· Web view"Secara relatifnya, harga perabot jati Indonesia tidak dapat dinafikan jauh lebih...

5
Produk kayu Malaysia unik Oleh Noor Aznida Alias [email protected] Tangga yang dibuat daripada kayu cengal diukir dengan corak tradisi Melayu. Seni ukiran jati, cengal tempatan jauh lebih halus dan ada jiwa berbanding hasil kerja dari Kemboja, Vietnam dan Indonesia WALAUPUN seni hias ala Inggeris dan minimalis semakin diminati dan mendapat tempat di kalangan pencinta hiasan dalaman, perabot ukiran kayu bermotifkan ciri tradisi masih menjadi pilihan dan tidak lapuk kerana nilai klasik dan estetika yang tinggi. Malah, gabungan perabot kayu dan hiasan moden jika bijak diolah, mampu mencetus ruang yang eksklusif, menawan dan mempunyai identiti tersendiri. Suntikan elemen tradisi yang diadun dengan perhiasan moden pula mewujudkan suasana mewah dan mengelak ruang daripada nampak menjemukan.

Transcript of · Web view"Secara relatifnya, harga perabot jati Indonesia tidak dapat dinafikan jauh lebih...

Page 1: · Web view"Secara relatifnya, harga perabot jati Indonesia tidak dapat dinafikan jauh lebih murah kerana kos bahan mentah dan upah pekerja di negara seberang sangat minimum berbanding

Produk kayu Malaysia unikOleh Noor Aznida [email protected]

Tangga yang dibuat daripada kayu cengal diukir dengan corak tradisi Melayu.

Seni ukiran jati, cengal tempatan jauh lebih halus dan ada jiwa berbanding hasil kerja dari Kemboja, Vietnam dan Indonesia

WALAUPUN seni hias ala Inggeris dan minimalis semakin diminati dan mendapat tempat di kalangan pencinta hiasan dalaman, perabot ukiran kayu bermotifkan ciri tradisi masih menjadi pilihan dan tidak lapuk kerana nilai klasik dan estetika yang tinggi.

Malah, gabungan perabot kayu dan hiasan moden jika bijak diolah, mampu mencetus ruang yang eksklusif, menawan dan mempunyai identiti tersendiri. Suntikan elemen tradisi yang diadun dengan perhiasan moden pula mewujudkan suasana mewah dan mengelak ruang daripada nampak menjemukan.

Page 2: · Web view"Secara relatifnya, harga perabot jati Indonesia tidak dapat dinafikan jauh lebih murah kerana kos bahan mentah dan upah pekerja di negara seberang sangat minimum berbanding

Justeru, tidak hairanlah jika industri perabot kayu terutama jati semakin berkembang dan menguasai pasaran kerana ciri-cirinya yang tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan rumit. Seiring perkembangan masa, motifnya juga tidak lagi terhad kepada ukiran dan corak tradisi semata-mata, tetapi dipelbagaikan dengan gaya lebih kontemporari bagi memenuhi kehendak dan cita rasa masyarakat hari ini.

Variasi produk yang pelbagai, terdiri daripada perabot serta aksesori hiasan dalaman dan luar seperti bahagian laman, memberi kelebihan kepada pelanggan untuk memilih perhiasan mengikut cita rasa yang sesuai dengan konsep kediaman masing-masing.

Bagi pemilik Seni Kayu Warisan, Burhan Ashaari, 52, yang sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni ukiran perabot dan aksesori kayu cengal, mengakui walaupun industri perabot jati semakin berkembang di Malaysia, tetapi kebanyakan produk yang dijual diimport dari Jepara, Indonesia yang menjadi pengeksport perabot jati terbesar dunia pada hari ini.

Page 3: · Web view"Secara relatifnya, harga perabot jati Indonesia tidak dapat dinafikan jauh lebih murah kerana kos bahan mentah dan upah pekerja di negara seberang sangat minimum berbanding

Harganya yang murah berbanding produk sama keluaran pengukir tempatan menjadikan ia laris dan mempunyai pasaran luas seluruh dunia.

Namun, bagi pemilik satu-satunya perusahaan perabot cengal di negeri ini, banyak perkara yang tercicir dan terlepas pandang oleh peminat perabot jati di negara ini.

Sebagai anak bangsa yang amat mengagumi seni ukiran warisan nenek moyang, beliau berpendapat seni ukiran tempatan amat halus, teliti dan mempunyai jiwa berbanding hasil seni dari Kemboja, Vietnam mahupun Indonesia yang menguasai pasaran perabot jati dunia.

Bukan menidakkan hasil seni negara lain, tetapi pengalaman menjelajah hampir ke seluruh dunia untuk meninjau hasil seni bangsa lain membuatkan beliau bangga dengan karya pengukir tempatan terutama generasi lama yang dilihat sempurna dan tinggi nilai estetikanya.

"Secara relatifnya, harga perabot jati Indonesia tidak dapat dinafikan jauh lebih murah kerana kos bahan mentah dan

Kerusi yang dihasilkan lebih kukuh dan mudah dijaga.

Page 4: · Web view"Secara relatifnya, harga perabot jati Indonesia tidak dapat dinafikan jauh lebih murah kerana kos bahan mentah dan upah pekerja di negara seberang sangat minimum berbanding

upah pekerja di negara seberang sangat minimum berbanding negara kita.

"Sebagai contoh, upah untuk kerja memelas kayu yang diterima oleh pekerja di sana hanya pada kadar RM5 sehari, manakala di sini sekitar RM25 sehari. Untuk kerja mengukir pula, pengukir mahir dibayar sebanyak RM25 sehari di Indonesia sementara di sini mereka menerima sekitar RM70 sehari.

"Oleh itu tidak hairanlah jika produk mereka dapat dijual dengan harga lebih murah dan mampu menembusi pasaran antarabangsa," katanya ketika ditemui di Bilik Pameran Produk Seni Kayu Warisan di Bazar Warisan, Kuala Terengganu.

Bukan sekadar menghasilkan perabot yang menjadi hiasan penting dalam rumah, Seni Kayu Warisan juga menerima tempahan untuk sebarang produk berasaskan ukiran kayu termasuk ukiran panel pada bangunan, pintu bali, panel tingkap, dan ukiran di tangga menggunakan 100 peratus kayu cengal dan masih mengekalkan teknik ukiran tangan.

Lebih istimewa, produknya juga tidak menggunakan paku, sebaliknya diganti dengan pasak atau baji seperti yang terdapat pada perabot kayu Melayu pada zaman silam.

Hasil seninya semakin mendapat tempat dan menghiasi sudut di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), bas bandar dan terbaru terpilih untuk mengikuti pameran kraf di Harrods, London oleh Pusat Kraf Negara.

"Saya lebih berminat dengan kayu cengal kerana ia lebih tahan walaupun di bawah panas terik matahari dan hujan lebat. Warna kayunya juga menjadi semakin gelap dan cantik apabila dimakan usia serta tidak dimakan anai-anai sekali gus menjadikan nilainya lebih tinggi dari hari ke hari.

"Berbanding kayu jati, cengal lebih berat, tahan dan padat komposisinya, sekali gus meletakkannya sebagai kayu kedua terbaik selepas kayu belian," katanya.

Di samping mengekalkan motif tradisi seperti tumbuhan sulur, Burhan juga menyuntik sedikit elemen moden ke dalam beberapa seni ukirannya bagi memberi kelainan dan mencipta identiti tersendiri.

"Kerawang adalah unsur penting dalam seni ukiran kayu Melayu dan kebiasaannya setiap ukiran hanya dalam bentuk dua atau tiga dimensi. Berbanding ukiran dua dimensi, hasil seni tiga dimensi lebih mahal dan tinggi nilainya kerana proses ukirannya lebih rumit dan mengambil masa panjang.

Justeru, Seni Kayu Warisan mencipta kerawang dua lapis yang mana ukirannya lebih berseni dan bermutu berbanding ukiran dua dimensi dan mendapat perhatian daripada beberapa pemilik gedung di Harrods.

"Hasil seni berasaskan ukiran tiga dimensi sangat mahal dan hanya boleh dimiliki oleh segelintir golongan saja. Justeru, kerawang dua lapis dapat menawarkan hasil seni ukiran yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah kepada pencinta barangan kayu.

"Walaupun lebih ringkas, motif tradisi masih dikekalkan kerana antara matlamat saya menceburi bidang ini adalah untuk memartabatkan seni ukiran bangsa sendiri," katanya.

Page 5: · Web view"Secara relatifnya, harga perabot jati Indonesia tidak dapat dinafikan jauh lebih murah kerana kos bahan mentah dan upah pekerja di negara seberang sangat minimum berbanding

Tip penjagaan

Kayu cengal mahupun kayu jati adalah daripada golongan kayu keras yang tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan rumit.

Perabot yang kelihatan kusam kerana dimakan usia cuma perlu disapu minyak kayu murni yang boleh dibeli di kedai menjual perabot kayu.