WAJ 3105 Literasi Nombor

10
1.0 TUGASAN 1: PENYELESAIAN MASALAH Berikut merupakan sebutharga bagi pembaikan yang akan dilakukan: Berikut merupakan unit ukuran dalam sistem metrik yang saya guna: 1.1 Pengiraan harga bagi tingkap baru 61cm 244cm 1 Kos pemasangan awning : RM12/kaki persegi Kos menukar tingkap baru : RM20/kaki persegi 1 kaki = 12 inci 1 inci = 2.54 cm 1m = 100cm

Transcript of WAJ 3105 Literasi Nombor

Page 1: WAJ 3105 Literasi Nombor

1.0 TUGASAN 1: PENYELESAIAN MASALAH

Berikut merupakan sebutharga bagi pembaikan yang akan dilakukan:

Berikut merupakan unit ukuran dalam sistem metrik yang saya guna:

1.1 Pengiraan harga bagi tingkap baru

61cm

244cm

1

Kos pemasangan awning : RM12/kaki persegi

Kos menukar tingkap baru : RM20/kaki persegi

1 kaki = 12 inci

1 inci = 2.54 cm

1m = 100cm

Page 2: WAJ 3105 Literasi Nombor

Lebar tingkap : 61cm ÷ 2.54cm = 24 inci

24 inci ÷ 12 inci = 2 kaki

Panjang tingkap : 244cm ÷ 2.54cm = 96 inci

96 inci ÷ 12 inci = 8 kaki

Luas 1 tingkap : 8 kaki x 2 kaki = 16 kaki persegi

Harga bagi 1 tingkap : 16 kaki x RM 20 = RM320

Harga bagi 5 buah tingkap : RM320 x 5 = RM1600

1.2 Pengiraan harga awning pada setiap tingkap

65cm

1m

*75cm

Panjang awning : 65 cm ÷ 2.54 cm = 25.59 inci

25.59 inci ÷ 12 inci = 2.13 kaki

Lebar awning : 75 cm ÷ 2.54cm = 29.53 inci

29.53 inci ÷ 12 inci = 2.46 kaki

Ukuran awning : 2.13 kaki x 2.46 kaki = 5.24 kaki persegi

Harga 1 awning : 5.24 x RM12 = RM 62.88

Harga 5 awning : RM62.88 x 5 = RM 314.40

* lebar mengikut kesesuaian sendiri.

2

Page 3: WAJ 3105 Literasi Nombor

1.3 Pengiraan harga awning keseluruhan dinding

12m

*2m

Panjang: 12 m = 1200cm

Lebar : 2m = 200cm

Panjang awning : 1200cm ÷ 2.54cm = 472.44 inci

472.44 inci ÷ 12 inci = 39.37 kaki

Lebar awning : 200cm ÷ 2.54cm = 78.74 inci

78.74 inci ÷ 12 inci = 6.56 kaki

Ukuran awning : 39.37 kaki x 6.56 kaki = 258.27 kaki persegi

Harga awning : 258.27 kaki x RM12 = RM3099

* lebar mengikut kesesuaian sendiri

3

Page 4: WAJ 3105 Literasi Nombor

PERBANDINGAN DAN JUSTIFIKASI PILIHAN

Bil Kaedah Penyelesaian Kos Jaminan yang diberi

1 Tingkap baru RM 1600.00 60%

2 Awning setiap tingkap (5 tingkap) RM 314.40 -

3 Awning keseluruhan dinding RM 3099.00 -

Berdasarkan jadual di atas, pemasangan awning pada 5 buah tingkap mencatatkan harga yang

paling murah iaitu, RM314.40, diikuti oleh pemasangan tingkap baru, RM 1600 dan juga

pemasangan awning keseluruhan pada dinding, RM 3099. Saya memilih untuk memasang

awning pada keseluruhan dinding rumah. Walaupun harganya jauh mahal berbanding dengan

pemasangan awning pada setiap tingkap dan penukaran tingkap baru, ia lebih menjamin

masalah kemasukan air ke dalam rumah tidak akan berlaku lagi. Selain itu, awning ini mampu

mengelakkan pancaran matahari terik ke arah bilik rumah, sekaligus mengelakkan ruangan

rumah menjadi panas.

Seterusnya, awning pada keseluruhan dinding tidak memerlukan ukuran satu persatu.

Hal ini lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan awning pada setiap tingkap. Ukuran

yang tidak sesuai kemungkinan besar akan menambahkan lagi masalah kemasukan air ke

dalam rumah saya. Pemasangan tingkap pula, hanya mampu memberi jaminan sebanyak 60%

tidak dimasuki air. Perkara ini memerlukan saya membuat pembaikan semula kepada tingkap

tersebut. Meskipun kontraktor tidak mengenakan sebarang caj tambahan, hal ini agak

meyusahkan saya kerana saya perlu menunggu hari hujan bagi mengenalpasti masalah yang

terdapat pada tingkap baru saya. Awning pada keseluruhan dinding juga adalah lebih menarik

kerana kini awning mempunyai reka bentuk yang pelbagai. Malah saya tidak perlu memasang

langsir pada tingkap saya apabila pancaran matahari tidak memancar terik melalui tingkap

rumah, sekaligus lebih menjimatkan kos.

Kesimpulannya, pemasangan awning pada keseluruhan dinding adalah pilihan yang

tepat bagi rumah saya kerana ia lebih tahan untuk jangka masa yang lama. Kos yang tinggi

tetapi, keselamatan rumah terpelihara.

4

Page 5: WAJ 3105 Literasi Nombor

2.0 TUGASAN 2: PENULISAN REFLEKTIF

“Sejauhmana literasi nombor membantu saya membuat keputusan yang lebih bijak.”

Literasi nombor berkait rapat dengan kecekapan seseorang dalam memahami dan

menggunakan idea – idea matematik. Ia juga merupakan kebolehan seseorang dalam

mengaplikasikan matematik bagi mencari punca dan seterusnya bijak menguruskan langkah

penyelesaian masalah matematik yang asas mahupun kompleks dalam pelbagai situasi

kehidupan sebenar.

Dalam Tugasan 1, saya telah memilih untuk memasang awning pada keseluruhan

dinding rumah. Meskipun harganya, jauh lebih mahal berbanding dengan pemasangan tingkap

baru dan pemasangan awning pada setiap tingkap, ia lebih menjamin masalah kemasukan air

tidak berlaku lagi. Pemasangan awning ini juga lebih senang kerana hanya memerlukan ukuran

dinding dan pemilihan lebar awning mengikut kesesuaian rumah masing – masing. Malah,

pemasangan awning adalah lebih menarik dan banyak digunakan pada rumah – rumah pada

masa kini.

Secara amnya, saya banyak menggunakan anggaran dalam kehidupan harian saya.

Kelebihan penganggaran adalah, kita boleh membuat anggaran nilai awal bagi mengelakkan

masalah yang lebih besar timbul. Anggaran yang tepat mampu menangani masalah kerugian,

terutamanya dalam pengiraan. Seterusnya, penganggaran juga membantu membantu saya

dalam melakukan pengiraan secara fleksibel. Kemahiran anggaran yang betul akan

memperkukuhkan lagi kemahiran dalam strategi matematik seseorang individu, terutamanya

dalam pengiraan yang melibatkan pembundaran nombor atau nilai.

Sejak saya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Kelantan, saya mula belajar cara menguruskan wang yang lebih berkesan. Jika dahulu, wang

saya masih lagi diuruskan oleh kedua – dua ibu bapa saya. Kini, saya terpaksa membuat

5

Page 6: WAJ 3105 Literasi Nombor

penganggaran yang betul bagi memastikan perbelanjaan saya tidak melebihi had. Elaun pada

setiap semester ialah RM3100. Terlebih dahulu saya akan menggunakan wang tersebut untuk

membeli tiket penerbangan ulang alik ke Sarawak untuk setiap cuti semester, iaitu Jun dan

November. Saya menetapkan RM800 untuk kos penerbangan saya. Selebihnya RM2300, saya

gunakan sebagai perbelanjaan saya buat satu semester, iaitu RM383.33 sebulan.

Dalam kes ini, setelah membuat penganggaran, saya mampu melihat sendiri jumlah

wang patut saya gunakan bagi setiap bulan. Saya hanya membeli barang keperluan asas

sahaja. Pada masa yang sama, saya belajar berjimat – cermat dan bertanggungjawab dalam

kehidupan saya. Saya sudah berjaya menempuhi 5 semester di IPG ini dengan mengunakan

kemahiran anggaran ini dalam pengurusan wang saya. Malah, saya mengaplikasikan

kemahiran anggaran ini pada beberapa situasi, seperti penganjuran suatu pertandingan atau

majlis rasmi di sekolah.

Kelemahan penganggaran pula, anggaran dan andaian yang dibuat, kadang - kalanya

tidak tepat. Kedua, penganggaran yang salah mampu merugikan seseorang individu atau pihak

yang lain. Ketiga, penganggaran akan berubah mengikut situasi di sekelilingnya. Keempat,

penganggaran yang dilakukan selalunya tidak menyeluruh sehingga menimbulkan jawapan

yang tidak munasabah. Seterusnya, penganggaran adalah berbeza dalam kalangan individu.

Oleh itu, kebanyakkannya, penganggaran tidak mampu memberi keputusan yang tepat.

Pengalaman anggaran saya yang tidak tepat ialah dalam kes pembelian tiket ulang -

alik, Kota Bharu ke Sarawak. Saya selalu membeli sendiri tiket penerbangan menerusi

pembelian secara “online”. Saya perlu mencari anggaran masa perjalanan yang tepat bagi

mengelakkan masalah penerbangan yang bakal berlaku. Masalah yang sering berlaku ialah,

saya sering ketinggalan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak, di atas kelewatan

penerbangan dari Kota Bharu. Di sini, saya gagal memberi anggaran masa yang betul kerana

jarak masak di antara dua penerbangan adalah sangat dekat. Penyelesaiannya, saya akan

memilih penerbangan yang jaraknya ialah 3 hingga 4 jam.

6

Page 7: WAJ 3105 Literasi Nombor

Terdapat beberapa ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dari kemahiran penganggaran ini.

Pertama, saya mampu menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk membolehkan saya

membuat keputusan yang lebih baik. Kedua, penganggaran melatih saya untuk lebih fleksibel

dalam pengiraan saya, bagi pelbagai bentuk situasi. Ketiga, proses penganggaran telah melatih

saya dalam memperkukuhkan lagi konsep matematik dalam kehidupan harian saya, secara

keseluruhannya. Keempat, penganggaran membantu saya membuat keputusan dengan lebih

yakin dan berani mencuba.

Malah, sebagai seorang individu yang masih bergelar pelajar, penganggaran membawa

kesan dalam hidup saya. Dalam membuat keputusan terutamanya, saya telah mampu

membuat keputusan dengan lebih bijak setelah merasai sendiri proses penganggaran dalam

pengurusan masa, kewangan dan situasi yang lain. Sebagai bakal guru nanti, saya harus bijak

dalam menguruskan waktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu merancang

strategi yang tepat bagi menghasil pengajaran yang berkualiti sekaligus bertanggungjawab

dalam profesion keguruan.

Secara kesimpulan, literasi nombor telah banyak membantu saya dalam membuat

keputusan yang bijak. Literasi nombor telah melatih saya dalam mengaplikasikan strategi yang

sesuai untuk menyelesaikan pelbagai situasi dalam kehidupan harian saya. Kemahiran literasi

nombor ini telah lama wujud dalam diri. Tetapi penambahbaikan haruslah dibuat bagi

membantu saya lebih yakin untuk menggunakan matematik bagi menangani cabaran kehidupan

harian.

(706 patah perkataan)

7