Watak Dan Perwatakan Filem Turbo

download Watak Dan Perwatakan Filem Turbo

of 1

Transcript of Watak Dan Perwatakan Filem Turbo

  • 7/22/2019 Watak Dan Perwatakan Filem Turbo

    1/1

    WATAK DAN PERWATAKAN

    FILEM TURBO

    WATAK: TURBO @ THEO

    Theo seekor siput kebun yang sangat bercita-cita tinggi. Walaupun ia tahu bahawa

    ia siput berjalan dengan lambat tetapi ia percaya jika kita berusaha tiada yang

    mustahil. Selain itu, Theo juga seekor siput yang sangat sayangkan abangnya iaitu

    Chet. Walaupun Chet sering menegur Theo untuk tidak bercita-cita terlalu tinggi

    tetapi Theo tidak pernah terasa hati dengan kata-kata abangnya. Hal ini adalah

    kerana Theo percaya bahawa abangnya berniat baik. Theo juga tidak mudah patah

    semangat. Ketika hari perlumbaan di mana dia telah kehilangan kuasanya, namun

    dia tidak berputus asa. Dia tetap menghabiskan perlumbaan tersebut dengan

    sedaya upaya yang mungkin. Theo juga mempunyai semangat persahabatan yang

    tinggi. Dia sangat sayangkan kawan-kawannya. Buktinya dia tidak sombong dan

    bangga diri serta tidak melupakan kawan-kawannya apabila dia menjadi juara

    perlumbaan Indianapolis 500.

    WATAK: CHET

    Chet merupakan abang Theo. Chet seekor siput yang agak cerewet. Dia sangat

    menjaga adiknya. Bahkan dia buksn berniat untuk mematahkan semangat Theo

    tetapi dia takut melihat adiknya kecewa. Namun begitu apabila melihat adiknya

    begitu bersemangat untuk menyertai perlumbaan Indianapolis 500 tersebut dia

    memberi sokongan dan dorongan kepada adiknya. Chet merupakan abang yang

    sangat penyayang. Buktinya hubungan mereka sebagai adik beradik tidak

    mengalami masalah terutamanya dari segi berkomunikasi.

    WATAK: TITO

    Tito seorang pemandu trak yang menjual tako. Dia dan abangnya memiliki sebuah

    kedai kecil yang menjual tako yang terletak di pinggir bandar. Tito menjumpai Theo

    dan Chet ketika Theo menyelamatkan abangnya daripada menjadi habuan gagak-

    gagak hitam. Tito dan Theo mempunyai persamaan dari segi sikap. Hal ini adalah

    kerana Tito juga mempunyai cita-cita yang tinggi. Apabila melihat kemampuan Theo,

    Tito percaya Theo mampu memenangi perlumbaan Indianapolis 500 tersebut.