Wawancara dan kertas kerja

13
WAWANCARA DAN KERTAS KERJA KOMU NIKASI BERT ULIS

Transcript of Wawancara dan kertas kerja

Page 1: Wawancara dan kertas kerja

WAW

ANCARA DAN K

ERTAS

KERJA

K OM

UN

I KA

SI

BE

RT

UL I S

Page 2: Wawancara dan kertas kerja

JENIS WAWANCARA

Ada beberapa jenis wawancara, iaitu:

1. Man in the street interview. Cara ini dilakukan bila kita ingin mengetahui pendapat umum masyarakat terhadap isu/persoalan yang hendak kita angkat menjadi bahan berita.

2. Casual interview, atau disebut juga wawancara mendadak. Ini adalah jenis wawancara yang dilakukan tanpa persiapan/perencanaan sebelumnya.

3. Personality interview, iaitu wawancara yang dilakukan terhadap tokoh-tokoh yang terkenal, atau bolehjuga terhadap orang-orang yang dianggap memiliki kelebihan yang menarik untuk diangkat sebagai bahan berita.

4. News interview, iaitu wawancara dalam rangka memperoleh informasi dan berita dari sumber-sumber yang mempunyai kredibilitia taupun reputasi dalam bidangnya.

Page 3: Wawancara dan kertas kerja

CARA PENULISAN WAWANCARA

Karangan jenis wawancara terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

Pendahuluan PengenalanIsiPenutup

Page 4: Wawancara dan kertas kerja

PENDAHULUAN

Menerangkan secara ringkas dalam bentuk perenggan:

a. siapa dengan siapab. tempat wawancarac. masa wawancara diadakand. tujuan wawancara diadakan

Page 5: Wawancara dan kertas kerja

CONTOH PENDAHULUAN

Soalan :Sebagai pengarang majalah sekolah anda dikehendaki

mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.

Contoh Pendahuluan :Pada 16 Mac yang lalu, saya iaitu Aleef Adham sebagai

pengarang Majalah SUARA telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam PMR yang baru lalu iaitu saudara Amirul Adhwa. Wawancara yang dijalankan di bilik gerakan ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah SUARA keluaran tahun 2008.

Page 6: Wawancara dan kertas kerja

PENGENALAN

Ditulis dalam bentuk dialog :

a.Mengucapkan salam b.Memperkenalkan diric.Menerangkan tujuan wawancara diadakan

Page 7: Wawancara dan kertas kerja

CONTOH PENGENALAN

Aleef : Assalamualaikum saudara Adhwa.

Adhwa : Waalaikumsalam.

Aleef : Saya Aleef, selaku pengarang majalah SUARA sekolah kita,terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi diwawancara pada pagi ini.Wawancara kita ini akan dimuatkan di dalam majalah SUARA keluaran tahun ini.

Page 8: Wawancara dan kertas kerja

ISI WAWANCARA

Mengandungi soalan pewawancara dan jawapan daripada yang diwawancara

Soalan yang bersesuaian dengan kehendak soalan karangan

Ditulis dalam ayat yang lengkap dan sempurna

Jangan menulis “singkatan” atau “bahasa pasar”Masukkan 4 isi yang menjurus kepada kehendak soalan karangan

Page 9: Wawancara dan kertas kerja

CONTOH ISI

Aleef : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudara sehingga mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam PMR yang lalu?

Adhwa : Selain kedua-dua orang ibu bapa saya,orang yang paling banyak mendorong saya mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaitu Encik Nor Azam.Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak muridnya.Terima kasih cikgu.

Page 10: Wawancara dan kertas kerja

PENUTUP

Nasihat/Saranan oleh orang yang diwawancara kepada pembaca

Ucapan terima kasih pewawancara kepada orang yang diwawancara

Page 11: Wawancara dan kertas kerja

CONTOH PENUTUP

Contoh penutup (nasihat):

Aleef : Soalan saya terakhir.Apakah nasihat saudara kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini?

Adhwa : Nasihat saya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini adalah selain tekun mengulangkaji pelajaran, kita perlu menurut segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita.Akhirnya kita perlu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Contoh penutup ( Penghargaan) :

Aleef : Baiklah saudara Adhwa, akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah sekali

lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya

pada pagi ini.

Adhwa : Terima kasih kembali.

Page 12: Wawancara dan kertas kerja
Page 13: Wawancara dan kertas kerja