ifolio.ukm.my · Web viewMemberi peluang kepada anak yatim untuk merasai kemesraan keluarga melalui...

15
HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKPA, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET4 SESI 2 2013/2014 FAKULTI UNDANG-UNDANG LAPORAN AKTIVITI NAMA TUTOR : Dr. MARA RIDHUAN BIN CHE ABDUL RAHMAN NAMA PELAJAR : STEWARD LEE WAI FOONG NO MATRIK : A146973

Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewMemberi peluang kepada anak yatim untuk merasai kemesraan keluarga melalui...

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKPA, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SET4

SESI 2 2013/2014

FAKULTI UNDANG-UNDANG

LAPORAN AKTIVITI

NAMA TUTOR : Dr. MARA RIDHUAN BIN CHE ABDUL

RAHMAN

NAMA PELAJAR : STEWARD LEE WAI FOONG

NO MATRIK : A146973

Nama Pelajar : Steward Lee Wai Foong

No. Matrik : A146973

Nama Projek : Program Amal Kelab Kebudayaan Tiong Hua Pendeta Zaba

Kod Projek : DN00180/ 2014

Jawatan/ peranan yang disandang : Pengarah Persembahan

Tarikh Perancangan Projek : 20 April 2014

Tarikh Perlaksanaan Projek : 20 April 2014

1. Latar Belakang Projek

Tujuan program amal ini dijalankan adalah untuk memperingati golongan anak

yatim yang kurang bernasib baik di sekeliling kita. Kami mendapati ilham untuk

menganjurkan aktiviti ini selepas perbincangan untuk melakukan sesuatu aktiviti yang

dapat memberi impak positif kepada masyarakat dan golongan anak yatim ini juga

merupakan segolongan daripada masyarakat kita. Selain itu, kami berpendapat bahawa

golongan ini sering kurang diberi perhatian oleh masyarakat.

Program ini bermula dengan pengumpulan dana yang akan diderma kepada rumah

anak yatim Rumah Keluarga Kami. Tambahan pula, kami telah menyediakan beberapa

sesi permainan untuk anak-anak yatim tersebut semasa lawatan kami. Hal ini

membolehkan kami untuk bersuai kenal dengan anak-anak tersebut di samping

membenarkan mereka lebih terbuka untuk berkongsi apa-apa masalah dengan kami.

Melalui program ini, kami juga berhasrat warge Kolej Pendeta Za’ba UKM akan

memupuk beberapa nilai kasih sayang dan kesedaran terhadap golongan yang kurang

bernasib baik kerana seseorang mahasiswa juga memerlukan akhlak dan sifat murni yang

tinggi di sampin pengetahuan sahaja. Tambahan pula, kami juga berharap ahli-ahli yang

terlibat dapat belajar tentang sikap yang diperlukan semasa bekerjasama dalam satu

kumpulan untuk menjayakan satu aktiviti.

2. Objektif

Objektif yang ingin dicapai melalui aktiviti ini adalah:

a. Memupuk sifat prihatin dan penyayang dalam sanubari para mahasiswa/i.

b. Mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan antara setiap warga Kolej

Pendeta Za’ba.

c. Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan

sesuatu aktiviti mengikut acuan mereka sendiri.

d. Melatih mahasiswa/i dalam kemahiran berorganisasi supaya mereka dapat

mempelajari kemahiran generik yang diperlukan untuk menjadi mahasiswa yang

berketrampilan.

e. Memberi peluang kepada anak yatim untuk merasai kemesraan keluarga melalui

program amal ini dan menyediakan platform untuk membolehkan para

mahasiswa/i untuk menyumbang kepada masyarakat melalui kerja amal.

3. Pengalaman

Perancangan Projek

Perjumpaan pertama telah diadakan pada 18 September 2014. Sebelum

perjumpaan tersebut, Top Exco termasuk saya telah mengadakan satu mesyuarat dan

dalam perbincangan kami, kami telah memutuskan untuk mengadakan program amal ini

sebagai aktiviti kami. Dalam perjumpaan bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain, kami

telah mendapat pandangan ahli-ahli yang lain dan telah secara rasmi menentukan bahawa

kami akan menjalankan aktiviti Progam Amal Lawatan ke rumah anak yatim Rumah

Keluarga Kami.

Selepas penentuan aktiviti, ahli-ahli telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan

kecil sebagai ahli jawatankuasa untuk melancarkan projek ini. Pada masa ini, ketua

pengarah telah membahagikan tugas dan tanggungjawab kepada setiap kumpulan dan

menghuraikan skop tugas mereka. Apabila semua ahli telah tahu skop tugas mereka,

setiap ahli telah dibahagikan kepada kumpulan kecil mereka untuk membincang tentang

tugas mereka yang seterusnya. Setiap kumpulan akan ada satu wakil Top Exco dalam

perbincangan mereka untuk mengetahui perjalanan setiap kumpulan supaya Top Exco

dapat melihat perkembangan setiap kumpulan.

Dalam sepanjangan perancangan projek ini, kami akan mengadakan mesyuarat

antara Top Exco sebelum perjumpaan dengan ahli-ahli supaya kami akan selaras dengan

apa yang akan dibentangkan. Selain itu, kami sentiasa akan setuju dengan satu sama lain

di hadapan ahli-ahli kami supaya mereka akan melihat kami bersepadu sebagain satu

kumpulan. Jika ada apa-apa masalah, kami akan berbincang sesama sendiri.

Melalui perancangan ini, saya juga telah belajar etika dan sikap yang diperlukan

untuk memimpin satu kumpulan dan bekerjasama dengan ketua saya serta ahli-ahli saya.

Di samping itu, saya juga belajar bahawa sebagai seorang ketua, kami perlu sering

menampilkan diri sebagai satu kumpulan yang bersepadu dan profesional supaya ahli-ahli

akan yakin pada keputusan kami.

Pelaksanaan Projek

Sebelum hari pelaksanaan projek, kami telah berusaha mengumpul dana untuk

diderma daripada fakulti kami masing-masing. Tambahan pula, kami juga telah

menderma wang yang diterima daripada JPPel. Akhirnya, kami berjaya mengumpul wang

sebanyak RM1151.00 untuk diderma kepada rumah anak yatim Rumah Keluarga Kami.

Pada hari pelaksanaan, kami telah bertolak dengan menaiki bas yang telah

dimohon daripada universiti. Kami telah membawa bersama kami roti dan air yang telah

ditaja untuk anak-anak yatim. Apabila kami tiba di rumah anak yatim tersebut, kami mula

dengan beberapa permainan untuk mengenal anak-anak tersebut. Saya dan salah satu

yang lain juga telah memulakan ‘square dance’ dengan mereka supaya anak-anak

tersebut boleh menari bersama kami.

Selepas itu, kami mula sesi permainan dengan anak-anak tersebut. Saya dan satu

ahli yang lain bertanggungjawab untuk menjaga salah satu stesen permainan. Selepas

permainan tersebut, kami mengagihkan makanan dan minuman kepada anak-anak

tersebut dan kami meluangkan masa untuk berbual dengan mereka. Ketua Pengarah kami

juga telah mengadakan satu sesi untuk berkongsi dengan mereka tentang kehidupan di

universiti dan memberi motivasi kepada mereka. Di samping itu, kami juga telah

menyediakan satu poster untuk digantung di rumah tersebut supaya mereka akan

mengingati kami dan tahu bahawa masih terdapat orang yang sedang memberi sokongan

kepada mereka dan berharap untuk melihat mereka berjaya.

Melalui aktiviti ini, saya juga telah mempelajari bahawa cara interaksi bersama

orang daripada golongan umur yang berbeza. Selain daripada rakan sekerja saya, saya

juga perlu belajar cara untuk bergaul dengan anak-anak yatim supaya mereka akan

terbuka kepada kami dan tidak akan rasa takut. Walaubagaimanapun, kami masih perlu

mempunyai sikap yang betul semasa berinteraksi dengan mereka supaya mereka dapat

melihat teladan yang baik.

4. Rumusan dan Refleksi

Kesimpulannya, kami telah berjaya mengadakan satu lawatan ke rumah anak

yatim Rumah Keluarga Kami di Kajang. Kami telah mengumpul dermaan sebanyak

RM1151.00 untuk diberi kepada rumah tersebut. Tambahan pula, kami telah meluangkan

masa untuk bergaul dengan anak-anak tersebut dan memberi setiap anak satu buku nota

dan penanda buku sebagai cenderamata.

Melalui aktiviti ini, saya juga telah mempelajari beberapa nilai yang tidak akan

didapat jika saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini. Salah satu nilai tersebut adalah

nilai kepimpinan dan cara untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Sebagai seorang

setiausaha, saya merupakan salah satu Top Exco yang bertanggungjawab untuk melihat

perkembangan perjalanan setiap kumpulan dan memberi panduan sekiranya timbul apa-

apa masalah. Di samping itu, saya perlu sentiasa bekerjamasama dengan ahli Top Exco

yang lain sebagai satu kumpulan supaya ahli-ahli yang lain juga akan bersepadu.

Saya juga belajar cara tentang sikap dan etika yang perlu ada semasa berinteraksi

dengan orang lain. Hal ini dilihat apabila kami perlu berinteraksi dengan felo, pengetua

rumah anak yatim, ahli-ahli kumpulan dan anak-anak yatim. Saya belajar tentang

formaliti yang perlu ada dan ucapan kami perlu berhemah supaya memberi hormat

kepada orang lain.

Tambahan lagi, saya juga belajar tentang nilai bertanggungjawab dan pengurusan

masa yang baik. Saya perlu belajar untuk mengimbangkan masa saya untuk menyediakan

laporan minit mesyuarat dan menghadiri semua mesyuarat sambil menguruskan pelajaran

saya. Saya harus bertanggungjawab untuk menyiapkan tugas saya pada masa yang

ditetapkan supaya projek dapat berlangsung dengan lancar.

Konklusinya, saya tidak menyesal melibatkan diri dalam aktiviti ini kerana saya

dapat menikmati kepuasan melihat kejayaan kami sebagai satu kumpulan dalam memberi

impak yang positif kepada anak-anak yatim di rumah tersebut.

5. Pembuktian

Perjumpaan di bilik seminar Kolej Pendeta Za’ba dan saya mengambil nota mesyuarat.

Perjumpaan di kantin Kolej Pendeta Za’ba dan saya mempelajari tarian yang akan diajar.

Saya dan satu ahli lagi menjaga stesen kami.

Saya dan satu ahli lagi menari untuk anak-anak yatim.

Poster yang disediakan oleh kami untuk diletak di rumah anak yatim.

Surat Pelepasan JPPel

Senarai Kehadiran