaksanakan aktiviti ini adalah mengikut daripada jadual perancangan yang
disediakan. Ekoran itu, kajian ini dapat dijalankan dengan teratur dan terancang di
samping murid-murid yang terlibat juga dapat memberikan kerjasama yang baik.
2.1.3 Kerelevanan fokus kajian
Kajian yang ingin dilaksanakan ini iaitu menulis huruf b, d, p, q menggunakan
kad 2T ini bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada huruf-huruf tersebut malah turut
boleh diaplikasikan kepada huruf-huruf lain iaitu bermula dari huruf a-z dengan
hanya membina sebuah kad 2T mengikut huruf yang diingini. Malahan konsep kad
2T ini juga boleh digantikan dengan cara menulis nombor. Tambahan pula, kajian ini
juga bukan sekadar sesuai bagi murid-murid prasekolah malahan guru-guru tahun
satu serta guru pemulihan juga turut boleh mengaplikasikan kaedah yang digunakan
ini iaitu kad 2T kepada murid mereka yang mempunyai masalah dalam kemahiran
menulis. Oleh itu, dengan adanya kaedah penyelesaian masalah seperti kad 2T ini,
kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dapat dipertingkatkan di samping murid
dapat memahami konsep menulis huruf b, d, p, q dengan mudah dan pantas.
Dengan adanya pelaksananan penyelesaian kepada masalah menulis huruf b,
d, p, q ini diharapkan murid-murid tersebut dapat memahami cara untuk menulis
huruf-huruf tersebut dengan teknik yang betul dan tidak lagi berlaku kekeliruan untuk
menulisnya kerana pada peringkat permulaa tahun 1 ini, konsep asas seperti
menulis huruf sewajibnya dikuasai oleh semua murid. Namun di dalam kelas ini ,
terdapat tiga orang murid yang mempunyai masalah dalam menulis huruf b, d, p, q
dengan betul. Dengan ini, fokus kajian ini adalah relevan kepada murid tersebut.
2.1.4 Kebolehgunaan fokus kajian
Kebolehgunaan fokus kajian ini adalah tinggi di mana kajian ini boleh
dilaksanakan oleh sesiapa sahaja kerana kajian ini sangat mudah difahami dan
mudah diaplikasikan. Penggunaan kad 2T tersebut juga adalah mudah untuk diguna
pakai walaupun tanpa sebarang bimbingan dan panduan penggunaannya. Malahan
murid-murid sendiri juga boleh menggunakannya secara sendiri tanpa bimbingan
guru sebagai latihan lanjut kepada murid. Kajian ini juga banyak memberi kesan
postif kepada guru serta murid dimana guru dapat memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran di samping objektif pengajaran mudah untuk dicapai. Manakala kesan
positif kepada murid adalah dapat menguasai kemahiran menulis huruf-huruf
tersebut dan tidak memberi tekanan kepada murid tersebut kelak kerana masih tidak
dapat menguasai kemahiran menulis huruf tersebut dengan baik.
Malahan dalam membina kad 2T itu juga tidak memerlukan kos yang tinggi di
samping kad tersebut boleh diaplikasikan kepada semua murid dan boleh
digunapakai berulang kali kepada murid yang berlainan kerana lampiran-lampiran di
dalam kad 2T tersebut mudah untuk dikeluarkan dan di masukkan bagi
menggantikan helaian yang baru. Selain itu, teknik penggunaan kad 2T ini juga
mudah digunapakai oleh semua orang kerana dengan melihatnya sahaja, guru
sudah mengetahui cara penggunaannya.
2.2Tindakan / Intervensi
Bagi menyelesaikan masalah murid dalam menulis huruf “b, d, p, q” ini saya
akan menggunakan satu tindakan iaitu melalui penggunaan kad 2T iaitu tekap tindih.
Kad 2T ini akan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana
dengan adanya kad ini murid akan dapat mengetahui cara menulis dengan betul bagi
sesuatu huruf tersebut.
Kad ini dinamakan kad 2T adalah disebabahkan kad tersebut disusun secara
bertindih dan murid hanya perlu menekapkan huruf tersebut untuk menulisnya. Cara
penggunaan kad ini adalah murid menggunakan pensel warna dan menekap pada
ruang yang disediakan dan akhirnya akan menghasilkan huruf yang ditekap.
Contohnya dalam kemahiran menulis huruf “b”. Bagi menulis huruf “b” dengan
cara yang betul seharusnya ialah batangnya iaitu satu garisan lurus yang panjang di
buat terlebih dahulu diikuti dengan huruf “c terbalik” yang ditulis pada bahagian
bawah kanan garisan lurus tersebut.
2.1.1 Langkah-langkah tindakan
a.Lapisan pertama
Kad 2T tersebut akan disusun secara bertindih di mana pada lapisan yang
pertama adalah gambar bagi huruf tersebut beserta gambar-gambar yang bermula
dengan huruf “b”, rujuk rajah 2. Melalui ini, murid akan dapat membuat hubungkait
iaitu setiap gambar yang dilihat tersebut adalah bermula dengan huruf “b”.
Rajah 2
b. Lapisan kedua
Manakala pada lapisan yang kedua ialah kertas yang dibahagikan kepada
empat garisan yang membentuk ruangan yang sama panjang dan lebar. Pada
lapisan ini huruf “b” dibentuk sekali lagi menggunakan benang bulu kambing dengan
tujuan murid dapat menyentuh huruf tersebut. Batang bagi huruf tersebut terletak
pada tengah garisan menegak manakala perutnya diletakkan pada ruangan
bahagian kanan bawah kad tersebut. Rujuk rajah 3.
Rajah 3
c. Lapisan ketiga
Seterusnya pada lapisan ketiga adalah satu garisan panjang yang
dilubangkan pada bahagian tengah untuk murid menekap garisan tersebut
menggunakan pensel warna. Hasil daripada tekapannya akan dapat dilihat pada
lapisan kelima. Rujuk rajah 4.
Rajah 4
d. Lapisan keempat
Manakala pada lapisan keempat adalah huruf “c” yang ditulis secara terbalik
yang telah dilubangkan pada bahagian tengahnya dimana murid dapat menekap
huruf tersebut dengan menggunakan pensel warna. Seperti yang sebelumnya, hasil
tekapan tersebut akan terlihat pada lapisan kelima. Rujuk rajah 5.
Rajah 5
e. Lapisan kelima
Pada lapisan kelima tersebut, satu huruf “b” yang telah siap akan terebentuk
hasil daripada proses penekapan yang telah dilaksanakan pada langkah yang
sebelumnya. Rujuk rajah 6 .
Rajah 6
f. Lapisan keenam
Manakala lapisan yang terakhir adalah satu ruangan kosong yang mempunyai
garisan di mana ruang tersebut murid boleh menulis huruf “b” melalui bantuan
garisan grid yang disediakan. Rujuk rajah 7.
Rajah 7
g. Lapisan ketujuh
Pada lapisan yang terakhir di sediakan beberapa helai kertas kosong. Kertas-
kertas tersebut disediakan bagi tujuan aktiviti penilaian yang dilakukan bersama guru
dan juga sebagai latihan tambahan untuk kegunaan murid.
Lapisan-lapisan lubang tersebut telah disusun dengan tepat di mana hasil
daripada penekapan yang dilakukan tersebut dapat menghasilkan huruf “b” yang
betul. Langkah yang sama juga akan dilaksanakan bagi huruf “d, p, q” dengan
menggunakan kad 2T yang berlainan. Melalui kaedah yang digunakan ini, secara
tidak langsung murid bukan sahaja dapat menulis huruf tersebut dengan baik
malahan murid juga dapat menulis huruf tersebut dengan teknik yang betul kerana
dalam kalangan murid ini juga dapat dilihat bahawa teknik penulisan yang dilakukan
oleh mereka adalah salah di mana mereka selalunya menulis “perut” terlebih dahulu
diikuti dengan batang huruf tersebut.
Tujuan saya memilih kaedah ini adalah kerana berdasarkan daripada
penggunaan kad 2T ini, murid akan dapat melihat dengan lebih jelas cara yang perlu
dilaksanakan dalam menulis sesebuah huruf tersebut di mana contohnya bagi
menulis huruf “d”, murid akan mengetahui bahawa murid perlu menulis huruf “c”
terlebih dahulu kemudian diikuti menulis garisan panjang. Selain itu murid juga akan
dapat mengetahui bahawa kedudukan sesuatu bentuk tersebut di mana kedudukan
perut bagi huruf “d” adalah bahagian bawah kiri dan seterunya membuat garisan
panjang disebelah kanan huruf ‘c” tersebut.
Selain itu, melalui penggunaan kaedah ini juga murid akan lebih seronok
semasa melaksanakan aktiviti ini kerana secara tidak langsung murid dapat bermain
kerana melalui penggunaan kad 2T ini ianya tidaklah berbentuk formal kerana murid
dapat membuat pemerhatian dan penerokaan terhadap sesuatu huruf tersebut. Di
samping itu juga, melalui penggunaan kad 2T ini, kemahiran murid dapat
dipertingkatkan secara individu di mana murid-murid tersebut dapat melaksanakan
aktiviti secara individu dan masa untuk murid membuat penerokaan dan pemerhatian
adalah lebih panjang sebelum aktiviti seterusnya dilaksanakan.
Melalui kaedah ini juga, murid dapat membina keyakinan dirinya sendiri
kerana semasa melaksanakan aktiviti tersebut murid melaksanakannya secara
individu dan hanya kad 2T itu sahaja yang bertindak sebagai pembantunya di
samping guru yang berperanan melakukan pemerhatian terhadap aktiviti yang
dilakukan murid.