web info

26
http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/modul_pnp/kesihatan/ modul_PKK_02.pdf http://www.slideshare.net/bambee255/seksualiti-kkursus-33 http://www.slideshare.net/ggiidoo/pke3101-seksualiti- pendidikan-kesihatanmolluscum-contagiosum 3.0Teori-teori Perkembangan ( Teori Perkembangan Manusia) Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu jasmani, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Dari aspek jasmani, perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat apabila berlaku peningkatan kemahiran dalam pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerja dan sebagainya dan perubahan tersebut bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat di ukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku dari aspek

description

grgrg

Transcript of web info

Page 1: web info

http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/modul_pnp/kesihatan/modul_PKK_02.pdf

http://www.slideshare.net/bambee255/seksualiti-kkursus-33

http://www.slideshare.net/ggiidoo/pke3101-seksualiti-pendidikan-kesihatanmolluscum-contagiosum

3.0Teori-teori Perkembangan ( Teori Perkembangan Manusia)

Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu jasmani, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Dari aspek jasmani, perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat apabila berlaku peningkatan kemahiran dalam pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerja dan sebagainya dan perubahan tersebut bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat di ukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku dari aspek pertumbuhan saiz badan, berat, gigi, tinggi, struktur badan dan sebagainya yang boleh di ukur secara kuantitatif. Perubahan tersebut dapat diukur dalam unit gram dan sentimeter dan pertumbuhan yang biasa akan berhenti apabila organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa.

Page 2: web info

Dari aspek mental, perkembangan seseorang kanak-kanak dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut sudah dapat menguasai kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menganalisis dan sebagainya manakala pertumbuhan kanak-kanak pula berlaku apabila meningkatnya keupayaan berfikir dalam diri kanak-kanak. Seterusnya dari aspek emosi pula, perkembangan dalam diri kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak tersebut dapat mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Emosi ialah gambaran perasaan pada wajah seseorang manakala pertumbuhan kanak-kanak pula akan berlaku apabila kanak-kanak berusia pada umur dua bulan setengah hingga tujuh bulan bayi dapat menggambarkan pada wajahnya perasaan seronok, gembira, duka, takut, sedih, bimbang dan sebagainya. Persaan gembira digambarkan oleh bayi apabila dia dapat menguasai sesuatu seperti dapat berdiri, dapat memicit butang televisyen dan sebagainya dan akan berasa marah jika keinginannya untuk melakukan sesuatu dihalang.

Akhir sekali, perkembangan dari aspek sosial iaitu kebolehan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain. Perkembangan sosial yang dialami oleh kanak-kanak seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya iaitu peningkatan kemahiran disiplin

Page 3: web info

dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain manakala kanak-kanak dapat meningkatkan pertumbuhan apabila berjaya meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain kerana kanak-kanak pada usia sebegini sudah pandai untuk bersosialisasi dan bergaul dengan kanak-kanak yang seusia denganya. Interaksi kanak-kanak boleh dikesan melalui perkembanganya dalam aktiviti bermain iaitu merupakan satu aktiviti penting kanak-kanak sejak lahir hingga berumur 12 tahun.

4.0Teori Perkembangan/Kematangan Arnold Gesell

4.1Profil Arnold Lucius Gesell

Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis. Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.

Page 4: web info

Dalam sebuah penulisan autobiografi, beliau menerangkan zaman kanak-kanak yang beliau alami hampir menyenangkan di mana ‘hills, valley, water and climate concurred to make the seasons distinct and intense in my home town. Each season had its own challenges and keen pleasures, accentuated by the everchanging yet enduring river” (Gesell, 1952). Menurut Bakinsky (1983) Gesell menggunakan bahasa yang sama untuk menerangkan keindahan yang dilihatnya dalam proses pertumbuhan dengan “ its seasons and sequences”.

Beliau mengkaji pertumbuhan kanak-kanak dengan pemerhatian bersungguh-sungguh. Untuk menambah pengetahuannya mengenai proses psikologi yang tersirat, beliau menuntut di sekolah perubatan pada umur 30 tahun, walaupun beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafah dan bekerja sebagai ahli psikologi yang berjaya. Sepanjang 50 tahun di klinik pertumbuhan kanak-kanak Yale, Gesell dengan rakan sekerjanya melibatkan diri dalam sebuah kajian teliti dan luas mengenai perkembangan neuromotor kanak-kanak dan bayi.

Mereka mamperkembangkan norma tingkah-laku yang menyeluruh yang masih bertindak sebagai bahan asas informasi kepada ahli

Page 5: web info

pediatik dan ahli psikologi. Gesell juga memperkembangkan satu daripada kajian pertamanya “ kecerdikan bayi” (Gesell, 1952). Gesell memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak-kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri.

Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak-kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Satu ciri perkembangan yang penting mengenai perkembangan ialah ia terjadi dalam sekuen yang tetap. Ini dapat dilihat dalam fetus yang berkembang misalnya, jantung selalunya adalah organ pertama yang berkembang dan berfungsi dulu. Kemudian sel pembeza yang pantas bermula membentuk pusat sistem saraf iaitu otak dan gentian saraf tulang belakang. Perkembangan otak dan kepala bermula sebelum bahagian lain seperti lengan dan kaki terbentuk. Urutan ini diarahkan oleh ‘blueprint’ genetik.

Perkembangan berurutan bersambung selepas kelahiran. Misalnya sebaik sahaja kepala berkembang di peringkat awal fetus, ia juga mengambil keutamaan dalam perkembangan awal selepas bersalin. Bayi pada mulanya mempunyai kawalan terhadap bibir dan lidah,

Page 6: web info

kemudiannya menguasai kawalan terhadap pegerakan mata diikuti dengan kawalan terhadap leher, bahu , lengan jari , batang tubuh dan kaki. Menurut Gesell (1952) semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan, dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan.

Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Dari pandangan Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Menurut Gesell (1952) lagi kesan kematangan dibandingkan dengan kesan persekitaran. Dalam perkembangan sebelum kelahiran, ini bermakna bahawa diasingkan kematangan dari aspek persekitaran dalaman, seperti suhu badan fetus dan oksigen yang diterima daripada ibunya. Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam stuktur perkembangan sekuens dan bentuk tingkah laku.

Ia adalah tugas mekanisme kematangan.

Page 7: web info

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berlainan. Ia bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakannya berkelakuan dalam cara yang sewajarnya. Gesell memperkatakan bahawa kanak-kanak itu dengan jelasnya memerlukan persekitaran sosial untuk menyedari potensinya tetapi dia juga menegaskan bahawa kuasa sosialisasi bertindak dengan berkesannya apabila mereka berirama dengan prinsip kematangan dalaman. Gesell (1952) lebih menitikberatkan keupayaan untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual.

Kanak-kanak akan duduk, berjalan, dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang dengan sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu pengajaran tidak memberi makna mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak. Beberapa bukti untuk kedudukan kematangan dalam pengajaran datang dari kajian terhadap anak kembar seiras. Misalnya, Balinsky (1983) memberi seorang kembar latihan aktiviti seperti memanjat tangga dan memegang serta memanipulasi kiub.

Page 8: web info

Anak kembar ini dapat menunjukkan beberapa kemahiran lebih daripada yang seorang lagi kembar yang tidak dilatih juga akan menguasai kemudian, tanpa banyak latihan. Dia akan buat demikian pada umur semasa kita mengharapkan menjalankan berbagai tugasan lain. Dengan jelasnya terdapat jadual waktu dalaman yang menentukan kesediaan untuk membuat sesuatu manakala kebaikan latihan awal bersifat sementara sahaja.

MAR

25

Aspek-aspek penting dalam penilaian perkembangan (mental, bahasa/pertuturan/komukasi, social-emosi,

motor, jagaan diri).

MAKSUD PENILAIAN PERKEMBANGAN

Penilaian merupakan proses yang sedang berlaku yang mana menguji kelayakan

kemahiran melalui standard yang ditetapkan dan tinjauan. Penilaian ini dijalankan ke atas

semua aspek perkembangan kanak-kanak iaitu dari segi kemahiran motor iaitu motor kasar

dan motor halus, bahasa dan komunikasi, kemahiran kognitif, sosial-emosi dan kemahiran

penjagaan diri yang mana melibatkan pemakaian dan kebersihan diri.

Perkembangan pula, merupakan proses bagaimana kanak-kanak memerlukan

kemahiran dalam sosial-emosi, kognitif, bahasa dan komunikasi dan fizikal yang mana ia

melibatkan motor kasar dan motor halus. Menurut Piaget, terdapat 4 faktor kritikal dalam

perkembangan iaitu kematangan, pengalaman dari persekitaran, tindakan dari persekitaran

sosial dan pengaturan kendiri (Samuel J. Meisels, 1979:3). Tahap-tahap perkembangan

merujuk kepada jangkaan, urutan dari memperolehi kemahiran bahawa kanak-kanak akan

melalui keadaan yang biasa. Contohnya, kanak-kanak akan merangkak sebelum mereka

boleh berjalan.

Page 9: web info

Penilaian perkembangan pula merupakan proses yang sedang berlaku dari tinjauan

dan memahami tentang kecekapan kanak-kanak yang melibatkan kemahiran, pengetahuan

dan personaliti. Ia adalah corak terbaik bagi menentukan perkembangan kanak-kanak

seterusnya (www.zerotothree.org/glossary.html).

TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

Penilaian perkembangan ini untuk melihat kanak-kanak yang memerlukan perhatian

khas, adalah perlu diketahui apakah jangkaan yang munasabah pada kepelbagaian umur

dan tahap perkembangan. Maklumat tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-

kanak menjadi kayu ukuran iaitu standard yang mana untuk mempertimbangkan

pemerhatian tingkah laku yang khusus atau bentuk tingkah laku itu normal atau luar biasa

(Cartwright, Cartwright & Ward, 1981: 343).

Selain itu juga, penilaian perkembangan ini untuk penempatan. Ia membolehkan

pakar diagnosis yang berkelayakan menilai kanak-kanak tersebut sebelum dia boleh

dibenarkan masuk atau meninggalkan program pendidikan khas. Ujian-ujian tersebut

dikenalpasti seperti tahap keintelektualan, tahap pencapaian, dan bahasa isyarat. Terdapat

banyak masalah yang muncul dalam ujian yang digunakan untuk membuat keputusan

penempatan. Banyak kenyataan-kenyataan yang biasa meminta keputusan asas menjadi

ujian. Jika guru dan pentadbir dibenarkan membuat penempatan berasaskan tekanan maka

ia akan menimbulkan masalah dan akan bercanggah (John Salvia & James E. Ysseldyke,

1987: 15).

Dalam penilaian perkembangan, perkembangan yang biasa boleh digunakan

sebagai bimbingan untuk intervensi dan rujukan di samping dapat menimbangkan dan

menentukan setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan, keperluan dan kemajuan yang dapat

dicapai. Intervensi ini memerlukan penilaian perkembangan untuk bagi melihat kanak-kanak

yang disyaki mengalami perkembangan lambat atau di peringkat prasekolah membuktikan

adanya cerebral palsy.

Berhubung dengan itu, Fallen dan Umansky pada 1985 menyatakan intervensi

merujuk kepada proses tentang gangguan hidup dari ketidakupayaan kanak-kanak dan

keluarga kepada tujuan untuk mengubah arah dan akibat dari ketidakupayaan atau

perkembangan lambat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 46).

Seterusnya penilaian perkembangan ini adalah untuk digunakan oleh jururawat,

pakar pediatrik atau pakar kesihatan yang lain untuk tujuan merancang program yang

Page 10: web info

bersesuaian untuk kanak-kanak tersebut. Pakar bidang perubatan boleh memastikan

kanak-kanak tersebut mendapat bantuan yang benar-benar diperlukan mengikut jenis

ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak itu. Penilaian perkembangan yang dirujuk itu

membolehkan dia membuat laporan tentang tahap-tahap yang dicapai oleh kanak-kanak

mengikut domain-domain (Judith Bondurant-Utz, 2002:77).

PROSES PENILAIAN PERKEMBANGAN

Dalam penilaian maklumat terkumpul adalah efisien, seimbang dan tepat. Misalnya

guru menilai kemajuan akademik pelajar dan tindakan fizikal mereka yang agresif. Kedua-

dua maklumat umun dan khusus bernilai tetapi berbeza dari segi tujuannya. Biasanya

maklumat khusus adalah lebih diyakini dan pertimbangan lebih mudah dipengaruhi kepada

bias faktor luaran seperti yang ditunjukkan oleh pelajar berbanding tingkah lakunya (John

Salvia & James E. Ysseldyke, 1978: 11). Proses penilaian ini melibatkan pengesanan,

diagnosis, rancangan intervensi, laporan dan penilaian susulan.

Proses penilaian pengesanan adalah pertama yang mana ia bertujuan untuk

menentukan sama ada kanak-kanak itu perlu dirujuk untuk penilaian tambahan bagi

mengenalpasti perkembangannya lambat atau hilang upaya. Ia biasanya dilakukan dalam

masa yang singkat dan menilai kemahiran kanak-kanak itu secara keseluruhan.

Bagaimanapun, ia tidak mengandungi maklumat kuantitatif dan kualitatif menyeluruh

berkenaan status perkembangan kanak-kanak tetapi melibatkan siapa yang memerlukan

penilaian selanjutnya. Mereka ialah bayi, kanak-kanak yang bertatih dan prasekolah yang

mungkin memerlukan penilaian tersebut. Bantuan diberikan oleh jururawat, pakar pediatrik

atau pakar kesihatan lain bagi merancang program yang bersesuaian. Instrumen

pengesanan mengenalpasti bahagian perkembangan yang memerlukan peperiksaan hampir

(Judith Bondurant-Utz, 2002: 8). Dalam proses penilaian pengesanan, ia boleh dibuat

melalui temu bual, pemerhatian dan senarai semak.

Temu bual merupakan dialog diantara dua orang yang mana ia dapat menambah

maklumat. Temu bual mungkin boleh distrukturkan, jadi orang yang ditemu bual mendapat

satu set soalan yang sama. Temu bual yang tidak distrukturkan ada yang mengarah kepada

tujuan, boleh mengikut satu dari banyak arahan bergantung dengan jawapan dan

kespontanan tindak balas yang diberi oleh penemu bual. Contoh soalan yang distruktur ialah

nama kanak-kanak itu, tarikh lahir, nama ibu bapa dan umur (Cartwright, Carwright & Ward,

1981:374).

Page 11: web info

Dalam pemerhatian, rakaman sistematik dari tingkah laku yang dibuat dapat

digunakan oleh guru atau pakar persekitaran. Maksud asas dalam dapat dilihat, pengukuran

sifat dari tingkah laku. Terdapat huraian naratif dalam bentuk cerita ialah barang kali

termudah dan kurang berstruktur dari pemerhatian tidak formal.

Rekod anekdot dan running record contohya adalah berbentuk huraian bentuk cerita.

Sementara senarai semak dan pemeringkatan skala adalah bentuk lebih berstruktur dari

data pemerhatian. Dalam bentuk cerita dilihat salah satu yang terbaik untuk menilai sosial

kanak-kanak atau perkembangan emosi dan senarai semak dapat digunakan oleh guru

untuk penilaian keperluan akademik.

Rekod anekdot digunakan oleh guru kelas beberapa tahun untuk merekodkan

tingkah laku kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak yang tidak pernah bercakap dalam kelas

mula bercakap. Sementara running recordsmelengkapkan lebih maklumat berbanding apa

yang dibuat dalam rekod anekdot kerana jangka masa yang lebih disambung. Pemerhati

harus menukarkan maklumat ke dalam borang lain untuk analisis dan interpreasi (Judith

Bondurant-Utz, 2002:296).

Seterusnya senarai semak yang kerap kali digunakan untuk mengumpulkan data. Ia

penting untuk menyimpan tujuan dari senarai tersebut dalam minda dan had panjang senarai

itu. Soalan haruslah objektif dan dapat melengkapkan set tindak balas alternatif. Soalan

terbuka ditanya dan responden menerangkan jawapannya maka lebih lengkap maklumat.

Kebanyakkan soalan melingkupi pelbagai bahagian daripada perkembangan kanak-kanak

kepada dinamik keluarga (Judith Bondurant-Utz, 2002:297).

Senarai semak juga mengandungi tentang senarai tingkah laku yang dijangka, ciri

yang ditunjukkan atau hasil produk bersama rekodkan item yang dipersembahkan atau tidak

ada. Sesetengah senarai semak direka menjadi siri tingkah laku yang boleh digredkan dalam

susunan atau urutan kejadian. Mudahnya, ya bagi tingkah laku atau ciri yang ditunjukkan

atau tidak bagi tingkah laku atau sifat yang tidak ditunjukkan ialah semuanya minta untuk

merekodkan maklumat dalam senarai semak.

Item dalam senari semak berkembang daripada kriteria kejayaan yang ditunjukkan

untuk hasil yang boleh diterima. Senarai semak kriteria yang ditunjukkan dalam kebolehan

Page 12: web info

memotong dengan menggunakan gunting. Guru boleh membuat senarai semak untuk

keputusan yang direkodkan dari pemerhatian kanak-kanak semasa aktiviti projek bebas

untuk jangka masa sepuluh minggu. Kelebihan menggunakan senarai semak ialah maklumat

terbaik yang boleh direkodkan dengan cepat (Cartwright, Cartwright & Ward, 1981:381).

Proses penilaian kedua ialah diagnosis. Diagnosis dibentuk untuk menentukan

wujudnya kecacatan pada kanak-kanak. Jika ada, soalan-soalan akan menentukan masalah

dan kesan kecacatan itu pada perkembangan kanak-kanak. Ada sesetengah kes sebab dan

penyebab tentang lambat atau hilang keupayaan tidak dapat dikenalpasti. Dalam diagnosis

perubatan, beberapa kanak-kanak yang terlibat dengan penilaian diagnosis dibimbing oleh

pelbagai pakar dalam pasukan penilaian. Maklumat diagnosis mungkin datang daripada

keluarga, laporan pakar dari berbagai disiplin dan pemerhatian terus pada kanak-kanak

(Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:105).

Proses penilaian perkembangan yang ketiga ialah rancangan intervensi. Intervensi

awal yang efektif. Ia berfaedah kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarganya.

Bayi dan kanak-kanak yang betatih, kanak-kanak mana yang terdedah kepada persekitaran

berisiko, kanak-kanak dengan jangkaan perkembangan lambat atau kanak-kanak

prasekolah yang dibuktikan tidak berkeupayaan seperti sindrom down atau cerebral palsy

(Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 47).

Dua tujuan utama penilaian adalah menentukan kelayakan untuk bantuan dan

perkembangan individu dari plan intervensi individu. Prasekolah khas, Program Pendidikan

Individu (IEP) juga dikenali program antara intervensi individu kerana melalui penilaian harus

ada keputusan dalam kenyataan tentang tahap persembahan dari banyak domain yang

ditunjukkan iaitu kognitif, motor, sosio-emosi, jagaan diri dan komunikasi.

Untuk menterjemahkan data ke dalam program intervensi, pasukan interdisciplinary

mesti mengikut semua rekod data yang dikumpulkan untuk setiap bidang. Ia menentukan

tahap yang ditunjukkan dari hasilnya melalui huraian kekuatan dan kelemahan kanak-kanak,

ringkasan tentang apa yang kanak-kanak dapat buat, mendirikan keutamaan, menulis

matlamat kenyataan dan membuat keputusan tentang jenis intervensi akan diikuti dengan

matlamatnya.

Prosedur penilaian perkembangan untuk menentukan sama ada intervensi itu

berjalan dan jadual perbincangan susulan untuk memastikan kesinambungan proses.

Menurut Bricker, penglibatan lebih positif dalam intervensi ialah membina penyesuaian

Page 13: web info

interaksi yang mengandungi operan dan pendekatan perkembangan kerana urutan dari

tingkah laku kanak-kanak prasekolah bergantung kepada biologi dan pengaruh persekitaran

(Bruce A. Bracken, 1991:419).

Dalam proses penilaian perkembangan keempat pula ialah laporan atau penulisan

laporan selepas rancangan intervensi. Terdapat banyak keadaan bias dalam mendata yang

dilaporkan bukan dalam penilaian betul-betul. Penilai harus melaporkan bukan hanya apa

yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi juga bagaimana hasil itu diperolehi dan diukur.

Contohnya laporan harus menyatakan item apa yang ditunjukkan dan bagaimana biasanya

item itu pada kanak-kanak. Maklumat berkenaan tingkah laku dalam komuniti yang dijangka

adalah penting. Kanak-kanak berkembang dengan adanya rakan sebaya dalam komunitinya

melalui pembelajaran dan kebolehan berbahasa (Judith Bondurant-Utz, 2002: 77).

Tulisan laporan boleh menggunakan senarai semak yang ada bagi membolehkan

kanak-kanak itu dirujuk kepada intervensi awal atau pendidikan awal kanak-kanak khas

selepas mendapat pengesahan daripada pakar bidang berkenaan iaitu guru atau pakar

perubatan.

Seterusnya ialah proses penilaian perkembangan iaitu penilaian susulan selepas tiga

hingga enam bulan yang mana ia mengumpul kembali maklumat yang telah dinilai sebelum

ini untuk melihat kembali tahap kemajuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak tersebut.

Penilaian ini biasanya dilakukan oleh pakar atau penilai yang sama menilainya sebelum ini.

Ia melibatkan perkembangan dalam domain-domain yang sama iaitu kognitif, sosio-

emosi, jagaan diri, motor dan komunikasi. Adakah kanak-kanak ini telahpun mencapai

kemajuannya dalam item-item yang dilihat sebelum mengikut kelima-lima domain tadi.

Contohnya, sebelum tiga bulan dari penilaian susulan dilihat kanak-kanak ini tidak boleh

memegang pensil dengan betul dan selepas tiga bulan semasa penilaian susulan didapati

kanak-kanak tersebut dapat memegang pensil dengan betul.

Rujukan boleh membuang masa jika tidak menyusun prosedur dengan baik untuk

tindakan susulan. Sesetengah sekolah di mana ibu bapa terpaksa pergi ke sekolah tersebut

untuk mengambil borang laporan mata bagi kes buta atau rabun untuk dirujuk kepada pakar

mata. Dalam kes ini ibu bapa boleh membawa anak mereka kepadaophthalmologist iaitu

doktor khas diagnosis dan rawatan bagi penyakit mata seperti lensa dan pembedahan mata.

Sementara optometrist hanya terlibat untuk melihat gangguan yang terdapat pada

Page 14: web info

penglihatan sahaja bukan pembedahan atau dapat memberi ubat menghilangkan sakit

(Cartwright, Cartwright & Ward, 1981: 70).

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN

Domain perkembangan adalah kunci bahawa untuk mengetahui kanak-kanak yang

normal atau kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan adalah dengan penilaian

komprehensif. Instrumen penilaian yang digunakan ialah dengan melihat dan mengukur

perkembangan kanak-kanak dalam satu atau lebih domain. Domain-domain itu ialah

kemahiran kognitif, kemahiran motor iaitu motor kasar dan motor halus, kemahiran bahasa

dan komunikasi, kemahiran sosial-emosi dan kemahiran jagaan diri.

Perkembangan wujud sejak kanak-kanak masih kecil, bagaimanapun domain-domain

ini tidak boleh diasingkan. Ini adalah kerana domain perkembangan ini saling bertindak balas

dalam cara yang kompleks. Dalam fakta, fungsi akan terus dihubungkan di antara

perubahan dalam sesuatu perkembangan dan berlaku dalam perkembangan yang lain.

Contohnya, apabila kanak-kanak mula berjalan, dia mula mendapat pengalaman yang baru.

Jadi, kemahiran akan mempengaruhi perkembangan dalam domain yang lain seperti

kognitif, bahasa dan perkembangan social.

Jenis-jenis perkembangan boleh digunakan sebagai panduan umum untuk intervensi

dan rujukan di samping dapat menimbang dan menentukan kekuatan individu, keperluan

dan kemajuan yang dapat dibuat.

Perkembangan Kemahiran Kognitif

Perkembangan kemahiran kognitif merujuk bahawa kebolehan mental dan intelektual

kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan

keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di

sekitar mereka. Perkembangan kognitif juga dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif

Piaget.

Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembangan dalam satu siri tahap

yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain dan tahap

perkembangan kognitif Piaget ada empat iaitu tahap sensori motor iaitu bagi kanak-kanak

Page 15: web info

yang baru lahir sehingga 2 tahun, tahap dua pula dipanggil tahap praoperasi iaitu kanak-

kanak yang berumur 2 sehingga 7 tahun. Manakala tahap yang seterusnya ialah tahap

operasi konkrit iaitu kanak-kanak 7 sehingga 11 tahun dan tahap yang keempat ialah tahap

operasi formal iaitu 11 tahun ke atas (Jas Laile Suzana Jaafar, 2000: 84). Penilaian

kemahiran kognitif biasanya melibatkan konsep pengekalan objek, hubungan dari segi

ruang, peniruan, sebab akibat dan penggunaan objek.

Perkembangan kognitif berlaku apabila kanak-kanak beri perhatian dan mewujudkan

ransangan kemudian menyepadukan maklumat baru dengan kemahiran dan pengetahuan.

Terdapat kemahiran praakademik seperti membilang, mengasingkan dan sebagainya.

Kemahiran kognitif termasuklah kapisiti meramalkan kejadian, menggunakan ingatan jangka

pendek dan jangka panjang. Dalam prasekolah, penilaian kemahiran kognitif ialah seperti

kemahiran pra bacaan, pra menulis dan pra matematik (Richard M. Gargiulo & Jennifer

Kilgo, 2000: 93).

Dalam perkembangan kognitif, kita boleh lihat secara lebih terperinci tentang

perkembangan kanak-kanak iaitu dari 1 hingga 2 tahun. Apabila kanak-kanak sampai pada

peringkat ini, kita dapati kanak-kanak sudah boleh memerhati ciri-ciri fizikal yang terdapat

pada objek, menyelesaikan masalah-masalah yang mudah, mengklasifikasikan objek

berdasarkan kesamaan fizikal, mengatasi halangan untuk mendapatkan objek. Selain itu

juga kanak-kanak boleh memahami kegunaan objek dan juga kanak-kanak boleh membuka

bungkusan permainan mereka (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

Pada peringkat 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh memilih dan melihat

gambar dalam buku, boleh memadankan dengan setiap pasangan objek. Contohnya, cawan

dengan piring, kasut dengan stoking. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh namakan gambar

objek yang mudah-mudah dan dapat mengenalpasti beberapa objek dalam gambar tersebut.

Apabila ditanya tentang apa yang sedang dilakukan, mereka akan memberitahu secara

ringkas apa yang dia buat. Contohnya, dia meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa

seperti menyapu sampah. Kanak-kanak pada peringkat ini, mereka belajar melalui

penjelajahan dan arahan orang dewasa seperti membaca dalam buku bergambar. Kanak-

kanak ini juga mula memahami fungsi konsep dalam objek-objek yang dibiasa dilihat.

Contohnya, sudu untuk makan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).

Kanak-kanak yang berada pada tahap 3 hingg 4 tahun ini, kebanyakan mereka

sudah boleh mengenal dan memadankan enam warna, boleh menyusun blok-blok mengikut

saiz dan lukis gambar yang mereka tahu dan sekiranya mereka tidak melukis gambar

Page 16: web info

tersebut, mereka akan menerangkan tentang gambar itu. Kanak-kanak pada peringkat ini

juga tahu menggunakan soalan seperti “kenapa” dan “bagaimana”. Mereka juga tahu berapa

umur mereka. Kanak-kanak ini belajar melalui pemerhatian dan mengikut arahan orang

dewasa. Pada tahap ini juga kanak-kanak memahami fungsi konsep dalam kumpulan objek.

Contohnya, perabut ada di dalam rumah dan kanak-kanak dapat mengenalpasti gambar

tangan, kaki adalah sebahagian dari anggota badan. Di samping itu juga, kanak-kanak mula

tahu yang lepas dan sedang berlaku. Contohnya, kelmarin kita pergi ke pasar dan hari ini

kita pergi ke rumah kawan (Richard M. Gargiulo & Jennifer L.Kilgo, 2000: 307).

Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak boleh menunjukkan dan

menamakan 4 dari 6 warna. Kanak-kanak juga boleh melukis gambar orang dengan

mengenali dua hingga enam bahagian badan seperti kepala, tangan serta boleh namakan

atau padankan dengan badan. Kanak-kanak pada peringkat ini pula belajar melalui

pemerhatian dan dengan apa yang dikata. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh memahami

konsep masa. Kanak-kanak juga boleh menulis nama sendiri dan juga boleh menghurai

gambar yang dilihat. Kanak-kanak juga boleh menceritakan apa yang berlaku selepas itu

(Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 309).

Akhirnya, perkembangan kognitif kanak-kanak dinilai pada umur 5 hungga 6 tahun.

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menulis huruf dan angka dan juga boleh

menghafal bilangan nombor sampai sepuluh. Kanak-kanak juga boleh mengasingkan objek

pada satu kriteria tertentu. Contohnya, mengikut warna, bentuk atau saiz. Kanak-kanak juga

mula menggunakan konsep masa dengan tepat iaitu “kemarin” dan “esok”. Pembelajaran

kanak-kanak ini melalui arahan dari orang dewasa dan apabila mereka minat, mereka akan

mengabaikan halangan atau gangguan yang ada. Konsep masa dikembangkan dalam

memahami sesuatu acara yang akan datang. Contohnya, Krismas akan datang selepas 2

minggu (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).

Kemahiran Motor

Dalam kemahiran motor pula, ia merujuk kepada kebolehan bergerak atau kawalan

pergerakan yang membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan

memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan yang

berbeza. Dalam kemahiran motor, boleh dibahagikan kepada dua iaitu motor kasar dan

motor halus. Kemahiran motor kasar melibatkan pergerakan dan kawalan otot. Contoh

kemahiran otot kasar ialah melompat, berlari, berjalan, merangkak dan banyak lagi (Bruce A.

Bracken, 1983: 285). Kemahiran motor halus pula, menggunakan otot-otot kecil, seperti

memegang, meramas dan sebagainya.

Page 17: web info

Kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak belajar untuk

menunjukkan pelbagai tugasan yang melibatkan motor kasar iaitu dengan berjalan cepat di

samping menyeimbangkan dengan motor halus seperti membutangkan baju, menggunting

dan menulis. Dalam kemahiran motor halus pula, bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga

6 tahun akan berkembang dengan cepat. Apabila kanak-kanak mencapai umur prasekolah,

mereka boleh menyimpan dan mengendalikan sesuatu dan akan menjadi mahir misalnya

mereka boleh memasukkan blok ke dalam lubang yang sesuai.

Kita boleh lihat secara terperinci bagaimana perkembangan motor kasar dan motor

halus berkembang mengikut peringkat-peringkat umur. Pada umur 1 hingga 2 tahun,

perkembangan motor kasar kanak-kanak boleh dilihat melalui kanak-kanak itu berjalan

dengan memegang kerusi dan boleh berdiri untuk seketika. Manalaka perkembangan motor

halus pula, kanak-kanak boleh mengambil objek dari bekas, meletakkan objek ke dalam

bekas, cuba untuk menconteng dan kanak-kanak ini juga boleh memegan penyepit dengan

kemas iaitu boleh genggam dengan baik ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:

302).

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula, perkembangan motor kasar

boleh dilihat apabila kanak-kanak itu berlari ke hadapan dengan baik dan boleh melompat

pada satu tempat dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kanak-kanak juga boleh

berdiri atas satu kaki tetapi dengan bantuan dan juga boleh berjalan berjengket serta

menyepak bola. Dalam perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menggunting,

pegang krayon tetapi ibu jari dan jari yang lain tidak menggengam. Selain itu, kanak-kanak

boleh memusing, mumukul, memicit, menekan dan menarik tanah liat (Richard M. Gargiulo

& Jennifer L. Kilgo, 2000: 304).

Pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun, perkembangan motor kasar boleh dilihat

apabila kanak-kanak boleh menggelonsor tanpa bantuan, boleh mengimbangkan badan

dengan berdiri atas satu kaki dalam masa 5 hingga 10 minit. Kanak-kanak juga boleh berlari

di sekeliling halangan dan berjalan dalam satu baris. Perkembangan motor halus pula,

kanak-kanak boleh membina bangunan menggunakan 9 blok-blok kecil dan juga mereka

boleh membentuk tanah liat menjadi bentuk bulat, ular dan sebagainya ( Richard M. Gargiulo

& Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).

Perkembangan motor kasar pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-

Page 18: web info

kanak boleh melompat ke hadapan 10 kali tanpa jatuh dan boleh naik dan turun tangga

seorang diri, manakala perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menulis silang

pangkah dan bentuk dan kanak-kanak juga boleh menggunting dan menyambung semula

apa yang digunting ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).

Kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun, didapati kanak-kanak boleh melompat

sejauh 2 meter, melompat melangkau dan lompat bertali bagi perkembangan motor kasar,

manakala kanak-kanak boleh melukis bentuk segitiga, tulis nombor 1 hingga 5 adalah

merupakan perkembangan motor halus ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:

310).

Perkembangan Kemahiran Bahasa Dan Komunikasi

Perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan salah satu domain

yang penting. Komunikasi merujuk kepada pesanan yang bertindak balas antara orang yang

bercakap dengan pendengar, manakala bahasa pula menggunakan simbol atau sintaksis

atau tatabahasa apabila berkomunkasi dengan orang lain.

Dalam penilaian bahasa dan komunikasi terdapat dua jenis bahasa iaitu receptive

language iaitu bahasa yang mudah diterima iaitu kebolehan kanak-kanak untuk memehami

secara verbal dan tak verbal. Bahasa yang ditunjukkan dengan perasaan iaitu yang

melibatkan perkataan, gesture dan tingkah laku yang digunakan untuk menyampaikan

maklumat ialah expressive language.

Masa yang kritikal dalam perkembangan bahasa dan komunikasi bagi kanak-kanak

ialah sebelum umur 5 tahun. Biasanya komunikasi bagi bayi bermula pada umur 3 tahun

yang mana kanak-kanak memperolehi semua komponen dalam komunikasi. Perkembangan

bahasa akan membentuk konsep sebagai perkembangan yang melalui tahap-tahap yang

bermula pada bayi. Contohnya, apabila kanak-kanak masuk ke sekolah, mereka akan

menggunakan semua jenis ayat. Jadi, apabila terdapat kemahiran komunikasi yang lambat,

jadi mereka akan berusaha untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti gesture

(Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 94).

Jadi, untuk lihat perkembangan bahasa, kita boleh menilai dari peringkat umur

kanak-kanak tersebut. Peringkat umur kanak-kanak 1 hingga 2 tahun, kita boleh lihat kanka-

Page 19: web info

kanak itu boleh memahami perkataan “tidak” dan menikmati atau seronok apabila melihat

buku. Ini adalah receptive language. Manakala bagi expressive languagepula, kanak-kanak

boleh menyebut atau membunyikan satu konsonan. Contohnya, “ba”. Kanak-kanak juga

dapat memahami tindak balas perkataan tertentu contohnya, berkenaan bunyi “bye-bye”

dengan gesture ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).

Pada peringkat umur 2 hingga 3 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh

mengenalpasti objek apabila memberitahu tentang kegunaannya. Kanak-kanak juga faham

tentang bentuk soalan “apa” dan “di mana” serta kanak-kanak ini juga memahami negatif

iaitu “tidak boleh” dan “jangan”. Bagi expressive language pula, kanak-kanak suka

mendengar cerita pendek atau cerita ringkas. Kanak-kanak juga boleh menyambung atau

mengabung kosa kata bersama dua perkataan menjadi rangkai kata. Kanak-kanak ini juga

boleh membuat penyataan negatif contohnya, “jangan buka” ( Richard M. Gargiulo &

Jennifer L.Kilgo, 2000: 304).

Perkembangan bahasa dan komunikasi pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun dari

receptive language boleh dilihat, kanak-kanak boleh memahami ayat yang melibatkan

konsep masa seperti “esok kita pergi ke zoo” dan juga kanak-kanak juga boleh memahami

bandingan saiz. Contohnya, saiz besar, lebih besar manakala expressive language pula,

menunjukkan kanak-kanak sudah boleh memberitahu tentang pengalaman yang lepas,

gayapertuturannya dapat difahami tapi mempunyai kesalahan dalam ayat. Di samping itu,

kanak-kanak boleh bercakap dalam 2 atau 3 ayat yang berbentuk “agent-action-objek”.

Contoh ayat seperti “ saya lihat bola” (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).

Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, mereka sudah

boleh memahami secara perbandingan seperti cantik, sangat cantik. Mereka juga

mendengar cerita panjang tetapi kerapkali salah tafsirkan fakta yang ada dalam cerita itu.

Kanak-kanak juga boleh memahami urutan acara apabila kita memberitahu mereka.

Contohnya, “mula-mula kita akan pergi ke stor, kemudian kita buat kek dan esok barulah kita

boleh makan”. Ini termasuk dalam receptive language. Manakala dalam expressive language

pula, kanak-kanak boleh menyambung ayat. Contohnya, “saya pergi ke stor dan saya

membawa ais krim”. Kanak-kanak juga boleh memberitahu tentang kandungan yang

terdapat dalam cerita tetapi banyak fakta yang salah ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L.

Kilgo, 2000: 308).

Pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh

mendemonstrasi kemahiran pra akademik. Bagi expressive language pula, kanak-kanak

Page 20: web info

boleh menjelaskan perbezaan antara tatabahasa yang digunakan oleh kanak-kanak dan

orang dewasa. Di samping itu, kanak-kanak itu boleh berkomunikasi dengan keluarga,

kawan-kawan dan orang yang tidak dikenali. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga

boleh menceritakan semula buku yang telah dibaca dengan tepat (Richard M. Gargiulo &

Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).

Perkembangan Kemahiran Sosial-Emosi

Domain yang seterusnya ialah perkembangan kemahiran sosial-emosi. Dalam

domain ini, ia merujuk kepada tingkah laku bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan

orang lain dan kawan-kawan di persekitaran dan bagaimana mereka bertindak balas dalam

situasi social. Ia juga melibatkan bagaimana kanak-kanak memulakan sesuatu interaksi dan

tindak balas untuk interaksi dengan orang lain.

Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan remaja, mereka biasanya perlukan

kemahiran bagaimana untuk turut serta dalam interaksi timbal-balik, manakala apabila

kanak-kanak berinteraksi dengan kawan-kawan, mereka memerlukan kemahiran seperti

bagaimana untuk main peranan contohnya dalam permainan anak patung. Kemahiran emosi

pula adalah kebolehan untuk mengenalpasti perasaan. Kemahiran ini adalah melibatkan

bagaimana untuk mengawal dengan satu dorongan tertentu atau dengan perasaan hati dan

bagaimana untuk menyelesaikan konflik (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419).

Dalam perkembangan sosial emosi, kita boleh lihat perkembangannya mengikut

peringkat umur. Peringkat umur 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak menunjukkan rasa suka dan

tidak suka kepada sesetengah orang, kepada objek atau situasi. Kanak-kanak juga menguji

ibu bapa dengan tingkah laku yang nakal semasa ibu memberi makan dan semasa hendak

tidurkan mereka ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

Sementara bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak menyertai dalam

permainan dan boleh bergantung kepada keupayaan sendiri. Kanak-kanak juga menyertai

dalam kumpulan yang mudah seperti bertepuk tangan, menyanyi dan juga kanak-kanak ini

mengenalpasti identiti jantina (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).

Selain itu, perkembangan pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun boleh dilihat apabila

kanak-kanak boleh bermain bersama kawan-kawan dan mereka mula berinteraksi sesama

mereka. Dalam permainan, mereka melakonkan babak seperti pengembaraan dan

permainan rumah (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 307).

Page 21: web info

Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak mula berpakaian mengikut

jantina seperti kanak-kanak perempuan akan memakai mini skirt. Ini menunjukkan ciri-ciri

perbezaan jantina antara perempuan dan lelaki. Selain itu, pada peringkat ini juga, kanak-

kanak bermain dan berinteraksi dengan kawan-kawan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L.

Kilgo, 2000: 309). Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun pula, kanak-kanak mula

memilih kawan dan dalam permainan, mereka mempunyai persaingan (Richard M. Gargiulo

& Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).

Domain yang terakhir ialah perkembangan kemahiran penjagaan diri dan adaptif.

Ianya berfokus tentang pemakanan, penjagaan diri termasuklah basuh tangan dan gosok

gigi dan tentang pemakaian (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419). Aspek perkembangan

penjagaan diri ini berkembang bermula 3-4 tahun dan biasanya perkembangan penjagaan

diri berkembang dengan bimbingan ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak tersebut.

Melalui penjagaan diri kanak-kanak kita boleh melihat bagaimana kanak-kanak

memakai pakaian denag cara yang betul. Selain itu, dalam cara pemakaian kanak-kanak

prasekolah juga biasanya menunjukkan semua asas penjagaan diri seperti boleh

membutangkan bajunya sendiri (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 94)