WAHDANIATULLAH

51
1 WAHDANIATULLAH.. Karangan Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj.

description

oleh Omar Abdullah

Transcript of WAHDANIATULLAH

Page 1: WAHDANIATULLAH

1

WAHDANIATULLAH..

Karangan

Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj.

Page 2: WAHDANIATULLAH

2

WAHDANIATULLAH – Manuskrip Tulisan Tangan

Arwah Sheikh Qamarudden Al-HajPEMBUKA KATA DARI PENYALIN

Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi

Tuan Sheikh Qamarudden Al-Haj adalah salah saorang guru saya. Guru yang sangatsaya hormati. Saya memanggilnya sebagai Bang Din. Beliau telahpun kembali menemuiTuhannya.

Beliaulah yang banyak memberikan pemahaman kepada saya tentang INTIPATI ILMUHAKIKAT. Ilmunya berkaitan Ilmu Hakikat adalah sangat dalam dan luas. Beliau diberikelebihan oleh Allah sebagai saorang penulis yang rajin dan mempunyai gaya tersendiridalam menyampaikan ilmu. Setahu saya beliau telahpun menulis sekurang-kurangnya 16kitab kitab Ilmu Hakikat. Yang saya tidak tahu – entah berapa.

Semasa kali pertama saya datang kerumahnya untuk belajar Ilmu Hakikat beliaumenunggu dimuka pintu rumah sambil menunjukkan Penumbuknya kepada saya danberkata : Apa engkau ingat aku ini guru ? Engkau nampak ini ? Bila saya menjawab sayanampak penumbuk lantas dia mengahalau saya balik.

Pada malam berikutnya saya ( yang degil ) datang lagi. Kali ini Bang Din menunjukkanPenamparnya sambil menunggu dimuka pintu dan mengherdik saya dengan nada yanggarang : Kau nampak ni !!. Saya menjawab : Nampak pelempang , semalam penumbuksemuanya jari jari abang.

Mendengar jawapan saya itu, secara tiba tiba Bang Din berubah wajah dan berubahwatak. Beliau mempersilakan saya masuk kerumahnya dengan sopan sekali.

Pelajaran pertama saya dengan Bang Din ialah MENGKAJI MUQADDAM iatu mengenalAlif – Ba- Ta hingga Ya. Bang Din menyuruh saya membaca huruf huruf itu dari Alifhingga Ya bersama kalimah Wassalamu melebihi 30 kali.

Peliknya walaupun didera sebegitu, saya tidak letih, tidak rasa terhina dan tidak pulamerajuk dan marah. Akhirnya entah pada kali bacaan yang keberapa atas KehendakAllah jua saya menyebut kesemua huruf huruf Alif hingga Ya itu sebagai ALIF belaka.Bang Din hanya senyum lebar dan minta saya buktikan bahawa semua huruf huruf ituialah Alif belaka seperti yang baru saya sebutkan itu.

Page 3: WAHDANIATULLAH

3

Dengan Kehendak Allah jua secara spontan, saya minta izin Bang Din untuk meminjamsebuku benang dan gunting dari isterinya yang ketika itu sedang menjahit. Lantas sayabuktikan bahawa huruf Ba hingga Ya bahkan Kalimah Wassalamu itu adalah huruf Alifyang telah bertukar rupa menyebabkan berbunyi ba bi ..ya yi dan sebagainya.

Malah secara spontan tanpa berfikir mulut saya berkata : macam jari jari Bang Dinsemalamlah membentuk menjadi penumbuk, penampar namun ia tetap jari jari.

Mendengar jawapan dan penjelasan saya itu, Bang Din berkata : Memang ada bahagiankamu dalam bab Ilmu Hakikat ini : Marilah kita bersama-sama berdoa kesyukuranterhadap Allah katanya. Bang Din membaca doa dan saya mengaminkannya

Setelah belajar secara berterusan setiap malam selama dua minggu, Bang Din yakinbahawa saya memang sangat berminat mempelajari Ilmu Hakikat.

Beliau telah menyerahkan 16 Kitab Kitab tulisan tangan karangan beliau kepada sayauntuk dibuat salinan. Beliau mengarahkan saya membaca kitab kitab itu satu demi satuhingga faham. Saya tidak dibenarkan datang lagi kerumahnya melainkan ada perkarayang saya benar benar tidak faham.

Antara kitab beliau yang sangat saya minati ialah kitab WAHDANIATULLAH ini. SalamTakzim

Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi

15hb Ogos 2006.

Page 4: WAHDANIATULLAH

4

INTERLUDE PENYEJUK JIWA ...surat kekasih hati.

SURAT UNTUK PARA KEKASIH

Aduhai PujaankuKaulah Kandil KemerlapPelita Jendela Dimalam GelapMelambai Setia Selalu

Aduhai Diriku dan DirimuKatakanlah Aku Itu KamuDan Kamu Itu AkuDemi Kasih Kita

Kumulai warkah ini dengan mempersembahkan kepadamu satu SURAT CINTA terbuka,biar semua umat menjadi saksi akan CINTA kita ini. Patutkah mereka mencontohinya ?

Ianya untukmu bagaikan kandil yang kemerlap ..tidak akan ada padamnya selagi adasumber minyaknya …minyak zaitun yang sangat diberkati….yang tidak mungkin kamutemui di Alam Maya ini……kerana ianya menghilang ditumpukan debu ..hingga kamutemui sendiri dalam kerinduanmu mencari Aku ,,kekasihmu.

Ku, letakkan kandil itu dengan sengaja dijendela…agar kamu jadikan panduan menujukudalam perjalanan malammu yang gelap gulita, kerana padamu aku dihijab daripandanganmu oleh gelapnya malam.

Wahai sayangku, sabenarnya……………

Engkau sendirilah yang menghijabkan dirimu dari aku.

Maka lihatlah olehmu lambaian kasih setiaku tanpa ada penghujungnya ..sampaikesampaianmu. Disana aku menunggumu dan kau akan tahu siapa aku dan siapa engkaukerana DEMI CINTA …aku adalah engkau dan engkau pula adalah aku …

Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim

Dari Aku….Yang Kau Cari –Cari Selama Ini.

WAHAI PARA KEKASIH !!!

Asas pertama ialah DIRI BATIN –mu itu yaitu RUH atau NYAWA – mu wahai sayang.Nyawamulah yang menghidupkan kamu, yang membuatkan anggotamu bergerak,otakmu berfikir dan pancainderamu berfungsi.

Page 5: WAHDANIATULLAH

5

Bagaimanakah kamu masih lagi menyatakan aku berdusta dan terus saja kamu mahumenghukumku …sedangkan kau dan aku adalah sama sahaja …lemah & longlai

Ketahuilah bahawa diri batinmu itu mempunyai Sifat 20 Tuhanmu. Sifat 20 itu bukansifatmu tetapi Sifat Sifat Zat Wajibul Wujud yang menggelarkan DiriNya HU danmenamakan DiriNya untukmu sebagai ALLAH.

Adakah kamu masih lagi mahu menuduhku sebagai pendusta ..lalu kamu terus mahumenghukumku …sedangkan kau dan aku adalah sama sahaja…lemah & longlai tanpaAKU.

Seterusnya, jika kamu mahu MENGENAL DIRI kamu, maka sayugianyalah kamumengenal Diri Batin-mu itu. Yang patut kamu kenal dan kaji ialah APAKAH DIA DiriBatinmu itu

Janganlah kamu terpengaruh dengan kata kata teman temanmu yang menyarankan kamumencari Allah Tuhanmu itu. Betapakah Allah itu boleh dikenal kerana kamu tidak pernahdan tidak akan dapat menemuiNya dengan mata kepalamu itu.

Aduh sayangku…bukankah aku ini kekasihmu yang sentiasa bersamamu dimana sahajakamu berada..dalam suka dan dukamu..dalam riang tawamu…Kenapa tidak engkaumencariku ..sedangkan aku berada ditempat yang terang…dan sentiasa saja melambaikamu …tanpa ada hentinya..

Masihkah engkau mahu menuduhku sebagai pendusta…hingga mahu memotong lidahdan jejariku ?

Kunyalakan kandil sebagai pedomanmu wahai kekasihku.Aku ini adalah rahsiamu danrahsiamu itu adalah Aku

Betulkan pandanganmu…kenapa masih lagi mahu memandang keluar sedangkan akusudah berada dikamarmu ? Alihkan pandanganmu kedalam..dan panggil serta serulahaku…..

Warkahku ini akan membantumu mencari aku …janganlah ikut jalan pergi ..ikutlah jalankembali…yaitu kembali kepadaku.

Maafkan Aku wahai orang yang menyayangi….Siapakah nama mu itu ?

Jawablah walaupun aku ada dan tiada untuk mendengar jawapanmu. Beruntunglah jikanamamu MUHAMMAD kerana Allah telah mengistiharkan bahawa MUHAMMAD ITUADALAH KEKASIHKU. Maka malanglah orang yang bernama lain dari Muhammad keranatiada berpeluang menjadi Kekasih Tuhannya.

Gurumu akan menjelaskan bahawa Kekasih Allah itu ialah Junjungan mu NabiMuhammad bin Abdullah Rasul Allah yang terakhir. Memang itulah dia yang benar.

Page 6: WAHDANIATULLAH

6

Jika aku katakan bahawa Allah juga mengasihimu adakah kamu akan percaya ? Kamujuga adalah Kekasih Allah . Percayakah kamu sedangkan engkau masih lagi menyatakanaku ini pendusta….yang suka mengatakan yang sesat ..yang bukan sahaja menyesatkankamu ..tetapi juga kesemua teman temanmu.

Jika namamu Muhammad atau Roslan atau Latifah mahupun Aminah ..malah temanmuyang bernama David atau Maniam itu juga adalah Kekasih Allah. Betapakakan boleh akudikatakan benar sedangkan si David itu beragama Kristian, si Maniam beragama Hindu ?Aku bertanya kepadamu , adakah mereka mereka itu juga dijadikan oleh Tuhan yangkamu sembah yaitu Allah. Beranikah kamu mengatakan bahawa si David & Maniam itudijadikan oleh Tuhan yang mereka sembah ?

Maka aku nyatakan sekali lagi bahawa kamu sekalian juga adalah kekasih Allah. Kamusemua adalah Muhammad belaka pada hakikatnya..tiada yang lain.

Nama Muhammad itu adalah RAHSIA Allah yang perlu kamu pelajari. Ianya adalah satumukjizat untuk menyatakan kebenaran Agamamu …Agama Islam. Dalam jumlah namanama yang tidak terbilang itu hanya nama Muhammad jika kamu tulis dalam huruf Al-Quran merupakan gambar manusia.

Kamu tulislah nama nama yang lain adakah ia menjadi gambar manusia ada kepalaumpama MIM pertama, ada tangannya umpama huruf HA, ada pusatnya umpama hurufMIM KEDUA dan ada kakinya umpama huruf DAL.

Dan kamu masih juga mengatakan aku SESAT dan mahu menghukumku…………

Kamu dinamakan Saleh dan teman temanmu mempunyai pelbagai nama untukmemudahkan urusan dunia. Jika semua orang dinamakan Muhammad agar menjadiKekasih Allah maka bagaimanakah caranya untuk guru menguruskan kelas yangkesemua 40 orang murid bernama Muhammad ?

Wahai Para Pencinta…

Jika kamu mahu terus menjadi kekasihku dan terus menerus menjadi Kekasih Allah,maka carilah AKU kekasihmu…jangan kasih sayang hanya dibibir sahaja…sedangkansetiap waktu dan setiap ketika engkau mempunyai KEKASIH YANG LAIN.

Bukankah engkau sebenarnya SAORANG PENDUSTA & PENDERHAKA ?

Dan seperti biasa engkau terus juga mengatakan AKU YANG SESAT & MENYESATKANENGKAU !!Tidakkah kamu tahu bahawa KESESATAN ENGKAU itu disebabkanKEJAHILANMU TENTANG AKU ????

Dan engkau sudah mula berani mahu memotong jejariku dan lidahku..sedangkan akutelah mengatakan bahawa aku ini ialah…BAGAIKAN BURUNG YANG PATAHSAYAPNYA…BERTONGKATKAN PARUH KUTERBANG JUA….

SELAMATLAH ENGKAU WAHAI KEKASIHKU SELAGI AKU MENGASIHI KAMU………..

Page 7: WAHDANIATULLAH

7

MUQADDIMAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

WAHDANIATULLAH yang membawa erti MENGESAKAN ALLAH adalah nama yangsesuai kuberikan pada KITAB ini.

Walaupun ianya ringkas tetapi MENDALAM kerana inilah satu-satunya AMANAT ALLAHkepada Rasul dan Rasul kepada umatnya. Bukanlah tanggungjawabku untukMENSYIRIKKAN ALLAH atau MENGHUKUM KAFIR sesama manusia tetapi kitab ini ku-bukukan untuk TATAPAN Umat Muhammad.

Kalau ada yang mahu menggunakan akal dan menghabiskan masa untuk berfikir tentangKEESAAN ALLH maka renungkanlah kalimat kalimat didalam kitab ini, kemudianserahkan kepada Allah supaya dapat menenangkan hati dan membuka PINTU HIJAByang selama ini menebal dilubuk hati kita.

Untuk mendapatkan Makrifah Ilmu Ketuhanan agar segala Amal Ibadah kita tidak sia sia ,maka ada tujuh ( 7 ) perkara yang wajib manusia buangkan jauh jauh dari lubuk hatiyakni :-

RIAK iaitu suka memuji diriUJUB ertinya herankan diri sendiriSUM’AH iaitu meminta diri dipuji dan ingin terkenalTAKABBUR iaitu sombong dan membesarkan diriHASAD DENGKI maknanya aniaya dan umpat kejiHABUJAH iaitu terlalau kasih dan pentingkan harta duniaHABUDUNYA iaitu terlalu pentingkan Kehidupan Dunia

Ini adalah Sifat Tercela yang menjadi PERISAI yang menghalang ke JALAN HAQ.

Sheikh Qamarudden Al-Haj

Page 8: WAHDANIATULLAH

8

BAB SATU

MENGENAL RASUL & ISLAM SIAPAKAH

YANG MENGISLAMKAN KITA ?

Sebelum sasaorang menjalani Amal Ibadat Agama Islam, maka pernahkah terlintasdifikirannya soalan begini :-

Kalau orang kafir masuk Agama Islam bergelar Muallaf, ada Imam yangmengislamkannya. Tetapi siapa pula yang mengislamkan diri aku ini ?

Apakah yang dikatakan ISLAM itu ? Siapa pula yang membuat RUKUN ISLAM 5PERKARA itu ?

Maka umum mengetahui Agama Islam adalah Agama Allah yang disebarkan oleh RASULAKHIR ZAMAN, Junjungan kita Nabi MUHAMMAD SAW. Tiada lagi Rasul selepasbaginda. Jikalau tiada lagi Rasul selepas baginda kenapakah manusia Islam mengucapKALIMAH RASUL yang berbunyi :-

Wa Ashhadu Anna Muhammadur Rasullullah.Dab aku bersaksi bahawa AKU MUHAMMAD Rasul Allah.

Fikirkan baik baik istilah Arab AN-NA itu bermaksud AKU dalam Bahasa Melayu kita.Ulamak Syariat mengertikan AN-NA sebagai SESUNGGUHNYA. Aku katakan maksudnyaialah AKU atau SAYA.

Bukankah Allah Berfirman : Tiada Rasul selepas Muhammad saw dan kenapa pulamanusia menyatakan dirinya MUHAMMAD RASUL ALLAH ?

Adapun tiap tiap soalan ada jawapannya jika difikirkan. Kalau difikirkan betul ..makaikutlah, jika sebaliknya ..maka janganlah ikut kitab Wahdaniatullah ini kerana Allah telahBerfirman bermaksud :-

Laisa alai la huda hum wa laa kin nallah hu adii mai ya sya’Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lahYang Memberi Petunjuk

Kerana itulah apa yang hendak diherankan kalau manusia TIDAK DIBERI PETUNJUKoleh Allah SWT. Guru yang turun dari langit pun tidak akan dapat berbuat apa apauntuk menyatakan yang ajaran ini dan itu salah dan yang ini betul dan yang itu salah.

Pokok pangkalnya KEIMANAN sasaorang. IMAN itu YAKIN. Kalau yakin 100% Iman

Page 9: WAHDANIATULLAH

9

namanya. Jikalau 99% was was dan waham namanya.

Maka untuk mendapatkan JALAN WAHDANIATULLAH kenalah yakin dan berilahtumpuan sepenuhnya dan minta Allah bukakan PINTU MAKRIFAH kita.

Firman Allah bermaksud :-

Allah Pelindung orang orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapankepada CahayaNya.

Yang menyampaikan Firman Allah adalah RASUL. Kalau Firman Allah tidak disampaikanoleh Rasul maka TIDAK ZAHIRLAH KALIMAH yang berjumlah 6,666 ayat menjadi 30juzuk Al-Quran sebagai PANDUAN ORANG ISLAM yang beriman.

Berbalik kepada soalan yang pertama tadi : SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN KITA ?Apakah jawapan anda ? Emak andakah, bapa andakah , kadhikah atau guru andakah ?

Yang kita tahu lahir sahaja kita, ibu bapa kita daftarkan kelahiran kita di Balai PolisMasih bayi lagi SUDAH TERCATIT dalam Surat Beranak bahawa agama kita ialah AgamaIslam….keturunan Melayu.

Maka nyatalah sekarang bahawa ISLAM KITA ialah ISLAM BERCATIT……Jadi kita ialah ISLAM ZURIAT atau ISLAM KETURUNAN daripada keturunan kedua ibubapa yang Islam.

Maka untuk mengingatkan kembali SIAPA yang mengislamkan diri kita, maka FirmanAllah kita baca 5 Kali sehari semalam ketika kita Solat dengan sedikit PINDAAN ULAMAKFEQAH kerana mereka TIDAK SETUJU dengan SATU KALIMAH didalam Al-Quran.

Kerana itu maka GELAP GULITA lah manusia Syariat tentang SIAPA yang mengislamkanmereka.

SAMBUNGAN… MENGENAL RASUL & ISLAM. Siapakah Yang MengislamkanKita ?

WAHDANIATULLAHSheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

Firman Allah : Al – An’aam : 162 – 63 : Doa Iftitah

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ( kerana ) Allah (semata-mata ) ( iaiitu ) Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah

Page 10: WAHDANIATULLAH

10

yang diperentahkan kepadaku dan AKU ADALAH ORANG YANG AWAL ( Pertama )ISLAM.

Ini adalah DALIL NAQLI bahawa sebelum kita dilahirkan dari setitis air mani kitaTELAHPUN ISLAM ( atau di-Islamkan )

Namun Ulamak Syariat yang tidak diberi ilham ( oleh Allah ) tetapi mendapat ganjaransaperti gaji, elaun dsb ( dari manusia ) untuk mengajar dan bersyarah agama TELAHPERASAN bahawa ayat diatas lebih sesuai maknanya, jika dibuang kalimah AWALUL (aku telah awal awal Islam ) dan DIGANTI dengan kalimah MINAL sahaja yangmembawa maksud Aku adalah orang orang Islam.

Soalnya ialah jika kita tidak percaya kepada satu Kalimah atau makna satu ayat Al-Quran maka ianya seumpama kita tidak percaya kepada seluruh Al-Quran itu. Kalautidak percaya kepada AlQuran, maka jadilah kita golongan Kafir Laknatullah.

Maka inilah jawapan kepada soalan : SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN KITA ?Jawapannya ialah : ALLAH – LAH YANG MENGISLAMKAN KITA…bukan ibu bapa, bukankadhi, atau imam atau guru kita. Alangkah bertuahnya kita. Memang Bertuah.

BILAKAH KITA DI-ISLAMKAN ?

Jawapannya ialah : SEBELUM MENJADI MANUSIA….bahkan sebelum menjadi air manibapa kita lagi..KITA SUDAH AWAL AWAL ISLAM. ( Kita telah di-Islamkan oleh Allahsemasa kita masih bertahap RUH belum lagi menjadi bayi atau manusia )

APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ?Alif – Shin – Lam Alif – Mim.

APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ? Alif – Shin – LamAlif – Mim. ( ejaan Jawi )

b>WAHDANIATULLAHSheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ?Alif – Shin – Lam Alif – Mim. ( ejaan Jawi )

HURUF HURUF UNTUK EJAAN KALIMAH ISLAM = Jawi

ALIF = AllahSHIN = Salamun

Page 11: WAHDANIATULLAH

11

LAM ALIF = Laa Ilaha IllallahMIM = Muhammadur Rasullullah

Yang Bermaksud :-

Allah Mengucapkan SEJAHTERA kepada manusia yang menyatakan :-TIADA NYATA HANYA ALLAH dan MUHAMMAD itu MENYAMPAIKAN SIFAT BAGI DIRIALLAH ( menyampaikan Haq Allah kepada Badan )

Nyata Islam itu terbahagi kepada 2 ( Dua ) Kalimah iaitu :-

KALIMAH TAUHID dan KALIMAH RASUL

TAUHID itu MENGESAKAN ALLAH dan Rasul pula menyampaikan CARA MANA HENDAKMENGESAKAN ALLAH.

Rasul inilah INDUK segala Ilmu Ketuhanan.

Manusia tidak Mengenal Allah, tetapi RASUL ( manusia itu ) KENAL SIAPA ALLAH. MakaRasul inilah yang perlu dikaji dan dikenali terlebih dahulu kerana kenalnya manusiatentang erti bahawa Allah itu Tuhannya kerana Rasul yang memberitahu.

SIAPAKAH RASUL ANDA ITU ?

Firman Allah : Yunus : 47 bermaksud :-

Dan tiap tiap umat mempunyai Rasul ( nya )

Firman Allah : Al-Baqarah : 213 yang bermaksud :-

Manusia itu umat yang satu.

Firman Allah : Ali-Imran : 144 yang bermaksud :-

Muhammad itu tidak lain hanyalah saorang Rasul.

Firman Allah yang terdapat didalam Al-Quran telah menerangkan bahawa tiap tiap umatyang dalam ertikata lebih jelas TIAP TIAP ORANG mempunyai Rasulnya sendiri.

Maka Firman Allah ini manusia percaya . TETAPI ulamak Syariat tetap tidakmenerimanya. Kerana apa ? Mereka kata itu DAHULU, sekarang mana ada lagi Rasul ?Bukankah Rasul sudah wafat ?

Maka janganlah kita pertikaikan pendapat mereka itu. Ini adalah kerana bagi orang

Page 12: WAHDANIATULLAH

12

yang belajar SEJARAH NABI sememangnya Nabi Muhammad ibni Abdullah itu sudahwafat tetapi bagi orang YANG MENGKAJI AL-QURAN dari aspek KEIMANAN akanmendapat Petunjuk HAQ untuk mengenal akan NABI MUHAMMAD yang dikatakan telahwafat itu.

Maka setiap yang Allah wujudkan dimuka bumi ini siap BERPASANGAN. Ada Dunia adaAkhirat. Pahala pasangannya Dosa, Loh pasangannya Kalam, Syurga pasangannyaNeraka dan sebagainya.

SIAPA PULA PASANGAN NABI MUHAMMAD ibni ABDULLAH ?

Isterinyakah ? Ya kata Ilmu Syariat. BUKAN kata Ilmu Hakikat.

Adapun yang disebut PASANGAN itu adalah KEMBARNYA seperti Dosa & Pahala. Makajika dikatakan pasangan Nabi Muhammad adalah SITI KHADIJAH, maka ini amatlahtidak adil kepada isteri isteri baginda yang lain.

JAWAPAN SEBENAR ialah :-

RASUL ZAHIR = Nabi Muhammad ibni AbdullahRASUL BATIN = Nabi Muhammad Mustaffa Rasullullah

Diatas Kebijaksanaan Allah Yang Maha Mengetahui, jika dihidupkan Nabi Muhammadtanpa wafat, nescaya umatnya TIDAK AKAN MENGENAL DIRINYA ALLAH itu. MakaAmanat Allah kepada rasul agar Rasul mengajar umatnya MENGESAKAN ALLAH semata-mata dalam segala Amal Ibadahnya.

Firman Allah : Saba’ : 46 yang bermaksud :-

Katakanlah sesungguhnya Aku hendak memperingati kepadamu SUATU HAL SAHAJAiaitu SUPAYA KAMU MENGADAP ALLAH berdua-dua atau SENDIRI SENDIRI. Kemudiankamu fikirkan ( lah )

Allah Berfirman kepada Rasul, maka Rasul sampaikan kepada umatnya. Bagi umatYANG MAHU BERFIKIR dalam Hal Ketuhanan akan dapat jawapannya. Bagi umat PAKTURUT yang hanya mengikut-ngikut akan dalam KERUGIAN. Kerugian bagaimanakahitu ?

Pertama : Ikut Hukum Allah tetapi TIDAK KENAL siapakah Allah itu !. Kenal atau tidakdengan Allah ? ENTAH jawabnya, guru kata berfikir dalam dalam tentang Allah ituhukumnya HARAM. Maka haramlah Ilmu Ketuhanan itu. Kenapakah berfikir tentangAllah itu dikatakan haram ?

Kalau kita tidak tahu akan Allah maka nyatalah hanya takut pada Hukum tetapi tidak

Page 13: WAHDANIATULLAH

13

takut akan Allah. Kalau kita takut akan Allah kenapakah kita tidak merapatkan diri kitakepada RasulNya dan bertanya kepada Rasul itu siapa itu Allah ?

Tentu Syariat akan menjawab : Bukankah Rasul sudah wafat ?

Balik balik wafat, wafat, wafat. Apakah wafat itu ? Wafai itu mati. Apakah mati itu ?Entah.

Kalau hendak juga jawapannya akan aku terangkan tetapi dengarkanlah lafaz kita ikutFirman Allah :-

Al-An Am : 163 yang bermaksud :-

Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah Yang Diperentahkan Kepadaku

Manusia tahu bahawa Allah itu tidak boleh dipersekutukan, tetapi mereka tidak sedarbangun sahaja dari tidur mereka mulalah sekutukan Allah , ambil wudhu ( subuh )sekutukan Allah, berjalan sekutukan Allah dan yang lebih berat bila Sembahyang,Puasa, Berzakat dan Menunaikan Fardhu Haji pun sekutukan Allah. Subhanallah !!!

Ikut Hukum, tunaikan Rukun Islam tetapi semuanya MENYENGUTUKAN ALLAH.Bagaimnakah ini boleh terjadi ?

ZAHIRnya manusia ikut hukum dan menunaikan Rukun Islam. Tetapi BATIN-nyabergelar SYIRIK HOPPI. Kerana apa ? Kerana manusia yang MENGATAKAN MEREKA-lahYANG BERBUAT segala Ibadah itu….kerana mengharapkan balasan PAHALA danganjaran SYURGA.

Bukankah Allah telah Berfirman : Yang bermaksud :-

Sesungguhnya AKU BESERTA KAMU

Semua orang tahu bahawa : Allah Beserta kita. Tetapi kita tetap mahu MENDUAKANALLAH. Yaitu Allah dan kita. Untuk mengelakkan diri dari menduakan Allah, maka Allahtelah mengutus Rasul didalam DIRI anda sendiri …diadalam Diri manusia itu. Tidakpercaya bahawa Rasul itu kini berada didalam DIRI anda sendiri ????

BERKAITAN IBLISMAKNA IBLIS – ALIF – BA – LAM – YA - SIN

Dari Kacamata Ilmu Hakikat

Page 14: WAHDANIATULLAH

14

Jika Allah tidak kita kenal, jikalaulah Iblis menyamar maka akan tunduk patuhlah merekaitu pada Iblis kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula Iblis tahukelemahan anak cucu Adam iaitu takut pada Rukun dan Hukum Syariat.

Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun 5 waktu, banyakkan zikirdan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusiayang alim itu …….siapakah yang disembahnya ?

Firman Allah Al Jin – 06

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang memintaperlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagimereka dosa dan kesalahan.

Inilah diri manusia yang MENIPU dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikut Rukun &Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulaiAlif hingga Ya ( muqaddam ) dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF – LAM- MIM.

Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya denganHAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan ( Alif – Lam – Lam – Ha )tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah.

ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknatiAllah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM :-

Dan lantaran ENGKAU ( Allah ) telah sesatkan diri saya , pasti saya akan halangi mereka( manusia ) ke JALAN YANG LURUS.

Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL ALLAH , RASUL danULIL AMRI secara mendalam, ayat ( AMARAN IBLIS ) diatas adalah satu ANCAMANkepada mereka dan lain lain manusia sejagat.

Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yangSUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DIBELITNYA hingga diMurkai Allah dan dihantarkedunia ini.

Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENALPUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusiahingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis.

Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis ?

Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orangyang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu keranaorang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..

Page 15: WAHDANIATULLAH

15

BAB 2

APA ITU IBLIS – Alif – Ba – Lam – Ya – Shin.

ALIF iktibar DIRI ZATBA iktibar SIFAT BAGI ZATLAM iktibar ASMA’ BAGI ZATYA iktibar AF’AL BAGI ZATSHIN iktibar SIRR BAGI ZAT

Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat ituMELIPUTI dan berAsma; ALLAH.

Dalam kata yang mudah ialah : -

IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DANMEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.

Manusia cuma pandai mengatakan : Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidakmengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akanLENYAP HAQ ditutupi JASAD.

LENYAP HAQ – MENANG YANG BATIL = IBLIS.

Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melaluiKIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ didalam Jasad atau Tubuhmanusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM.

Adapun YA – SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR( Rahsia ) yang penuh dengan HIKMAH.

Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan AmalIbadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH.

Maksudnya ialah YA-SIN adalah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT –SIFAT – ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’alAllah belaka

Page 16: WAHDANIATULLAH

16

BAB 3

MENGENAL ZAT....& ULIL AMRI

MENGENAL ZAT…..

Jangan Sekali-kali Anda Sekutukan Allah

ALLAH ITU ZAT

ALLAH itu Tuhan segala manusia. Apakah Allah itu ? Allah itu Nama / Asma’. Nama bagisiapa ? . Nama bagi DIRI ZAT. Siapa itu Zat ? ZAT inilah RAHSIA bagi manusia.

DIA Maha Mengetahui segala Alam Saghir dan Alam Kabir. Yang dikatakan Alam Saghirialah Alam Kecil iaitu manusia itu sendiri, manakala Alam Kabir ialah Alam Semesta ,bumi , matahari, bulan dan sebagainya. Menjadikan dan Yang Menciptakan sertaMematikan segala yang bernyawa.

Kebanyakan manusia tidak lazim dengan panggilan ZAT tetapi Nama Yang Agung bagimanusia ialah Allah. Sebut Allah semua orang faham, Dialah Tuhan. Sebut Zat tidakramai yang tahu, kerana apa ? Kerana ahli sains telah memberi nama zat kepada besi,galian, makanan dan sebagainya.

Cuma Ahli Tasauf mengatakan ZAT WAJIBUL WUJUD atau dalam Bahasa Melayunyauntuk mudah difahami ialah :-

Manusia itu mengandungi Zat…tetapi bukan zat besi, galian, vitamin dan sebagainya.

ZAT yang MELIPUTI SEKALIAN ANGGOTA MANUSIA, yang memberi PERASAAN,PENDENGARAN, PENGLIHATAN, PENCIUMAN dan PERGERAKAN. Itulah yang dikatakanZAT.

Oleh kerana Zat ataupun Allah ini suatu Pelajaran Yang Seni maka tumpukan sepenuhjiwa kalau mahu Mengenal Tuhan.

Kerana apa ? ZAT inilah Penyelamat Diri Manusia.

Syurga atau Neraka, Mati atau Hidup semuanya bergantung pada Zat Wajibul Wujud iaituAllah.

Islamnya sasaorang bukannya terletak pada kuat mengerjakan Rukun dan Hukum.Kafirnya sasaorang bukan terletak pada perbuatan Melanggar Rukun dan Hukum.

Islamnya sasaorang jika ia dapat MENTAATI Allah, Rasul dan Ulil Amri saperti

Page 17: WAHDANIATULLAH

17

Firman Allah An Nisa : 59 yang bermaksud :-

Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul dan Ulil Amri diantara kamu.

Cara manakah hendak mentaati Allah , Rasul dan Ulil Amri ? Ikut Rukun dan buat Hukum? Ya ini adalah langkah pertama bernama Syariat. Memperbanyakkan zikir ? Ya Ini adalahdasar Tariqat untuk mensucikan hati.

Sebelum kita mendalami apakah yang dikatakan Syariat, maka eloklah difahami dahuluperkataan dan makna ALLAH – RASUL dan ULUL AMRI.

ALLAH itu Nama bagi DIRI ZAT

RASUL itu Sifat bagi DIRI ZAT

ULIL AMRI itu Af’al bagi DIRI ZAT

MEMAHAMI MAKNA ULIL AMRI

Sebut kalimah Allah orang tahu pada NamaNya. Begitu juga Rasul namanya ialahMuhammad. Tetapi Ulil Amri ramai yang tahu tetapi buat buat tahu terutamanya Ulama’Feqah.

Adapun pengertian Ulil Amri oleh Ulama’ Feqah ialah Pemerentah sesuatu negeri atauNegara yang bergelar Kerajaan. Contohnya Kerajaan Barisan Nasional atau KerajaanPAS.

Jika sasaorang itu beriman bahawa ulil Amrinya ialah Barisan Nasional atau PAS, makaSESAT – lah manusia itu dan bertambah jauhlah AQIDAH Keimanan pada Ulil Amri yangsebenar.

Kenapa boleh jadi begitu ? Ingatlah bahawa Ulil Amri yang dimaksudkan bukannyamanusia dan bukannya dipilih melalui Pilihanraya oleh rakyat tetapi ALLAH YANGMEMILIHNYA.

Ulil Amri yang sebenarnya adalah PEMERENTAH yang Maha Kaya dan tidak memerlukanpungutan cukai untuk memerentah seperti kerajaan dunia.

Firman Allah : Al- An Am : 116

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang dimuka bumi ini, nescaya mereka akanMENYESATKAN kamu dari Jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah MENGIKUTPERSANGKAAN dan mereka TIDAK LAIN HANYALAH DUSTA.

Ulil Amri yang sebenarnya adalah Pemerentah Diri kita. Segala gerak geri dan diam kitaadalah kerananya. Dialah yang menghidupkan Jasad. Jasad kita adalah umpama rakyat

Page 18: WAHDANIATULLAH

18

yang menjalankan Titah Perentah Pemerintah didalam diri manusia. Ulil Amri itu adalahTuhan manusia.

Nyata pada mata kasar bahawa manusia itu bergerak saperti berjalan, duduk dansebagainya tetapi terfikirkah oleh manusia kenapa ianya berjalan ?

Siapakah yang menggerakkan kakinya untuk berjalan ?

Maka kalau jawapannya = aku berjalan dengan kehendak aku TANPA FAHAM MAKSUDAKU itu – nyatalah manusia itu sedang MENDUAKAN Allah. Kenapa dikatakan begitu ?Kerana manusia itu lupa bahawa Jasadnya itu MATI kalau tiada Nyawa. Nyawa pula tidakakan ada kalau TIADA ULIL AMRI.

Ulil Amri pula ujud daripada ZAT. Bukankah itu berkait ?Manusia dan Ulil Amri TIDAKBOLEH BERPISAH dan kalau berpisah juga MATI namanya. Kalau DIPISAHKAN – SYIRIKjatuhnya. Kalau di SE-KAN HIDUP selama-lamanya jadinya.

Pilihlah yang mana anda hendak ?

Nak MATI berpisah dengan Ulil Amri

Nak SYIRIK pisahkan Ulil Amri

Nak HIDUP SE-kan Ulil Amri.

Lazimnya manusia ada dua mertabat :-

Pertama mati terus menanggung Azab Kubur

Kedua TERUS dengan Mensyirikkan Allah.

Mertabat yang seni yakni SE. Hanya Allah saja yang MEMILIH umatnya. Manusia yangmengenal Ulil Amri akan menjalankan segala Titah PerintahNya dan jadilah mereka orangorag BERIMAN DISISI ALLAH tetapi kebanyakannya KAFIR di SISI MANUSIA.

Firman Allah : Al-Jin : 13 : yang bermaksud :-

Barangsiapa beriman kepada Tuhannya, maka ia TIDAK TAKUT akan PENGURANGANPAHALA dan TIDAK TAKUT PULA akan PENAMBAHAN DOSA dan KESALAHAN.

Firman diatas jelas akan maksudnya yang mengatakan manusia yang beriman YAKINbahawa dirinya bergerak kerana DIGERAKKAN oleh Allah. Maka ianya hanyalahMENJALANKAN TITAH PERENTAH YANG BERKUASA terhadap segala sesuatuperbuatan walaupun perbuatan itu melanggar Hukum Feqah yang telah menetapkan dosadan Pahala.

Dia tidak takut SEBAB DIA BERIMAN bahawa dia sebagai manusia tidak boleh berbuatapa apa Yang berbuat itu ialah Allah termasuk melakukan perbuatan perbuatan yangmelanggar hukum.

Page 19: WAHDANIATULLAH

19

BAB 4

RASUL ITU ADA BERSAMA ANDA……DIDALAM DIRI ANDA!! RASUL ANDA BERKATA-KATA DALAM BAHASA

MELAYU…

Anda memerlukan dalil dalilNya ? Hendakkan Pedoman Al-Quran ?Memang semua yang dipinta jawapan boleh aku huraikan.

Firman Firman Allah : Dari pelbagi Surah & Ayat Ayat : Yang Bermaksud :-

Dan pada Diri kamu , mengapa tidak kamu perhatikan ?

Kami mengutusnya menjadi Rasul kepada segenap manusia

Kami tidak mengutus saorang Rasul pun melainkan dengan BAHASA KAUM-nya supayaia dapat memberi PENJELASAN dengan terang kepada mereka ( Ibrahim : 04 )

Nabi Muhammad itu ikhtibar Rasul Yang Zahir yang mempunyai Budi Pekerti Yang Tinggisebagai contoh manusia untuk mendalami Ilmu Ketuhanan.

Rasul itu zahir di Mekah dalam Negeri Arab. Maka wujudlah Al-Quran didalam BahasaArab. Ini adalah Hikmah Allah untuk mengujudkan Rasul di Mekah kerana menunaikanDoa Nabi Ibrahim a.s

Bagaimana pula memahamkan makna Ayat 04 Surah Ibrahim yang mengatakan rasuldiutus didalam bahasa kaumnya ?

Adapun Ayat ini jelas lagi terang sehingga berkilauan. Kerana kilauannya memanahMATA, maka mata terus gelap dan berpinarlah mata Penggubal Hukum Syariat / Feqah.Gelap mata zahir ..tidaklah mengapa asalkan Mata Hati terang benderang. Janganlah pulakita mengikut Ulamak Syariat penggubal hukum itu kerana Ayat Ibrahim 04 ini terang danjelas. Maka janganlah diubah-ubah , dikurang atau ditokok tambah.

Kalau kitab ini dapat difahami oleh anda sebagai orang Melayu, maka ini adalah keranaaku ini ( sheikh Qamaruddeen ) menjalankan TINTA RASULKU yang bahasanya BahasaMelayu dan bukannya bahasa Arab.

Page 20: WAHDANIATULLAH

20

Istilahnya aku ini, Orang Melayu, kaum kerabatku juga orang Melayu, maka YangMengajar ILMULLAH kepada aku adalah RASUL MELAYU. ( Maksudnya Rasulku jugaMelayu sebab aku ini berbangsa Melayu )

Kalau Rasulku orang Arab, maka mungkin Bahasa Arab yang diajarnya kepadaku yangmelayu ini, maka setakat dengar sajalah nampaknya. Bila tidak faham bagaimanakah akuboleh dapat Mengenal Al-Quran, Mengenal Allah dan mendapat RahsiaNya.

Ini adalah HIKMAH Mengenal Rasul Yang Sejati. Datangnya dari NURULLAH. Terbitnyadari air mani lelaki. Suara itulah RAHSIA DIRI. NAFAS itulah Rahsia Malaikat. NYAWAitulah RAHSIA RASUL.

Eloklah kita tumpukan kepada NAMA RASUL kita itu. Kenapakah ianya bernamaMUHAMMAD ( eja Mim – Ha – Mim – Dal ) Sesungguhnya Muhammad itu ialah IBUSEGALA ILMU DUNIA kerana Allah jadikan Dunia dan segala isinya untuk MUHAMMAD.

Nota Fakir :-

Didalam kitab asal ada Nukilan Ejaan Muhammad didalam ejaan JAWI. Fakir tidak pandaimemasukkannya kelaman ini . Oleh itu kenalah Fakir mengolah semula tulisan SheikhQamaruddeen berkaitan hal ini. ……………………………

Cuba anda tulis sendiri Nama Muhammad didalam tulisan Jawi : Tulis dua namaMuhammad kerana sebenarnya ada dua Muhammad , satu Zahir dan satu lagi Batin.

MIM PERTAMA = Kepalanya manusiaHA = Tangannya manusiaMIM KEDUA = Pusatnya manusiaDAL = Kedua kaki manusia.

Cantumkan kedua Ejaan Muhammad anda itu. Bukankah sudah lengkap GAMBARMANUSIA yang mempunyai satu kepala, dua tangan, satu pusat dan dua kaki ?

Daripada Nukilan Dua Muhammad itu maka TERCIPTALAH bentuk manusia yang lengkapbukankah begitu ? Cuba anda eja dan tulis nama anda seperti anda lakukan kepadanama Muhammad tadi ..adakah ia merupakan gambar manusia ?

Ini adalah SATU MUKJIZAT. Ada berbillion nama didunia ini dulu, kini danselamanya..bila ditulis dalam huruf huruf Al-Quran …tidak akan jadi gambar manusiamelainkan NAMA MUHAMMAD !!!!!.

( Olahan Fakir….Sheikh Qamarudden seterusnya menulis seperti dibawah )

Maka nyatalah Muhammad itu adalah SIFAT bagi manusia jua yang ZAHIR. Makapasangannya adalah BATIN.

Page 21: WAHDANIATULLAH

21

Yang Batin ialah yang bernama SUARA bagi Diri Zahir. Ini dinamakan sebagai NYAWA.Ianya BERSUARA tetapi suara itu sebenarnya adalah satu RAHSIA atau SIRR. Kalaudipanggil ianya MENYAHUT tetapi jika hendak dipegang atau dijamah TIDAK DAPAT.Kerana apa ? Kerana MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLILLAH itu ialah NUR atauCAHAYA. Kejadian yang terjadi dengan sendirinya.

MUSTAFA itu YATIM PIATU maksudnya tiada berayah dan tiada beribu. Jika tiada ibumaka tiadalah ia diperanakkan.

RASUL ITU ADALAH NYAWA ATAU NAFAS ANDA

Rasul itu adalah Nyawa Manusia yang bermaksud MENYAMPAIKAN.

NYAWA & NAFAS

Adapun Nyawa itu terbahagi kepada 4 ( Empat ) Nama Nama iaitu :-

NAFAS MULUTANPAS HIDUNGTANAPAS ANTARA 2 TELINGANUPUS JANTUNG

Hidupnya Nafas kerana Anpas. Hidupnya Anpas kerana Tanapas. Dan hidupnya Tanapaskerana Nupus. Hidupnya Nupus kerana HIDUPNYA ZAT YANG MELIPUTI sekalian AlamBadan dan juga Alam Mayapada ini.

Sheikh Qamarudden mengemukan Nukilan perkataan RASUL yang dieja dalam hurufJawi iaitu RA – SHIN – WAU – LAM ( fakir )

RA = NafasSHIN = AnpasWAU = TanapasLAM = Nupus

Nyatalah Muhammad itu SIFAT bagi Jasad dan SESIFAT dengan RUH atau MuhammadMustaffa Rasullullah.

Nyata Rasul adalah NUR atau ANGIN pada zahirnya yang TIDAK NAMPAK dilihat tetapiADA dan Memberikan kita Hidup. Inilah Nyawa manusia yang keluar masuk 24,000 kalisehari semalam dengan gelaran NADI manusia.

Manusia yang TIDAK BERNAFAS tiada lagi denyutan nadinya, maka itulah MATInamanya.

Page 22: WAHDANIATULLAH

22

Kalaulah kita tidur nadi kita terus juga berdenyut. Tetapi jika tidur diangkat orang keluar,kita terus juga tidur ini namanya TIDUR MATI. Inagtlah biarlah kita Tidur Mati asalkan kitajangan jadi HIDUP TETAPI MATI. Apakah yang dikatakan Hidup Tetapi Mati itu ?

Firman Allah :-

Allah telah mengunci MATA HATI dan pandangan mereka dan penglihatan merekaditutup.

Yang dimaksudkan Ayat diatas ialah manusia yang telah DISERU KEJALANMENGESAKAN ALLAH namun mereka masih INGKAR dan masih menyatakan bahawaSyariat yang mereka ikuti itu yang betul.

Kerana apa ? Kerana Allah telah MENGUNCI MATI hati mereka. Maka hiduplah merekasecara terus menerus mensyirikkan Allah. Hidup dengan PERASAN dan bukan denganPERASAAN.

Sesungguhnya Rasul hanya menyampaikan HAQ DIRI ALLAH yang ada kepada manusiadan terpulanglah kepada manusia itu sendiri menerimanya. Kalau betul betul ikhlasmengerjakan Rukun , maka ini ada sedikit PANDUAN untuk mendapatkan PETUNJUKSIRATUL MUSTAQIM.

Buat SOLAT HAJAT waktu tengah malam . Mohon buka pintu Makrifah kepada Allah

Kemudian tidur semula

Bangun dari tidur l.k jam 2-4 pagi , buat SOLAT TAHAJUD

Jam 4 / 4.30 tidurlah semula.

InsyaAllah wahai orang orang yang beriman, Allah Maha Mengetahui lagi MahaMendengar sekalipun tersedik dihati.

Tetapi janganlah buat sekali sahaja kalau kita sakit, kalau makan ubat bukan terussembuh. Hilangnya sakit bukan kerana ubat tetapi kerana Keizinan Allah. Ubat itupenyebabnya sahaja.

Sama juga dengan Ilmullah, Solat Hajat, Solat Tahajud dan Zikir itu, Hanya Penyebabnya.Kalau tidak buat pun jika Allah nak beri IlmuNya siapa yang dapat menghalang ?

Firman Allah :-

Akan tetapi Allah berbuat apa yang di-KehendakkiNya.

Page 23: WAHDANIATULLAH

23

Tetapi ADAB-nya ada. Kalau manusia berkehendakkan sesuatu ada dua jalan pertamameminta, kedua mencuri. Contohnya kita hendakkan burung merbuk yang merdusuaranya. Diminta tuannya tidak hendak memberi, hendak dibeli tidak dijual. Jika hendaksangat terpaksalah di-CURI. Barulah sampai hajat dihati.

Sama jugalah dengan Wahdaniatullah ini. Untuk Mengenal Allah perlu mendalami SifatTuhan. Untuk mendapat Rahsia Tuhan perlulah Mengenal Rasul.

Tetapi satelah belajar Mengenal Rasul masih lagi tidak dapat berjumpa dengan Rasul.Belajar Ilmu Ketuhanan masih lagi belum dapat berjumpa Tuhan. Maka jalan yang akhirbarangkali ialah Mengaku Jadi Tuhan. Kalau kafir kata manusia, biarlah dia kata asalkanjangan Allah yang kata.

Lama kelamaan akan datanglah Rahsia Tuhan itu sendiri dan barulah manusia itu tahuERTI ESA Tuhan itu bagaimana.

Namun janganlah berputus asa, kerana putus asa itu orang yang tidak beriman. Allahciptakan Rasul sebagai Pemberi Ingatan agar manusia jangan Menyengutukan Allah.Huraian demi huraian, Firman demi Firman, maka kalau masih tidak dapat banyak, dapatsedikit pun jadilah. Maka yang SULIT itulah yang dapat mengingatkan manusia.

Adalah menjadi SATU AMANAT kepada Umat Islam agar Menemukan Diri mereka kepadaTuhannya. Salah satu caranya melalui Rasul. Yang telah kita tahu ialah rasul itu ialahNAFAS atau NYAWA atau RUH yang SESIFAT dengan NABI MUHAMMAD MUSTAFARASULLILLAHI TAALA.

RAHSIA BISMILLAH &ALIF – LAM-RA..

Kita sedia maklum bahawa apa jua yang hendak kita lakukan hendaklah kita mulaidengan membaca Kalimah BISMILLAH. Ianya adalah satu Perentah Allah.

Mungkin ada yang belum tahu didalam Surah mana dan Ayat yang keberapa Perentahitu disampaikan ?Dari segi Hukum Akal tentulah Perentah itu disampaikan pada Ayat Yang Terawalditurunkan Allah kepada baginda Rasul …kerana jika Perentah itu disampaikan ditengah

Page 24: WAHDANIATULLAH

24

–tengah Kerasulan baginda maka akan adalah Surah yang boleh dibaca tanpa Bismillah( melainkan satu Surah sahaja )

Dan itulah yang benar iaitu Perentah membaca Bismillah itu disampaikan melalui wahyuyang pertama iaitu IQRA’. Melalui ayat IQRA’ BISMIRAB ……………seterusnya

Yang diarah ialah Baca Dengan Menyebut Nama Tuhan kamu…dan Tuhan kita ialahAllah ..maka kalimah RABBIKA bertukar menjadi ALLAH ..maka disebutlah sebagaiBISMILLAH.

Allah juga mempunyai Nama Nama yang lain yakni ARRAHMAN bererti PEMURAH diatasSifatNya dan ARRAHIM diatas SifatNya MENGASIHANI .Maka lengkaplah Kalimat NamaAllah Yang Menciptakan ..BISMILLAH HIR RAHMA NIRRAHIM.

Maka para ulamak Tasauf menyatakan bahawa Kalimat ini adalah INDUK kepada AL-FATIHAH sementara Fatihah adalah Induk kepada Al-Quran.

Bismillah Hir Rahma NirrahimDengan Nama Allah Yang Pemurah & PenyayangAlhamdulillah Hi Rabbil AlaminSegala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alamAlf Lam Mim. Zalikal kita bulaa rai ba fi hi hu dal lil mut taaqinAlif Lam Mim. Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang taqwa.

RAHSIA ALIF LAM RA

Sebelum kita mengenal Bismillah ( maksud ) perlu kita mengkaji lebih dahulu RahsiaALIF LAM RA ( Surah Ibrahim : 01 )

Tanpa Alif Lam Ra, maka tiada ujud Nama Tuhan AR-RAHMAN & AR-RAHIM.Kalau tiadaAr-Rahman & Ar-Rahim tiada Pujian akan kedengaran. Jika tiada Pujian maka tidakakan ujud ALIF LAM MIM. Jikalau Alif Lam Mim tidak ujud, maka bagaimana pulamanusia boleh Mengenal Zat , Sifat, ASma’ & Af’al. Ini semua ada kaitannya.

Firman Allah : Ibrahim 01

ALIF LAM RA. Kitab yang kami TURUNKAN kepadamu supaya kamumengeluarkan manusia dari GELAP GELITA kepada CAHAYA TERANG denganIzin Allah Yang Berkuasa lagi Maha Terpuji.

Ini adalah Firman yang menjelaskan erti ALIF LAM RA yakni KITAB YG DITURUNKANkepada manusia dan manusia itu pula TURUNKAN atau MENGLUARKAN KITAB INI

Page 25: WAHDANIATULLAH

25

untuk mengujudkan manusia yang didalam kegelapan kepada cahaya yang telahdisediakan oleh ZAT.

ALIF = TUBUH ZATLAM = SIFAT iaitu JASADRA = NYAWA atau RASUL

INILAH RAHSIA : Alif – Lam – Ra yakni :-

ALIF

Iaitu Mertabat Diri Tubuh yang lengkap yang berdiri dengan sendirinya bergelar ZAT

LAM

Lam itu adalah Jasad yang diciptakan oleh Zat bernama SIFAT LAM JALALAH. Ketika ituZat bernama WAJIBUL WUJUD.

RA

Ra itu adalah bertemu diantara Zat & Sifat yang bernama RASUL.Ghaiblah Zat didalam Sifat Lam Jalalah dan hiduplah Lam Jalalah dengan Zat Allah.

Lam Jalallah itulah JASAD yakni SIFAT BAGI ZAT ALLAH.

NYAWA itu RASUL dan hidupnya Nyawa itu menunjukkan KEHIDUPAN ZAT SEMATA-MATA.

Bergeraknya jasad kerana bergeraknya nyawa dan bergeraknya nyawa keranamelakukan Af’al Zat. Inilah maksud kalimah Bi iz nirab bihim ( dengan izin Allah ) ayat01 Surah Ibrahim.

Manakala kalimah Ila Siratil A’ziz ( Yang Maha Kuasa ) itu kerana dapatMENGELUARKAN KITAB yang sebenarnya dari kegelapan kepada cahaya yang terang.

Kalimah La Hamid ( Maha Terpuji ) didalam ayat tersebut adalah kerana ianya memujibila manusia dapat mengeluarkan dirinya dari kegelapan itu.

Yang Maha Kuasa AllahPujian bagi Berkuasa itu HuNyata cahaya itu Akbar

AR-RAHMAN itu menunjukkan diatas KEMURAHAN SIFAT ALLAH untuk mengeluarkanmanusia dari tempat Yang Gelap Gelita kepada Cahaya yang terang.

Page 26: WAHDANIATULLAH

26

AR-RAHIM itu adalah Sifat Pengasih dan Penyayang Allah terhadap manusia. Makadikeluarkan manusia yang mendapat CahayaNya diatas Sifat Ar-Rahman denganmemuji akan diri manusia.

Dalam ertikata lain Ar-Rahman itu Allah Maha Pemurah untuk memberi Cahaya kepadamanusia yang dalam kegelapan dan Ar-Rahim itu manusia menerima Pemberian Allahdengan kasih sayang dan memuji Kebesaran Allah yang telah mengeluarkannya darikegelapan.

Inilah Rahsia kenapa Allah itu bernama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Jika tiada Alif-Lam-Ra maka bukanlah lagi Rahsia kepada manusia.

Maka Sifat Allah itu berkait dengan MANI SETITIK. Kenapa dan bagaimana pula ?

ALIF itu adalah Mertabat ZAT kepada Allah MIM itu adalah mertabat SIFAT NAMA yakniASMA’ ALLAH yang lengkap segala Sifat – SifatNya.

Adapun kenyataan DIRI ALIF itu GHAIB dan MIM juga ghaib. Zat dan Sifat bagi Tuhanadalah ghaib dari pandangan mata manusia.

Maka marilah kita nukil akan kalimah BISMILLAH. Kemudian kita buangkan huruf Alif &Mim dan tengoklah RAHSIA NAMA ALLAH bila tiada Alif & Mim.

Bila tengok janganlah TERKEJUT…………………..

Nota Fakir :-

Fakir memilih untuk tidak melanjutkan penyalinan nota dalam bab ini kerana ianyamembabitkan banyak nukilan. Kedua penjelasan seterusnya akan membuatkanpembaca TERKEJUT dan pasti ramai tidak akan dapat menerimanya dan menimbulkanbanyak polemik……

MENGENAL SIFAT.

Firman Allah : Al-Waqiah : 58

Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ? Dia ciptakan dariair yang terpancar. Dari setitis mani , Allah menciptakannya lalu menentukannya.

Page 27: WAHDANIATULLAH

27

Adapun istilah bagi SIFAT Tuhan itu adalah umpama setitis air mani yang bergelar AINULSABITAH ataupun NOKHTAH.

Ini adalah Muhammad Yang Akhir yang menjadi RASUL kepada manusia.AWAL itu adalah ZAT dan AKHIR itu pula SIFAT BAGI ZAT.

Maka marilah diambil contoh . Fikirkan baik baik kerana SIFAT ini dapat diterima akalwalau bodoh macam mana pun manusia itu.

CONTOH UNTUK FAHAM – SEBIJI BENIH LADA & SEPOKOK LADA.

Kalau aku ambil SEBUTIR BENIH cili pi, maka aku katakan bahawa biji benih itu bukanlahSEBUTIR BENIH tetapi ianya adalah SEBATANG POKOK CILI API yang lengkap. Adaakar, ada batang, ada ranting, ada daun, ada bunga , ada buah malah ada biji biji benihsekali..

TENTU kamu akan mengatakan aku gila sebab yang kamu nampak ditanganku ialahSATU BIJI BENIH.

Maka siapakah yang gila ? Aku atau kamu ?. Pada zahirnya aku akan ditomah gila olehmanusia, kerana yang zahir dan nampak pada mata kasar manusia itu HANYA sebutir bijibenih cili api. Kalau benih tetap ianya benih bukan sebatang pokok.

TIDAK GILA kata Tuhan.

Tuhan kata tidak gila kerana aku TIDAK MEMANDANG BENIH ITU SAHAJA.

BASARULLAH menampakkan padaku apa yang ada didalam biji benih itu. Untukmembuktikannya maka aku tanam biji benih itu kedalam tanah yang subur dan dalammasa 1-2 bulan sahaja maka YANG TADINYA HANYA SEBIJI BENIH telah menjadisebatang pokok cili api yang lengkap seperti apa yang aku jelaskan dan tunjukkankepada kamu 1-2 bulan yang lalu

Dan barulah orang percaya bahawa aku tidak gila tetapi manusia yang BENAR keranabuktinya ada didepan mata. Rupanya matalah yang membuat keputusan dan bukannyaotak atau hati nurani manusia itu.

Firman Allah : Surah Ali Imran :

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yangkami hendak mengujinya, kerana itu kami jadikan dia MENDENGAR & MELIHAT.

Sesungguhnya SEBUTIR BENIH CILI API itu adalah sama jua dengan istilah SETITISMANI bagi manusia.

Umpama sebiji benih cili api tadi telah ada disediakan Allah sepokok lada api yanglengkap , maka didalam setitis air mani tadi juga telah lengkap seorang manusia yanglengkap segala-galanya…ya lengkap segala-galanya.

Page 28: WAHDANIATULLAH

28

Nota Sifakir :-

Penulis kitab ini ada membuat NUKILAN berupakan dua bulatan. Pertama ialah satubulatan yang kosong. Kedua merupakan bulatan yang ada titik ditengahnya.

Ini ( bulatan yang kosong ) adalah SIFAT bagi DIRI ZAT ( Fakir = walaupun bulatan itupada mata kasar dilihat sebagai bulatan yang kosong sebenarnya ia adalah bulatan yangpenuh – penuh diliputi oleh Zat umpama cawan yang kosong pun penuh iaitu dipenuhioksigen / udara yang ghaib = ada tapi tidak dapat dilihat. )

Manakala SETITIS AIR MANI itu ialah SIFAT ZAT bagi diri manusia. ( Bulatan yang adatitik ditengahnya = fakir )

Didalam setitis air mani itu telah lengkap badannya dengan segala anggotanya luar dandalam, Qada’ & Qadarnya, Rasulnya, Malaikat atau Nyawanya, semua telah diadakanAllah Cuma mata kasar tidak nampak.

Kalaulah nampak maka bukanlah RAHSIA ALLAH namanya.

Firman Allah : Al-Hadid : 22

Tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan pada dirimu sendiri melainkan telahTERTULIS didalam KITAB sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya yang demikianitu adalah mudah bagi Allah..

Maka jika dikaji Firman diatas, nyatalah pada diri manusia bahawa jatuhnya SETITISMANI dan sebelum menjadi DARAH & DAGING telah siap segala-galanya- ya segala-galanya sama ada ianya hidup lama ataupun pendek, kaya atau miskin, berpangkat atautidak, baik atau jahat..SEMUANYA telah siap..disiapkan.

Inilah yang dikatakan LOH MAHFUDZ atau SURATAN AMAL ataupun AL-KITAB yangsebenarnya yakni AL-QURAN.

Firman Allah :-

Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah TERTULIS

Dan tiap tiap perkara yang mereka lakukan adalah TERTULIS didalam Kitab SuratanAmal.

Dari itu wahai orang orang Islam Yang Beriman !!!!

Ketahuilah secara mendalam tentang Pancaran Air Mani yang zahir oleh pandanganmatamu.

SETITIS MANI yang membawa RAHSIA DIRI ALLAH akan merasakan betapa Lazatnya

Page 29: WAHDANIATULLAH

29

Rasa Penerimaan ZAT. Kalau anda tidak tahu bahawa mani itu datang dari Zat Allah makaanda sebenarnya mengikut hawa nafsu anda.

Firman Allah : An-Nisa : 140

Dan sesungguhnya Allah menurunkan kamu didalam Al-Quran.

Ayat ini sangat pelik dan tahukah anda apa maksudnya ?

Al-Quran disini maksudnya ialah MANI SETITIK dan dari mani itulah zahirnya manusiamelalui pertemuan bapa disampaikan kedalam Rahim ibu.

Firman Allah : Ath – Thaariq : 2-10

Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu ? Bintang yang CAHAYANYAMENEMBUS. Tiada suatu jiwa pun melainkan ada PENJAGANYA. Maka hendaklahmanusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan.

Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara TULANG SOLBI laki lakidan TULANG DADA perempuan. Sesungguhnya Allah benar benar Berkuasa untukmengembalikannya.

Pada hari ini DINAMPAKKAN SEGALA RAHSIA. Maka sekali-kali TIADA BAGI MANUSIAitu kekuatan pun dan tidak ada penolong.

Maka terjawablah segala RAHSIA TUHAN, apabila aku salinkan Ayat Ayat diatas.Zahirnya manusia itu melalui air mani yang Allah Ciptakan yang lengkap dengan jasadyang mati yang menjadi hidup bila ada nyawa.

Nyawa inilah ULUL AMRI yang bernama RUHUL QUDDUS atau RUH AL-QUDSI yangmenjaganya.

Kuatnya jasad / manusia kerana kuatnya Nyawa.

Kuatnya nyawa kerana ianya ialah MALIKKIL QUDDUS yakni ZAT ALLAH yang SEDIAADA didalam DIRI manusia itu.

Jasad itu bergerak kerana KUDRAT ALLAH dan tiada sebiji zahrah sekalipun kuasamanusia itu melainkan KUDRAT ALLAH semata-mata.

Kenapakah manusia itu tidak mahu percaya ?

Nota Fakir :-

Apa yang hendak dijelaskan oleh penulis , nampak lebih jelas didalam beberapanukilannya. Fakir mohon maaf kerana belum pandai memasukkan nukilan nukilan itudidalam laman ini.

Page 30: WAHDANIATULLAH

30

BAB 5

MENGENAL ZAT

Walau macam mana tajuk ditulis atau dicakapkan pun ZAT & SIFAT ALLAH tetap tidakdapat dipisahkan. Dan eloklah kitab ini mengenalkan kepada pembaca apakah itu ZAT-SIFAT-ASMA & AFAL.

ZAT itu adalah sesuatu yang TIDAK DAPAT dinyatakan atau ditunjukkan. Keraba apa ?Kerana ia adalah RAHSIA dan RAHSIA inilah yang WAJIB bagi Umat Muhammad yangberiman MENCARINYA. Siapa jua yang ( menceritakan tentang ) ZAT , makamemanglah susah untuk DISEBUT akan Sifatnya…bagaimana dan macam mana keranakalau DISEBUT bagaimana RUPANYA ZAT itu sudah pergi pada SIFAT. Bercerita tentangZAT sabenarnya menceritakan tentang SIFAT.

Kita menceritakan sebenarnya tidak dapat menyebut atau menjelaskan apakah itu ZAT.

Firman Allah : Al- Insan.

Bukanlah telah datang atas manusia satu waktu dari masa sedang ketika itu belummerupakan sesuatu yang dapat disebut.

Yang merupakan sesuatu yang TIDAK DAPAT DISEBUT itulah ZAT. Dan Allah telahBerfirman bahawa ketika belum zahirnya manusia , manusia telah lama wujud ( tetapibukan wujud dalam rupa sekarang ) bergelar manusia. Ketika itu diri manusia adalahZAT. Benarkah diri manusia asalnya ZAT ?

Surah Al-Waqiah : 62

Dan demi sesungguhnya kamu telah sedia mengetahui TENTANG DIRI KAMU KALIPERTAMA maka ada baiknya KALAU KAMU MENGAMBIL INGATAN.

Nota Sifakir :-

Didalam kitab asal ada Nukilan Kalimah Allah – ALIF – LAM – LAM – HADengan tanda SABDU dengan alif pendek diatasnya ( serupa W ) ditengah tengah. Silasdra ambil tulisan Kalimah Allah Yang Lengkap.

ALIF Iktibar DIRI ZATLAM PERTAMA Iktibar SIFAT DIRI ZATLAM KEDUA Iktibar ASMA DIRI ZAT

Page 31: WAHDANIATULLAH

31

HA Iktibar AFAL DIRI ZAT

ALIF GHAIB - kedalam - LAM PERTAMA - MENZAHIRKAN SIFATTERUS GHAIB - kedalam - LAM KEDUA - MEMBERIKAN ASMA’ AKAN SIFATTERUS GHAIB - kedalam - HA - MENGHIDUPKAN AKAN SIFATNYA…………SETERUSNYA GHAIB – kedalam SABDU UNTUK PENTAJALLIAN SETERUSNYA.

SABDU adalah iktibar TULANG SOLBI ( tempat air mani )ALIF PENDEK diatas SABDU iktibar tulang belakang manusia.

KELAHIRAN MANUSIA = PENTAJALLIAN SETERUSNYA

Sila lihat semula Kalimah Allah saudara

ZAT itu ALIF TEGAK umpama HURUF SATUZAT GHAIB..seperti dijelaskan diatas….hinga ke HA terus ke SABDUHA itu iktibar RAHIM IBUZAT ZAHIR SEMULA didalam SABDU iaitu iktibar Tulang Solbi dalam bentuk MANISETITIK.

Surah Al-A’raaf : 189

Dialah yang menciptakan kamu dari DIRI YANG SATU.

Maka inilah maksud Allah yang menyatakan pada manusia melalui Firman diatas akanCARA MENCIPTAKAN AWAL DIRI MANUSIA.

Maka jika tidak faham aku tinggalkan bahagian ZAT dahulu kerana ZAT ini bukannyasenang untuk diterangkan secara sepintas lalu. Aku akan berbalik semula selepas akumenerangkan BAB SIFAT

Page 32: WAHDANIATULLAH

32

BAB 6

MENGENAL ALLAH & MUHAMMAD

ZAT ALLAH itu MELIPUTI SEGALA DIRI kita manusia

SIFAT itu adalah menunjukkan HAL KEADAAN ZAT

ALIF itu adalah TUBUH ZAT yang melakukan semua AF’AL.AF’AL itu ialah semua perbuatan manusia.

Firman Allah : Al-Fushilat : 54

Dia meliputi segala sesuatu.

ALIF itu adalah DIRI bagi Sifat ZAT yang NamaNya ialah ALLAH.

Berdirinya manusia ibarat Huruf ALIF yang lurus. Ini adalah AWAL & AKHIRnya DIRImanusia.

ZAT adalah Mertabat Kosong atau TIADA yakni walaupun nampak kosong tetapi penuhmelimpah

AF’AL adalah mertabat ALIF yang Berdiri Tegak menyatakan Diri Tuhan itu berdiridengan sendirinya

Bila Zat meliputi manusia itu terjadilah dirinya berdiri dengan sendirinya.

MENGENAL MUHAMMAD

Adapun untuk mengenal Muhammad adalah melalui TITIK NOKHTAH bernama SIFATYANG AKHIR bagi DIRI ZAT bernama MANI kepada manusia.

Daripada Mani Setitik menjadilah darah, daging, tulang, urat sehingga cukup sifatsifatnya bernama INSAN atau BAYI.

Ketika inilah RUHUL QUDDUS atau ZAT ALLAH – BERKAMIL didalam Insan. Makahiduplah bayi dengan nama INSAN KAMIL ataupun ADAM yakni manusia yangmembawa SIFAT TUHAN YANG ZAHIR dan YANG BATIN. Itulah ZAT.

Bila disebut Kalimah Allah maka Kalimah Muhammad tidak dapat dipisahkan. Makazahirlah Rukun Islam yang pertama yaitu KALIMAH SYAHADAH.

Page 33: WAHDANIATULLAH

33

KALIMAH SYAHADAH ialah ucapan diri menyatakan ZAT itu ialah Allah dan ucapanmenyaksikan diri ( kita sendiri ) adalah SIFAT ALLAH.

Kalau benarlah Kalimah Tauhid itu bermaksud KENYATAAN ZAT ALLAH dan KalimahRasul itu menunjukkan Sifat Allah maka apa pula hubungkait Zat Allah dan Sifat Allahdengan manusia ?

Allah itu nama bagi Zat dan Ia Meliputi sekalian manusia

Page 34: WAHDANIATULLAH

34

BAB 7

MENGENAL DIRI

Tiliklah diri anda sendiri, kemudian anda renungkan baik baik dan tanyalah :-

SIAPAKAH DIRI ANDA SEBENARNYA & SIAPAKAH ALLAH ?

Firman Allah : Al-Anfaal : 02

Sesungguhnya orang orang yang beriman itu hanyalah mereka mereka yangAPABILA DISEBUT SAHAJA NAMA ALLAH maka GEMENTARLAH HATIMEREKA.

Kenapakah gementar hati bila dilafaz Nama Allah ?

Gementar itu bagi manusia yang beriman. Bagi manusia kebanyakan sebut 1000 kalipun mereka tetap dalam keadaan biasa. Bagaimana pula dengan anda sendiri ? Cubasebut Nama Allah sekarang. Gementar , tidak ?

Kerana GEMENTAR itu menunjukkan HIDUP-nya KALIMAH ALLAH yang memenuhisetiap ruang anggota zahir manusia.

Bila dilafazkan ..ALLAH seperti ada karan elektrik menangkap badan. Menjujut danmeremang bulu roma.

Ini adalah mereka mengetahui dan berpegang kepada IKHTIKAD bahawa ALLAH ituMELIPUTI DIRI dan bagi mereka itu mereka tidak ada kuasa walau sebiji zahrah punmelainkan semuanya Kuasa Allah belaka.

ALLAH MUHAMMAD MANUSIAMAANI MAKNUYAH WAHDANIATULLAH

Kudrat Kaunuhu-Qadirun KekuatanIradat Kaunuhu-Muridun NafsuIlmu Kaunuhu-Alimun FikiranHayat Kaunuhu-Hayyun KehidupanSama’ Kaunuhu-Samiun PendengaranBasar Kaunuhu-Basirun PenglihatanKalam Kaunuhu-Mutakallimun Percakapan

Page 35: WAHDANIATULLAH

35

Adapun Kaunuhu itu ertinya MENUNJUKKAN HAL KEADAAN .Yang menunjukkan hal keadaan Allah / Zat itu adalah Muhammad yakni Ruh.

Adapun Af’al Allah itu bergelar Sifat Maani yang 7 itu. Daripada Af’al Allah , Allahmenyatakan kepada SifatNya yakni Muhammad. Maka Muhammad pula melakukan Af’alAllah dan Perbuatan Muhammad atau Ruh atau Nyawa ini adalah Sifat Kaunuhu kepadaSifat Maani.

Daripada Sifat Kaunuhu yang dibawa oleh Muhammad disampaikan kepada manusia( jasad ). Kalau manusia itu TAHU bahawa kelakuan mereka adalah dari Kaunuhu Zat ,maka manusia itu menjalankan SIFAT WAHDANIATULLAH yakni MENGESAKAN ALLAH.

Contohnya :-

Segala kekuatan manusia datang dari KUDRAT ALLAH, maka Allah sampaikan Kudratkepada Nyawa ( Muhammad ) dan nyawa pula menggerakkan kekuatan dari KudratAllah kepada anggota jasad manusia itu.

Penyampaian Muhammad kepada jasad / anggota manusia itu disebut sebagaiKaunuhu. Kalau Kudrat Allah yang diberi, maka Qadirun pada Diri Muhammad danKUAT-lah jasad manusia itu.

Page 36: WAHDANIATULLAH

36

BAB 8WAHDANIATULLAH.

Wahdaniatullah itu maksudnya MENGESAKAN akan ALLAH dan telah banyak huraiandan FirmanNya dilafazkan bahawa RAHSIA ALLAH itu adalah manusia.

Kalau mengetahui Allah tidak berbilang, tetapi SE yakni MELIPUTI maka hindarkanlahdiri dari MENDUAKAN TUHAN. Caranya adalah didalam KALIMAH LA ( Lam Alif )

LA HAYYUNLA QADIRUNLA SAMIUNLA BASIRUNLA MURIDUNLA MUTAKALLIMUNLA ALIMUN

Dilafazkan ertinya sebagai :-

Tiada aku yang hidup, tiada aku yang berkuasa, tiada aku yang mendengar, tiada akuyang melihat, tiada aku yang berkehendak, tiada aku yang bercakap dan tiada aku yangmengetahui MELAINKAN ALLAH yang MELIPUTI ( wahdaniat ) seluruh zahir danbatinku. INILAH KALIMAH MENGISBAT.

Adapun LAM ALIF ( LA ) tadi adalah KALIMAH NAFI yakni manusia yang tidak mahuMENSYIRIKKAN ALLAH perlu MENAFIKAN dahulu apa yang dilakukan itu bukanlahperbuatan mereka. Bila telah dinafikan bahawa Jasad / manusia tidak BERUPAYA danIQTIKAD-nya bukanlah manusia yang bergerak tetapi AF’AL ALLAH –lah yang bergerak.

Jika hendak dihuraikan Sifat 20 akan memakan masa. Tetapi inilah isinya. Ujud itu ADA,yang ada ialah ZAT ALLAH. Zat inilah yang mengujudkan Sifat Salbiah yang 5, SifatMaani yang 7, Sifat maknuyah yang 7 juga + ada tadi kini menjadi 20 Sifat yang wajibkita tahu serta faham.

SIFAT SALBIAH : Sifat Sifat Salbiah ialah :-

KidamBaqa’Mukhalafatuhu Taala Lil HawadithKiamuhu BinafsihiWahdaniat

Page 37: WAHDANIATULLAH

37

SALBIAH itu adalah dari perkataan SALBI bermaksud BENIH. Pujian atau Zikir benihialah AH ( Alif Ha ) . Tamatnya Sifat Salbiah pada Wahdaniat. Wahdaniat ertinya ESA.Yang diesakan ialah WUJUd yakni ZAT.

Mungkin mengesakan Zat itu adalah sesuatu yang tidak diterima Syariat kerana kurangilham dan ilmu. Oleh kerana kurangnya ilmu dalam bab Wahdaniat maka lahirlah kitabini untuk menerangkan tanggungjawab mengesakan Zat untuk bacaan dan pemahamananda semua.

Walaupun Wahdaniat itu Sifat ke-5 dari Sifat 20 Allah tetapi Sifat ini adalah IBU SIFAT20 ALLAH. Tanpa mengenal dan memahami serta mendalami anda BOLEH JADI HOPPI( Syirik yang halus )

Cuba kita perhatikan jumlah jari jari manusia. Yang kanan ada 5 manakala dikiri punada 5 juga. Kenapakah Allah jadikan jari jari tangan dan kaki kita sebegitu ?

Cuba renungkan perkara perkara dibawah :-

JARI JARI TANGAN = Jumlahnya ada 5

1 Jari Kelenkeng2 Jari Manis3 Jari Hantu4 Jari Telunjuk5 Jari Ibu

MANUSIA itu ialah terdiri dari 4 + ? unsur = 5

1 Tanah2 Air3 Angin4 Api5 ?

atau 4 + ? = 5

1 Di2 Wadi3 Mani4 Ma’nikam5 ?

SIFAT SIFAT RASUL ialah 4 + ? = 5

Page 38: WAHDANIATULLAH

38

1 Siddiq2 Amanah3 Tabliq4 Patonah5 ?

SAHABAT RASUL ialah 4 + ? = 5

1 Abu Bakar2 Omar3 Osman4 Ali5 ?

NYAWA itu adalah Malaikat terdiri dari 4 + ? = 5

1 Nafas2 Ampas3 Tanapas4 Nupus5 ?

MALAIKAT

1 Jibrael2 Mikael3 Israfil4 Izrael5 ?

Jika ditolak ? jumlahnya ada 24 tetapi jika anda dapat mencari jawapan tandatanya itujumlahnya akan menjadi 30 bersesuaian dengan 30 juzuk Al-Quran.

Carilah jawapan tandatanya itu ( ? ) PETUNJUK JAWAPAN seperti dibawah :-

Bagi mencari jawapan perlulah kita meneliti Kalimah Syahadah dan huraian berkaitandengannya.

Adapun Kalimah Syahadah itu mengandungi 24 huruf – menunjukkan kehidupanmanusia sehari semalam selama 24 jam juga. Hiduplah manusia sebagai HAMBAkepada undang undang Syariat Feqah tetapi belum pasti menjadi hamba Allah yangberiman.

Kerana apa pula dikatakan manusia itu menjadi hamba kepada Syariat dan Hukum

Page 39: WAHDANIATULLAH

39

Feqah dan tidak sebagai Hamba Allah ?

Kerana manusia PERASAN yang merekalah yang hidup dan menjalankan Sunnah Rasuldan Perintah Allah.

Dari mana datangnya Sunnah Rasul jikalau tidak tahu dan mengenal akan Rasul ? Darimana datangnya Perentah Allah kalau tidak kenal Allah , apa lagi berjumpa Allah ?

JAWAPAN ?

1 Tanah 2 Air 3 Angin 4 Api5 ? = ADAM

1 Di 2 Wadi 3 Mani 4 manikam5 ? = JASAD

1 Siddiq 2 Tabliq 3 Amanah 4 Patonah5 ? = RASUL

1 Abu Bakar 2 Omar 3 osman 4 Ali5 ? = MUHAMMAD

1 Nafas 2 Anpas 3 Tanapas 4 Nupus5 ? = DIRI

1 Jibrael 2 Mikael 3 Israfil 4 Izrael5 ? = KEMBAR

IANYA BOLEH JUGA DIFAHAMI SEPERTI DIBAWAH :-

Yang dikatakan sebagai Manusia itu :-

Tanah + Air + Angin + Api = ADAMDaging + Tulang + Urat + Darah = MANUSIADi + Wadi + Mani + Manikam = INSAN

Yang dikatakan sebagai Malaikat itu :-

Nafas sampai di – UBUN UBUN digelar JIBRAELNafas sampai di – MATA digelar MIKAILNafas sampai di – PUSAT digelar ISRAFILNafas sampai di – JANTUNG digelar IZRAEL

Yang dikatakan Sahabat itu :-

Page 40: WAHDANIATULLAH

40

Abu Bakar gelaran untuk NAFAS YANG KELUAROmar gelaran untuk NAFAS YANG MASUkOSMAN gelaran untuk NAFAS DI-HALKOMALI gelaran untuk NAFAS YANG TURUN NAIK

Yang dikatakan Pecahan Nafas itu :-

NAFAS di MULUTANPAS di HIDUNGTANAPAS di BELAKANG KEPALA ANTARA 2 TELINGANUPUS di JANTUNG

MAQAM = MELIPUTI DIRI.

Page 41: WAHDANIATULLAH

41

BAB 9HURAIAN RINGKAS PENGERTIAN HAKIKAT RUKUN IMAN

PERCAYA KEPADA ALLAH

Allah itu Nama bagi Zat yang MELIPUTI batang tubuh manusia itu.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT

Malaikat itu Nama bagi Nyawa bergelar NAFAS.

PERCAYA KEPADA KITAB

Kitab itu bernama Al-Quran Yang Haq yaitu Suratan Amal dan inilah Sifat Akhir Diri Zatbernama Mani atau AINUL SABITAH

PERCAYA KEPADA RASUL

Rasul ini bernama Muhammad Mustaffa Rasulillah, dikenali sebagai RUH Manusia

PERCAYA PADA HARI AKHIRAT

Akhirat adalah tempat berhimpunnya segala Ruh dan Malaikat serta jin iaitu DIRI BATINmanusia itu.

PERCAYA PADA QADA’ & QADAR

Qada’ & Qadar itu ialah KELAKUAN MANUSIA yakni AF’AL ALLAH.

HURAIAN RINGKAS PEMAHAMAN HAKIKAT TENTANG RUKUN ISLAM

MENGUCAP

Allah suruh manusia NYATAKAN DIRI AWAL MANUSIA itu adalah DIRINYA jua.

SOLAT

Allah suruh manusia TILIK DIRINYA itulah KEBESARAN ZAT yakni ALLAH

PUASA

Page 42: WAHDANIATULLAH

42

Allah suruh manusia ZAHIRKAN SIFAT AWAL MANUSIA sebelum masuk ke ubun ubunbapa dan SE-KAN

ZAKAT & FITHRAH

Allah suruh manusia kembalikan DIRI sebagaimana ianya datang atau lahir

HAJI

Inilah Hajat Allah kepada Rasul supaya Umat Muhammad dapat dikeluarkan dariKegelapan MENDUAKAN ALLAH / MENYENGUTUKAN ALLAH.

Page 43: WAHDANIATULLAH

43

BAB 10

BAB PENUTUP …..RUMUSAN WAHDANIATULLAH.

Firman Firman Allah : Al-Naml : 09 : Yang Bermaksud :

Orang yang Taqwa itu beriman kepada Yang Ghaib

Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab & Rasul

Bersyukurlah kepada Allah dan barangsiapa yang syukur kepada Allah sesungguhnyadia bersyukur untuk DIRI SENDIRI

Sesunggunya Aku adalah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Menilik akan kelakuan dan amal ibadah yang dilakukan oleh batang tubuh semuanyadari AF’AL ALLAH sama ada ianya bergelar BAIK mahupun JAHAT, Mungkar atauMakruf.

Firman Allah : Maksud

Katakanlah : Hai kaumku, BERKERJA – lah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnyaAKU AKAN BERKERJA, maka kelak kamu akan tahu.

Maksud Firman diatas adalah jelas bahawa apa jua yang dibuat oleh manusia adalahdigerakkan oleh ZAT DIRI TUHAN. Hidupnya manusia kerana bernyawa. Nyawa itutidak nampak kerana ianya NUR atau CAHAYA dari ALLAH. Adanya Nyawa danbergeraknya Nyawa adalah diatas IZIN ALLAH.

Fikirkan hal ini barulah nyata AF’AL ALLAH.

Sekiranya apa jua yang telah diterangkan sebelum ini masih lagi menimbulkan tandaTanya, maka eloklah baca dan fahami Firman Allah berikutnya yang ditujukan kepadamanusia yang waham.

Firman Allah : Maksud

Allah telah mengunci mati HATI dan Pendengaran dan Penglihatan mereka ditutup.

Yang dimaksudkan dengan HATI ialah DIRI BATIN mereka telah dilapisi oleh 7 Sifat

Page 44: WAHDANIATULLAH

44

Neraka yakni Hawa Nafsu Manusia. Apa jua penerangan dan petunjuk yang sampaimelalui Jalan Haq , mereka enggan mendengar.

Ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, bukan mata yang buta tetapi buta matahati, pekak pendengaran batinnya. Oleh itu elaklah dari Menduakan Allah & SyirikHoppi.

Firman Allah : Maksud

Maka apabila manusia ditimpa bahaya, ia menyeru Kami kemudian apabila Kami berikankepadanya Nikmat dari Kami dia berkata sesungguhnya aku diberi nikmat itu adalahatas kepintaranku. Sebenarnya itu adalah ujian. Tetapi kebanyakan mereka itu tidakmengetahui.

Ini adalah salah satu Firman yang menunjukkan manusia itu tidak bersyukur denganPemberian Nikmat Allah, bahkan ianya mengaku pula bahawa kejayaan mereka adalahkerana mereka pandai, rajin dan sebagainya dan tiada kena mengena dengan Allah.

Maka lenyaplah HAQ ALLAH . Kebathilanlah yang memandu kehidupan mereka.

Firman tadi memberitahu bahawa Nikmat yang diberi adalah satu UJIAN. Maka kalaumanusia tidak tahu dan tidak mendalami akan maksud Nikmat itu, hukumnya Syirik.Dan syirik inilah yang selalunya diamalkan ramai manusia dalam kehidupan masingmasing.

Contoh : Supaya Lebih Jelas

Allah telah memberi ilmunya kepada saorang wanita maka dengan Ilmu Allah tadi makapandailah wanita itu didalam bidang jahitan dan fesyen. Maka ramailah ramailahpelanggannya yang rata rata berpuashati dan memuji akan kepakarannya : pandailahkakak menjahit dan mereka fesyen, cantik, kemas dan sedap dipakai.

Maka besarlah hati wanita itu menerima pujian tetapi adakah dia bersyukur kepadaAllah yang memberikannya ilmu yang menjadikan dia pandai. Yang memberikan diaKudrat, yang memeberikan dia Nyawa untuk terus hidup dan dapat pula wang hasiljahitannya melalui ILMULLAH & KUDRATULLAH tadi.

Maka mengapa pula dia mengaku dia yang menjahit dan menggunting untuk dijadikansepasang baju itu ?. Dari segi pandangan mata zahir memanglah benar kakak itu yangmenggunting dan menjahit.

TETAPI kenapa tidak mahu saksikan siapa yang menggerakkan kakinya hingga dapatmemusingkan tali mesen jahit dan siapa pula yang memberi penglihatan pada matanyasehingga benang dapat dimasukkan kedalam lubang jarum yang halus itu ?

Page 45: WAHDANIATULLAH

45

Jawabnya tentulah NYAWA kerana ianya memang masuk dek akal. Buktinya ialahsekiranya ada tukang jahit yang baru saja mati cubalah bawakanlah benang dan jarumdan suruhlah dia bangun dan menjahit.

Boleh atau tidak tukang jahit yang baru mati itu menunaikan hajat kita ?

Kenapa tidak boleh ? Kerana dia SUDAH TIDAK ADA NYAWA. Yang masih ada ialahJasad , yang tidak ada ialah Nyawa. Maka sangkaan kita bahawa selama ini Jasadlahyang hidup kerana situkang jahit selalu kata dia yang buat itu dan ini adalahKESILAPAN YANG JELAS SILAP. Tetapi kita terus menerus juga membuat kesilapan itukerana kita tidak MENILIK atau memperhatikan fakta bahawa Jasad itu kelihatan hidupkerana ianya BER-NYAWA.

TUHAN = ALLAHNYAWA = MUHAMMADJASAD = MANUSIA……………………………………………………………………………………………..

Nota Fakir :

Kenyataan diatas disampaikan oleh penulis melalui nukilannya yg tidak dapat fakirmasukkan kelaman ini ( sbb tak tahu caranya )

NUKILAN SATU

Tuhan – Sila tulis Kalimah Allah ( jawi )Nyawa – Sila lukis ejaan Muhammad ( jawi )Jasad – Sila lukis gambar manusia.

Maksudnya Allah ghaib dalam Muhammad & Muhammad ghaib dalam Jasad Manusia .

NUKILAN DUA

LA ( Lam Alif ) = ZAT iaitu DIILAHA ( Alif – Lam – Ha ) = SIFAT iaitu WADIILLA ( Alif – LamAlif ) = ASMA ‘ iaitu MANIALLAH ( Alif – Lam – Lam – Ha ) = AF’AL iaitu MANIKAM

La itu kosong yang penuh, Ilaha yg kosong melahirkan diri sebagai SATU NOKHTAHseterusnya menjadi dua titik dan menjadi ALIF. Alif membentuk Kalimah Muhammadmenjadi Rasul kepada Allah yang meliputi seluruh jasad manusia itu.

Maksudnya Zat yang disebut sebagai DI ghaib kedalam Sifat yang disebut sebagai

Page 46: WAHDANIATULLAH

46

WADI bernama MANI dan terus dipancarkan ketempat yang gelap iaitu RAHIM IBUmembawa RASUL bernama MUHAMMAD yang MENYAMPAIKAN KEPADA LEMBAGA yangdikeluarkan dari TEMPAT YG GELAP ke dunia penuh cahaya ..ketika kecil dipanggil bayi…bila besar dipanggil MANUSIA.

Nyawa itu dipanggil MUHD BATIN dan JASAD MUHD ZAHIR. Muhd Batin tiada alatkelamin kerana tidak perlu membiak berbanding Muhd Zahir.

………………………………………………………………………………………………

Firman Allah : Az-Zumar : 42

Allah memegang jiwa ketika matinya dan jiwa yang belum mati diwaktu tidurnya, makaDia tahanlah jiwa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yanglain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapatTanda Kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

Tiap tiap permulaan ada kesudahannya. Maka permulaan manusia adalah HIDUP dankesudahannya MATI. Kalau setakat mati sahaja tidaklah mengapa tetapi sesudah matiakan dihidupkan semula.

Manusia yang beriman melihat mati itu sebagai PERSINGGAHAN untuk MENEMUITUHAN bukannya dalam Syurga mahupun Neraka. Mereka bertanya jikalau merekatidak mati maka bagaimanakah mereka boleh disempurnakan.

Kematian itu adalah satu yang pasti.

Mereka yang dimatikan SECARA SEMPURNA oleh Allah , seluruh badannya kelihatantumpat, wajahnya berseri ( dengan Cahaya Zat ) lembut liuk, tiada najis dalam duburdan apabila diusung kekubur pengusung tidak terasa berat. Bila dimasukkan kelianglahat mayatnya akan ghaib.

Inilah KESEMPURNAAN MANUSIA YANG HAQ….bukannya jasad ditanam untuk dipukuldan sebagainya.

Bagi mereka yang tidak tahu erti MENG-ESAKAN ALLAH ..sentiasa sahaja menduakanAllah dengan diri mereka sendiri. Biasanya belum setengah jam mati bau sudah busuk,badan sudah kejang sehingga nak qiamkan pun susah dan bila ditekan perut najismemancut.

WAHDANIATULLAH telah menjelaskan cara cara bagaimana manusia TERSELAMAT dariSYIRIK HOPPI yakni dari menyengutukan Allah secara halus atau Syirik yang tidaknampak.

Page 47: WAHDANIATULLAH

47

Firman Allah : Maksud

Dan janganlah kamu termasuk orang orang yang mempersekutukan Allah yaitu orangorang yang memecahbelah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan.Tiap tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

Nota Fakir :-

Penulis kitab Wahdaniatullah menggunakan beberapa Nukilan Nukilan untukmenjelaskan apa yang hendak dijelaskannya.

Nukilan Satu

Cuba pembaca lukis 4 bulatan sebesar duit 20 sen. Bulatan pertama cuma bulatankosong, bulatan kedua ada satu titik ditengahnya, bulatan ketiga ada dua titik ditengahdan bulatan keempat ada huruf ALIF ditengahnya juga.

Nukilan Dua

Lukis 3 bulatan seperti diatas. Bulatan pertama tulis dalam ejaan jawi perkataanAHMAD ( Alif Ha Mim Dal ). Bulatan kedua tulis didalamnya perkataan MUHAMMAD (Mim Ha Mim Dal ) Bulatan ketiga tulis didalamnya perkataan ALLAH ( Alif Lam Lam Ha )

………………………………………………………………………………………………...............................

Huraian Nukilan 1

Bulatan Kosong

SEZAT adala LAA ( LAM ALIF ) yakni TIADA apa jua pada jasad. Maka yang ada danWUJUD hanyalah UJUDULLAH.

Bulatan Satu Titik

SESIFAT adalah ILAHA ( Alif Lam Ha ) yakni NYATA-lah Jasad ini adalah MenyatakanSifat Kebesaran Diri Ujudullah.

Bulatan Dua Titik

SEASMA’ adalah IL LA ( Alif Lam Alif ) yakni HANYA NAMA KEBESARAN –nya ada padaJasad yaitu Allah.

Bulatan Alif

Page 48: WAHDANIATULLAH

48

SEAFAL adalah ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) yakni segala kelakuan Jasad adalah TERBITdari AF’AL Allah. Jasad TIDAK MEMPUNYAI sebarang kelakuan melainkan Allah jua yanghendak Menampakkan Af’alNya melalui diriNya jua yaitu jasad.

Huraian Nukilan Dua

Bulatan Ahmad

Adapun Zat itu bernama AHMAD ( Alif Ha Mim Dal ) bersifat Muhammad ( Mim Ha MimDal ) yang bergelar ULIL AMRI yakni DIRI BATIN-ku yang menjalankan segala Af’alNyakepadaku.

Bulatan Muhammad & Allah

Adapun SIFAT MUHAMMAD ini bergelar RASUL kepadaku kerana Ianya MENYAMPAIKANPenglihatan , Pendengaran dll semasa Ianya bergelar NYAWA atau JIWA-ku.

Dan zahirlah Jasad-ku dengan ZAT TUHAN yang MELIPUTI DIRI JASAD memenuhiZAHIR dan BATIN-ku.

ALLAH-lah ASAL-ku dan AKHIR-ku.

HURUF HURUF KALIMAH SYAHADAH DAN MAKAM / ALAMNYA.

Nota Fakir :-

Perkara diatas juga dihuraikan oleh penulis melalui Nukilan yang amat rumit untukdijelaskan. Fakir tidak dapat menjelaskannya . Maaf

Cubaan Fakir Untuk Menghuraikan Nukilan Tiga.

Bulatan petama ada huruf LAM ALIF didalamnya bermaksud LAA ( Lam Alif ) itu ZAT ,makam atau alamnya ialah LAHUT.

Bulatan kedua ada ILAHA ( Alif Lam Ha ) didalamnya yang bermaksud ZAT ghaibdidalam SIFATNYA di makam / alam JABARUT.

Bulatan ketiga ada huruf ILLA ( Alif Lam Alif ) didalamnya bermaksud ASMA’ , alamnyaMALAKUT

Bulatan keempat ada huruf ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) didalamnya bermaksud AF’AL ,alamnya RUH.

Page 49: WAHDANIATULLAH

49

Seterusnya bulatan kelima ada huruf MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal ) didalamnyaAsma’ Ruh ketika itu ialah AHMAD ( Alif Ha Mim Dal ), alamnya ialah Alam Mithal.

Seterusnya RUH bergelar AHMAD ghaib dalam lembaga bayi didalam kandungan ibuyang kini bergelar RASUL bernama MUHAMMAD . Ini digambarkan penulis dalambulatan keenam yang ada tulisan RASUL .

Bulatan ketujuh ada kalimah ALLAH didalamnya bermaksud apabila bayi dilahirkan ibudan membesar manusia , ZAT ALLAH –lah yang MELIPUTI Jasadnya dipanggil Nyawa.Alamnya ialah Alam INSAN.

PERKARA DIATAS BOLEH JUGA DILIHAT SEPERTI DIBAWAH :-

KALIMAH SYAHADAH

LA- ILA HA- ILLA- ALLAH- MUHAMMAD- RASUL- ALLAH

LA = ZAT – Alamnya LAHUT – simbulnya Bulatan Kosong Berisi Penuh

ILAHA = SIFAT- Alamnya JABARUT – simbulnya Bulatan Satu Titik

ILLA = ASMA’ – Alamnya MALAKUT – simbulnya Bulatan Dua Titik

ALLAH = AF’AL – Alamnya RUH – simbulnya Bulatan Alif

MUHAMMAD = RUH – Alamnya Alam Mithal – simbulnya Alif menjadi AHMAD

RASUL = MUHAMMAD – Alamnya Alam Ajsan / Ibu - simbulnya AHMAD menjadiMUHAMMAD ( Lam Jalallah )

ALLAH = NYAWA – Alamnya Alam INSAN simbulnya manusia

HURAIAN

Inilah Amanah Allah yang menjadi Rahsia kepada manusia dan Rahsia Allah hanyaterbongkar bila Allah memberikan ilham kepada mereka yang dipilihNya.

SE pada Zat maka NYATA-lah SIFAT .SE pada Sifat hanya nama yang wujudSE pada Asma’ barulah nyata Af’al itu Perbuatan Allah.

Page 50: WAHDANIATULLAH

50

LAM JALALLAH

Nota Fakir :-

Nukilan Nukilan Sheikh Qamaruddeen seterusnya merupakan gambar gambar manusiadenan kalimah kalimah ALLAH memenuhi seluruh jasad dengan be-rangka-kan kalimahMuhammad ( Mim Ha Mim Dal ) yang disebut sebagai LAM JALALLAH

Nukilan NUKILAN untuk menjelaskan Lam Jalallah tidak dapat fakir prosakan. Ianyarumit, cantik dan detail.

Fakir hanya dapat menyatakan seperti berikut :-

Manusia itu memakai nama Lam Jalallah. Ghaibnya Lam Jalallah memenuhi sifat jasadmanusia itu.

Ghaib Allah ditubuh Muhammad.Ghaib Muhammad di tubuh manusiaHidupalah DIRI YANG AZALI.

MENGENAL ASAS DIRI

Hidup belum lahir namanya LA ILAHA

Hidup tersuci namanya WAJIBUL WUJUD

Hidup ada sendiri namanya GANAH

Hidup berdiri sendiri namanya ZAT SEMATA-MATA

Cahaya pada ubun-ubun bapa namanya NUPTA GHOLIB

Zahir pada dada bapa namanya SANGKUTAN YG TEGUH

Zahir pada pusat bapa namanya HIDUP MATI

Jatuh dalam Rahim Ibu : ALLAH nama aku. HU pujianku bererti Hidup seta ZatNya.

3 hari 3 malam dalam Rahim : PURALLAH nama aku. HAQ pujianku ertinya hidup sertaNUR

7 hari 7 malam dalam Rahim : SU’AUN namaku. INNALILLAHI pujianku bererti hidupserta RASA

Page 51: WAHDANIATULLAH

51

40 hari 40 malam dalam Rahim : RASULLULLAH namaku. SUBHANALLAH pujianku.Ertinya hidup serta NYAWA.

3 bulan dalam Rahim : MUHAMMAD namaku. ALHAMDULILLAH pujianku, bererti hidupitu serta NAFSUNYA.

7 bulan dalam Rahim : INSAN KAMIL namaku. ALLAH HU AKBAR pujianku bererti hidupserta RUPANYA

9 bulan dalam Rahim : ADAM namaku. LA ILAHA ILLALLAH pujianku bererti hidup sertaTUBUH dan ZAHIR kedunia.

MANUSIA namaku ALHAMDULILAH HI RABBIL ALAMIN pujianku bererti NYATA UJUDHIDAFI namanya YA HU akan pujianku yang bererti melakukan Zat, Sifat, Asma’ danAf’al Allah.

Inilah Nama dan Pujian bagi DIRI ZAT yang meliputi diri kita manusia.

WALLAH HU MUHITH LIL ALAMIN.

Asal Ghaib kita ZATZahir kita adalah NURZATNyata NUR nyatalah ZAT

TAMATUL QALAMSheikh Qamaruddeen Wahdaniatullah Al-Ha