Waj 3037- Deria Dan Seni (Lin)

download Waj 3037- Deria Dan Seni (Lin)

of 3

Transcript of Waj 3037- Deria Dan Seni (Lin)

DERIA DAN SENIDEFINISI DERIA Sistem yang terdiri daripada sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu, dan berpadanan dengan kawasan tertentu dalam otak di mana isyaratnya diterima lalu ditafsirkan. Deria Penglihatan Penglihatan ialah keupayaan otak dan mata untuk mengesan gelombang elektromagnet di dalam cahaya. Mata merupakan indera yang digunakan untuk deria penglihatan. Imej yang dilihat oleh mata akan dibawa masuk ke dalam otak untuk menjalani suatu proses tafsiran.Deria Pendengaran Pendengaran ialah suatu proses pencerapan bunyi. Di dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gentian rerambut halus yang terdapat di dalam telinga. Rerambut halus ini bertindak mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah kecil yang terdapat di persekitaran. Melalui proses ini, pendengaran dapat dihasilkan.

Deria Rasa Deria rasa juga merupakan deria kimia. Alat deria yang berfungsi bagi deria rasa adalah lidah. Lidah akan memberi respon terhadap pelbagai jenis rasa seperti rasa manis, rasa pahit, rasa masam dan rasa masin.

AKTIVITI DERIA DALAM PROSES PEGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DERIA PENGLIHATAN Tayangan seimbas lalu DERIA PENDENGARAN Bahan audio bermesej DERIA SENTUHAN Anyaman Kertas pasir DERIA BAU Minyak wangi pelbagai perisa DERIA RASA Bahan makanan (masam, manis, masin, pahit, kelat, tawar) KEPENTINGAN DERIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menurut Mohd Jamel Ismail (2010), dengan menggunakan deria aktiviti seni dapat meningkatkan naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi. Menurut William G. Perry Jr (1982), pengalaman pembelajaran melalui pelbagai deria boleh menghasilkan hasil pembelajaran yang baik. Beliau mengatakan , Semakin kerap anda menggunakan peralatan atau teknik yang memerlukan penggunaan lebih daripada satu deria manusia, semakin banyak anda dapat menolong mempelajari kemahiran teknomotor.

KEPENTINGANNYA KEPADA MURID DAN GURU MURID Dapat berinteraksi secara langsung dengan persekitaran. Dapat memperkembangkan kemahiran meneroka. Dapat membentuk kebolehan untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi. GURU Dapat menyampaikan informasi secara lebih berkesan. Dapat menarik minat murid untuk belajar. Dapat mengekalkan tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P )